Cadangan Penyelidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.

Citation preview

SKMP 1033 PENGANTAR KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MELAYU

SKMP 2043 METODOLOGI PENYELIDIKANSARJANAMUDA SASTERA PENGAJIAN BAHASA MELAYU

PUSAT PEMBELAJARAN UKM BANGI

FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

SEMESTER 4SESI 2007/2008

NAMA :- KAMARUL ARIFFIN BIN ABDUL MAJID.

NOMBOR MATRIK :- G 76150

TAJUK TUGASAN :- Kaedah Pengajaran Permulaan Membaca Di

Tahun Satu

PENSYARAH :- Pn. Detty IrmayaniKaedah Pengajaran Permulaan Membaca Di Tahun Satu :

Di Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang, KaparOleh

Kamarul Ariffin Abdul Majid

Sebuah Kertas Cadangan Yang diKemukakan Kepada Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan Bagi Memenuhi Keperluan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu) Dengan KepujianFakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia Mac 2009

i

ABSTRAK Kertas cadangan penyelidikan ini adalah satu kajian kes yang di jalankan melalui kaedah penyelidikan lapangan dan resensi ke perpustakaan. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbandingan dua kaedah pengajaran dan pembelajaran pada peringkat permulaan di tahun satu. Kaedah yang diuji ialah kaedah abjad dan kaedah perkataan. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang, Kapar, Selangor D.E. Seramai 30 orang murid telah dipilih untuk diuji bagi setiap kaedah. Bahan penilaian yang diberi kepada murid ialah padanan 20 kata nama bergambar. Data yang diperolehi adalah dalam bentuk kuantitatif dan huraiankan ke dalam bentuk min, median , mod, sisihan piawai, varians dan julat. Penemuan kajian ini mendapati kaedah perkataan adalah lebih baik daripada kaedah abjad di dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca peringkat permulaan. Hal ini kerana murid tidak perlu menghafal abjad yang menimbulkan kebosanan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. ii

JADUAL ISI KANDUNGAN Muka Surat

ABSTRAK iJADUAL ISI KANDUNGAN iiBAHAGIAN 1 1BAHAGIAN 2 3BAHAGIAN 3 8KESIMPULAN 12

BIBLIOGRAFI 13

BAHAGIAN 1

PERNYATAAN MASALAH

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaporkan bahawa di peringkat rendah, Kementerian Pelajaran telah menggubal dan melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 secara terhad di 302 buah sekolah dan pada tahun 1983 di semua sekolah rendah. Pada tahun 1988 semua sekolah rendah telah menamatkan perlaksanaan pusingan pertama KBSR. Kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran yang dititikberatkan di dalam KBSR selain daripada membaca, menulis dan mengira. KBSR menitikberatkan kemahiran-kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Disamping itu pendidikan di peringkat rendah juga bertujuan untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh. Perkembangan ini adalah dirancang melalui tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan individu.

Kebolehan membaca adalah satu kemahiran yang menjadi punca kepada pembelajaran yang berkesan dalam berbagai bidang. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap oleh masyrakat sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggap bahawa kebolehan membaca amat penting sebagai asas bagi seseorang itu terus meningkat dalam persekolahannya sehingga ke peringkat pelajaran tinggi.

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbandingan dua kaedah pengajaran dan pembelajaran bacaan permulaan dengan menggunakan dua pendekatan yang berbeza. Kajian ini juga perlu keran pengajran dan pembelajaran bacaan permulaan di tahun satu sebagai satu asas yang kukuh untuk memahirkan murid-murid di dalam menguasai kemahiran asas. Jika kaedah yang dipilih oleh guru kuranf bersesuaian dengan murid-murid sudah pasti akan membantutkan prestasi sebenar murid-murid tersebut.

Kaedah yang menghasilkan prestasi yang baik pada akhir kajian ini boleh dijadikan pilihan atau panduan oleh guru-guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bacaan peringkat ini. Hipotesis kajian ialah dengan menggunakan kaedah perkataan adalah lebih berkesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran awal bacaan. Kaedah abjad kurang berkesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran awal bacaan. Bagi kaedah Hipotesis Null pula kanak-kanak boleh membaca dengan menggunakan kedua-dua kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang, Kapar. Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 1. Kajian ini hanya meliputi kemahiran membaca peringkat permulaan. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan kepada sukatan pelajaran tahun 1 Bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca. Kaedah yang akan dipilih iaitu dua kajian pertama Kaedah Penyelidikan Lapangan dan resensi ke perpustakaan. Reka bentuk yang akan dijalankan ialah reka bentuk perbandingan kumpulan bebas. Makna merupakan paliang mustahak terlebih dahulu di dalam proses membaca. Membaca tidak akan berlaku melainkan murid boleh mengenal lambang bertulis.

Daripada pelbagai tafsiran tentang definisi mambaca nyatalah membaca merupakan satu proses yang kompleks yang melibatkan proses mekanikal dan mental pembaca di dalam pengintergrasian idea. Beberapa jenis pendekatan yang boleh digunakan seperti Pendekatan Cerakinan, Pendekatan Sintesis, Abjad dan Perkataan.

BAHAGIAN 2TINJAUAN LITERATUR

Pendahuluan.

Penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak bermula dengan memahami pertuturan yang didengar dan diikuti dengan kebolehan bertutur. Kebaolehan membaca adalah bergantung kepada peluang untuk mempelajari kaedah penguasaan kemahiran tersebut dan diikuti oleh penulisan. Walaupun perkembangan pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak adalah sama tetapi peringkat kebolehan berbahasa adalah berbeza disebabkan oleh faktor genetik, sosio ekonomi dan rangsangan persekitaran yang diterima oleh kanak-kanak tersebut.

Faktor rangsangan persekitaran telah melahirkan pendekatan-pendekatan untuk mengajar kanak-kanak membaca diperingkat permulaan ini. Keberkesanan daripada beberapa kaedah telah dikaji oleh beberapa orang pengkaji tempatan seperti Atan Long (1970), Zaidah Hj. Osman (1978), Isahak Haron (1979) dan Sofiah Abdul Hamid (1983). Mereka telah memberi pendapat yang tersendiri berkaitan dengan kaedah-kaedah yang boleh digunakan didalam proses pengajaran dan pembelajaran, membaca di peringkat permulaan.

Kajian Lepas.

Atan Long (1970) adalah orang yang terawal membuat kajian berkaitan pengajaran membaca permulaan. Berdasarkan kajiannya beliau telah membahagikan kaedah pengajaran kepada dua iaitu kaaedah tradisional dan kaedah moden. Mengikut pendapat Atan Long (1970), kaedah abjad merupakan kaedah yang paling lama digunakan didalam pengajaran membaca Bahasa Melayu. Didalam kaedah ini murid-murid diajar kesemua abjad. Mereka dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf mengikut urutannya diikuti dengan mengeja perkataan itu dan menyebut nama huruf-huruf yang terdapat didalam satu-satu perkataan yang dipelajari.

Zaidah Hj.Othman (1978) telah menjalankan kajian mengenai pembacaan permulaan diperingkat sarjana pendidikan menyimpulkan bahawa kemahiran membaca asas perlu diperkukuhkan sebelum pengajaran dapat dijalankan. Tumpuan kemahiran membaca asas tersebut ialah pengenalan huruf abjad, pengenalan suku kata dalam abjad, kebolehan membunyikan huruf abjad, kebolehan menggabungkan bunyi suka kata dalam perkataan, kebaolehan membaca terus perkataan dan ayat. Beliau juga menghuraukan pertemuannya dengan menggatakan bahawa mengetahui kesemua suku kata-suku kata dalam perkataan dan mengetahui bunyi-bunyinya adalah satu langkah yang penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu diperingkat awal kerana bahasa Melayu itu terbentuk daripada gabungan bunyi-bunyi suku kata. Menurutnya, tidak dapat dinafikan bahawa kaedah suku kata adalah popular di sekolah-sekolah rendah. Namun kaedah suku kata ini salah penyampaiannya atau terlalu ditekankan boleh menyebabakan murid-murid terkongkong kepada pembunyian setiap suku kat dalam perkataan yang serusnya menimbulkan kebosanan dalam pembacaan yang tidak lancar.

Isahak Haron (1979) sistem ejaan Bahasa Melayu adalah Fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya) maka kaedah fonik sesuai sekali digunakan bagi mengajar permulaan membaca perkataan-perkatan Melayu. Namun beliau telah menyedari kelemahannya iaitu kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf-huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi, huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.

Sofiah Abdul Hamid (1983) pula menumpukan kaedah Fonetik dan keberkesanannya dalam pengajaran bacaan. Beliau melaporkan bahawa latih tubi Fonetik mempunyai nilai kepada bacaan kanak-kanak. Walau bagaimanapun latihan fonetik tidak semestinya menjadi sebahagian daripada latihan harian dalam peringkat sekolah rendah bagi setiap murid. Latih tubi fenetik seharusnya digunakan dengan bijak dan diubahsuaikan mengikut keperluan individu kanak-kanak atau sesuatu kumpulan. Latih tubi penyebutan perkataan telah dibuktikan mempunyai faedah yang lebih banyak dalam pembelajaran bacaan. Kanak-kanak yang diajar dengan fonetik sistematik pada peringkat permulaan dapat mengenal perkataan-perkataan dengan lebih cepat.

Pertalian di antara kosa ilmu dengan permasalahan kajian ialah persamaan dari segi kemahiaran membaca pada peringkat permulaan. Pada bahagian ulasan kosa ilmu, beberapa kajian yang lalu telah membincangkan dan menyarankan kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran membaca pada peringkat permulaan terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca. Di dalam kajian ini ia memberi tumpuan kepada dua kaedah daripada dua pendekatan yang berbeza untuk pengajaran dan pembelajaran membaca di peringkat permulaan khususnya kepad murid-murid di tahun 1. Ini adalah untuk menentukan kaedah yang paling sesuai digunkan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran membaca pada peringkat permulaan di Tahun 1. Dua pendekatan yang digunakan oleh penulis ialah pendekatan sintesis dengan menggunakan kaedah abjad dan pendekatan cerakinan dengan menggunakan kaedah perkataan. Ia memilih kedua-dua kaedah ini kerana kedua-duanya merangkumi semua kaedah pengajaran seperti yang telah diperolehi di bahagian kosa ilmu. Kedua-dua kaedah tersebut melibatkan pengenalan bunyi-bunyi abjad, bunyi suku kata dan bunyi-bunyi perkataan. Perkara yang menjadi dasar kajian ini ialah dari segi perlaksanna pengajaran dan pembelajarannya. Pendekatan sintesis adalah satu kaedah pengajaran secara membina manakala pendekatan cerakinan pula adalah kaedah pengajaran secara huraian. Perbezaan cara pengajaran dan pembelajaran inilah yang akan menentukan kaedah yang terbaik untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca pada peringkat permulaan di Tahun 1.

Daripada paparan yang telah dinyatakan di atas nyatalah bahawa kebanyakkan penyelidik yang lepas lebih cenderung kepada pendekatan cerakinan yang berpegang kepada Teori Pembelajaran Gestalt. Ini dapat dilihat pada kajian yang telah dilakukan oleh Atan Long (1970). Walaupun kajian beliau menggunakan kaedah abjad yang berpendekatan sintesis tetapi akhirnya beliua mengkritik kaedah abjad dan bersetuju dengan kaedah seluruh perkataan yan g mendekati ciri-ciri pendekatan cerakinan.

Objektif PenyelidikanPada keseluruhanya penyelidikan ini mempunyai objektif seperti berikut :

i) Membina kefahaman bagaimanakah kaedah permulaan membaca di Tahun 1.

ii) Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kurang berkesan kaedah permulaan

membaca di Tahun 1.

iii) Mengenalpasti kaedah-kaedah yang sesuai bagi pengajaran permulaan membaca di

Tahun 1.

Persoalan Penyelidikan :

Penyelidikan ini mempunyai tiga persoalan penting yang menjadi hala tuju penyelidikan ini iaitu :

i) Bagaimanakah kaedah pengajaran permulaan membaca di Tahun 1.

ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kaedah pengajaran permulaan membaca di

Tahun 1 kurang berkesan.iii) Apakah kaedah-kaedah yang sesuai bagi pengajaran permulaan membaca di Tahun 1.

Hipotesis Penyelidikan

Penyelidikan ini mempunyai dua hipotesis utama iaitu :

i) Kaedah pengajaran permulaan membaca di Tahun 1 adalah merangkumi kaedah yang

lebih tersusun dan teratur untuk dapatan yang lebih berkesan.

ii) Kaedah-kaedah pengajaran permulaan membaca di Tahun 1 adalah satu proses yang

berterusan supaya murid dapat menguasai aktiviti membaca yang sempurna dari usia

yang lebih muda. BAHAGIAN 3

METODOLOGI

Pendahuluan Bahagian ini membincangkan olahan penyelidik iaitu metodologi dalam menjalankan kajian ini. Aspek-aspek yang akan dibincangkan di dalam bahagian ini ialah lokasi tempat penyelidikan dijalankan, kaedah penyelidikan dijalankan, kaedah penyelidikan dijalankan, sampel penyelidikan, alat penyelidikan, prosedur penyelidikan, kajian rintis dan analisa data.

Lokasi tempat penyelidikan.

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang, Kapar. Seramai 60 orang murid tahun satu telah dipilih uantuk menjadi subjek kajian. Subjek kajian ini terdiri daripada dua kelas tahun satu. Tiap-tiap kelas mempunyai 30 orang pelajar.

Kesemua yang dipilih telah mendapat didikan awal yang sama. Mereka telah mengikuti kelas pra sekolah di Tadika Kemas, kampung Sungai Serdang, Kapar. Subjek ini berumur di dalam lingkungan enam hingga tujuh tahun. Daripada tinjauan, kebanyakkan daripada murid-murid ini telah pun mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan susunan abjad daripada huruf a hingga huruf z mengikut urutan secara lisan. Mereka juga telah mengetahui nama-nama benda yang terdapat di persekitaran tempat tinggal dan juga sekolah.Kaedah kajian

Kaedah kajian yang akan dijalankan ialah kaedah perbandingan kumpulan bebas. Kaedah ini adalah reka bentuk yang mempunyai ciri-ciri eksperiman yang akan dijalankan melalui kajian lapangan di dalam bilik darjah. Kaedah ini adalah saranan daripada Drew & hardman (1985). Perbandingan kumpulan bebas merupakan minat penyelidik yang paling banyak dijalankan sama ada dalam bidang sains tingkah laku atau pun sains sosial dan pendidikan. Kumpulan bebas merujuk kepada kumpulan yang saling mempengaruhi di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain. Pemoleh ubah bebas dalan kajian ini ialah kumpulan murid manakala pemboleh ubah bersandarnya ialah prestasi akademik di akhir kajian. Kaedah ini dipilih kerana di dalam kumpulan hanya akan mempelajari satu kaedah sahaja. Denga ini data-data yang diperolehi di akhir kajian adalah signifikan.Pendekatan penyelidikan

Subjek penyelidikan diambil daripada dua kelas yang berbeza iaitu 30 orang murid bagi setiap kumpulan,. Kumpulan pertama adalah kumpulan Satu Gigih manakala kumpulan kedua kumpulan Satu Tekun. Kumpulan 1 iaitu kumpulan Satu Gigih akan diajar membaca dengan menggunakan Kaedah abjad manakala kumpulan 2 iaitu kumpulan Satu Tekun akan diajar dengan menggunakan kaedah perkataan.

Setipa kumpulan akan diajar selama satu jam setengah selama dua hari sebelum proses penilaian dijalankan dengan menggunakan dua kaedah yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan. Sebanyak 20 perkataan kata nama diajar kepada setiap kumpulan. Perkataan-perkataan yang dipelajari adalah sepuluh perkataan yang diajar pada hari pertama dan sepuluh lagi perkataan pada hari kedua. Pemberian ujian kepada murid-murid setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian penilaian ini diberikan kepada murid-murid bertujuan untuk mengumpul data bagi menganalisis kajian yang dijalankan.

Sampel

Sampel penyelidikan ialah dengan memperkenalkan semua huruf abjad. Ia akan meminta murid-murid menghafal setiap lambang abjad. Kemudian diperkenalkan bunyi-bunyi vokal dan bunyi-bunyi kosonan. Seterusnya mengajar murid-murid membina suku kata menerusi proses penggabungan bunyi-bunyi vokal dan bunyi-bunyi kosonan. Murid-murid diajar dengan kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah.

Bagi proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan sampel perkataan adalah dengan memperkenalkan serentak gambar dan perkataan. Seterusnya murid-murid diminta menyebut perkataan-perkataan kata nama sambil mengenal gambar sekali. Murid juga menyenaraikan perkataan kemudian cerakinkan suku kata. Kertas ujian penilian untuk mengumpul data yang diperlukan bagi menguji kebenaran hipotesis di dalam kajian ini.Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan di dalam kajian ini adalah 20 keping kad gambar, 20 keping kad perkataan, 43 keping kad suku kata, 26 keping abjad, peralatan asas di dalam bilik darjah dan kertas penilaian ujian.

Prosedur Penyelidikan

Prosedur penyelidikan adalah data-data dikumpulkan menerusi ujian penilaian setelah proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas.Ujian penilaian yang sama diberikan kepada kedua-dua kumpulan setelah setiap kumpulan diajar dengan menggunakan kaedah abjad dan kaedah perkataan.Ini membolehkan penulis membuat perbandingan antara dua kaedah dengan lebih mudah.

Analisis Data

Dalam kajian ini, data yang lebih relevan bagi penulis ialah markah yang diperolehi oleh murid-murid.Sebelum analisis dilakukan terhadap data ini,skor-skor markah perlu disusun. Skor-skor markah ini dikumpulkan kedalam selang kelas.Saiz selang kelas dapat ditentukan menggunakan rumus berikut:

Saiz selang kelas =Nilai maksimum-nilai minimum

__________________________

Bilangan selang kelas

Seterusnya nilai kekerapan (frekuansi) ,kekerapan longgokan (kumulatif frekuensi), sisihan serta sisihan kumulatif bagi skor-skor dikira. Maklumat ini akan memudahkan penulis untuk mengira ukuran kecenderungan memusat iaitu min, media dan mod. Ukuran ini membolehkan penulis membuat perbandingan pencapaian murid-murid dari kumpulan Satu Gigih yang menggunakan kaedah abjad dan dalam Satu Tekun yang menggunakan kaedah perkataan.

KESIMPULAN

Pendekatan dan kaedah pengajaran yang betul adalah salah satu faktor untuk menjamin kejayaan dan keberkesanan sesuatu pengajaran. Murid-murid perlu didedahkan dengan pendekatan dan kaedah yang wajar dan boleh diterima. Pengajaran membaca dari sudut psikolinguistik adalah pembelajaran membaca yang mementingkan manka. Pembelajaran berlaku dengan baik apabila murid-murid memahami apa yang mereka lakukan. Penyelidikan ini tentang dua kaedahmembaca permulaan dapat memberi pilihan yang tepat untuk guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada peringkat permulaan di Tahun 1.

BIBLIOGRAFIAbdul Aziz Abdul Talib. 1985. Masalah murid-murid mengenal abjad: Satu Kajian diagnostik. Jurnal Dewan Bahasa, Julai : 5-22.

Abdullah Hassan. 1980. Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Atan Long. 1988. Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isahak Haron. 1980. Beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran murid-murid membaca di peringkat awal. Jurnal Dewan Bahasa, Julai : 25-35.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Laporan tahunan. Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zulkifley Hamid. 1999. Psikolinguistik. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.