Upload
rickeyminaiky
View
178
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ctu
CTU 151
PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
NAMA :
SHAZLIN IRYANTI BINTI SARUDDIN
2011645962
NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF
2011204744
BM112 2A
DISEDIAKAN UNTUK :
NORAJILA BINTI CHE MAN
1
ISI KANDUNGAN
Bilangan Kandungan Muka Surat
1 Pendahuluan 3
2 Islam di Melayu berdasarkan Kitab Hikayat Al Habib Hussain Al
Qadri
4
3 Teori-teori kedatangan Islam ke Alam Melayu 5-10
4 Faktor-faktor perkembangan Islam di Alam Melayu 11-14
5 Penutup 15-16
6 Rujukan 17
PENDAHULUAN
2
Agama Islam mula berkembang di alam Melayu dalam abad ke-13 Masihi.Menjelang abad ke-15
Masihi,agama Islam berjaya meluaskan pengaruhnya hampir ke seluruh alam Melayu dan
menamatkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang menguasai daerah tersebut sejak abad ke-
5 Masihi.
Pengembang-pengembang Islam yang menyebarkan agama Islam ke alam Melayu telah
memahami permasalahan budaya yang dihadapi oleh penganut-penganut Islam di daerah
tersebut.Pemikir-pemikir budaya Melayu dengan Islam telah menyesuaikan pelbagai aspek dari
kebudayaan Melayu dengan ciri-ciri keislaman,sehingga dengan itu lahirlah peradaban Melayu
yang memperlihatkan unsur-unsur Islam yang universal.
Dengan keunggulan peradaban Melayu yang bercorak Islam melahirkan suatu masyarakat alam
Melayu yang dinamik sehingga terbentuk kuasa-kuasa siasah yang kuat.Tetapi kekuatan
penjajahan Barat yang dibantu oleh teknologi moden dapat mengatasinya dan menguasai dunia
Islam.Akibatnya umat Islam tertinggal beberapa abad lamanya dari arus perkembangan tamadun
dunia.
Apabila dunia Islam bebas dari belenggu penjajahan,maka umat Islam menghadapi suatu
permasalahan budaya semasa untuk menyesuaikan berbagai-bagai aspek dalam tamadun yang
menguasai kehidupan mereka dengan roh agama.Ini merupakan satu cabaran yang memerlukan
pendekatan yang konkrit bagi memperlihat ciri keunggulan yang boleh menarik sokongan bagi
mengembalikan kekuatan seperti yang dijanjikan oleh Allah di dalam al-Quran.
ISLAM DI PONTIANAK BERDASARKAN KITAB HIKAYAT AL-HABIB HUSSAIN
AL –QADRI
3
Kitab Hikayat Al-Habib Husain Al-Qadri merupakan sumber primer sejarah ketibaan dan
penyebaran Islam di Kalimantan Barat atau di Kepulauan Borneo umumnya dan sekali gus
menjadi karya penting sebagai pelengkap kepada historiografi Borneo yang sebelum ini belum
pernah ditonjolkan.
Hikayat Al-Habib Husain Al-Qadri boleh dianggap sebagai salah sebuah karya sejarah
berasaskan dua faktor;pertama,cerita sejarah yang disampaikannya adalah berbentuk kronologis
dan berkesinambungan.Kedua,fakta-fakta sejarah yang dipaparkan pula kebanyakannya adalah
bersifat rasional dan lojik.Akan tetapi oleh sebab pengaruh pemikiran tasawuf di kalangan
penulis Melayu pada zaman itu masih kuat,menyebabkan pengarang kitab Hikayat Al-Habib
Husain Al-Qadri tidak dapat lari daripada perkara yang bersangkutan dengan unsur-unsur magis
atau dalam bentuk mitos dan legenda.Hal ini,walaupun tidak sesuai dengan disiplin sejarah dan
historiografi moden,namun itulah keunikan historiografi Melayu tradisional dan juga
historiografi Islam zaman awal yang berlaku di Asia Barat.Lebih dari itu,kita dapat melihat
karya-karya berbentuk sastera sejarah seperti yang dihasilkan oleh Tun Seri Lanang dan Raja Ali
Haji.Cerita-cerita yang berbentuk dongeng itu barangkali juga menjadi penghias karya yang
bertujuan untuk menarik minat para pembaca;samalah halnya dengan cerita-cerita dongeng yang
disampaikan oleh ahli-ahli sejarah terkemuka di Asia Barat,termasuk al-Mas’udi dalam karyanya
Muruj al-Dhahab.
TEORI – TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
4
Para sejarawan berselisih pandangan tentang tepatnya tarikh kedatangan Islam ke Alam
Melayu.Ada yang mengatakan pada abad ke 8M,abad ke 9M da ada pula yang mengatakan lebih
awal lagi,iaitu abad ke 7M di zaman Rasulullah SAW Mereka juga berselisih pandangan tentang
dari mana asal usul datangnya Islam ke Alam Melayu.Ada beberapa teori yang telah
dikemukakan,iaitu:
Teori dari Arab
Mengikut teori ini,dakwah Islamiyah datang secara langsung dari negara Arab melalui jalan
laut.Teori ini disandarkan oleh kenyataan-kenyataan seperti berikut:
1-Dr.O.W.Wolters berpendapat bahawa hubungan perniagaan di antara Arab dengan China
melalui kawasan-kawasan Asia Tenggara telah wujud sejak zaman jahiliyah lagi (Abdul Rahman
Hj.Abdullah,1984).Perairan Semenanjung Tanah Melayu dipercayai menjadi laluan kapal-kapal
para peniaga tersebut.Mereka melalui pelabuhan-pelabuhan perniagaan di Selat
Melaka,Kedah,pantai barat Semenanjung Tanah Melayu dan pelabuhan-pelabuhan di
Terengganu,Kelantan serta Pahang di Pantai Timur.
2-Menurut catatan-catatan China,pada tahun 674M,Khalifah Muawiyah (Bani umaiyah) pernah
bercadang hendak menyerang gugusan pulau-pulau Melayu,tetapi beliau membatalkan
rancangan itu setelah mengetahui kawasan tersebut berada dalam keadaan aman tenteram di
bawah pentadbiran seorang ratu bernama Sima.(S.Q.Fatimi,1993)
3-Prof.Thomas Arnold menyatakan bahawa hubungan antara Arab dan Asia Tenggara telah
wujud sejak abad pertama hijrah lagi.Satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai
oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau pada tahun 627M.Mereka
pulang ke Madinah setelah lima tahun berada di sana.
Catatan-catatan ini membuktikan bahawa orang-orang Arab benar-benar mengenali gugusan
pulau-pulau Melayu dan mengambil berat tentangnya sebelum abad ke-7M lagi.Mereka telah
bergerak dengan cergas dan meluas di lapangan perniagaan. (Wan Hussein Azmi,1980)
5-Marshal Broomhall berpendapat bahawa perhubungan orang-orang Arab dengan China berlaku
pada pertengahan abad ke-5M dan mula berpengaruh pada zaman Tang (618-970 M).Pada tahun
878M,telah tercetus pemberontakan kaum petani di Canton di bawah pimpinan Huang Chao
5
yang mengorbankan antara 120,000 hingga 200,000 orang Islam (Arab dan Parsi).Bagi mereka
yang sempat melarikan diri kemudiannya telah berhijrah ke Nusantara.Pendapat ini
membuktikan bahawa orang-orang Arab dan Parsi telah berperanan menyebarkan Islam di Alam
Melayu.
6-Ferrand dan Schricke menyebutkan bahawa satu armada yang terdiri daripada 35 buah kapal
parsi milik Khalifah umar Abdul Aziz (717-720M) telah berlepas ke Ceylon menuju Palembang
pada tahun 717M.Mereka tinggal di sana selama lima bulan dan kemudiannya menuju ke
China.Angkatan ini banyak mengirim misi dakwah Islam ke serata negara.Di zaman Umar inilah
raja Sriwajaya ‘’Sridavarman” dikatakan telah memeluk Islam.Kerajaannya terkenal dengan
nama ‘’Kerajaan Sri Budha Islam”.Buktinya masih tersimpan dalam koleksi General Abdul
Kadir di muzium Sepanyol di Madrid.(Abdul Rahman Hj.Abdullah,1984)
Prof.Wang Gungwu mengemukakan fakta bahawa mulai abad ke-9M,pedagang-pedagang Arab
telah menguasai Perdagangan Nauhai (Asia Tenggara).Kapal-kapal mereka dikatakan telah
belayar dari Oman ke Kedah,iaitu pelabuhan kerajaan Sriwijaya.Mereka juga telah mendirikan
penempatan-penempatan di kawasan pantai Nusantara.
Berdasarkan teori-teori tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu di atas,di dapati:
a)Islam telah datang ke Alam Melayu/Nusantara secara langsung dari negara Arab.
b)Faktor perdagangan telah membawa orang-orang Arab ke Nusantara sejak abad ke 7M lagi
(awal Hijrah).
c)Kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah pada ketika itu telah dilakukan oleh orang-orang Arab
sendiri.
d)Misi-misi dakwah telah bermula sejak zaman sahabat Nabi lagi dan diperhebatkan oleh
Khalifah Umar Abdul Aziz.
Teori dari India
6
Snouck Hurgronje merupakan salah seorang ahli sejarah Belanda yang mendukung teori
ini.Menurut beliau,Asia Tenggara sentiasa tertumpu kepada India untuk memperoleh ilmu
pengetahuan dan peluang perniagaan berbanding Arab dan Parsi.Oleh itu penerimaan Islam oleh
gugusan pulau-pulau Melayu adalah lanjutan setelah penerimaan India.(S.Q.Fatimi,1993)
Bagaimanapun,para sarjana tidak sependapat tentang dari daerah manakah di India Islam di bawa
ke Alam Melayu:
1-Van Ronkel menganggap bahawa Islam dibawa dari India Selatan dengan alasan bahawa ciri-
ciri mistik,sastera roman dan sebagainya di Indonesia adalah berasal dari India Selatan.
2-Moquette dan R.A.Kern,memilih Gujerat sebagai tempat asal Islam dengan mengemukakan
bukti-bukti tentang adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai (1428M) dan di Gersik (1414M)
dengan batu nisan di Gujerat.
3-G.E.Morrison menolak teori dari Gujerat kerana ketika Samudera diislamkan,Gujerat dan
daerah-daerah lain di India masih lagi beragama Hindu.Menurutnya,Benggal terlebih dahulu
menerima Islam setelah ditawan oleh orang-orang Islam sejak awal abad ke 13M,kemudian baru
diikuti oleh kawasan-kawasan lain.Tambahan pula,Gujerat bermazhab Hanafi sedangkan
Nusantara dan Benggal adalah menganut mazhab Syafi’i.
4-Pendapat Morrison di atas disokong oleh S.Q.Fatimi.Beliau mengemukakan hujah bahawa
Malikus-Salih bukanlah orang tempatan tetapi orang Benggali.Batu nisan Malikus-Salih,batu
nisan di Pasai dan batu nisan di Gerisik bukan berasal dari Gujerat kerana Islam sampai di sana
menjelang abad ke 13M.Walaupun batu nisan dari Gujerat amat digemari,tetepi ia dikirim ke
Nusantara selepas 200 tahun mangkatnya Malikus-Salih.
5-Ada juga pendapat mengatakan Islam dibawa masuk ke Nusantara dari pantai Malabar kerana
persamaan mazhab (Syafi’i).Teori ini diperkukuhkan dengan peranan Fakir Muhammad yang
berasal dari sana dan mengislamkan Malikus-Salih (Merah Silu) di Pasai.Teori ini ditolak oleh
Hamka kerana Malabar atau Mu’tabar bermakna tempat persinggahan Syeikh Ismail yang telah
diutus oleh Syarif Makkah untuk mengislamkan Merah Silu.Di Malabar inilah Syeikh Ismail
disertai oleh Fakir Muhammad,bekas seorang raja (Sultan Muhammad) keturunan Abu Bakar al-
Siddiq yang bukan merupakan anak jati Malabar.
7
Pada hakikatnya teori dari India ini timbul berasaskan tiga perkara:
a)Apabila orang India memeluk Islam,mereka telah datang ke gugusan pulau-pulau Melayu
termasuk Malaysia dengan membawa agama Islam ketika mengadakan hubungan perdagangan.
b)Adanya persamaan dari segi bahasa yang diambil dari istilah India Selatan seperti perkataan
lebai,raja,permaisuri dan lain-lain.
c)Adanya penemuan batu nisan yang dipercayai dibawa masuk dari Gujerat,India (makam
Maulana Malik Ibrahim di gerisik tahun 1419M) dan di tebing sungai Kedah,dijumpai
perkuburan muslimin yang tua ukirannya serupa dengan batu nisan di India.
(Wan Hussein
Azmi,1980)
Teori dari China dan Champa
Teori datangnya Islam ke Alam Melayu dari China dan Champa ini telah disokong oleh beberapa
hujah seperti berikut:
1-Emanual Godinho de Eredia seorang saintis dan ahli Matematik Sepanyol menulis tentang
gugusan pulau-pulau Melayu pada tahun 1613M.Beliau menyebut bahawa akidah Muhammad
telah terlebih dahulu diterima di Pattani dan Pam di persisiran pantai timur dan selepas itu
barulah diterima dan disebarkan oleh Parameswara di Melaka tahun 1411M.(S.Q.Fatimi,1993)
2-Dalam sejarah Dinasti Sung (960-1279) tercatat bahawa Islam telah berkembang di sepanjang
pantai laut China pada tahun 977M.Selain itu ada bukti yang menunjukan Islam sampai di China
lebih awal dari tahun 977M dengan ditemukan satu papan lukisan di masjid San Fu
(742M).Bahkan ada riwayat mengatakan Islam telah sampai ke China pada zaman Rasulullah
S.A.W,iaitu pada zaman pemerintahan Thai Sung (627-655M).Muslim pertama yang tiba di sana
ialah Ibn Hamzah (anak Hamzah Ibn Abi Talib) sepupu Rasulullah S.A.W bersama dengan tiga
ribu orang muhajirin dan tinggal di San Gan Fou.Mereka kemudiannya diikuti oleh Muslimin
yang lain yang menggunakan jalan laut dan tinggal di Yunnan (China bahagian
selatan).Hubungan ini terjalin kerana faktor perniagaan dan Canton pada masa itu menjadi
8
pusat pelabuhan perniagaan (wan Hussein Azmi,1980).Oleh itu dipercayai kedatangan Islam ke
Alam Melayu adalah dari China kerana mereka terlebih dahulu menerima Islam lalu
menyebarkannya.
3-S.Q.Fatimi menyebut tentang kewujudan kerajaan Bani Champa (1000-1471) yang
dianggapnya didirikan oleh pelarian-pelarian Syiah Alawiyah dari Damsyik.Mereka
kemudiannya melarikan diri ke Makkah serta Aceh setelah diserang oleh kerajaan Annam.Hujah
ini diperkukuhkan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303M yang
disamakannya dengan batu nisan di Champa Selatan.
4-Menurut Dr.Abdul Jalil Hj.Hassan dalam catatan sejarah Chau-Ju-Kua (1225M) terdapat
negeri Islam yang disebut Fo-lo-an.Dipercayai Fo-lo-an ini ialah Kuala Berang di Terengganu
dan di sinilah dijumpai batu bersurat (702 H/1303 M) yang membuktikan Islam datang ke
Malaysia melalui pantai timur dari China/Indo China.Baru-baru ini pula ditemui batu bersurat di
Teluk Cik Munah,Pahang yang tarikhnya dikatakan 419H iaitu lebih awal dari batu bersurat di
Terengganu.Sekali lagi penemuan ini menguatkan teori dari China/Indo China.
(Abdul Rahman Hj.Abdullah,1984)
Berdasarkan pembahasan di atas,teori ini telah cuba mengemukakan bahawa:
a)Islam datang ke Alam Melayu/Nusantara dari China berdasarkan dari peristiwa pemberontakan
di Canton.
b)Ada pendapat lain yang mengatakan ia berasal dari Champa Selatan (Indo-China).
c)Teori-teori dari China/Indo China ini telah dikemukakan oleh sebahagian ahli sejarah
berdasarkan penemuan-penemuan sejarah di Pahang,Kedah dan Terengganu.
Teori paling kukuh tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu menurut para pengkaji
sejarah Melayu
9
Tiga teori tersebut mempunyai hujah-hujah tersendiri bagi membuktikan dari mana sebenarnya
Islam dibawa ke Alam Melayu.Namun dari ketiga-ketiga teori ini,teori dari Arab yang dianggap
paling kukuh berdasarkan beberapa pandangan pengkaji sejarah Melayu,antara lain:
Syed Muhammad Naquib Al-Attas mengemukakan hujah:
a)Dari segi bahasa dan kesusasteraan keagamaan yang merujuk kepada sumber-sumber tulisan
lama Islam yang berkaitan dengan kepulauan ini,tiada suatu pun laporan yang merujuk kepada
penulis atau kitab yang berasal dari India atau digubah oleh orang India.
b)Para mubaligh Islam di daerah ini terdiri daripada orang-orang Arab atau Arab Parsi dari gaya
nama dan gelaran mereka.
c)Kandungan faham keagamaan yang mereka bawa bersifat Timur Tengah,bukan India seperti
cara penghuraian akidah menurut pelbagai mazhab ilmu Tasauf.
d)Pembentukan tulisan jawi dan corak beberapa hurufnya yang serupa dengan huruf-huruf Arab.
e)Nama dan gelaran bagi hari-hari mingguan.
f)Penggunaan istilah-istilah Arab dalam Bahasa Melayu.
g)Cara dan sebutan masyarakat Alam Melayu melafazkan al-Quran.
Hamka pula mengemukakan 14 hujah untuk memperkukuh pendapat bahawa Islam dibawa terus
dari Arab,antara lain:
a)syeikh Ismail diutuskan oleh Syarif Makkah ke Nusantara untuk mengislamkan Merah Silu.
b)Pengislaman Parameswara oleh Sayid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah.
c)Pengislaman di Aceh dirintis oleh Syeikh Abdullah Arif yang datang dari tanah Arab bersama
muridnya Burhanuddin dan lain-lain.
FAKTOR - FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
10
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah diterima baik oleh masyarakatnya.Bahkan sejarah
mencatatkan,ini berlaku kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:
Keistimewaan Ajaran Islam
Sebagai agama yang syumul,keistimewaan agama Islam telah berjaya menarik minat masyarakat
Melayu.Pengislaman mereka berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.Konsep Tauhid
(Allah yang Esa) begitu mudah diterima dan difahami berbanding agama sebelumnya yang
bertuhankan bermacam-macam dewa dan sebagainya.Kedatangan Islam juga telah
mengutamakan persamaan hak,persaudaraan sesama manusia,saling membantu,berakhlak
mulia.Di samping itu,Islam menganjurkan agar masyarakatnya mengimbangi tuntutan jasmani
dan rohani,demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Perdagangan
Pedagang Arab,Cina dan India telah sekian lama melakukan kegiatan perdagangan di Alam
Melayu.Dipercayai sebahagian dari pedagang-pedagang ini adalah golongan para
mubaligh,pendakwah,ulamak dan ahli sufi yang telah membawa bersama kebudayaan,bahasa dan
kepercayaan mereka di rantau ini.Di samping menjalankan perdagangan,mereka melakukan
aktiviti dakwah dan mengadakan perbincangan-perbincangan tentang ajaran Islam di
perkampungan-perkampungan pedagang.
Di antara nama-nama pedagang dan pendakwah Arab yang berjasa mengislamkan masyarakat
Alam Melayu,menurut catatan sejarah ialah Syeikh Abdullah Ariff,Syeikh Maulana Abdul aziz
(Jeddah),Syeikh Malik Ibrahim,Syeikh Ismail (Mekkah),Syarif Ali Mufaqquh Muqaddam,Tuan
Sayid Habib Hussain al-Qadri dan Tuan Syarif Awliya (Hadramaut).
Pedagang dan pendakwah ini turut dilantik oleh kerajaan Melaka sebagai Shahbandar untuk
menjaga kepentingan pedagang-pedagang lain.Ini sebagai petanda bahawa mereka telah
mempunyai hubungan yang begitu baik dengan pemerintah,tidak hairanlah sekiranya Islam
dikatakan tersebar dengan mudah melalui usaha-usaha saudagar dan pendakwah tersebut.
11
Pengislaman raja-raja
Dari segi budaya serta kesan yang ditinggalkan oleh agama sebelumnya iaitu Hindu-
Buddha,masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang sangat setia kepada raja-raja kerana
takut akan daulat jika mendurhakai mereka.Justeru itu apabila raja-raja memeluk agama
Islam,maka dengan mudah pula jejak langkah mereka diikuti oleh para pembesar dan rakyat
jelata.
Perkahwinan
Kedatangan sesuatu bangsa ke negara-negara lain dalam waktu yang lama,tidak dapat
menghindari kemungkinan berlakunya proses interaksi melalui perkahwinan.Begitu juga apa
yang berlaku di Alam Melayu di peringkat awal penyebaran Islam.
Perkahwinan para pedagang atau pendakwah dengan anak-anak gadis tempatan,puteri-puteri raja
dan pembesar negeri ketika itu,telah memberi laluan terhadap perkembangan Islam kerana ia
telah berjaya menarik minat ahli keluarga yang lain untuk turut menganut agama tersebut.
Syeikh Abu Bakar misalnya,adalah seorang pendakwah yang terkenal berasal dari Mekkah telah
berkahwin dengan puteri Sulu dan membantu kerajaan tersebut melaksanakan pemerintahan
mengikut system Islam.Selain itu,berlaku juga perkahwinan diraja,iaitu raja yang telah memeluk
Islam telah berkahwin dengan puteri-puteri dari negeri-negeri berhampiran atau negeri-negeri
yang ditaklukinya.
Contohnya,Sultan Mansur Shah (Melaka) telah mengahwinkan puteri-puteri baginda dengan
raja-raja di kepulauan Melayu di Sumatera (Inderagiri) dan sebagainya.Parameswara pula telah
memeluk Islam setelah berkahwin dengan puteri raja Pasai pada tahun 1414M.
(Wan Abdullah Wan Mahmood,1997)
Penaklukan
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah iaitu sultan Melaka kelima (1446-
1456),keluasan pemerintahan wilayah Islam di bawah pimpinan baginda telah sampai ke
12
sepanjang pantai barat,pantai timur semenanjung Tanah Melayu dan di sekitar perairan selat
Singapura.Baginda juga berjaya menguasai Kampar dan Indragiri di Sumatera.Kejayaan
menakluki wilayah-wilayah tersebut telah pula membawa kejayaan kepada Islam.
Seterusnya pada zaman Sultan Mansur Shah iaitu sultan keenam,wilayah kekuasaan Islam telah
sampai ke Siak,Aru dan Rokan.Sementara di perairan selat Melaka,baginda telah berjaya
membuka Bengkalis,Pulau Karimun dan Bentan.(Nik Mohd.Rosdi Nik Ahmad,2006)
Para sultan Melayu Melaka juga menghantar ulamak-ulamak ke kawasan-kawasan tersebut untuk
mengajar agama Islam.Setelah kerajaan Melayu Melaka jatuh,peranan ini telah dilanjutkan oleh
kerajaan Islam Aceh sekitar abad 16M dan 17M di bawah pemerintahan sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani.Pengislaman kepulauan Jawa pula telah dilaksanakan
oleh kerajaan Demak,Pajang dan Mataram.
Kejatuhan Melaka tidak bererti berhentinya dakwah Islamiah di rantau ini kerana pada abad ke
18M-19M,Pattani telah meneruskan usaha-usaha tersebut.Usaha-usaha yang dilakukan oleh raja-
raja Melayu terbukti telah berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Alam Melayu.
Pendakwah
Kehadiran pendakwah di tengah-tengah masyarakat Melayu telah menarik hati masyarakat
tempatan.Ini terjadi kerana kemuliaan keperibadian yang dimiliki oleh mereka.Dalam pergaulan
mereka dengan masyarakat,mereka telah menunjukkan sifat-sifat terpuji seperti menjaga
amanah,kesucian,kebenaran,keadilan,menepati janji serta menjauhkan diri dari perbuatan-
perbuatan terkutuk.Secara tidak langsung masyarakat setempat tertarik untuk bergaul dan
sekaligus mengenal ajaran Islam.Akhirnya mereka memeluk dan mengamalkan agama tersebut
dalam kehidupan.
Sokongan pemerintah
13
Para sultan turut menyubang ke arah kejayaan tersebarnya Islam di Alam Melayu.Mereka telah
memberi kepercayaan kepada ulamak-ulamak untuk berperanan sebagai tenaga penggerak
utama,membantu penyebaran dakwah Islam dan menjadi tenaga pengajar di wilayah-wilayah
yang telah dibuka mahupun wilayah-wilayah baru yang belum menerima Islam.Sultan juga
melantik ulamak menjadi penasihat dalam urusan negara dan berbincang bersama mereka hal-hal
keagamaan.
Sultan Alauddin Shah iaitu sultan Melaka ketujuh (1477M-1488M) adalah salah satu contoh
nyata bagi membuktikan peranan dan sokongan pemerintah terhadap penyebaran Islam.Selain
terkenal dengan sifat kepahlawanannya,beliau juga terkenal sebagai ulamak yang warak.Baginda
telah menjemput sultan-sultan yang berada di bawah kekuasaan wilayahnya ke majlis-majlis
ilmu dan bertindak sebagai pengajar.Pada masa yang sama undang-undang Islam telah
dilaksanakan,seperti hokum hudud dan sebagainya.
PENUTUP
14
Islam mempunyai pengaruh yang amat besar,mendalam dan meluas di Alam Melayu sehingga
berjaya menghakis pengaruh Hindu dan Buddha.Kedatangan Islam menandakan bermulanya
zaman baru dan berakhirnya satu zaman lama/kuno di rantau ini.Prof.syed M.Naquib Al-Attas
berpendapat,kedatangan Islam membawa kemodenan kerana ia berasaskan rasional serta
kebebasan cara berfikir.Ia berjaya melahirkan Melayu Baru dalam mencipta tamadun.Di samping
itu,Prof.Syed M.Naquib Al-Attas juga menolak pendapat Van Leur,bahawa pengaruh tamadun
Islam di Alam Melayu hanya dalam bentuk kulit sahaja atau amat tipis.
Kedatangan Islam telah memperlihatkan peningkatan darjat bahasa Melayu ke peringkat yang
lebih tinggi serta wujudnya sistem tulisan jawi yang mantap.Islam juga telah memberi ruang
kepada bahasa Melayu menjadi lingua franca di rantau ini.Islam juga mempengaruhi lapangan
budaya material dan ekspresif orang-orang Melayu.Masyarakat Melayu telah menghasilkan
kubah dan mihrab (menghala kiblat),ukiran batu nisan,seni muzik dan lagu berbentuk
nasyid,qasidah,berzanji,seni khat dan lain-lain.
Sarjana-sarjana Barat mempunyai alasan tersendiri apabila mereka mengemukakan pendapat di
atas.Mereka cuba memutarbelitkan fakta sejarah seakan-akan kedatangan Islam ke Malaysia ini
tidak sedikitpun mempunyai erti berbanding agama sebelumnya iaitu Hindu dan Buddha.Motif
mereka berbuat demikian,tidak syak lagi kerana ketakutan mereka yang begitu memuncak akan
kebangkitan Islam yang diramalkan mungkin akan tercetus dari Nusantara berdasarkan beberapa
faktor yang cukup kukuh:
a)Nusantara hari ini mempunyai penduduk beragama Islam yang terbanyak dan terpadat.
b)Tempat tinggal di gugusan pulau-pulau yang bertaburan,kaya dengan suku bangsa dan bahasa
yang berbeza tetapi diikat dengan kesatuan tauhid.Ia sekaligus memberi gambaran bahawa
Nusantara juga kaya dengan sumber tenaga manusia.
c)Pada umumnya komitmen masyarakat Nusantara terhadap Islam boleh dikatakan amat
membanggakan.Kesedaran serta penghayatan mereka terhadap Islam terselah dengan wujudnya
pelbagai pembaharuan dalam setiap aktiviti mereka.
15
d)Kandungan ajaran Islam itu sendiri yang berorientasikan masa hadapan dengan memberikan
penekanan tentang pentingnya budaya ilmu dan budaya kerja yang dinamik,pembinaan generasi
yang berkualiti,bermaruah serta merdeka.
Ini menunjukan bahawa asas kepada pembinaan tamadun Malaysia adalah bersandarkan kepada
tamadun Melayu.Secara tidak langsung agama Islam yang menjadi pegangan masyarakat Melayu
telah menjadi paksi dalam pembentukan nilai dan budaya bangsa sehingga terbentuknya tamadun
Malaysia yang mempunyai identiti yang tersendiri.Kesempurnaan dan kesyumulan Islam juga
telah memandu Malaysia untuk terus maju dan tampil sebagai sebuah tamadun yang unggul dan
boleh dicontohi oleh masyarakat dunia.
16
RUJUKAN
Dr. Ismail Hamid, Peradaban Melayu Dan Islam, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya
Selangor, 1985.
M.A Shaban, Sejarah Islam, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984.
Mahayudin Haji Yahya, Islam di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2001.
Mohd Faizal P. Rameli, Tamadun Islam Pemikiran dan Sejarah Perkembangan, Pusat Pemikiran
dan Kefahaman Islam ( CITU ) Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka, 2011.
17