20
MS 07 MS 14 BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012 www.mbpj.gov.my MS 12 Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis 2012-2013 muka surat 08

BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

MS

07MS

14

BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012 www.mbpj.gov.my

MS

12

Majlis Angkat SumpahAhli Majlis 2012-2013 muka surat 08

Page 2: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya M

AC

201

2

02

INFO

Page 3: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

MA

C 2

012

03

KAND

UNGA

N

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

SIDANG REDAKSI

PENAUNGDato’ Haji Mohamad Roslan Bin SakimanDatuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

PENASIHATTuan Puasa Bin Md. TaibTimbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

KETUA EDITORHaniza Binti Abdul Hamid

EDITORZainun Binti Zakaria

WARTAWANMuhamed Azmi Bin YusoffNurul Ain Binti Hanas (Wartawan Pelatih)

JURUGAMBARRusdi Bin Mohd HalikIntan Khairana Binti Md ZaliSalimey Bin Haji Abu Bakar

PEREKA GRAFIKShamsul Bahrin Bin Abdul MuttalibBadrul Hisham Bin A. Bakar

CADANGAN / MAKLUM BALAS :Sila majukan ke alamat :

EDITOR,Berita Bandaraya Petaling Jaya,Unit Perhubungan Awam,Majlis Bandaraya Petaling Jaya,Tingkat 1, Ibupejabat MBPJ,Jalan Yong Shook Lin,46675 Petaling Jaya,Selangor Darul EhsanTel : 03 - 79563544 samb. 204 / 201 / 206 / 202Faks : 03 - 79582695e-mel : [email protected]

DITERBITKAN OLEH :Unit Perhubungan Awam,Majlis Bandaraya Petaling Jaya,Tingkat 1, Ibupejabat MBPJ,Jalan Yong Shook Lin,46675 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan

Dato’ Haji Mohamad Roslan Bin SakimanDatuk [email protected]

Tuan Puasa Bin Md. TaibTimbalan Datuk [email protected]

Tuan Haji Ahmat Mohaayen Bin Haji SaidTimbalan Setiausaha / Pengarah,Jabatan Khidmat [email protected]

Puan Hajah Sa’diyah Binti KhasimanPengarah,Jabatan [email protected]

Puan Hajah Sharipah Marhaini binti Syed AliPengarah,Jabatan Perancangan [email protected]

Tuan Ir. Haji Cheremi Bin TarmanPengarah,Jabatan [email protected]

Puan Dr. Chitradavi a/p VadivelluPengarah,Jabatan Kesihatan [email protected]

Puan Amreeta Kaur a/p Pretham SinghPengarah,Jabatan Penilaian Dan Pengurusan [email protected]

Puan Hamidah Binti AriffinPengarah,Jabatan Kawalan [email protected]

Encik Aznan Bin Haji HassanPengarah,Jabatan Pembangunan [email protected]

Encik Mohd Fauzi Bin MaaropPengarah,Jabatan Penguatkuasaan Dan [email protected]

Puan Zuraidah Binti SainanPengarah,Jabatan Landskap Dan Kehijauan [email protected]

Encik Abd. Muttalib Bin Mohd AliPengarah,Unit [email protected]

Puan Haniza Binti Abdul HamidPengarah,Unit Perhubungan Awam [email protected]

Tuan Haji Ainul Adnan Bin Abdul RahamanPengarah,Unit Audit [email protected]

Y.M. Tengku Nazaruddin Bin Tengku ZainudinPengarah,Unit Aduan [email protected]

Encik Lee Lih ShyanKetua,Unit Pusat Setempat (OSC)[email protected]

Encik Ahmad Johari Bin SallehKetua,Unit Korporat Dan [email protected]

Cik Nor Shabani Binti JohariKetua,Unit Persuruhjaya Bangunan (COB)[email protected]

PENGURUSANMAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

05 - 08 & 10 BERITA- Kontraktor Baru Mulakan Kerja- Patin Bernilai RM40,000- Datuk Bandar Pantau Masalah Sampah- Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis 2012 - 2013- MBPJ Tidak Abai PPR

2, 9 & 11 INFO

12 - 13 KOMUNITI@PJ- Forum KASIH- Deklamasi Sajak Ke-6

14 OPERASI- Ops Premis Tidak Berlesen

15 DIARI LAWATAN

16 - 18 BELIA DAN SUKAN- MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring Lelaki- Artis Sertai Senamrobik Bersama Datuk Bandar PJ- Kejohanan Wushu Peringkat Kebangsaan

19 MBPJ@AKHBAR

20 MUTIARA KATA

MS 17

MS 06

MS 18

Page 4: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya M

AC

201

2

04

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu lagi di ruangan Buletin Bandaraya Petaling Jaya yang diterbitkan khas untuk anda warga Petaling Jaya yang telah sekian lama menyokong segala usaha yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pada 20 Mac lalu seramai 21 orang Ahli Majlis telah dilantik bagi sesi 2012-2013 untuk menggalas tanggungjawab memajukan Petaling Jaya dengan menyumbangkan idea-idea serta pandangan untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya peneraju, dinamik dan lestari.

Ahli Majlis selaku penasihat kepada Majlis dalam menentukan dasar dan peraturan yang perlu dilaksanakan dengan objektif utama untuk kesejahteraan rakyat, juga mewakili kepentingan masyarakat setempat dalam urusan yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan sebagai penghubung bagi menyampaikan kehendak masyarakat seperti membuat aduan tanpa membelakangkan kepentingan MBPJ.

Pelantikan Ahli-ahli Majlis ini juga diharapkan umpama jentera sokongan dalam usaha kita menjadikan Petaling Jaya bandar raya bersih dengan cara bersama-sama memantau sistem pengurusan sisa pepejal serta menyalurkan maklumat-maklumat bermanfaat untuk penambahbaikan sistem yang ada. Ahli Majlis juga perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan penduduk terutama penduduk di kawasan yang dipertanggungjawabkan kerana idea-idea bernas dan pandangan yang membina boleh dijadikan panduan untuk MBPJ meningkatkan mutu perkhidmatan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengiktiraf MBPJ di kedudukan keempat seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia dalam Sistem Star Rating (SSR) 2010/2011 yang telah diumumkan. Kedudukan ini bukannya suatu jaminan untuk kita berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan kedudukan sekarang. Malah ia perlu dijadikan pencetus kepada usaha meningkatkan mutu perkhidmatan pentadbiran untuk menjadikan MBPJ PBT yang ulung di Malaysia dalam semua bidang.

Kerjasama daripada Ahli Majlis, warga kerja dan penduduk Petaling Jaya amnya amat penting dalam usaha kita meningkatkan kesejahteraan Petaling Jaya sebagai bandar raya yang selesa dihuni, bersih dan selamat. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja yang selama ini bersama-sama berkhidmat dengan penuh dedikasi dan komited tidak lain dan tidak bukan untuk kepentingan warga Petaling Jaya.

Sekian, terima kasih.

DATO’ HJ. MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMANDATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

DATUK BANDAR

Assalamualaikum w.b.t.,Selamat Sejahtera Dan Salam Muhibah

PerutusanMAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

DATO’ HJ. MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN

Page 5: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

MA

C 2

012

05

BERI

TA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

JALAN YONG SHOOK LIN, 1 Mac – Seramai 150 kontraktor yang dilantik MBPJ telah memulakan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan kerja-kerja pembersihan di Petaling Jaya setelah proses pengambilalihan kerja-kerja pembersihan awam di negeri Selangor oleh Pihak Berkuasa Tempatan daripada Konsortium Alam Flora Sdn. Bhd.

MBPJ telah melantik seramai 32 kontraktor kutipan sisa pepejal, 68 kontraktor pembersihan kawasan, 15 kontraktor untuk jalan protokol, 14 kontraktor pembersihan longkang besar, seorang kontraktor ‘log boom’ atau perangkap sampah dan 20 kontraktor ‘waste buster.’

Disebabkan majoriti kontraktor yang dilantik merupakan kontraktor baru, pihak Majlis memberi tempoh seminggu kepada kontraktor untuk membiasakan diri dengan kawasan kerja dan pihak Jabatan

Kesihatan Persekitaran akan memantau kerja-kerja yang dilakukan, dengan melantik seramai 32 orang Pembantu Kesihatan Awam dan Pengawas baru.

Selain itu, MBPJ turut memasang Automatic Vehicle Locating System (AVLS) pada compacter untuk memudahkan usaha mengesan pergerakan lori-lori kutipan sanpah ini. Usaha ini untuk memastikan kontraktor melakukan kerja mengikut jadual dan di kawasan yang telah ditetapkan.

“Kita turut akan menimbangkan cadangan mewujudkan pertandingan kawasan bersih bagi kontraktor di Petaling Jaya untuk menjayakan matlamat utama kita menjadikan Petaling Jaya bandar raya bersih,” ujar Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman semasa sesi sidang media berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

MULAKAN KERJAKontraktor Baru

Page 6: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya M

AC

201

2

06

BERI

TA

KELANA JAYA, 4 Mac – Mohd Desa Zakaria tidak menyangka ikan patin seberat 4.85 kg yang dipancingnya di Tasik Bandaran, Kelana Jaya pada pukul 8.20 pagi membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000.

Dia tidak menyangka akan dipilih sebagai pemenang berdasarkan berat ikan dan ini merupakan kali pertama dia mendapat hadiah wang tunai sebanyak ini, ujar beliau.

Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya apabila menerima hadiah yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertandingan memancing GP Selangor edisi pertama tahun 2012 ini telah berjaya menarik seramai 1,148 orang peserta dari seluruh negeri Selangor dan tidak ketinggalan dari negeri jiran seperti Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.

Tempat kedua dimenangi Mohd Shapawi Abdullah yang menaikkan ikan leekoh seberat 4.365 kg membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM14,000 manakala Afrizal Syair juga menaikkan ikan patin seberat 2.915 kg. Beliau memenangi wang tunai bernilai RM7,000.

Pertandingan memancing GP Selangor ini bakal menjelajah seluruh 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor bertujuan mempromosikan tempat-tempat menarik seperti pantai dan tasik yang boleh diketengahkan sebagai kawasan pelancongan.

Pertandingan tahun ini merupakan kesinambungan penganjuran tahun lepas yang telah berjaya menarik seramai 11,000 orang peserta dengan tawaran hadiah sebanyak RM613,500.

Pusingan kedua GP Selangor akan diadakan di Tasik Cempaka dan akan berakhir di Tasik Shah Alam pada Disember nanti.

RM40,000PATIN BERNILAI

Page 7: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

MA

C 2

012

07

BERI

TA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

12 Mac – Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman turun padang melakukan pemantauan masalah kutipan sampah yang dihadapi di Petaling Jaya setelah pelantikan kontraktor-kontraktor baru.

Pemantauan dilakukan di sekitar Seksyen 14, Seksyen 17 dan SS22 mendapati kebanyakan masalah di kawasan tersebut adalah masalah sampah kebun yang dibuang penduduk yang tidak dikutip kontraktor yang dipertanggungjawab.

Tinjauan yang dilakukan bersama Pengarah Kesihatan Persekitaran, Pn. Dr. Chithradavi a/p Vadivellu dan Pegawai Perhubungan Awam, Pn. Zainun Zakaria turut menemui tempat pembuangan sisa bahan binaan haram di Jalan 17/48B.

Masalah ini disebabkan sikap sesetengah penduduk sekitar yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian kepada rumah kediaman mereka dan sisa binaan dibuang di kawasan tersebut dengan sewenangnya.

“Kita amat berharap pengawas yang dilantik dapat memantau masalah ini kerana matlamat utama kita ialah bersih dan kerjasama penduduk juga amat diperlukan untuk tidak mengadakan palang atau halangan yang menghalang lori sampah memasuki kawasan mereka,” ulas Datuk Bandar berkenaan masalah sampah yang dihadapi.

Tinjauan mendapati terdapat kawasan taman perumahan yang mengadakan palang besi yang menyebabkan lori tidak dapat masuk dan memungut sampah.

PANTAU MASALAH SAMPAH

DATUK BANDAR

Page 8: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya M

AC

201

2

08

BERI

TA

JALAN YONG SHOOK LIN, 20 Mac - Seramai lima muka baru diperkenalkan dalam senarai 21 orang Ahli Majlis MBPJ bagi sesi 2012-2013 yang telah mengangkat sumpah menerima jawatan selaku Ahli Majlis MBPJ di Dewan Bunga Tanjung, MBPJ.

Lima muka baru yang dimaksudkan ialah Tn. Ir. Lee Suet Sen, En. Azri Mohamad Arish, Pn. Norliana Mohamad, Tn. Haji Mohd Ghazali Daud dan En. Ahmad Akhir Pawan Chik.

Ahli-ahli Majlis yang baru dilantik ini akan menggalas tanggungjawab sebagai penggubal dasar-dasar Majlis selari dengan dasar kerajaan negeri di samping menggerakkan masyarakat melibatkan diri secara langsung dalam program-program yang dianjurkan serta sebagai perantaraan antara MBPJ dan warga Petaling Jaya.

Majlis Angkat Sumpah Menerima Jawatan Ahli Majlis ini dimulai dengan Datuk Bandar, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman membaca perakuan menerima jawatan sebagai Ahli Majlis diikuti Cik Tiew Way Keng manakala Tn. Ir. Lee Suet Sen mengetuai muka baru mengangkat sumpah dan diakhiri oleh En. Ahmad Akhir Pawan Chik.

AHLI MAJLIS 2012 - 2013MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Page 9: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

MA

C 2

012

09

INFO

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

AHLI MAJLIS MBPJ BAGI SESI 2012 - 2013Y.BHG. DATO’ HJ. MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN, DPMS., PJM., AMS. (DATUK BANDAR)TINGKAT 2, IBU PEJABAT MBPJ, JALAN YONG SHOOK LIN,46675 PETALING JAYA, SELANGOR,TEL : 03-7956 3544 samb 325 FAKS : 03-7958 1494

LATHEEFA KOYA, KAWASAN PERKHIDMATAN :SEK. 1, SEK 1A, SEK. 3 SEK. 4 & SEK. 18ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :UNIT 23, STESEN BAS, JALAN OTHMAN, PJ OLD TOWN, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7785 2426HP : 012-384 2972E-MEL : [email protected] 16

TIEW WAY KENG, KAWASAN PERKHIDMATAN :SS 23, SS 24 & SS 26ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :GELANGGANG SQUASH TAMAN MEGAH, SS 24/1, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7875 7930HP : 016-338 1563E-MEL : [email protected] 6

HAJI GHAZALI BIN SHAARI, KAWASAN PERKHIDMATAN :SEK. 16 & SEK 17ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :UNIT 22, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ, JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7960 7554HP : 017-386 3896E-MEL : [email protected] 10

RICHARD YEOH YONG WOI, KAWASAN PERKHIDMATAN :SEK. 11, SEK 12 & SEK. 13ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :UNIT 23, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ, JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-2274 4897HP : 012-302 8801E-MEL : [email protected] 11

IR. TIONG BOON KEONG, KAWASAN PERKHIDMATAN :SS 1, SS 3 & SS 9AALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :DEWAN SERBAGUNA MBPJ SERI SETIA, SS 9A/1, 46300 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7803 5143HP : 016-210 0058E-MEL : [email protected] 20

KHAIRUL ANUAR BIN AHMAD ZAINUDIN, KAWASAN PERKHIDMATAN :PJU 1A, PJU 2 (TMN. PERINDUSTRIAN JAYA) & PJU 3ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :TINGKAT 1, DEWAN SERBAGUNA SS 7/28, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7804 4135HP : 019-205 7498E-MEL : [email protected] 4

KANDEAH A/L SUBRAMANIAM, KAWASAN PERKHIDMATAN :PJU 4 & PJU 5ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :DEWAN SERBAGUNA PB 7/1, 40810 KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.HP : 012-367 1305E-MEL : [email protected]

ZON 3

NORLIANA BINTI MOHAMAD, KAWASAN PERKHIDMATAN :SS 7 & SS 11ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :DEWAN SERBAGUNA SS 7/28, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.HP : 013-251 4219E-MEL : [email protected]

ZON 22

DEREK JOHN FERNANDEZ, PJK KAWASAN PERKHIDMATAN :SEK. 5 & SEK. 10ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :12B, TINGKAT 2 & 3, JALAN YONG SHOOK LIN, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7954 0866HP : 012-210 7540E-MEL : [email protected] 12

CYNTHIA GABRIEL, KAWASAN PERKHIDMATAN :PJU 1, SS 25 & SS 4ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :UNIT 21, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ, JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7960 2703HP : 012-379 2189E-MEL : [email protected] 7

SELVARAJAN A/L RATHINAM, KAWASAN PERKHIDMATAN :SEK. 8, SEK. 14 & SEK. 51AALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :UNIT 16, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ, JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7960 0257HP : 016-322 9118E-MEL : [email protected] 14

TONY CHEONG SIEW THONG, KAWASAN PERKHIDMATAN :SS 2ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :77, JALAN SS 20/9, TAMAN PARAMOUNT, 46300 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.HP : 012-525 6008E-MEL : [email protected]

ZON 8

AZRI BIN MOHAMAD ARISH, KAWASAN PERKHIDMATAN :SS 8, SS 9 & SS 10ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :BALAIRAYA SERI SETIA SS9/2, 47300 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7875 5902HP : 019-384 3962E-MEL : [email protected]

ZON 23

AHMAD AKHIR BIN PAWAN CHIK, KAWASAN PERKHIDMATAN :PJS 3 & PJS 4ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :TINGKAT 1, DEWAN JALAN MEDAN 12, JALAN PJS 3/14, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7785 3103HP : 016-387 3647E-MEL : [email protected] 18

MAHHARUL BIN ISMAIL, KAWASAN PERKHIDMATAN :PJS 1 & PJS 2ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :UNIT 2-07 & 2-08, TINGKAT 1, KOMPLEKS PASAR, TAMAN DATO’ HARUN, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7785 6013HP : 019-285 9984E-MEL : [email protected] 17

CHAN CHEE KONG, KAWASAN PERKHIDMATAN :PJU 6 (BANDAR UTAMA), PJU 7 (MUTIARA DAMANSARA & KG. SUNGAI KAYU ARAALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :TINGKAT 1, DEWAN BU 3/1, BANDAR UTAMA, PJU 6, 47800 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7726 5172HP : 012-289 6063E-MEL : [email protected] 2

TERENCE TAN TECK SENG, KAWASAN PERKHIDMATAN :SS 21, SS 22 & SS 22AALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :55M, JALAN SS 21/1A, DAMANSARA UTAMA, 47400 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7875 0555HP : 016-634 1910E-MEL : [email protected] 5

JEYASEELEN A/L T. ANTHONY, KAWASAN PERKHIDMATAN :SEK. 20, SEK. 21 & SEK. 22ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :UNIT 15, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ, JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7960 0210HP : 016-244 2581E-MEL : [email protected] 19

IR. LEE SUET SEN, KAWASAN PERKHIDMATAN :SEK. 17A , SEK. 19 & SS 20ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :UNIT 22, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ, JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7960 7505HP : 012-218 2949E-MEL : [email protected] 9

HAJI MOHD GHAZALI BIN DAUD, KAWASAN PERKHIDMATAN :SS 5 & SS 6ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :BALAI RAYA SS6/1, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-7806 4798HP : 019-310 7904E-MEL : [email protected]

ZON 21

KOSONGKAWASAN PERKHIDMATAN :PJU 8 (DAMANSARA PERDANA), PJU 9 (BANDAR SRI DAMANSARA) & PJU 10 (DAMANSARA DAMAI)

ZON 1

KOSONGKAWASAN PERKHIDMATAN :SEK. 6, SEK. 7, SEK. 9 & SEK. 52

ZON 13

KOSONGKAWASAN PERKHIDMATAN :SEK. 2 & SEK. 51

ZON 15

KOSONGKAWASAN PERKHIDMATAN :PJS 5, PJS 6, SEBAHAGIAN KECIL PJS 7, PJS 8 & PJS 10

ZON 24

Segala Urusan Berkaitan Dengan ZON 1, 15 & 24,Sila Hubungi AHLI MAJLIS ZON 16, CIK LATHEEFA KOYA.

Segala Urusan Berkaitan Dengan ZON 13,Sila Hubungi AHLI MAJLIS ZON 12, EN. DEREK JOHN FERNANDEZ

NOTA*

Page 10: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya M

AC

201

2

10

BERI

TA

JALAN YONG SHOOK LIN, 26 Mac – MBPJ tidak pernah mengabaikan atau tidak mengambil kisah penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti yang digembar-gemburkan dan didakwa penduduk.

Buktinya MBPJ dalam proses membaiki lif di Blok C PPR Kota Damansara. Masalah kecurian yang menyebabkan kerja-kerja tergendala dan memakan lebih banyak masa.

Kecurian berlaku di bilik motor dan kosnya terpaksa ditanggung pihak MBPJ hanya disebabkan oleh sikap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hal ini dijelaskan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman semasa sidang media bagi menjelaskan isu PPR yang dikatakan pihak MBPJ tidak ambil peduli kebajikan penghuni di sana.

Tambah beliau lagi, selain Blok C, Blok A, B dan D turut berlaku kecurian dan MBPJ menjangkakan kerja-kerja membaik pulih lif akan siap dalam masa sebulan manakala masalah pam air juga akan diselesaikan dengan penggantian lapan pam baru untuk kemudahan penduduk.

Kerja membaik pulih lif memakan belanja sebanyak RM973,393 manakala penukaran pam baru melibatkan kos sebanyak RM197,600.

Masalah di PPR Putra Damai, Lembah Subang pula tidaklah seteruk di PPR Kota Damansara kerana lif di sana suatu masa dahulu telah dibaiki oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerosakan tidaklah teruk.

Di sini MBPJ mengeluarkan peruntukan sebanyak RM1,936,257 bagi membaiki sebanyak 17 unit lif yang rosak.

Beliau turut menyeru para penyewa supaya menjelaskan tunggakan sewaan misalnya di PPR Kota Damansara yang mencatatkan hampir RM2 juta sewa yang tidak dijelaskan kerana sewa inilah yang akan digunakan pihak MBPJ untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk.

MBPJ TIDAK ABAI PPR

Page 11: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

MA

C 2

012

11

INFO

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

Di Petaling Jaya sebanyak 594 unit rumah telah dizonkan sebagai Perdagangan Terhad (Institusi) dan 64 lot industri dizonkan sebagai Perdagangan Terhad (Perkhidmatan).

Kawasan Limited Commercial diwujudkan untuk menangani isu incompatibility sesuatu kawasan perumahan atau kawasan industri yang disebabkan perubahan sistem lalu lintas atau pengangkutan contohnya Jalan Gasing dan Jalan Selangor yang disebabkan kewujudan Lebuhraya Pantai Baru (NPE), SS2 disebabkan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dato’ Abu Bakar disebabkan Lebuhraya SPRINT atau tekanan pembangunan contoh kawasan industri bersebelahan Pusat Bandar.

Tapak-tapak ini walau bagaimanapun mempunyai limitasi dari segi keluasan lot yang kecil yang tidak memungkinkan penyediaan tempat letak kereta dan kemudahan awam yang mencukupi. Dengan itu, dirancang untuk kegunaan sementara ‘setahun ke setahun’ tanpa membuat pindaan syarat nyata tanah dan intensiti pembangunan (ketinggian bangunan dan fasad bangunan dikekalkan). Ia tidak memberi kesan yang ketara kepada kediaman atau industri sedia ada di sekitarnya seperti pejabat pengurusan, perkhidmatan perakaunan, dewan pameran dan lain-lain.

Berdasarkan kajian komprehensif sesuatu kawasan dengan cirri-ciri di atas akan dikenal pasti sebagai kawasan Perdagangan Terhad dengan syarat berikut:

1. Kadar cukai perumahan berdasarkan perdagangan.

2. Bayaran perubahan matan RM2,000.

Limited Commercial Zone merupakan kawasan yang mengandungi premis kediaman atau industri yang digunakan secara sementara untuk dijadikan Perdagangan Terhad (Institusi) atau Perdagangan Terhad (Perkhidmatan). Terdapat dua kategori kawasan Perdagangan Terhad iaitu:

1. Kediaman sesebuah yang berhadapan jalan 66 kaki yang sibuk dan tidak kondusif untuk didiami.

2. Kawasan industri yang mengalami tekanan persekitaran dan perubahan dari segi aktiviti.

Kawasan-kawasan yang dikenal pasti untuk Perdagangan Terhad (Institusi) adalah rumah-rumah yang terletak di jalan-jalan berikut:

• Jalan SS 2/24 (sebahagian)• Jalan Universiti (sebahagian)• Jalan Utara (sebahagian)• Lorong Utara• Jalan Kemajuan• Jalan Timur (sebahagian)• Jalan Gasing• Jalan Selangor (sebahagian)• Jalan Othman (sebahagian)• Jalan Penchala (sebahagian)• Jalan Pasar• Rumah-rumah teres yang terletak antara Jalan

14/20 dan Jalan 14/24 (dengan syarat mendapat persetujuan semua pemilik rumah)

• Rumah-rumah teres yang terletak antara Jalan 14/14 dan Jalan 14/20 (dengan syarat mendapat persetujuan semua pemilik rumah)

• Jalan Dato’ Abu Bakar• Jalan 20/7 (sebahagian)• Jalan 21/1 (sebahagian)• Rumah berkembar Jalan SS 21/1 (sebahagian)• Manakala untuk Perdagangan Terhad (Perkhidmatan)

adalah kawasan industri di Seksyen 19.

LimitedCOMMERCIAL ZONE

Page 12: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya M

AC

201

2

12

KOM

UNIT

I@PJ

KELANA JAYA, 3 Mac – Bahagian Pembangunan Komuniti, Sosial dan Belia MBPJ telah menganjurkan Forum “Kau Sumber Inspirasi Hatiku” (KASIH) yang telah berlangsung di Dewan D’Kelana, Kelana Jaya yang mensasarkan penyertaan golongan remaja sekitar Petaling Jaya.

Forum ini bertujuan untuk mendekatkan diri remaja mengenali dengan lebih mendalam akhlak Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi ikutan dan idola seluruh umat Islam.

Akhlak terpuji Nabi Muhammad dikupas oleh dua panel Ustaz Dr. Roslan Mohamed, Pensyarah Kanan di Universiti MalayadanUstazahNorhafizahMusa,pensyarahbebasdengan dipengerusikan oleh Ustaz Rosdi Long, yang juga penceramah bebas.

Forum ini adalah antara pengisian Program Maulidur Rasul 1433H selain persembahan syair oleh pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pn. Flora Ilyana Othman dan En. Noorhisyam Razali, Pertandingan Azan, Pertandingan Ratu Muslimah Remaja serta penampilan istimewa Yasin bekas anggota kumpulan nasyid Brothers.

Hadir memeriahkan program ini, En. Mahharul Ismail, Ahli Majlis MBPJ dan Tn. Hj. Kamarudin Suhaimi, mantan Ahli Majlis, MBPJ.

Forum KASIH

Page 13: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

MA

C 2

012

13

KOM

UNIT

I@PJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

SEKSYEN 10, 24 Mac – Pertandingan Deklamasi Sajak 2012 siri ke-6 yang bertemakan Petaling Jaya Bandaraya Peneraju, Dinamik dan Lestari memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat mendeklamasi sajak gubahan sendiri yang secara langsung menggalakkan peserta untuk berkarya.

Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat dan kreativiti pelajar, memupuk semangat cintakan tanah air serta memupuk semangat perpaduan antara kaum.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori dewasa terbuka, sekolah menengah dan sekolah rendah yang telah disertai seramai 36 orang peserta.

Pertandingan telah berlangsung di perkarangan Muzium Petaling Jaya telah dinilai oleh tiga orang juri iaitu En. Che Shamsuddin Othman (Dinsman), sasterawan; En. Kassim Muhamad (Barajiwa), penulis puisi dan En. Noorhisyam Razali, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Kolej Kemahiran Tinggi Mara.

Keputusan bagi kategori sekolah rendah dimenangi Nur Arisa Bt. Abdul Raub dari Sek. Keb. Assunta (2) memenangi hadiah wang tunai RM250, hadiah-hadiah iringan termasuk keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya percuma selama setahun.

Ng Chin Tze dari Sek. Men. Jenis Keb. Katholik diisytiharkan selaku juara kategori sekolah menengah memenagi hadiah RM350 dan hadiah-hadiah iringan lain manakala kategori terbuka dimenangi Abdul Rahim Yahya dari Pulau Pinang.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan hadiah iringan termasuk keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan Pn. Ainul Farhiah Abdul Wahab, Pustakawan 1 dan tidak ketinggalan hadir En. Zainal Abdin Rahim selaku Pustakawan 2.

SAJAK KE-6DEKLAMASI

Page 14: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya M

AC

201

2

14

OPER

ASI

SEKSYEN 52, 2 Mac – Kakitangan Bahagian Pelesenan dan anggota penguatkuasaan MBPJ telah melakukan pemeriksaan premis-premis perniagaan sekitar Seksyen 52, Seksyen 8 dan PJ Old Town untuk mengenal pasti premis yang tidak berlesen atau gagal memperbaharui lesen.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan ini, kebanyakan premis yang didapati melakukan kesalahan gagal memperbaharui lesen perniagaan yang telah tamat tempoh dan telah diberi amaran lisan termasuk menampal pelekat yang menyatakan premis tidak berlesen.

Tujuannya untuk memberitahu orang ramai bahawa premis tersebut telah menjalankan perniagaan dengan lesen telah tamat tempoh di samping untuk menyedarkan pemilik premis tanggungjawab memperbaharui lesen supaya tindakan kompaun tidak dikenakan.

Amaran lisan ini adalah langkah awal dan jika dalam tempoh seminggu premis masih gagal memperbaharui lesen tindakan kompaun akan dikenakan sebagai pengajaran.

TAK BERLESENOPS PREMIS

Page 15: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

MA

C 2

012

15

DAIR

I LAW

ATAN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

Penuntut Kolej Universiti Islam Melaka melawat Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak MBPJ pada 6 Mac 2012 untuk menambahkan input kajian berkaitan psikologi kanak-kanak.

Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan lawatan teknikal pada 28 Mac 2012 berhubung keberkesanan pelaksanaan OSC, OSC online dan CCC di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Pegawai-pegawai dari Institut Penilaian Negara (INSPEN) melawat Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk meninjau dan mendapatkan info berkaitan perjalanan Unit COB MBPJ. Delegasi lawatan yang berlangsung pada 28 Mac 2012 ini telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit COB, Cik Nor Shabani Johari.

Page 16: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya M

AC

201

2

16

BELI

A DA

N SU

KAN

JALAN YONG SHOOK LIN, 2 Mac – MBPJ buat julung-julung kalinya mewujudkan pasukan bola jaring lelaki bagi menggilap bakat pemain bola jaring di kalangan kakitangan lelaki MBPJ.

Penubuhan pasukan ini hasil cetusan idea penganjuran pertandingan bola jaring campuran yang dianjurkan Kelab Sukan dan Kebudayaan (KSDK) baru-baru ini dan pihak Majlis telah mengenal pasti kakitangan yang mempunyai bakat untuk diketengahkan.

“Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana julung-julung kalinya MBPJ telah berjaya membentuk pasukan bola jaring lelaki,” ujar Pn. Sharipah Marhaini Syed Ali, pengurus pasukan yang juga Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan.

Timbalan Datuk Bandar, Tuan Puasa Md Taib berharap pasukan ini akan mampu pergi lebih jauh dan mendapat pendedahan yang lebih meluas melalui penyertaan kejohanan setanding dengan pasukan wanita yang memang dikenali di Malaysia.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera kepada pasukan bola jaring lelaki MBPJ untuk ke Kejohanan Bola Jaring Terbuka Universiti Malaysia Perlis sebagai pendedahan pertama pasukan ‘Hot Shot’.

MBPJ WUJUDPASUKAN BOLA JARING LELAKI

Page 17: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

MA

C 2

012

17

BELI

A DA

N SU

KAN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

JALAN SELANGOR, 3 Mac – Ayu Raudhah Che Wan dan Fahrin Ahmad memeriahkan program Senamrobik Bersama Datuk Bandar Petaling Jaya yang telah berlangsung di Stadium Hoki Petaling Jaya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman dan Timbalannya, Tuan Puasa Md Taib mengetuai hampir 300 kakitangan MBPJ dan warga Petaling Jaya melakukan senaman dengan matlamat untuk mewujudkan masyarakat Petaling Jaya yang sihat dengan mengamalkan gaya hidup bersukan.

Acara Senamrobik Bersama Datuk Bandar ini telah dijadikan satu acara penting dalam kalendar MBPJ yang selain mewujudkan badan yang sihat, ia juga dijadikan platform untuk merapatkan hubungan kakitangan MBPJ dan masyrakat.

Terdapat di kalangan peserta yang hadir mengutarakan cadangan supaya acara ini dijadikan acara bulanan dan lokasinya sentiasa ditukar misalnya ke kawasan Taman Jaya dan Bukit Gasing untuk menggalakkan lebih ramai yang mengambil bahagian.

BERSAMA DATUK BANDAR PJ

ARTIS SERTAI SENAMROBIK

Page 18: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.myBe

rita

Ba

nd

ara

ya P

eta

ling

Ja

ya M

AC

201

2

18

BELI

A DA

N SU

KAN

KG. CHEMPAKA, 31 Mac – Buat julung-julung kalinya MBPJ menganjurkan Kejohanan Wushu Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Chempaka Buddhist Lodge. Ia hasil kerjasama MBPJ, Chempaka Buddhist Lodge dan Persekutuan Wushu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebanyak 10 pasukan dengan seramai 130 peserta telah bertanding dalam kejohanan yang dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan A kategori 13 hingga 21 tahun, kumpulan B bagi peserta berumur 12 tahun, kumpulan C untuk yang pelajar sekolah menengah dan D bagi pelajar sekolah rendah.

“Kejohanan ini bakal dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan memandangkan sambutan baik yang diberikan peserta bukan sahaja dari Selangor malah dari Kedah, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur,” jelas Datuk Bandar, Dato’ Hj. Mohamad Roslan Sakiman.

“Selain sebagai acara sukan wushu juga dapat mewujudkan komuniti Petaling Jaya sebagai komuniti prihatin dan acara sukan dijadikan sebagai medium yang dapat menarik masyarakat Malaysia untuk bersatu,” ujar Y.B. Tuan Tony Pua Kiam Wee, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Melalui kejohanan sebegini diharapkan dapat melahirkan atlet wushu muda yang suatu hari kelak mampu menyumbangkan pingat dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Turut hadir, Cik Tiew Way Keng, Ahli Majlis MBPJ.

PERINGKAT KEBANGSAANKEJOHANAN WUSHU

Page 19: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Berit

a B

an

da

raya

Pe

talin

g J

aya

MA

C 2

012

19

MBP

J@AK

HBAR

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 www.mbpj.gov.my

Page 20: BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012  · - Deklamasi Sajak Ke-6. 14 OPERASI - Ops Premis Tidak Berlesen. 15 DIARI LAWATAN 16 - 18 BELIA DAN SUKAN - MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring

Bahagian Pembangunan Komuniti, SosialDan Belia - 03-7956 0206Perpustakaan Komuniti PJ - 03-7781 2775Muzium Petaling Jaya - 03-7954 8122Perkhidmatan Perkuburan - 03-7873 7895Perkhidmatan Krematorium - 03-7873 7730

JABATAN KAWALAN BANGUNANBahagian Kelulusan - 03-7956 3544 samb. 260Pelan Bangunan

JABATAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATANPenguatkuasaan - 03-7958 8085Tunda Kenderaan - 03-7956 3544 samb. 149

JABATAN LANDSKAP DAN KEHIJAUAN BANDARPerkhidmatan Hiasan / Permit MemancingBahagian Pentadbiran - 03-7804 8907 / 8908Perkhidmatan Penyelenggaraan - 03-7804 8907 / 8908Pokok Teduhan samb. 110 UNIT PERHUBUNGAN AWAMPerhubungan Awam - 03-7956 3544 samb. 126 / 203

UNIT PERUNDANGANPerundangan - 03-7958 6487 / 7957 9512 samb. 110

UNIT KORPORAT DAN INOVASIKorporat Dan Inovasi - 03-7956 3544 samb. 206

URUSETIA PUSAT SETEMPAT (OSC)Pelan Pembangunan - 03-7954 1725 - 03-7956 3544 samb. 400 / 401

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)Pesuruhjaya Bangunan (COB) - 03-7960 1646 / 7960 2410

Perjalanan yang beribu-ribu batu, dimulai dengan satu langkahMutiara Kata

TALIAN PERKHIDMATAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

ADUAN MBPJAduan Melalui E-Mel - [email protected] 24 jam - 03-7954 2020 Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544 samb. 115/117Aduan Melalui Homepage - http://www.mbpj.gov.my /aduan.html

JABATAN KHIDMAT PENGURUSANBahagian Pelesenan - 03-7960 4667Bahagian Penjaja - 03-7956 6922

JABATAN PERBENDAHARAANBahagian Cukai Taksiran - 03-7956 3544 samb. 103 / 104

JABATAN KESIHATAN PERSEKITARANBahagian Alam Sekitar - 03-7956 2939Bahagian Kawal Selia Dan - 03-7955 2381PentadbiranUnit Vektor Dan Kesihatan Awam - 03-7955 2381

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTANilaian Dan Pindah Milik Harta - 03-7954 5984

JABATAN KEJURUTERAANBahagian Infrastruktur Dan - 03-7958 4221Penyelenggaraan Bahagian Tender Dan Kontrak - 03-7956 2817 Bahagian Mekanikal Dan - 03-7876 7399Elektrikal

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNANProses Permohonan - 03-7956 3544Kebenaran Merancang samb. 360 JABATAN PEMBANGUNAN KEMASYARAKATANPerkhidmatan Tempahan Dewan/ - 03-7956 3544Balai Raya/Gelanggang Sukan samb. 148 / 158Pembangunan Sukan Dan Kemudahan Am - 03-7960 1219Bahagian Pelancongan, SukanBerprestasi Tinggi & Kebudayaan - 03-7957 1195