4
CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS TEKS PENGACARAAN MAJLIS TRANSFORMASI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN CEMERLANG SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. TARIKH : 3 APRIL 2010 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN DARUL MAKMUR TETAMU KEHORMAT: YANG HORMAT DATO HAJI MAZLAN BIN MOHAMAD PENGACARA : - Sebelum ketibaan Yang Hormat Dato Pengarah IPTAA Assalamualaikum dan salam sejahtera Sidang hadirin yang dimuliakan, Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis Tranformasi Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamed, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut: 1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Hormat DatoHaji Mazlan Bin Mohamad, Tuan Pengarah dibuat oleh Pengacara Majlis. 2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap. 3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis 4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan. 5. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan. 6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang untuk menyanyikan semua lagu perhimpunan dengan penuh bersemangat.

Contoh Teks Pengacaraan Majlis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rujukan

Citation preview

Page 1: Contoh Teks Pengacaraan Majlis

CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS

TEKS PENGACARAAN MAJLIS TRANSFORMASI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN CEMERLANG

SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKANINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.

TARIKH                         : 3 APRIL 2010MASA                             : 8.30 PAGITEMPAT                        : DEWAN DARUL MAKMURTETAMU KEHORMAT: YANG HORMAT DATO’HAJI MAZLAN BIN MOHAMADPENGACARA              :  -                            

Sebelum ketibaanYang Hormat Dato’ Pengarah IPTAAAssalamualaikum dan salam sejahtera

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis Tranformasi Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan  Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamed, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:

1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Hormat Dato’  Haji Mazlan Bin Mohamad, Tuan Pengarah dibuat oleh Pengacara Majlis.

2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap.3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu kehormat

meninggalkan majlis4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.5. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang untuk menyanyikan semua

lagu perhimpunan dengan penuh bersemangat.

Page 2: Contoh Teks Pengacaraan Majlis

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari Tuan-tuan dan Puan-puan.

Mengumumkan Ketibaan Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, diiringi Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua Jabatan,      ketua-ketua unit dan para pensyarah masuk ke dalam dewan.

BissmillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Serta sahabat dan keluarga baginda.

Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan  Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.Yang Hormat Dato’ Haji Adam Amirul bin Zakaria,Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran Malaysia.Yang Berusaha Encik Roselan Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.Ketua-ketua Jabatan,Ketua-ketua unit,Para Pensyarah,Barisan Ahli jawatankuasa Perwakilan Pelajar,Barisan Ahli Jawatankuasa Kerja Perhimpunan dan Upacara Khas,Guru-guru pelatih sekalian.Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk berkumpul bagi mengikuti Majlis Tranformasi Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Sidang hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Wan Muhammad bin Wan Jusoh dari Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda  Bahasa Melayu  Semester 3. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

BACAAN DOA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Wan Muhammad bin Wan Jusoh  atas bacaan doa sebentar tadi.

Page 3: Contoh Teks Pengacaraan Majlis

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan nyanyian Lagu Negeri Pahang, Lagu IPG dan Lagu IPTAA  yang akan dipimpin oleh saudari Nurasyidah Mohd Rasid dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah semester 4.

Hadirin diminta berdiri.

NYANYIAN LAGU

Para hadirin dipersilakan duduk.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari Nurasyidah Mohd Rasid atas pimpinan lagu sebentar tadi. 

Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan oleh Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

UCAPAN ALU-ALUAN

Terima kasih kepada Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad atas ucapan  sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya majlis akan diteruskan dengan ucapan bertemakan Transformasi Pendidikan Ke Arah Pembentunkan Modal Insan Cemerlang dengan memberikan fokus kepada pembentukan modal insan berkualiti ke arah mencapai wawasan 2020  yang akan di sampaikan oleh Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria  tanpa membuang masa lagi, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENERANGAN

Terima kasih kepada Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria , Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran Malaysia atas kesudian beliau menyampaikan ucapan  sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Agenda majlis berikutnya ialah majlis penyampaian cenderamata. Majlis menjemput Encik  Roselan Bin  Ahmad untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Hormat Dato’ Pengarah menyampaikan cenderamata kepada Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Page 4: Contoh Teks Pengacaraan Majlis

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Hormat Dato’ Pengarah atas kesudian beliau menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

 Majlis kita pada pagi ini diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia, lagu Tekad dan  Negaraku yang dipimpin oleh Nurasyidah Mohd Rasid dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah  semester 4.

Para hadirin diminta berdiri,

NYANYIAN LAGU

Dengan nyanyian lagu tersebut  sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Tranformasi Pendidikan Ke Arah Pembentukan Modal Insan Cemerlang Sempena Karnival Pendidikan  Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Bagi pihak majlis saya ingin menyusun 10 jari memohon jutaan kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan dan kelemahan yang disedari ataupun tidak.

Majlis menjemput Tuan Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit dan para pensyarah mengiringi Yang Hormat Dato’ Haji  Mazlan Bin Mohamed dan Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria, Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran Malaysiauntuk meninggalkan dewan dan menikmati jamuan di Teratak Selera bersebelahan dengan Kantin.

Sekian  sahaja dari saya ,Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualikum warahmatullahiwabarakatuh