25
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TINJAUAN KE ATAS SIKAP, MINAT, DAN PERSEPSI PELATIH DI SEBUAH PUSAT KEMAHIRAN DI DAERAH PONTIAN SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya WAN SHAHIRAH BINTI WAN IBRAHIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: PUAN CHRISTINA ANDIN LOT5295, JALAN SERAYA .................................................................... BUKIT PAYONG, Nama Penyelia 21400, MARANG, TERENGGANU . Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TINJAUAN KE ATAS SIKAP, MINAT, DAN PERSEPSI PELATIH DI SEBUAH PUSAT KEMAHIRAN DI DAERAH PONTIAN

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya WAN SHAHIRAH BINTI WAN IBRAHIM

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: PUAN CHRISTINA ANDIN LOT5295, JALAN SERAYA .................................................................... BUKIT PAYONG, Nama Penyelia 21400, MARANG, TERENGGANU . Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penyelia : Pn. Christina Andin @ Nur Qistina Abdullah

Tarikh : ………………………………….

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

TINJAUAN KE ATAS SIKAP, MINAT, DAN PERSEPSI PELATIH DI SEBUAH

PUSAT KEMAHIRAN DI DAERAH PONTIAN

WAN SHAHIRAH BINTI WAN IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei, 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : WAN SHAHIRAH BINTI WAN IBRAHIM

Tarikh : .............................................

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurniaan Allah S.W.T pentadbir segala alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda yang dihormati dan disayangi,

TN HAJI WAN IBRAHIM BIN WAN HAMID,

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu

tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha

mengetahui dan membalasnya. Semoga Ayahanda dipanjangkan usia dan dirahmati

Allah selalu...

Buat bonda yang dihormati lagi dikasihi,

PN HAJJAH ZALEHA BINTI ABIDIN,

Pengorbanan, sokongan, pertolongan dan dorongan yang diberikan kepada

anakandamu ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Tiada apa yang dapat

dibicarakan lagi hanya doa yang sentiasa ku panjatkan buat bonda tercinta. Semoga

Bonda dipanjangkan umur dan dirahmati selalu...

Buat kekanda dan adinda-adinda yang di ingati selalu,

WAN MUNIRAH, WAN FADHILAH, WAN MAHFUZAH, WAN NAJIHAH,

WAN NABILAH, WAN NUR HAMIZAH

Biarlah kita saling mengagumi antara satu sama lain kerana setiap yang berjaya adalah pendorong kepada setiap yang lain.

Buat semua sahabat handai rakan seperjuangan,

Terima kasih yang tidak terhingga dengan segala pertolongan, nasihat dan dorongan yang diberikan. Semoga persahabatan yang dibina akan terjalin buat selama-

lamanya...

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

iv

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

Sesungguhnya segala puji kepunyaan Allah. Kita memujiNya, meminta

pertolongan kepadaNya dan memohon ampun KepadaNya. Kita memohon perlindungan

kepada Allah s.w.t dari keburukan jiwa kita dan keburukan amal perbuatan kita.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya,

maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada PN NUR QISTINA

ABDULLAH selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar,

nasihat serta teguran dan peluang yang sangat banyak diberikan di sepanjang tempoh

menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua warga KKBN Pontian yang begitu

banyak memberikan bantuan dan sokongan di dalam menjalankan kajian ini.. Juga ribuan

terima kasih kepada rakan seperjuangan serta semua pihak yang telah memberikan

kerjasama samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga mendapat keberkatan di

dunia dan akhirat hendaknya.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

WAN SHAHIRAH BINTI WAN IBRAHIM

APRIL, 2008

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

v

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap pelatih, minat terhadap

jurusan, dan persepsi pelatih yang mengikuti program latihan kemahiran. Pengkaji telah

membahagikan kepada tiga aspek utama iaitu sikap pelatih yang mengikuti latihan,

minat pelatih terhadap jurusan yang diikuti dan persepsi pelatih terhadap pengajar

kemahiran. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang pelatih di sebuah pusat latihan

kemahiran di daerah Pontian, Johor. Kajian ini menggunakan set soal selidik sebagai

instrumen kajian. Untuk mendapatkan hasil kajian, purata taburan peratus digunakan

pada setiap persoalan kajian. Purata taburan peratus menggunakan empat bahagian iaitu

tinggi, sederhana dan rendah dan sangat lemah. Keputusan kajian menunjukkan sikap

pelatih adalah sederhana positif, begitu juga dengan minat terhadap jurusan yang

menunjukkan minat yang sederhana sahaja. Persepsi pelatih terhadap pengajar

kemahiran pula menunjukkan keputusan yang baik. Beberapa cadangan telah

dikemukakan kepada beberapa pihak iaitu pelatih sendiri, pengajar kemahiran, pusat

kemahiran serta pihak kerajaan secara umumnya. Cadangan yang dikemukakan adalah

bertujuan untuk membentuk sikap pelatih ke arah yang lebih positif dan memupuk minat

yang mendalam terhadap jurusan yang diceburi disamping meningkatkan lagi mutu

pengajaran pengajar kemahiran.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to investigate an attitude of trainers, interest in

course, and the perception among the trainers in skills training program. There were

three main aspects involved in the study. The first one was the attitude of trainers who

join the skills training program, interest in course taken and trainers perception to the

skills training instructor. A total of 140 trainers were selected randomly from one of

skills training center in Pontian, Johor. Questionnaire has been used as the research

instrument. The result was verified from the diversity percentage from each question to

make the conclusion. The mean diversity percentage was divided to four main point

(high, middle, basics and very poor). The results indicate that the trainers show moderate

positive attitude, also the trainers interest in the course taken is moderate interested.

Meanwhile, the trainer’s perception to the skills training instructor is good. There were

several recommendation were given to all party such as to the trainer itself, skills

training instructor, skills training center and generally to the government. The purpose of

the recommendation was to build the trainers attitude to be more positive and to

substance more interest in the trainers to the course that they have taken and also to

improve the instructors’ skill in teaching

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan

1.2 Latar belakang masalah

1.3 Pernyataan masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan kajian

1.6.1 Pusat Kemahiran

1.6.2 Pengajar kemahiran

1.6.3 Pelatih kemahiran

1.7 Batasan Kajian

1.8 Definisi istilah

1.8.1 Sikap

1.8.2 Minat

1.8.3 Pelatih

1

3

5

6

6

6

7

7

7

8

8

8

9

9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

viii

1.8.4 Persepsi

1.8.5 Pengajar

1.8.6 Latihan kemahiran

1.8.7 Sijil Kemahiran Malaysia

9

9

10

10

2 SOROTAN KAJIAN 11 2.1 Pengenalan 11

2.2 Definisi Sikap 11

2.3 Faktor Sikap 12

2.3.1 Pengaruh sikap terhadap

pembelajaran pelajar

14

2.4 Definisi Minat 15

2.5 Faktor Minat 16

2.5.1 Pengaruh minat terhadap

pembelajaran pelajar

17

2.6 Persepsi pelajar terhadap pendidik 17

2.6.1 Kaitan antara keberkesanan

pengajaran guru dengan pencapaian

pelajar

19

2.7 Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

(MLVK)

22

2.8 Pegawai Latihan Kemahiran 23

2.9 Kesimpulan 24

3 METODOLOGI KAJIAN 25 3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka bentuk Kajian 25

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Populasi Kajian 26

3.5 Sampel Kajian 27

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

ix

3.6 Instrumen Kajian 27

3.7 Prosedur Kajian 29

3.8 Kajian Rintis 29

3.9 Analisis Data 30

3.10 Kesimpulan 32

4 ANALISIS DATA 33 4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Data 33

4.3 Analisis Bahagian A : Biodata Responden 34

4.4 Analisis Bahagian B 37

4.4.1 Sikap Pelatih 37

4.4.2 Minat Pelatih terhadap jurusan 40

4.4.3 Persepsi Pelatih terhadap tenaga

pengajar

43

4.4 Analisis Keseluruhan 46

4.5 Kesimpulan 47

5 RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

48

5.0 Pengenalan 48

5.1 Perbincangan Hasil Kajian 48

5.1.1 Perbincangan Bahagian A 49

5.1.2 Perbincangan Bahagian B 50

5.1.2.1 Sikap pelatih yang menjalani

latihan kemahiran

50

5.1.2.2 Minat pelatih terhadap jurusan

yang diikuti

52

5.1.2.3 Persepsi pelatih terhadap pengajar 54

5.2 Rumusan hasil perbincangan 55

5.3 Cadangan 57

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

x

5.3.1 Cadangan untuk pelatih 57

5.3.2 Cadangan untuk tenaga

pengajar

58

5.3.3 Cadangan untuk Pusat

Kemahiran

58

5.3.4 Cadangan untuk pihak

kerajaan secara umum

59

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 59

5.5 Kesimpulan 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN 64 Lampiran A 64 Lampiran B 69 Lampiran C 70

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.0 Peratus ketidakhadiran pelatih di sebuah jurusan

di sebuah pusat kemahiran

4

3.1 Pembahagian Item 28

3.2 Peringkat perskalaan yang digunakan bagi item-

item dalam Bahagian B

28

3.3 Skala Pemeringkatan 31

3.4 Darjah penilaian bagi sikap pelatih 31

3.5 Darjah penilaian bagi minat pelatih 31

3.6 Darjah penilaian bagi persepsi pelatih terhadap

tenaga pengajar

32

4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina .

34

4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa

34

4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur

35

4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bidang Pekerjaan Ibu Bapa/penjaga.

35

4.5 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Aliran di sekolah menengah

36

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan

Peratusan Bagi Faktor Sikap Pelatih

38

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan

Peratusan Bagi Faktor Minat Pelatih

41

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan

PeratusanBagi Faktor Pengajar

43

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

xii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

KKBN Kolej Kemahiran Belia Nasional

IKBN Institut Kemahiran Belia Nasional

MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

SKM Sijil Kemahiran Malaysia

SPSS Statistical Package of Social Science

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soalan Soal Selidik

B Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan

C Surat Pengesahan Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menjelang tahun 2020, kerajaan berhasrat untuk mencapai status negara maju

selaras dengan matlamat wawasan 2020 yang di warwarkan oleh Perdana Menteri

Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia

dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

teknologi, mahupun sosialisasinya.

Untuk menjadi sebuah negara yang maju, aspek pertama yang perlu diambil

kira adalah keperluan sumber manusia dimana ia merupakan cabaran yang terbesar

kearah untuk menyediakan keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang

diperlukan menjelang tahun 2020. Untuk itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai

inisiatif untuk memastikan bekalan sumber tenaga manusia mencukupi bagi

menampung keperluan industri dan pembangunan Negara.

Institut Kemahiran Belia Nasional(IKBN) merupakan salah sebuah pusat

latihan kemahiran yang diwujudkan oleh kerajaan untuk melatih belia-belia di negara

kita di dalam bidang latihan kemahiran sebagai suatu persediaan ke arah

menyediakan sumber tenaga pekerja mahir. Misi penubuhan IKBN ialah untuk

mewujudkan seramai mungkin belia berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal,

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

2

berdisiplin, berwawasan serta berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang

berketrampilan selaras dengan Dasar Pembangunan Belia. Mereka yang menamatkan

latihan di IKBN akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang

dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Sijil yang

diberikan ini akan menjadi suatu kelayakan kepada mereka unuk mendapatkan

pekerjaan.

Menurut ucapan Y.B Datuk Abdul Rahman Bin Bakar (Timbalan Menteri

Sumber Manusia) sewaktu Perasmian Karnival Pekerjaan pada 2 Jun 2005

menyatakan:

“Usaha untuk memahirkan rakyat khasnya lepasan SPM sentiasa

diambil berat oleh kerajaan terutamanya dengan penubuhan institut-institut latihan vokasional yang menelan belanja berjuta ringgit seperti Institut Latihan Perindustrian; Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) serta institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta bertujuan menyediakan rakyat Malaysia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan”

Penubuhan pusat-pusat latihan kemahiran ini dijangka akan dapat memenuhi

keperluan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh negara. Golongan yang menjadi

sasaran sudah pastinya golongan remaja atau belia lepasan sekolah yang mungkin

tidak cemerlang pelajarannya tetapi masih boleh dibentuk untuk memastikan mereka

boleh menyumbang kepada negara.

Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, pusat latihan ini adalah

diharapkan dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju

dengan adanya sumber tenaga kerja mahir dan separa mahir yang mencukupi. Walau

bagaimanapun, hasrat ini akan hanya dapat dicapai sekiranya pusat-pusat kemahiran

ini berjaya menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan ini. Kejayaan pusat-pusat

kemahiran ini adalah bergantung kepada kualiti tenaga kerja mahir yang dihasilkan

dimana adakah tenaga kerja ini dapat memenuhi kriteria pekerja yang diperlukan?

Banyak faktor yang mungkin boleh mempengaruhi kualiti tenaga kerja yang

akan dihasilkan oleh pusat kemahiran. Walau bagaimanapun terpulanglah kepada

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

3

pihak pengurusan pusat kemahiran untuk menilai kualiti pelatih yang dihasilkan oleh

mereka sama ada kelemahan terdapat pada mereka atau pelatih-pelatih itu sendiri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembangunan sumber manusia haruslah dipandang serius bagi memastikan

negara mempunyai pekerja-pekerja mahir dan separa mahir yang akan memastikan

negara mencapai status negara maju menjelang 2020. Oleh yang demikian, negara

perlu menyediakan bekalan tenaga kerja yang berkualiti bagi memenuhi keperluan

ini. Langkah ini hanya akan dapat dicapai sekiranya belia-belia yang mengikuti

latihan kemahiran pada masa kini berusaha dengan bersungguh-sungguh dan

menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang kemahiran yang diceburi

mereka. Dengan adanya minat dan kesungguhan, golongan belia hari ini akan

menjanjikan tenaga kerja yang berkualiti untuk pembangunan negara.

Walaubagaimanapun, hasrat negara ini tidak akan tercapai sekiranya belia-

belia tidak memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan

baik. Belia-belia yang diberikan peluang ini seharusnya berusaha dengan

bersungguh-sungguh dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang

kemahiran yang diceburi mereka. Dengan adanya minat dan kesungguhan ini,

golongan belia hari ini akan menjanjikan tenaga kerja yang berkualiti untuk

pembangunan negara.

Namun begitu, kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh pusat kemahiran

pada hari ini masih boleh disangsikan. Kualiti yang dimaksudkan disini ialah, adakah

pelatih-pelatih yang dikeluarkan pusat kemahiran ini boleh menjadi seorang pekerja

yang betul-betul berkebolehan dan mahir di bidangnya? Atau adakah mereka sekadar

lulus dan mendapat sijil kemahiran? Kesangsian ini adalah berasas berdasarkan

beberapa bukti yang boleh menunjukkan pelatih-pelatih ini tidak bersungguh-

sungguh atau berminat dengan program kemahiran yang mereka ikuti. Bukti pertama

yang menyokong situasi ini ialah masalah ponteng yang berlaku di pusat kemahiran

seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 1.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

4

Bulan Peratus pelatih yang tidak mencukupi 80% kehadiran penuh

Januari 14.8 Februari 33.3

Mac 22.2 April 40.7 Mei 48.1 Jun 51.8

Jadual 1: Peratus ketidakhadiran pelatih di sebuah jurusan di sebuah pusat

kemahiran (sumber dari rekod kehadiran di sebuah jurusan di pusat

kemahiran)

Daripada jadual yang diperolehi ini, jumlah peratusan pelatih yang tidak

melengkapkan 80 peratus kehadiran penuh semakin meningkat dari bulan pertama

pengajian sehingga bulan terakhir dalam semester pengajian kecuali pada bulan

ketiga. Kehadiran yang kurang dari 80 peratus boleh dikatakan sebagai ponteng

kerana tidak hadir tanpa sebab. Ini menunjukkan kemerosotan peratus kehadiran ini

mungkin mempunyai alasan-alasan yang tertentu. Masalah ponteng ini juga dapat

memberi gambaran yang kurang baik terhadap sikap mereka. Melakukan ponteng

menunjukkan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk mengikuti latihan dan

melakukannya dengan sambil lewa sahaja.

Apabila pelatih-pelatih tidak menunjukkan kesungguhan sudah tentu ilmu

dan kemahiran yang diperolehi mereka tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya di

dalam alam pekerjaan. Pelatih-pelatih seperti ini mungkin akan menimbulkan

masalah apabila bekerja nanti. Sikap yang ditunjukkan oleh pelatih ini sudah pasti

akan menjejaskan kualiti tenaga kerja yang diperlukan oleh negara kita. Masalah ini

juga akan menyebabkan belia-belia lepasan latihan kemahiran akan berhadapan

dengan masalah pengangguran kerana tidak memenuhi kriteria yang diperlukan oleh

pasaran kerjaya semasa. Situasi ini dapat disokong dengan hasil tinjauan yang dibuat

di pusat kemahiran yang mendapati hampir separuh daripada pelatih-pelatih yang

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

5

telah menamatkan latihan belum mendapat pekerjaan dan bekerja bukan di bidang

mereka.

Masalah pelatih yang tidak mendapat pekerjaan atau bekerja bukan dibidang

mereka mungkin juga boleh dikaitkan dengan faktor minat. Ini kerana, minat

merupakan kecenderungan seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara,

Syarifah Alwiah(1983). Minat juga merupakan sesuatu yang boleh mempengaruhi

sikap seseorang individu. Jika sikap yang ditunjukkan tidak baik, maka kesimpulan

boleh dibuat bahawa individu itu tidak berminat dengan apa yang dilakukannya.

Namun begitu, masalah ponteng dan tidak berminat ini mungkin juga

disebabkan faktor selain faktor sikap dan minat seperti persekitaran atau sesi p&p

yang tidak menarik. Proses p&p sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk

memastikan kejayaan pelajar dan individu yang bertanggungjawab untuk

menyampaikan pengajaran adalah guru jika disekolah dan pengajar kemahiran jika di

pusat kemahiran. Seorang guru yang mengajar di sekolah perlu mengikuti kursus

ikhtisas perguruan sekurang-kurangnya selama setahun. Ini adalah berbeza dengan

pengajar kemahiran dimana mereka hanya mengikuti kursus kelayakan mengajar

hanya selama dua minggu atau 4 bulan. Kursus ini akan melayakkan mereka untuk

ditauliahkan sebagai VTO (Vocational Training Officer). Apa yang disangsikan oleh

penyelidik disini ialah adakah kursus dalam jangka masa yang sangat singkat ini

dapat memastikan mereka menjadi seorang pengajar yang berkesan dan

berkemahiran? Pengajar yang kurang berkebolehan mungkin akan menghasilkan

pelatih yang mempunyai kualiti yang rendah dari segi pengetahuan kemahirannya.

Oleh itu penyelidik ingin mengkaji faktor-faktor yang boleh menjejaskan

kualiti pelatih pusat kemahiran melalui aspek sikap dan minat serta persepsi pengajar

mereka sama ada aspek-aspek ini mungkin akan memberikan kesan yang baik atau

tidak baik terhadap kualiti pelatih-pelatih ini.

1.3 Penyataan Masalah Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk

mengenalpasti aspek sikap dan minat, sama ada mereka berminat atau tidak dan

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

6

mempunyai sikap yang positif atau negatif terhadap latihan kemahiran yang mereka

ikuti seterusnya dapat menilai dan menjangka pencapaian mereka. Begitu juga

dengan pengajar kemahiran yang hanya mengikuti kursus latihan mengajar dalam

jangka masa yang pendek sahaja.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini di jalankan bagi :

i. Mengenalpasti sikap belajar pelatih yang mengikuti program latihan

kemahiran.

ii. Mengenalpasti minat pelatih terhadap jurusan yang diikuti di pusat

kemahiran.

iii. Mengenalpasti persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar di pusat

kemahiran.

1.5 Persoalan Kajian

1. Bagaimanakah sikap pelatih yang mengikuti program latihan

kemahiran?

2. Bagaimanakah minat pelatih terhadap jurusan yang diikuti di pusat

kemahiran?

3. Apakah persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar di pusat kemahiran?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap dan minat belia yang

mengikuti latihan kemahiran di pusat-pusat kemahiran yang ada di negara kita.

Disamping itu, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau persepsi pelatih terhadap

tenaga pengajar yang mempunyai latar belakang kaedah mengajar yang agak singkat.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

7

Hasil dapatan melalui kajian ini akan dapat menyelesaikan masalah permintaan

tenaga pekerja mahir dan separa mahir di negara kita. Hasil kajian dan maklumat ini

juga penting dan berguna sebagai garis panduan dan rujukan kepada beberapa pihak

tertentu.

1.6.1 Pusat kemahiran

Kajian yang di jalankan ini boleh di jadikan panduan kepada pihak institut

atau pusat kemahiran untuk menambahbaik proses pembelajaran kemahiran untuk

menarik perhatian serta minat pelatih untuk menceburi bidang kemahiran yang

disediakan. Disamping itu, pihak pentadbiran institusi juga mungkin boleh membina

satu garis panduan baru untuk mengambil pelatih yang terdiri daripada belia yang

benar-benar berminat sahaja.

1.6.2 Pengajar kemahiran

Kajian ini juga dapat mendatangkan manfaat kepada pengajar-pengajar di

pusat kemahiran. Melalui dapatan kajian ini nanti, pengajar seharusnya dapat

mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan

pelatih berminat dan bersungguh-sungguh di dalam bidang yang diceburinya.

1.6.3 Pelatih kemahiran

Menyedarkan pelajar kemahiran supaya membuat pemilihan yang tepat untuk

mengikuti sesuatu jurusan yang diceburi di pusat kemahiran. Hal ini penting untuk

memastikan mereka mempunyai minat terhadap bidang yang diceburi dan dapat

menjadi pekerja yang terlatih, berketrampilan dan berkualiti serta boleh diterima di

dalam sektor industri.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

8

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini di jalankan hanya ke atas pelatih-pelatih di sebuah pusat kemahiran

di Pontian, Johor. Seramai 140 orang pelatih akan terlibat di dalam kajian ini dimana

pelatih-pelatih ini dipilih secara rawak daripada enam jurusan yang ditawarkan di

sini. Pusat Kemahiran di Pontian ini dipilih kerana ia merupakan salah sebuah institut

kemahiran yang boleh mengeluarkan tenaga kerja untuk sektor industri.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan bagi menerangkan dengan

lebih tepat menurut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan dalam kajian

ini nanti. Diantara istilah yang digunakan ialah:

1.8.1 Sikap Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1990), sikap merupakan

kelakuan dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang individu. Menurut Kartz

(1960), sikap ialah sesuatu yang mempengaruhi yang terhasil dari perasaan,

kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi. Ianya merupakan

kecenderungan untuk menilai unsur kognitif dan afektif seseorang sama ada baik

atau buruk.

Dalam kajian ini, sikap dikaitkan dengan gaya yang ditunjukkan terhadap

pembelajaran dan latihan yang diikuti. Sikap yang wujud akan menentukan

kecenderungan untuk bertindak, perasaan tentang betul dan salah serta suka atau

benci terhadap objek atau nilai. Ini akan menentukan kejayaan latihan yang

dijalaninya.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

9

1.8.2 Minat

Menurut Kamus Dewan (1990), minat ialah keinginan, kesukaan atau

kecenderungan kepada sesuatu perkara. Syarifah Alawiah (1983), mendefinisikan

minat sebagai daya penggerak atau kecederungan seseorang itu memberi perhatian

terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan. Penumpuan terhadap perkara

yang menarik minat akan timbul secara spontan dan individu akan mengambil berat

terhadapnya. Dalam kajian ini, minat yang dimaksudkan ialah minat pelatih terhadap

latihan kemahiran yang diikuti di pusat kemahiran.

1.8.3 Pelatih

Kamus Oxford (1997) mendefinisikan pelatih sebagai individu yang sedang

menjalani latihan. Dalam kajian ini, pelatih merujuk kepada individu yang sedang

mengikuti latihan kemahiran dalam pelbagai kursus di Pusat Kemahiran.

1.8.4 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), persepsi bermaksud gambaran

atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi

pancaindera) dan tanggapan mengenai sesuatu.

Dalam kajian ini persepsi bermaksud tanggapan pelatih-pelatih terhadap

tenaga pengajar mereka.

1.8.5 Pengajar

Pengajar adalah individu yang ditugaskan untuk memberi dan

menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada pelatih di dalam sesebuah

pusat kemahiran. Dalam konteks kajian ini pengajar adalah orang yang mengajar di

sebuah pusat kemahiran di daerah Pontian.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada masa itu, negara Malaysia dijangka dapat menjadi sebuah negara yang membangun dari aspek ekonomi,

10

1.8.6 Latihan Kemahiran

Kamus Oxford (1997) mendefinasikan latihan sebagai aktiviti

mempraktikkan, membuat ulangan aktiviti untuk meningkatkan kepandaian dan

kemahiran. Kemahiran pula menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2000), adalah

keupayaan untuk melakukan sesuatu dengan baik dan sempurna melalui latihan dan

pengalaman.Dalam kajian ini, latihan kemahiran adalah pembelajaran atau didikan

mengenai pelbagai aktiviti berbentuk kerja tangan atau pembentukan individu yang

dipelajari di pelbagai jurusan di KKBN Pontian ini.

1.8.7 Sijil Kemahiran Malaysia

Menurut konteks Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK, 1996) Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu kelayakan yang dianugerahkan kepada

seseorang calon yang telah membuktikan ketrampilan mereka dalam setiap Duti yang

disenaraikan dalam Standard Kemahiran Kebangsaan bagi sesuatu bidang kemahiran

dan tahap-tahap yang tertentu.