26
CABARAN DALAM PROFESION PERGURUAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES KERJA DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI WILAYAH PERSEKUTUAN. MAHARIZON BT CHE SEMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

cabaran guru dan stress.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • CABARAN DALAM PROFESION PERGURUAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES KERJA DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI

    DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

    MAHARIZON BT CHE SEMAN

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • i

    CABARAN DALAM PROFESION PERGURUAN DAN HUBUNGANNYA

    DENGAN STRES KERJA DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI

    DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

    DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

    MAHARIZON BT CHE SEMAN

    Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

    Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kemahiran Hidup)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL, 2007

  • ii

  • iii

    DEDIKASI

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala pujian

    atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Salawat dan salam ke atas

    junjungan Nabi Muhamad S.A.W.

    Buat Keluarga Tercinta,

    Tiada apa yang dapatku bicarakan, hanya doa kalian mengiringi setiap detik

    perjalanan hidup ini. Harapan kalian lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua.

    Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan kalian tidak termampu diungkapkan dengan

    kata-kata.

    Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini

    tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga. Semoga Allah memberi hidayah dan

    membuka pintu RahmatNya.

    Rakan-rakanku yang banyak menyuntik kata-kata semangat di kala aku kegusaran,

    agar kita dapat menghadapi cabaran dan hambatan globalisasi yang semakin menghimpit.

    Jutaan terima kasih ku ucapkan

  • iv

    PENGHARGAAN

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia

    dan hidayahNya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi

    penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Tn. Hj. Mohd Anuar Bin

    Abdul Rahman di atas di atas penat lelah beliau menyemak, menyumbangkan idea

    bernas, memberi kerjasama, bimbingan, dorongan, teguran, nasihat serta cadangan

    dalam tempoh penyediaan projek ini.

    Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian

    Pendidikan Guru kerana memberikan peluang kepada saya mengikuti Program Khas

    Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan 2004/2007.

    Rakaman penghargaan juga kepada pihak-pihak yang terlibat iaitu

    Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Pengetua

    serta guru-guru sekolah-sekolah yang terlibat amatlah dihargai.

    Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala

    dorongan yang diberikan serta kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung

    atau tidak langsung membantu menjayakan laporan projek penyelidikan ini dan

    kepada semua insan yang mendoakan kejayaan dan kebahagian saya.

  • v

    ABSTRAK

    Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini adalah bertujuan melihat tahap

    keupayaan menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap stres kerja di

    kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah Teknik di Wilayah

    Persekutuan. Kajian ini juga melihat hubungan di antara cabaran dalam profesion

    perguruan dengan stres kerja guru dan perbezaan stres kerja berdasarkan jantina

    guru. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian dan data

    dianalisis menggunakan program Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)

    for Window 11.0. Responden kajian yang terlibat adalah seramai 59 orang. Nilai

    kebolehpercayaan yang diperolehi bagi item cabaran dalam profesion perguruan

    ialah 0.85 dan 0.78 bagi stres kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap

    keupayaan guru menghadapi cabaran dalam profesion perguruan adalah tinggi

    manakala stres kerja guru berada pada tahap sederhana. Ujian kolerasi

    membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan sederhana di antara

    cabaran dalam profesion perguruan dengan stres kerja guru. Hasil Ujian-t pula

    mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara stres kerja berdasarkan jantina

    guru. Beberapa cadangan telah dikemukakan di akhir kajian ini.

  • vi

    ABSTRACT

    The purpose of this descriptive study was to identify the level of ability to

    facing the challenging in teaching profession and to identify the level of job stress

    among technical teachers at two Technical Schools in Wilayah Persekutuan. This

    study also shows correlation between challenging in teaching profession and job

    stress, differences job stress level based on gender. The data is obtained from set of

    questionnaires and the SPSS Program for windows 11.0 is used to analyze the

    collected data. Fifty nine respondents were involved in this study. The analysis of

    questionnaires reliability showed for the challenging was 0.85 and 0.78 for the stress

    job on the Cronbachs Alpha scale. The finding showed that the level of technical

    teachers ability to facing the challenging in teaching profession was high and the

    level of job stress was moderate. Pearson correlation test showed that there was a

    significant relationship between the challenging in teaching profession and job stress

    but moderate. The t-test, result also showed that there was no significant differences

    job stress among teachers gender. Several recommendations were suggested from

    results of this study.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    PENGESAHAN

    JUDUL i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI SINGKATAN xv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    1 PENDAHULUAN 1

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 6

    1.4 Objektif Kajian 7

    1.5 Persoalan Kajian 7

    1.6 Hipotesis Kajian 8

  • viii

    1.7 Kepentingan Kajian 8

    1.8 Skop dan Batasan Kajian 9

    1.9 Definisi Kajian 9

    1.9.1 Cabaran 9

    1.9.1.1 Peningkatan Ilmu

    Pengetahuan

    10

    1.9.1.2 Berkemahiran Sebagai

    Seorang Pendidk

    10

    1.9.1.3 Berkebolehan Dalam

    Menguasai IT

    11

    1.9.1.4 Berkebolehan Menggunakan

    Bahasa Inggeris

    11

    1.9.1.5 Peka Dalam Menangani

    Masalah Moral Dan Sosial

    Pelajar

    12

    1.9.2 Stres 12

    1.9.3 Sekolah Menengah Teknik 13

    1.9.4 Guru Teknikal 13

    1.9.5 Profesion Perguruan 13

    1.10 Penutup 14

    2 SOROTAN KAJIAN 15

    2.1 Pengenalan 15

    2.2 Peranan dan Tanggungjawab Guru 15

    2.3 Cabaran Dalam Profesion Perguruan 18

    2.3.1 Peningkatan Ilmu Pengetahuan 19

    2.3.2 Berkemahiran Sebagai Seorang

    Pendidik

    20

    2.3.3 Berkebolehan Dalam Menguasai

    Teknologi Maklumat (IT)

    21

  • ix

    2.3.4 Peka Dalam Menangani Masalah

    Moral Dan Sosial Pelajar

    23

    2.3.5 Berkebolehan Dalam

    Menggunakan Bahasa Inggeris

    24

    2.4 Faktor-Faktor Stres 25

    2.5 Kajian-Kajian Lepas 29

    2.6 Penutup 30

    3 METODOLOGI KAJIAN 31

    3.1 Pengenalan 31

    3.2 Rekabentuk Kajian 31

    3.3 Tempat Kajian 32

    3.4 Populasi Kajian 32

    3.5 Instrumen Kajian 33

    3.6 Kajian Rintis 35

    3.7 Prosedur Kajian 36

    3.8 Analisis Data 36

    3.9 Penutup 39

    4 ANALISIS DATA 40

    4.1 Pengenalan 40

    4.2 Analisis Data Bahagian A: Latar Belakang

    Responden

    40

    4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 41

    4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 41

    4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur

    42

  • x

    4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Jawatan

    Yang Disandang

    42

    4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan

    Pengalaman Mengajar .

    43

    4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan dan Hipotesis

    Kajian

    44

    4.3.1 Tahap Kemampuan Guru Menghadapi

    Cabaran dalam Profesion Perguruan

    4.3.1.1 Aspek Peningkatan Ilmu

    Pengetahuan

    44

    45

    4.3.1.2 Aspek Berkemahiran Sebagai

    Seorang Pendidik

    46

    4.3.1.3 Aspek Berkebolehan Dalam

    Menguasai IT

    48

    4.3.1.4 Aspek Berkebolehan Dalam

    Menggunakan Bahasa Inggeris

    49

    4.3.1.5 Aspek Peka Dalam Menangani

    Masalah Moral dan Sosial Pelajar

    51

    4.3.2 Tahap Stres Kerja Guru 53

    4.3.3 Hubungan Di Antara Cabaran Dengan

    Stres Kerja Guru

    59

    4.3.4 Stres Kerja Berdasarkan Jantina Guru 60

    4.4 Penutup 61

    5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 62

    5.1 Pengenalan 62

    5.2 Rumusan 63

    5.3 Perbincangan 64

    5.3.1 Keupayaan Guru-guru Menghadapi Cabaran

    Dalam Profesion Perguruan

    64

  • xi

    5.3.2 Stres Kerja Guru 68

    5.3.3 Hubungan Di Antara Cabaran Dalam

    Profesion Perguruan Dengan Stres Kerja

    Guru

    70

    5.3.4 Stres Kerja Berdasarkan Jantina Guru 70

    5.4 Cadangan Tindakan 71

    5.5 Cadangan Lanjutan 72

    5.6 Penutup 73

    RUJUKAN 74

    LAMPIRAN 80

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Taburan Guru Di Dua Buah SMT Di

    Wilayah Persekutuaan

    33

    3.2 Item-Item Soalan Dalam Melihat Tahap

    Kemampuan Guru-Guru Teknikal

    Menghadapi Cabaran Serta Cara

    Pemarkatan

    34

    3.3 Item-item Soalan Stres Serta Cara

    Pemarkatan

    34

    3.4 Kaedah Penganalisaan Data Berdasarkan

    Persoalan Kajian

    37

    3.5 Pemarkatan Item Positif Dan Negatif 38

    3.6 Tahap Pengukuran Min 38

    3.7 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 39

    4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan

    Mengikut Jantina

    41

    4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan

    Mengikut Bangsa

    41

    4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan

    Mengikut Umur

    42

    4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan

    Mengikut Jawatan Yang Disandang

    43

    4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan

    Mengikut Pengalaman Mengajar

    43

    4.6 Analisa Keseluruhan Tahap Keupayaan

  • xiii

    Guru Menghadapi Cabaran Dalam

    Profesion Perguruan

    44

    4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus

    Dan Min Bagi Aspek Peningkatan Ilmu

    Pengetahuan

    45

    4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus

    Dan Min Bagi Aspek Berkemahiran

    Sebagai Seorang Pendidik

    47

    4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus

    Dan Min Bagi Aspek Kebolehan Dalam

    Menguasai IT

    48

    4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus

    Dan Min Bagi Aspek Kebolehan Dalam

    Menggunakan Bahasa Inggeris

    50

    4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus

    Dan Min bagi Aspek Peka Dalam

    Menangani Isu Moral dan Sosial

    51

    4.12 Analisa Peratus Dan Min Bagi Tahap

    Stres Kerja Guru

    53

    4.13 Nilai Kolerasi Cabaran Dengan Stres

    Kerja Guru

    60

    4.14 Analisis Ujian-t Terhadap Stres Kerja

    Keseluruhan Berdasarkan Jantina

    61

  • xiv

    SENARAI RAJAH

    RAJAH PERKARA MUKA SURAT

    2.1 Model Stres Guru 27

  • xv

    SENARAI SINGKATAN

    PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

    SMT - Sekolah Menengah Teknik

    IT - Teknologi Maklumat

    SPSS - Statiscal Packages For Social Science

    PIBG - Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

    IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

    IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

    KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

  • xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Borang Soal Selidik 80

    B Surat Kebenaran EPRD 86

    C Surat Kebenaran Daripada Jabatan

    Pelajaran Negeri Untuk Membuat

    Kajian Ke Sekolah

    87

    D Surat Pengesahan Bilangan

    Responden Dari Sekolah

    88

    E Surat Pengesahan Pelajar 90

    F Keputusan Analisis Kajian Rintis 91

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Wawasan 2020 yang diisytiharkan oleh Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir bin

    Mohamad pada 28 Februari 1991 yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia

    sebagai sebuah negara yang maju berasaskan perindustrian moden. Teknologi dan

    industri merupakan faktor penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan

    negara. Oleh itu, perkembangan pendidikan negara perlu selari dengan

    perkembangan teknologi dalam merealisasikan matlamat tersebut.

    Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) yang ditubuhkan pada

    tahun 1964 adalah satu pemangkin kepada negara yang akan merealisasikan

    matlamat Wawasan 2020. Pendidikan Teknik dan Vokasional bertujuan untuk

    menyediakan pelajar-pelajar untuk memasuki bidang pekerjaan. Ia juga merupakan

    satu langkah untuk menyokong dan mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk

    memajukan bidang ekonomi dan perindustrian berasaskan pengetahuan teknik dan

    vokasional (Laporan Jawatankuasa Kabinet: Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,

    1997).

    Peranan PTV amat penting dalam sistem pendidikan negara. Ia bukan sahaja

    untuk menampung sebilangan murid yang berminat dalam bidang teknik dan

    vokasional tetapi adalah untuk memenuhi permintaan keperluan tenaga mahir.

    Pendidikan ini amat penting dalam usaha untuk menyediakan pekerja yang

    berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan industri.

  • 2

    Bagi memenuhi keperluan industri tersebut, sekolah memainkan peranan penting

    bagi mempastikan guru-guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan cekap.

    Menurut Abdul Rahim (2000), pada abad ke 21 menjanjikan satu zaman

    yang serba canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat.

    Segala industri akan berasaskan teknologi terkini. Lantaran itu, tenaga buruh yang

    diperlukan mestilah serba mahir. Oleh itu, anjakan paradigma yang strategik perlu

    dibuat supaya Malaysia mampu menghadapi suasana global yang lebih mencabar.

    Justeru itu, golongan pendidiklah yang memainkan peranan untuk melahirkan tenaga

    mahir yang diperlukan itu.

    Usaha-usaha ke arah melakukan perubahan dalam dunia pendidikan

    memanglah wajar dilakukan supaya sistem pendidikan negara yang sedia ada tidak

    ketinggalan. Namun, reformasi pendidikan yang telah diperkenalkan telah memberi

    pelbagai masalah dalam pendidikan khususnya kepada warga pendidik. Hal ini

    diperakui oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammudin Hussien yang

    menyatakan bahawa berdasarkan Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO)

    1930 yang membenarkan tempoh bekerja 48 jam seminggu untuk menjalankan tugas

    termasuk 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Kesan daripada itu, ramai

    guru merasa tertekan dan memberi satu tekanan dalam kerjaya mereka (Utusan

    Malaysia, 7 Julai 2005). Ini turut diperkukuhkan apabila satu tinjauan oleh Dunham

    (1992) yang dijalankan selepas Education Reform Act 1998 yang dikuatkuasakan di

    Britain mendapati bahawa kewujudan stres juga disebabkan oleh peranan dan tugas

    yang perlu dimainkan oleh guru.

    Natijah daripada fonemena tersebut, ianya secara tidak langsung

    menyumbangkan kepada situasi stres di mana guru kurang berupaya untuk

    menyerap semua tekanan diterima. Terdapat sebahagian guru yang sedang dalam

    keadaan dilema kerana berasa kurang berkeyakinan untuk bersaing dengan kehendak

    sukatan yang digariskan serta tuntutan kurikulum yang pelbagai dan kerumitan

    melaksanakan rutin harian di sekolah.

    Akibat daripada perubahan dalam pendidikan ini juga memberi pelbagai

    cabaran dan implikasi yang timbul dan ini memerlukan keprihatinan semua warga

  • 3

    pendidik. Kajian yang dijalankan oleh Rohani (1991) telah mendapati berlakunya

    peningkatan beban kerja setelah perubahan kurikulum dilaksanakan. Reformasi

    pendidikan itu akan menyebabkan kerjaya perguruan menjadi lebih mencabar lagi

    dan masalah stres mungkin akan timbul pada peringkat permulaan apabila guru

    menghadapi keadaan kekurangan masa dan sumber untuk melaksanakan perubahan

    atau pembaharuan tersebut.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber

    tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam teknologi

    maklumat, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global,

    bahkan jati diri dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pelajaran

    Malaysia perlu menyediakan program pembangunan teknik dan vokasional yang

    dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran

    dan berakhlak mulia bagi memenuhi kehendak ini.

    Peranan guru semakin mencabar dalam melaksanakan wawasan dan

    idealisme bagi pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik komputer, berilmu

    pengetahuan dan dapat menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk

    perubahan dan kemajuan (Abdul Rahim, 2000). Dengan berlakunya perkembangan

    terbaru pembentukan MCS (Multimedia Super Coridor) sebagai infrastruktur

    teknologi maklumat yang canggih dan termoden yang akan berperanan menyediakan

    program pendidikan dan berbagai-bagai maklumat ke sekolah dan juga ke institusi

    pendidikan umumnya, maka peranan guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan

    semakin tergugat kewibawaannya jika sekiranya paradigma tugas dan peranan guru

    tidak berubah selaras dengan rol baru yang dilakukan dalam era perkembangan

    teknologi maklumat.

    Untuk menangani perkembangan teknologi yang memberi kesan yang luas

    kepada dunia pendidikan dan profesion perguruan, maka kaum guru perlu

    mengadaptasikan diri dan profesion mereka mengikut arus perubahan yang berlaku.

  • 4

    Menurut Abdul Rahim (2000), profesion perguruan perlu bergerak secara

    berterusan sebagai satu profesion yang mementingkan ilmu pengetahuan yang

    sentiasa berkembang secara dinamis mengikut tuntutan reformasi baru dalam

    perkembangan teknologi maklumat. Tambahnya lagi, perjuangan profesion

    perguruan ini adalah untuk melatih guru-guru menguasai ilmu pengetahuan terkini

    dan kritikal, mereformasikan budaya mengajar serta meningkatkan komitmen guru

    supaya mampu berperanan sebagai agen perubahan sosial ke arah membentuk

    masyarakat bestari yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cekap dalam

    era globalisasi ini.

    Guru hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang

    untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman

    kepada masa depan karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000). Beliau juga mengatakan

    bahawa abad ke 21 adalah era maklumat maka amatlah kita perlu kita dapat melihat

    jauh ke depan dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang

    dibawa oleh era cybercafe dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda

    saintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir di samping

    berakhlak dan beradab.

    Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia telah mengharungi

    pelbagai liku-liku dan cabaran bagi menjadikan sesebuah negara untuk tingkatkan

    martabatnya. Guru-guru adalah ahli untuk membimbing pelajar ke arah pegangan

    hidup yang sempurna, berakhlak dan berpengetahuan dalam bidang ilmu yang

    berfaedah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah timbul telah menjadi

    sebahagian daripada cabaran dalam kerjaya profesion perguruan. Misalnya

    kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains, Matematik, dan Bahasa

    Inggeris berpunca daripada sikap guru yang terikat dengan kaedah pengajaran dan

    pembelajaran (P&P) yang konvesional (Utusan Malaysia, 9 Januari 2002).

    Adalah wajar sekiranya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ingin

    melakukan sesuatu pembaharuan, misalnya dalam sistem persekolahan, kurikulum,

    dan pelaksanaan dasar-dasar baru, lazimnya guru-guru akan diberi pendedahan

    secara berperingkat-peringkat melalui kursus yang dianjurkan melalui Jabatan

  • 5

    Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah supaya tidak menimbulkan tekanan

    kepada guru-guru (Utusan Malaysia, 11 Julai 1998).

    Guru kerap mengalami stres pekerjaan adalah disebabkan wujudnya suasana

    takut dan tegang, hanya memikirkan tentang sukatan pelajaran yang perlu

    dihabiskan dan bukannya apa yang diperlukan, apa yang dirasakan, apa yang harus

    diketahui dan apa yang boleh dibuat oleh pelajarnya. Tanpa disedari situasi ini

    mewujudkan kesan stres dari aspek bebanan kerja (work overload) yang

    berpanjangan (Noran Fauziah, 1991).

    Di seminar mengenai psikiatri di Pulau Pinang pada tahun 2003, Ketua Unit

    Psikiatri Hospital Pulau Pinang, Dr Balbir Kaur telah mengenal pasti guru sebagai

    golongan yang mudah mengalami kemurungan, iaitu tanda yang mungkin berakhir

    dengan penyakit gangguan mental akibat tekanan di tempat kerja. Tambahnya lagi,

    guru adalah golongan yang berisiko tinggi menghadapi tekanan di tempat kerja,

    terutamanya yang sering murung kerana tekanan sepanjang waktu kerja khususnya

    guru wanita (Utusan Malaysia, 23 Disember 2004).

    Kementerian memahami bahawasanya wujud tekanan kerja

    (stres kerja) kepada guru semasa menunaikan tanggungjawab

    mereka akibat beban tugas yang terlalu banyak mengakibatkan

    proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang efektif

    Datuk Seri Najib Tun Razak (1998)

    (Menteri Pelajaran)

    Kenyataan di atas telah dinyatakan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu dan

    beliau sememangnya mengakui terdapat kesan stres yang terpaksa ditanggung oleh

    guru sewaktu melaksanakan tugas mereka.

    Unsur-unsur tekanan yang negatif mengakibatkan guru kurang minta untuk

    bekerja, berasa terasing di tempat kerja, kerap ponteng dan meninggalkan profesion

    perguruan kesan dari halangan kepada perkembangan kerjaya guru secara tidak

    langsung akan mendorong untuk membuat keputusan bersara lebih awal atau terus

  • 6

    berhenti dari perkhidmatan sebagaimana kajian ILO pada tahun 1981 seperti dalam

    Anuar (2000). Kesan stres yang tinggi ialah pemberhentian kerja dan ini merupakan

    ancaman amat serius dalam konteks pendidikan negara.

    Kajian turut menunjukkan bahawa stres kerja guru di Malaysia semakin

    meruncing dan membimbangkan (Rohani, 1991). Malah Kesatuan Perkhidmatan

    Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres di kalangan guru-guru di

    negara ini semakin membimbangkan ekoran daripada beban kerja yang meningkat

    apabila pelbagai perubahan yang dilaksanakan (Utusan Malaysia, 18 Ogos 2005).

    Walaupun impak daripada situasi ini sedikit sebanyak berupaya diatasi oleh guru,

    namun ianya tidak dapat dihindari daripada rutin seorang guru. Tidak ada banyak

    alternatif bagi guru untuk mengatasi keadaan tersebut. Walau bagaimanapun,

    sekiranya tekanan yang dihadapi tidak ditangani dengan baik, ia akan memberi

    kesan buruk ke atas emosi dan fizikal individu tersebut.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat

    masa depan yang hendak dihasilkan bukan sahaja perlu diterapkan dengan teknologi

    tinggi (Hi-Tect) semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai-nilai

    moral dan etika yang murni (Mohd Yusman, 1996).

    Oleh itu, tidak hairan jika didapati guru-guru yang berada dalam profesion

    ini juga tidak terlepas daripada masalah stres. Beban kerja yang terpaksa dihadapi

    oleh guru bukan sahaja melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

    bahkan terpaksa menghadapi masyarakat yang sentiasa memerhati dan meninjau

    segala perkara yang berkaitan dengan perguruan.

    Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap keupayaan guru

    menghadapi cabaran dalam profesion perguruan ini dan melihat perhubungan antara

    cabaran dalam profesion perguruan dengan stres kerja di kalangan guru-guru

    teknikal.

  • 7

    1.4 Objektif Kajian

    Objektif kajian adalah untuk :-

    i) Mengenal pasti tahap keupayaan guru-guru teknikal menghadapi

    cabaran dalam profesion perguruan di dua buah SMT di Wilayah

    Persekutuan.

    ii) Melihat tahap stres kerja di kalangan guru-guru teknikal di dua buah

    SMT di Wilayah Persekutuan.

    iii) Mengenal pasti hubungan cabaran dalam profesion perguruan dengan

    stres di kalangan guru-guru teknikal di dua buah SMT di Wilayah

    Persekutuan.

    iv) Melihat perbezaan stres kerja guru-guru teknikal di dua buah SMT di

    Wilayah Persekutuan berdasarkan jantina.

    1.5 Persoalan Kajian

    i) Apakah tahap keupayaan guru-guru teknikal menghadapi cabaran

    dalam profesion perguruan di dua buah SMT di Wilayah

    Persekutuan?

    ii) Apakah tahap stres kerja di kalangan guru-guru teknikal di dua buah

    SMT di Wilayah Persekutuan?

    iii) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara cabaran dalam

    profesion perguruan dengan stres kerja di kalangan guru-guru

    teknikal di dua buah SMT di Wilayah Persekutuan?

    iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan stres kerja di kalangan

    guru-guru teknikal SMT di Wilayah Persekutuan berdasarkan

    jantina?