5
Ceritakan tentang kebaikan sahabat-sahabat kamu. Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat sama ada di sekolah ataupun di kawasan tempat tinggal saya. Saya suka akan sahabat-sahabat saya ini kerana mereka amat baik dengan saya. Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya dalam pelajaran. Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan Matematik, mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-sama mereka. Contohnya saya suka bermain bola sepak bersama-sama mereka di padang permainan berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di samping dapat menyihatkan tubuh badan kami. Seterusnya sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam kesusahan. Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya telah bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya untuk dibuat belanja membeli makanan. Akhir sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku cerita kepada saya. Contohnya, kami sering bertukar-tukar buku

Contoh Penulisan Karangan Berformat UPSR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh penulisan karangan berformat untuk panduan UPSR

Citation preview

Page 1: Contoh Penulisan Karangan Berformat UPSR

Ceritakan tentang kebaikan sahabat-sahabat kamu.

Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat

sama ada di sekolah ataupun di kawasan tempat tinggal saya. Saya suka akan

sahabat-sahabat saya ini kerana mereka amat baik dengan saya.

Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya

dalam pelajaran. Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan

soalan Matematik, mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya. Ini secara

tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran Matematik.

Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-sama

mereka. Contohnya saya suka bermain bola sepak bersama-sama mereka di padang

permainan berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan hubungan

persahabatan di samping dapat menyihatkan tubuh badan kami.

Seterusnya sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam

kesusahan. Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya

telah bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya untuk dibuat belanja

membeli makanan.

Akhir sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku cerita kepada saya.

Contohnya, kami sering bertukar-tukar buku cerita atau komik yang kami beli di kedai

buku. Ini secara tidak langsung dapat menanbahkan pengetahuan kami bersama.

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik

hati.Bagai isi dengan kuku begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan

hubungan persahabatan saya ini. Harapan saya semoga persahabatan saya ini akan

berkekalan.

Page 2: Contoh Penulisan Karangan Berformat UPSR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENERBITAN MAJALAH

Persatuan Bahasa Malaysia,

Sekolah Kebangsaan Taman Kim Soon,

70400 Seremban,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

______________________________________________________________________

Tuan Pengarah Urusan,

Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.,

50-54, Lorong Rahim Kajai 14,

Taman Tun Dr.Ismail,

60000 KUALA LUMPUR. 6 OGOS 2011

Tuan,

Lawatan Sambil Belajar Ke Penerbitan Karangkraf

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa ahli-ahli Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kami bercadang untuk ke penerbitan tuan. Lawatan tersebut sebagai satu cara untuk mendedahkan ahli dengan pengalaman penerbitan. Ini selaras dengan hasrat kami untuk menerbitkan buletin persatuan.

2. Ini merupakan lawatan pertama dari sekolah kami ke penerbitan tuan. Ahli-ahli memang berharap sangat untuk mengetahui cara-cara penerbitan majalah ‘Dewan Pelajar’. Untuk pengetahuan tuan, majalah tersebut kami langgani sebanyak 200 naskah sebulan.

3. Sehubungan dengan itu , bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk maklumat pihak tuan.

3.1. Tarikh : Sabtu, 24 OGOS 2001

3.2. Waktu : 9:30 pagi – 11:30 tengahhari

3.3. Peserta : 40 orang murid dan empat orang guru

Page 3: Contoh Penulisan Karangan Berformat UPSR

4. Bagaimanapun, jika tarikh tersebut tidak sesuai, pihak tuan boleh mengubah tarikh lain. Kami sedia menanti waktu yang sesuai ke tempat tuan. Namun, sama ada kunjungan kami diterima atau tidak, diharapkan berilah jawapan segera untuk memudahkan kami membuat persiapan.

5. Kerjasama dan perhatian tuan memang kami harapkan. Kami yakin pihak tuan tidak akan mengecewakan harapan kami. Sesungguhnya ada jalan untuk kami ke penerbitan tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Farizah Dakir

(FARIZAH BINTI DAKIR)

Setiausaha,

Persatuan Bahasa Malaysia,

Sekolah Kebangsaan Taman Kim Soon.

Page 4: Contoh Penulisan Karangan Berformat UPSR

Soalan :

Sekolah kamu telah menganjurkan bulan kemerdekaan. Tuliskan berita tentang bulan kemerdekaan tersebut.

RAWANG, Jumaat- Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos baru-baru ini. Banyak aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan tersebut.

Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat mengenal tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah dilakukan oleh puan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Keamanan ini perlu dipertahankan oleh generasi muda.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan pidato, pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster dan pameran tentang sejarah kemerdekaan. Pertandingan terbuka untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang antara kelas juga turut diadakan.

Pada acara penutup,Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Para pemenang telah menerima hadiah berupa trofi dan hamper. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah ‘Merdeka’ dengan penuh semangat.

Pihak sekolah berharap semangat sayang akan negara tetap terus berkekalan di jiwa setiap murid di sekolah ini.