19
JAWATANKUSA PEMBUKA PETI SEBUT HARGA KOD SEKOLAH :………………… : ENROLMEN PELAJAR : ………………… NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………………………………..…………………………………………….. TARIKH : …………………………….. MASA : ………………………………..….. KEAHLIAN : 1. Pengerusi : ……………………………………………………………. Tanda Tangan …………………………………… Jawatan : …………………………………………………………….. Gred Jawatan : ……………………………………………………………. 2. Ahli Jawatankuasa : 2.1 Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan …………………...……………… Jawatan : …………………………………………………………….. Gred Jawatan : …………………………………………………………. 2.2. Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan …………………………………… Jawatan : …………………………………………………………….. Gred Jawatan : ……………………………………………………..…..

Borang dan perjanjian kantin

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Borang dan perjanjian kantin

JAWATANKUSA PEMBUKA PETI SEBUT HARGA

KOD SEKOLAH :………………… : ENROLMEN PELAJAR : …………………

NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………………………………..…………………………………………….. TARIKH : …………………………….. MASA : ………………………………..….. KEAHLIAN : 1. Pengerusi : ……………………………………………………………. Tanda Tangan …………………………………… Jawatan : …………………………………………………………….. Gred Jawatan : ……………………………………………………………. 2. Ahli Jawatankuasa : 2.1 Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan …………………...……………… Jawatan : …………………………………………………………….. Gred Jawatan : …………………………………………………………. 2.2. Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan …………………………………… Jawatan : …………………………………………………………….. Gred Jawatan : ……………………………………………………..…..

Page 2: Borang dan perjanjian kantin

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIA JAWATANKUSA SEBUT HARGA

KOD SEKOLAH : ENROLMEN PELAJAR : ………..……………. NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………….………………………………………………………………. TARIKH : …………………………….. MASA :…………………………….. KEAHLIAN : 1. Pengerusi : ……………………………………………………………. Tanda Tangan ……………………… Jawatan : ……………………………………………………………. Gred Jawatan : ……………………………………………………….….. 2. Ahli Jawatankuasa : 2.1 Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan ……………………… Jawatan : ……………………………………………………..……… Gred Jawatan : ……………………………………………………….….. 2.2. Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan ……………………… Jawatan : …………………………………………………………….. Gred Jawatan : ………………………………………………..…………..

LAMPIRAN 2

Page 3: Borang dan perjanjian kantin

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

SEKOLAH …………………………………………………………………………………..............................................

SENARAI PEMOHON :

Bil. Nama Pengusaha Modal Berbayar

Pusingan Kadar Sewaan

Yang Dibida Pengalaman Sijil Kewangan*

Kedudukan Pemilihan

Tanda Tangan Pengerusi …………………………………… Tanda Tangan Ahli : ………………………………… Tanda Tangan Ahli : …………………………………

Nama : ……………………………………………………………… Nama : ……………………………………………………. Nama : ……………………………………………………..

Jawatan : …………………………………………………………… Jawatan : ………………………………………………… Jawatan : …………………………………………………

Catatan : * Tandakan _/ jika ada.

LAMPIRAN 3

Page 4: Borang dan perjanjian kantin

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIA PEMILIHAN PEMBIDA/PENGUSAHA

SEKOLAH …………………………………………………………………………………......................................

ULASAN DAN SEBAB : Kedudukan dan Keputusan Sebut Harga : Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara membuat keputusan pilihan/ ketentuan berdasarkan :-

Bil. Kedudukan : ( Nama Syarikat ) Ulasan dan Sebab

1

2

3

4

5

6

7

Tanda Tangan Pengerusi …………………………………………… Tanda Tangan Ahli : …………………………………………………….

Nama : ……………………………………………………………………… Nama : ……………………………………………………………….………

Jawatan : ……………………………………………………………….…. Jawatan : …………………………………..………………………………..

Tanda Tangan Ahli : …………………………………………..……….

Nama : ………………………………………………………………………

Jawatan : ………………………………………………………………..…. Tarikh :

LAMPIRAN 4

Page 5: Borang dan perjanjian kantin

Sekolah Kebangsaan Permai Indah

14000 Bukit Mertajam

Seberang Perai

Rujukan: SKPI(KANTIN) 700-8/1(1)

Tarikh : 2 Disember 2013

Puan Jamaliah bt Desa

Jaz Murni Enterprise

1467, Kampung Alma

14000 Bukit Mertajam

Tuan/Puan,

SEBUT HARGA PEROLEHAN KANTIN SEKOLAH

Adalah saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak tuan/puan telah dipilih sebagai pengusaha kantin seklah ini bagi sesi 2014- 2015.

3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki hadir ke sekokolah seperti di atas bagi menada tangani surat penerimaan tawaran dan menurunkan tanda tangan pada surat perjanjian kantin di sekolah tersebut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat ini.

4. Pihak tuan/puan tertakluk kepada perjanjian bagi tujuan mengendalikan makanan bagi pihak syarikat tuan/puan sendiri. Jika sekiranya didapati pihak tuan/puan memberi kuasa mengurus kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis dari pihak berwajib, bermakna tawaran ini terbatal dengan sendirinya.

Sekian, terima kasih.

………………………………………… ( Tanda tangan )

Mohd Hasri bin Hassan

Pengerusi Sebut Harga Perolehan Kantin.

Guru Besar

SK Permai Indah

Page 6: Borang dan perjanjian kantin

Sekolah .........................................................

...........................................................................

...........................................................................

Ruj. Kami: Tarikh :

..............................................................

.............................................................

.............................................................

Tuan

PERINGATAN PEMBAYARAN PENYEWAAN KANTIN (AMARAN PERTAMA)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan telah gagal menjelaskan bayaran sewa

bulanan premis kantin tuan di Sekolah Kebangsaan ....................... bagi bulan ...................

mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam surat perjanjian penyewaan kantin.

3. Tuan hendaklah menjelaskan bayaran sewa premis kantin tuan dalam tempoh 14

dari tarikh tuan menerima surat ini. Kegagalan pihak tuan menjelaskan bayaran sewa

bulanan kantin ini akan membolehkan pihak kerajaan mengambil langkah menamatkan

perjanjian penyewaan kantin antara pihak tuan dengan kerajaan.

4. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

....................................................

Guru Besar Sekolah Kebangsaan

s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, JPN Selangor 2. Fail kantin

LAMPIRAN 6

Page 7: Borang dan perjanjian kantin

Sekolah .........................................................

...........................................................................

...........................................................................

Ruj. Kami: . Tarikh :

.........................................................................

........................................................................

........................................................................

Tuan

PERINGATAN PEMBAYARAN PENYEWAAN KANTIN (AMARAN KEDUA)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan masih gagal menjelaskan bayaran sewa

bulanan kantin Sekolah Kebangsaan ........................ bagi bulan .................. sungguhpun

Notis Peringatan Pembayaran Penyewaan Kantin (Amaran Pertama)

....................................... bertarikh ............... telah diberikan.

3. Kegagalan pihak tuan menjelaskan bayaran sewa bulanan kantin ini membolehkan

pihak kerajaan menamatkan perjanjian dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuan menerima

surat ini.. Notis Penamatan Perjanjian akan dikeluarkan sebaik sahaja tempoh yang

diberikan kepada tuan untuk menjelaskan sewa bulanan premis kantin tuan ini tamat.

Sayugia diingatkan bahawa pihak kerajaan tidak akan menanggung sebarang kerugian

akibat dari penamatan perjanjian ini.

4. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.......................................................

Guru Besar Sekolah Kebangsaan

s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, JPN Selangor

LAMPIRAN 7

Page 8: Borang dan perjanjian kantin

2. Fail kantin

Sekolah .........................................................

...........................................................................

...........................................................................

Ruj. Kami: .

Tarikh :

............................................................................

.............................................................................

.............................................................................

Tuan

NOTIS PENAMATAN PERJANJIAN PENYEWAAN KANTIN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan masih gagal menjelaskan bayaran sewa

bulanan kantin Sekolah Kebangsaan .................................... bagi bulan ...............................

sungguhpun surat Peringatan Penyewaan Kantin (Amaran Pertama)

........................................ bertarikh .................. dan surat Peringatan Penyewaan Kantin

(Amaran Kedua................................... bertarikh ................................ telah diberikan.

3. Sehubungan dengan itu Perjanjian Penyewaan Kantin antara pihak tuan dan

Kerajaan Malaysia di Sekolah Kebangsaan ................................. ditamatkan pada

.............................. Pihak tuan boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh tujuh hari dari

penamatan tersebut. Sayugia diingatkan bahawa pihak kerajaan tidak akan menanggung

sebarang kerugian akibat dari penamatan perjanjian ini.

Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

......................................................

Guru Besar Sekolah ................................................ s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, JPN Selangor.

2. PPD

LAMPIRAN 8

Page 9: Borang dan perjanjian kantin

PK 04-3

SULIT

INSTITUSI:.....................................................................

LAPORAN PENYIASATAN ADUAN PELANGGAN

1. Tajuk Berita/Jenis Aduan (Bertulis/Lisan) :

2. No. Aduan :

3. Kategori Aduan :

4. Akhbar/Nama & Alamat Pengadu :

5. Tarikh Terbitan/Siaran/Aduan :

6. Lampiran (Petikan Akhbar/Salinan Aduan) :

7. Laporan Siasatan :

7.1 Perkara/Isu yang berlaku

7.2 Nama institusi terlibat :

7.3 Pihak yang terlibat (Murid/Guru/Kakitangan/Lain-lain)

7.3.1. Nama

7.3.2. No. Kad Pengenalan/Sijil Lahir

7.3.3. Jantina

7.3.4. Tingkatan (Jika Murid)

7.3.5. No. Fail Jabatan (Jika Guru/Kakitangan)

7.4 Tarikh/Masa/Tempat

7.5 Latar belakang dan Punca Kejadian

7.6 Dapatan Siasatan :

7.7 Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan

(Bahagian/Jabatan/PPD/Sekolah)

7.8 Nama Pegawai Penyiasat

7.9 Tarikh Siasatan

8. Status Kes :

9. Syor/Cadangan :

10. Lampiran (Jika ada):

Disediakan : Disahkan :

................................. ..................................

Pegawai Penyiasat Aduan (Pengarah/ Timbalan Pengarah/

KPP/KS/PPD/KU)

Tarikh Penyediaan Laporan :

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 1 Februari 2011- Keluaran 04| Pindaan 00

LAMPIRAN 9

Page 10: Borang dan perjanjian kantin

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

PERJANJIAN ini dibuat pada………………… ( tarikh semasa ) ……………………………………………………..

Antara Kerajaan Malaysia , yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Sekolah

…….………….…....………………………………..…………………… (kemudian dari ini disebut “Kerajaan”) bagi

pihak pertama; dengan ……………………………………………………………………………………………………………

(No Syarikat: …………………………………..)sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang –

undang Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di……………………………… (kemudian dari ini

disebut “ Pengusaha Kantin”) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWANYA –

A. Kerajaan bersetuju untuk memberikan hak kepada Pengusaha Kantin untuk berniaga bahan –

bahan makanan dan minuman mengikut senarai yang ditetapkan oleh Kerajaan di permis yang disediakan oleh Sekolah………………………………………………………………………………..; dan

B. Pengusaha Kantin bersetuju untuk menerima hak itu dan mengusahakan kantin Sekolah

tersebut atas syarat – syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua – dua pihak bersetuju seperti berikut :

1. Takrif

Dalam Perjanjian ini perkataan – perkataan berikut membawa maksud yang ditetap baginya,

melainkan jika konteksnya memerlukan maksud yang lain –

“Kerajaan”

ertinya Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, KetuaPengarah

Kementerian Pelajaran, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi

Pendidikan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pengarah

Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Guru Besar / Pengetua Sekolah dan

Pegawai yang diberi kuasa sewajarnya;

“Sekolah” Ertinya Sekolah………………………………………………………………. Yang

termasuklah Guru Besar / Pengetua Sekolah dan Pegawai yang diberi kuasa sewajarnya;

” Pengusaha Kantin”

Ertinya………………………………………(Nama Syarikat)…………………..

Yang termasuklah wakilnya yang diberi kuasa, waris, penerima serah hak dan pekerja-pekerjanya di mana berkenaan;

“Kantin”

Ertinya premis yang disediakan oleh Sekolah untuk digunakan sebagai

kantin.

LAMPIRAN 10

Page 11: Borang dan perjanjian kantin

2. Persetujuan Pengusaha Kantin

Pengusaha Kantin bersetuju untuk mengusahakan kantin di permis yang ditetapkan oleh Sekolah dan kedua – dua pihak bersetuju bahawa Pengusaha Kantin bertanjungjawab

sepenuhnya untuk mengusahakan kantin berdasarkan syarat – syarat yang ditetapkan oleh Perjanjian ini.

3. Tempoh Perjanjian

3.1 Perjanjian ini adalah bagi suatu tempoh selama dua puluh tiga bulan (24 bulan) mulai

daripada 01 Disember ……………… (Kemudian dari ini disebut “Tarikh Kuat Kuasa Perjanjian’ )

Sehingga 30 November …………….. (kemudian dari ini disebut “Tarikh Tamat Perjanjian”).

3.2 Perjanjian ini boleh dilanjutkan untuk tempoh dua belas (12) bulan lagi bermula selepas

tamat tempoh yang disebut dalam Fasal 3.1 dengan persetujuan kedua – dua pihak dan

pelanjutan tempoh ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui Perjanjian Tambahan

menurut format yang ditetapkan di lampiran II. Perlanjutan tempoh ini hendaklah

berdasarkan terma dan syarat yang sama melainkan peruntukan Fasal 3.2 ini.

4. Wakil Kerajaan Mengeluarkan Arahan

Bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini, Kerajaan adalah diwakili oleh Guru Besar / Pengetua

Sekolah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan apa - apa arahan kepada pengusaha

kantin yang selaras dengan peruntukan perjanjian ini.

5. Sewa Kantin

5.1 Dalam tempoh perjanjian ini berkuat kuasa , Pengusaha Kantin hendaklah membayar

kepada kerajaan sewa kantin berjumlah Ringgit …………………………………………………………. (RM…………..) setiap bulan kecuali bulan Disember ( kemudian dari ini disebut “ Sewa

Kantin”).

5.2 Pengusaha Kantin hendaklah membayar Sewa Kantin kepada Kerajaan , melalui Guru Besar /

Pengetua Sekolah, pada minggu pertama tiap – tiap bulan kalender.

5.3 Sewa kantin pada bulan Disember dikecualikan.

6 Deposit Sewa Kantin

6.1 Pengusaha Kantin hendaklah menyerahkan wang deposit berjumlah Ringgit …………………

……………………………………………………………………………..(RM …………………………..), yang

bersamaan dengan sebulan Sewa Kantin, tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada Tarikh

Kuatkuasa Perjanjian kepada Guru Besar / Pengetua sekolah.

Page 12: Borang dan perjanjian kantin

6.2 Wang deposit ini akan dikembalikan oleh Sekolah kepada Pengusaha Kantin, tanpa faedah,

tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tarikh tamat perjanjian, tertakluk kepada apa – apa potongan oleh Kerajaan sebagaimana yang di benarkan di bawah perjanjian ini.

6.3 Wang deposit tidak akan dikembalikan jika pengusaha kantin menarik diri sebelum tarikh tamat perjanjian.

7 Bayaran Penggunaan Elektrik dan Air dan Deposit

7.1 Pengusaha Kantin Bertanggungjawab ke atas penggunaan elektrik dan air di Kantin Sekolah sepanjang tempoh kuatkuasa Perjanjian dan bayaran bagi penggunaan elektrik dan air itu

hendaklah dibayar terus oleh Pengusaha Kantin kepada pihak berkuatkuasa yang berkenaan.

7.2 Sebagai sekuriti bagi pelaksanaan tanggungjawab ini, Pengusaha Kantin hendaklah menyerahkan wang berjumlah Ringgit …………………………………………………………………..

(RM…………………) sebagai deposit bayaran elektrik dan air tidak lewat dari tujuh (7) hari

daripada tarikh kuat kuasa perjanjian kepada Guru Besar / Pengetua sekolah.

7.3 Wang deposit ini akan dikembalikan oleh sekolah kepada pengusaha kantin, tanpa faedah,

tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tamat perjanjian, tertakluk kepada apa-apa potongan

oleh Kerajaan jika terdapat apa-apa bayaran elektrik dan air yang tertunggak.

8 Penyediaan dan Penjualan Makanan dan Minuman

8.1 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan penjualan makanan dan minuman yang

disediakan adalah menepati spesifikasi yang ditetapkan sebagaimana dalam LAMPIRAN D dan Pengusaha Kantin juga hendaklah memastikan agar makanan dan minuman tersebut dijual

pada harga sebagaimana yang ditetapkan dalam LAMPIRAN D.

8.2 Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi garis paduan dan arahan yang terkandung dalam Garis Panduan Kantin Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari

semasa ke semasa.

8.3 Makanan yang dihidangkan hendaklah halal dan tidak berlawanan dengan kehendak –

kehendak agama Islam dan disediakan mengikut peraturan – peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah.

8.4 Barang – barang dapur, alat- alat memasak, pinggan mangkuk dan tempat – tempat

menyimpan bahan makanan dan pekakas memasak hendaklah semuanya digunakan bagi tujuan memasak makanan yang halal sahaja.

8.5 Barang – barang yang tidak halal, sama ada mentah, bermasak atau diproses, adalah dilarang dibawa masuk ke dalam kantin.

Page 13: Borang dan perjanjian kantin

8.6 Bahan makanan yang dibawa dari luar Sekolah hendaklah menggunakan alat perkakasnya

sendiri dan tidak boleh menggunakan barang – barang atau alat perkakas kantin.

8.7 Pengusaha Kantin hendaklah menjaga kebersihan kantin dan persekitaranya pada setiap

masa dan mematuhi peraturan – peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang diperuntukan dalam Garis Panduan Kantin Sekolah.

8.8 Pengusaha kantin hendaklah mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh

sekolah dari semasa ke semasa berhubung dengan kebersihan kantin, penyediaan dan penjualan makanan dan minuman dan apa –apa perkara lain yang berkaitan.

9 Penjagaan Kantin

9.1 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan perabot dan peralatan yang dipasang atau

disediakan oleh Sekolah untuk kegunaan kantin sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan yang baik.

9.2 Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk membaiki apa –apa kerosakan kepada

perabot dan peralatan Kantin atau membayar ganti rugi kepada sekolah bagi apa – apa kerosakan yang tidak boleh dibaiki apabila diminta berbuat demikian dan sebelum tarikh

tamat perjanjian. Kerajaaan berhak untuk mengambil mana –mana bahagian daripada deposit sewa kantin yang dirujuk di Fasal 5 jika pengusaha kantin gagal membayar ganti

rugi dalam tempoh yang ditetapkan.

10. Hak Kerajaan Mendapatkan Khidmat Pihak Ketiga

10.1 Sekiranya Pengusaha Kantin gagal mematuhi obligasi di klausa 8.1 yang dibaca bersama

LAMPIRAN D. (berhubung spesifikasi makanan dan minuman dan LAMPIRAN D

(berhubung spesifekasi harga), maka Kerajaan hendaklah mempunyai hak untuk

menggunakan budi bicara mutlak untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman

daripada mana-mana pihak ketiga tanpa perlu memaklumkan kepada Pengusaha Kantin.

10.2 Apabila Kerajaan memilih untuk mendapatkan khidmat pihak ketiga maka, semua kos dan

perbelanjaan yang berkaitan bagi maksud mendapatkan khidmat pihak ketiga tersebut

hendaklah menjadi suatu tuntutan hutang terhadap Pengusaha Kantin dan Kerajaan

mempunyai opsyen berikut:

(a) Membuat potong secara terus di bawah klausa 6.2 daripada deposit yang dibayar oleh Pengusaha Kantin di bawah klausa 6.1;

(b) Menggunakan hak untuk membuat potongan daripada penerimaan bayaran sewa bulanan kantin yang diterima oleh Kerajaan dan Pengusaha Kantin mempunyai

tanggungjawab untuk menyelesaikan baki tunggakan sewa bulanan tersebut setelah

potongan dibuat.

11. Waktu Perkhidmatan

Page 14: Borang dan perjanjian kantin

Pengusaha Kantin hendaklah memastikan kantin dibuka pada setiap hari persekolahan dan

pada hari – hari yang ditetapkan oleh Sekolah dari pagi hingga……………. petang/malam.

12. Pekerja Pengusaha Kantin

12.1 Pengusaha Kantin bertanggungjawab ke atas setiap pekerja dan

kakitangannya yang mengurus dan mengendalikan kantin dan hendaklah memastikan mereka disahkan oleh pegawai perubatan sebagai sihat dan tidak

berpenyakit dan tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah yang menyebabkan mereka

tidak sesuai bekerja di sekolah.

12.2 Kerajaan melalui Guru Besar / Pengetua, berhak mengarahkan Pengusaha Kantin,

dan apabila diarahkan sedemikian, Pengusaha Kantin hendaklah menukarkan mana – mana pekerja atau kakitangannya yang, berdasarkan pemerhatian pihak Sekolah,

didapati melanggar mana – mana peraturan dan arahan berhubung dengan

pengurusan dan pengendalian kantin sebagaimana yang ditetapkan oleh Penjanjian ini, atau didapati mempunyai masalah kesihatan yang berat atau berkelakuan tidak

sopan atau tidak bermoral atau menggangu murid – murid dan kakitangan Sekolah.

13 Tanggung Rugi

Pengusaha Kantin bersetuju dengan kerajaan bahawa –

(a) Pengusaha Kantin akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengusaha Kantin

dan, melepaskan kerajaan sepenuhnya sebagaimana yang dibenarkan oleh undang –

undang, dari apa – apa tuntutan dan tanggungan daripada apa kemalangan,

kerugian, kerosakan, kehilangan atau kematian yang terbit daripada Pengusaha

Kantin oleh Pengusaha Kantin di bawah Perjanjian ini dan Kerajaan , kerugian ,

kerosakan , kehilangan atau kematian itu;

(b) Pengusaha Kantin hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada apa –apa tuntutan

, prosiding, kerugian , kerosakan, kehilangan , ganti rugi dan kos yang ditunggung,

atau mungkin menjadi tanggungan Kerajaan berikut atau terbit dari –

(i.) Kecuaian dalam penggunaan atau salah guna atau, penyelewengan oleh pengusaha kantin atau wakil, pekerja dan ejennya;dan

(ii.) Apa – apa kehilangan , kerosakan atau kerugian harta atau kecederaan berikutan dari pelaksanaan Perjanjian ini.

14 Penyerahhakkan atau Sewaan

Pengusaha Kantin tidak boleh, melainkan dengan persetujuan bertulis Kerajaan terlebih

dahulu, menyerahhakkan Perjanjian ini atau menyewakan kantin atau mana – mana bahagian

Kantin kepada mana – mana pihak ketiga.

Page 15: Borang dan perjanjian kantin

15 Pemeriksaan oleh Kerajaan

Guru Besar / Pengetua , Pegawai Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat

Pelajaran Daerah , Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya dan mana – mana jabatan

kerajaan hendaklah dibenarkan untuk memasukki mana – mana bahagian Kantin pada bila

– bila masa yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan Kantin menurut bidang kuasa

masing - masing.

16 Struktur kantin

16.1 Pengusaha Kantin dilarang mengubah atau meminda struktur kantin, melainkan

bagi memasang atau meletakkan perabot dan lain – lain peralatan yang telah

dipersetujui oleh pihak sekolah, dan Pengusaha Kantin hendaklah bertangungjawab sepenuhnya ke atas pemasangan itu dan menanggung semua pembelanjaan yang

berkaitan.

16.2 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan struktur asal kantin tidak rosak atau

menjadi rosak berikutan dari pemasangan perobat atau peralatan itu. Jika berlaku

sebarang kerosakan, Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan berkenaan atau membayar rugi kepada pihak Sekolah.

17 Penyelesaian Pertikaian

17.1 Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjanjian ini antara kedua – dua pihak

hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri

daripada-

(a) Pengarah Pelajaran Negeri sebagai pengerusi.

(b) Seorang wakil Kerajaan yang dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri dari

kalangan pegawai – pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah; dan

(c) Seorang wakil yang dilantik oleh Pengusaha Kantin.

17.2 Jawatkuasa Penyelesaian Pertikaian boleh menentukan prosedurnya sendiri dan

Pengerusi hendaklah menentukan tarikh dan tempat untuk menyelesailkan pertikaian

itu.

18 Penamatan perjanjian

18.1 Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan mengemukakan notis bertulis tiga

puluh (30) hari tentang niatnya untuk menamatkan Perjanjian jika –

(a) Pengusaha Kantin melanggar mana – mana syarat Perjanjian ; atau

(b) Perkhidmatan kantin yang diberikan tidak memuaskan.

Page 16: Borang dan perjanjian kantin

18.2 Jika Pengusaha Kantin gagal untuk meremedi pelanggaran syarat – syarat perjanjian yang

berkaitan atau meningkatan perkhidmatan kantin ke suatu taraf yang memuaskan, maka Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian dengan mengemukakan notis penamatan secara

bertulis yang berkuatkuasa pada tarikh notis itu.

18.3 Kerajaan berhak menuntut apa – apa ganti rugi daripada Pengusaha Kantin berikutan dari

penamatan Perjanjian ini.

18.4 (a) Walau apapun peruntukan di dalam Perjanjian ini, kerajaan boleh menamatkan perjanjian ini dengan serta merta dengan memberikan notis tanpa memberi

sebarang alasan kepada pihak Pengusaha kantin sekiranya Kerajaan berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah patut.

(b) Sekiranya Kerajaan menamatkan Perjanjian di bawah klausa ini, kluasa 18.3

akan terpakai dan pihak Pengusaha Kantin berhak untuk menuntut apa

– apa bayaran yang kena dibayar dan terhutang pada masa penamatan

tersebut daripada kerajaan.

19 Peruntukan Am.

19.1 Apa –apa notis, kelulusan ,permohanan atau lain – lain komukasi yang perlu diberikan kepada suatu pihak oleh pihak yang satu lagi hendaklah secara bertulis,

dalam bahasa melayu dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan di alamat berikut, sama ada secara serahan tangan, pos biasa atau pos berdaftar.

bagi pihak kerajaan :

(nama Sekolah dan alamat sekolah)

u.p Guru Besar/Pengetua Sekolah

Bagi pihak pengusaha kantin:

(nama dan alamat berdaftar Pengusaha Kantin)

19.2 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut , dan dikawal oleh , undang – undang Malaysia dan kedua –dua pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada

bidang kuasa mahkamah Malaysia.

19.3 Pengusaha Kantin hendaklah menanggung apa – apa kos duit setem yang perlu dibayar berikutan dari Perjanjian ini.

19.4 Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi undang – undang Malaysia yang terpakai kepadanya dan apa –apa arahan atau peraturan yang dikeluarkan kepadanya oleh

pihak berkuasa yang dibuat di bawah undang – undang bertulis.

Page 17: Borang dan perjanjian kantin

20. Pindaan

Salah satu pihak boleh secara bertulis meminta supaya suatu pindaan, tambahan atau perubahan

pada keseluruhan atau sebahagian daripada Perjanjian ini dibuat bila-bila masa dengan

persetujuan kedua-dua pihak melalui suatu Perjanjian Tambahan. Apa-apa pindahan, tambahan

atau perubahan yang dipersetujui oleh pihak-pihak hendaklah menjadi sebahagian daripada

Perjanjian ini dan mula berkuat kuasa pada suatu tarikh sebagaimana ditentukan oleh pihak-

pihak. Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan hendaklah dibuat tanpa menjejaskan hak dan

obligasi yang berbangkit daripada atau berdasarkan Perjanjian ini sebelum atau sehingga tarikh

pindaan, tambahan atau perubahan itu.

21. Bahasa

Semua notis dan komunikasi berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah menggunakan Bahasa

Melayu.

22. Pengganti

Perjanjian ini mengikut kedua-dua kepada Perjanjian ini dan juga pengganti mana-mana pihak

tersebut.

PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua – dua pihak yang diberi

kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing – masing pada tarikh yang mula – mula

disebut di atas.

Ditandatangan oleh:…………………………………… Ditandatangan oleh: ………………………………………….

Nama: ……………………………………………………. Nama:………………………………………………………………

No. KP:……………………………………………………… No. KP :……………………………………………………………

Jawatan :………………………………………………….. Jawatan :………………………………………………………….

Tarikh : …………………………………………………… Tarikh: …………………………………………………………….

Bagi pihak Kerajaan Malaysia Bagi pihak:…………….(nama syarikat)……………………

Dihadapan :……………………………………………… Dihadapan :………………………………………………………

Page 18: Borang dan perjanjian kantin

Tandatangan dan Cop Tandatangan dan Cop

LAMPIRAN 11

PERLANJUTAN PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

PERJANJIAN ini dibuat pada …………………………. (tarikh semasa) …………………………..

Antara Kerajaan Malaysia, yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Sekolah

………………………………………………………… (kemudian dari ini disebut “Kerajaan”),

bagi pihak yang pertama; dengan ………………………………………………………………

(No. Syarikat: …………..) sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang

Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di ……………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

(kemudian dari ini disebut “Pengusaha Kantin”) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA –

A. Kerajaan dan Pengusaha Kantin telah menandatangani Perjanjian bertarikh …………

(tarikh Perjanjian Ibu) ………….. bagi Pengusaha Kantin berniaga bahan-bahan makanan

dan minuman di premis yang disediakan oleh Sekolah

……………………………………………………………………………………… (kemudian dari

ini disebut “Perjanjian Ibu”); dan

B. Kerajaan dan Pengusaha Kantin bersetuju untuk melanjutkan tempoh Perjanjian Ibu atas

terma dan syarat Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti berikut :

1. Tempoh Perjanjian dilanjutkan selama dua belas (12) bulan bermula pada hari selepas

Tarikh Tamat Perjanjian yang diperuntukkan dalam Fasal 3.1 Perjanjian Ibu, iaitu dari

………………………… hingga …………………. (kemudian dari ini disebut “Tarikh Tamat

Tempoh Lanjutan”).

2. Semua tema dan syarat Perjanjian Ibu adalah terpakai melainkan Fasal 3.2 Perjanjian Ibu,

iaitu peruntukan mengenai pelanjutan tempoh Perjanjian.

3. Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dengan, dan menjadi sebahagian daripada,

Page 19: Borang dan perjanjian kantin

Perjanjian Ibu.

4. Jika kesemua atau nama-nama bahagian daripada deposit sewa di Fasal 6.1 dan deposit

bayaran elektrik dan air di Fasa; 7.2 Perjanjian Ibu telah digunakan dalam tempoh kuat

kuasa Perjanjian Ibu, maka Pengusaha Kantin hendaklah mengemukakan bagi deposit

supaya amaun deposit adalah seperti yang ditetapkan di Fasal 6.1 dan Fasal 7.2

Perjanjian ibu dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas tarih Perjanjian ini

berkuat kuasa. Kegagalan berbuat demikian adalah dianggap sebagai suatu pecah

kontrak dan Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini di bawah Fasal 17 Perjanjian Ibu.

5. Perjanjian ini hendaklah ditafsir menurut, dan dikawal oleh, undang-undang Malaysia dan

kedua-dua pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada bidang kuasa mahkamah

Malaysia.

PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua-dua pihak yang diberi kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh yang mula-mula disebut di atas.

Ditandatangani oleh : …………………………………….

Nama : …………………………………….…………………………………….

Jawatan : …………………………………….

bagi pihak Kerajaan Malaysia

di hadapan : …………………………………….………………………………

Ditandatangani oleh : …………………………………….

Nama : …………………………………….…………………………………….

Jawatan : …………………………………….

bagi pihak ……… …………………………………………….……….

(nama Syarikat)

di hadapan : …………………………………….………………………………