6
DISEDIAKAN OLEH, PANITIA BAHASA MALAYSIA 2015 SJKT LADANG SUNGAI BULOH DUNIA SIMPULAN BAHASA DI TANGAN MU ANJURAN PANITIA BAHASA MALAYSIA 2015 SJKT LADANG SUNGAI BULOH

Bil

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jh

Citation preview

ANJURANPANITIA BAHASA MALAYSIA 2015SJKT LADANG SUNGAI BULOHDUNIA SIMPULAN BAHASA DI TANGAN MU

BILSIMPULAN BAHASAMAKSUD

1Ada hati Keinginan.

Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

2Ada JalanAda cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

3Ambil BeratBeri perhatian.

Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

4Anak Buaha)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.

a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji. b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

5Basuh MulutSajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.

Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

6Bendera PutihMengaku kalah.

Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.

7Berat MataMengantuk.

Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata.

8Beri MukaMemanjakan

Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas.

9Besar HatiGembira

Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya.

10Buah FikiranPendapat.

Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira.

11Buah MulutPerkara yang menjadi perbualan ramai.

Perkara itu menjadi buah mulut kepada penduduk di kampung itu.

12Buka Mataa) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.

a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya.b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata.

13Buruk SangkaMenaruh curiga

Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik, kata Fairuz kepada Azri.

14Cari AkalBerikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

15Cari MakanBekerja atau mencari rezeki.

Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

16Dalam TanganSesuatu yang pasti akan dimiliki.

Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

17Geli HatiRasa lucu hendak tertawa.

Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu.

18Hilang HarapanTiada mempunyai harapan lagi.

Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.

19Kepala DinginPenyabar

Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.

20Kera SumbangTidak suka bergaul dengan orang lain.

Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.

21Kurang Ajar / Kurang AdabTidak sopan

Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang ajar namanya.

22Ibu AngkatPerempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.

Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

23Ikat PerutMengurangkan makan kerana kemiskinan.

Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

24Langkah seribuCabut lari.

Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.

25Lidah PanjangSuka menghasut.

Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.

26Lipas KudungMembuat sesuatu kerja dengan pantas.

Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.

27Makan AnginBerehat atau bersiar-siar.

Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Kota Bharu.

28Makan Suap / Makan DuitMengambil wang secara haram; rasuah.

Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang.

29Mata DuitanOrang yang tamakkan wang.

Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih.

30Mati AkalBuntu fikiran.

Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya.

31Muka DuaTidak jujur.

Hamzah bermuka dua kerana sekejap dia menyokong kita dan sekejap dia menyokong pihak lawan.

32Murah HatiPemurah.

Jiran yang baru pindah itu murah hati.

33Panjang TanganOrang yang suka mencuri.

Jangan panjang tangan, nanti ditangkap oleh polis, kata Cikgu kepada murid Tahun 6.

34Pasang MataMemerhatikan baik-baik; waspada.

Pengawal keselamatan itu terpaksa pasang mata kerana barang kemas yang dipamerkan mahal-mahal belaka.

35Pasang TelingaMengintip atau mencuri dengar perbualan.

Ah Mun pasang telinga semasa abangnya berbual di telefon.

36Pecah KhabarTersiar berita.

Telah pecah khabar bahawa Puteri Nila Kesuma masih hidup.

37Patah HatiKecewa

Sudin tidak patah hati walaupun telah dua kali gagal dalam pertandingan itu.

38Putih HatiIkhlas dan jujur

Semenjak kecil Arief telah dididik dengan sikap putih hati.

39Putih MataTerlepas peluang

Nadiera berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kelewatannya menghantar borang permohonan.

40Putus RezekiHilang mata pencarian.

Pencemaran minyak di pantai ini menyebabkan nelayan di sini putus rezeki.

41Ringan MulutPeramah dan fasih.

Izati seorang gadis yang ringan mulut dan berbudi bahasa, sebab itulah dia disenangi oleh rakan-rakannya.

42Ringan TanganSuka menolong

Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia rajin dan ringan tangan.

43Sakit HatiMarah kerana ditipu atau dihina.

Sakit hati saya apabila mendapat tahu dia telah menipu saya.

44Salah LangkahMemulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.

Disebabkan salah langkah hasil keluaran syarikatnya tidak mendapat pasaran yang baik.

45Senyum KambingSenyum mengejek

Kami hanya senyum kambing apabila melihat gelagat Mona yang mengada-ada itu.

46Serkap JarangMenuduh sembarangan.

Kalau menuduh orang biarlah dengan buktinya jangan pakai serkap jarang sahaja.

47Tangan TerbukaSuka menolong orang; murah hati.

Kasmini menerima tanggunggjawab membiayai pelajaran anak yatim itu dengan tangan terbuka

48Tidur-Tidur AyamTidur yang tidak nyenyak.

Rubiah tidur-tidur ayam sahaja kerana menunggu anaknya yang belum balik.

49Tin KosongOrang yang banyak cakap tetapi tidak berilmu.

Janganlah terpengaruh dengan kata-katanya kerana dia tin kosong.

50Titik PeluhHasil usaha sendiri.

Dia amat menyayangi rumah pusaka yang didudukinya sekarang kerana ia didirikan dengan titik peluh ayahnya.

DISEDIAKAN OLEH,PANITIA BAHASA MALAYSIA 2015SJKT LADANG SUNGAI BULOH