Cite Sempurna vs Cita Bencana

Embed Size (px)

DESCRIPTION

l

Citation preview

Khazanah Bendahara Seri MaharajaKepimpinan Cita Sempurna vs Kepimpinan Cita Bencana Ahli falsafah Amerika George Santyana pernah berkata : Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again. (Mereka yang lupakan pengajaran daripada sejarah akan dihukum untuk mengulangi kesilapan mereka berulang-ulang kali). Sebagai seorang pengkaji sejarah aku cukup yakin dan berpegang pada prinsip di atas kerana itulah kesimpulan yang kudapatkan berulangkali daripada berbagai aspek pengkajian dan pembacaanku yang berkaitan dengan sejarah turun naiknya dinasti-dinasti dan kerajaan-kerajaan dunia bermula daripada kisah kaum Nabi-nabi Bani Israel yang banyak diceritakan dalam al-Quran sebagai tauladan. Aku masih terkial-kial mencari jawapan kepada seribu persoalan yang tercetus gara-gara kemelut politik tempatan yang melanda tanah airku yang tercinta ini. Kewujudan begitu ramai kepimpinan yang mengamalkan politik murahan sehingga dalam bahaya mempertaruhkan kepentingan bangsa dan agama amat mengganggu pemikiranku, aku mula berfikir-fikir sejarah manakah harus kurenungkan demi mencari iktibar dan tauladan. Mengingatkanku pada konsep kepimpinan CITA SEMPURNA dan CITA BENCANA yang diperkenalkan oleh cendikiawan dan ahli akademik tersohor negara, iaitu Dr Syed Hussein Alattas. Aku teringin berkongsi beberapa maklumat yang teramat berharga daripada buku karangan beliau yang bertajuk Cita Sempurna Warisan Sejarah[1]. Mengenai konsep CITA SEMPURNA, Dr Syed Hussein mentakrifkannya seperti berikut: ...adalah suatu pandangan hidup yang menyeluruh bertujuan untuk mencapai masyarakat sempurna. Cita ini juga menggerakkan usaha yang hebat bagi menjayakannya. Ada yang berpengaruh secara perlahan dalam masa yang panjang, ada yang bangkit dengan serentak dalam masa sejarah yang singkat. Lahir dan bangkitnya tamadun Islam di kurun ke-6 dan ke-7 di Timur Tengah dapat dianggap contoh yang jelas sekali. Dalam sejarah manusia, apa yang dianggap sebagai cita sempurna telah menjelma dalapelbagai bentuk. Memang benar bahawa keseluruhan cita sempurna itu relatif pada waktu dan tempat. Tetapi landasan nilai dan gerakan emosi yang merupakan arus di bawah sungai itu adalah universal dan tidak relatif. Semenjak Islam mula dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 Masihi di Mek, tujuannya adalah untuk melaksanakan masyarakat atas dasar cita sempurna. Bentuk cita sempurna Islam adalah campuran unsur-unsur universal, unsur-unsur Islam khususnya serta pengaruh budaya, tempat dan waktu. Manusia mesti hidup dalam lingkungan agama ataupun kepercayaan, budaya, waktu tempat dan keadaan. Cita sempurna tugasnya adalah memandu perjalanan hidup manusia dan masyarakat, termasuk budayanya, agamanya serta usaha untuk merubah keadaan. Dalam bidang cita sempurna tadi dasar-dasar yang merata alam ini adalah HAK-HAK ASI MANUSIA yang sebahagian besarnya telah diungkapkan oleh Revolusi Perancis dan oleh Islam dan agama-agama lain termasuk Buddha, Hindu dan Kristian.[2] Beliau seterusnya memberikan contoh jelmaan kepimpinan tokoh cita sempurna dalam sejarah kehidupan pahlawan Islam yang agung, iaitu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Sultan Salahuddin merupakan seorang tokoh Islam yang tersohor dan terunggul. Baginda terlibat dalam Perang Salib melawan seluruh Eropah, menduduki semula Kota Baitulmaqdis pada tahun 1187M yang sebelum ini berada dalam tangan orang-orang Kristian semenjak tahun 1099M lalu mendirikan kerajaan Jerusalem di situ. Kesan terhadap Eropah besar sekali setelah jatuhnya Kota Baitulmaqdis ke tangan pemerintahan Islam kerana orang-orang Kristian telah menduduki kota tersebut lebih kurang seratus tahun lamanya. Tiga raja-raja besar Eropah telah datang untuk cuba merampas semula Baitulmaqdis daripada tangan Sultan Salahuddin iaitu Raja Jerman yang bernama Frederick Barbarossa, Raja Perancis yang bernama Philip Augustus dan Raja Inggeris Richard The Lion Heart. Namun usaha mereka dapat digagalkan oleh Salahuddin sehingga akhirnya Raja Inggeris telah meminta perdamaian dan kembali ke England. Menurut Syed Hussein, pemerintahan Sultan Salahuddin adalah digerakkan oleh unsur-unsur cita sempurna Islam, iaitu melalui cara kepimpinannya, menyatupadukan umat Islam dan tindak-tanduk penuh kemanusiaan pada pihak kawan dan lawan sehingga baginda mendapat sanjungan tinggi daripada berbagai pihak termasuklah orang-orang Kristian. Menurut seorang sejarahwan Inggeris: Sejarah jarang sekali melahirkan seseorang seperti Salahuddin. Di Eropah, dalam masa beliau hidup, tidak ada seorang raja ataupun maharaja besar (emperor) seperti beliau dan selepas wafatnya, dunia Islam tidak lagi melahirkan seorang sepertinya.[3]. Professor H.A.R Gibb mencatatkan bahawa hidup dan perjuangan Salahuddin adalah menuju ke arah cita sempurna Islam. Yang menjadi penggerak kuat jiwanya adalah kesatuan dan kesejahteraan umat Islam yang ketika itu sedang dalam persengketaan dan patah semangat politik akibat berlakunya perang salib dengan orang-orang Kristian Eropah. Professor Gibb menyatakan : Dengan berdiri tegak menonjolkan cita-cita moral dan mehayati cita-cita itu dalam hidup dan tindakannya sendiri, baginda telah mencipta di sekelilingnya dorongan untuk bersatu, walaupun tidak penuh secukupnya, tetapi cukup untuk menangani cabaran-cabaran yang tidak diduga yang terlempar padanya akibat peranannya dalam sejarah (destiny) [4], Stanley Poole, orang pertama yang menulis tentang sejarah hidup Sultan Salahuddin menyatakan bahawa orang-orang Eropah cukup tertarik dengan akhlak dan keperibadiannya, yakni kemurahan hatinya serta sifat sopan kesatriaannya (chivalry) dan inilah yang menjadikan beliau dianggap sebagai wira yang romantis. Kematian Sultan Salahuddin pada tanggal 4 Mac 1193M, baginda tidak meninggalkan rumah, harta benda mahupun tanah kerana semua duit dan hartanya telah dibelanjakan untuk menolong orang. Sehinggakan Bendaharinya selalu terpaksa menyembunyikan duitnya supaya dapat digunakan dalam masa-masa terdesak. Sultan Salahuddin dikebumikan dengan pedangnya, baginda hanya meninggalkan wang sebanyak 1 dinar 47 dirham. Poole seterusnya mencatatkan : Sultan agung ini meninggal hampir tiada duit. Susah sekali kita gambarkan satu sifat yang lebih tidak mementingkan diri, patuh pada tujuan lebih tinggi (higher cause), ataupun lebih dapat dikasihi. Perbelanjaan pengkebumian baginda pun dibuat dengan duit pinjaman. Menurut Qadi Bahauddin yang merupakan teman rapatnya, jerami dan tanah liat yang digunakan dalam memandikan jenazah Sultan Salahuddin pun dipinjam. Qadi Bahauddin sendiri sampai tidak kuat hati menyaksikan jenazahnya. Suasana kesedihan menyelubungi kematian Sultan Salahuddin sehingga para jemaah tidak khusyu' dalam solat jenazah kerana terlalu hiba. Dunia Islam belum pernah mengalami kesedihan sedemikian rupa selepas pemerintahan Khulafa' Ar Rasyidin. Sultan Salahuddin juga adalah seorang raja yang cintakan ilmu dan suka mendekati alim-ulama serta ahli-ahli ilmuan. Beliau sentiasa bergaul mesra dengan mereka tanpa meletakkan rasa gerun pada mereka. Seorang ahli perubatan Baghdad, Abdul Latiff sewaktu pertama kali berjumpa dengan baginda menyatakan bahawa Sultan Salahuddin seorang yang mampu menarik rasa hormat dan sayang, mudah didekati dalam inteleknya dan luhur fikirannya. Semua yangpernah mendekati Sultan Salahuddin menganggap baginda sebagai idola. Syed Hussein seterusnya merumuskan sepuluh unsur-unsur cita sempurna pada keperibadian Sultan Salahuddin Al-Ayyubi iaitu; Adil, murah hati, mementingkan keperluan rakyat dan kesejahteraan mereka, tinggi semangat bekerja dan keazaman untuk mencapai sesuatu, mengelakkan diri dari hidup bermewah-mewah dan runtuh akhlak, menghormati kedaulatan hukum walaupun diri atau keluarganya yang terlibat, menghargai ahli-ahli ilmuan, tinggi ciri kesatrian dan hormat diri (honour), ringkasnya kekuasaannya tertakluk pada tujuan cita sempurna dan peribadinya tidak tercemar oleh kekuasaan dalam keadaan dimana diambil keputusan yang diketahui oleh dirinya sendiri sahaja bahawa keputusan itu adil ataupun tidak walaupun zahirnya baik tetapi niatnya lain.[5] Begitulah ringkasan konsep cita sempurna yang diperkenalkan oleh Prof Syed Hussein Alattas dan sejarah pernah beberapa kali menjadi saksi pada kelahiran tokoh-tokoh sedemikian sehingga masyarakat dapat merasai nikmat berteduh di bawah keredupan kepimpinan mereka. Sedangkan konsep CITA BENCANA pula adalah segala yang berlawanan dengan cita sempurna. Dr Syed Hussein mentakrifkannya seperti berikut: Dalam hidup sehari-hari, sepanjangejarah terdapat banyak pelanggaran dan penyelewengan oleh golongan yang berkuasa. Zaman sekarang pun masih banyak keganasan, pencerobohan, penindasan, kekejaman dan sebagainya yang sedang bermaharajalela di berbagai tempat. Segala tindakan pencerobohan ke atas cita sempurna dalam sejarah dan di masa sekara adalah akibat tindak-tanduk golongan yang berkuasa yang saya istilahkan di sini sebagai golongan JADONG. Mereka ini adalah golongan yang berkuasa yang bersifat jahat, bodoh dan sombong (disingkatkan jadong). Yang dimaksudkan dengan bodoh di sini bukanlah sifat tolol, tidak tahu menggunakan daya fikir atau tipu muslihat.(Tetapi) yang dimaksudkan dengan bodoh itu adalah tidak bijak mencapai matlamat jangka panjang sebagai punca pencapaian, tidak tahu mengendalikan perasaan dan tidak menolak bahkan menerima pengaruh cita bencana. Pada umumnya merekalah yang membawa keruntuhan masyarakat. Ketika mereka berkuasa, terutama sekali pada awalnya, tidak nampak sifat-sifat jadong tetapi setelah beberapa lama, adakalanya 20 atau 30 tahun, mereka disingkirkan atau dibenci rakyat. Adakalanya ini terjadi selepas mereka meninggal jika kekuasaannya sangat kuat sebagaimana Stalin. Mereka ini bodoh kerana tidak dapat menarik hati rakyat dan melaksanakan keadilan[6]. Antara contoh kepimpinan cita bencana yang diketengahkan beliau dalam dunia Islam adah Hajaj bin Yusuff yang diberi kuasa oleh Khalifah Malik bin Marwan (meninggal 705M) untuk membasmi penentang-penentangnya terutamanya pengikut Sayyidina Ali. Hajjaj telah membunuh lebih 120,000 tidak termasuk yang berlaku dalam peperangan. Dalam penjaranya sahaja terdapat 50,000 lelaki dan 30,000 perempuan, 16,000 daripada mereka tidak berpakaian. Penjaranya tidak berbumbung, di musim panas tersangat panas dan di musim hujan sangat basah dan sejuk, Anak-anak, perempuan dan orang-orang tua lainnya dibunuh oleh Hajaj termasuk yang menyerah dan menyatakan taat setia padanya.[7] Prof Syed Hussein Alattas seterusnya mengkelaskan jenis penguasa-penguasa yang memerintah kepada empat kategori. Pengkelasan ini dibuat bukan berdasarkan kebolehan penguasa itu dalam berperang atau menguasai musuh, kecil atau besar daerah penguasaannya, matinya ditempat tidur atau dibunuh di mana-mana sahaja, digulingkan ataupun tidak, lama atau tidak tempuh pemerintahannya, lemah atau tidak pengaruhnya. Pengkelasan yang dibuat adalah sebagai memperlihatkan bagaimana lagak dan gaya menggunakan kekuasaan adalah ditentukan oleh jenis peribadi, samada penguasa itu memerintah berdasarkan cita sempurna atau cita bencana, ataupun jenis penguasa yang memerintah berdasarkan elemen-elemen cita sempurna namun menggerakkannya dengan elemen-elemen cita bencana. Makna kata elemen positif dan negatif bersatu dalam keperibadian penguasa. Selain itu, pengkelasan jenis penguasa juga dapat memperlihatkan suatu rumusan, iaitu penguasa yang merupakan salah satu jenis ini, akan menaikkan orang-orang yang sepertinya juga. Maka jikalau beliau seorang pemerintah yang bercita sempurna, nescaya yang akan menjadi petugas dan pembantunya juga adalah jenis orang-orang yang bercita sempurna serta menggerakkan pentadbiran kerajaan dengan elemen-elemen cita sempurna, dan begitulah sebaliknya, Sehinggakan penguasa yang bercita sempurna dan para petugas yang sepertinya akan membantu masyarakat sedangkan penguasa-penguasa jadongan yang menarik pembantu-pembantu sepertinya juga bertanggungjawab merosakkan masyarakat. Demikian juga bagi penguasa yang tidak bersifat jadong tetapi kejam (bercampur elemen cita sempurna dan cita bencana) akan merosakkan masyarakat.Pengkelasan jenis pemerintah adalah seperti berikut:Pertama: Tokoh-tokoh cita sempurna yang mewarisi daripada pemerintahan sebelumnya yang juga bercita sempurna : Iaitu jenis Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Ali. Tujuan utama mereka adalah kesejahteraan umat dan kehidupan peribadi mereka dijadikan contoh. Mereka tidak mengumpul harta, menyalahgunakan kuasa, menindas yang lemah, bertindak sewenang-wenang atau melindungi petugas yang menyeleweng. Tindakan mereka kuat dipandu oleh cita sempurna berdasarkan hukum al-Quran. Semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab RA, yakni apabila banyak wilayah-wilayah dapat ditakluk oeh umat Islam, puterinya Sayyidah Hafsah RA, yang merupakan salah seorang isteri Rasulullah SAW mencadangkan agar beliau memakai pakaian yang baik-baik serta menghidangkan makanan yang lazat-lazat kepada para diplomat yang sering datang mengunjunginya. Sayyidina Umar lantas menjawab: Wahai Hafsah, bukankah seorang ahli keluarga mengetahui perihal keluarganya lebih daripada orang lain?Hafsah menjawab: Sudah tentu!Sayyidina Umar menyambung: Aku meminta kamu bersumpah untuk memastikan kebenarannya bahawa semasa hayat baginda, Rasulullah SAW dan keluarganya tidak akan menjamah makanan pada waktu siang sekiranya pada malam sebelumnya mereka telah mengambil makanan, dan mereka tidak akan makan pada waktu malam jika mereka telah makan pada waktu siangnya? Khabarkan kepadaku adakah kamu tidak tahu bahawa sepanjang hidup Rasulullah SAW setelah dianugerahkan Risalah kepada baginda, bahawa baginda dan keluarganya tidak pernah makan habis sehidang kurma sehinggalah penaklukan Khaibar? Aku meminta kamu bersumpah untuk memastikan kebenarannya bahawa kamu pernah meletakkan hidangan makanan baginda pada satu binaan seperti meja, dan baginda menunjukkan ketidak sukaannya sehingga kamu terpaksa meletakkan semula hidangan tersebut di atas lantai? Aku meminta kamu bersumpah samada kamu ingat bahawa semasa hidupnya, Rasulullah SAW sendiri melipat Abaanya (sejenis gebar daripada bulu) sebagai bantal tidur di malam hari, dan pernah sekali kamu telah melipat dua Abaa tersebut (untuk menjadikannya berlapis empat) dan bagaimana pada hari berikutnya, Rasulullah SAW memberitahu kamu supaya jangan buat begitu lagi, kerana Abaa yang dilipat dua itu telah menghalang baginda daripada mengerjakan tahajjud kerana ianya lebih selesa sehingga baginda tidak bangun malam seperti lazimnya? Aku meminta kamu bersumpah samada kamu tidak tahu bahawa Rasulullah SAW pernah membuka pakaian yang dipakai baginda dan mencucinya sendiri, dan Bilal pernah memanggil baginda untuk mengimami solat di masjid, tetapi baginda terpaksa menunggu sehingga baju yang dicucinya itu kering sedikit untuk dipakainya semula? Aku meminta kamu bersumpah samada kamu tidak tahu bahawa pernah sekali seorang wanita dari Bani Zafar menghadiahkan dua helai kain kepada Rasulullah SAW, dan menghantarkan sehelai dari kain tersebut sementara yang sehelai lagi sedang dijahitnya, dan bagaimana baginda melitupi seluruh tubuhnya dengan kain tersebut, dengan mengikatnya dua kali pada leher baginda (supaya kain itu tidak terjatuh), dan pergi ke masjid untuk mengimami solat dengan memakai hanya sehelai kain kerana baginda tidak ada baju lain untuk dipakai pada hari itu? Sayyidina Umar terus menceritakan berbagai lagi perkara mengenai kezuhudan hidup Rasulullah SAW sehingga hal ini mengalirkan airmata puterinya Hafsah dan dirinya sendiri, sehinggakan Hafsah menjadi risau, takut memudaratkan ayahndanya atas tangisan yang berlebihan. Kedua: Tokoh-tokoh cita sempurna yang mengambil alih tampuk pemerintahan daripada penguasa-penguasa yang bercita bencana. Contohnya Khalifah Umar Abdul Aziz dan Salahuddin Al-Ayyubi yang ditakdirkan menjadi pengalih-pengalih daripada arus cita bencana. Setelah menjadi khalifah, saat Khalifah Umar Abdul Aziz sedang solat berjemaah bersama isterinya tiba-tiba beliau menangis. Apabila ditanyai, beliau menjawab bahawa yang menjadi kesedihannya adalah kerana mengingatkan pada yang miskin, sakit dan berkekurangan, yang tidak berpakaian dalam kesusahan, tertindas dalam penderitaan, yang tidak dikenal dalam penjara, orang tua yang dihormati, mereka yang berkeluarga besar tetapi kekuatan belanja yang kecil dan semua yang demikian dalam dunia, di negara dan daerah yang jauh. Semua hal ini telah membangkitkan keinsafan pada diri Khalifah Umar bahawa beliau nanti akan dipertanggungjawabkan pada Hari Kiamat kelak. Mengenangkan semua ini, Khalifah Umar tidak dapat membendung kesedihannya yang teramat. Ketiga: Penguasa yang mempunyai unsur-unsur cita sempurna tetapi menggerakkannya dengan gerakan cita bencana. Iaitu jenis pemerintah yang menonjolkan tujuan cita sempurna dalam pentadbirannya tetapi dalam tindak-tanduk peribadinya terhadap musuh dan luar sahabat ada kalanya bersifat sangat kejam dan buas. Atau tidak mengikut tatasusila Islam yang sebenar dalam menggerakan cita sempurna. Contohnya Ghiyasuddin Balban, Sultan Delhi (1266-86M) yang telah menguatkan kekuasaan negara dalam menghadapi ancaman Monggol, mengemaskan pentadbiran dan menjalankan undang-undang dengan ketat sehingga berjaya mengembalikan keamanan Delhi. Beliau juga tidak bersikap pilih kasih dalam undang-undang termasuk jikalau anggota keluarganya bersalah. Namun beliau sangat kejam terhadap mereka yang mencabar kekuasaannya. Siapa yang berani menentangnya akan dibunuh dengan kejam termasuk isteri, anak-anak yang tidak berdosa dan para pengikut. Sultan Balban pernah menyula keluarga dan pengikut salah seorang pencabarnya yang bernama Tughril Khan, sedangkan kepala Tughril dipotong dan badannya dilemparkan ke dalam sungai. Bagi menyekat pemberontak dan pencabarnya, Sultan Balban pernah memerintahkan tenteranya memusnahkan kampung-kampung, membakar rumah-rumah dan membunuh semua lelaki dewasa, sedangkan perempuan dan kanak-kanak dijadikan hamba. Bertimbunan mayat di kampung-kampung dan hutan-hutan sehingga mendatangkan kegerunan rakyat. Beliau juga telah mentakrifkan peranan sultan sebagai `bayangan Allah di mukabumi' (zillah fil ard) dalam tafsiran yang ekstrem, sehingga meletakkan adat sujud dan mencium kakinya. Beliau sentiasa berpakaian lengkap dan resmi, bersikap sirius, tidak suka bercakap atau bermesra dengan golongan bawahan, sehinggakan semua orang takut berdepan dengannya. Sultan Muhammad Tughluk, juga Sultan Delhi (1325-51M) adalah satu lagi contoh penguasa yang menggabungkan elemen-elemen cita sempurna dan cita bencana dalam pemerintahannya. Sifat berkuasa secara mutlak dan muktamad tanpa mengira benar atau salah dalam pelaksanaan pemerintahan adalah penggerak utama jiwa Muhammad Tughluk. Beliau pernah mengarahkan supaya sembahyang hanya dilakukan secara berjemaah, tidak boleh sendiri-sendiri, sehingga menghukum bunuh seorang pemain muzik hanya kerana bersembahyang sendirian. Menurut pengembara terkemuka Ibu Batuttah yang hidup di masanya, beliau pernah menyaksikan satu hukuman yang sangat tidak berperikemanusiaan dan langsung bertentangan dengan Islam. Beberapa orang telah dituduh cuba membunuh seorang wazir kepada Sultan Muhammad Tughluk. Mereka dilemparkan pada seekor gajah yang sudah dilatih membunuh orang. Tapak kaki gajah itu dimasukkan pada relung-relung besi yang bergigi tajam di sekelilingnya. Orang yang dituduh dilemparkan ke arah gajah, lalu dibelit dengan belalainya, dilontar ke atas dan ditangkap dengan giginya, dihempap antara kedua kaki depannya dengan dada si mangsa terlentang atas tanah. Seterusnya bergantung pada arahan, gembala gajah yang duduk di atas badannya akan memberikan isyarat samada orang itu dibiarkan begitu sahaja ataupun terus dicincang oleh kaki gajah, kulit si mangsa dikupas dari badannya dan dagingnya diberikan anjing makan. Pemerintahan Sultan Muhammad Tughluk yang bertujuan menghormati Islam namun digerakkan dengan cara yang melanggari tatsusila Islam. Dalam hal ini, bukan Islam yang memandu jiwanya tetapi amarah yang tidak dikendalikan oleh kongkongan jiwa, hukuman yang melampaui kejamnya, sehingga pemerintahannya tidak tenang dan banyak berlaku pemberontakan keatasnya. Akhirnya Muhammad Tughluk meninggal dunia dalam perjalanan memburu musuh yang melakukan pemberontakan terhadapnya. Keempat: Penguasa-penguasa yang bercita bencana. Pertumbuhan liar cita bencana sedemikian rupa sehingga seorang penguasa bersifat jadong yang sangat keji dan kotor, runtuh akhlaknya, rasuah, minum arak, bejat moralnya. kaki perempuan atau hubungan sejenis, menganiaya rakyat, mencuri harta awam, menjual jabatan, mrembazirkan wang negara atas tujuan peribadi, tindak-tanduk yang ganas dan buas bukan sahaja kepada musuh-musuh peribadinya tetapi juga rakyat awam keseluruhannya. Hakikatnya empat kategori penguasa seperti yang ditakrifkan oleh Prof Syed Hussein Alattas tetap berlaku sepanjang proses sejarah perkembangan pemerintahan manusia sehingga ke hari ini. Dalam zaman moden hari ini, walaupun telah lahir sistem-sistem pemerintahan demokrasi yang bukan mutlak kuasanya pada penguasa, tetapi adalah pilihan majoriti rakyat, serta wujudnya pertubuhan-pertubuhan antarabangsa atas nama keamanan, kebebasan dan kemanusiaan sejagat seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amnesty ataupun NGO-NGO dalam negara-negara dunia, namun masih terserlah wujud jenis-jenis pemerintahan pada pengkelasan seperti di atas, walaupun menifestasi politik dan sosialnya bebeza. Contoh ketara adalah pemerintahan jadongan masakini yang banyak terdapat di Asia dan Afrika. Malahan pengaruhnya lebih jauh daripada pengaruh pemerintahan yang baik. Rasuah yang meluas, perang saudara, kebuluran, penyakit yang melanda, pemerintah tidak stabil, rendah taraf kemajuan dan banyak lagi, semua ini menunjukkan natijah daripada tindak-tanduk penguasa-penguasa jadongan di belakang tabir pemerintahan.[8] Dan dalam sesetengah negara moden hari ini, kepimpinan cita bencana adalah dimenifeskan dengan cara yang lebih halus dan tersembunyi, sehingga sukar dikesan pada pandangan-pandangan zahiriyyah. Ini berikutan kebanyakan penguasa-penguasa hari ini tidak lagi memperolehi kuasa secara mutlak tetapi adalah diputuskan melalui pilihan rakyat (demokrasi). Namun natijah daripada kepimpinannya pada mana-mana empat kategori yang tersebut di atas tadi tetap akan menampakkan bentuknya. Contohnya, pemerintahan yang berteraskan cita bencana dan/atau yang menggerakkan cita bencana akan menunjukkan natijah yang ketara iaitu merosakkan peradaban dan moral rakyat sehingga gagal membendung kemaraan unsur-unsur kejahatan di kalangan rakyat jelata. Ianya menyebabkan hilang elemen-elemen ketenangan dan kesejahteraan dalam kehidupan dan aktiviti-aktiviti seharian masyarakat kerana berleluasanya kes-kes pembunuhan, sadis, rogol, pelacuran, zina, menyamun, meragut, runtuh akhlak, bejat moral, biadap, tamak-haloba, penganiayaan, rasuah, yang kuat memakan yang lemah, unsur-unsur pengkhianatan di tempat kerja, menghisap dadah, membunuh diri, tidak menghormati hirarki kuasa, pecah-belah, anarki dan bermacam-macam lagi kejelekan yang menular pada segenap lapisan masyarakat tidak kiralah tahap umur mereka. Ianya bolehlah diumpamakan seperti Sang Pengembala yang lemah dan cuai dalam menja tanggungjawabnya mengembalai kambing, sehingga kambing-kambingnya bukan sahaja terdedah kepada ancaman serigala yang menunggu-nunggu peluang untuk membaham satu persatu kambing tersebut, namun kambing-kambing itu sendiri berlari-lari dari kelompoknya, berkeliaran masuk ke kebun-kebun orang lalu merosakkan tanam-tanaman mereka. MasyaAllah, buku Cita Sempurna Warisan Sejarah ini adalah antara buku terbaik yang pernah kubaca, walaupun halamannya sedikit, hanya 53 mukasurat, namun terkandung perisian yang sarat dengan permata-permata ilmu sebagai iktibar dan tauladan. Aku merasa syukur dan bangga bahawa buku ini telah dihadiahkan kepadaku dan suamiku secara peribadi oleh Prof Syed Hussein sendiri dengan otografnya terpapar pada halaman pertamanya, bertarikh 13hb Ogos tahun 2004, tarikh pertemuan pertama dan terakhir kami dengannya. Akanku simpan baik-baik buku ini sebagai antara koleksi berhargaku. (Al-Fatehah untuk Almarhum Prof Syed Hussein). Penghayatan kepada konsep-konsep cita sempurna dan cita bencana yang ditakrifkan oleh Dr Syed Hussein dengan penjelasan rapi serta contoh-contoh sejarah yang banyak, mengingatkanku tentang sejarah Baginda Rasulullah SAW sendiri. Babak-babak kehidupan masyarakat jahiliyyah yang melatari kehidupan Rasulullah SAW (iaitu sebelum baginda tampil sebagai Nabi dan Rasul lalu bertindak mengubah keadaan) membuatku menarik suatu kesimpulan, ooh, inilah satu contoh natijah masyarakat yang berteraskan kepimpinan cita bencana. Kerosakan-kerosakan terjadi pada zamannya, yang kuat memakan yang lemah, penyembahan berhala, perjudian, minum arak dan bermabuk-mabukan, perampasan, persengketaan, peperangan antara kabilah yang bermaharajalela, pelacuran, wanita diperlakukan seperti haiwan, sebagai alat memuaskan nafsu serakah semata-mata, anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup oleh ayahnya sendiri kerana dianggap membawa kehinaan. Dan semua kerosakan serta kebencanaan yang terjadi waktu itu adalah kerana ketua-ketua kabilah adalah orang-orang yang jadong, iaitu jahil, bodoh dan sombong kerana waktu itu mereka belum mendapat cahaya iman dan Islam yang membawa bersamanya sistem-sistem masyarakat yang disusun atas nilai-nilai kemanusiaan kental dan ajaran agama Tauhid. Masyarakat jahiliyyah pada waktu itu telah mencapai suatu `equilibrium' atau keseimbangan, namun keseimbangan yang wujud adalah berpaksi pada elemen-elemen kehidupan yang negatif atau seperti kata Dr Hussein, bercita bencana. Mereka pasrah pada gejolak keadaan, meredhai dan bersebati dengan budaya kemungkaran, kezaliman serta penindasan, tidak tahu ataupun tidak mahu dengan cara kehidupan yang sejahtera dalam erti kata sebenar. Mereka lebih suka pada kehidupan menyembah hawa nafsu semata-mata dengan nilai etika yang minima, walaupun terpaksa membayarnya dengan harga paling mahal. Umpama kehidupan masyarakat Amerika di kota New York, yang disebut sebagai salah satndaraya paling ganas dan merbahaya di dunia. Namun masih ramai yang memilih untuk menginap di tempat ini, kerana terdapat elemen-elemen hiburan dan maksiat yang tiada hadnya, dapat menyembah nafsu serakah sepuas-puasnya, hidup penuh sukaria dan berfoya-foya, bergelumang dengan budaya hedonistik dan satanic. Mereka redha mahupun terlibat sama dengan budaya sampah sarap, pasrah mahupun mengambil bahagian secara langsung dengan unsur-unsur jenayah bertaraf antarabangsa yang berleluasa di bandaraya tersebut. Mereka rela membayarnya dengan harga yang mahal semata-mata untuk mendakap kehidupan `syurga dunia' yang ditawarkan oleh bandaraya New York itu. Adakah masyarakat di tanah airku menjurus kepada ciri-ciri masyarakat cita bencana? Inilah realiti sebenar kebanyakan masyarakat Malaysia yang sedang bergelumang dalam keseimbangan cita bencana yang memudaratkan. Lihat sahajalah paparan di media-media eletronik dan di dada akhbar-akhbar arus perdana masakini. Mual, ngeri, jijik, jelek, bosan, sedih, kecewa, geram, marah adalah antara cetusan perasaan-perasaan rakyat dengan berbagai berita nahas dan kebencanaan yang berlaku di peringkat penguasa atasan sehingga mengalir deras pada golongan bawahan. Keseimbangan masyarakat cita bencana di tanah air kita hari ini boleh dijejaki puncanya daripada zaman pra-kemerdekaan dahulu apabila penjajah British berjaya mewujudkan segolongan anak-anak bangsawan yang berpendidikan dan berkefahaman Barat seperti mereka, meniru dan mengamalkan gaya hidup moden. Anak-anak bangsawan ini kebanyakannya bukan berasal daripada keturunan yang sepatutnya memerintah mengikut adat tradisi Raja-raja Melayu, namun mereka berjaya mendaki puncak kepimpinan hasil agenda British yang mencampuri hal ehwal pemerintahan orang-orang Melayu sehingga mencetuskan banyak tragedi perang saudara di merata kesultanan Tanah Melayu bermula semenjak kurun ke 19 Masihi. Dalam beberapa buah buku penulisanku, aku namakan golongan ini sebagai Bangsawan Melayu Baru atau ringkasnya Bangsawan Baru sahaja. Bangsawan Baru, menjadi raja,Inggeris durjana, jadi penaja,Budaya Inggeris, subur dibaja, Adat Inggeris, dipandang waja.Bangsawan Baru, lantang mendakwa,Turunan kita, bangsa raja jua,Bandingan permata, intan dan kaca,Asalnya bumi, satulah punca.Walau demikian, intan dan kaca,Satu berharga, satu tiada,Akan Inggeris, mengatur raja,Dibuang intan, diganti kaca.Bangsawan Baru, buat mudarat,Pedoman baru, berganti tempat,Siapa kuat, dia kudrat,Tanah Melayu, jangkitnya melarat.Ditolak ketepi, benar dan salah,Dinilai kira, menang dan alah,Bangsawan Baru, adat diubah,Akhirnya Melayu, mendapat tulah.Sampai waktunya, sudah tersurat,Tanah Melayu, binasa adat,Raja Melayu, hilang hakikat,Bangsa Melayu, hilanglah daulat.Bangsawan Baru, mendapat kudrat,Dengan Inggeris, ambil muafakat,Dari Illahi, putuslah rahmat, Tanah Melayu, Inggeris mendapat. Bagi kebanyakan golongan Bangsawan Baru ini, pendidikan Barat adalah harga yang harus dibayar sebagai ganjaran memb