contoh Teks Pengacara Majlis Pibg

  • Upload
    shafy11

  • View
    297

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh Teks Pengacara Majlis Pibg

Citation preview

Bil

BilAGENDATEKS

1.Ketibaan para jemputan dan ibu bapaMengumumkan ketibaan Yang Berhormat ________________________ dengan diiringi _________________________(Yang Dipertua PIBG), PN. Hjh. Rokiah binti Ahmad (Guru Besar SK Ayer Puteh), Penolong-penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh.

2. Nyanyian Lagu NegarakuSidang Hadirin yang dihormati,Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnyamenyayikan lagu Negaraku..................................................Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3. Kata Alu-aluan Pengacara MajlisAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi................................................................................

Kompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.Bismilahhirahmanirahim...Yang Berhormat ________________________________________________.Yang Berbahagia,

_________________________________Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.Yang Berusaha _______________________________________________Guru Besar SK Ayer PutehYang Dihormati _______________________________Yang Dipertua PIBG SK Ayer Puteh_____________________________________________

Naib Yang Dipertua PIBG SK Ayer Puteh

_____________________________________________

Guru Penolong Kanan Pentadbiran_____________________________________________

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid_____________________________________________

Guru Penolong Kanan Ko-kurikulumAhli-ahli Jawatankuasa PIBG Guru-guru ,Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalianAlhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke- ____ tahun 2015 ini. Pihak majlis serta seluruh warga SK Ayer Puteh, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat ________________________________________ kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4. Bacaan Doa

Ucapan YDP En. Mohd Yusof bin Zakaria Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh _______________________________

Dengan segala hormatnya dipersilakan...............................................................................................Majlis mengucapkan terima kasih kepada ________________________________________________

atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Hadirin yang dihormati sekalian.

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang.Kita mulakan atucara kita pada pagi ini dengan ucapan daripada Yang Dipertua PIBG . Dipersilakan.

5. Ucapan Alu-aluan oleh Guru BesarSeterusnya, majlis menjemput__________________________, Guru Besar SK Ayer Puteh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.......................................................................Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ___________________________________ atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6. Selingan

Persembahan Nasyid

7. Ucapan PerasmianKini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat ___________________________________________ dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Ayer Puteh bagi tahun 2015.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada _______________________________atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

8.Majlis PenutupDengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Ayer Puteh bagi tahun 2015.Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati. Kami mewakili AJK PIBG dan SK Ayer Puteh, merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB _____________________________ atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Ayer Puteh. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Seterusnya, kami serahkan kepada _____________________ untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Ayer Puteh.