Upload
buikiet
View
244
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK (UPDT)
JABATAN FARMASI
HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
BUKU PANDUAN PERKHIDMATAN MAKMAL
PENASIHAT
Pn. Hajjah Norita Hamid@Jusoh
PENGERUSI
Tuan Roslli Tuan Yusoff
AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN
En. Mohd Hasrul Hisham Semail En. Muhammad Azwan Hassan
Cik Nur Adyani Khairuddin En. Rozaimie Mohamad
YM Tg. Zulkhairulazhar Tn Yahaya
PENERBIT Hospital Universiti Sains Malaysia
PENGHARGAAN Hospital Universiti Sains Malaysia
Jabatan Farmasi Unit Penerbitan
1
ED
ITO
RIA
L
KA
ND
UN
GA
N
Mukasurat Editorial…………………………………………………1 Kandungan……………………………………………..2 Prakata Ketua Jabatan………………………………..3 Prakata Pengarah Makmal...…………………………4 Prakata Pengurus Kualiti……………………...……...5 Carta Organisasi Jabatan farmasi…………………...6 Struktur Organisasi Unit……………………………….7 Struktur Organisasi MS ISO 15189:2014……………8 Pengenalan……………………………………………..9 Fungsi………………………………………………….10 Kualiti…………………………………………………11-12 Waktu Perkhidmatan…………………………………12 Garis Panduan……………………………………….13-14
2
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Aktiviti utama Unit Pemonitoran Drug Terapeutik (UPDT) ialah men-
gukur paras drug di dalam darah pesakit dan seterusnya mengesyorkan
pelarasan dos yang terbaik supaya kesan terapeutik maksima drug berke-
naan diperolehi dengan cepat tanpa risiko toksisiti. Kewujudan faktor-faktor
seperti julat terapeutik ubat yang sempit, kemungkinan berlaku interaksi ubat
dengan ubat lain, tindakbalas pesakit yang berbeza-beza dan sebagainya
menuntut perkhidmatan ini diadakan dengan sempurna. Peranan ini perlu
bagi mencapai matlamat perawatan terbaik kepada seseorang pesakit.
Walau bagaimanapun, akibat daripada beberapa kekangan hanya
paras ubat-ubat terpilih sahaja yang boleh diukur dan dibuat pemantauan.
Untuk medapatkan keputusan serta interpretasi yang tepat pula beberapa
perkara terutamanya maklumat mengenai pesakit dan dos ubat serta
ketepatan langkah pensampelan darah amat penting. Justeru, buku pan-
duan ini diharap dapat memastikan semua keperluan-keperluan berkenaan
dipatuhi. Tambahan pula penyebaran maklumat seperti ini sangat diga-
lakkan dalam proses pengurusan sistem kualiti berasaskan standard an-
tarabangsa. Semoga melalui usaha ini urusan perawatan pesakit akan men-
jadi lebih lancar, cekap dan berkesan.
3
PRAKATA KETUA JABATAN
Pn Norita Abdul Hamid @ Jusoh Ketua Pegawai Farmasi
Jabatan farmasi
Hospital Universiti Sains Malaysia
16150 Kubang Kerian, Kelantan.
Assalamu’alaikum wbrth.,
Bismillahir-Rahmanir-Rahim, awal kata untuk mengangkat
kebesaran Allah swt dan sanjungan untuk Rasullulah saw semoga
dengan Nya dilimpahi keberkatan ke atas apa yang hamba Nya
lakukan di dunia ini.
Buku Panduan Perkhidmatan UPDT ini disediakan sebagai inisiatif
untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada unit-unit dan
wad-wad di Hospital USM agar mereka mendapat maklumat yang
tepat mengenai perkhidmatan pemonitoran drug, disamping ianya juga
menyenaraikan keperluan-keperluan untuk memohon perkhidmatan
yang dijalankan oleh UPDT. Melalui panduan ini diharapkan
perkhidmatan yang ditawarkan akan lebih efision dan memudahkan
kedua-dua pihak samada pelanggan dan pemberi perkhidmatan serta
meningkatkan lagi kualiti dan imej UPDT selaras dengan akreditasi MS
ISO 15189:2014 bagi lima jenis perkhidmatannya iaitu pemonitoran drug
Amikasin, Gentamisin, Vankomisin, Phenytoin dan ValproaicAcid
.
Panduan ini juga akan meningkatkan hasrat dan iltizam kami
untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan demi
mencapai tahap KPI yang telah diwar-warkan. Penghargaan dan
ucapan terima kasih tak terhingga juga kepada semua pihak yang
terlibat dalam penerbitan panduan ini, semoga usaha murni ini menjadi
sumbangan yang baik di dunia dan di akhirat.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamu’alaikum wbrth.
4
PRAKATA PENGARAH MAKMAL
Tn Roslli Tuan Yusoff Timbalan Pengarah (Farmasi)
Jabatan Farmasi
Hospital Universiti Sains Malaysia
16150 Kubang Kerian,Kelantan
Assalamualaikum wbrt.,
Segala pujian kepada Allah SWT. Dan selawat
dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Mudah-
mudahan Allah cucuri rahmat dan hidayah-Nya ke atas
kita semua.
Panduan ini ditulis atas kesedaran bahawa pent-
ingnya khidmat pelanggan dengan memberikan gam-
baran yang jelas tentang perkhidmatan asas yang dise-
diakan dalam satu sumber rujukan dan maklumat-
maklumat asas perkhidmatan Therapeutic Drug Monitor-
ing (TDM) di Unit Pemonitoran Drug Terapeutik (UPDT),
HUSM.
Saya berharap, semoga sedikit sebanyak
maklumat dalam buku ini dapat memberi panduan kepa-
da pelanggan dan dapat menghasilkan khidmat pelang-
gan yang berkesan juga berkualiti.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitannya.
“PERKHIDMATAN CEMERLANG PELANGGAN GEMILANG”
Wassalam.
5
Mohd Hasrul Hisham Semail Pegawai Farmasi
Jabatan Farmasi
Hospital Universiti Sains Malaysia
PRAKATA PENGURUS KUALITI
Jabatan Farmasi
6
Carta Organisasi
En Mohd Roslan Muhammad Jamil (UF54)
Ketua Unit Unit Pendispensan Aseptik Dan
Radiofarmasi
En Mohd. Hanif Abdul Rahman (UF54)
Ketua Unit Unit Pentadbiran Dan Kewangan
Pn Hjh Noryati Muhammad Nur (UF54) Ketua Unit
Unit Stor Farmaseutikal
Tuan Roslli Tuan Yusoff (UF54) Ketua Unit
Unit Pemonitoran Drug Terapeutik Dan Penyediaan Farmaseutikal
Pn Hjh Zainon binti Omar (UF54)
Ketua Unit Unit Kawalan Inventori Dan Stor
Pn Hjh Khairul Bariah binti Jo-han (UF54) Ketua Unit
Unit Farmasi Klinikal & Maklumat
Puan Azrina Ariff (UF54) Ketua Unit
Unit Farmasi Bekalan Wad
Pn Hjh Asmalailey Mohamad (UF54)
Ketua Unit Unit Farmasi Pesakit Luar
Prof. Dato’ Dr Ahmad Sukari bin Halim
Pengarah Kampus
Pn Hjh Norita Abdul Hamid @ Jusoh (UF54)
Ketua Pegawai Farmasi
Unit Pemonitoran Drug Terapeutik (UPDT) atau pun Therapeutik Drug
Monitoring (TDM) mula beroperasi pada 1984 dengan perkhidmatan yang
ditawarkan adalah menganalisa paras drug dalam darah pasakit.
Terdapat 13 jenis drug yang dilakukan dimakmal Unit Pemonitoran
Drug Terapeutik iaitu Vancomycin1, Amikacin2 , Gentamicin3 , Phenobarbi-
tone4 , Phenytoin5 , Theophylline6, Valproic Acid7, Digoxin8, Carbamazepine9,
Cyclosporine10 , Salicylate11, Methotrexate12 , dan Acetaminophen13. Antara
drug-drug yang pernah dilakukan analisis adalah Lamotrigine, Steroid
(Prednisolone), Dexamethasone dan hydrocortise.
Unit Pemonitoran Drug Terapeutik terdiri daripada seorang Pegawai
Farmasi, seorang Penolong Pagawai Sains Kanan C32, 3 orang Penolong
Pegawai Sains C27, seorang Pembantu Makmal Tertinggi C26, seorang Pem-
bantu Makmal Kanan C22, seorang Pembantu Makmal C17 dan seorang
Pembantu Rendah Awam H11.
Piagam Pelanggan
Melayan pelanggan dengan baik dan mesra.
Setiap ujian paras drug dalam darah untuk spesimen yang diterima bagi
kesemua drug yang dimonitor disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 2
jam 15 minit (dalam waktu pejabat).
Semua laporan keputusan ujian drug dalam darah dibuat dengan
lengkap, jelas dan terperinci.
Objektif Kualiti
Setiap ujian paras drug dalam darah untuk spesimen yang diterima bagi
kesemua drug yang dimonitor disiapkan dalam tempoh tidak melebihi
2 jam 15 minit (dalam waktu pejabat).
Semua laporan keputusan ujian drug dalam darah dibuat dengan
lengkap, jelas dan terperinci.
9
PENGENALAN
Fungsi Menganalisa kandungan drug dalam darah.
Sejarah Perkhidmatan Unit Pemonitoran Drug Terapeutik
Unit Pemonitoran Drug Terapeutik telah ditubuhkan pada tahum 1984 oleh Dr Rusli
Ismail, seorang pesyarah di Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) manakala pega-
wai farmasi pula ialah En Shukur Tahir serta dibantu oleh beberapa orang Pemban-
tu makmal yang diambil secara berperingkat mengikut keperluan perkhidmatan.
Unit Pemonitoran Drug Terapeutik merupakan pelopor kepada perkhid-
matan Terapeutik Drug Monitoring di Malaysia. Pada masa berkenaan UPDT, meru-
pakan satu-satunya unit yang telah menawarkan perkhidmatan pemantauan
paras ubat kepada pesakit di Malaysia, sebelum ia turut ditawarkan kepada hos-
pital-hospital lain.
Antara pegawai-pegawai Farmasi yang pernah berkhidmat di Unit Pemonitoran
Drug Terapeutik:
1. En. Shukor Tahir (1984 –1986)
2. En. Abd Fatah Ab. Rahman (1985– 1990 )
3. En. Syed Azhar Syed Sulaiman
4. En. Jamaluddin Awang
5. YM Tn Roslli Tn Yusoff
6. En. Azman Mat (1995– 2002)
7. En. Md Hanif Ab Rahman (2003—2005 )
8. En. Dellemin Che Abdullah ( 2006—2018)
9. Y/M Tuan Rossli Tuan Yusoff (2019– sekarang)
Jenis Drug yang dimonitor
Terdapat 13 jenis drug yang dilakukan dimakmal Unit Pemonitoran Drug
Terapeutik iaitu Vancomycin1, Amikacin2, Gentamicin3, Phenobarbitone4 , Pheny-
toin5 , Theophylline6, Valproic Acid7, Digoxin8, Carbamazepine9, Cyclosporine10 ,
Salicylate11, Methotrexate12, dan Acetaminophen13.
Akademik
Terlibat secara langsung didalam program pembelajaran pelajar
Penyelidikan
Selain aktiviti rutin, UPDT juga menjalankan R&D dengan menggunakan
pe r a l a ta n HP L C . Ke gi ata n i n i ber tu j u a n u n tuk m enc a r i
dan menambah drug-drug baru yang boleh ditawarkan kepada Pihak pengguna.
10
11. Kualiti
Makmal Unit Pemonitoran Drug Terapeutik amat mementingkan kualiti
perkhidmatan yang diberikan atas dasar kewajipan dan tanggungjawab
yang
diamanahkan. Kualiti perkhidmatan dapat dinilai melalui:
a. Aktiviti-aktiviti penyediaan spesimen pesakit untuk ujian
b. Proses ujian
c. Pemprosesan maklumat
d. Laporan ujian & EQA
Kualiti perkhidmatan juga termasuklah aktiviti diperingkat wad atau
klinik iaitu;
a. Komunikasi sebelum dan selepas proses ujian.
b. Pengisian borang permohonan dengan lengkap.
c. Penghantaran spesimen mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
d. Aktiviti-aktiviti sokongan lain (sistem maklumat makmal, pentadbiran)
Perkhidmatan berkualiti dapat ditingkat lagi dengan kerjasama da-
ripada wad, klinik dan juga semua staf Unit Pemonitoran Drug Terapeutik
yang terlibat yang cekap dan berkesan. Makmal Unit Pemonitoran Drug
Terapeutik sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan
melalui;
a. Pembelajaran berterusan dan latihan kepada kakitangan
b. Penilaian dan penambahbaikan proses kerja dan perkhidmatan.
c. Mengemaskini kaedah ujian dan alatan.
d. Pengawasan dan penilaian kualiti tatacara melalui program-
program kawalan Mutu Dalaman dan Luaran.
11.2 Kualiti keputusan-keputusan ujian makmal
11.2.1 Persijilan MS ISO 15189:2014
11.2.2 Kawalan Mutu Dalaman (Internal Quality Control)
Penyeliaan kualiti secara rutin merangkumi prosedur
yang perlu diamalkan oleh semua kakitangan makmal
di dalam proses menganalisis dan mengeluarkan
keputusan ujian makmal dengan cepat dan tepat.
Kawalan mutu perkhidmatan sentiasa diawasi dan
dinilai.
11
12. Kecemerlangan yang telah dicapai oleh Unit Pemonitoran Drug
Terapeutik sejak ditubuhkan adalah:
1. Memperolehi MS ISO 9001: 2008 tahun 1998
2. Naib Johan Innovasi Minggu Kualiti HUSM 1999
3. Makmal terbaik Kampus Kesihatan tahun 2007
4. Memperolehi MS ISO 15189:2007 tahun 2010
13. Waktu Perkhidmatan
Makmal Unit Pemonitoran Drug Terapeutik menyediakan perkhid-
matan 24 jam mengikut pembahagian masa seperti berikut;
Waktu Pejabat
Atas Panggilan (luar waktu pejabat)
Hari Waktu
Ahad — Khamis Selepas 4.55 petang
Jumaat, Sabtu dan
Kelepasan Am
24 Jam
Hari Waktu
Ahad — Khamis 8.10 pagi — 4.55 petang
12
14. Garis Panduan
14.1 Panduan Perkhidmatan
a. Ujian Unit Pemonitoran Drug Terapeutik disediakan untuk
pesakit wad dan klinik HUSM.
b. Pesakit dari hospital dan klinik kerajaan, hospital dan klinik
swasta dan pusta-pusat kesihatan lain boleh juga mengguna
kan perkhidmatan ini melalui rundingan terlebih dahulu di anta
ra Pegawai Perubatan pesakit berkenaan dengan Pegawai
di Jabatan Farmasi. (Melalui USAINS)
c. Sampel yang diterima akan diproses dan keputusan ujian
dikeluarkan setelah disahkan oleh Pegawai Farmasi.
d. Pemohon dikehendaki mengisi borang atas talian/manual
dengan betul dan lengkap bagi memudahkan lagi proses ujian
dilakukan.
14.2 Panduan Permohonan
14.2.1 Ujian Rutin
a. Ujian yang tidak memerlukan temujanji.
b. Boleh dihantar pada waktu pejabat atau luar waktu
pejabat (‘on-call’)
14.2.2 Ujian “URGENT” (SEGERA)
a. Ujian yang disegerakan oleh sebab kecemasan
sahaja.
b. Boleh dihantar pada waktu pejabat atau luar waktu
pejabat (‘on-call’)
14.3 Panduan Mengisi Borang Permohonan Ujian
Semua borang permohonan ujian makmal Unit Pemonitoran
Drug Terapeutik perlu di isi dengan lengkap dengan maklumat
seperti berikut;
a. Maklumat pesakit.
b. Nama doktor yang memohon.
c. Jenis sampel dan ujian yang dipohon.
d. Prosedur yang telah dilalui oleh pesakit (pre
atau post).
e. Rawatan yang sedang diberikan.
f. Ringkasan sejarah klinikal pesakit yang berkaitan
g. Masa, waktu dan tarikh sampel diambil.
13
14.4 Panduan Penyediaan dan Penghantaran Spesimen
a. Ambil darah pesakit secara aseptik dan guna tiub
penghantaran spesimen yang betul.
b. Sebatian darah dengan antikoagulan dalam tiub yang
mengandungi antikoagulan, untuk mengelakkan darah
beku (‘clotted’). Bagi kes Cyclosporin sahaja.
c. Spesimen perlu dihantar segera ke makmal.
d. Dilarang menyimpan spesimen koagulasi di dalam peti
sejuk sebelum dihantar.
14.5 Kriteria - kriteria penolakan sampel (Reject)
1. Maklumat pesakit pada borang dan sampel tidak sa-
ma seperti berikut:
i. Nombor pendaftaran pesakit (R/N)
ii. Nama pesakit
iii. Jenis ujian
Nota : Sekiranya pihak pemohon tidak dapat dihubungi
dan maklumat tidak dapat disahkan maka sampel akan
ditolak
2. Bekas sampel yang tidak memenuhi kriteria berikut:
i. Plain/ Bullet Tube untuk ujian TDM selain Cyclosporine
ii. EDTA Tube (untuk ujian TDM Cyclosporine)
3. Sampel leaking dan/ atau bekas sampel pecah.
4. Isipadu sampel yang diambil tidak mencukupi (< 0.5ml)
5. Sampel hemolisis
(Rujuk pada Carta Gambar Sampel Hemolisis Makmal
TDM)
6. Tempoh masa sampel yang diambil hingga dianalisa
melebihi dari 24jam.
14.6 Panduan Pengambilan Keputusan Ujian Makmal
Keputusan ujian makmal boleh diambil dari ‘pigeon
hole’ (manual) di makmal.
14