contoh surat rayuan jahi.docx

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 contoh surat rayuan jahi.docx

    1/1

    Nama Pemohon I & No Akaun Tabung HajiNama Pemohon II & No Akaun Tabung HajiAlamatTel:_____________________________________Tarikh :

    Bahagian Operasi DomestikLembaga Tabung Haji,

    Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH201, Jalan Tun Razak,50732 Kuala Lumpur.

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhTuan/Puan,

    RAYUAN BAGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 143x HIJRAH

    Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.Kami dengan ini, pemegang akaun Tabung Haji seperti di atas ingin memohon agar kami suami is teri dipertimbangkan bagi menunaikan haji pada tahun 143x Hijrah (Tahun Masihi

    20xx) atas sebab-sebab seperti berikut:-

    1) Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang;

    2) Masalah penjagaan anak-anak dapat dielakkan sekiranya kami menunaikan haji pada tahun ini. Pada tahun-tahun yang akan datang, kami mempunyai komitmen yang lebih besar

    terhadap keluarga. Antaranya, anak kami akan mula bersekolah dan kami menghadapi kesulitan untuk mencari penjaganya sekiranya kami menunaikan haji;

    3) Keadaan kewangan dan kesihatan mengizinkan kami untuk mengerjakan haji pada tahun ini, InsyaAllah.

    Pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan/puan amatlah kami h argai. Besarlah harapan kami sekiranya impian kami menunaikan ibadah haji pada tahun ini tercapai, dengan izin Allah.

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam.

    Yang Benar,

    (ABU HAZMY)No. IC:Tel. No.: