28
- 1 - DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-268-07/2016 (THA) ANTARA MISS THEPTHIDA NINKETLA ... PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-158-08/2013 (THA) Antara Pendakwa Raya Dan Miss Thepthida Ninketla) KORAM MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR AHMADI HAJI ASNAWI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 1 -

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-268-07/2016 (THA)

ANTARA

MISS THEPTHIDA NINKETLA ... PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN

(Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-158-08/2013 (THA)

Antara

Pendakwa Raya

Dan

Miss Thepthida Ninketla)

KORAM

MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR

AHMADI HAJI ASNAWI, HMR

KAMARDIN HASHIM, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 2 -

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Pendahuluan

[1] Perayu telah dituduh dengan kesalahan mengedar cocaine

seberat 468.3 gram di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah

Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) di Mahkamah Tinggi Shah Alam,

Selangor. Di akhir perbicaraan, Perayu didapati bersalah, disabitkan

dan dihukum gantung sampai mati seperti yang ditetapkan oleh

undang-undang (“keputusan yang dicabar”).

[2] Terkilan dengan keputusan yang dicabar, Perayu telah

mengemukakan rayuan ke Mahkamah ini. Kami telah mendengar

rayuan ini pada 22.3.2017 dan di akhir penghujahan pihak-pihak, kami

dengan sebulat suara telah menolak rayuan. Kini kami perturunkan

alasan-alasan terperinci dalam menolak rayuan Perayu.

Pertuduhan

[3] Pertuduhan yang dikemukakan terhadap Perayu ialah seperti

yang berikut:-

“Bahawa kamu pada 28/9/2012, jam lebih kurang di

antara 3.00 pagi hingga 11.00 malam di Wad 6C, Bilik

28 Hospital Serdang di dalam Daerah Sepang, di dalam

Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedarkan

dadah berbahaya iaitu Cocaine sejumlah berat 468.3

gram dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan

suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 3 -

Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah

seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.

Fakta Kes

[4] Fakta kes yang telah diterima oleh Yang Arif Hakim Bicara (“Y.A

Hakim Bicara”) bolehlah diringkaskan seperti berikut:-

Kes Pendakwaan

(a) Pada 27.9.2012, jam lebih kurang 9.15 malam, Insp Ihwan

Hilmi bin Ismail (“SP3”) bersama-sama beberapa orang

anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narktotik Bukit

Aman telah menahan seorang warganegara Thailand

(“kemudiannya dicamkan sebagai Perayu”) di Balai

Ketibaan KLIA, Sepang, Selangor.

(b) SP3 kemudiannya telah membawa Perayu ke Balai Polis

KLIA untuk pemeriksaan badan dan beg troli warna hitam

jenama A.J.S serta beg tangan yang dibawa oleh Perayu.

SP3 tidak menjumpai apa-apa barang salah.

(c) Seterusnya, SP3 telah membawa Perayu ke Hospital

Serdang, Selangor untuk menjalankan pemeriksaan X-ray

di bahagian abdomen Perayu. Dr. Nuruddin Nawam telah

mengesahkan bahawa terdapat benda asing berbentuk

kapsul di dalam perut Perayu. Perayu telah ditahan di Wad

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 4 -

6C, Bilik 28, Hospital Serdang, Selangor untuk pemeriksaan

lanjut.

(d) Pada 28.9.2012, jam lebih kurang 3.00 pagi hingga 11

malam, melalui pembuangan air besar sebanyak empat (4)

kali, Perayu telah mengeluarkan enam puluh empat (64)

ketulan balutan plastik berbentuk kapsul di tandas Wad 6C,

Bilik No. 28, Hospital Serdang, Selangor.

(e) Proses pembuangan air besar ini telah disaksikan oleh

Koperal Norafizah binti Mat (“SP2”), anggota sentri. SP2

telah menyediakan Borang Pemeriksaan yang

ditandatangani Perayu bagi setiap kali pengeluaran.

Kapsul-kapsul tersebut kemudiannya telah diserahkan

kepada Insp Eddy Amin bin Hussin ’Ala (“SP4”), Pegawai

Penyiasat.

(f) Pada 2.10.2012, jam lebih kurang 3.52 petang, SP4 telah

menghantar kesemua barang kes yang telah dimasukkan

ke dalam satu (1) kotak bertanda “E” (Eks. P8) kepada Dr.

Vanitha a/p Kunalan (“SP1”) untuk dibuat analisis.

(g) Setelah menjalankan analisis yang diperlukan, SP1

mengesahkan bahawa enampuluh empat (64) kapsul

tersebut ialah dadah berbahaya jenis cocaine yang

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 5 -

disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 dan seberat

468.3 gram.

Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan

[5] Alasan Y.A Hakim Bicara dalam memutuskan bahawa pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bolehlah

diringkaskan seperti berikut:-

(a) Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa

Perayu mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah

berbahaya yang menjadi hal perkara pertuduhan.

Pemeriksaan X-ray menunjukkan bahawa terdapat benda

asing di dalam perut Perayu. SP2 mengesahkan bahawa

Perayu telah mengeluarkan enampuluh empat (64) kapsul

yang disahkan oleh SP1 sebagai dadah berbahaya dengan

cara membuang air besar di dalam tandas Bilik 28 Wad 6C,

Hospital Serdang, Selangor.

(b) Perbuatan Perayu menelan kapsul-kapsul tersebut boleh

dibuat inferen bahawa dia mempunyai pengetahuan.

(c) Tindakan Perayu yang membawa dadah berbahaya dengan

cara menyorokkan (“concealing”) di dalam perutnya adalah

terjumlah kepada perbuatan “mengedar” di bawah seksyen

2 ADB 1952. Y.A Hakim Bicara juga mengunapakai

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 6 -

anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952

bagi membuktikan elemen pengedaran.

[6] Perayu telah diperintahkan membela diri atas pertuduhan yang

dikemukakan terhadapnya.

Kes Pembelaan

[7] Perayu memberi keterangan atas sumpah dan tidak memanggil

mana-mana saksi untuk menyokong pembelaannya. Naratif

pembelaan Perayu bolehlah diringkaskan seperti berikut:-

(a) Perayu mengesahkan keterangan saksi-saksi

pendakwaan berhubung dengan penangkapannya di KLIA.

(b) Perayu juga mengesahkan bahawa dia telah dibawa ke

Hopsital Serdang, Selangor untuk dibuat X-ray dan

kemudiannya ditahan di sebuah wad di hospital tersebut.

Di sana, dia telah mengeluarkan sejumlah kapsul-kapsul

melalui pembuangan air besar.

(c) Perayu telah memberi penjelasan mengenai kapsul-kapsul

yang ditelannya. Mengikut Perayu, semasa dia berada di

Thailand, dia mempunyai masalah kewangan. Rakannya

yang bernama Boom telah memperkenalkan Perayu

kepada teman lelakinya yang bernama Nick. Nick

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 7 -

menawarkan kepada Perayu upah untuk membawa

berlian.

(d) Nick telah mengaturkan supaya Perayu pergi ke Brazil dan

mengarahkannya menghubungi seorang lelaki bernama

Ugo. Di Brazil, Perayu telah dijemput oleh seorang lelaki

kulit hitam dan membawa kerumahnya untuk menelan

berlian.

(e) Perayu mengakui dia ada menelan berlian-berlian itu

untuk mendapatkan upah. Dia bertolak dari Brazil ke

Dubai dan seterusnya ke Malaysia dengan berlian di

dalam perutnya. Dia kemudiannya ditahan di KLIA.

[8] Perayu telah mengemukakan percakapan beramarannya (Eks.

D49) semasa kes pembelaan.

Keputusan Di Akhir Kes Pembelaan

[9] Y.A Hakim Bicara telah menolak pembelaan Perayu.

Memandangkan alasan penghakiman Y.A Hakim Bicara telah dikritik

dalam pelbagai aspek oleh peguambela terpelajar Perayu, adalah

suai manfaat sekiranya alasan beliau diperturunkan dalam bahasa

asal:-

“Dapatan saya adalah setelah mendengar pembelaan

tertuduh, saya berpendapat bahawa tertuduh telah gagal

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 8 -

untuk menimbulkan suatu keraguan yang munasabah.

Saya bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh

pihak pendakwaan iaitu keterangan tertuduh hanyalah

satu penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai

atas alasan-alasan berikut:-

Tertuduh di dalam keterangannya telah menyatakan

bahawa beliau datang ke Malaysia kononnya hanya

mengikut tiket kapal terbang yang dirancang oleh Boom

dan teman lelakinya. Tertuduh juga mendakwa bahawa

kapsul yang ditelan adalah “diamond” dan dia sanggup

menelan “diamond” bagi tujuan mendapat upah. Walau

bagaimanapun, di dalam keterangan tertuduh, beliau

hanya memaklumkan bahawa beliau akan mendapat

upah untuk ambil “diamond” dan tiadalah pada bila-bila

masa dalam keterangan beliau, “diamond” tersebut

untuk diserahkan kepada siapa dan di mana.

Keterangan tertuduh ini juga semakin tidak logik apabila

memberi alasan bahan-bahan itu lebih mudah ditelan

daripada dibawa masuk. Keterangan tertuduh juga

semakin tidak logik dan tidak masuk akal bila sanggup

menelan 64 kapsul membabi buta demi upah yang

belum pasti lagi beliau terima.

Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa

sungguhpun tertuduh menyatakan bahawa menelan

kapsul-kapsul tersebut demi upah, tidak pula beliau

menjelaskan dengan lanjut atas tujuan apa, di mana,

kepada siapa perlu diserahkan, sedangkan perkara-

perkara ini penting untuk tertuduh tahu kerana beliau

pertama kali datang ke Malaysia.

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 9 -

Saya juga bersetuju dengan pihak pendakwaan,

daripada keterangan tertuduh secara keseluruhannya,

adalah jelas tertuduh terperangkap di dalam ceritanya

sendiri apabila tertuduh sekeras-kerasnya menyatakan

bahawa kapsul ditelan adalah “diamond” dan beliau

sendiri tahu akan bentuk “diamond” tersebut tetapi

langsung tidak memeriksa terlebih dahulu kandungan

kapsul-kapsul tersebut sedangkan tertuduh terpaksa

ambil masa yang lama untuk menelan kapsul-kapsul

tersebut.

Saya juga dapati tidak masuk akal alasan tertuduh yang

sanggup untuk pergi ke Brazil seorang diri, tinggal

dengan orang yang tidak dikenali untuk beberapa hari

semata-mata untuk mendapatkan upah 60,000 Bath

kerana mempunyai masalah kewangan.

Mengenai pembelaan tertuduh berkenaan penama Ugo,

Boom dan Nick, saya berpendapat hanya kerana

tertuduh ada menyebut nama-nama pada keterangan

beramaran beliau sepertimana yang ditandakan sebagai

D49 iaitu 9 hari selepas tangkapan, maka bukanlah

tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuat

siasatan lanjut berkenaan kewujudan penama-penama

tersebut.

Saya rujuk kepada kes Shahriar Ghaed Rashid v PP

[2014] 1 LNS 176 di mana Mahkamah Rayuan telah

memutuskan:-

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 10 -

Just because the Appellant had mentioned about

Hamid's role in the cautioned statement, which was

made 5 days after the Appellant was arrested, we

were of the view that it was not incumbent upon the

prosecution to investigate further on the veracity of the

existence of Hamid when the Appellant had failed to

give to the police a clear description/identification of

Hamid.

Bahkan, berdasarkan keterangan SP4 iaitu Pegawai

Penyiasat menyatakan bahawa tertuduh gagal untuk

memberikan alamat penuh, nama penuh, nombor telefon

menyebabkan kesukaran untuk SP4 untuk membuat

siasatan lanjut.

Berdasarkan sebab-sebab di atas, saya berpendapat

pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan suatu

keraguan yang munasabah. Manakala pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya

melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu,

tertuduh adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan

kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah

Berbahaya.”.

Rayuan

[10] Dalam mencabar keputusan Y.A Hakim Bicara, peguambela

terpelajar Perayu telah mengemukakan dua (2) alasan utama seperti

berikut:-

(a) Y.A Hakim Bicara terkhilaf dari segi undang-undang dan

fakta apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 11 -

berjaya membuktikan satu kes prima facie berhubung

elemen pengedaran dengan menggunakan anggapan

statutori di bawah seksyen 37(da) (ix) ADB 1952 dan juga

keterangan langsung di bawah seksyen 2 ADB 1953; dan

(b) Y.A Hakim Bicara terkhilaf apabila gagal untuk memberi

pertimbangan terhadap percakapan beramaran Perayu

(Eks. D49) dan dengan demikian telah memprejudiskan

pembelaan Perayu.

Perbincangan dan Keputusan

[11] Sebelum kami membincangkan alasan-alasan yang

dibangkitkan oleh peguambela terpelajar Perayu, kami ingin membuat

pemerhatian di sini bahawa pada intipatinya alasan-alasan tersebut

kebanyakannya menjurus kepada perkara-perkara “technicality”

undang-undang. Adalah menjadi prinsip undang-undang mantap

bahawa “all courts of law are established for furtherance of interest of

justice and not to obstruct the same on the mere technicalities”.

[12] Dalam kes Zahira Habibullah H. Sheik and Anor. v State of

Gujarat [2004] 4 SCC 158, yang juga dikenali sebagai “Best Bakery

Case”, Mahkamah Agong India telah membincangkan secara

terperinci jurisprudensi mengenai perbicaraan jenayah. Mahkamah

menyatakan:-

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 12 -

"38. A criminal trial is a judicial examination of the

issues in the case and its purpose is to arrive at a

judgment on an issue as to a fact or relevant facts

which may lead to the discovery of the fact issue and

obtain proof of such facts at which the prosecution and

the accused have arrived by their pleadings; the

controlling question being the guilt or innocence of the

accused. Since the object is to mete out justice and to

convict the guilty and protect the innocent, the trial

should be a search for the truth and not a bout over

technicalities, and must be conducted under such

rules as will protect the innocent, and punish the

guilty. The proof of charge which has to be beyond

reasonable doubt must depend upon judicial evaluation

of the totality of the evidence, oral and circumstantial,

and not by an isolated scrutiny.

39. ...

40. The fair trial for a criminal offence consists not only

in technical observance of the frame, and forms of law,

but also in recognition and just application of its

principles in substance, to find out the truth and prevent

miscarriage of justice.”. (penekanan dibuat oleh kami).

[13] Seterusnya, di dalam kes tersebut Mahkamah telah membuat

pemerhatian bahawa dalam sesuatu perbicaraan jenayah ia

membabitkan kepentingan tiga pihak (“triangulation of interests”) -

tertuduh, mangsa dan masyarakat dan “interests of society are not to

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 13 -

be treated completely with disdain and as persona non grata”.

[14] Di Malaysia sendiri, perkara ini juga telah diberi penekanan.

Dalam kes Mohd Johi Said & Anor v P.P [2005] 1 CLJ 389,

Mahkamah Rayuan menyatakan:-

“Unlike civil appeals, where the appellant carries the

burden of showing that the judge at first instance went

wrong, in a criminal case the duty of the court is to

consider whether the conviction is right. The correct

approach is therefore not whether the decision is wrong

but whether the conviction is safe ....”.

[15] Sekarang kami akan membincangkan alasan-alasan yang

dikemukakan oleh peguambela terpelajar Perayu dengan terperinci.

Alasan (a)

[16] Peguambela terpelajar berhujah bahawa Y.A Hakim Bicara telah

membuat penemuan yang celaru apabila memutuskan pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen “mengedar” dengan

menggunapakai anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB

1952 dan dalam masa yang sama memutuskan bahawa pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen “mengedar”

berdasarkan keterangan langsung, iaitu pelakuan Perayu yang

membawa dadah berbahaya dengan cara menyorokkan

(“concealing”) dadah berbahaya tersebut di dalam perutnya dan

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 14 -

dengan demikian termasuk di bawah definisi “mengedar” seperti yang

diperuntukkan oleh seksyen 2 ADB 1952.

[17] Dihujahkan bahawa kegagalan Y.A Hakim Bicara untuk

membuat penemuan positif sama ada pihak pendakwaan sebenarnya

bersandar kepada anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) atau

keterangan langsung di bawah seksyen 2 ADB 1952, adalah

merupakan satu salah arah serius yang memprejudiskan Perayu serta

terjumlah kepada kegagalan keadilan (“failure of justice”).

[18] Bagi menyokong hujahnya, peguambela terpelajar merujuk

kepada, antara lain, kes-kes Seyedalireza Seyedhedayatollah

Ehteshamiardestani v Public Prosecutor [2014] 6 MLJ 408 (MR);

Abdul Aziz Jamal v Public Prosecutor [2016] 6 CLJ 485; Daniel

Akachukwu Agbanusi v Pendakwa Raya [2017] 2 MLJ 243).

[19] Seterusnya, dihujahkan bahawa di akhir kes pembelaan, Y.A

Hakim Bicara juga telah gagal untuk membuat penemuan sama ada

Perayu telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen

37(da) ADB 1952 atas imbangan kebarangkalian. Y.A Hakim Bicara

hanya menyatakan bahawa pembelaan Perayu telah gagal

menimbulkan keraguan yang munasabah. Kegagalan ini adalah

merupakan satu salah arah serius (lihat Ooi Hock Kheng v P.P

[2014] 5 MLJ 585).

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 15 -

[20] Dengan hormat, kami tidak bersetuju dengan hujah

peguambela terpelajar Perayu. Bahagian penghakiman Y.A Hakim

mengenai isu ini boleh dilihat di muka surat 21, Jilid I, Rekod Rayuan:-

“Dari elemen (c) pula, saya juga berpendapat pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini.

Pihak pendakwaan telah berjaya menggunapakai

anggapan di bawah Seksyen 37(da)(ix) Akta Dadah

Berbahaya 1952. Saya juga dapati terdapat

keterangan langsung di dalam kes ini yang

menunjukkan tertuduh melakukan pengedaran seperti

yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah

Berbahaya 1952.” (penekanan dibuat oleh kami).

[21] Kami telah membaca bahagian penghakiman di atas berkali-kali

dan berhati-hati bagi memahami maksud sebenar keputusan Y.A

Hakim Bicara. Y.A Hakim Bicara telah membuat penemuan positif

dengan menyatakan, “Pihak pendakwa telah berjaya menggunapakai

anggapan dibawah Seksyen 37(da)(ix) Akta Dadah Berbahaya 1952”

memandangkan berat dadah berbahaya yang menjadi hal perkara

pertuduhan ialah 468.3 gram cocaine. Pada hemat kami, ayat

berikutnya hanyalah merupakan pemerhatian Y.A Hakim Bicara

bahawa terdapat juga keterangan langsung yang boleh menunjukkan

Perayu telah melakukan perbuatan mengedar dadah seperti yang

ditakrifkan di bawah seksyen 2 ABD 1952. Nampaknya, Y.A Hakim

hanya mengulangi semula apa yang telah dihujahkan oleh Timbalan

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 16 -

Pendakwa Raya. Di muka surat 16, Rekod Rayuan Jilid 1, Y.A. Hakim

Bicara menyatakan:-

“… Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa

terdapat keterangan langsung di dalam kes ini yang

menunjukkan tertuduh melakukan perbuatan

pengedaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah

seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952.”.

[22] Melihat kepada maksud sebenar (“tenor”) bahagian

penghakiman yang berkaitan, kami berpuashati bahawa Y.A Hakim

telah menggunapakai anggapan statutori bagi membuktikan elemen

pengedaran.

[23] Kami bersetuju dengan hujah peguambela terpelajar Perayu

bahawa di akhir kes pembelaan Y.A Hakim Bicara telah gagal untuk

menyatakan sama ada Perayu telah berjaya mematahkan anggapan

statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 atas imbangan

kebarangkalian. Di muka surat 30 Jilid I, Rekod Rayuan, Y.A Hakim

Bicara menyatakan:-

“Berdasarkan sebab-sebab di atas, saya berpendapat

pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan suatu

keraguan yang munasabah. Manakala pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya

melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu,

tertuduh adalah didapati bersalah dan disabitkan

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 17 -

dengan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta

Dadah Berbahaya”.

[24] Hal ini sedia diakui oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa kami menggunapakai proviso

seksyen 60(1) Akta Mahkamah Keadilan 1964 untuk menyemak dan

meneliti sendiri keterangan yang terdapat dalam kes ini. Proviso

tersebut memperuntukkan seperti berikut:-

“Provided that the Court of Appeal may, notwithstanding

that it is of the opinion that the point raised in the appeal

might be decided in favour of the appellant dismiss the

appeal if it considers that no substantial miscarriage of

justice has occurred”.

[25] Setelah memberi pertimbangan yang mendalam terhadap

gesaan Timbalan Pendakwa Raya terpelajar dan memandangkan

keterangan yang dikemukakan terhadap Perayu adalah kukuh dan

mantap (“overwhelming”), pada hemat kami, demi kepentingan

keadilan adalah wajar untuk kami menggunapakai proviso seksyen

60(1) Akta Mahkamah Keadilan 1964 untuk membuat penilaian sendiri

sama ada pembelaan yang dikemukakan oleh Perayu telah berjaya,

atas imbangan kebarangkalian, mematahkan anggapan statutori di

bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952.

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 18 -

[26] Dalam kes Mohd Jamail Bin Abdul Ghani v Pendakwa Raya

[2013] 1 LNS 381, Mahkamah ini menyatakan:-

[53] Be that as it may, even assuming for a moment

that we agree with the learned counsel’s submission

that there was a serious flaw in the findings of the

learned judge on the defence which would amount to a

misdirection, would we in the exercise of our appellate

jurisdiction intervene in the finding of guilt of the

accused?

[54] In Abdul Manaf bin Muhamad, the Federal Court

cited its own decision in Tunde Apatira & 2 Ors v Public

Prosecutor [2001] 1 MLJ 259 in which the Federal Court

held that as a general rule, the appellate court will in

normal course of events, quash a conviction where

there has been a misdirection and exceptionally a

conviction will be upheld despite a misdirection where

the court is satisfied that a reasonable tribunal would

have convicted the accused on the available evidence

on a proper direction. In other words, the court would

still uphold the conviction despite the misdirection

where no miscarriage of justice has been detected.

[55] In Abdul Manaf bin Muhamad, having gone

through the evidence on the record, the Federal Court

was of the view that the Court of Appeal ought to have

applied the proviso to section 60(1) of the Courts of

Judicature Act 1964 (‘CJA’) to uphold the conviction

and sentence of the appellant notwithstanding the

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 19 -

misdirection by the learned trial Judge. In reliance on

the proviso to section 92(1) of the Courts of CJA, the

Federal Court then set aside the judgment of the Court

of Appeal, reinstated and affirmed the decision of the

High Court.

[56] We would also refer to the case of Ahmad Najib

Aris v PP [2009] 2 CLJ 800, in which Zulkefli

Makinuddin FCJ (as he then was), writing on behalf of

the Federal Court, held that an appellate court has the

power to review or re-evaluate all the evidence

available on record when hearing an appeal.

[57] In the light of Abdul Manaf bin Muhamad and

Ahmad Najib Aris, we are of the view that even if there

was a misdirection by the learned trial Judge on the

defence case, this Court is nevertheless entitled to

review or re- evaluate all the available evidence on

record to see if a reasonable tribunal faced with the

same evidence as the learned trial Judge would have

convicted the accused on a proper direction. (See also

Khoo Hi Chiang v PP [1994] 2 CLJ 151; Tunde

Apatira).”.

[27] Perlu diambil perhatian bahawa pembelaan Perayu di dalam kes

ini ialah dia tidak mempunyai pengetahuan bahawa benda yang

ditelannya ialah dadah berbahaya. Perayu tidak menyentuh langsung

mengenai elemen pengedaran.

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 20 -

[28] Di segi undang-undang, Perayu mempunyai kebebasan

sepenuhnya untuk mengemukakan apa-apa pembelaan yang

difikirkan wajar untuk melepaskan dirinya dari pertuduhan yang

dikemukakan. Kami bersetuju dengan pemerhatian yang dibuat oleh

Mahkamah ini dalam kes Public Prosecutor v Ahmad Juweni &

Another Appeal [2017] 6 CLJ 630 (MR) seperti berikut:-

“[16] But this is not to say that just because the

presumption of trafficking under section 37(da) had

been activated, the only option open to the respondent

in answer to the trafficking charges was to put up the

defence that the drugs were not for the purpose of

trafficking, in rebuttal of the presumption under section

37(da). It was entirely for him to decide on his line of

defence.

[17] He could decide to put up the defence that the

drugs were not for the purpose of trafficking in rebuttal

of the presumption under section 37(da), or he could

put up the defence of no knowledge of the drugs in

rebuttal of the presumption under section 37(d), or he

could put up the defence that he was not even in

custody or control of the drugs, i.e. that he was not

even in physical possession of the drugs.

[18] If he decided to put up the last of the defences

mentioned above, he would have no legal burden to

prove that he was not in custody or control of the drugs

because there is no presumption of custody or control.

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 21 -

The presumption is from custody or control. All that he

needed to do in order to earn an acquittal was to

discharge his evidential burden of merely to raise a

reasonable doubt in the prosecution’s case as to

whether or not he was in physical custody or control of

the drugs.

[19] The presumption of trafficking under section

37(da) is of course a rebuttable presumption, unlike, for

example the presumption under section 113 of the

Evidence Act 1950 which provides as follows:

“It shall be an irrebuttable presumption of law that a

boy under the age of thirteen years is incapable of

committing rape.”

[20] Thus, if the respondent succeeded in proving, on

the balance of probabilities, that the drugs were not for

the purpose of trafficking but for some other purpose

other than trafficking, such as for his own personal

consumption, or, to give another example, to be handed

over to the police upon discovering that they were

dangerous drugs, he would be entitled to be acquitted

of the trafficking charges. But if he failed to rebut the

presumption, the consequence would be a conviction:

See PP v Yuvaraj [1968] 1 LNS 116; [1962] 2 MLJ

189 where the Judicial Committee of the Privy Council

through Lord Diplock laid down the following proposition

of law:

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 22 -

“Generally speaking, no onus lies upon a defendant

in criminal proceedings to prove or disprove any

fact: it is sufficient for his acquittal if any of the facts

which if they existed would constitute the offence

with which he is charged are “not proved”. But

exceptionally, as in the present case, an enactment

creating an offence expressly provides that if other

facts are proved, a particular fact, the existence of

which is a necessary factual ingredient of the

offence, shall be presumed or deemed to exist

“unless the contrary is proved”. In such a case the

consequence of finding that that particular fact is

“disproved” will be an acquittal, whereas the

absence of such finding will have the consequence

of a conviction. (emphasis added).”.

[29] Dalam pembelaannya, Perayu tidak mempertikaikan fakta

bahawa dadah berbahaya yang dijumpai di dalam perutnya telah

dibawa dari Brazil ke Malaysia. Apa yang dipertikaikan oleh Perayu

ialah dia tidak mengetahui benda yang ditelannya itu sebenarnya

adalah dadah berbahaya. Dia mempercayai benda tersebut ialah

berlian dan dia membawanya untuk mendapat upah.

[30] Y.A Hakim Bicara, selepas meneliti kesemua keterangan yang

dikemukakan, memutuskan bahawa keterangan Perayu hanyalah

satu penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai. Kami

bersetuju dengan alasan-alasan yang dikemukakan oleh Y.A Hakim

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 23 -

Bicara di muka surat 28 – 29, Jilid I, Rekod Rayuan:-

“Tertuduh di dalam keterangannya telah menyatakan

bahawa beliau datang ke Malaysia kononnya hanya

mengikut tiket kapal terbang yang dirancang oleh Boom

dan teman lelakinya. Tertuduh juga mendakwa bahawa

kapsul yang ditelan adalah “diamond” dan dia sanggup

menelan “diamond” bagi tujuan mendapat upah. Walau

bagaimanapun, di dalam keterangan tertuduh, beliau

hanya memaklumkan bahawa beliau akan mendapat

upah untuk ambil “diamond” dan tiadalah pada bila-bila

masa dalam keterangan beliau, “diamond” tersebut

untuk diserahkan kepada siapa dan di mana.

Keterangan tertuduh ini juga semakin tidak logik apabila

memberi alasan bahan-bahan itu lebih mudah ditelan

daripada dibawa masuk. Keterangan tertuduh juga

semakin tidak logik dan tidak masuk akal bila sanggup

menelan 64 kapsul membabi buta demi upah yang

belum pasti lagi beliau terima.

Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa

sungguhpun tertuduh menyatakan bahawa menelan

kapsul-kapsul tersebut demi upah, tidak pula beliau

menjelaskan dengan lanjut atas tujuan apa, di mana,

kepada siapa perlu diserahkan, sedangkan perkara-

perkara ini penting untuk tertuduh tahu kerana beliau

pertama kali datang ke Malaysia.

Saya juga bersetuju dengan pihak pendakwaan,

daripada keterangan tertuduh secara keseluruhannya,

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 24 -

adalah jelas tertuduh terperangkap di dalam ceritanya

sendiri apabila tertuduh sekeras-kerasnya menyatakan

bahawa kapsul ditelah adalah “diamond” dan beliau

sendiri tahu akan bentuk “diamond” tersebut tetapi

langsung tidak memeriksa terlebih dahulu kandungan

kapsul-kapsul tersebut sedangkan tertuduh terpaksa

ambil masa yang lama untuk menelan kapsul-kapsul

tersebut.

Saya juga dapati tidak masuk akal alasan tertuduh yang

sanggup untuk pergi ke Brazil seorang diri, tinggal

dengan orang yang tidak dikenali untuk beberapa hari

semata-mata untuk mendapatkan upah 60,000 Bath

kerana mempunyai masalah kewangan.”.

[31] Pembelaan Perayu bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan

telah ditolak oleh Y.A Hakim Bicara dan pembelaan tersebut telah

gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap

kes pendakwaan. Memandangkan Perayu tidak mengemukakan apa-

apa keterangan untuk mematahkan anggapan statutori pengedaran di

bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952, kesimpulan yang tidak dapat

dielakkan ialah, atas imbangan kebarangkalian, Perayu telah gagal

mematahkan anggapan statutori tersebut.

Alasan (b)

[32] Peguambela terpelajar Perayu berhujah bahawa Y.A Hakim

Bicara telah melakukan salah arah (“misdirection”) yang serius

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 25 -

apabila gagal mengambilkira percakapan beramaran Perayu (Eks.

D49) semasa menimbangkan pembelaan Perayu. Dihujahkan

sekiranya D49 diambilkira, Y.A Hakim Bicara akan mendapati bahawa

pembelaan Perayu adalah selaras dan konsisten dengan percakapan

beramarannya. Peranan penama-penama Boom, Nick dan Ugo juga

telah dinyatakan dengan jelas dalam D49.

[33] Bagi menyokong hujahnya, rujukan dibuat kepada kes Prasit

Punyang v P.P [2014] 7 CLJ 392, di mana Mahkamah ini

memutuskan:-

“On the facts of the present case, we find there is merit

in the contention of learned counsel for the appellant. In

accordance with the provisions of s 182A(1) of the

Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the

learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all

the evidence adduced before him and shall decide

whether the prosecution has proved its case beyond

reasonable doubt. The legislature has advisedly used

the term “all the evidence”. The emphasis must be on

the word “all”. In the context of the present case, the

cautioned statement tendered by the appellant is one of

the evidence which the learned JC should take into

consideration in order to make a finding whether or not

the prosecution has proved its case beyond reasonable

doubt. The aim of this provision is obviously to make

certain that an accused person gets a fair trial. In the

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 26 -

recent case of Ahmad Mukamal Abdul Wahab & Anor

v Public Prosecutor [2014] 1 MLJ 865; [2013] 4 CLJ

949, Hamid Sultan Abu Backer, JCA in delivering the

judgment of this court has explained that the trial court

has a duty and obligation to fairly and justly weigh the

defence version and evidence (including the cautioned

statement of the accused) or for that matter a story by

the accused to reach a just result.”.

[34] Dengan hormatnya, kami tidak bersetuju dengan hujah

peguambela terpelajar. Sebenarnya Y.A Hakim Bicara telah merujuk

dan menyentuh Eks. D49 dalam penghakimannya di muka surat 25

dan 26, Jilid I, Rekod Rayuan. Semasa membuat kesimpulan di muka

surat 29, Y.A Hakim Bicara menyatakan:-

“Mengenai pembelaan tertuduh berkenaan penama

Ugo, Boom dan Nick saya berpendapat hanya kerana

tertuduh ada menyebut nama-nama pada keterangan

beramaran beliau sepertimana yang ditandakan

sebagai D49 iaitu 9 hari selepas tangkapan, maka

bukanlah tanggungjawab pihak pendakwaan untuk

membuat siasatan lanjut berkenaan kewujudan

penama-penama tersebut.”.

[35] Kami telah meneliti fakta yang dinyatakan dalam Eks. D49 dan

kami dapati ia adalah sama dengan fakta yang terdapat dalam

keterangan lisan yang dikemukakan oleh Perayu semasa memberi

keterangan dari kandang saksi. Justeru, pada hemat kami, jika

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 27 -

sekiranya Y.A Hakim Bicara tidak mengambil kira D49 sekalipun, di

mana dinafikan, ia tidak akan menimbulkan apa-apa prejudis kepada

Perayu kerana fakta yang sama yang dinyatakan dalam D49 telah

dikemukakan oleh Perayu semasa memberi keterangan lisan dan

telah diambilkira sewajarnya oleh Y.A Hakim Bicara. Dengan

perkataan lain, Y.A Hakim Bicara tidak akan mencapai satu keputusan

yang berlainan sekiranya Eks. D49 diambilkira dan diberi

pertimbangan.

Kesimpulan

[36] Kami mendapati keterangan yang dikemukakan oleh pihak

pendakwaan terhadap Perayu adalah kukuh dan mantap

(“overwhelming) bagi membuktikan bahawa sebenarnya Perayu telah

melakukan satu kesalahan yang telah dipertuduhkan terhadapnya.

Walaupun terdapat beberapa kesilapan teknikal yang dilakukan Y.A

Hakim Bicara dalam alasan penghakimannya, namun kesilapan

tersebut tidak menjurus kearah “kegagalan keadilan” yang tidak boleh

diperbetulkan oleh Mahkamah ini. Kami tidak mempunyai sebarang

keraguan bahawa sabitan terhadap Perayu adalah selamat.

[37] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami dengan sebulat suara

menolak rayuan Perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang

dibuat oleh Y.A Hakim Bicara.

Bertarikh: 29 Ogos 2017

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan

- 28 -

sgd.

(MOHD ZAWAWI BIN SALLEH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara Perayu: Ariff Azami bin Hussein Tetuan Azizul & Ariff Peguambela & Peguamcara 1-03-03, Worldwide @ 7 Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor. Peguamcara Responden: Aslinda Ahad Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Malaysia Bahagian Perbicaraan & Rayuan Presint 4 Persiaran Perdana 62100 Putrajaya.