14
Bina ayat daripada perkataan yang diberi di bawah bagi menunjukkan anda faham penggunaan dan maksudnya. 1. hemah / hemat 2. kerangka / rangka 3. perap / perah 4. melarik / melirik 5. mentaksir / mentafsir 6. menjurus / menjirus 7. mengubah / menggubah 8. menghembuskan / menghemburkan 9. menatap / meratap 10. meraung / melaung 11. menyumpah / menyampah 12. rencam / rencah 13. diharap / digarap 14. laksana / laksamana 15. sering / seiring 16. menghidap / menghadap 17. secocok / secucuk 18. sasaran / sesaran 19. tergolong / tergulung 20. sepadan / sempadan 21. persatuan / penyatuan 22. menembuk / menembok 23. sembang / sumbang. 24. menyeluruh / menyeloroh 25. belot / belut 26. mengindahkan / mengendahkan 27. menyerap / mencerap Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Bina Ayat.spm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

spm

Citation preview

Page 1: Bina Ayat.spm

Bina ayat daripada perkataan yang diberi di bawah bagi menunjukkan anda faham penggunaan dan maksudnya.

1. hemah / hemat2. kerangka / rangka3. perap / perah4. melarik / melirik5. mentaksir / mentafsir6. menjurus / menjirus7. mengubah / menggubah8. menghembuskan / menghemburkan9. menatap / meratap10. meraung / melaung11. menyumpah / menyampah12. rencam / rencah13. diharap / digarap14. laksana / laksamana15. sering / seiring16. menghidap / menghadap17. secocok / secucuk18. sasaran / sesaran19. tergolong / tergulung20. sepadan / sempadan21. persatuan / penyatuan22. menembuk / menembok23. sembang / sumbang.24. menyeluruh / menyeloroh25. belot / belut26. mengindahkan / mengendahkan27. menyerap / mencerap28. mengabaikan / mengaibkan29. tapak / tepak30. menyuraikan / menyuarakan31. bertitah / bertatah32. gumpal / gempal33. mencolek / menculik34. memerah / memeras35. melencong / melancong

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 2: Bina Ayat.spm

36. bertelur / bertelor37. berkenan / berkenaan.38. menempa / menempah39. menyurut / menyorot40. melagakan / melegakan41. melayukan / melayurkan42. mengibas / mengimbas43. pedalaman / pendalaman44. merimaskan / meramaskan45. benteng / beting46. menuntun / menonton47. pujuk / pojok.48. beradat / beradab49. hempas / hampas50. lengan / lengang51. tabik / tabib52. resmi / rasmi53. padan / pandan54. perah / perap

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 3: Bina Ayat.spm

Jawapan: Perkataan hampir sama bunyi

Contoh ayat bagi perkataan hampir sama bunyi.

1. hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu.....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.

2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.

3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku.....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak.

4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.

5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi.

6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.

7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.

8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 4: Bina Ayat.spm

terakhirnya petang semalam.....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas.

9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia.

10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon.

11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.

12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.

13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.

14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.

15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 5: Bina Ayat.spm

Johor itu.

16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.

17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat.

18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi.

19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun.......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi.

20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka.

21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya.......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati.

22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum.......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu.

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 6: Bina Ayat.spm

23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam.......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu.

24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh.......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi.

25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu.......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut.

26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik pelancong.......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.

27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida.......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2.

28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita.......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri.

29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan.......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya.

30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin.

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 7: Bina Ayat.spm

......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam.

31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.

32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.

33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.

34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew.

35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.

36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.

37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.

38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 8: Bina Ayat.spm

karate.......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.

39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.

40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh.......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.

41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya.......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih.

42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala.......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati.

43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi.

44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian.

45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister.

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 9: Bina Ayat.spm

......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar.

46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan.......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen.

47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama.

48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong.

49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah.......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan.

50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca.......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang.

51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.

52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit.......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas.

53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya.

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 10: Bina Ayat.spm

......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum.

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Page 11: Bina Ayat.spm

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM