5
contoh teks pengacaraan majlis Teks Juruacara Majlis Perasmian Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati, Pasir Mas Sesi 2008. MASA : 9.00 pagi CUE : Apabila Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati tiba di hadapan pintu masuk Dewan Harmoni, paluan kompang akan dimainkan oleh pelajar Persatuan Kelab Kompang. Juruacara pun mengumumkan : ANN : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati Pasir Mas, Tn.Hj Abdullah bin Abdul Rahman. MASA : 9.05 pagi CUE : Setelah tetamu khas duduk di tempat yang disediakan, juruacara memulakan majlis dengan ucapan pembukaan : ANN : Bunga melur mekar di taman, Menjadi penyeri si gadis Lati, Selamat datang kami ucapkan, Ke majlis penutupan Minggu AktivitiAssalamualaikum Wr. Wb. dan salam sejahtera, selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati, Pasir Mas bagi Sesi 2008. Yang Berbahagia, Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati, Tn. Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, Yang Berusaha Penolong Pengetua, En. Ilham bin Ramli, Yang Dihormati Guru Penolong Kanan HEP, En. Mohd Hairie bin Mohd Nashoha, Pengerusi Minggu Aktiviti Sesi 2008, Pn. Fatimah Binti Alif, Ketua-ketua Panitia, barisan para guru, pelajar- pelajar dan hadirin sekalian. MASA : 9.07 pagi CUE : Bacaan doa oleh Ustaz Hj. Yusuf bin Ahmad. ANN : Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Yusuf bin Ahmad untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. CUE : Setelah selesai bacaan doa, juruacara mengucapkan terima kasih. ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz di atas bacaan doa tadi. MASA : 9.15 pagi CUE : Ucapan Pengerusi Minggu Aktiviti Sesi 2008. ANN : Majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Fatimah Binti Alif, Pengerusi Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati bagi sesi 2008, untuk menyampaikan sepatah dua kata. CUE : Setelah selesai menyampaikan ucapan, juruacara mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Minggu Aktiviti. ANN : Majlis merakamkan ucapan terima kasih. MASA : 9.30 pagi

Contoh Teks Pengacaraan Majlis

  • Upload
    miey2u

  • View
    3.803

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Contoh Teks Pengacaraan Majlis

contoh teks pengacaraan majlis Teks JuruacaraMajlis Perasmian Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati, Pasir Mas Sesi 2008.

MASA : 9.00 pagiCUE : Apabila Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati tiba di hadapan pintu masuk Dewan Harmoni, paluan kompang akan dimainkan oleh pelajar Persatuan Kelab Kompang. Juruacara pun mengumumkan : ANN : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati Pasir Mas, Tn.Hj Abdullah bin Abdul Rahman. MASA : 9.05 pagiCUE : Setelah tetamu khas duduk di tempat yang disediakan, juruacara memulakan majlis dengan ucapan pembukaan :ANN : Bunga melur mekar di taman,Menjadi penyeri si gadis Lati,Selamat datang kami ucapkan,Ke majlis penutupan Minggu Aktiviti…Assalamualaikum Wr. Wb. dan salam sejahtera, selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati, Pasir Mas bagi Sesi 2008. Yang Berbahagia, Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati, Tn. Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, Yang Berusaha Penolong Pengetua, En. Ilham bin Ramli, Yang Dihormati Guru Penolong Kanan HEP, En. Mohd Hairie bin Mohd Nashoha, Pengerusi Minggu Aktiviti Sesi 2008, Pn. Fatimah Binti Alif, Ketua-ketua Panitia, barisan para guru, pelajar-pelajar dan hadirin sekalian.MASA : 9.07 pagiCUE : Bacaan doa oleh Ustaz Hj. Yusuf bin Ahmad.ANN : Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Yusuf bin Ahmad untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.CUE : Setelah selesai bacaan doa, juruacara mengucapkan terima kasih.ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz di atas bacaan doa tadi.MASA : 9.15 pagiCUE : Ucapan Pengerusi Minggu Aktiviti Sesi 2008.ANN : Majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Fatimah Binti Alif, Pengerusi Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati bagi sesi 2008, untuk menyampaikan sepatah dua kata.CUE : Setelah selesai menyampaikan ucapan, juruacara mengucapkan terima

kasih kepada Pengerusi Minggu Aktiviti.ANN : Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Page 2: Contoh Teks Pengacaraan Majlis

MASA : 9.30 pagiCUE : Ucapan Perasmian Penutupan Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan

Lati.ANN : Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati, Tn. Hj. Abdullah bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati Pasir Mas bagi sesi 2008. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.CUE : Setelah selesai Yang Berbahagia Tuan Pengetua memyampaikan ucapan perasmian penutupan, juruacara mengucapkan terima kasih.ANN : Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang Berbahagia Pengetua. MASA : 9.45 pagiCUE : Layar besar akan diturunkan di ruang pentas dewan untuk persembahan tayangan video.ANN : Untuk memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, para hadirin akan diserikan dengan tayangan video yang memaparkan perjalanan aktiviti sepanjang Minggu Aktiviti ini berlangsung. CUE : Selesai sahaja tayangan video, layar putih akan dinaikkan. Juruacara merakamkan ucapan terima kasih.ANN : Semoga para hadirin terhibur dengan persembahan tayangan video sebentar tadi. Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kelab Multimedia SRK Lati di atas persembahan tayangan tadi. MASA : 10.00 pagiCUE : Kumpulan nasyid dari Kelab Nasyid SRK Lati mengambil tempat di sebelah kiri pentasuntuk membuat persembahan.ANN : Seterusnya, majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada Kelab Nasyid SRK Lati. Mereka akan mempersembahkan 2 buah lagu berturut-turut, iaitu ‘Iman Mutiara’ dan ‘Berita Untuk Kawan’. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. CUE : Setelah selesai persembahan nasyid, mereka mengambil tempat duduk. Juruacara merakamkan ucapan terima kasih.ANN : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih di atas persembahan tadi. Untuk pengetahuan para hadirin, kumpulan nasyid itu tadi diketuai oleh saudara Ilmie Huzairie Hairie, di bawah pimpinan Encik Zulkifli Amin dan diiringi oleh pemuzik iringan dari Kelab Muzik SRK Lati. MASA : 10.15 pagiCUE : Majlis Penyampaian Pingat dan Piala.ANN : Para hadirin sekalian, sepanjang 5 hari Minggu Aktiviti ini berlangsung, iaitu dari 9 hingga 13 Mac 2008, pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan

Page 3: Contoh Teks Pengacaraan Majlis

membabitkan penglibatan semua pelajar SRK Lati. Antaranya pertandingan sukan, sukaneka, pidato dan juga pertandingan nasyid.Untuk pertandingan sukan, sebanyak 5 acara telah diadakan iaitu bola sepak, bola baling, sepak takraw, badminton dan ping pong. Untuk menyempurnakan majlis penganugerahan pingat dan piala kepada para pemenang, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Penolong Pengetua, untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua SRK Lati ke atas pentas untuk majlis penyampaian pingat dan piala. Dipersilakan.MASA : 10.20 pagiCUE : Penolong Pengetua mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua SRK Lati ke atas pentas untuk majlis penyampaian pingat dan piala.ANN : Majlis dimulakan dengan pemenang pertandingan sukan Minggu Aktiviti

Sekolah Rendah Kebangsaan Lati bagi sesi 2008.

MASA : 11.20 pagiCUE : Setelah pemenang pertandingan terakhir iaitu pertandingan nasyid menerima piala, muzik latar dihentikan. Juruacara mengumumkan :ANN : Seterusnya adalah kemuncak penyampaian pingat dan piala yang paling dinantikan oleh semua pelajar iaitu penyampaian piala pusingan. Penerima piala pusingan ini dikira berdasarkan pungutan mata terbanyak untuk setiap pertandingan yang disertai sepanjang Minggu Aktiviti ini berlangsung. Piala Pusingan yang dimaksudkan adalah Juara Keseluruhan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati Pasir Mas bagi sesi 2008. MASA : 11.30 pagiCUE : Sebaik sahaja pemenang juara keseluruhan menerima piala pusingan dari Yang Berbahagia Tuan Pengetua, juruacara majlis mengucapkan tahniah.ANN : Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan bagi mereka yang tidak

berjaya, janganlah berputus asa dan terus mencuba di lain masa. Sesungguhnya dalam pertandingan ini, tiada istilah kalah atau menang kerana kita semua sememangnya adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik. (Berhenti sebentar)Majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pengetua di atas kesudian beliau menyampaikan pingat dan piala kepada para pemenang. Sebagai tanda besar hati dan terima kasih, majlis mempersilakan Pengerusi Minggu Aktiviti SRK Lati sesi 2008, Puan Yuzaila binti Yusuf untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Pengetua.Dipersilakan. MASA : 11.35 pagi

Page 4: Contoh Teks Pengacaraan Majlis

CUE : Setelah selesai upacara penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Pengetua, juruacara mengucapkan terima kasih.ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Pengerusi Minggu Aktiviti sesi 2008 menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Pengetua.

MASA : 11.38 pagiCUE : Band dari Kelab Muzik SRK Lati mengambil tempat di atas pentas untuk membuat persembahan.ANN : Sebelum mengakhiri majlis, marilah kita sama-sama dihiburkan oleh persembahan daripada band Akustika yang akan mendendangkan 3 buah lagu iaitu ‘Hijau’, ‘One Thousand Million Smile’ dan ‘Seroja’. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.MASA : 12.00 tengah hariCUE : Setelah selesai persembahan band, mereka mengambil tempat duduk. Juruacara merakamkan ucapan terima kasih.ANN : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih di atas persembahan tadi. Untuk pengetahuan para hadirin, band tadi diketuai oleh saudara Muhammad Ilham, di bawah pimpinan Encik Harris Izardi selaku guru penasihat Kelab Muzik SRK Lati.CUE : Juruacara mengumumkan :ANN : Hadirin yang dihormati sekalian, dengan berakhirnya persembahan band tadi, maka selesai sudah majlis Perasmian Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati Pasir Mas sesi 2008. Majlis dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pengetua SRK Lati dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang penuh gilang gemilang ini. Semoga kita akan bertemu kembali di tahun hadapan dalam majlis yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebelum mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun :Dua tiga kucing berlari,Mana nak sama si kucing belang,Selesai sudah Minggu Aktiviti,Moga terus cemerlang dan terbilang… Sekian. Assalamualaikum Wr. Wb.