67
BMM3103 Penaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu Sinopsis Tugas guru di dalam bilik darjah bermula daripada objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Berdasarkan objektif pelajaran, guru merancang pengajaran dan melaksanakan perancangannya. Pelajar yang mengikuti pengajaran guru itu pula dikehendaki belajar untuk mencapai objektif yang ditetapkan itu. Sekiranya objektif tercapai, pengajaran guru dianggap sebagai mencapai kejayaan. Untuk memastikan bahawa objektif pengajaran itu tercapai. petunjuk yang sah ialah melalui penaksiran dan penilaian yang sesuai. Dengan itu, penilaian seharusnya dianggap sebahagian daripada proses pembelajaran di bilik darjah. Dalam konteks ini penilaian bukan sahaja meliputi pencapaian dan kemajuan dalam pelajaran tetapi juga merangkumi semua aspek perkembangan mental dan fizikal, minat, sikap, bakat, emosi dan sosial. Pelaksanaan penilaian ini pula mestilah melalui proses uji, pengujian, pengukuran dan penilaian bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Modul ini mempunyai empat tajuk besar. Pertamanya, modul ini membincangkan perbezaan konsep antara pengujian, pengukuran dan penilaian; peranan dan fungsi pengujian dan penilaian; penilaian dan objektif pengajaran; pembinaan jadual penentuan ujian; pemarkahan dan markat ; jenis penilaian; pembinaan item ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian; kaedah penilaian bahasa; dan alat atau instrumen penilaian bahasa. Keduanya, modul ini memfokus kepada penilaian kemahiran bahasa, ketiga ialah sistem bahasa, dan akhirnya, modul ini akan menjelaskan penilaian KOMSAS dalam ujian Bahasa Melayu. 1

BMM3103

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BMM

Citation preview

Page 1: BMM3103

BMM3103 Penaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Sinopsis

Tugas guru di dalam bilik darjah bermula daripada objektif pengajaran yang telah

ditetapkan. Berdasarkan objektif pelajaran, guru merancang pengajaran dan

melaksanakan perancangannya. Pelajar yang mengikuti pengajaran guru itu pula

dikehendaki belajar untuk mencapai objektif yang ditetapkan itu. Sekiranya objektif

tercapai, pengajaran guru dianggap sebagai mencapai kejayaan. Untuk memastikan

bahawa objektif pengajaran itu tercapai. petunjuk yang sah ialah melalui penaksiran dan

penilaian yang sesuai. Dengan itu, penilaian seharusnya dianggap sebahagian

daripada proses pembelajaran di bilik darjah. Dalam konteks ini penilaian bukan sahaja

meliputi pencapaian dan kemajuan dalam pelajaran tetapi juga merangkumi semua

aspek perkembangan mental dan fizikal, minat, sikap, bakat, emosi dan sosial.

Pelaksanaan penilaian ini pula mestilah melalui proses uji, pengujian, pengukuran dan

penilaian bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Modul ini mempunyai empat tajuk besar. Pertamanya, modul ini membincangkan

perbezaan konsep antara pengujian, pengukuran dan penilaian; peranan dan fungsi

pengujian dan penilaian; penilaian dan objektif pengajaran; pembinaan jadual penentuan

ujian; pemarkahan dan markat ; jenis penilaian; pembinaan item ; kesahan dan

kebolehpercayaan ujian; kaedah penilaian bahasa; dan alat atau instrumen penilaian

bahasa. Keduanya, modul ini memfokus kepada penilaian kemahiran bahasa, ketiga

ialah sistem bahasa, dan akhirnya, modul ini akan menjelaskan penilaian KOMSAS

dalam ujian Bahasa Melayu.

1

Page 2: BMM3103

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

1. membezakan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan penaksiran;

2. mengenal pasti objektif pengujian dan penilaian;

3. mengenal pasti peranan serta fungsi jenis penilaian;

4. membina jadual penentuan ujian;

5. mengenal pasti peraturan memberi markah;

6. membentuk pelbagai jenis item yang sah dan boleh dipercayai;

7. mengenal pasti kaedah penilaian kemahiran bahasa, sistem bahasa dan

KOMSAS serta cara melaksanakannya; dan

8. mengenal pasti alat atau instrumen penilaian kemahiran bahasa, sistem bahasa

dan KOMSAS serta cara menggunakannya.

2

Page 3: BMM3103

Tajuk 7.I Penaksiran dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan

dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu

juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan

tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan

pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk

mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan

aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan

datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat

membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu

diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan.

Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling

ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia

mungkin menyatakan yang dia sedang ‘menguji’ pencapaian, ‘mengukur’ pencapaian

atau ‘menilai’ pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu

istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya

saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak

tersalah pakai.

Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran dan penilaian

Penilaian

Pengukuran

Pengujiann

3

Page 4: BMM3103

7.1 .1 Konsep

Berdasarkan rangka konsep di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan

pengertian antara ketiga-tiga istilah tersebut.

i. Apakah maksud pengujian?

Antara ketiga-tiga istilah yang disebut di atas, pengujian selalunya dianggap yang

tersempit maksudnya. Pengujian memberi erti proses penyerahan satu set terpiawai

soalan-soalan yang perlu dijawab, atau satu instrumen atau satu prosedur sistematik

bagi mengukur satu sampel tingkah laku atau perubahan sebahagian daripada semua

tingkah laku seseorang individu. Hasil daripada jawapan tersebut ialah satu ukuran

yang diberi dalam bentuk numerik (dipanggil markat) yang menjadi ciri kepada individu

itu. Oleh itu, pengujian menjelaskan tentang berapa baguskah prestasi individu tertentu.

Maksud terpiawai di sini, adalahlah bahawa semua prosedur telah dinyatakan awal lagi

dan semua pelajar dalam sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang

sama dan dengan cara yang sama di samping mendapat arahan yang sama. Markat

atau skor (juga biasa dikenali dengan markah dalam ujian di sekolah) yang diperolehi

hasil daripada jawapan kepada sesuatu ujian ialah sebagai indikator atau penunjuk

numerik tentang prestasi pelajar. Mengapakah kita perlukan markat numerik dan tidak

hanya menggunakan penjelasan adjektif seperti “lemah”, “amat baik” atau “hampir baik”

untuk menjelaskan prestasi pelajar? Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana

ketepatannya. Ketepatan inilah yang membezakan antara markat-markat, contohnya,

dua pelajar yang mencapai tahap “hampir sama baik” iaitu 79% dan 80%. Walaupun

terdapat satu markah perbezaan sahaja tetapi dua pelajar ini memperoleh gred yang

berbeza iaitu B+ untuk 79% dan A untuk 80%. Selain daripada itu, jika keputusan diberi

dalam bentuk markat, analisis selanjutnya boleh dilaksanakan dan ini akan membantu

untuk membuat sesuatu keputusan. Tegasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan

pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan berguna untuk

menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.

4

Page 5: BMM3103

ii. Apakah pula maksud ujian?

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan

yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji

sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji

kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Akan

tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian

menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah

digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji

tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk

Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

iii. Apakah maksud pengukuran?

Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Akan tetapi, pengukuran menggambarkan

konsep yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran memberi maksud

sebagai proses memperoleh penjelasan numerik tentang setakat mana individu

mempunyai sesuatu ciri yang disukat dengan menggunakan alat ( alat ujian). Ini

bermakna, pengukuran mengukur secara kuantitatif peringkat pencapaian atau

kedudukan pelajar. Pada lazimnya, guru menggunakan ujian untuk mengukur prestasi

pelajarnya. Hasil nilai kuantitatif pengukuran ini biasanya dibandingkan dengan nilai

maksimum yang diperuntukkan bagi alat, dan perbandingan inilah menggambarkan

pencapaian pelajar.

Fakta Penting

Pengujian Satu alat atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ini menjawab soalan kepada setakat mana prestasi individu jika dibandingkan dengan prestasi individu yang lain, atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.

5

Page 6: BMM3103

Dengan kata lain, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada

maklumat yang diberi iaitu pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut

kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya,

pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang

diperoleh dengan ringkas dan mudah. Contohnya, Ani mendapat 80 markah dan Arif

pula memperoleh 75 markah dalam ujian Bahasa Melayu.

Pengukuran sesuatu ciri boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Penggunaan proses

pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan adalah contoh di mana maklumat

boleh diperoleh dalam bentuk kuantitatif (numerik) tanpa ujian. Pengukuran juga boleh

merujuk kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dan proses tertentu

yang digunakan.

Walau bagaimanapun, pengukuran, sama seperti pengujian iaitu tidak bersifat mutlak.

Kenapa? Cuba kita fikirkan dua perkara ini. Penggunaan alat fizikal seperti kayu meter

untuk mengukur ketinggian sudah tentu dapat dilakukan dengan tepat. Sebaliknya,

bolehkah anda mengukur “ketinggian” tahap mental atau pencapaian seseorang itu

dengan tepat? Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markat 80 tidak boleh

dikatakan mengetahui dua kali ganda lebih banyak daripada pengetahuan yang

diperolehi oleh seorang yang mencapai markat 40 walaupun angka 80 ialah dua kali

angka 40. Bagi seorang pelajar yang mendapat markat sifar pula, ini tidak bermakna

yang pelajar itu langsung tidak mempelajari apa yang telah diajarkan dalam pelajaran

yang diuji. Ini berkemungkinan ada pengetahuan yang diperolehnya akan tetapi

pengetahuan ini tidak tercakup dalam pengukuran yang dilaksanakan.

Tegasnya, adalah penting dalam pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu

mestilah benar atau sah. Oleh sebab pengukuran hanyalah sebagai satu penunjuk, dari

itu, sesiapa yang hendak mengguna sesuatu pengukuran perlulah ia terlebih dahulu

memastikan alat ukur atau instrumen itu adalah objektif, sah dan boleh dipercayai. Jika

alat ukur telah melalui proses-proses ini, alat ukur tersebut akan dapat mengukur hampir

tepat apa yang hendak diukur. Jadi, seorang guru itu haruslah jelas akan tujuannya

menguji di dalam bilik darjah dan cuba mendapatkan suatu ujian yang tepat yang dapat

memenuhi tujuan itu.

6

Page 7: BMM3103

iv. Apakah maksud penilaian?

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al.

(1971, m.s xxv) menyatakan ,

“Penilaian sebagai ‘the process of delineating, obtaining, and

providing useful information for judging decision alternatives.”

Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau lebih daripada

‘pengujian’ dan ‘pengukuran’. Definisi lain pula mengklasifikasikan penilaian sebagai

pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yang membenarkan seseorang

membuat pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga, penilaian

boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul,

menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi menentukan setakat mana pelajar

mencapai objektif pengajaran.

Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak

kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian

hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Syarin

yang mendapat markat sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai

sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fifi pula yang mendapat jumlah markat

sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi,

perkataan cemerlang, baik, sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam

konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara kualitatif yang

berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif.

Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang

berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh

melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul,

Fakta Penting

Pengukuran Proses mendapatkan penjelasan secara numerik setakat mana individu mempunyai ciri-ciri tertentu.

7

Page 8: BMM3103

disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah

difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak mengikut

angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan tingkah laku

yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Syarin telah menunjukkan

kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam kemahiran bahasa.

Sebagai contoh lain, jika dua pelajar mencapai ukuran (skor ujian) yang sama, katakan

dalam ujian kefahaman, kita boleh menilai kedua-dua ukuran itu dengan cara yang

berbeza. Katakan, pada akhir Tahun 5, pelajar A dan B didapati membaca di tahap

yang sama iaitu tahap Tahun 5. Mengikut pengukuran, pelajar ini dikatakan mencapai

tahap yang sama. Akan tetapi, pada awal tahun, pelajar A sebenarnya sedang

membaca pada tahap pelajar Tahun 3 sementara pelajar B sedang membaca pada

tahap pelajar Tahun 4. Dari itu, dari segi penilaian, kedua-dua pencapaian ini adalah

tidak sama. Situasi menunjukkan bahawa pelajar A itu telah berkembang atau maju

pada tahap yang luar biasa pantas sementara pelajar B berkembang pada kadar yang

biasa. Ini menunjukkan keadaaan yang lebih komprehensif terdapat pada penilaian

berbanding dengan pengujian dan pengukuran.

v. Apakah pula konsep penaksiran?

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses ialah langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk

mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu

perkara yang ditaksir.

Fakta Penting

Penilaian Proses mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.

8

Page 9: BMM3103

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang

pencapaian pendidikan pelajar.

Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses

pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor

dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan

tertentu.

Penaksiran haruslah dilihat sebagai:

i. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang

dalam pembelajaran,

ii. aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,

iii. aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan

iv. aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang

baik.

7.1.2 Tujuan Pengujian dan Penilaian

Guru di sekolah kerap kali mengadakan ujian dari semasa ke semasa. Ini

adalah kerana ujian merupakan cara tunggal guru dan pelajar dapat mengetahui sama

ada pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah atau sebaliknya. Jelas ternyata

bahawa ujian sangat penting untuk menilai kemajuan pelajar dan kejayaan guru, juga

mengesan kebolehan dan kelemahan pelajar serta menilai pembelajaran yang sedang

berlaku . Dengan cara ini, pelajar atau guru dapat mengetahui tindakan susulan yang

seharusnya diambil. Pengujian boleh dijalankan sebelum pengajaran, untuk mengetahui

pencapaian asas pelajar, supaya guru dapat memilih aktiviti yang sesuai dengan

pencapaian pelajar tersebut. Pengujian yang dilakukan pada akhir pelajaran pula ialah

untuk menilai kesan pelajaran pada pelajar dan aspek-aspek pelajaran yang perlu

dibaiki. Oleh itu, antara tujuan ujian adalah seperti berikut:

9

Page 10: BMM3103

i. Sebagai penggerak

Ujian memainkan peranan sebagai penggerak bagi pelajar. Dengan

adanya ujian, para pelajar cenderung untuk memberi perhatian kepada

pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebahagian besar pelajar akan

hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila

diberitahu ujian akan diadakan. Begitu juga keadaan pelajar di kelas

yang akan menempuh peperiksaan. Pelajar-pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6

biasanya lebih tekun membuat persediaaan untuk menghadapi

peperiksaan umum. Dengan itu, nyatalah ujian berperanan sebagai

penggerak yang kuat bagi pelajar-pelajar di sekolah.

ii. Sebagai alat mencari punca kelemahan

Dalam pendidikan pemulihan, ujian diagnostik dijalankan untuk

mengesan punca kelemahan para pelajar. Setelah diberi ujian diagnostik,

barulah guru menggunakan maklumat itu untuk membuat perancangan

aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran pemulihan. Kaedah

pengajaran alternatif yang akan digunakan adalah berdasarkan hasil

yang diperoleh daripada ujian diagnostik.

iii. Bagai mendapatkan maklum balas

Hasil yang diperoleh daripada satu-satu ujian akan memberikan maklum

balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kepada guru

dan pelajar. Bagi guru, hasil ujian dapat memberitahunya sama ada

kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan itu sesuai. Sekiranya

didapati ramai pelajar gagal dalam satu-satu ujian walaupun para pelajar

telah diberitahu tentang ujian itu terlebih dahulu, maka guru perlu

mengkaji sebab-sebabnya. Pada pengajaran seterusnya guru mungkin

mengubah pendekatan yang digunakan atau mempermudahkan isi

penyampaian untuk menambah kefahaman para pelajar.

Bagi pelajar pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi

mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka

yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih

tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan

mencabar pelajar berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat.

10

Page 11: BMM3103

Sesetengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil

ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan

tambahan bagi anak-anak mereka.

iv. Penilaian

Guru menggunakan ujian untuk menilai prestasi dan kemajuan para

pelajar. Ujian ini merupakan ujian formatif yang diberikan sepanjang

tahun atau ujian sumatif yang diberikan bagi setiap akhir semester atau

akhir tahun. Kedua-dua jenis ujian itu bertujuan untuk menilai

pencapaian pelajar.

Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep

yang disampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred

atau markah yang diperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu

bidang pelajaran akan diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu

aras pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang

berkenaan. Ujian juga digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar.

Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh menjalankan

satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai atau

tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah

berlaku.

v. Pembelajaran lampau

Ujian juga dijalankan oleh seorang guru untuk mengetahui pembelajaran

lampau seseorang pelajar. Hasil daripada ini, guru dapat mengetahui

sedikit sebanyak tentang pengetahuan sedia ada pada pelajar.

Seterusnya guru akan merancang isi pelajaran dan menggunakan

pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada

pelajar. Dengan cara ini, aktiviti dan isi pelajaran yang disediakan dapat

menampung keperluan pelajar berkenaan.

11

Page 12: BMM3103

vi. Pensijilan

Pelajar-pelajar di peringkat PMR, SPM dan STPM akan menerima sijil-sijil

yang berkenaan setelah lulus peperiksaan tersebut. Dalam situasi

sekolah, jelas satu lagi peranan pengujian adalah untuk pensijilan.

Gred-gred pada sijil-sijil bergantung pada pencapaian pelajar-pelajar

dalam peperiksaan tersebut.

vii. Bagi membuat ramalan

Sesetengah ujian dijalankan dengan tujuan membuat ramalan tentang

kemungkinan seseorang calon itu mencapai kejayaan dalam sesuatu

kursus. Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa

memilih calon-calon bagi sesuatu kursus atau latihan. Contoh ujian yang

bertujuan membuat ramalan adalah seperi Ujian Kelayakan Latihan

Perguruan.

Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk

membuat ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan pelajar. Hasil

daripada ujian prognostik ini akan digunakan oleh guru dalam

perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran dan alat-alat bantu

mengajar.

viii. Bagi membuat klasifikasi

Prestasi pelajar dalam satu-satu ujian boleh digunakan untuk tujuan

klasifikasi. Guru sentiasa menggunakan kriteria kebolehan untuk

membahagikan pelajar-pelajar. Para pelajar yang menunjukkan prestasi

yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi yang

sederahana baik dalam Kumpulan B dan Kumpulan C, manakala yang

lemah dalam Kumpulan D. Pengumpulan seperti ini akan membantu

guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan.

12

Page 13: BMM3103

ix. Pemilihan

Hasil ujian sentiasa digunakan oleh pihak-pihak berkuasa untuk memilih

calon-calon memasuki satu-satu kursus atau jurusan. Misalnya, pelajar-

pelajar yang ingin masuk ke Maktab Rendah Sains MARA atau sekolah-

sekolah berasrama penuh perlu menduduki ujian-ujian tertentu. Pihak

berkuasa akan membuat pemilihan berdasarkan prestasi pelajar dalam

ujian-ujian tersebut. Selain itu, keputusan peperiksaan PMR juga

digunakan untuk memilih pelajar untuk jurusan sains dan sastera. Begitu

juga keputusan dalam peperiksaan SPM digunakan untuk melayakkan

pelajar memasuki program matrikulasi, maktab dan politeknik; manakala

keputusan dalam peperiksaan STPM digunakan untuk pemilihan ke

universiti.

x. Penyelidikan

Sesuatu penyelidikan memerlukan maklumat daripada berbagai-bagai

sumber. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan,

maklumat dapat diperoleh daripada ujian, pemerhatian, penggunaan soal

selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai jenis ujian tara,

ujian kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa digunakan

oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian mereka.

Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan

dengan ujian. Apatah tidaknya. Kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak

daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga

guru. Mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan

dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya.

Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya.

Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara

pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan

penilaian adalah seperti berikut:

13

Page 14: BMM3103

i. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang

sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak

diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’.

Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan

merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat

memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar

mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

ii. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar

mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah

disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh

manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini

disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan

dan kemahiran tertentu.

iii. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-

teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi

seseorang individu.

iv. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang

subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat

kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan

maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

v. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat

lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja

pemulihan dan pengayaan.

vi. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap

pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis

pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan

pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan

mereka sepeti jurusan sains, sastera dan teknikal.

14

Page 15: BMM3103

vii. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa

dapat mempertingkatkan pengajaran mereka.

viii. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar.

Melaluinya mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan

mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula

memperbaikinya.

Rumusan

Berdasarkan kenyataan bahawa penilaian itu sangat penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, guru hendaklah sering berusaha ke arah menggubal alat-lat

penilaian yang praktis dan realistik. Alat-alat penilaian itu seharusnya dapat mengukur

apa yang hendak diukur. Di samping itu, hasil alat-alat itu juga hendaklah boleh

dipercayai.

Rajah 2: Kepentingan penilaian

Kepentingan penilaian

Laporan kemajuan untuk kegunaan pelajar, ibu bapa dan guru.

Pengumpulan mengikut kebolehan.

Bimbingan konsep dan kemahiran.

Laporan dan rekod untuk kegunaan kaunselor dan ahli psikologi.

Pengesahan paras pencapaian .

15

Page 16: BMM3103

Latihan 11. Huraikan tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian dilakukan.2. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian ini dalam bentuk grafik .

7.1. 3 Jadual Penentuan Ujian (JPU)

i. Definisi

Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang

baik untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian

(JPU). JPU yang dikenali sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah

merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak)

dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

ii. Maklumat Dalam JPU

JPU mempunyai maklumat seperti berikut:

Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.

Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama

masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus

dan lain-lain.

Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras

kemahiran.

Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 %

- 80%

Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawa

pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JPU haruslah berupa

pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah

diajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula

ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika

topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa

seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan

topik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dan

16

Page 17: BMM3103

susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras

kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras

pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman,

aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang

menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah.

Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni,

satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk

sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan

mengikut kebolehan pelajarnya.

Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JPU.

Ini menegaskan betapa pentingnya JPU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya,

kepentingan JPU adalah seperti berikut.

iii. Pentingnya Jadual Penentuan Ujian

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras

kemahiran.

Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras

kemahiran yang diuji.

Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

Memberi panduan untuk membentuk soalan.

Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke

setahun.

Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu

topik.

Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian

yang lain.

iv. Contoh JPU

17

Page 18: BMM3103

Bil Bentuk Soalan Objektif

Kemahiran Kognitif

Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5

6

Jumlah

Item

1.

1

Tatabahasa

20

1

2

2

2

2

1

1

2

1

1

1

16 Kata ganda

Kata majmuk

Kata terbitan

1.

2

Membaca dan Memaham

15

2 2 1 1 1 12

Menjawab 10 soalan

kefahaman berdasarkan

petikan yang dibaca.

Panjang petikan ialah lebih

kurang 150 patah perkataan.

Memberi erti perkataan

berdasarkan petikan di atas. 2 2 1

1.

3

Peribahasa

5 1 1 4

Simpulan Bahasa

Perumpamaan 1 1

Jumlah 40 32

Jadual 1: Contoh JPU

Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang

hendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JPU iaitu:

ujian tidak dibina sembarangan,

menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji,

memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan

memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

18

Page 19: BMM3103

v. Langkah-langkah Membina JPU

Langkah 1:

Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa

Belajar

1.

1

Tatabahasa

20 Kata ganda

Tanda baca

Membentuk ayat

1.

2

Membaca dan Memaham

15

Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan

petikan yang dibaca. Panjang petikan prosa

ialah lebih kurang 150 patah perkataan.

Memberi erti perkataan berdasarkan petikan

di atas

1.

3

Peribahasa

5

Simpulan bahasa

Perumpamaan

Jumlah 40

Jadual 2: Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Masa Belajar

Langkah II

Tentukan soalan yang akan dibina itu. Pemilihan bentuk soalan haruslah berasaskan

pertimbangan yang baik. Perkara-perkara yang menjadi asas pertimbangan itu ialah:

19

Page 20: BMM3103

tujuan ujian itu diadakan

masa yang diperuntukkan untuk ujian itu

umur pelajar

bilangan pelajar yang diuji

Contoh:

a. soalan objektif (30 soalan)

b. 1 markah bagi 1 item.

c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:

= Jumlah masa X Jumlah soalan

Jum. Masa keseluruhan

Langkah III

Tentukan model aras kesukaran item.Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

3 Domain - kognitif - aktiviti mental

- afektif - menitiberatkan sikap, emosi dan perasaan

- psikomotor - aktiviti fizika

Domain Kognitif

Taksonomi Bloom

Rajah 3: Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Langkah IV

Apakah jenis ujian yang akan diuji?

1 Pengetahuan : mengingat semula fakta, data dan lain-lain

2 Kefahaman : menerangkan, membandingkan, menjelaskan, mengatakan

3 Aplikasi : Ada pemindahan kemahiran, menyelesaikan masalah

4 Analisis : logik, induktif, deduktif, penaakulan formal

5 Sintesis : melahirkan pendapat, kreatif, mengembangkan

6 Penilaian : memilih, menilai, mengadili

Mudah

kompleks

20

Page 21: BMM3103

Ujian objektif

Ujian struktur

Ujian esei

Dan lain-lain.

Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik

Bil

.

Bidang/Topik/Topik Kecil Masa

Belajar Anggaran Jumlah Item Jumlah

Item

1.1 Tatabahasa

20 20 x 32 ____ 40

16 Kata ganda

Tanda baca

Membentuk ayat

1.2 Membaca dan Memaham

15

15 x 32

____

40

12

Menjawab 10 soalan

kefahaman berdasarkan

petikan yang dibaca.

Petikan prosa yang

penjangnya lebih kurang

150 patah perkataan

Memberi erti perkataan

berdasarkan petikan di

atas.

1.3 Peribahasa

5

5 x 32

____

40

4 Simpulan bahasa

Perumpaan

Jumlah 40 32

Jadual 3: Pengiraan Soalan Mengikut Topik

Langkah V:

21

Page 22: BMM3103

Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll).

Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar).

Pemarkahan.

Langkah VI:

Menyatakan mata pelajaran.

Tingkatan.

Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Rumusan

Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian

seperti pelajar, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya

menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus

daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan,

pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif

pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian.

Latihan 2

Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif. Arahan: Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item

mengikut aras kognitif. Sediakan satu JPU berdasarkan contoh format di atas.

Pemarkahan dan Markat

i. Pengenalan

Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti

dengan isu yang berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan

memperihalkan tentang sistem pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula

22

Page 23: BMM3103

simbol pemarkahan yang lazim digunakan. Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda

akan dapat:

i. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan,

ii. membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah,

iii. menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang

boleh digunakan, dan

iv. membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang

digunakan dalam pemarkahan.

ii. Tujuan Pemarkahan

Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah

memberi markah atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya,

yang kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak

berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar

gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi

gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha.

Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian.

Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang

mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran

yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini

merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan.

Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun

diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber

untuk mendapatkan maklumat.

Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat

oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda

adalah “ya” kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah

bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk

memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar.

23

Page 24: BMM3103

iii. Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah

menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan

juga antara institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa

mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.

Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi

kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan

pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa

pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu,

markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.

Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada

kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting bagi

kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi

markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara

terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat

bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga.

iv. Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh

markah merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul

mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti

bahasa, matematik, sains dan sebagainya? Atau adakah gred tersebut juga

merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa

penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti?

Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik,

sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik

semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara

seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas

24

Page 25: BMM3103

pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian,

sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

v. Teknik Pemarkahan Ujian Esei

a. Secara Keseluruhan (Holistik)

Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan

keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar

itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat

kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya

penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan

kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan

kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’.

Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk

tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan

kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini

bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu

jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat dua jenis skala yang

lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal.

Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah:

Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan,

Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik

di atas dan prestasi terburuk di bawah,

Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D

dan sebagainya,

Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah

dipertimbangkan untuk setiap kumpulan.

25

Page 26: BMM3103

Pemeriksa yang menggunakan skala norminal hendaklah membaca skrip jawapan

pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk

mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian, pemeriksa

itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan

sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan ‘cemerlang’, ‘baik’,

‘sederhana’ dan ‘lemah’ .

Peraturan memberi markah esei secara holistik:

1. Pembahagian markah : Keseluruhan 35 markah ( untuk bahasa, gaya, isi dan

susunan)

2. Panduan am : Pemeriksa hendaklah membaca esei ini sekali lalu untuk

mendapatkan gambaran mengenai mutu esei mengikut perkara-perkara berikut:

Isi ( 25 markah)

Isi yang sesuai, sekurang-kurangnya lima isi yang membayangkan

kematangan fikiran dan baik susunannya.

Bahasa (15 markah)

Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas.

Gaya ( 10 markah)

Setelah membaca esei sekali lalu, tetapkan mutu esei itu mengikut pangkat yang

ditentukan.

Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei

Bil. Esei Cemerlang

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas.

2

Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan

dengan calon untuk memperlihatkan kematangan.

3

Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian

panjangnya.

4

Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan

perbendaharaan kata.

26

Page 27: BMM3103

5

Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan

sebarang kejanggalan.

6 Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. Esei baik

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.

2

Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik

atau setinggi peringkat ‘cemerlang’.

3

Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak

kurang mantap)

4

Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit-

sedikit kesilapan yang tidak begitu serius.

5

Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit

kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan.

6 Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. Esei sederhana

1 Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci.

2

Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang amat

sederhana.

3 Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik.

4

Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan

penggunaan perkataan yang salah.

5

Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati

kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas.

6 Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

Bil. Esei lemah

1 Isi dangkal dan tidak tepat.

27

Page 28: BMM3103

2 Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan.

3 Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea.

4 Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan.

5

Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan

kejanggalan penyampaian isi.

6 Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

Peringatan: Esei dibaca sekali lagi dengan lebih teliti. Kesalahan isi, bahasa dan ejaan

dibulatkan. Setengah markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah

sehingga maksimum sebanyak tiga markah.

Proses pemarkahan dengan cara holistik merupakan cara pemarkahan yang subjektif.

Mutu pemarkahan banyak bergantung kepada pemeriksa yang berpengalaman serta

mahir dalam bidang yang berkenaan. Bagaimanapun, ciri keobjektifan dalam

pemarkahan cara holistik boleh dipertingkatkan dengan mengadakan penyelarasan

antara pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa skrip pelajar- pelajar tersebut.

b. Secara Perincian (Analitikal)

Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur-

unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah

diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan

dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan.

Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa

mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti.

Contoh perincian (A) :

Isi

40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan

dengan baik)

Bahasa

40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan.

Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah).

Gaya

20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian

pemerengganan.

Jumlah 100

28

Page 29: BMM3103

Contoh (B):

Soalan : Huraikan (a) dua kelebihan, dan

(b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk

pengajaran tatabahasa.

( 10 markah )

Skim pemarkahan:

(a) dua kelebihan------------2 x 2 ½ = 5 markah

(b) dua kelemahan----------2 x 2 ½ = 5 markah

________

Jumlah 10 markah

________

c. Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan

Bil. Teknik Kebaikan Kelemahan

1Keseluruhan /

Holistik

1. Semua aspek penulisan diberikan pertimbangan yang sama rata.

2. Dapat menilai kebolehan am dalam bidang penulisan.

3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat; latihan yang banyak boleh dijalankan.

4. Pelajar-pelajar bebas menulis – menulis esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses.

1. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa.

2. Tiada maklumat diagnostik yang khusus; oleh itu pelajar-pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka.

3. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru, kordinasi sukar dilaksanakan.

2Perincian /

Analitikal

1. Kesalahan pelajar-pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas.

2. Esei boleh diperiksa hanya sekali baca.

3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan.

4. Pelajar-pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka.

1. Dengan mengasingkan aspek-aspek yang dinilai, kemahiran penulisan seolah-olah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan paduan beberapa proses secara natural.

2. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang.

3. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat.

4. Kemungkinan penekanan kepada ‘mencari kesalahan’ adalah lebih, daripada ‘mencari kekuatan’ sesebuah esei.

29

Page 30: BMM3103

Latihan 3Setelah anda mengetahui kepentingan pemarkahan dan markat, cuba fikirkan kepentingan skema pemarkahan bagi sesuatu soalan yang diberikan.

7.1.4 Item Ujian

Biasanya kita menganggap pembinaan item dalam ujian Bahasa Melayu sebagai

perkara mudah. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar

barulah timbul pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep, tiada jawapan yang

tidak digunakan langsung, item yang terlalu mudah dan sukar, item yang bertindan,

arahan yang tidak jelas, rangsangan yang kabur, tidak ada pengkhususan dalam bidang

yang disoal dan item yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagai

kesalahan lain. Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dan

kebolehpercayaan bahan ujian kita itu. Oleh yang demikian kita perlu sedar tentang

beberapa aspek pembinaan item-item ujian bahasa Melayu di peringkat sekolah

menengah.

Sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa, kita perlu menentukan tujuan

ujian itu dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana item ujian

itu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan. Item-item yang dibina dan dipilih

juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa, objektif dan isi

kandungan pelajaran.

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian

dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian

pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam

pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan

sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

30

Page 31: BMM3103

Jenis-jenis Ujian

Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia

dirancang dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran

pembelajaran bahasa KBSR dan KBSM, penguasaan pelajar-pelajar terhadap

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan

menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai. Di

bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu:

i. objektif dan

ii. subjektif

Objektif

Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan

memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif

dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu

pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan

balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu

ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Item ujian jenis objektif ini

memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik.

Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis

aneka pilihan dan kloz.

Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang

diberikan kepada pelajar iaitu:

a. item respons bebas ( jenis sumbangan)

b. item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respons Bebas

31

Page 32: BMM3103

Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan

sendiri pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau

dalam kotak yang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item

respons bebas.

i. Jenis soalan:

contoh:

a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran?

(ke - an)

b) Apakah lawan bagi perkataan untung?

( rugi)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

Contoh:

a) Kita mesti naik bas ke rumah Nasharudin kerana rumahnya

_____(jauh) dari tempat ini.

b) Ariff pernah _________(tinggal) di Kuala Lumpur.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling tepat.

Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format

Salah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.

i. Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi

penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah

(S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan

atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya

melibatkan penerimaan atau penafian.

Contoh bagi Item Dua Pilihan:

32

Page 33: BMM3103

a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.

i) Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud orang yang berjalan

tanpa kasut. B /S

b) Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:

i) Bahasa adalah sesuatu yang diwarisi. Ya/Tidak

ii. Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua ruangan senarai

yang mengandungi perkataan atau frasa.perkara . Ruangan A dipanggil pokok soalan

(premise) dan ruangan B dipanggil jawapan (response). Pelajar dikehendaki memilih

jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di ruang A dengan

objek/ perkara diruang B.

Contoh :

Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakan

garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.

Ruangan A

(Kata Bilangan)

Ruangan B

(Contoh)

1. Kata Bilangan Tentu A. Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada

rumah anak yatim.

2. Kata Bilangan Himpunan B. Aminah mempunyai dua ekor arnab

3. Kata Bilangan Pecahan C. Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-masing

apabila guru masuk ke kelas.

4. Kata Bilangan Pisahan D. Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa

dengan Pengetua.

33

Page 34: BMM3103

iii. Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan merupakan jenis ujian objektif yang paling popular

sekali di kalangan pembina item ujian. Item aneka pilihan adalah dari

golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas.

Jenis item aneka pilihan adalah seperti berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan

Contoh:

1. Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan?

(A) Jangan lari.

(B) Padamkan lampu itu.

(C) Sila duduk sekarang.

(D) Harap anda dapat datang esok.

b. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

Contoh:

1. Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah

(A) Jika dia rajin dia lulus.

(B) Mereka membaca buku di perpustakaan.

(C) Guru yang gemuk itu ditimpa kemalangan.

(D) Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

c. Mengisi Tempat Kosong

Contoh:

1. Air di dalam kolam itu _______ kerana hujan sudah lama tidak

turun.

34

Page 35: BMM3103

(A) keringan

(B) mengeringkan

(C) kekeringan

(D) berkeringan

d. Jenis Jawapan Terbaik

Contoh:

1. Definisi terbaik bagi kata adjektif ialah kata yang

(A) menunjukkan sifat sesuatu.

(B) menerangkan keadaan bagi sesuatu kata nama.

(C) menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

(D) mempunyai satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan

lain seperti kata bantu atau kata penguat.

e. Analogi

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang

perkataan. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan

awal.

hitam : putih

(E) kain : merah

(F) merah : tua

(C) merah : hijau

(D) merah : jambu

f. Antonim

35

Page 36: BMM3103

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf

besar dan diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan

dengan perkataan berhuruf besar.

PEMARAH

ix. Penyabar

ii. Pengampun

iii. Pendamai

iv. Peramah

(A) I dan II sahaja

(B) I dan IV sahaja

(C) II dan III sahaja

(D) III dan IV sahaja

g. Jenis Negatif

Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokok

soalan sering mengandungi perkataan kecuali, bukan, tidak, dan lain-

lain.

Contoh:

Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama

kecuali

(A) labi-labi.

(B) rama-rama.

(C) kuda-kuda.

(D) Kura-kura.

h. Item Jenis Cantuman.

Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai

1. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf

condong dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih

cadangan jawapan yang paling sesuai.

36

Page 37: BMM3103

I. Mereka menyokong dan memapah lelaki yang hampir

pitam itu agar tidak rebah.

II. Orang ramai menyokong langkah langkah pihak berkuasa

membenteras kegiatan cetak rompak.

III. Setiap bulan abanglah yang menyokong persekolahan

kami bertiga.

IV. Para pelajar sekolah itu diminta menyokong pasukan bola

baling sekolah mereka yang akan bertanding esok.

(A) I dan III sahaja

(B) II dan IV sahaja .

(C) I, II dan IV sahaja

(D) I,II, III dan IV

Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/

sekuen.

1. Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam

satu majlis. Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.

i.Yang Berusaha

ii.Yang Amat Berhormat

iii.Yang Berhormat

iv. Yang Berbahagia

(A) I, II, III dan IV

(B) II, III, IV dan I

(C) III, II, I dan IV

(D) IV, III, II dan I

2.I. Yang dimuliakan Saudara Pengerusi

Majlis

II. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah

III. Guru-guru dan ibu bapa

IV. Tuan-tuan dan puan-puan

V. Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah

37

Page 38: BMM3103

Susunan pembuka kata ucapan di atas mengikut urutan yang

betul ialah

(A) I, II, III, IV, V

(B) I, III, II, V, IV

(C) I, IV, III, II, V

(D) I, V, II, III, IV

Aras kemahiran item objektif aneka pilihan

Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran bidang kognitif di

bawah kategori Taksonomi Bloom.

Aras kemahiran dalam bidang kognitif Kata-kata kerja

1. Pengetahuan Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum, definisi yang dipelajari

Manakah, Apakah, Siapakah, Bilakah, Berikan, Senaraikan, Nyatakan

2. Kefahaman Aras ini menguji kebolehan kebolehan pelajar memahami, menterjemah,

meninterpretasi, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, hokum, teori yang telah dipelajari.

Huraikan, Benarkan, Jelaskan, Terangkan, Tukarkan, Mengapa.

3. Aplikasi Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori,

prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Tunjukkan, Kirakan, Selesaikan, Demonstrasikan, Susunkan, Uruskan, Gunakan

4. Analisis Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan factor- faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.

Bezakan, Bandingkan, Asingkan, Tafsirkan, Bahagikan, Klasifikasikan

5. Sintesis Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.

Gabungkan, merekabentuk, Bentukkan, Kumpulkan, susunkan, Gubahkan, Karangkan.

6. Penilaian Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritik, merumuskan, atau memberi pendapat sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Nilaikan, Rumuskan, Tafsirkan, Kritikan, Bandingkan, Ulaskan, Bezakan, Huraikan, Buktikan.

Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan

boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Sungguhpun

teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan

38

Page 39: BMM3103

pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh

guru-guru bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong

yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.

Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara

keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu

keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan

perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Contoh:

Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan

yang sesuai, berdasarkan senarai.

Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____

pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah

_______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka. Sumbangan yang

sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawan

secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______

untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak

berkenan.

Jawapan

Soalan Subjektif

Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar

memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. Tindak balas pelajar mungkin bebas

Menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan,

oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan, ketiadaan,

aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir, kekurangan ganjaran.

39

Page 40: BMM3103

atau terhad. Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, ia

mungkin merupakan satu ayat sahaja. Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh

penggubal soalan ujian itu. Soalan ujian subjektif boleh dibahagikan kepada item jenis

struktur dan esei. Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad

dan jenis tindak balas lanjutan.

i. Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara

sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih

besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua

bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan

yang disertakan pada soalan.

Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi

rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat

yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan

ruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek

boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan

rangsangan yang sama. Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara ,

item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.

Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.

Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Contoh:

1. Bina ayat yang mengandungi:

( i) Kata kerja aktif tak transitif

_________________________________________

(ii) Kata kerja aktif transitif

40

Page 41: BMM3103

_________________________________________

( 2 markah

)

2. Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripada

hukum keselarasan vokal.

(ii) ____________________________________________________

(iii) ______________________________________________

______

( 2 markah)

ii. Item Jenis Esei

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar

melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas

tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta,

menilai fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logic hingga

menghasilkan jawapan yang asli.

Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang

kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang

diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu,

kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.

Contoh pembinaan item esei.

a. Tindak balas terbatas (TBT)

1. Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu.

(a) Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-

tiap bentuk.

( 9 markah )

41

Page 42: BMM3103

(b) Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi dua

rangkap.

( 6 markah)

Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan kepada skop

atau topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. Item ini berupaya

mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalah

kebolepercayaan pemarkahan.

b. Tindak balas lanjutan (TBL)

“ Membaca Kunci Kejayaan “. Cogan kata ini menunjukkan betapa

pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka

membaca di kalangan pelajar hari ini.

( 25 markah )

Pembinaan Ujian

Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan

memerlukan kemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan

pelajar adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru

adalah bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistemastik agar

kualiti ujian dapat dikawal rapi.

Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran

yang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian telah

disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau

jadual penentuan dari aspek-aspek berikut:

topik yang akan diuji dan pemberatannya,

kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya,

aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan

jenis soalan.

Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan untuk

mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. Sepertimana yang telah

42

Page 43: BMM3103

dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar

memberi jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan

cepat. Justeru itu, ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi

kerana semua pemeriksa akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang

dikemukakan. Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang

cuma memerlukan pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas

terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan panjang yang

tidak terhad).

Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian dan Penilaian

Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialah penilaian dan

pengujian yang hasilnya dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, penilaian dan pengujian itu mestilah dapat

memberikan maklumat setiap mungkin tentang pencapaian atau prestasi pelajar kesan

daripada proses pembelajaran yang mereka lalui. Tentunya, untuk mendapatkan hasil

yang sedemikian, penilaian dan pengujian itu mestilah dirancang, digubal, ditadbirkan

dan diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya, iaitu berasaskan prinsip-prinsip yang

tertentu. Di antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan

sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Itu Mestilah Mempunyai Sifat “Kesahan”

(validity).

Konsep kesahan dalam bidang penilaian dan pengujian dimaksudkan

kepada ketepatan sesuatu instrumen penilaian atau pengujian itu dalam mengukur,

menilai atau menguji sesuatu yang hendak dinilai, diuji dan diukur. Semakan tepat atau

semakin hampir maklumat yang diperolehi daripada penilaian dan pengujian tentang

keadaan atau kedudukan sesuatu itu dengan keadaan atau kedudukan yang

sebenarnya, maka semakin tinggi nilai kesahan sesuatu instrumen pengujian itu.

43

Page 44: BMM3103

Sebagai contoh, kalau tahap penguasaan bahasa yang sebenarnya, yang dimiliki

seseorang pelajar itu adalah sempurna, maka penilaian dan pengujian yang dapat

dianggap mempunyai sifat kesahan yang tinggi ialah apabila keputusan yang

ditunjukkan oleh hasil ujian terhadap pelajar tadi dapat menunjukkan bahawa tahap

penguasaan bahasa pelajar itu adalah sempurna. Tetapi kalau hasil penilaian dan

pengujian memperlihatkan bahawa penguasaan pelajar itu hanya pada tahap

sederhana, maka pada dasarnya penilaian dan pengujian itu tidak berjaya mencungkil

maklumat sebenar tentang penguasaan bahasa pelajar tersebut. Maka dengan itu,

instrumen penilaian dan pengujian itu dianggap tidak mempunyai nilai kesahan yang

tinggi.

Begitu juga halnya, kalau objektif penggubalan sesuatu instrumen ujian itu bertujuan

untuk menilai atau menguji sesuatu yang telah ditentukan secara khusus, katakanlah

untuk menguji keluasan dan keberkesanan pengunaan perbendaharaan kata, tetapi

kandungan atau butiran-butiran dalam instrumen ujian itu tidak dapat mengukur objektif

tersebut dengan tepat, misalnya butiran-butiran ujian hanya menyentuh tentang

penggunaan kata-kata.

ii. Kebolehpercayaan Ujian.

Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu

mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada

soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. Memang

semua ujian yang dihasilkan akan memberi maklumat yang tepat. Ketepatan ujian yang

dimaksudkan di sini adalah lebih kepada ketekalan atau konsistensi sesuatu ujian.

Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan

penimbang yang boleh dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama

atau tekal (konsisten) bagi berat bahan yang sama di ketika-ketika yang berlainan.

Ujian juga boleh berfungsi sama dengan penimbang tadi. Sekiranya pelajar mengambil

ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawa markat atau

44

Page 45: BMM3103

skor yang diperolehi pelajar akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini

mengambil ujian yang sama tersebut.

Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau

markat yang sama jika pelajar tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali.

Pelajar yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan mencapai skor yang

lebih baik kerana telah mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil

daripada ujian kali pertama. Ataupun, pelajar berkenaan akan mencapai keputusan

yang semakin menurun hanya disebabkan oleh penurunan motivasi, atau disebabkan

keletihan mengambil ujian. Secara lazimnya, bagi menentukan kebolehpercayaan ujian,

pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengann ujian yang sama, bahkan

dengan ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara.

Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi, keadaan ujian perlu dikawal agar

tidak timbul selisihan antara pelajar yang mengambil ujian. Jika ujian memberi

maklumat yang tepat dan konsisten, maka ukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit

atau tiada langsung. Keselarasan keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya

semua pelajar yang mengambil ujian adalah sama. Kawalan punca-punca atau faktor-

faktor yang menghasilkan selisihan adalah amat penting dalam pembentukan dan

pentadbiran ujian. Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon, keadaan

persekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh

menyebabkan pengurangan kebolehpercayaan ujian. Walau bagaimanapun, secara

am, semakin bilangan soalan berrtambah, semakin tepat pencapaian sesuatu pelajar.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti:

Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan

tidak terlampau banyak);

Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak

mengelirukan;

Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti

ujian bertulis;

45

Page 46: BMM3103

Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk

membuat persediaan;

Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan

keadaan yang sama dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan

dengan sebaik-baiknya dengan tidak berlaku keadaan tidak adil; dan

Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan.

Dari itu, jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti

ujian esei, dari itu skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan

dan diikuti dengan sepenuhnya oleh semua pemeriksa.

Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan

dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Di antaranya ialah

objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras

ujian itu sendiri. Dengan kata lain, pembina item ujian harus memahami terlebih dahulu

akan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar berdasarkan bahan-bahan dalam

sukatan pelajaran bagi satu-satu program pengajaran dan pembelajaran itu.

Sila sediakan catatan nota bagi perkara-perkara yang berikut:a. Kenal pasti perbezaan antara ujian objektif dengan ujian subjektif.b. Jelaskan kelebihan dan kelemahan ujian objektif dan ujian esei.c. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan item subjektif.

Latihan 4Sila bina 20 item objektif aneka pilihan mengikut aras kognitif Bloom untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda.

Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif.

Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau

46

Page 47: BMM3103

kelemahannya.

7.1.5 Jenis Ujian

Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara

kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa

pengajaran dan pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak

diuji.

i. Ujian Formatif

Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk

menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.

Baisanya, skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan

tidak luas. Ia berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam

pendidikan bahasa. Biasanya, ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran,

subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang

pendek seperti mingguan atau bulanan. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan

dijalankan oleh guru ialah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau

menguasai subkemahiran bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan

dan kefahaman, aspek tertentu dalam tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan

awalan atau/dan akhiran, atau ujian pembendaharaan kata tentang beberapa sinonim

atau antonim yang boleh digolongkan dalam ujian jenis ini. Contohnya dalam bulan

Januari, guru telah mengajar muridnya 10 simpulan bahasa, dan pada akhir bulan itu dia

ingin menguji pemahaman muridnya tentang simpulan bahasa yang telah diajar dalam

bulan itu. Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran berbentuk Ujian Formatif itu

diasaskan dan dibina secara terhad maka ujian tersebut sudah semestinya tidak

menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek bahasa.

ii. Ujian Sumatif

Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk

menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara

jangka masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun

persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu

47

Page 48: BMM3103

diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek

bahasa. Misalnya ujian bahasa yang dibina oleh guru untuk ujian akhir semester dan

tahun, atau oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti

Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi penghujung persekolahan menengah rendah

dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi

penghujung persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian

bahasa yang bercorak sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji

adalah banyak dan menyeluruh seperti lisan, bacaan dan penulisan. Aspek-aspek

bahasa yang lain seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, semantik dan peribahasa

(simpulan bahasa atau/dan perumpamaan), dan seumpamanya kerap juga menjadi

bahan ujian dalam ujian bahasa yang bercorak sumatif.

iii. Perbezaan ujian formatif dan sumatif

Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif

1. Maklum balas kepada pelajar dan guru:

kemajuan dan kelemahan.

Fungsi 1. Pensijilan atau

penggredan

2. Sepanjang pengajaran Masa 2. Pada akhir

unit/kursus

3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3.Kognitif

4. Terhad kepada tugasan Sifat 4. Beraneka jenis

5. Berubah-ubah Kesukaran 5. Senang - sukar

6. Dibentuk khas Alat 6. Peperiksaan akhir

tahun

7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma

8. Gagal/lulus Pelaporan 8. Jumlah skor

9. Ujian bulanan/lembaran kerja Contoh 9. UPSR, PMR, SPM

7.1.6 Kaedah Penilaian

48

Page 49: BMM3103

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan

cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian

perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery)

supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap

pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat

dipertingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan

dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak supaya potensinya dapat

dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan

supaya dia dapat memperbaiki prestasinya. Dengan demikian, guru perlu didedahkan

kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih

berkesan. Seterusnya, langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan.

I. Portfolio

Koleksi ini meliputi:

memilih kandungan

menentukan kriteria pemilihan

menentukan penilaian

refleksi kendiri pelajar

Portfolio juga terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar

terhadap pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs,

1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran

lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar ( Harlin, 1992).

i. Apakah Porfolio?

Portfolio ialah satu cara mengumpul

koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar,

kemajuan dan prestasi dalam satu/ beberapa

bidang.

49

Page 50: BMM3103

Kesimpulannya, portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar yang

didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru

melalui penulisan reflektif ( Shulman, 1992).

Tujuan Portfolio

Tujuan portfolio ialah untuk:

memberi peluang pelajar mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang

diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara

sistematik.

Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio

Portfolio digunakan untuk:

menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).

menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan (performance assessment).

Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

menilai secara sumatif pembelajaran pelajar.

menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.

Ciri-Ciri Portfolio

Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju,

prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit

untuk pelajar menghasilkan kerja yang original melalui pengalaman sendiri ketika

melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field work). Hasil kerja

didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya.

50

Page 51: BMM3103

Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen

dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan

pembelajaran.

Memuatkan catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat

refleksi tentang kerja yang sudah dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan

pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Kandungan Portfolio

Sampel tulisan pelajar

Laporan tinjauan buku

Rakaman video

Sampel aktiviti komputer

Senarai buku rujukan

Projek atau kerja kursus

Markat-markat ujian

Bahan-bahan Bukti Portfolio

Berikut ialah cadangan beberapa jenis bahan bukti portfolio

Jenis Contoh Jenis BahanA. Bahan Bukti Perlakuan Bahan bukti perlakuan (performance)

pelajar yang menunjukkan prestasinya dalam bidang yang berkenaan dengan tugasnya.

i. senarai semakii. borang prestasi, laporan kemajuan

P&P di bilik darjah Di padang ( mata pelajaran PJK) Di makmal ( Sains) Di bengkel KH/ ERT

iii. rakaman audio-videoiv. surat/ sijil pengiktirafan

B. Bahan Bukti Bertulis Bahan tulisan hasil usaha pelajar secara individu atau secara kolaboratif. Bahan yang dimuatkan mestilah menunjukkan proses dalam penghasilannya.

i. kertas kerjaii. artikel/ eseiiii. catatan notaiv. perancangan/ jadual kerjav. skrip jawapan ujianvi. surat yang ditulis oleh pelajarvii. pengurusan grafikviii. petikan jurnalix. penulisan/ komen refleksi

c. Bahan Sokongan Bahan sokongan sebagai lampiran

i. bahan fotostat yang berkaitanii. gambar foto

51

Page 52: BMM3103

atau ilustrasi untuk mengukuh dan memantapkan hasil tulisan.

iii. nota kuliahiv. carta/ graf/ jadualv. bibliografi

Jenis-jenis Portfolio

a. Portfolio Kerja

Koleksi hasil kerja harian pelajar.

Mengandungi catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir.

Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar.

Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi.

Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi

mengenai keberkesanan proses pengajaran.

b. Portfolio Dokumentari

Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.

Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses

yang dilalui untuk menghasilkannya.

Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai

hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.

c. Portfolio Hasil

Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu-satu

bidang pembelajaran.

Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar.

Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik

seseorang atau kumpulan pelajar

Hanya mengandungi hasil akhir.

Perbezaan Antara Penialain Tradisional Dengan Penilaian Portfolio

52

Page 53: BMM3103

Dimensi Penilaian Tradisional Penilaian PortfolioTujuan Ujian

Sumatif: rumusan apa yang telah berlaku.Judgmental: paksa pelajar untuk belajar.

Formatif: menjana inputDevelopmental: diagnostik

Fokus Produk Pengajaran: Aktiviti rekabentuk guru Hafazan

Proses Pengajaran: Aktiviti rekabentuk pelajar Pemikiran dan bersepadu

Maklum balas

Satu skor sahaja; muktamad; tidak boleh ubah.

Komen dari rakan sebaya, guru:Sepanjang proses dan ada masa untuk mengubah

Tujuan Ujian

Kertas dan pensel Skop sempit Formal

Pelbagai tugasan multimedia multidimensi autentik informal

Pengurusan Bilik Darjah

Ambil masa untuk tentukan keputusan

Bersepadu dalam rutin kelas Maklum balas semerta

Garis Panduan

Rujukan Norma Rujukan Kriteria

II. Pemerhatian

Diperhatikan secara menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif,

psikomotor, faktor bahan dan persekitaran;

Boleh dilaksanakan dengan instrumen seperti senarai semak, skala

kadar, rekod anekdot dan rekod profil;

Boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi

masing-masing.

ii. Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/ diperhati

iaitu:

Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretasi) dan

tanggapan (judgment).

i. Pemerhatian ialah:

dilakukan secara berterusan tentang

keberkesanan pengajaran dan

pembelajran;

53

Page 54: BMM3103

Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.

Memerhati untuk jangka pencdek dan jangka panjang.

iii. Strategi Pemerhatian

Strategi pemerhatian dilakukan secara:

berterusan mengikut keperluan yang dirancang.

gobal atau analitik mengikut objektif pemerhatian.

menyesuaikan jangka masa pemerhatian dengan keadaan dan

keperluan.

menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik

yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan

persekitaran

mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang

dijalankan.

iv. Fungsi Pemerhatian

a. Penilaian melalui pemerhatian boleh:

digunakan oleh guru untuk melihat perkembangan individu/

kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.

dibuat oleh pelajar ( individu/ kumpulan) untuk melihat tahap

pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu

pembelajaran.

dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan

seperti projek.

b. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar

merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran

seperti:

menjalankan aktiviti pemulihan/ pengukuhan.

meningkatkan motivasi pelajar.

mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai

dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar.

54

Page 55: BMM3103

c. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat

refleksi terhadap keberkesanan peranan sendiri sebagai

penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

d. Pemerhatian yang terancang membantu guru:

mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran

dan apakah yang mendorong/ menolak minat tersebut.

mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan

yang positif.

mengesan kemampuan / tahap pemikiran pelajar.

mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar.

menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan

perancangan.

mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar

terhadap pelajaran, rakan sebaya, dan diri sendiri.

III. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

corak penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. Antara

kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan

suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya

(individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan, secara bertulis.

Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penghasilan

tugasan yang berkenaan, iaitu:

Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - Tahap manakah tugasan itu perlu

disiapkan?

i. Pengenalan Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri,

para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa

yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan

dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga

55

Page 56: BMM3103

Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - Adakah secara individu atau

berkumpulan?

Jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu

yang terlibat?

Berapa lama, dan bila tugasan itu perlu disiapkan - perlukah tugasan itu dinilai

secara berproses, atau pada hasil akhirnya sahaja?

Jika berproses, bagaimanakah pula penilaian dibuat pada setiap proses?

Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi

kontrak tersebut. Misalnya, penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat

sekiranya didapati ada individu di dalam sesuatu kumpulan enggan memberi

kerjasama kepada kumpulannya.

Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan

syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi

dalam kriteria di atas. Kriteria ini ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang

diharapkan tidak terjejas.

ii. Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang

berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan:

a. pelajar mengenal pasti dan merekod,

b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,

c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk

mencapai matlamat tersebut,

d. menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya,

e. memaperkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah

tercapai, dan

f. menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian

matlamat pembelajaran/tugasan akan dinilai.

g. Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan matlamat

pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan

sendiri.

h. Menghasilkan kerja yang terancang, dan

56

Page 57: BMM3103

i. Membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir

tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya iaitu dari

awal hingga ke hasil terakhir.

iv. Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut tahap

penglibatan pelajar dalam menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan yang

berkenaan.

Antara cara-caranya ialah:

a. Penilaian objektif tugasan

objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar

menetapkan strategi perlaksanaannya, atau

beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar

kemudian memilih mana-mana yang difikirnya paling

sesuai, atau

pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudiannya

mana-mana yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru.

b. Hasil Pembelajaran

pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap

strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam

bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb.

jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan

terlebih dahulu oleh guru.

c. Penilaian

dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik

yang diharapkan, dan sistem penggredan untuk

keseluruhan proses pelaksanaan tugasan yang

berkenaan; atau

sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan

proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh guru; atau

57

Page 58: BMM3103

gred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara

guru dan pelajar tersebut; berdasarkan syarat-syarat atau

kriteria tertentu,

Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan

sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk

menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Guru juga

memberi kata putus terhadap gred akhirnya mendapat

persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit, atau

ditetapkan oleh guru sahaja.

d. Format / Bentuk

Keperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk

tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang terlibat.

Sesetengah kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat formal,

yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas dipersetujui

bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan

penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara

tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Seperkara lagi, anda perlu ingat bahawa:

Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar,

sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya

tidak terjejas.

Bagi setiap kontrak pembelajaran, senarai semak bagi butiran yang

hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga

dilampirkan. Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan

dan penilaian tugasan, ataupun ditetapkan oleh guru dan

dibentangkan kepada pelajar semasa membuat ‘negotiation’ sebelum

mematrikan kontrak tersebut. Format senarai semak boleh dibuat

mengikut keperluan kursus, tugasan dan persetujuan bersama oleh

kesemua pihak yang terlibat.

Untuk membuat kontrak pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan

menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau

58

Page 59: BMM3103

tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan pula

kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya

pada tahap tertentu dalam proses menyempurnakan

tugasan/projek/kerja tersebut. Kesemua rancangan ini akan

dirakamkan di dalam bentuk kontrak pembelajaran yang

ditandatangani sendiri. Kontrak ini kemudian akan menjadi dokumen

yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan kerjanya, tahap

kerja yang telah disempurnakan di samping memberi maklumat

tentang apa yang perlu dibuatnya.

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu

KONTRAK PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran :

Nama :

Tahun / Tingkatan :

Tugasan :

Objektif :

1.--------------------------------------------------------------

2.-------------------------------------------------------------

3.-------------------------------------------------------------

Perkembangan

Peringkat

Apa yang saya

mahu capai

pada peringkat

ini

Bagaimana

saya akan

laksanakan

peringkat ini.

Jangka waktu

pelaksanaan

peringkat ini

Bagaimana

penilaian bagi

peringkat ini

dibuat

catatan

59

Page 60: BMM3103

Tandatangan kendiri Tandatangan rakan sebaya tandatangan guru

............................................... ............................................... .................................

Nama: Nama: Nama:

IV. Penilaian Melalui Projek

ii. Ciri-Ciri Penilaian Projek

Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual,

kinestetik)

Menggunakan jangka panjang.

Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.

Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. Tiada

didapati satu jawapan yang benar.

Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif:

- membuat / menyediakan projek

- kumpulan koperatif

i. Pengenalan

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti

yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau

membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran

dalam situasi sebenar( Wiggins, 1989).

60

Page 61: BMM3103

Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan.

Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.

Peluang menilai pelajar dalam:

- kreativiti

- kemahiran merancang

- integrasi pengetahuan

- kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.

Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu

Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu

Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah

Aktiviti yang bermakna

Dengan itu penilaian projek ini dapat :

mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar.

Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.

Membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan

menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.

iii. Jenis-jenis Penilaian Projek

Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan

atau bertulis ( main peranan).

Extended tasks assignment – menulis puisi, melaksana dan

menerangkan keputusan ujikaji, membina model.

Portfolio – koleksi tugasan berdasarkan prestasi.

Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau

model.

V. Penilaian Melalui Ujian.

i. Pengenalan

Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan

potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan

cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil

kira keperluan dan kemampuan individu, serta kepelbagaian cara supaya pelbagai

kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya, boleh mengambil

ujian yang sama. Dengan cara multiple dilevery, ini akan menjadi motivasi kepada

61

Page 62: BMM3103

seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian

pelajar lain.

ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh

melalui kaedah bukan ujian ( pemerhatian, portfolio, projek, dll).

Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta

dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalaui satu-satu unit pelajaran.

Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk

memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Tindakan

susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang

diberi peluang diintegrasikan pembelajarannya secara menegak ( vertical integration)

mengikut tahun / tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan secara mendatar

( horizonatal integration ) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam

tahun/tahap yang sama. Manakala pelajar yang berprestasi rendah, tindakan susulan

serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki

kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan ( patching)

sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Dengan alat

perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar, kaedah

Computer Adadtive Testing ( CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan

berkesan.

Pada akhir sesuatu tempoh semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan

gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpamana ini sedang dilakukan

oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kedua-dua penilaian

formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang

berkesan.

Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan

kualitatif sebelum satu pertimbangan mengenai perkembangan

dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat

kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai

ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat

62

Page 63: BMM3103

Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas

sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan item

( item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari

semasa ke semasa. Untuk memastikan item pool atau bank item yang mengandungi

item pelbagai strand atau kemahiran yang bermutu dari semasa ke semasa, perkara

berikut perlu dilaksanakan.

Pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina

Analisis item dijalankan untuk memastikan item bermutu dipilih

ii. Perancangan Ujian

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk

unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan

tekanan, menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan

seterusnya.

Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya

ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi berikut boleh dijadikan

panduan semasa merancang ujian jenis objektif.

Langkah 1 : Tahukah tujuan ujian?

i. Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar.

ii. Menilai kemahiran prasyarat.

iii. Menilai tahap penguasaan ilmu.

iv. Merancang program pemulihan dan pengayaan.

63

Page 64: BMM3103

Langkah 2 : Tahukah bidang yang akan dinilai?

i. Aspek kognitif.

ii. Aspek afektif- nilai/sikap

iii. Aspek kemahiran:

pedagogi

pemudahcaraan

berfikir

belajar

teknologi maklumat (IT)

iv. Aspek personaliti

tingkah laku

gaya kognitif

pelbagai kecerdasan ( mutiple intelligences)

kecerdasan emosi ( emotional intelligence)

Latihan 5Sila dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas dengan menggunakan borang pengurusan grafik.

Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.

7.1.7 Instrumen Penilaian

Terdapat beberapa alat atau instrumen untuk menilai kemahiran bahasa . Ada

antaranya telahpun dihuraikan dalam tajuk pembinaan item dan kaedah menilai bahasa

seperti kloz, penyoalan, dan senarai semak. Contoh instrumen pengujian yang lain ialah

rubrik, skala Linkert, dan pengurusan grafik. Adalah perlu diingat bahawa kesesuaian

alat dan kaedah serta tujuan penilaian adalah penting untuk memperoleh kesahan dan

64

Page 65: BMM3103

kebolehpercayaan pengujian. Ini adalah kerana setiap alat atau instrumen mempunyai

keberkesanan masing-masing untuk mengukur kemahiran bahasa yang berbeza juga.

Jenis-jenis Alat/ Instrumen Penilaian Bahasa

i. Rubrik

Soalan 1: (30 markah)

ISI (20%) : (6 markah) PMT (50%) : (15 markah)

Tugasan 1 (4 markah)A. Sebutan 1. Dialek - pikiak - bah......tu - cigu - baghu 2. Bukan penutur jati.

B. Struktur Ayat. - lama-lama pandailah kau orang - jawab sajalah itu latihan - ini cakap banyak pulak - bolehlah bah.....

(5 markah)

Penutur bahasa kedua Pengaruh dialek Pengaruh bahasa pasar Guru yang tidak menggunakan bahasa baku Murid yang mempunyai pelbagai latar

belakang bahasa/dialek Mana-mana yang sesuai.

Tugasan 2 ( 2 markah)1. Latih tubi

Latih tubi pasangan minimal Latih tubi pemintal lidah Latih tubi tukar ganti

(10 markah)latih tubi pasangan minimal Menyatakan perkataan yang hampir sama

bunyi dengan perkataan dalam petikan.Contoh: orang-orang

Contoh aktiviti: ulangan sebutan secara individu, kumpulan dan kelas

Latih tubi pasangan pemintal lidah Dapat menyenaraikan perkataan yang

bermasalah: [r] Proses pengulangan: dari perlahan –

semakin cepat. Aktiviti berpasangan, kumpulan dan kelas.

Ayat Latih tubi tukar ganti Menyediakan rajah tukar ganti : subjek,

predikat.

KEFAHAMAN KONSEP (20%) : (6 Markah) Menyatakan punca berlakunya kesilapan. Dapat menjelaskan teknik yang dipilih. Mematuhi prinsip teknik latih tubi.

KOMINIKASI (10%) : ( 3 markah)

Penggunaan ayat yang gramatis. Pemilihan perkataan yang sesuai.

65

Page 66: BMM3103

Kesilapan ejaan yang minima.

RUBRIKSoalan 1

Markah / Gred

Kriteria

90-100A

80-89A-

75-79B+

70-74B

65-69B-

60-64C+

55-59C

50-54C-

40-49D+

30-39D

0-29E

Penguasaan Isi Kandungan (20%)

Menyatakan 4 kesilapan perkataan

Dapat menyenarikan 4 kesilapan struktur ayat dengan jelas

Dapat menyatakan 3 kesilapan perkataan.

Dapat menyenaraikan 3 kesilapan ayat dengan jelas dan tepat.

Dapat menyatakan 4 perkataan

Dapat menyatakan 4 perkataan

Kurang jelas dan tepat.

Dapat menyatakan 2 perkataan

Dapat menyatakan 2 struktur ayat

Dengan jelas dan tepat.

-0-1 perkataan 2 ayat kurang tepat

dan kurang jelas.

Markah /Gred

Kriteria

90-100A

80-89A-

75-79B+

70-74B

65-69B-

60-64C+

55-59C

50-54C-

40-49D+

30-39D

0-29

Kefahaman Konsep (20%)

dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

dapat menjelaskan teknik yang dipilih

mematuhi prinsip penggunaan teknik

penerangan jelas

. dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

dapata menyatakan teknik yang dipilih

mematuhi prinsip penggunaan teknik

penerangan masih jelas.

Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

Dapat menyatakan teknik yang dipilih

Mematuhi prinsip penggunaan teknik

Tepat tetapi kurang jelas

Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

Dapat menyatakan teknik yang dipilih

Mematuhi prinsip penggunaan teknik

Kurang tepat dan kurang jelas.

Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

Dapat menyatakan teknik yang dipilih

Mematuhi prinsip penggunaan teknik

Tidak menjawab /menjawab kurang jelas.

Markah /Gred

Kriteria

90-100A

80-89A-

75-79B+

70-74B

65-69B-

60-64C+

55-59C

50-54C-

40-49D+

30-39D

0-29E

66

Page 67: BMM3103

Penguasaan Kemahiran

Proses Berfikir (50%)

dapat menyatakan 5 punca berlakunya kesilapan

dapat memberi 3 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal

dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti

penerangan jelas dan tepat

Dapat menyatakan 4 punca berlakunya kesilapan

Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal

Dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti

Penerangan tepat dan jelas.

Dapat menyatakan 3 punca berlakunya kesilapan

Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal

Dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti

Penerangan tepat jelas

Dapat menyatakan 2 punca berlakunya kesilapan.

Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal.

Dapat memberi contoh latih tubi tukar ganti

Penerangan tepat jelas.

Dapat menyatakan 1 punca berlakunya kesilapan

Dapat memberi 1 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal

Tidak dapat memberi contoh

Penerangan kurang tepat dan kurang jelas.

KemahiranKomunikasi (20%)

Persembahan sangat tersusun dan menarik

Penguasaan bahasa sangat baik

Pengelolaan hujah sangat mantap

Persembahan baik dan menarik

Penguasaan bahasa baik dan pengelolaan hujah mantap.

Persembahan kurang tersususn dan menarik

Penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah kurang mantap

Persembahan yang memuaskan

Penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah memuaskan.

.persembahan yang tidak tersusun

penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah lemah.

Latihan 6Sila buat rujukan di perpustakaan, pusat sumber atau melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai alat/ instrumen penilaian bahasa dan cara menggunakannya. Buat rujukan dan catatan nota untuk instrumen penilaian bahasa yang lain iaitu skala Linkert dan pengurusan grafik.

67

Page 68: BMM3103

Rumusan

Penaksiran dan penilaian kemahiran bahasa dan aspek bahasa wajar dijalankan secara

berterusan, iaitu secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran

dan pelbagai jenis instrumen yang sesuai dengan kemahiran berbahasa. Penilaian

berterusan perlu dijalankan secara sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran

berbahasa dan aspek bahasa tidak berlaku dengan serta merta tetapi merupakan

proses developmental.

Tegasnya, sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu, jelaslah

bahawa dalam pengajaran bahasa, penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan

pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang

digunakan. Penilaian sangat penting untuk memastikan bahawa objektif pengajaran

tercapai.

68

Page 69: BMM3103

69