11
1 EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ ISI KANDUNGAN M/S ESEI ‘’ CABARAN SEMASA SEORANG GURU 2 - 6 SEKOLAH RENDAH ‘’ EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Cabaran Seorang Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

akademik

Citation preview

Page 1: Cabaran Seorang Guru

1

Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 )______________________________________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN M/S

ESEI ‘’ CABARAN SEMASA SEORANG GURU 2 - 6

SEKOLAH RENDAH ‘’

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Page 2: Cabaran Seorang Guru

2

Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 )______________________________________________________________________________________________________

1.0 CABARAN SEMASA SEORANG GURU SEKOLAH RENDAH

Jika dahulu, tugas sorang guru mengajar tulis dan baca sebagai tugas hakiki, kini cabaran yang di

galas oleh guru jauh lebih berat. Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar

diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Benar kata pujangga Usman

Awang yang menulis bait keramat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya

bermula daripada guru. Realitinya, masyarakat kini memerlukan guru berkualiti tinggi daripada

sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk

insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Golongan pendidik perlu

peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan berusaha meningkatkan serta

menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan persekitaran. Bidang pendidikan memberikan

sumbangan besar dan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara malah hakikat ini

lebih relevan lagi dalam era siber di mana kemajuan dan kejayaan anak bangsa bergantung

kepada penguasaan ilmu dan teknologi. Oleh itu peranan dan tanggungjawab guru dan pendidik

hari ini semakin penting dan kritikal berbanding pada masa dahulu. Malah seorang guru harus

mampu berfikir secara kritis, menulis secara persuasif, berfikir dan memberi pendapat secara

logik serta mengatasi masalah rencam yang dihadapi oleh murid-murid pada masa ini.

Setiap profession mempunyai cabarannya yang tersendiri tidak kira profession kedoktoran ,

perguruan , kejuruteraan dan sebagainya dan cabaran-cabaran ini mungkin terdapat perbezaan

pada jenis dan keadaanya. Profession perguruan menjurus kepada cabaran-cabaran yang di

hadapi di dalam kawasan sekolah secara amnya dan cabaran di dalam pengajarannya secara

khususnya. Dalam menghadapi abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran

akibat kesan globalisasi dan liberasasi malah setiap pendidik di mana-mana institusi pendidikan

pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik.

Sebagai seorang guru bahasa Inggeris, cabaran utama yang saya hadapi sepanjang menjadi

pendidik adalah kelemahan dalam aspek komunikasi dan penguasaan bahasa murid itu sendiri.

Rata-rata menganggap bahawa bahasa Inggeris adalah sesuatu yang membosankan dan

menyusahkan dan kebanyakkan pelajar tidak mahu mencuba dan mempunyai sifat malu untuk

bertutur dalam bahasa Inggeris. Sesetengah daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam

bahasa itu, mereka akan diejek dan dipulaukan. Melalui pengalaman dalam mengajar subjek

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Page 3: Cabaran Seorang Guru

3

Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 )______________________________________________________________________________________________________

bahasa Inggeris, punca ketara pelajar lemah bahasa Inggeris adalah dipengaruhi oleh latar

belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah dengan penggunaan bahasa

Inggeris disebabkan oleh penggunaan terhad bahasa Inggeris sendiri. Mereka juga mempunyai

pengetahuan yang sedikit terhadap bahasa Inggeris dan tidak berpeluang untuk berinteraksi.

Malah pelajar juga kurang motivasi diri terhadap kepentingan bahasa Inggeris di tambah dengan

sikap malas untuk mengulangkaji dan inisiatif untuk menambah pengetahuan dari segi

pemahaman terhadap ayat-ayat Inggeris yang sukar. Untuk memupuk minat terhadap

penggunaan bahasa Inggeris, saya telah mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti di dalam

dan di luar kelas yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Di antara aktiviti-aktiviti

yang saya anjurkan menarik minat pelajar adalah Kem Bahasa Inggeris, Choral Speaking dan

Minggu Bahasa Inggeris. Dari situ, minat murid terhadap bahasa itu sendiri mula bertambah

sedikit demi sedikit. Pelajar bertambah yakin, seronok dan melibatkan diri dengan aktif setiap

aktiviti yang dijalankan malah ada yang mula menyukai bahasa itu sendiri. Bertitik tolak dari

situlah saya yakin bahawa setiap masalah pasti ada langkah untuk mengatasinya. Di tambah

dengan strategi kerajaan dalam dasar "Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan

Bahasa Inggeris" baru-baru ini termasuklah strategi-strategi yang diperkenalkan menaruh

keyakinan saya untuk lebih bersemangat dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen yang jitu untuk

menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di

kalangan pelajar.

Bukan sahaja kelemahan penguasaan bahasa menjadi masalah utama dan cabaran terbesar

kepada saya tetapi masalah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas menjadi punca

utama kesukaran menumpukan perhatian kepada murid yang lemah sekaligus menjadikan

pengajaran tidak berkesan. Umumnya, purata bilangan pelajar bagi setiap kelas di negara kita

ialah mencapai 35 orang. Namun ada juga di sesetengah sekolah yang mencapai angka 45 orang

pelajar bagi kelas-kelas tertentu. Itulah yang saya alami ketika kali pertama di tempatkan di

sekolah yang mempunyai purata murid 35 orang bagi setiap kelas. Bayangkan dengan

pengalaman yang masih hijau ketika itu di tambah dengan keadaan kelas yang sesak dengan

bilangan murid yang ramai menyukarkan saya untuk mengajar dan mendidik. Apatah lagi untuk

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Page 4: Cabaran Seorang Guru

4

Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 )______________________________________________________________________________________________________

memberikan tumpuan kepada pelajar yang lemah. Oleh itu, rata-rata guru-guru yang menghadapi

masalah seperti saya tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberi tumpuan dan

bimbingan kepada setiap murid. Kesannya, pelajar-pelajar yang sederhana pandai dan murid

yang lemah akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini akan menjadikan mereka berasa

rendah diri dan terpinggir. Justeru itu, di kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar,

mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru

menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang

berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak

latihan. Dengan sebab itulah, pengalaman yang di timba semasa di maktab saya aplikasikan di

dalam membantu saya menyelesaikan masalah bilangan murid yang ramai dengan

mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar dalam erti kata yang lain inovasi pendidikan

berorientasikan kepada teknologi komunikasi dan maklumat. Ini kerana banyak kelebihan dan

manfaat yang di perolehi dengan penggunaan teknologi maklumat iaitu saya dapat meluaskan

lagi konsep pembelajaran di samping itu saya dapat menyediakan situasi pendidikan yang

mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti penggayaan sekaligus berupaya

meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Penggunaan ICT untuk

pembelajaran tutorial sesuai di gunakan dalam situasi murid yang ramai kerana kelas yang ramai

mempunyai kemampuan murid yang berbeza. Dalam situasi ini, saya boleh memberi tumpuan

kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain menggunakan komputer. Malah, murid

yang sukar mengikuti pengajaran saya, saya gunakan perisian pendidikan khusus untuk

pemulihan bagi membantu mereka lebih memahami matapelajaran saya dengan lebih berkesan.

Sehubungan dengan itu, peranan seorang guru amat penting dan saling melengkapkan diri

dengan pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan era globalisasi. Guru yang aktif dan bersikap

terbuka akan sentiasa mengambil cabaran ini sebagai satu perkara yang positif dan berusaha

mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasinya. Bila difikirkan secara positif ,pengaplikasian

teknologi dalam pengajaran mampu menghasilkan generasi berteknologi yang mampu

mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian negara dalam menjadikan

Malaysia menjadi negara maju 2020 seterusnya memartabatkan institusi pendidikan negara.

Cabaran seterusnya yang pasti dihadapi oleh semua golongan pendidik adalah bebanan kerja

guru yang terlalu banyak. Cabaran pastinya bermula awal tahun, dalam mengendalikan hari

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Page 5: Cabaran Seorang Guru

5

Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 )______________________________________________________________________________________________________

sukan, hari kokurikulum, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari terbuka,

musim peperiksaan, pertandingan peringkat daerah dan negeri, minggu suai kenal serta banyak

lagi beban kerja yang selama ini terpaksa ditanggung guru sehingga sering kali memberi tekanan

kepada mereka. Apatah lagi mengajar di sekolah yang kecil dengan bilangan guru yang kurang

agak membebankan kerana segala urusan kerja perlu di tanggung. Ini termasuklah kerja-kerja

perkeranian seperti menaip dan menyiapkan stastistik peperiksaan, mengisi dan mengemas kini

pelbagai borang serta fail pelajar. Selain itu, kebanyakan guru turut terlibat dengan pelbagai

kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan kelab malahan melatih murid

samada dalam kejohanan sukan, permainan mahupun kokoria.

Perspektif guru kini bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan

kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu

sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya, jenguklah ke mana-mana sekolah, atau

tanyalah kepada mana-mana guru pun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran

mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.

Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru

pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam

menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu.

Banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban

yang mereka hadapi malahan tak kurang juga yang mengatakan guru banyak merungut.

Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak

peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja

melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai

di sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur.

Itulah situasi sebenar yang menjadi persoalan yang tidak pernah terjawab sehingga kini.

Justeru, bebanan yang sering di hadapi di jadikan satu pembakar semangat kepada saya untuk

lebih dedikasi dan komited kepada bidang perguruan meskipun banyak rintangan dan halangan

yang perlu di tempuh kerana bidang perguruan yang di pilih merupakan profesion mulia yang

bukan semua orang mampu untuk hadapi. Justeru, penambahan jawatan staf sokongan itu amat

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Page 6: Cabaran Seorang Guru

6

Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 )______________________________________________________________________________________________________

penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar. Dengan itu,

guru boleh fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja pekeranian.

Kesimpulannya, setiap cabaran merupakan titik tolak bagi guru itu sendiri dalam meghadapi arus

pendidikan yang pastinya berlaku secara evolusi sepanjang hayat.Ilmu pengetahuan dan kejayaan

tidak selalu mudah dicapai dalam tempoh yang singkat dan pelbagai cabaran harus dilalui untuk

menggapainya dengan cita-cita, strategi jangka panjang dan displin yang tinggi. Dan begitu juga

dalam menangani transformasi dan cabaran-cabaran pendidikan pada masa kini kepada amalan

yang dihasratkan oleh kerajaan, kita perlu mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat

memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi . Lazimnya sesuatu perubahan itu akan

mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru

sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang

berkesan, menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan

falsafah pendidikan negara akan terlaksana

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Page 7: Cabaran Seorang Guru

7

Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 )______________________________________________________________________________________________________

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Page 8: Cabaran Seorang Guru

8

Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 )______________________________________________________________________________________________________

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU