26
Masuk Pautan Pantas Menghormati antara Satu Sama Lain...........................8 Menghormati CEVA dan para Pemegang Saham...........................11 Menghormati para Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain......15 Menghormati Masyarakat........................17 CEVA Kod Tatakelakuan Perniagaan Integriti dan Saling Menghormati adalah amalan kita.

CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

Masuk

Pautan Pantas

Menghormati antara Satu Sama Lain...........................8Menghormati CEVA dan para Pemegang Saham...........................11

Menghormati para Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain......15Menghormati Masyarakat........................17

CEVA Kod Tatakelakuan Perniagaan

Integriti dan Saling Menghormati adalah amalan kita.

Page 2: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

2—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Pesanan Pengerusi dan CEO Xavier Urbain.................................3

Memecahkan Kod..................................................................................4

Misi, Visi dan Nilai CEVA......................................................................7

Menghormati antara Satu Sama Lain..........................................8

Peluang Saksama, Kepelbagaian dan Rangkuman...................8

Saling Menghormati dan Layanan Saksama..............................8

Hak Manusia dan Maruah....................................................................9

Kesihatan dan Keselamatan................................................................9

Dadah dan Alkohol..................................................................................9

Kerahsiaan Data....................................................................................10

Menghormati CEVA dan para Pemegang Saham...................11

Konflik Kepentingan.............................................................................11

Harta, Data dan Masa Syarikat.......................................................12

Maklumat Dalaman..............................................................................12

Rekod Kewangan...................................................................................12

Perhubungan Elektronik, Media Sosial dan Perhubungan Luaran.......................................................................................................14

Menghormati para Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain............................................................................................................15

Fokus kepada Mutu..............................................................................15

Kepuasan Pelanggan...........................................................................15

Rakan Perniagaan.................................................................................15

Antitrust dan Persaingan Saksama................................................15

Menghormati Masyarakat.................................................................17

Masyarakat...............................................................................................17

Rasuah dan Sogokan...........................................................................17

Hadiah dan Hiburan.............................................................................18

Pematuhan Perdagangan..................................................................20

Kontrak Kerajaan...................................................................................21

Aktiviti Politik..........................................................................................21

Perlindungan Alam Sekitar................................................................21

Disiplin......................................................................................................22

Melapor dan Menangani Dakwaan...............................................23

Cara Melapor...........................................................................................23

Apa berlaku apabila anda buat laporan......................................24

Cetakan Halus.........................................................................................25

Persijilan....................................................................................................26

Jadual Kandungan

Page 3: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

3—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Para kakitangan CEVA,

Saya ingin berkongsi dengan anda Kod Tatalaku Perniagaan kita. Ia merangkumi banyak bidang-bidang yang penting, dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, saya mengharapkan kita semua dapat memahami dan mematuhi Kod tersebut.

Tanggungjawab pertama kita adalah untuk pelanggan-pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kita dan bergantung pada kepakaran kita untuk memenuhi keperluan mereka. Adalah penting bagi kita untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, kos yang efisien yang dituntut oleh mereka dan sentiasa meningkatkan prestasi, supaya kita menjadi lebih kompetitif di pasaran. Oleh kerana itu Kod Tatalaku Perniagaan adalah sangat kritikal. Ia memudahkan penjajaran, meningkatkan konsistensi dan menggalakkan akauntabiliti, supaya kita melaksanakan piawaian kerja yang sama, berkongsi nilai-nilai yang sama, dan menyampaikan pelaksanaan yang sempurna. Ini adalah komitmen yang kita mesti ada kepada pelanggan-pelanggan kita.

Kod Tatalaku Perniagaan juga akan membantu dalam melindungi tenaga kerja- wanita dan lelaki yang bekerja bersama-sama di seluruh dunia untuk memberi nilai kepada pelanggan-pelanggan kita. Pekerja adalah aset terpenting syarikat kita, dan kita perlu memberi mereka sokongan dan amalan terbaik bagi membantu mereka berjaya dalam persekitaran yang selamat. Kod kita menyediakan piawaian untuk berbuat demikian, dan juga untuk memenuhi harapan pemegang-pemegang saham, rakan niaga dan komuniti kita.

Kita mesti hidup dan bernafas dalam suasana keadilan, kejujuran dan ketelusan, dan memenuhi piawai etika yang tinggi, yang membentuk asas CEVA di empat tonggak kehormatan:

• CEVA Pasukan • CEVA Pelanggan dan Rakan kongsi • CEVA Para pemegang saham • CEVA Komuniti

Saya percaya bahawa melaksanakan dan menghormati Kod Tatalaku Perniagaan akan membantu untuk menguatkan misi, visi dan nilai-nilai kita, supaya kita semua boleh memberi nilai yang lebih baik kepada pekerja, pemegang saham, pelanggan, rakan kongsi dan komuniti.

Saya menggalakkan anda untuk mengemukakan soalan dan kebimbangan mengenai isu-isu Kod kita dan isu pematuhan jika ada dan mengingatkan anda bahawa kita mempunyai toleransi sifar untuk apa-apa bentuk tindakbalas terhadap pekerja yang melaporkan kebimbangan mereka dengan niat yang baik.

Xavier UrbainKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Pesanan Pengerusi dan CEO Xavier Urbain

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 4: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

4—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Berikut adalah beberapa petua dan peralatan untuk menjadikan Kod Tatakelakuan Perniagaan kita yang baharu ini lebih mudah digunakan dan difahami:

Ia berkait dengan nilai kitaKod ini berkait rapat dengan kepentingan dan nilai jenama CEVA , terutamanya, “Integriti dan saling menghormati adalah amalan kita.” Secara ringkasnya, kita semua perlu berusaha untuk melakukan perkara yang betul setiap masa. Kod ini menjelaskan standard asas untuk kita melakukannya serta memberi kita beberapa panduan.

Fikirkan “Saling Menghormati”Kami telah mengumpulkan semua tajuk Kod menjadi empat kumpulan besar, setiap satu dengan sub tajuk yang disusun secara logik:

• CEVA Pasukan • CEVA Pelanggan dan Rakan kongsi • CEVA Para pemegang saham • CEVA Komuniti

Setiap satu mempunyai seksyen sendiri, dan dalam versi dalam talian terdapat tab yang boleh anda klik untuk melihat apa yang diliputi. Kemudian terdapat beberapa seksyen dan tab lain tentang laporan, disiplin serta “cetakan halus.”

Petua KodUntuk menekankan lagi poin-poin penting, kami telah menambah beberapa alat bantuan pembelajaran yang dipanggil “Petua Kod.” Ia memberikan anda contoh dua hingga tiga ayat tentang apakah maksud Kod dalam amalan sebenar. Sebagai contoh, jika anda mahu tahu

sama ada anda boleh bercakap tentang harga dengan pesaing, terhadap Petua Kod di dalam seksyen antitrust yang menerangkan perkara ini.

Beberapa tema biasaUntuk membantu menggalakkan rasa hormat antara satu sama lain serta para pemegang kepentingan kita yang lain, Kod ini mempunyai beberapa tema biasa yang anda akan lihat beberapa kali, dan ia wajar diingati: • Penampilan Adalah Penting. Peguam memanggilnya “penampilan yang tidak kena tempat” - anda mungkin memanggilnya “ujian sumbang.” Jika sesuatu kelihatan tidak betul atau sumbang, ia mungkin demikian. • Kebebasan dan Mutu. Kita bersaing dalam perniagaan, memilih vendor, membuat keputusan dan menetapkan harga secara bebas berdasarkan ketelusan dan mutu - bukannya maklumat rahsia, urus niaga sampingan, rasuah atau perjanjian haram dengan pesaing. • Tiada Konflik. Kita semua perlu bertindak untuk kepentingan terbaik CEVA setiap hari. Ini bermaksud, sebagai contoh, masa dan usaha kita di CEVA adalah untuk CEVA - dan bukannya urusan lain - dan mengambil bekerja atau menjalankan urus niaga dengan ahli keluarga mungkin tidak dibenarkan. • Kesaksamaan, Kejujuran, dan Ketelusan. Semua urus niaga dan perhubungan kita perlu dilakukan secara adil, jujur, tepat dan telus.

Berfikiran SMART

Memecahkan Kod

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 5: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

5—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk

mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

Perniagaan CEVA, dan semua dasar kita. Berikut adalah

cara mudah yang boleh anda ikut untuk menyusun minda

anda apabila anda mempunyai soalan berkaitan Kod –

Berfikiran PINTAR (SMART):

• Stop and think (Berhenti dan berfikir). Sesetengah

soalan dan situasi Kod adalah rumit. Jangan terburu-

buru: berhenti dan berfikir.

• Master the rules (Mendalami peraturan). Semak

dasar CEVA yang berkaitan untuk panduan dan untuk

memahami peraturan yang berkait dengan situasi

anda.

• Analyze (Menganalisis). Dengan fikiran anda

tersusun dan peraturan berada di dalam minda,

analisis pilihan anda. Pertimbangkan Poin Kompas

kita: Adakah dibenarkan oleh Kod ini? Adakah betul,

jujur dan beretika? Adakah dibenarkan oleh dasar

kita? Adakah ia sah? Adalah mengikut kepentingan

terbaik CEVA? Bagaimanakah penampilan dan

rupanya nanti?

• Request Help (Minta bantuan)! Sesetengah isu

adalah rumit dan mungkin tiada jawapan yang jelas.

Jangan mengagak. Kami boleh membantu. Tanyalah

penyelia/pengurus anda atau mereka daripada

Bahagian Pematuhan & Etika atau Perundangan

untuk bantuan.

• Take action (Ambil tindakan). Selepas anda

melakukan semua di atas, anda bersedia untuk

bertindak. Anda telah bertindak secara

wajar dan berasaskan peraturan dan prinsip,

mendapat bantuan jika diperlukan dan berfikiran

secara SMART. Jadi apabila anda berhadapan

dengan dilema etika atau pilihan yang sukar, berfikir

secara SMART.

Boleh dicariAnda mahu lihat sama ada dasar rasuah kita meliputi

“pembayaran kemudahan”? Jika anda melihat ini secara

elektronik, tekan “Ctrl F” atau pergi ke Menu, klik “Find”,

dan taip “kemudahan.” Atau anda boleh cari tajuk utama

dan nombor halaman berkaitan dalam Jadual Kandungan

pada permulaan Kod.

Pautan ke dasar lainKod ini tidak boleh memberikan anda jawapan terperinci

tentang segala apa yang anda perlu tahu mengenai

pematuhan tugas anda. Ia menggariskan prinsip-prinsip

asas. Untuk membantu anda mendapatkan dasar dan

panduan terperinci yang diperlukan, Kod ini menyertakan

pautan hiper kepada dasar-dasar utama yang berkaitan di

seluruh Kod. Jika anda tidak dapat menggunakan pautan

hiper, semua dasar terletak pada CEVANet di bawah

fungsi yang berkaitan, atau anda boleh meminta sesalinan

daripada pengurus anda.

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 6: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

6—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

DisiplinDisiplin disentuh di bahagian akhir Kod, tetapi memadai

menyatakan bahawa melanggar Kod ini akan memberi

akibat yang serius, termasuk pemberhentian kerja dan

tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ada.

Ketahuinya. Menemuinya. Melaporkannya.Jika kita melanggar Kod atau gagal untuk mengamati

pelanggaran, kita mungkin mendedahkan CEVA - dan

juga diri kita - kepada liabiliti dan akibat pekerjaan,

awam dan jenayah yang serius. Pelanggaran Kod boleh

mengakibatkan pemberhentian kerja, denda yang

besar dan penjara. Kami mahu anda membuat laporan

termasuk kemungkinan pelanggaran Kod dan dasar lain

supaya kami boleh membuat pemeriksaan. Perhatikan

tanda amaran atau ‘bendera merah’ berkaitan

tatakelakuan yang tidak wajar. Jika anda melihat

sesuatu, katakan sesuatu!

• Terdapat seksyen berasingan di bahagian akhir untuk

melaporkan pelanggaran Kod yang disyaki, tetapi

untuk rujukan pantas:

– Klik di sini untuk pautan ke Hotline Pematuhan:

anda boleh menelefon nombor bebas tol atau

melapor melalui dalam talian.

– Anda boleh membuat laporan secara sulit jika

mahu.

• Anda juga boleh melapor kepada penyelia/pengurus

anda, kepada Bahagian Pematuhan & Etika, Sumber

Manusia, Ketua Pegawai Undang-undang dan

Pematuhan, malah kepada CEO… sesiapa sahaja

yang perlu anda

hubungi untuk menangani masalah anda.

Tiada balas dendamKami melarang sama sekali balas dendam terhadap

mana-mana pekerja yang melaporkan dengan secara

baik pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki! Kami

mempunyai toleransi sifar terhadap sesiapa yang membalas

dendam atau mengambil tindakan terhadap seseorang

kerana melaporkan tentang salah laku. Balas dendam

termasuk tindakan yang nyata (seperti pemberhentian

hanya kerana melaporkan pelanggaran Kod), dan juga

tindakan yang bukan nyata (seperti mengambil tindakan

pekerjaan yang biasanya dibenarkan, tetapi hanya

disebabkan oleh seseorang yang ‘membocorkan rahsia”).

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 7: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

7—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Di peringkat paling asas, Kod Tatakelakuan Perniagaan hanyalah menetapkan standard minimum yng perlu dipatuhi oleh setiap pekerja CEVA dan mereka yang mewakili kita. Standard minimum ini berkait rapat dengan Visi, Asas, Misi dan Nilai CEVA. Kita akan merujuknya di sepanjang Kod, dan berikut disertakan sebagai peringatan:

Visi KitaCEVA akan menjadi syarikat yang paling dihormati dalam industri rantaian bekalan melalui Penyatuan, Pertumbuhan dan Kecemerlangan.

Asas Kita

• BERSATU Satu syarikat – satu pasukan • PERTUMBUHAN Mengatasi pertumbuhan pasaran • KECEMERLANGAN Kesempurnaan sasaran kita

Misi KitaCEVA – menggerakkan perniagaan

Nilai Kita

• Kita prihatin terhadap pelanggan • Kita bersemangat dan bertenaga • Kita dipacu oleh prestasi • Kita berjaya • Kita lincah dan responsif • Kita menggalakkan dan mengutamakan kepelbagaian • Kita menghargai insan • Kita pakar rantaian bekalan • Integriti dan saling menghormati adalah amalan kita

Misi, Visi dan Nilai CEVA

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 8: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

8—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Menghormati antara satu sama lain menjadi sebahagian daripada visi kita. Salah satu daripada sembilan nilai teras kita menyatakannya dalam tiga patah perkataan: “Kita menghargai insan.” Ia bermula seawal keputusan pengambilan pekerja hinggalah kepada interaksi harian kita dengan semua rakan sekerja. Ia melibatkan semua orang dari ahli Lembaga Eksekutif hingga kepada para pekerja yang mengangkut barang atau yang bekerja di gudang. Ia memerlukan perhubungan yang terbuka dan ikhlas, layanan yang saksama, serta kesopanan insan yang asas - semuanya untuk kepentingan kita dan direka untuk menjadikan CEVA sebuah tempat kerja yang hebat.

Peluang Saksama, Kepelbagaian dan RangkumanKami komited mengambil bekerja dan mengamalkan pekerjaan yang saksama, dan memastikan semua pekerja memiliki peluang untuk membangunkan potensi penuh mereka, tanpa mengira bangsa, jantina, status perkahwinan, orientasi seksual, kecacatan, umur, pendapat politik, agama, kepercayaan, dan asal usul etnik atau negara. Sebaliknya kami membuat keputusan pekerjaan berasaskan kemahiran, prestasi, komitmen, perilaku beretika dan kelulusan lain untuk sesuatu pekerjaan. Kami melarang diskriminasi terhadap mana-mana calon untuk pekerjaan atau pekerja yang dilindungi secara undang-undang. Jika anda syak bahawa anda atau seseorang yang lain didiskriminasikan, sila hubungi bahagian Sumber manusia atau hubungi talian hotline supaya kami boleh melakukan siasatan dan melihat sama ada terdapat sebarang isu dan akan menyelesaikannya jika ada.

Kami menggalakkan dan menghargai kepelbagaian dalam semua bidang pengambilan, pekerjaan, latihan dan kenaikan pangkat dan kami berusaha untuk mengekalkan persekitaran tempat kerja yang berasaskan merit dan rangkuman. Akhir sekali, kita mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dengan kebebasan berpersatuan dan tawar-menawar kolektif.

Saling Menghormati dan Layanan SaksamaKita berusaha mengekalkan persekitaran kerja yang membolehkan para pekerja mencapai potensi penuh mereka dan menggalakkan kreativiti dan produktiviti. Semua pekerja kita berhak dilayani dengan adil dan penuh hormat. Kita tidak membenarkan sebarang bentuk keganasan, atau ugutan, termasuk gangguan seksual dan permintaan seksual yang tidak diingini di tempat kerja. Sebagai contoh, kita tidak bertolak ansur dengan “membuli” atau ancaman oleh penyelia atau pekerja lain. Para pengurus mempunyai jangkaan untuk staf mereka, tetapi kami tidak bertolak ansur dengan serangan peribadi,

Petua Kod Penyelia/Pengurus saya sangat mendesak, dan saya perlu mencapai sasaran yang telah ditetapkan menjelang akhir tahun. Maksud anda adakah saya tidak boleh mendesak pasukan saya untuk mencapainya?

Bukan begitu, kita bekerja dalam perniagaan yang penuh saingan, menetapkan jangkaan yang tinggi untuk diri kita, dan perlu sentiasa menyenangkan hati pelanggan kita. Memiliki standard yang tinggi dan memacu prestasi adalah baik untuk pasukan. Namun ini berbeza daripada berkasar dengan seseorang yang bekerja dengan anda, menjatuhkan maruah rakan sekerja atau membuli seseorang yang lebih rendah kedudukannya - semuanya ini dilarang.

Menghormati antara Satu Sama Lain

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 9: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

9—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

ancaman atau sebarang bentuk tingkah laku kasar yang lain. Sebaliknya, kita meletakkan jangkaan yang tinggi untuk para ketua dan pengurus untuk mematuhi Kod dan memimpin melalui teladan. Disebabkan ciri tenaga kerja kita yang pelbagai, semua aktiviti kita perlu dilakukan dengan melibatkan semua orang. Sebagai contoh; sesetengah bentuk hiburan perlu dielakkan jika sebahagian warga kerja tidak boleh ikut sama.

Hak Manusia dan MaruahKami menghormati hak asasi manusia dan maruah semua warga kerja dan mereka yang bekerja dengan kami. Kami melarang semua bentuk penghambaan, penyeludupan manusia, buruh paksa dan buruh kanak-kanak seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang yang terpakai. Kami mengikuti keperluan perundangan yang terpakai untuk umur bekerja minimum di negara di mana kami beroperasi. Kami mematuhi undang-undang negara dan setempat berkaitan waktu bekerja, gaji dan faedah.

Kesihatan dan KeselamatanKami berusaha untuk bekerja secara sihat dan selamat. Kami komited menyediakan para pekerja persekitaran kerja yang sihat dan selamat yang mematuhi semua undang-undang dan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terpakai. Kami juga menjalankan urus

niaga yang menghargai kesihatan dan keselamatan pelanggan serta masyarakat di mana kami beroperasi. Untuk menyokong usaha Syarikat, para pekerja perlu melapor segera sebarang insiden atau keadaan kesihatan dan keselamatan, termasuk peralatan atau mesin yang rosak dan kemalangan, kepada ketua atau kakitangan keselamatan setempat. Semua kecederaan perlu dilaporkan kepada penyelia anda. Seperti kata moto keselamatan kita, “Jangan sekadar melihat sahaja masalah.”

Bagi sesetengah daripada kita, keselamatan bermaksud mengendalikan trak angkat susun di gudang dengan betul dan memakai pakaian keselamatan yang wajar, seperti gogal atau but keselamatan. Bagi yang lain pula, ia bermaksud memeriksa dokumen pengangkutan untuk bahan bahaya. Dan bagi sesetengah pula, ia hanya bermaksud menyertai latihan kecemasan dan keselamatan. Secara asasnya kita semua perlu bekerja dengan cara diri kita, rakan sekerja kita dan masyarakat di sekeliling kita selamat.

Dadah dan AlkoholKonsisten dengan budaya mengutamakan keselamatan, dasar CEVA ialah mengekalkan persekitaran kerja yang bebas dadah dan bebas alkohol. Penggunaan alkohol dan najis dadah boleh membawa kepada risiko kesihatan dan keselamatan yang serius di tempat kerja.Pekerja perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan atau memiliki alkohol, najis dadah dan bahan kawalan. Kami sama sekali mencegah penggunaan, penjualan, pengedaran atau pemilikan alkohol, najis dadah atau bahan haram lain semasa di tempat kerja, di premis Syarikat, atau semasa terlibat dalam urus niaga Syarikat. Ini termasuk penyalahgunaan atau penggunaan bahan kawalan yang salah. Dalam kes tertentu, seperti majlis resepsi anjuran Syarikat, penyediaan alkohol

Petua Kod Tempat kerja saya baru-baru ini mendapat pelanggan baharu, dan gudang kami lebih penuh dan lebih sibuk daripada biasa. Saya risau kami tidak membuat perjumpaan keselamatan seperti yang dikehendaki, dan pekerja menjadi semakin cuai disebabkan mereka mahu bekerja dengan lebih pantas. Apakah yang patut saya lakukan?

Laporkannya! Beritahu penyelia/pengurus anda, hubungi Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran, atau hubungi talian hotline - di CEVA, kami mahu semua orang bersuara apabila mereka menghadapi isu keselamatan! Ingat: Jangan sekadar melihat sahaja masalah!

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 10: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

10—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

di pejabat atau bangunan CEVA lain dibenarkan dengan kelulusan terlebih awal daripada pengurusan. Para pekerja tidak boleh melapor diri untuk bekerja atau kekal bekerja (i) di bawah pengaruh alkohol atau bahan kawalan, (2) jika mereka dipengaruhi oleh penggunaan sebarang bahan, atau (3) jika mereka memiliki atau menggunakan bahan kawalan haram atau yang tidak dibenarkan.

Kerahsiaan DataKami menghargai dan menghormati kerahsiaan peribadi para pekerja kami dan semua maklumat peribadi mereka yang dilindungi oleh undang-undang. Ini termasuk melindungi maklumat kesihatan dan perubatan peribadi, maklumat pengenalan peribadi dan maklumat peribadi dan sulit lain yang dimiliki oleh Syarikat. Ini termasuklah maklumat peribadi dan sulit tentang orang lain yang mungkin kami miliki dalam urus niaga kami. Antara contohnya ialah nama pertama dan keluarga individu, alamat rumah, dan nombor telefon yang digunakan untuk menghantar bungkusan kepada pelanggan kita. Sebagai sebuah Syarikat, kita mengikuti Dasar Kerahsiaan dan semua undang-undang kerahsiaan data yang terpakai, dan kita semua juga perlu menghormati kerahsiaan rakan sekerja kita.

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 11: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

11—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Selain menghormati setiap individu yang bekerja untuk Menggerakkan perniagaan untuk para pelanggan, kita juga perlu menghormati CEVA sebagai sebuah institusi dan para pemegang sahamnya, yang telah memberi kepercayaan kepada kita untuk menjaga aset CEVA. Berikut adalah caranya:

Konflik KepentinganCara paling utama untuk menunjukkan rasa hormat kepada CEVA ialah dengan mengelakkan konflik dengan kepentingan CEVA serta kepentingan lain. Kita semua perlu bekerja dengan setia kepada CEVA berdasarkan kepentingan terbaik CEVA, dan bebas daripada pengaruh peribadi. Kita perlu mengelak sebarang aktiviti, pertalian atau keadaan di mana konflik kepentingan peribadi kita, atau bayangan konflik akan bercanggah dengan kepentingan CEVA. Konflik kepentingan boleh timbul dalam pelbagai situasi berbeza. Kita semua perlu berhati-hati untuk mencari, mengenalpasti, mengelak, melapor dan menangani konflik ini. Berikut adalah beberapa contoh potensi situasi konflik:

• Anda ada ahli keluarga yang mahu bekerja dengan CEVA. (Melainkan jika undang-undang tempatan memerlukan sebaliknya, ahli keluarga tidak boleh bekerja di bawah perhubungan penyeliaan langsung atau di mana pekerjaan mereka boleh mendatangkan masalah kepada penyeliaan atau moral, atau menimbulkan sebarang konflik kepentingan yang lain. Sebabnya ialah anda mungkin ada konflik antara kesetiaan keluarga dengan tugas anda di CEVA. Walaupun kami tidak menghalang dengan ketat pengambilan ahli keluarga untuk bekerja, ini adalah situasi di mana ketelusan dan membuat keputusan secara bebas adalah kritikal.) • Anda ada kepentingan kewangan atau bekerja dengan bakal pesaing CEVA, atau kepentingan dengan syarikat lain yang bakal mempunyai pertalian perniagaan dengan CEVA. (Bagi kes pertama, anda akan bertindak berlawanan dengan kepentingan CEVA, untuk keuntungan peribadi anda. Dalam kes kedua, anda masih ada konflik kerana anda mempunyai insentif berasingan yang mungkin tidak mendatangkan faedah kepada CEVA.). • Anda terlibat dengan pekerjaan luar atau aktiviti perniagaan lain yang mengganggu kerja anda dengan CEVA. (Sebagai contoh, anda dan pasangan anda ada perniagaan sampingan yang tidak berkait langsung dengan perniagaan atau industri CEVA, yang anda lakukan pada sebelah malam dan di hujung minggu. Walaupun aktiviti ini mungkin tidak bercanggah secara langsung dengan kepentingan CEVA, tetapi ia mungkin mengganggu tanggungjawab anda untuk bekerja dengan CEVA. Apa yang anda buat pada masa lapang adalah urusan anda, tetapi kepentingan perniagaan lain tidak boleh mengganggu pekerjaan anda dengan CEVA.) • Anda ada kawan di mana perniagaannya akan mendapat faedah apabila anda memberikannya nama hubungan pelanggan CEVA, dan kawan anda meminta anda

Menghormati CEVA dan para Pemegang Saham

Petua Kod Bolehkah saya mengambil adik saya untuk bekerja dengan saya?

Di kebanyakan negara kita, tidak boleh. namun anda boleh mencadangkan adik anda untuk jawatan yang anda rasa dia layak selagi anda mendedahkan pertalian anda, tiada pertalian melapor secara terus dengan adik anda, dan orang yang membuat keputusan pengambilan boleh membuatnya secara bebas.

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 12: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

12—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

menyusun mesyuarat dengan orang hubungan pelanggan anda.. (Anda tidak boleh melakukannya, melainkan jika terdapat faedah sebenar untuk CEVA dan pelanggannya - bukan hanya untuk anda dan kawan anda.). Dalam semua isu konflik, kuncinya ialah ketelusan. Beritahu penyelia/pengurus anda atau hubungi Bahagian perundangan, pematuhan & Etika supaya kami boleh membantu membuat keputusan yang sewajarnya. Kami boleh memberi jawapan kepada kebanyakan situasi ini dengan mudah, selagi kita bersikap terbuka dan jujur.

Harta, Data dan Masa SyarikatSelain bertindak dengan mengutamakan kepentingan CEVA, kita juga perlu menjaga nama baik serta aset Syarikat. Sebagai menghormati CEVA dan para pemegang saham, kita semua bertanggungjawab memelihara dan menggunakan harta CEVA dengan sewajarnya. Kita tidak boleh menggunakan peralatan, tenaga, bekalan, kemudahan atau aset dan harta lain milik Syarikat untuk tujuan peribadi atau bukan CEVA melainkan diluluskan oleh pihak pengurusan. Kita juga perlu menjaga harta serta aset CEVA yang lain dan tidak membazir. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. ia boleh menjadi semudah mematuhi keperluan lencana di kemudahan anda dan tidak membenarkan pelawat yang tiada kebenaran memasuki pintu di belakang anda. Atau tidak berkongsi kata laluan anda. Atau mencetak apa yang anda perlukan sahaja. Atau jika anda membuat perjalanan untuk CEVA, pastikan komputer riba anda selamat di lapangan terbang serta di hotel. Anda boleh memastikan anda membuat semakan dan kelulusan yang diperlukan oleh Peraturan Perniagaan berkaitan perbelanjaan wang atau obligasi CEVA.

Ini termasuklah melindungi harta intelek CEVA, seperti paten, tanda dagang, hak cipta, rahsia perdagangan dan maklumat hak milik lain daripada penggunaan atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Harta intelek boleh terdiri daripada pelbagai perkara, seperti pelan perniagaan, data teknikal, data kewangan, data operasi, senarai dan maklumat pelanggan, data peribadi pekerja, dan maklumat

sulit lain tentang perniagaan, operasi dan pelan CEVA. Kita tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang tidak diketahui oleh orang awam untuk keuntungan peribadi atau keuntungan orang lain selain daripada Syarikat. Pada masa yang sama, kita juga perlu menghormati hak harta intelek orang serta syarikat lain. Sebagai contoh, kita tidak boleh menggunakan senarai pelanggan rahsia yang dibawa oleh seseorang yang kita ambil bekerja untuk CEVA atau menyalin maklumat daripada jurnal perniagaan yang mempunyai hak cipta, atau secara sedar membawa

barangan palsu.

Selain itu, rekod dan maklumat kita adalah aset syarikat dan kita perlu menjaganya dengan wajar. Ini bermakna menjaganya dengan teratur selama mana yang diperlukan, seperti yang dinyatakan dalam dasar Pengurusan Rekod & Maklumat (Total Records and Information Management (TRIM) Policy) dan jadual pengekalan. Kita juga perlu mematuhi dasar Notis Persembahan Dokumen (Document Preservation Notice Policy), yang memerlukan kita menyimpan semua dokumen dan maklumat yang relevan dengan litigasi dan penyiasatan tertentu sehingga diberitahu.

Menghormati aset CEVA termasuklah penggunaan masa kita dengan bijak. Walaupun kita menghargai waktu rehat

semasa hari kerja dan membenarkan panggilan telefon, e-mel dan aktiviti lain mengikut keadaan, secara umumnya, masa kita ketika di CEVA hendaklah untuk CEVA. Kita tidak dibenarkan dalam apa juga keadaan untuk menjalankan urusan lain selain daripada CEVA ketika bekerja di CEVA.

Maklumat DalamanDasar CEVA dan undang-undang kebanyakan negara melarang penggunaan maklumat sulit yang tidak wajar dalam perdagangan saham. Sepanjang aktiviti perniagaan, kita mungkin menyedari tentang maklumat bukan awam berkaitan perniagaan, operasi atau saham CEVA, atau pelanggan dan vendor kita Ini mungkin berlaku disebabkan tugas anda - sebagai contoh, jika anda bekerja di bidang kewangan dan menyediakan ramalan kewangan - atau mungkin anda terdengar sesuatu di pejabat atau kafeteria. Tidak kira bagaimana anda mengetahuinya, CEVA melarang sama sekali perdagangan saham berasaskan maklumat bukan awam (selalunya dipanggil “maklumat dalaman”) jika ia adalah bahan. Maklumat dianggap sebagai bahan jika pelabur menganggapnya penting dalam membuat keputusan sama membeli, menjual atau memegang saham.

Contoh item yang boleh menjadi bahan termasuklah keputusan dan ramalan kewangan; kemungkinan penggabungan, pemerolehan, penjualan kepentingan, usaha sama, dn pelaburan; memperoleh atau kehilangan kontrak penting; dan perkembangan litigasi utama. Adalah menjadi satu kesalahan dan menyalahi dasar kita untuk berdagang saham berasaskan maklumat dalaman bahan. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan maklumat ini untuk diri sendiri, dan juga tidak boleh memberikan maklumat ini sebagai ‘petua’ untuk digunakan oleh orang lain.

Rekod KewanganSalah satu cara utama kita menghormati pemegang saham kita ialah dengan memastikan semua buku, rekod dan akaun kita lengkap, tepat pada masa dan benar, serta menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan urusniaga kita dengan tepat. Ini perlu untuk memastikan kejujuran

Petua Kod Adakah ini bermakna saya tidak dibenarkan menggunakan komputer saya untuk sebarang tujuan peribadi? Bolehkah saya menerima e-mel tentang pasukan bola sepak anak saya, atau menggunakannya untuk perniagaan sampingan yang dimiliki oleh saya dan isteri?

CEVA tidak melarang semua penggunaan peribadi komputer, selagi ia minimum, tidak mengganggu kerja anda di CEVA, tidak menyalahi undang-undang, wajar dan dibenarkan oleh dasar kita. Anda boleh menerima e-mel tentang pasukan bola sepak anak anda, tetapi tidak boleh menggunakannya untuk urusan perniagaan selain daripada CEVA.

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 13: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

13—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

dan ketelusan, mencegah penipuan, dan juga kita boleh menyediakan penyata kewangan yang boleh dipercayai menurut prinsip perakaunan dan standard laporan kewangan yang diamalkan. Kami melarang sebarang pemalsuan buku dan rekod (kunci kira-kita, lejar, penyata kewangan dan sebagainya), seperti mengubah ciri urus niaga, menyembunyikan dana atau akaun, melaporkan urus niaga dalam tempoh yang salah, atau maklumat palsu atau tidak benar yang lain. Dokumen CEVA Peraturan Perniagaan, dasar kewangan dan perakaunan, dan kawalan lain menyokong prinsip ketepatan. Urus niaga luar buku dan “set buku kedua” adalah sama sekali dilarang.

Kita semua perlu memastikan bahawa semua maklumat yang disalurkan ke dalam buku dan rekod CEVA adalah

lengkap, mengikut masa dan tepat. Sebagai contoh, pertimbangkan laporan perbelanjaan. Laporan ini mungkin remeh dan membosankan, tetapi ia membantu kita memastikan buku dan rekod kita adalah tepat. Adakah laporan perbelanjaan anda tepat? Adakah semua perbelanjaan sebenarnya berlaku secara saksama? Sekiranya anda meminta bayaran balik untuk makan malam, adakah anda memasukkan resit dan mencatatkan siapa yang hadir? Tiada siapa yang boleh meluluskan perbelanjaan sendiri, jadi apabila beberapa lapisan pekerja CEVA hadir, lapisan setempat yang tertinggi perlu membayar. Rekod masa merupakan satu lagi contoh. Adakah rekod masa anda benar-benar menunjukkan tempoh anda bekerja? Atau melihat dalam konteks lain: adakah dokumen penghantaran kita mencatatkan dengan tepat tempat asal dan destinasi penghantaran? Adakah ia mencatatkan pengangkut, pembuat dan kaedah pembayaran yang betul? Kita semua ada peranan untuk dimainkan dalam menyokong ketepatan buku dan rekod.

Kita juga melarang semua bentuk pengubahan wang haram. Pengubahan wang haram adalah aktiviti kewangan haram dan pemalsuan rekod kewangan untuk menyembunyikan aktiviti atau hasil jenayah, yang selalunya dikaitkan dengan keganasan, pengedaran narkotik, dan mengelakkan cukai. Pengedar dadah misalnya “mengubah” wang yang mereka peroleh secara haram dengan menyalurkannya melalui syarikat sah untuk menjadikannya kelihatan sah. Untuk menghalang CEVA daripada diperalat untuk membantu mengubah wang bagi aktiviti haram, anda “perlu tahu siapa pelanggan anda” dan sentiasa berhati-hati dengan aktiviti sangsi (urus niaga tunai, pihak tidak dikenali, permintaan pembayaran atau

Petua Kod Sekarang adalah hujung suku tahun, dan penyelia/pengurus saya meminta saya mengubah beberapa laporan kepada kewangan untuk membantu “mencapai sasaran kita.” Saya tak pasti tentang perkara ini, tetapi beliau memberitahu saya semua orang melakukannya, dan kita boleh mengubahnya semula selepas suku tahun tamat dan tidak siapa akan tahu. Apakah yang patut saya lakukan?

Beritahu penyelia/pengurus anda dengan lembut tetapi tegas bahawa anda tidak selesa melakukan permintaan beliau. Sekiranya penyelia/pengurus anda meminta anda melakukan sesuatu yang membuatkan anda tidak selesa, hubungi ahli pengurusan yang lain, bahagian Perundangan atau Pematuhan & Etika, atau talian hotline.

Petua Kod Saya ingin menjadikan penutup e-mel saya lebih “peribadi” dengan memasukkan kenyataan politik pendek tantang isu yang penting untuk saya serta logo lucu yang saya rasa akan membuatkan orang lain terhibur - adakah ini OK?

Tidak. Pertama sekali, kedua-duanya tidak berkait dengan CEVA dan tidak wajar disertakan. Kedua, anda harus ingat bahawa anda mewakili CEVA: walaupun anda rasa isu ini penting dan logo tersebut melucukan, ia mungkin menyinggung perasaan orang lain yang mungkin melihatnya sebagai pandangan CEVA. Pastikan anda mengikuti garis panduan perhubungan digital CEVA. Jika anda mahu menghantar e-mel tentang perkara tersebut, gunakan akaun e-mel peribadi anda pada masa sendiri dan jangan gunakan nama CEVA dalam perhubungan tersebut.

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 14: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

14—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

pemindahan dana yang pelik).

Perhubungan Elektronik, Media Sosial dan Perhubungan LuaranKita menghargai kerahsiaan para pekerja kita serta semua maklumat peribadi yang dilindungi oleh undang-undang. Pada masa yang sama, kita perlu mengiktiraf bahawa, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan, semua perhubungan dan maklumat elektronik kita (termasuk e-mel, pesanan segera, pesanan teks, aktiviti internet serta data dan maklumat elektronik lain pada komputer, peralatan dan sistem Syarikat) adalah bertujuan untuk perniagaan Syarikat, adalah hak milik CEVA dan berada di bawah kawalan Syarikat.

Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang terpakai dan di bawah Dasar Kerahsiaan dan Dasar Keselamatan Maklumat, kita sebagai pekerja CEVA tidak perlu menjangkakan kerahsiaan semasa menggunakan sistem atau peralatan CEVA dan CEVA berhak untuk mengawasi dan memeriksa perhubungan elektronik, komputer, peralatan dan sistem, termasuk e-mel, penggunaan internet, telefon dan peranti lain menurut undang-undang yang terpakai. Penggunaan peribadi yang bertanggungjawab dan mengikut keadaan oleh kakitangan CEVA adalah dibenarkan tetapi hendaklah bersifat sekali-sekala, di luar waktu kerja jika boleh dan tidak mengganggu tanggungjawab atau produktiviti kita.

Begitulah juga CEVA membenarkan penggunaan media sosial berkaitan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab bagi meningkatkan interaksi dan perhubungan kita dengan pelanggan, rakan sekerja, vendor, pemimpin perniagaan, media dan lain-lain, serta meningkatkan tahap kesedaran terhadap jenama CEVA. Dasar Media Sosial kita memerlukan kejujuran dan ketelusan untuk semua penggunaan media sosial, kelulusan jika anda menggunakan media sosial secara rasmi untuk CEVA dan anda menggunakan pertimbangan yang bijak. Jika anda menggunakan media sosial secara peribadi dan pada masa anda sendiri, jangan mewakilkan siaran, komen, kedudukan atau kepercayaan and sebagai mewakili CEVA.

Bagi memastikan bahawa kita menyediakan perhubungan luaran yang konsisten, jujur dan wajar, hanya kakitangan CEVA yang dibenarkan sahaja (pengurusan eksekutif, kakitangan Perundangan, dan Pemasaran & Perhubungan) sahaja yang boleh membalas sebarang permintaan daripada pihak ketiga. Sebarang perhubungan daripada kerajaan, pelabur, juru analisa, media dan orang awam hendaklah dikendalikan seperti di dalam dasar dan garis panduan perhubungan. Oleh itu jika anda menerima panggilan daripada akhbar, sila hubungi Pemasaran & Perhubungan; jika menerima subpoena daripada kerajaan, hubungi Perundangan; atau jika notis cukai, hubungi Cukai.

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 15: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

15—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Dua daripada sembilan nilai teras kita ialah kesungguhan terhadap pelanggan dan prestasi tinggi. Kedua-duanya adalah penting bagi CEVA menunjukkan rasa hormatnya kepada pelanggan, pembekal dan rakan niaga yang lain. Di CEVA, kita bersaing untuk perniagaan dan memberikan perniagaan kita secara saksama, bebas dan berasaskan mutu perkhidmatan yang dibeli dan dijual. Dengan cara ini serta sikap mudah untuk berurusan, akan memberi manfaat yang lebih berbanding nilai kita yang dalam dalam membantu kita menjadi syarikat yang paling dihormati dalam industri rantaian bekalan.

Fokus kepada MutuKomitmen kepada mutu adalah penting untuk perniagaan kita. Prinsip Asas yang Terbaik dan Pelaksanaan yang Cemerlang memerlukan komitmen ini. Kita turut memiliki budaya penambahbaikan yang berterusan. Untuk mencapai standard mutu yang tertinggi, kita akan terus berusaha menambahbaikan proses untuk faedah pelanggan kita. Ini bukan sahaja untuk operasi kita, malah untuk sifat dan perilaku kita. Dalam semua urusan kita dengan pelanggan, pesaing dan pembekal, kita akan berurusan - dan dipandang - berasaskan mutu perkhidmatan kita.

Kepuasan PelangganSeperti yang dinyatakan oleh nilai, kita dipacu oleh prestasi dan kejayaan, dan kita merupakan pakar rantaian bekalan. Pelanggan bergantung kepada kita. mereka memberi kepercayaan kepada kita untuk mengangkut barangan dan menguruskan inventori mereka. Kita berusaha untuk membawa kejayaan kepada pelanggan kita. Pengetahuan kita tentang keperluan global dan setempat untuk pelanggan dan pasaran mengatur aktiviti kita. Kita mengambil kira dan mengutamakan fokus pelanggan dalam semua proses, projek dan urusan perniagaan kita. Sebagai contoh, jika anda terlibat dalam memberi khidmat kepada pelanggan tertentu, anda perlu memahami apakah komitmen CEVA kepada pelanggan berkaitan kontrak dengan pelanggan dan bagaimanakah ia berkait dengan tugas anda, dan kemudian memastikan melakukan apa yang telah kita janjikan.

Rakan PerniagaanKita komited untuk bekerjasama dengan entiti dan individu lain yang memenuhi standard yang telah kita tetapkan untum Syarikat. Dalam memilih rakan niaga, kita mahu bekerja dengan pembekal, vendor, subkontraktor, perunding dan agen yang menjalankan perniagaan mereka dan yang akan menjalankan perniagaan mereka dengan dan bagi pihak kita dengan menghormati undang-undang dan peraturan yang terpakai serta standard integriti kita yang tinggi.

Antitrust dan Persaingan SaksamaCEVA komited terhadap perusahaan bebas dan persaingan yang saksama. Sebagai sebuah syarikat rantaian bekalan global, CEVA berkembang berasaskan perdagangan bebas. Oleh itu, kita akan bersaing dan berurus niaga hanya berdasarkan merit, persaingan terbuka dan dengan memberikan pelanggan kita perkhidmatan yang lebih baik. Kita menetapkan semua harga dan surcaj secara bebas, berdasarkan analisis kita sendiri, input pelanggan dan maklumat yang terdapat secara terbuka. Kita tidak akan membincangkan tentang harga, bida, keuntungan, peruntukan pelanggan

Menghormati para Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 16: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

16—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

atau wilayah, atau terma dan syarat jualan dengan pesaing, dan tidak akan bersetuju dengan mana-mana pesaing berkaitan perkara ini. Kita tidak akan menyertai perjanjian untuk memboikot atau untuk tidak berurusan dengan sesetengah orang atau entiti. Di bawah peraturan penampilan adalah penting”, kita semua perlu mengelak

sebarang perilaku yang mungkin kelihatan melanggar Dasar dan Prosedur Undang-undang Antitrust dan Persaingan Syarikat atau sebarang undang-undang antitrust atau persaingan. Dan kita semua perlu mematuhi proses menetapkan harga dan surcaj. Syarikat. Semasa menyertai pertubuhan perdagangan, anda perlu mengikuti Garis Panduan Pertubuhan Perdagangan kita dan memberi perhatian untuk memastikan kita mematuhi obligasi

antitrust kita.

Selain bersaing untuk perniagaan secara saksama dan bebas, kita juga memberi peluang perniagaan secara saksama dan bebas. Kita akan mengambil pembekal, agen dan perantara hanya melalui penilaian yang adil - bukan berasaskan urus niaga lain yang kita atau pekerja kita ada dengan mereka. Ini bukan sahaja untuk kakitangan Pemerolehan utama kita, tetapi untuk sesiapa yang mempunyai pengaruh dalam memilih mana-mana vendor atau pihak ketiga lain untuk bekerja dengan CEVA.

Akhir sekali, walaupun kita bersaing untuk mendapatkan perniagaan secara agresif, namun kita melakukannya secara adil dan berdasarkan merit. Kita tidak akan cuba mendapat kelebihan yang tidak adil daripada pesaing, dengan cara seperti mendapat maklumat rahsia daripada bekas pekerja mereka atau berbohong tentang pesaing. Bahan jualan dan pemasaran kita, perhubungan serta komitmen kepada pelanggan kita dilaksanakan secara jujur dan tepat. Seterusnya, konsisten dengan prinsip kita iaitu Pelaksanaan Cemerlang, kita akan mengotakan janji.

Petua Kod Saya ingin menyertai pertubuhan perdagangan setempat yang saya rasa boleh membantu saya melakukan tugas saya dengan lebih baik dan untuk CEVA memenangi perniagaan - adakah saya tidak dibenarkan berbuat demikian?

Bukan begitu, tetapi anda perlu melalui proses kelulusan yang betul sebelum anda menyertai, supaya kami boleh mengesahkan bahawa pertubuhan itu benar-benar menambah nilai dan tidak membawa terlalu banyak risiko. Sebabnya ialah pada masa dahulu, pertubuhan perdagangan telah membawa masalah antitrust yang serius dalam industri kita, dan kita hanya mahu lebih berhati-hati sebelum menyertai.

Petua Kod Saya menjawab kepada permintaan bida oleh pelanggan dan bida tersebut perlulah kompetitif. Saya perlu tahu apa yang dilakukan oleh pesaing. Bolehkah saya menghubungi kawan saya di syarikat pesaing untuk mengetahuinya, berdasarkan secara sulit? Tidak boleh - dasar antitrust kita menghalang tindakan ini. Anda tidak boleh membincangkan harga, pelanggan atau bida dengan pesaing. Sebaliknya kita menentukan semua harga kita secara bebas, berdasarkan analisis kita sendiri, maklumat yang diberikan oleh pelanggan untuk kita menyaingi bida, dan maklumat yang terdapat secara terbuka.

Quick Links Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 17: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

17—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Kita bermula dengan menghormati satu sama lain, kemudiannya menghormati CEVA dan pemegang saham kita, kemudiannya menghormati pelanggan dan pihak ketiga yang lain. Akhir sekali kita sampai kepada kategori paling luas: menghormati dunia di mana kita beroperasi. Sebagai warga korporat yang prihatin, CEVA perlu menghormati masyarakat di mana kita beroperasi, bertindak secara bertanggungjawab, dan mematuhi undang-undang negara di mana kita berurusan.

MasyarakatKita komited menyokong masyarakat di mana kita bekerja. Penting bagi kita untuk memahami dan menghormati perbezaan budaya dan isu masyarakat di tempat kita bekerja. Ini akan membina kepercayaan dan kredibiliti. Kita semua perlu menghormati budaya tempatan.

Dokumen Peraturan Perniagaan CEVA memberi maklumat tentang cara mendapatkan kelulusan untuk sumbangan amal (semua sumbangan amal perlu diluluskan oleh Presiden Serantau anda, CEO kita ataupun Lembaga Pengarah).

Rasuah dan SogokanRasuah merosakkan masyarakat dan melemahkan perdagangan adil, yang penting untuk perniagaan kita. Kerajaan di seluruh dunia sedang cuba untuk menghapuskan rasuah dan sogokan, dan CEVA turut komited ke arah usaha ini. Secara ringkasnya: CEVA melarang semua bentuk rasuah dan sogokan. Kita tidak akan menerima sesuatu yang bernilai yang mungkin kelihatan seperti mendatangkan pengaruh yang tidak wajar kepada keputusan yang dilakukan oleh kita atau orang lain. Sebaliknya kita akan berurusan dengan pelanggan, pembekal dan pengawal selia secara jujur dan tanpa berselindung.

Kita akan mematuhi Dasar Anti Rasuah dan undang-undang anti rasuah yang berkaitan dengan perniagaan kita, terutama sekali Akta Amalan Rasuah Asing Amerika Syarikat (atau FCPA), Akta Rasuah UK, Kompak Global Pertubuhan Bangsa Bersatu, Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (“OECD”), dan undang-undang anti rasuah lain yang berkenaan.

Apakah maksudnya daripada segi amalan? • Tiada rasuah sektor awam. Kita tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk rasuah pegawai kerajaan. Sebagai contoh, kita tidak akan membayar atau menawarkan untuk membayar apa-apa kepada seseorang yang bekerja dengan kerajaan untuk mempengaruhi tindakan mereka secara tidak wajar, untuk, sebagai contoh, memberikan kita layanan istimewa dalam mendapatkan permit, tidak mengikuti isu kawal selia, atau memberikan kita kontrak kerajaan. • Tiada bayaran kemudahan. Bayaran kemudahan adalah bayaran kecil yang diberikan kepada pegawai kerajaan di mana-mana peringkat untuk mereka melakukan (atau melakukan dengan lebih cepat) perkara rutin yang mereka sebenarnya akan lakukan juga, seperti mengeluarkan visa atau memproses kelulusan kerajaan yang anda perlukan. Sebagai contoh, kita tidak perlu membayar wang kepada kakitangan kastam untuk melepaskan angkutan dengan lebih cepat melalui kastam. (Kita benarkan bayaran kemudahan sekiranya terdapat ancaman yang pasti terhadap kesihatan dan keselamatan, selagi bayaran ini segerak dilaporkan dan didokumentasikan sewajarnya.) • Tiada rasuah sektor awam. Kita tidak terlibat dalam rasuah “komersial” atau sektor swasta. Misalnya, kita tidak membayar sogokan kepada pelanggan

Menghormati Masyarakat

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 18: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

18—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

persendirian, komersial untuk mendapatkan perniagaan. Jadi, sama ada kerajaan terlibat atau tidak, kita tidak melibatkan diri dengan rasuah. • Tidak menerima rasuah . Kita tidak akan menerima apa-apa jenis rasuah atau pembayaran yang tidak wajar. Sebagai contoh, kita tidak akan menerima hadiah yang tidak wajar daripada vendor yang cuba untuk mendapatkan kontrak daripada kita. Had untuk menerima hadiah adalah sangat rendah dan amalan terbaik ialah mengelakkan sebarang hadiah. • Tiada pengaruh atau dorongan tidak wajar lain. Kita tidak akan memberi, menawarkan atau

menerima bentuk rasuah lain, seperti sokongan peribadi untuk pembuat keputusan penting di pihak pelanggan yang menimbang penganugerahan perniagaan kepada kita, sumbangan kepada badan amal kegemaran pegawai kerajaan, bersetuju mengambil bekerja anak menteri kerajaan yang mempunyai pengaruh terhadap perniagaan CEVA, atau apa-apa sahaja yang mempunyai nilai. • Perhubungan dengan pegawai kerajaan. Jika anda adalah atau waris kepada pegawai kerajaan, kami perlu tahu kerana bagi memastikan kami mengambil langkah yang wajar untuk mengelakkan aktiviti yang mungkin kelihatan seperti rasuah. • Usaha wajar (Due Diligence). Kita akan mengikuti proses Syarikat untuk menilai agen pihak ketiga, rakan niaga dan subkontraktor bagi memastikan

mereka adalah jenis syarikat yang CEVA mahu berurusan dan akan mengikut standard etika kita yang tinggi, terutamanya berkaitan rasuah dan sogokan.

Hadiah dan HiburanSatu cara utama mengelakkan rasuah dan sogokan ialah berhati-hati dengan hadiah dan hiburan yang kita beri dan terima. Biasanya rasuah tidak begitu nyata seumpama seseorang memberi beg penuh wang tunai kepada orang lain di tempat rahsia. Sebaliknya ia adalah beransur-ansur dan tidak jelas. Sebagai contoh, rasuah boleh jadi dalam bentuk hadiah mahal dan hiburan mewah bertujuan mempengaruhi seseorang. Ia boleh melibatkan apa-apa sahaja yang bernilai - hidangan dan hiburan, tiket acara sukan, penggunaan rumah percutian, atau penajaan acara korporat atau amal. Walaupun hadiah dan hiburan ini bukannya rasuah yang sebenar, ia masih boleh menimbulkan konflik kepentingan atau penampilan seperti konflik. Anda mungkin terpengaruh untuk membuat keputusan berdasarkan hadiah yang diterima dan bukannya berdasarkan kepentingan terbaik CEVA. Dan kadang-kala hadiah dan hiburan yang secara teknikalnya OK masih kelihatan janggal; dalam urusan hadiah dan hiburan, penampilan adalah segala-galanya.

Di CEVA kita bersaing dan memberi perniagaan secara telus dan hanya berasaskan merit dan kepentingan CEVA - bukannya faedah peribadi yang tidak wajar yang diberikan atau diterima oleh kita. Kita tidak boleh dipengaruhi oleh hadiah, hiburan atau manfaat barangan daripada pelanggan atau pembekal atau bakal pelanggan atau pembekal yang dilihat sebagai pemberian dengan tujuan rasuah, boleh mempengaruhi objektif kita atau dilihat seperti memberi seseorang kelebihan atau layanan istimewa yang tidak wajar. Kita juga tidak boleh membuat atau menawarkan perkara yang sama kepada pihak lain; kita tidak menerima atau memberi hadiah dan hiburan yang tidak wajar. Jangan sekali-kali meminta hadiah daripada vendor, pembekal atau sesiapa sahaja untuk diri anda, kawan anda atau keluarga anda.

Hadiah dan hiburan bernilai rendah yang berpatutan dan diberi sekali sekala adalah diterima. Tetapi ia tidak boleh diberikan atau diterima sebagai pertukaran kepada faedah

perniagaan, dengan tujuan rasuah atau kelihatan seperti rasuah. Dasar Anti Rasuah CEVA menggariskan had hadiah

Petua Kod Di negara saya, sudah menjadi amalan untuk memberikan sedikit bayaran kepada pegawai kastam supaya mereka mempercepatkan pelepasan kastam, di mana pelanggan saya memang perlukan untuk peralatan penting sebuah projek utama. Bayarannya hanya sedikit, cuma beberapa ringgit sahaja. Bolehkah saya membayarnya?

Tidak, walaupun bayaran tersebut adalah sedikit dan biasa dilakukan di negara anda, undang-undang dan dasar kita melarangnya sebagai bayaran kemudahan, sama seperti rasuah yang lain.

Petua Kod Adakah ini bermakna saya tidak boleh membawa pelanggan saya makan malam?

Bukan begitu. Hiburan yang berpatutan adalah sah dan diterima sebagai sebahagian daripada amalan perniagaan, dan CEVA membenarkan hiburan yang berpatutan dan wajar untuk pelanggan kita selagi ia turut dibenarkan oleh dasar pelanggan.

Bagaimanakah untuk mengingati panduan kita tentang hadiah dan hiburan? Gunakan panduan “GIFT” (HADIAH)

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 19: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

19—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

dan hiburan: • Sebagai peraturan asas, hadiah dan hiburan sekali sekala bernilai $100 dan ke bawah dan tidak melibatkan pegawai kerajaan adalah diterima • Apa-apa yang melebihi $100 dan tidak melibatkan pegawai kerajaan perlu diluluskan oleh penyelia anda. • Apa-apa yang bernilai $250 atau lebih atau melibatkan pegawai kerajaan perlu mendapatkan kelulusan bahagian Pematuhan & Etika terlebih dahulu. • Jangan bayar apa-apa kos perjalanan pihak lain atau menerima bayaran daripada pihak lain untuk kos perjalanan anda tanpa kelulusan bahagian Pematuhan & Etika terlebih dahulu.

Anda juga perlu memastikan bahawa perkara ini dibenarkan oleh dasar pihak lain serta undang-undang, adat dan amalan tempatan. Undang-undang tempatan atau dasar pihak lain mungkin lebih ketat berbanding CEVA - kita perlu mematuhi yang mana lebih ketat. Dalam keadaan tertentu, hadiah dan hiburan yang melebihi had yang kita tetapkan mungkin wajar, tetapi anda perlu periksa terlebih dahulu dengan penyelia/pengurus anda dan bahagian Pematuhan & Etika. Periksa dengan mereka terlebih dahulu jika anda tidak pasti sama ada hadiah atau hiburan anda dibenarkan atau jika pegawai kerajaan terlibat atau mungkin terlibat! Semua hadiah dan hiburan hendaklah wajar dan sesuai (tidak lucah atau menjolok mata). Akhir sekali, kita tidak boleh memberi atau menerima wang atau yang bersamaan wang seperti kad atau sijil hadiah kerana ini akan menimbulkan prasangka.

Berikut ialah cara untuk membantu anda mengingati panduan kita tentang hadiah dan hiburan: gunakan panduan “GIFT” (HADIAH):

• Government official (Pegawai kerajaan). – Adakah pegawai kerajaan terlibat? Adakah pelanggan anda mungkin syarikat milik negara? Atau bekerja dengan entiti kerajaan? – Jika ya, atau anda kurang pasti, hubungi Pematuhan & Etika terlebih dahulu. • Intent (Niat).

– Sekiranya anda memberi hadiah kepada pelanggan, apakah niat anda? Hanya sebagai penghargaan kepada perniagaan yang diberikan selama ini? Atau anda memberi sesuatu yang bernilai untuk “membeli” peluang perniagaan akan datang? Adakah orang lain berpendapat anda mempunyai “niat rasuah”? – Sekiranya vendor menyediakan hiburan, adakah ini kelihatan seperti dia mahu membina pertalian yang wajar dengan anda atau memahami perniagaan CEVA dengan lebih dekat? Atau dia cuba mempengaruhi anda dalam menentukan vendor mana yang patut dipilih? Jika ini diketahui umum, bagaimnanakah pandangan orang ramai? • Frequency and timing (Kekerapan dan masa). – Berapa kerap pembekal memberi anda hadiah? Adakah pemberian bersifat sekali sekala dan pada masa yang sesuai (seperti musim perayaan atau forum pelanggan), atau adalah pembekal kerap memberikan hadiah buah- buahan, tiket acara sukan, botol wain atau lebih lagi? Berapakah jumlah nilai hadiah dan hiburan daripada pembekal ini kepada anda selama ini? Adakah hadiah ini diberikan pada masa anda sedang membuat keputusan untuk menganugerahkan kontrak? Adakah anda mula rasa terhutang budi dengan pembekal disebabkan hadiah-hadiah ini? – Sebaliknya, berapa kerap anda melayan

Petua Kod Salah seorang vendor ingin memberi saya tiket acara sukan - bolehkah saya menerimanya?

Bergantung kepada keadaan. Jika vendor mahu pergi bersama dengan anda ke acara sukan tempatan untuk membina pertalian di luar pejabat, dan harga tiket berpatutan, ini mungkin boleh diterima. Sebaliknya, jika dia mahu memberikan anda dan isteri anda tiket penerbangan kelas pertama dengan perbelanjaan ke acara sukan antarabangsa yang besar, ini tidak boleh diterima.

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 20: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

20—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

pelanggan terbaik anda: sekali setiap suku tahun atau untuk masa tertentu sahaja? Atau adakah anda membawanya beberapa kali sebulan? Atau banyak kali apabila anda cuba memuktamadkan urus niaga besar? • Too much (Terlalu banyak)? – Berapa besar pemberian atau hiburan? Adakah ia dalam had kita? Had pihak yang lagi satu? – Adakah ini adat di negara anda?

Pematuhan PerdaganganSetiap negara mempunyai undang-undang berkaitan mengimport dan mengeksport barangan dan teknologi. Negara-negara mengawal selia pematuhan perdagangan atas sebab ekonomi, politik dan keselamatan, seperti mencegah keganasan. CEVA kadang kala membuat

keputusan perniagaan untuk mengehadkan perdagangan dengan sesetengah individu dan negara walaupun ini dibenarkan oleh undang-undang yang ada.

Pekerja CEVA perlu mematuhi dengan ketat semua undang-undang kawalan import dan eksport yang terpakai, peraturan perdagangan lain di dalam bidang kuasa di mana Syarikat menjalankan perniagaan, serta dasar Pematuhan Perdagangan Global CEVA, termasuk dengan memeriksa kelulusan kerajaan yang perlu untuk

urus niaga tertentu. Sebagai contoh, kebanyakan negara mengehadkan perdagangan dengan sesetengah negara lain sebagai dasar asing, dan kita perlu memastikan kita mematuhi sekatan yang dikenakan ke atas kita. Begitu juga sesetengah negara memerlukan lesen untuk menghantar angkutan yang dikira sebagai barangan, senjata dan peluru pertahanan, dan kita perlu memastikan bahawa jika kita mengangkut barangan ini, ia perlu mendapat lesen yang sewajarnya. Kumpulan Pematuhan Perdagangan Global CEVA telah mewujudkan dasar Pematuhan Perdagangan Global CEVA bagi memastikan kita mengikuti keperluan yang dikenakan. Akhir sekali, kita perlu mematuhi peraturan anti-boikot yang ada.

Petua Kod Saya ada kontrak dengan kerajaan untuk memindahkan peralatan tentera dan saya rasa saya boleh menaikkan invois tanpa mereka tahu bahawa kita memaksimumkan keuntungan. Bolehkah saya melakukannya? Atau bolehkah saya menandakan beberapa item yang hampir - tetapi masih belum - siap supaya saya boleh mengenakan bayaran?

Tidak boleh! Ini melanggar syarat kita untuk jujur dan telus dalam urusan kita dengan pihak kerajaandan pihak lain.l resto de los clientes.

Quick Links Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 21: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

21—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Kontrak KerajaanSesetengah perniagaan kita adalah dengan entiti kerajaan. Berurusan dengan kerajaan selalunya melibatkan keperluan melebihi kontrak komersial biasa kerana kerajaan mungkin memerlukan atau melarang terma, syarat dan amalan tertentu mengikut undang-undang. Misalnya proses membida kontrak kerajaan mungkin perlu lebih formal dan sulit. Terdapat had yang ketat berkaitan melayan pekerja atau kontraktor kerajaan. Ada sesetengahnya melibatkan maklumat sulit dan tertakluk kepada keperluan kerahsiaan dan keselamatan yang sangat ketat. Kami di CEVA komited kepada pematuhan yang ketat terhadap undang-undang dan peraturan kerajaan apabila kita memberi khidmat kepada entiti kerajaan (sama ada secara langsung sebagai kontraktor utama, atau secara tidak langsung sebagai subkontraktor).

Seperti keperluan Kod kita yang lain, kejujuran, ketepatan dan ketelusan adalah sangat penting apabila berurusan dengan kontrak kerajaan. Sebagai contohnya, di kebanyakan negara, mengenakan bayaran keterlaluan kepada kerajaan (mengenakan bayaran lebih daripada yang dibenarkan kontrak atau yang adil dan saksama) dan membuat kenyataan palsu kepada kerajaan adalah kesalahan jenayah. Mereka di antara kita yang berurusan dengan kontrak kerajaan perlu benar-benar memahami dan mematuhi dasar- dasar yang mengaitkan kontrak kerajaan dengan undang-undang dan peraturan CEVA.

Aktiviti PolitikKita melaksanakan aktiviti perniagaan supaya aktiviti atau kenyataan politik yang tidak wajar tidak mendatangkan kesan kepada kepentingan CEVA. Sebagai peraturan am, Syarikat tidak campur tangan dalam hal politik, dan kita semua perlu mematuhi dengan ketat semua undang-undang dan peraturan kewangan, etika dan lain-lain berkaitan aktiviti politik, termasuklah melobi. Oleh kerana itu, Peraturan Perniagaan, kita memerlukan Lembaga Pengarah meluluskan semua sumbangan politik. Sudah tentu, sebagai orang awam, kita semua boleh menyertai aktiviti politik dan memberi sumbangan kepada kempen menggunakan masa dan wang kita sendiri. Tetapi kita tidak boleh menggunakan nama CEVA, wang CEVA, sumber serta masa untuk melakukannya.

Perlindungan Alam SekitarKita komited kepada kemapanan dan menjalankan urusan secara menghormati persekitaran dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan alam sekitar yang terpakai untuk aktiviti kita. Komitmen kita terhadap kemapanan membantu kita mengurangkan sisa dan berkongsi faedah ini dengan pelanggan. Ia merangkumi cara kita berurusan, memacu kita untuk mencari pembaharuan dan kreatif dalam segala perkara dari operasi gudang kepada pengangkutan, daripada rekabentuk penyelesaian kepada dasar pemerolehan. Ini memberi faedah kepada pelanggan, masyarakat, insan dan planet kita. Ia adalah betuk secara etika dan bijak secara komersial.

Kita semua perlu membiasakan diri dengan peraturan dan pertimbangan alam sekitar yang mungkin melibatkan kerja kita. Bagi kebanyakan kita, ia mungkin melibatkan langkah mudah seperti menjimatkan dokumen cetak dan kesannya terhadap alam sekitar. Bagi orang lain pula, ia mungkin melibatkan pelepasan gas rumah hijau dalam pengangkutan. Dalam apa jua cara, kita perlu sedar tentang kesan aktiviti kita terhadap alam sekitar dan kita perlu melaporkan segera sebarang pelanggaran undang-undang, peraturan atau permit alam sekitar.

Quick Links Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 22: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

22—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Setakat mana yang dibenarkan oleh udang-undang yang terpakai, kita boleh mendisiplinkan mana-mana pekerja yang:

• Membenarkan, menyertai atau melibatkan diri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam mana-mana tindakan yang merupakan pelanggaran undang-undang atau peraturan yang terpakai, Kod ini, Kod ini atau dasar dan prosedur Syarikat.

• Gagal untuk segera melaporkan pelanggaran yang diketahui atau disyaki atau sesiapa yang menyimpan maklumat tentang pelanggaran

• Tidak menguruskan atau menyelia dengan cukup mana-mana pekerja yang terlibat dalam pelanggaran pematuhan atau mereka yang mengarah, meluluskan atau menyokong peri laku yang tidak wajar oleh mana-mana pekerja mereka

• Percubaan untuk membalas dendam atau menyertai balas dendam, secara langsung atau tidak langsung, atau menggalakkan orang lain melakukannya, terhadap pekerja yang secara baik melaporkan hal pematuhan (dan juga pengurus yang gagal menghalang dengan secukupnya atau memberi respons kepada balas dendam oleh orang lain)

• Secara sedar membuat laporan pematuhan atau rekod lain yang palsu atau menipu

• Gagal memberi kerjasama penuh terhadap usaha Syarikat untuk menyiasat atau menangani isu pematuhan.

Tindakan disiplin mungkin termasuk amaran bertulis dan lisan, denda kewangan (sebagai contoh, kelayakan bonus), penggantungan, dan penamatan kerja sehingga sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang yang ada. Selain daripada tindakan disiplin, kami mungkin perlu merujuk sesetengah salah laku kepada pihak berkuasa atau kawal selia kerajaan untuk pendakwaan awam atau tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula kerugian atau kerosakan disebabkan oleh salah laku. Kita mengambil tindakan disiplin secara cepat, konsisten, berkesan dan saksama yang boleh. Disiplin adalah mengikut budi bicara Syarikat. Sama ada pekerja melaporkan salah laku dan bekerjasama menanganinya adalah relevan dalam mempertimbangkan disiplin, tetapi tidak melepaskan salah laku atau menghalang disiplin jika berkaitan

Disiplin

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 23: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

23—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Kita menjangka dan menggalakkan semua pekerja melaporkan pelanggaran dan pelanggaran yang disyaki dan bekerjasama dengan Syarikat untuk menanganinya. Sebenarnya kami mensyaratkan pekerja membuat laporan jika ia dibenarkan oleh undang-undang. Jika anda melaporkan isu kepada kami, anda sebenarnya membantu Syarikat menangani masalah dengan wajar dan memastikan kita menjalankan syarikat yang mematuhi peraturan. Cara MelaporBerikut adalah beberapa cara anda boleh membuat laporan - gunakan apa-apa kaedah yang anda rasa selesa:

• Pengurusan. Beritahu penyelia/pengurus anda jika dia tidak terlibat dalam salah laku dan anda selesa dengan beliau. Atau kepada ahli pengurusan lain jika anda rasa ini lebih berkesan. • Wakil Undang-undang, Pematuhan & Etika, atau Sumber Manusia. Jika anda tidak selesa bercakap dengan penyelia/pengurus anda, hubungi salah seorang pakar kami yang boleh membantu. CEVANet mempunyai maklumat hubungan terkini kepada semua kakitangan Undang-undang, Pematuhan & Etika, termasuk Ketua Pegawai Undang-undang dan Pematuhan, Pengurus Pematuhan Serantau anda, dan wakil Sumber Manusia.

• Hotline Pematuhan. Anda juga boleh melaporkan pelanggaran Kod atau pelanggaran Kod yang disyaki dengan menghubungi hotline pematuhan bebas tol: – +1 (888) 723-2453 jika anda menelefon dari AS. Jika anda menelefon dari luar Amerika Syarikat, mula-mula dail nombor laluan negara setempat

AT&T anda, yang boleh didapati di: http://www.business.att.com/bt/access.jsp?c=A –Beritahu operator anda mahu disambungkan kepada nombor bebas tol di atas, atau masukkan sendiri nombor. – Wakil akan bersedia untuk pekerja membuat laporan masalah atau bertanya soalan tentang Kod. – Talian pematuhan dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, dan dalam pelbagai bahasa. – Nota: para wakil berada di Amerika Syarikat, dan panggilan anda akan disambungkan ke sini. Dengan menghubungi hotline dan menandatangani Kod ini, persetujuan anda di bawah undang-undang kerahsiaan data yang berkait dengan laporan anda yang dihantar ke Amerika Syarikat. Jika anda tidak selesa dengan hal ini, sila gunakan kaedah lain yang dinyatakan di atas.

• Laporan berasaskan web. Perkhidmatan hotline kami turut menawarkan laporan berasaskan web, jadi jika anda rasa lebih selesa melalui kaedah ini, sila teruskan. Atau anda boleh gunakan alamat e-mel berikut: [email protected].

• Ketanpanamaan. Kami menggalakkan anda memberikan nama apabila melaporkan pelanggaran yang disyaki dan sebanyak mana maklumat yang boleh untuk membantu kami menyiasat isu. Tetapi anda boleh kekal tanpa nama jika mahu dan jika dibenarkan oleh undang-undang setempat, dan kami akan menangani setiap laporan seberapa rahsia yang boleh.

Melapor dan Menangani Dakwaan

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 24: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

24—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

• Kesimpulan. Buatlah laporan mengikut keselesaan anda! Jika anda rasa isu anda tidak ditangani, buat laporan sekali lagi atau cuba kaedah lain di atas.

Apa berlaku apabila anda buat laporan

• Kerahsiaan. Laporan anda dan siasatan akan dirahsiakan seberapa boleh. Jika anda mahu kekal tanpa nama, anda boleh berbuat demikian.

• Penyiasatan. CEVA mempunyai Jawatankuasa Tatakelakuan Korporat yang termasuk para wakil daripada Audit Dalaman, Pematuhan dan Etika, Sumber Manusia, Operasi dan Perhubungan. Ahli semasa ada tersenarai pada CEVANet. Apabila anda membuat laporan, jawatankuasa akan menugaskan laporan tersebut kepada individu yang sewajarnya untuk menyiasat. Jangan buat siasatan sendiri - biar pakar kami melakukannya. Mereka melakukannya secara profesional dan seberapa segera dan rahsia yang boleh. • Tindakan Pembetulan. Apabila siasatan selesai, Jawatankuasa akan membuat semakan dan mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya.

• Susulan. Anda boleh membuat susulan terhadap laporan anda menggunakan nombor rujukan peribadi yang diberikan apabila anda membuat laporan atau menghubungi semula hotline..

Sudah tentu kita semua tidak boleh memberikan laporan yang palsu atau menipu. Hotline serta sumber pematuhan kita adalah bukan tempatnya untuk gosip, percanggahan peribadi atau aduan yang remeh.

Tetapi jika laporan dibuat secara baik (pekerja memberi maklumat yang lengkap dan yang mereka percayai betul), kami sama sekali mencegah semua bentuk balas dendam terhadap mana-mana pekerja yang membuat laporan tentang salah laku yang diketahui atau yang disyaki. Jika anda ada soalan tentang perlindungan pemberi maklumat, hubungi bahagian Undang-undang, pematuhan & Etika, atau Sumber Manusia.

Petua Kod Saya rasa salah seorang pekerja saya membuat panggilan rahsia kepada hotline melaporkan tentang pasukan saya. Menyiasat laporan adalah mengganggu, mahal dan memalukan, dan pekerja tersebut sebenarnya tersilap lapor. Bolehkah saya mendisiplinkan pekerja ini?

Tidak boleh. Jika pekerja membuat laporan secara baik - walaupun tuduhan tersebut didapati tidak betul - mereka berhak mendapat perlindungan sebagai pemberi maklumat dan anda tidak boleh membalas dendam dalam apa jua cara. Sebaliknya, jika anda percaya bahawa pekerja tahu bahawa tuduhan tersebut adalah palsu, itu adalah isu yang berbeza, yang anda perlu laporkan (dan bukannya menanganinya sendiri).

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 25: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

25—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Tiada Kod yang boleh menyusun segala isu yang perlu kita patuhi dalam perniagaan yang kompleks seperti kita. Kod ini adalah untuk memberi garis panduan dan standard asas untuk semua peri laku perniagaan kita. Dokumen Peraturan Perniagaan CEVA dan dasar serta prosedur lain mempunyai butiran lanjut tentang apa yang kita perlu dan tidak perlu lakukan, dan rujukannya terdapat di dalam Kod ini.

Kod ini menetapkan standard utama untuk semua dasar dan prosedur di dalam CEVA. Dasar dan prosedur setempat dan berkaitan perniagaan boleh menyediakan panduan dan standard tambahan, lebih ketat atau lebih spesifik, tetapi tidak boleh bercanggah atau lebih ringan berbanding Kod melainkan diluluskan oleh Bahagian Undang-undang. Anda tidak perlu menjadi pakar dalam kesemuanya, tetapi anda perlu ada pemahaman kerja tentang dasar dan prosedur yang relevan dengan tugas anda, melakukan latihan tentang dasar ini, dan memiliki cukup pengetahuan untuk berhenti dan mengangkat tangan jika anda ada kemusykilan.

Sepanjang Kod ini, “CEVA,” “Korporat” dan “Syarikat” digunakan untuk merujuk kepada CEVA Holdings LLC, subsidiari serta syarikat usaha samanya. Ini terpakai untuk semua pekerja CEVA, di mana-mana di dunia, serta individu lain yang bertindak bagi pihak CEVA (agen, rakan kongsi, rakan usaha sama, wakil, kontraktor dan sebagainya), semuanya perlu mematuhi Kod berkaitan tugas mereka dengan CEVA Ia terdapat dalam pelbagai bahasa di laman web kami: www.cevalogistics.com.

Sebagai sebuah syarikat global, CEVA mengakui bahawa undang-undang di pelbagai negara adalah berbeza, dan sesetengahnya mungkin mengehadkan apa yang disyaratkan oleh kod tatakelakuan perniagaan. Sebagai contoh, undang-undang pekerjaan sesetengah negara tidak membenarkan syarikat mengenakan syarat untuk pekerja melaporkan salah laku, dan sesetengahnya pula membenarkan amalan pekerjaan yang dilarang oleh CEVA di mana ia dibenarkan dilakukan. CEVA bertujuan untuk Kod ini digunakan sepenuhnya di setiap negara selagi dibenarkan oleh undang-undang negara tersebut.

CEVA berhak menyemak, mengkaji semula, menghapuskan dan menterjemahkan Kod mengikut budi bicaranya. Lembaga Pengarah dan Lembaga Eksekutif CEVA bertanggungjawab mengguna pakai, memaklumkan dan menguatkuasakan Kod. Sebarang perubahan kepada Kod atau pengecualian mana-mana peruntukan hanya boleh dilakukan oleh mereka. Perubahan akan dimaklumkan dengan segera melalui laman web Korporat kami: www.cevalogistics.com. Kod seperti yang terdapat di www.cevalogistics.com adalah Versi Rasmi. Anda tidak boleh bergantung kepada sebarang salinan cetak sebagai Versi Rasmi.

Kod ini secara tersurat dan tersirat tidak membuat sebarang hak kontrak atau hak lain dan bukanlah kontrak pekerjaan atau sebarang jenis perjanjian.

COBC CEVA, Januari 2013

Cetakan Halus

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat

Page 26: CEVA€”Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA _ erd an erusny Dalam setiap tugas harian kita, agak sukar untuk mengingati apa yang diperlukan oleh Kod, Peraturan

26—Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA Halaman Terdahulu / Jadual Kandungan / Halaman Seterusnya

Tertakluk kepada dan sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai:

Saya mengakui bahawa saya telah menerima dan menyemak, memahami dan akan mematuhi Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA.

Saya faham bahawa pelanggaran Kod atau dasar dan prosedur CEVA yang lain boleh menyebabkan tindakan disiplin, termasuk pemberhentian kerja.

Saya bersetuju bahawa saya akan melaporkan dengan segera sebarang pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki berkaitan Kod, dasar atau prosedur CEVA yang lain, atau sebarang undang-undang atau peraturan yang terpakai, serta sebarang konflik kepentingan yang sebenar atau yang jelas.

Nama:

Jawatan:

Tandatangan:

Tarikh:

Lokasi CEVA:

COBC CEVA, Januari 2013

Persijilan dan Komitmen Peribadi untuk Kod Tatakelakuan Perniagaan CEVA

Pautan Pantas CEVA dan Pemegang SahamMenghormati Satu Sama Lain Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga Lain Masyarakat