Cinta Seorang Ayah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/8/2019 Cinta Seorang Ayah

    1/6

    CINTA SEORANG AYAH

    Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini,hati ini yang selalu bimbangkannya.

    Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu

    mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudahhampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah akuyang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan?Maafkan aku wahai anak....

    Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

    Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejakbertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinyadalam kembara itu nanti?

    Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku

    mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

    Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.

    Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan,meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

    Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku?Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejakdia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya?Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

    Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-

    balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membacamasa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

    Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidakakan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti adakebaikan!

    Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuaminanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

    Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatujasa. Itu hanya satu amanah.

    Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulangkisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitumanja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini danitu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

    Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

    Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akanmenjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.

    Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Akubersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.]

    KENAPA MASIH SOLO

  • 8/8/2019 Cinta Seorang Ayah

    2/6

    Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menantijambatan untuk keseberang.

    Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebabjambatannya singkat.

    Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalausepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

    Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu MahaMendengar.

    Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlahpada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

    Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadimangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

    Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagiakalau mendapat ini.

    Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencucihati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

    Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datangbersama masalah.

    Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkahbahagianya orang itu.

    Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

    Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkalaberhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

    Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hinggamampu berada jauh dihadapan.

    Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepatsampai ke tempat yang dituju.

    Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

    Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

    Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, bacaAl-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

    Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan

    buruknya.Demikian juga perkahwinan.

    Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yangberkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

    Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

    Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawabyang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

    Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan keneraka?

  • 8/8/2019 Cinta Seorang Ayah

    3/6

    Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahajaasal impian menjadi nyata?

    Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belumcukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

    Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

    Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkahtetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.

    Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannyagelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

    Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni andaterhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

    Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagiyang mengetahui rahsia-rahsianya.

    Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikutkebiasaan.

    Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu jugaanda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

    Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dantertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita

    pelangi.

    Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

    Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

    Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

    Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

    Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil,keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

    Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahumenilai.

    Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula denganniat yang bertempat di hati.

    MEMO BUAT SI BELANGKAS

    Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagaimaksiat menular di sana sini.

    Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti.

    Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embunpagi.

    Tangan manusialah yang mengotorinya.

    Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

    Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekarantaramu dengan si dia?

  • 8/8/2019 Cinta Seorang Ayah

    4/6

    Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.

    "Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya.

    Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta.

    Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat

    untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dansegala perkara yang menghampirinya.

    Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuab asing hanya boleh dinikmati selepasberumah tangga. Ingat tu!

    Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusanbuatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah(berbincang).

    Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

    Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dansaling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.

    Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,

    Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta.

    Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untukmeneruskan belajar atau mengejar cita-cita.

    Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah),mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

    Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudahbertemu calonnya.

    Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruhisi rumahnya nanti.

    Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?

    Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapipenuh tanggungjawab.

    Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorangmemerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.

    Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.

    Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin.

    Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernamamaterialisme.

    Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

    Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiranoptimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasanganyang berkahwin:

    "Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah diantara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akanmemampukan mereka dengan kurniaNya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha

    mengetahui." - An-Nur: 32Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

  • 8/8/2019 Cinta Seorang Ayah

    5/6

    Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:

    "Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takutmiskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telahmenjaminnya."

    Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal.

    Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a:-

    "Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupiempat orang." - Riwayat Bukhari dan Muslim

    Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melaluipernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur: 32

    Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

    Buat kaum Hawa,

    Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu

    walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajaratau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

    Buat Syabab,

    Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidakterpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadisRasulullah s.a.w.

    Beliau bersabda:

    "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjualbeli yang baik." - Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain

    Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka

    penuh hikmah.

    Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelipmata.

    Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian.

    Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkankebaikan untuk seorang anak, Percayalah!

    Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlahkhitbah (pertunangan).

    Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap

    berhubung untuk menjaga kesucian ikatan.

    Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segalaperbuatan yang menghampiri zina.

    Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan:-

    "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahanmaharnya". - Riwayat Ahmad

    Oh, kaum Hawa!

    Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikutagama!

    Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin.

    Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu.

  • 8/8/2019 Cinta Seorang Ayah

    6/6

    Yakinlah pada Allah. Berdoalah padaNya agar dipermudahkan nikah buatmu.

    "Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkanpandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." - RiwayatBukhari