16
TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat A5a & A5b Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3 A12 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia 4 H1 Kerugian 11 H3 Membuat bayaran dalam tempoh asas kepada bukan pemastautin yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B dan 109F 11 NOTA PENERANGAN TJ 2019 Cukai Pendapatan Keluarga Sekutu Hindu

Cukai Pendapatan Keluarga Sekutu Hindu · Keluarga sekutu Hindu membawa maksud perwarisan bersama dalam sesuatu sistem undang-undang yang terdapat di India. Pengurus keluarga sekutu

  • Upload
    others

  • View
    92

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

A5a &

A5b

Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3

A12 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di

luar Malaysia

4

H1 Kerugian 11

H3 Membuat bayaran dalam tempoh asas kepada bukan

pemastautin yang tertakluk kepada cukai pegangan di

bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B dan 109F

11

NOTA PENERANGAN

TJ 2019

Cukai Pendapatan

Keluarga Sekutu Hindu

- 2 -

SIAPA YANG PERLU MELAPOR DAN MENGISI BORANG TJ Keluarga sekutu Hindu membawa maksud perwarisan bersama dalam sesuatu sistem undang-undang yang terdapat di India. Pengurus keluarga sekutu Hindu atau karta perlu melapor semua punca pendapatan daripada semua punca dan perbelanjaan dalam Borang TJ.

MAKLUMAT ASAS

1 - 2 Nama keluarga sekutu Hindu sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM.

Contoh:

Nombor cukai pendapatan pertubuhan seperti didaftarkan dengan LHDNM.

Contoh:

KEDUDUKAN CUKAI

Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian E di muka surat 7 Borang TJ 2019. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

Nota ini disediakan bagi membantu pengurus keluarga sekutu Hindu atau karta melengkapkan Borang TJ bagi Tahun Taksiran 2019. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 adalah benar, betul dan lengkap.

Sekiranya layak menuntut bayaran balik seperti di ruang D6 borang nyata ini, tuan adalah dikehendaki

mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh diperoleh dari Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri

Malaysia (LHDNM):-

(a) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain) dan

(b) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di

negara asing.

Helaian kerja, lampiran dan maklumat lain boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM:

http://www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat & Selain Individu > Panduan

Pengiraan & Maklumat Lain

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7)

tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua

Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM). Amaun di ruangan B32a hingga B33, C32a hingga C33, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen. Manakala bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67 Jumlah Cukai Yang Dikenakan (ruang C33) RM19,322.85

<>_>>_>>_>>?

B1 , , ,

Perniagaan 1

C33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( C32a hingga C32g ) ->>_>>_>>_>?

, , , . C33

1 2 5 9 5 5

1 9 3 2 2 8 5

1 Nama keluarga sekutu Hindu <>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?

G O P A L C H E T T I A R F A M I L Y

2 No. cukai pendapatan

- 3 -

BAHAGIAN A: MAKLUMAT KELUARGA SEKUTU HINDU

A1

Karta bermastautin di Malaysia

Isi ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya karta bermastautin di Malaysia

atau ‘2’ sekiranya tidak bermastautin di Malaysia.

Karta ialah pengurus atau ketua keluarga sekutu Hindu. Taraf mastautin bagi

keluarga sekutu Hindu bergantung kepada taraf mastautin karta.

Sekiranya karta adalah bermastautin di Malaysia, keluarga sekutu Hindu

juga dianggap bermastautin di Malaysia. Begitu juga sebaliknya. Sila rujuk

seksyen 8 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) berkaitan cara

penentuan taraf mastautin kumpulan orang (‘body of persons’) untuk

menentukan taraf mastautin karta.

A2 Negara di mana karta bermastautin

Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 = ‘1’. Sekiranya karta tidak

bermastautin di Malaysia, sila rujuk kod negara di muka surat 13 nota

penerangan ini atau senarai terperinci di Lampiran E.

A3 Penyimpanan rekod

Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki

mengikut peruntukan ACP 1967. Isikan ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

A4a Menjalankan perniagaan e-Dagang

Isi ‘1’ (‘Ya’) jika karta berkenaan ada menjual apa-apa barang atau memberi

perkhidmatan secara dalam talian.

Jika ‘Ya’, isi juga ruang A4b.

Karta dianggap menjalankan perniagaan e-Dagang sekiranya dalam

menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:

i) menerima tempahan barang atau perkhidmatan.

Contoh:

Karta berkenaan menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang

atau media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

ii) menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

Karta berkenaan menerima bayaran tunai digital dengan kredit kad atau

kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos

biasa, telefon atau faksimili.

iii) membekalkan barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

Karta berkenaan menggunakan e-mel, internet atau protokol

pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian,

dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian

dalam bentuk cakera.

Karta berkenaan menggunakan e-mel berserta laman sesawang

untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.

Karta berkenaan menerima bayaran bagi mengiklankan barangan

atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.

Karta berkenaan adalah pemilik laman sesawang.

Karta berkenaan menyediakan perkhidmatan akses ke internet.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika karta berkenaan tidak menjalankan perniagaan e-

Dagang atau tidak berkenaan.

A4b Alamat laman sesawang / blog

Alamat laman web / blog (jika ada).

- 4 -

A5a Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127

Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan

perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak

dituntut mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.

1 = Perenggan 127(3)(b) ACP 1967

Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-

mana kelas orang daripada mematuhi mana-mana peruntukan Akta

Cukai Pendapatan 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana

pendapatan.

2 = Subseksyen 127(3A) ACP 1967

Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-

mana orang tertentu daripada mematuhi mana-mana peruntukan Akta

Cukai Pendapatan 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana

pendapatan.

3 = Tidak berkenaan

(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-

layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau

layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa

atas sebab seperti ketiadaan pendapatan.

(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-

tidak layak menuntut insentif;

permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri; atau

tidak berkenaan.

A5b Jika A5a = 1, dan / atau

2, nyatakan:

No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif

Nyatakan nombor P.U.(A) warta Kerajaan atau nombor surat kelulusan

Menteri Kewangan bagi insentif berkenaan.

Amaun Pendapatan Dikecualikan

Amaun daripada pengiraan.

Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan /

semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

A6 Alamat surat-menyurat

Karta

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A7 Alamat premis

perniagaan keluarga

sekutu Hindu

Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama keluarga sekutu

Hindu, jika ada.

A8

Alamat di mana rekod

keluarga sekutu hindu

disimpan

Isikan ‘1’ sekiranya rekod keluarga sekutu Hindu disimpan di alamat surat-

menyurat di ruang A6; atau ‘2’ jika disimpan di alamat premis perniagaan

seperti di ruang A7. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang

A6 dan A7.

A9 Alamat lain Nyatakan alamat di mana rekod karta disimpan sekiranya ruang A8 = ‘3’.

A10 Maklumat Karta Isikan maklumat karta yang mana berkenaan.

A10a Nama

Nyatakan nama penuh Karta seperti yang tertera di dokumen pengenalan

atau pasport di ruangan ini.

A10b No. pengenalan Isi nombor pengenalan (nombor kad pengenalan / polis / tentera) yang mana

berkenaan.

- 5 -

A10c No. pasport Isikan nombor pasport terkini seperti di buku pasport.

A10d No. cukai pendapatan

Isi nombor cukai pendapatan karta, sekiranya ada.

Contoh: No. cukai pendapatan ialah SG 00123456090

A10e No. telefon

Isikan nombor telefon karta. Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan

tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi LDHNM.

A11a Nama bank Untuk tujuan pembayaran balik kredit (jika ada) oleh LHDNM, nyatakan

nama bank dan nombor akaun bank karta di bank berkenaan. A11b No. akaun bank

A12 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia

Isikan ‘1’ jika mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar

Malaysia atau ‘2’ jika tiada / tidak berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM,

http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa > Pertukaran Automatik Maklumat

(AEOI) > Common Reporting Standard (CRS).

‘Akaun kewangan’ dan ‘institusi kewangan’ adalah seperti ditakrifkan dalam

CRS Guidance Notes di pautan tersebut.

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Jika A1 = 1, Isi Bahagian B bagi Karta yang BERMASTAUTIN di Malaysia

B1 –

B3

Pendapatan berkanun perniagaan

Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan,

pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha

bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan

barang-barang dan terimaan daripada pemberian perkhidmatan.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan

pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang

B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan

kemukakan lampiran bersama Borang TJ.

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun L dari Helaian Kerja HK-1D.

B4 –

B6

Pendapatan berkanun perkongsian

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan

perniagaan, perdagangan, pencarian profesion dan setiap pengilangan,

duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan

pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke

ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap

perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TJ.

Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B.

Elaun modal

Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan perniagaan

adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sebagai elaun

modal yang boleh ditolak daripada pendapatan larasan perniagaan /

perkongsian. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian

Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk pengiraan.

<?

<>>>>>>>>>?

S G 0 0 1 2 3 4 5 6 0 9 0 SG/OG

- 6 -

B8 Rugi perniagaan bawa hadapan

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun / tahun-tahun taksiran

terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak

daripada punca perniagaan / perkongsian.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7,

isikan amaun B7 dalam ruang ini.

B10 Faedah

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian

keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau

penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan dari faedah

hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi

tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-5

Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil

pertukaran dan nota janji.

B11

Sewa Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot

dan lain-lain yang serupa.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B

Royalti

‘Royalty’ includes any sums paid as consideration for, or derived from:

a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software,

artistic or scientific works, patents, designs or models, plans, secret

processes or formulae, trademarks or other like property or rights;

b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting,

motion picture films, films or video tapes or other means of reproduction

where such films or tapes have been or to be used or reproduced in

Malaysia, or other like property or right;

c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning

technical, industrial, commercial or scientific knowledge, experience or

skill;

d) the reception of, or the right to receive, visual images or sounds, or

both, transmitted to the public by satellite, cable, fibre optic or similar

technology.

e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in

connection with television broadcasting or radio broadcasting

transmitted by satellite, cable, fibre optic or similar technology.

f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio

frequency spectrum specified in a relevant licence;

g) a total or partial forbearance in respect of:

(i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or

right as is mentioned in paragraph (a) or (b) or any such

knowledge, experience or skill as is mentioned in paragraph (c);

(ii) the reception of, or the granting of the right to receive, any such

visual images or sounds as are mentioned in paragrapha (d);

(iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual

images or sounds as are mentioned in paragraph (e); or

(iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part

of the spectrum specified in a spectrum licence as is mentioned in

paragraph (f); or

h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in

paragraph (a), (b) or (c).

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.

- 7 -

B12 Anuiti

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan amanah.

Anuiti juga boleh diperoleh dari pelaburan yang melayakkan pelabur

menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu

tempoh. Pendapatan berkanun anuiti juga antara lain adalah anuiti yang

disyaratkan di bawah surat ikatan sesebuah badan amanah.

Bayaran berkala lain Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

B13 Apa-apa perolehan

atau keuntungan lain

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

B14 Tambahan mengikut

peruntukan perenggan

43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di

peringkat pendapatan agregat.

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di

bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-

tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP

1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira

dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

Masukkan amaun hasil pengiraan ke dalam ruang ini

B17 Rugi perniagaan tahun

semasa

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada

pendapatan agregat.

Contoh:

Kerugian perniagaan pada tahun 2019 ditolak daripada pendapatan agregat

bagi tahun 2019.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3.

Amaun B17 terhad kepada amaun B16. Jika amaun di ruang B17 melebihi

amaun di ruang B16, masukkan amaun B16 ke ruang ini.

B19 Perbelanjaan

mencarigali

Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada

simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak atau dalam menguji

simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan.

Amaun ini terhad kepada B18. Baki yang tidak diserap (jika ada) dimasukkan

ke ruang K2.

Jadual 4 dan perenggan 44(1)(b) ACP 1967.

B21 – B27 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan

Subseksyen 44(6) ACP 1967.

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri. Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967.

Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967.

Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara

yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967.

Terhad

kepada 7% daripada B16

- 8 -

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri berdasarkan

pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Jabatan Arkib Negara.

Subseksyen 44(6A) ACP 1967.

Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan

Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam serta

perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama

tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan.

Subseksyen 44(8) ACP 1967.

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri

Hadiah lukisan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai

seni lukis negeri.

Subseksyen 44(11) ACP 1967.

Zakat perniagaan

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B16. Subseksyen

44(11A) ACP 1967.

B30 Pelepasan diri Pelepasan diri layak diberikan kepada karta sekiranya sesebuah keluarga

sekutu Hindu berkenaan adalah bermastautin di Malaysia untuk tahun

semasa. Amaun potongan adalah sama dengan amaun yang layak diberi

dalam pelepasan diri untuk kes individu iaitu RM9,000.

B32a

Cukai ke atas yang pertama

Padankan amaun di B31 (Pendapatan Bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai dalam jadual cukai di muka surat 13 nota penerangan ini. Contoh:

Pendapatan bercukai di B31: RM35,500

Guna pengiraan di kategori D jadual cukai seperti berikut:

Cukai ke atas RM35,000 yang pertama RM 600.00

Cukai ke atas baki RM 500 @ 8% RM 40.00

Jumlah cukai pendapatan RM 640.00

Masukkan di ruang B32a, B32b dan B33 dalam Borang TJ seperti berikut:

B32b Cukai ke atas baki

B33 Jumlah cukai yang dikenakan

B32b Cukai ke atas baki

B33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( B32a + B32b )

Cukai ke atas yang pertama

B32a

Atas Kadar (%)

->>_>>_>>_>?

, , , .

<?

->>_>>_>>?

, , ,

->>_>>_>>?

, , ,

->>_>>_>>_>?

, , , .

->>_>>_>>_>?

, , , .

B33

6 4 0 0 0

3 5 0 0 0 6 0 0 0 0

5 0 0 0 8 4 0 0 0

- 9 -

BAHAGIAN C PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Jika A1 = 2, Isi Bahagian C bagi Karta yang TIDAK BERMASTAUTIN di Malaysia

C1 –

C27

Sila rujuk penerangan di ruangan B1 hingga B27, Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) dari muka surat 5 hingga 8 nota penerangan ini.

C30 Pendapatan kasar yang

tertakluk kepada kadar

cukai lain

Bagi keluarga sekutu Hindu yang tidak bermastautin di Malaysia,

pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A

dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah

kasar pada kadar selain daripada 28%.

Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang

ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila

rujuk Lampiran F) atau ACP 1967 jika tiada PPPDK.

C30a Faedah Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

C30b Royalti Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

C30c Pendapatan kelas khas

di bawah seksyen 4A

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan

harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau

pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli

daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi apa-apa nasihat atau bantuan atau perkhidmatan yang

diberi berkaitan dengan pengurusan atau pentadbiran bagi apa-apa

duga niaga, usaha, projek atau skim yang bercorak saintifik,

perindustrian atau komersial; atau

sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa

perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.

Rujukan: Ketetapan Umum No. 10/2019

C30d Pendapatan lain

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar

selain daripada 28%.

C32

C33

PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Pembahagian pendapatan bercukai mengikut kadar cukai masing-masing

Rujuk Lampiran F atau ACP 1967 jika tiada PPPDK.

Contoh:

Karta bermastautin di India dan keluarga sekutu Hindu ini menerima pendapatan faedah dan royalti.

Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 28% di C29: RM50,500

Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C30a: RM10,000

Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C30b: RM25,000

Masukkan di ruang C32a, C32d, C32f dan C33 dalam Borang TJ seperti berikut:

- 10 -

BAHAGIAN D: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

D1 Jumlah cukai yang

dikenakan

Jumlah cukai yang dikenakan adalah daripada ruang B33 di Bahagian B

bagi keluarga sekutu Hindu yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau C33 di

Bahagian C jika TIDAK BERMASTAUTIN.

D2 Tolakan cukai seksyen

110 (lain-lain)

Tolakan ini TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di

bawah Seksyen 107A.

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110

ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A

dan pendapatan daripada amanah.

Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya karta

berkenaan layak menuntut pembayaran balik.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

D3 Pelepasan cukai

seksyen 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke

Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai

perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang telah memeterai

PPPDK dengan Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan

kredit.

D4 Pelepasan cukai

seksyen 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke

Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK

memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan

Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan

kredit.

BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI

E1 Cukai kena dibayar Amaun daripada ruang D5.

E2 Ansuran yang telah

dibayar

Bayaran ini tidak termasuk amaun tunggakan yang diambil kira untuk cukai

tahun taksiran kebelakangan.

E3 Baki cukai kena dibayar Jelaskan baki ini dalam tempoh yang ditetapkan. Pembayaran boleh dibuat

melalui:

(a) ByrHaSiL di Portal Rasmi LHDNM, https://byrhasil.hasil.gov.my.

Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di

https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.

Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di

https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

->>_>>_>>_>?

->>_>>_>>_>?

1 4 1 4 0 0 0 5 0 5 0 0

2 5 0 0 0

1 0 0 0 0

2 5 0 0 0 0

1 5 0 0 0 0

1 8 1 4 0 0 0

C32a

C32f

C32d

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

Pendapatan Bercukai

Kadar (%)

Cukai Yang Dikenakan

28

10

15

<>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>? ->>_>>_>>_>?

, , ,

, , , , , ,

, , ,

.

.

<>_>>_>>_>>?

, , , , , , .

C33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( C32a hingga C32g )

C33 , , , .

- 11 -

(b) Bank yang dilantik.

kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB),

Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB

Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank

Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh

bank.

perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB,

Alliance Bank & Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Perbankan

Mudah Alih-i TAP Bank Islam dan perbankan telefon Maybank.

Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank, CIMB & RHB, Mesin

Deposit Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB & Maybank.

(c) Kad kredit Visa, Mastercard & American Express di kaunter Pusat Bayaran

Kuala Lumpur, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan Kuching.

(d) Kaunter bayaran LHDNM di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Cawangan

Kota Kinabalu dan Cawangan Kuching atau pos.

Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan dibayar

kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang boleh diperoleh di

http://www.hasil.gov.my.

Bayaran melalui pos hendaklah dihantar secara berasingan daripada

borang nyata. Bayaran TUNAI tidak boleh dibuat melalui pos.

(e) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.

Selepas selesai pengiraan cukai sehingga Bahagian E, tuan dinasihatkan supaya mengisi Bahagian

‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TJ 2019.

BAHAGIAN F: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

F1

F3

Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan.

Contoh: Pendapatan faedah bagi tahun 2018 yang diterima pada tahun 2019.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN G: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

G1

Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai

Keuntungan Harta Tanah 1976.

Isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset, dan isi juga ruang G2.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

G2 Melaporkan pelupusan tersebut Kepada LHDNM

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM

atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi

cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM,

http://www.hasil.gov.my.

- 12 -

BAHAGIAN H: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

H1 Kerugian Bahagian ini menyediakan ruang untuk melaporkan kerugian tahun taksiran

semasa dan tahun taksiran kebelakangan.

Kerugian Tahun Taksiran Semasa

Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang

diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar

hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan datang.

Kerugian Tahun Taksiran Kebelakangan *

Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum tahun

taksiran semasa; dan

Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki

kerugian yang dihantar hadapan untuk diabaikan / ditolak dalam tahun

taksiran berikutnya.

* Nota:

Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian yang tidak dapat diserap hanya

dibenarkan untuk dibawa ke hadapan untuk diserap bagi tempoh

maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut [Subseksyen

44(5F)].

Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44

Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap

sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan

untuk diserap sehingga maksimum 7 tahun taksiran bermula Tahun Taksiran

2019.

H2 Elaun Modal Cara pengiraan dan maklumat terperinci berkenaan bahagian ini boleh

didapati di dalam Helaian Kerja yang boleh diperoleh dari Portal Rasmi

LHDNM.

H3 Maklumat cukai pegangan

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya membuat bayaran dalam tempoh

asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109,

109A, 109B dan 109F.

Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

Helaian Kerja HK-M boleh digunakan sebagai panduan / rekod untuk

penyimpanan.

BAHAGIAN J: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

J1 – J5

Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 nota penerangan ini.

BAHAGIAN K: TUNTUTAN INSENTIF

K1

Elaun peningkatan eksport perkhidmatan

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk menentukan kelayakan serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1D untuk membuat pengiraan.

Amaun diserap Elaun yang diserap dalam tahun semasa.

Amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M7 dari Helaian Kerja HK-1D.

Baki hantar hadapan Baki elaun yang belum diserap (baki hantar hadapan).

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M8 dari Helaian Kerja HK-1D.

- 13 -

K2 Perbelanjaan - Jadual 4 Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

BAHAGIAN L: MAKLUMAT KEWANGAN KELUARGA SEKUTU HINDU

L1

– L50

Masukkan butiran seperti dalam Akaun Perdagangan, Untung dan Rugi serta Kunci Kira-Kira keluarga sekutu Hindu bagi tahun semasa di ruangan yang berkenaan sahaja.

BAHAGIAN M: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

M1 –

M5

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya keluarga sekutu Hindu mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan bagi tahun semasa.

AKUAN KARTA

Isikan nama karta atau pengurus kepada keluarga sekutu Hindu. Karta atau pengurus keluarga sekutu Hindu adalah bertanggungjawab secara individu ke atas segala urusan percukaian ke atas keluarga sekutu Hindu.

Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada keluarga sekutu Hindu sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

No. Kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP1967.

Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.

- 14 -

JADUAL CUKAI

KATEGORI BANJARAN PENDAPATAN

BERCUKAI

(a)

PENGIRAAN

RM

(b)

KADAR

%

(c)

CUKAI

RM

(d)

A 0 - 5,000 5,000

pertama 0 0

B 5,001 - 20,000 5,000

15,000 pertama

berikutnya 1

0 150

C 20,001 - 35,000 20,000 15,000

pertama berikutnya

3

150 450

D 35,001 - 50,000 35,000 15,000

pertama berikutnya

8

600 1,200

E 50,001 - 70,000 50,000 20,000

pertama berikutnya

14

1,800 2,800

F 70,001 - 100,000 70,000 30,000

pertama berikutnya

21

4,600 6,300

G 100,001 - 250,000 100,000 150,000

pertama berikutnya

24

10,900 36,000

H 250,001 - 400,000 250,000 150,000

pertama berikutnya

24.5

46,900 36,750

I 400,001 - 600,000 400,000 200,000

pertama berikutnya

25

83,650 50,000

J 600,001 - 1,000,000 600,000 400,000

pertama berikutnya

26 133,650 104,000

K Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama Setiap ringgit berikutnya

28 237,650

...............

KOD NEGARA

Sebahagian negara-negara yang dikenal pasti atau rujuk Lampiran E untuk senarai lengkap.

Nama Negara Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

- 15 -

KOD TUNTUTAN

TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS

Kod Jenis Tuntutan

101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

104 Perbelanjaan kebajikan

105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan serta negara-negara asing:

terhad RM300,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing

terhad RM700,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran

2018 melalui P.U. (A) 274/2019]

116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius

117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

121 Potongan bagi Hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2008 hingga 2010)

122 Kos membangunkan laman jaring

140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)

148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT

154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai

157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai

164 Potongan bagi bayaran pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional oleh majikan bagi pihak pekerja (Tahun Taksiran 2019 hingga 2020)

POTONGAN SELANJUTNYA

Kod Jenis Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 220 / 2012]

202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya

204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 219 / 2012]

205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu gergaji dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 218 / 2012]

208 Premium insurans bagi kredit eksport

212 Bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Tahun Taksiran 2008 hingga 2015)

- 16 -

217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2009 hingga 2012)

219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Tahun Taksiran 2014 dan 2015)

225 Potongan bagi penggajian warga emas, bekas banduan, orang diparol, orang diselia dan bekas penagih dadah (Tahun Taksiran 2019 dan 2020)

POTONGAN DUA KALI

Kod Jenis Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

302 Sumbangan wang tunai kepada penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak

306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional

317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (Tahun Taksiran 2012 hingga 2017)