Upload
dinhque
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
JUDUL : Saya
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
SISTEM KAWALAN INVENTORI MAKMAL KOMPUTER MENGGUNAKAN RFID
SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008
MOHAMAD FAIRUZ BIN ABDULLAH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan
syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
√
organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh
_______________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 771 LORONG JAMBU, KG DURIAN BURUNG,
(TANDATANGAN PENYELIA)
20050 K. TERENGGANU, HAZINAH BINTI KUTTY MAMMI
TERENGGANU DARUL IMAN. NAMA PENYELIA
Tarikh : 30 JUN 2008 Tarikh : 30 JUN 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer).”
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
: ……………………………….
: Hazinah Binti Kutty Mammi
: 30 Jun 2008
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
SISTEM KAWALAN INVENTORI MAKMAL KOMPUTER
MENGGUNAKAN RFID
MOHAMAD FAIRUZ BIN ABDULLAH
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JUN 2008
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : Mohamad Fairuz bin Abdullah
Tarikh : 30 Jun 2008
i
ii
DEDIKASI
Untuk mak, ayah dan keluarga tercinta, terima kasih di atas sokongan rohani dan
jasmani yang tidak terhingga.
Buat teman-teman seperjuangan, teruskan perjuangan agar kita beroleh kejayaan
hidup di dunia dan di akhirat jua.
iii
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, segala kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat dan
rahmat yang telah dilimpahkan-Nya terhasillah laporan serta sistem bagi Projek Sarjana
Muda ini dengan tajuk Sistem Kawalan Inventori Makmal Komputer Menggunakan
RFID (SKIMK-RFID Tech). Saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga khasnya kepada penyelia, Cik Hazinah binti Kutty
Mammi atas bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang cukup bermanfaat sepanjang
tempoh penyediaan laporan ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberikan pandangan, idea dan maklumat serta mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam pembangunan sistem ini.
Sekalung penghargaan juga buat ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi
dorongan sepanjang pembelajaran di UTM serta pensyarah-pensyarah yang turut
menyumbangkan idea dalam penghasilan laporan ini. Tidak lupa juga kepada teman-
teman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan laporan
projek ini. Semoga segala usaha dan komitmen serta kerjasama berterusan daripada
semua pihak mendapat keredhaan dan keberkatan.
Sekian, terima kasih.
iv
ABSTRAK
Sistem Kawalan Inventori Makmal Komputer Menggunakan RFID atau lebih
dikenali sebagai SKIMK-RFID Tech merupakan sistem yang dibangunkan untuk tujuan
kawalan terhadap inventori di dalam makmal komputer di Fakulti Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu ia bertujuan untuk
menggantikan sistem inventori yang sedia ada yang masih menggunakan kod bar kepada
teknologi RFID. Dengan penggunaan teknologi RFID dalam sistem inventori, proses
pengurusannya akan menjadi lebih cekap. Selain daripada itu, teknologi ini turut
menawarkan keselamatan maklumat bagi inventori yang terlibat. Pembangunan sistem
ini dijalankan menurut kaedah UML dan model prototaip bagi menjamin keberkesanan
sistem. Perisian yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah perisian
Microsoft Visual Basic 6.0 dan disokong oleh pangkalan data jenis Microsoft SQL
Server 2005. Sistem ini berkeupayaan untuk memproses maklumat berkenaan inventori
dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu ia juga berupaya untuk memantau sebarang
perubahan lokasi perkakasan komputer di dalam makmal komputer. Adalah diharapkan
sedikit sebanyak sistem ini dapat membantu pihak yang terbabit.
v
ABSTRACT
Inventory Controlling System for Computer Lab Using RFID or know as
SKIMK-RFID Tech was developed for main purpose to controlling and monitoring
inventory or devices in computer laboratory at Fakulti Sains Kompuer dan Teknologi
Maklumat Universiti Teknologi Malaysia. Besides that, it also for replacing current
inventory system that using the bar code with RFID technology. By using this
technology in inventory system, its management process will be more effective. On the
other hand, this technology also provides information security for inventory.
Development for system was based on UML and prototype model to ensure its
effectiveness, software used to develop this system is Microsoft Visual Basic 6.0 and
supported by database type Microsoft SQL Server 2005. This system is capable to
process information in short time and quick. It also can monitor any location changes for
computer devices in computers laboratory. Hopefully this system can help computer
technicians in their jobs.
vi
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
SENARAI KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI ISTILAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENGENALAN PROJEK
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Kepentingan Projek 4
1.4 Matlamat 5
1.5 Objektif 5
1.6 Skop 5
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 7
2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 8
2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada di Pasaran 9
vii
2.3.1 Almyta Inventory Control System 3.12.4F 9
2.3.2 Inventory Executive System v1.5.12 11
2.4 Analisa Masalah Terhadap Sistem Sedia Ada 12
2.5 Kaedah Penyelesaian Masalah 13
2.6 Pengenalan Terhadap Teknologi RFID 14
2.6.1 Kelebihan RFID 15
2.6.2 Jenis RFID 16
2.6.3 Keperluan Perkakasan dan Perisian 18
2.6.3.1 Untuk Pembangunan Sistem 18
2.6.3.2 Untuk Kegunaan Pengguna Sistem 19
2.7 Perbezaan Sistem Inventori Sedia Ada dan Projek Yang 20
Dibangunkan
2.8 Kesimpulan 21
3 METODOLOGI PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Metodologi 23
3.2.1 Kaedah 23
3.2.2 Teknik 24
3.3 Metodologi Dan Kaedah Yang Dipilih 24
3.3.1 Model Prototaip 24
3.3.2 UML (Unified Modeling Language) 27
3.4 Analisa Keperluan Sistem 28
3.4.1 Justifikasi Perkakasan 29
3.4.2 Justifikasi Perisian 29
3.5 Kesimpulan 30
4 HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK AWALAN
4.1 Pengenalan 31
4.2 Rekabentuk Sistem 32
4.2.1 Rajah Guna Kes (Use Case Diagram) 33
viii
4.2.2 Rajah Jujukann (Sequence Diagram) 35
4.3 Rekabentuk Pangkalan Data 41
4.3.1 Rekabentuk Terperinci Data 42
4.4 Kesimpulan 43
5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan 44
5.2 Pembangunn Sistem 44
5.2.1 Capaian Ke Pangkalan Data 45
5.2.2 Proses Login 45
5.2.3 Masuk Maklumat 47
5.2.4 Ubah Maklumat 49
5.2.5 Hapus Maklumat 51
5.2.6 Proses Pengesanan Melalui RFID 53
5.3 Implementasi Hasil Akhir 54
5.4 Pengujian 54
5.5 Rumusan Pengujian 56
6 KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 57
6.2 Pencapaian 58
6.3 Kekangan 58
6.4 Cadangan 59
6.5 Kesimpulan Secara Keseluruhan 60
RUJUKAN 61
LAMPIRAN
ix
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Klasifikasi Tag RFID Berdasarkan Bekalan Kuasa 16
2.2 Klasifikasi RFID Berdasarkan Frekuensi 16
2.3 Perbezaan Sistem Inventori Sedia Ada Dengan Sistem 20
Yang Dibangunkan
4.1 Keterangan fungsi-fungsi jadual dalam pangkalan data 42
5.1 Jadual pengujian sistem dan hasil yang diperolehi 54
x
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Antaramuka Utama Almyta Inventory 9
Control System 3.12.4F
2.2 Antaramuka Utama Inventory Executive 11
System v1.5.12
2.3 Bagaimana RFID berfungsi 15
2.4 Contoh tag RFID 17
3.1 Model Prototaip 25
4.1 Rajah modul sistem 32
4.2 Antaramuka utama sistem 33
4.3 Rajah Guna Kes bagi Pentadbir/Juruteknik 34
4.4 Rajah jujukan proses log masuk 35
4.5 Rajah jujukan proses melihat maklumat 36
4.6 Rajah jujukan proses menambah maklumat 37
4.7 Rajah jujukan proses mengubah maklumat 38
4.8 Rajah jujukan proses menghapus maklumat 39
4.9 Rajah jujukan proses log keluar 40
4.10 Rajah hubungan antara jadual dalam 41
pangkalan data
5.1 Connection String ke pangkalan data 45
5.2 Keratan aturcara Login 46
5.3 Keratan aturcara bagi proses memasukkan 48
maklumat
5.4 Rajah borang masuk maklumat 49
5.5 Rajah borang ubah maklumat 50
xi
5.6 Rajah keratan aturcara ubah maklumat 50
5.7 Rajah borang hapus maklumat 51
5.8 Rajah keratan aturcara hapus maklumat 52
5.9 Rajah fungsi bagi kawalan RFID 53
xii
SENARAI ISTILAH
BAHASA MALAYSIA BAHASA INGGERIS
Aktor Actor
Kes guna Use case
Rajah Guna Kes Use Case Diagram
Rajah Jujukan Sequence Diagram
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Carta Gantt PSM 1
B Carta Gantt PSM 2
C Manual Pengguna
1
BAB 1
PENGENALAN PROJEK
1.1 Pendahuluan
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi banyak
memberi kesan kepada kehidupan masa kini. Ini dapat dilihat dengan penggunaan
teknologi di sekeliling kita. Salah satu daripada teknologi berkenaan yang makin
menjadi tumpuan sekarang ialah penggunaan teknologi Pengenalan Berfrekuensi
Radio atau lebih dikenali sebagai Radio Frequency Identification (RFID). Teknologi
ini berguna untuk mengesan pergerakan sesuatu objek dengan menggunakan tag
RFID yang telah diletakkan pada objek tersebut. Secara tidak langsung ini
membolehkan pihak yang terlibat memantau objek tersebut dengan lebih mudah dan
terbukti keberkesanannya. Teknologi ini banyak digunakan dalam bidang industri,
domestik dan juga logistik. Antara kelebihan teknologi ini ialah kebolehannya untuk
menyimpan data yang penting dengan disokong oleh tahap keselamatan yang
terbukti boleh dipercayai.
Sistem Kawalan Inventori Makmal Komputer menggunakan RFID (SKIMK-
RFIDTech) dibangunkan bertujuan untuk memudahkan juruteknik makmal komputer
untuk mengawasi perkakasan dari mula diterima hingga ditempatkan. Sistem yang
dibangunkan ini adalah sistem localhost. Proses pengawasan inventori berlaku secara
2
automatik dimana juruteknik makmal komputer hanya perlu melihat antaramuka
sistem ataupun merujuk kepada pangkalan data sistem bagi maklumat lengkap.
Setiap perubahan kedudukan perkakasan yang menggunakan tag RFID ini
akan direkodkan secara automatik ke dalam sistem dan juga pangkalan data tanpa
perlu direkodkan secara manual. Selain daripada itu, proses pegiraan inventori dapat
dijalankan dengan lebih tepat dan juga dapat menjimatkan masa. Dengan
penggunaan teknologi ini, kesilapan manusia dalam melakukan pengiraan inventori
dapat dikurangkan ataupun tiada kesilapan langsung.
Ketepatan dalam proses pengiraan merupakan elemen kepada sistem
pengurusan inventori. Terdapat sesetengah teknologi RFID yang dapat menyokong
kebolehan anti-collision dimana ia dapat mengenalpasti beberapa tag RFID yang
berada dalam lingkungan kawasan yang disokong oleh pembaca (reader). Ini
merupakan satu ciri yang diperlukan oleh sistem inventori bagi menjamin
keberkesanan dalam proses pengiraan inventori.
Salah satu kelebihan utama teknologi ini ialah dapat menjamin keselamatan
data. Setiap tag mempunyai satu siri nombor yang lebih dikenali dengan Nombor
Pengenalan Unik (Unique Identification Number atau UIN). Nombor Pengenalan
Unik ini diperolehi dari proses pengilangannya ataupun diprogramkan secara manual
dan kemudiannya dimasukkan katakunci bagi menjamin keselamatan data
didalamnya.
Penggunaan teknologi RFID dalam Sistem Kawalan Inventori Makmal
Komputer Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat merupakan satu langkah
yang baik. Ini kerana sistem ini dapat memberikan kemudahan kepada juruteknik
makmal komputer dalam menjalankan tugas mereka memantau inventori di dalam
makmal terutama sekali perkakasan komputer. Sistem ini juga turut memberikan
kemudahan kepada juruteknik makmal komputer untuk proses merekod data yang
berkaitan dengan inventori makmal.
3
1.2 Pernyataan Masalah
Kebanyakan sistem pengurusan inventori semasa masih lagi menggunakan
teknologi kod bagi merekodkan maklumat inventori. Ini kerana kos dalam
menyediakan kod bar adalah murah dan mudah dilakukan. Namun begitu kelebihan
ini tidak menjamin keselamatan inventori terutamanya maklumat-maklumat penting
berkaitan dengan inventori. Keselamatan data merupakan satu perkara penting dalam
sesebuah organisasi. Teknologi kod bar langsung tidak mempunyai kebolehan untuk
menyediakan keselamatan. Ia hanya berkeupayan untuk menyimpan maklumat asas
seperti nombor item, lokasi dan harga. Bagi proses membaca maklumat pada kod
bar, item tersebut mestilah berada dalam jalur bacaan pengimbas dengan jarak 4
hingga 8 inci.
Dari segi proses pengiraan atau semakan inventori pula, ia adalah sukar untuk
dilakukan sekiranya kuantiti inventori adalah besar. Pengiraan perlu dilakukan secara
manual oleh manusia dengan menggunakan pengimbas kod bar. Kemungkinan
berlakunya kesilapan dalam pengiraan adalah tinggi. Selain daripada itu, masa yang
lama diperlukan untuk melakukan proses pengiraan dan semakan inventori.
Sekiranya inventori berada dalam kawasan yang terhad, kerja-kerja pengalihan perlu
dilakukan. Ini amat merugikan kerana ia memerlukan tenaga manusia yang ramai
dan masa yang lama.
Proses pengawasan inventori amatlah perlu bagi menjamin tidak berlakunya
kes kecurian atau kehilangan barang atau perkakasan di dalam makmal komputer
atau stor simpanan inventori. Begitu juga dengan proses carian. Bagi barangan yang
berada di dalam stor simpanan, tentulah mustahil untuk mengawasi setiap barang
kerana jumlahnya yang banyak dan berbagai jenis. Ini menjadi masalah bagi pihak
yang ditugaskan untuk menjaga inventori. Bagi juruteknik makmal komputer pula,
mereka sukar untuk memantau setiap perkakasan yang berada di dalam makmal
komputer di bawah jagaan mereka. Ini kerana jumlahnya bukan sedikit dan tidak
terhad kepada satu jenis sahaja.
4
Matlamat utama Sistem Kawalan Inventori Makmal Komputer Menggunakan
Teknologi RFID (SKIMK-RFID Tech) dibangunkan adalah untuk memberikan
kemudahan kepada juruteknik makmal komputer bagi merekod, mengawasi dan
memantau inventori terutamanya perkakasan komputer dengan lebih praktikal dan
juga lebih efektif. Dengan menggunakan sistem ini, masalah berkaitan dengan
keselamatan, maklumat penting inventori dan kawalan terhadap inventori yang
terlibat dapat diatasi ataupun dapat diperbaiki.
1.3 Kepentingan Projek
Secara umumnya sistem ini dibangunkan untuk memberikan kemudahan
dalam proses pengurusan, proses penjejakan, proses penyimpan dan manipulasi data
bagi inventori. Pihak pengurusan tidak lagi perlu membuat semakan berkenaan
inventori secara manual. Masa dan tenaga yang diperlukan bagi melakukan proses-
proses ini dapat dijimatkan.
Secara khusus pula, sistem ini memberi banyak manfaat kepada juruteknik
makmal komputer. Proses pemantauan dan kawalan bagi perkakasan di dalam
makmal komputer menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu merujuk kepada
monitor di dalam bilik mereka bagi mengetahui keadaan semasa perkakasan di dalam
makmal komputer. Sekiranya berlaku perubahan lokasi atu kehilangan perkakasan,
mereka dengan mudah dapat mengesannya.
Dengan penggunaan teknologi RFID dalam pengurusan dan kawalan
inventori, pihak pengurusan dan juruteknik makmal komputer di Fakulti Sains
Komputer dan Sistem Maklumat dapat menikmati kemudahan dalam menjalankan
tugas mereka. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dan mutu kerja
mereka.
5
1.4 Matlamat
Matlamat utama sistem ini dibangunkan adalah untuk memberikan
kemudahan kepada juruteknik makmal komputer bagi merekod, mengawasi dan
memantau inventori terutamanya perkakasan komputer dengan lebih praktikal, cepat
dan efektif. Dengan menggunakan sistem ini, masalah berkaitan dengan maklumat
dan kawalan terhadap inventori yang terlibat dapat diatasi ataupun dapat diperbaiki.
1.5 Objektif
Objektif atau sasaran utama pembangunan sistem ini ialah :
1. Menjalankan kajian terhadap sistem inventori sedia ada.
2. Membangunkan sistem yang dapat memberi kemudahan kepada
juruteknik makmal komputer dalam proses pengawasan inventori dan
rekod inventori.
3. Melakukan pengujian terhadap sistem yang dibangunkan.
1.6 Skop
Skop yang telah dikenalpasti untuk membangunkan sistem ini ialah :
1. Sistem yang akan dibangunkan adalah untuk proses pengurusan rekod
inventori dan proses pemantauan perkakasan komputer bagi pihak
juruteknik makmal komputer.
2. Sistem yang akan dibangunkan mempunyai tujuh modul iaitu modul
admin, modul komputer makmal, modul peralatan makmal, modul
6
alat tulis makmal, modul fasiliti makmal, modul kawalan RFID dan
modul laporan.
3. Pembangunan sistem ini menggunakan perisian Microsoft Visual
Basic 6.0 dan Microsoft SQL Server 2005 sebagai pangkalan data
utama sistem.