8
Perkembangan Bahasa Klasik (Kajian Lapangan) Pengenalan Bahasa Melayu Klasik bermula sejak abad ke-14 M hingga akhir abad ke- 18 M. Terdapat lima zaman perkembangan bahasa Melayu. Ini membuktikan bahaw bahasa Melayu tersebar dan berkembang seara bertahap - tahap iaitu zaman bahasa Melayu !urba" Melayu Kun#" Melayu Klasik" Melayu !ram#den dan Melayu M#den. $eara ringkasnya" berdasarkan pengklasi%ikasi zaman-zaman perkembangan" membuktikan bahawa bahasa Melayu Klasik berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya yang tersendiri. Batasan kajian Batasan kajian ini selepas bahasa Melayu Kun# yang bermula pada awal abad ke-14 sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Tarikh itu dipilih kerana prasasti di Kuala Berang Terengganu bertarikh pada &'( )ijrah bersamaan dengan 1* Masihi" di !agar +uyung" Minangkabau , 1* M/ dan di Minye Tujuh" 0heh ,1*8' M/. !rasasti ini sangat penting kera berlainan daripada prasasti-prasasti yang sebelumnya. leh sebab itu Tanah Melayu prasasti di Terengganu dijadikan sebagai pemisah antara bahasa Melayu kun# dengan bahasa Melayu Klasik. Ini kerana prasasati tersebut terdapat tu 2awi yang tidak pernah dibuat #leh #rang Melayu pada masa sebelumnya. 3alaupun terdapat beberapa prasasti yang menunjukkan wujudnya tulisan 0rab yang digunakan #leh #rang Melayu pada masa sebelumnya" tetapi prasasti-prasasti i tetap dalam bentuk bahasa 0rab asli. Tulisan dan bahasanya 0rab jati" seperti prasasti anggar" di Kedah ,(5')/" !e !ahang ,415). /" !han-rang" 6ietnam ,4* 1). /" eran" 2awa Timur,4& )/"dan Bandar $eri Begawan" Brunei,44'). 7engan itu tulisan 2awi tidak terbukti wujud pada abad ke-1* dan sebelumnya. !rasasti di Terengganu mengandungi bentuk bahasa yang berlainan daripada bahasa Melayu kun#. Bahas lebih mudah dan mendekati bahasa Melayu zaman m#den. Imbuhan-imbuhan yang dipakai lebih mirip ke bahasa Melayu m#den. Kata-kata pinjaman 0rab sudah meresap ke dalamnya" kata-kata pinjaman daripada bahasa $anskrit sudah agak berkurangan ejaan 2awinya lebih mirip kepada ejaan pengaruh Melayu. Bentuk-bentuk huru% 2awi yang dipakai lebih mi ke huru% 2awi yang dipakai sekarang. 9aya bahasa yang digunakan sudah menyimpang daripada bahasa Melayu kun#. Definisi Bahasa Melayu Klasik Takri%an tentang Bahasa Melayu Klasik perlu dibuat terlebih dahulu sebel kita memahaminya. Merujuk kepada perkataan klasik" Kamus 7ewan ,158 /" mentakri%kannya sebagai kesenian atau kesusasteraanyang lama atau yang mempunyai si%at-si%at yang tidak lagi terpakai yang tinggi dan abadi nilainya bagi perkataan m#den.Takri%an ini menjelaskan kepada kita bahawa bahasa Melayu Klasik diakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. :amun" perubahan masa dan zaman menyebabkan bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para pengkaji sebagai bahan kajian dan penyelidikan tentang perkembangan dan pertumbuhannya.

Beza Klasik n Moden

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ewwdfdewde

Citation preview

Perkembangan Bahasa Klasik (Kajian Lapangan)

PengenalanBahasa Melayu Klasik bermula sejak abad ke-14 M hingga akhir abad ke- 18 M.Terdapat lima zaman perkembangan bahasa Melayu. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap - tahap iaitu zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan, membuktikan bahawa bahasa Melayu Klasik berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya yang tersendiri.Batasan kajian Batasan kajian ini selepas bahasa Melayu Kuno yang bermula pada awal abad ke-14 sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Tarikh itu dipilih kerana prasasti di Kuala Berang Terengganu bertarikh pada 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi, di Pagar Ruyung, Minangkabau ( 1356 M) dan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M). Prasasti ini sangat penting kerana ia berlainan daripada prasasti-prasasti yang sebelumnya. Oleh sebab itu Tanah Melayu prasasti di Terengganu dijadikan sebagai pemisah antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu Klasik. Ini kerana prasasati tersebut terdapat tulisan Jawi yang tidak pernah dibuat oleh orang Melayu pada masa sebelumnya. Walaupun terdapat beberapa prasasti yang menunjukkan wujudnya tulisan Arab yang digunakan oleh orang Melayu pada masa sebelumnya, tetapi prasasti-prasasti itu tetap dalam bentuk bahasa Arab asli. Tulisan dan bahasanya Arab jati, seperti prasasti Langgar, di Kedah (290H), Pekan, Pahang (419H. ), Phan-rang, Vietnam (43 1H. ), Leran, Jawa Timur(475H),dan Bandar Seri Begawan, Brunei(440H.). Dengan itu tulisan Jawi tidak terbukti wujud pada abad ke-13 dan sebelumnya. Prasasti di Terengganu mengandungi bentuk bahasa yang berlainan daripada bahasa Melayu kuno. Bahasanya lebih mudah dan mendekati bahasa Melayu zaman moden. Imbuhan-imbuhan yang dipakai lebih mirip ke bahasa Melayu moden. Kata-kata pinjaman Arab sudah meresap ke dalamnya, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit sudah agak berkurangan; ejaan Jawinya lebih mirip kepada ejaan pengaruh Melayu. Bentuk-bentuk huruf Jawi yang dipakai lebih mirip ke huruf Jawi yang dipakai sekarang. Gaya bahasa yang digunakan sudah menyimpang daripada bahasa Melayu kuno.Definisi Bahasa Melayu Klasik Takrifan tentang Bahasa Melayu Klasik perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kita memahaminya. Merujuk kepada perkataan klasik, Kamus Dewan (1986),mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau lawan bagi perkataan moden.Takrifan ini menjelaskan kepada kita bahawa bahasa Melayu Klasik diakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Namun, perubahan masa dan zaman menyebabkan bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para pengkaji sebagai bahan kajian dan penyelidikan tentang perkembangan dan pertumbuhannya. Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa. Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1993), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik.Menurut Ismail Hussein (1966), pembahagian bahasa Melayu Klasik dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Pembahagian ini dibuat mengikut zaman politik iaitu zaman Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik Pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab.Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Selain itu, bahasa Melayu klasik juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris.

Menurut Ismail Hussein (1966), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14 dan beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan apabila di seluruh kepulauan Melayu setelah kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai. Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu Klasik. Selain itu dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka dan bahasa Melayu Klasik menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam.Perkembangan Bahasa Melayu Klasik Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab, telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula terpengaruh apabila kedatangan penjajah dari Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baharu yang turut mempengaruhi bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik digunakan sebagai bahasa dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.Bahasa Melayu pada zaman klasik ini memakan masa selama 500 tahun, iaitu dari 1300M. hingga 1800M. Dalam zaman ini terdapat hasil-hasil karya tulis yang besar dan agung, melahirkan para penulis dan ulama yang terkenal, wujudnya pusat-pusat kerajaan Melayu yang tersebar dari Aceh di barat sampai ke Maluku di timur, dan Campa di utara hingga ke Banten, di selatan. Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasikbermula pada sekitar zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik, mempunyai beberapa ciri-ciri bahasa. Antara ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakannya ialah ayat pasif dan songsang.Selain itu dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agakkliseatau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun.Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikutMaka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.(Sejarah Melayu) Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan.Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanyaolehKhoja Abdul Mutalib kepada mualim (Sejarah Melayu) Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pundan lah. Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti adapun, bertitahlah, dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut; Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya (Sejarah Melayu.) Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam. Contoh penggunaan bahasaArab ialah Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim.Bagi bahasa Sanskrit pula ialah dosa,pahala,dan raja.Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy. Contoh perkataan seperti khamis, zakat, syarat. Bahasa Melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana. Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan JawiFaktor-Faktor Perkembangan Bahasa Melayu KlasikPerdagangan Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu klasik adalah melalui aktiviti perdagangan. Buktinya pedagang dari India belayar ke timur menuju China dan pedagang China pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan China seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

Pedagang-pedagang Islam berketurunan Arab menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi. Tujuan utamanya ialah memudahkan bacaan, kerana tulisan jawi merupakan sesuatu yang baru bagi masyarakat Melayu. Bagi memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah dimansuhkan. Bahasa Melayu Klasik dikatakan banyak menerima fonem-fonem Arab. Contohnya 'kh', 'z' dan 'sy'. Penggunaan fonem-fonem ini begitu meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab agama, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Selain itu bahasa Melayu Klasik juga telah menyerapkan perkataan-perkataan Arab dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan kata-kata atau perbendaharan Melayu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab juga disebabkan kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara. Antara contoh perkataan yang dipinjam dari perkataan Arab ialah duniawi, muktabar, fakir, sultan Jumaat akhirat dan lain-lain lagi.Pada era kedatangan orang-orang Barat iaitu Portugis, Sepanyol, Belanda, dan Inggeris berlakulah perkembangan dalam bahasa Melayu Klasik ini dapat dilihat melalui kosa kata yang digunakan. Mereka telah membawa budaya dan tamadun mereka untuk diperkenalkannya di Alam Melayu selain untuk menjajah dan menguasai pusat-pusat perdagangan terutama perdagangan rempah. Beberapa negeri penting telah dikuasai mereka seperti Melaka oleh Portugis.Kedatanagan kuasa barat ini telah mengubah bahasa Melayu Klasik. Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu Klasik adalah armario (almari), garfo (garpu), Igreja (gereja) dan lain-lain lagi.

Penyebaran agamaPara mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Klasik mendapat pengaruh baharu. Kedatangan agama Islam yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab dan menyebarkan agama tersebut dengan menggunakan bahasa Melayu Klasik. Penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu Al-Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari. Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-Quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan. Terdapat istilah dan kosa kata daripada bahasa Arab digunakan ke dalam bahasa Melayu Klasik contohnya di Batu Bersurat di Kuala Berang Terenganu yang menggunakan huruf jawi. Dalam zaman ini juga lahir para ulama yang terkenal. Antara para ulama yang lahir dalam zaman ini ialah Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al.-Fansuri (Singkel); Syamsuddin al-SamatraI (Pasai); Nurudin al-Raniri di Aceh; Tun Seri Lanang dan Bukhari al-Jauhari (Johor); Daud Abdullah al-Fataui; Abdul Samad al-Falimbani; Muhammad Arsyad al-Banjari; Syeikh Yusuf al-Maqasari dan lain-lain lagi. Menurut Raminah Hj Sabran (1984), dalam zaman ini jugalah para alim ulamak bergiat memperkenalkan buku-buku yang bercorak Islam dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu Klasik. Antara kitab yang terkenal ialah Darul Mazlum. Tokoh ulamak pula ialah Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, kadi Yusuf dan lain-lain lagi. Perkembangan KesusasteraanPerkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan dan keperibadian bangsa .Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Semua hasil kesusasteraan dinukilkan dengan menggunakan bahasa Melayu Klasik. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15 apabila kedatangan agama Islam. Antara hasil-hasil karya tulis yang terkarang dalam zaman ini ialah Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu), Hukum Kanan Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad All Hanafiah, Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu, Syair Burung Pungguk, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Perahu, Syarab Asyikin, Syarab Rubai Hamzah Fansuri, Tanbih al-Tullab, Sirat al-Mustaqim, Bustan al-Salatin, Ta] al-Salatin, Terjemah Tafsir atBaydawi, Syifa al-Qulub, Jawahir al-Ulum, Lataif al-Asrar, Kfayat al-Muhtajin, Mirat al-Tullab, Hujjat al-Balighah, Bidayat al-Hidayat, Hidayat alSalikin, Siyar al-SalikiR Sabil al-Muhtadin, Furu al-Masail, Safinat a?Najah, Fat al-Rahman dan beratus-ratus tulisan lagi yang ditulis sama ada di Aceh, Patani, Palembang, Banjar, Makasar, Banten, Pontianak, Berunai, Jawa, Minangkau, mahu pun di Makkah dan Madinah. Peranan IstanaBahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialahsembah, beta, titah, berangkat, gering dan lain-lain lagi.Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu Klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Dalam Sejarah Melayu ada menyatakan: Bahawa beta minta perbuat hikayat pada Bendahara, peri peristiwa dan peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudiannya daripada kita, diingatnya oleh mereka itu, syahdan beroleh faedahlah ia daripadanyaKesimpulanBerdasarkan huraian di atas jelaslah bahawa bahasa Melayu Klasik mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan bahasa ini telah mendapat perhatian utama sarjana-sarjana Eropah dalam usaha untuk menyusun kamus dan daftar kata. Usaha ini merupakan usaha yang tertua dalam bidang penyelidikan terhadap bahasa dan dikembangkan dalam bidng-bidang lain seperti morfologi, sintaksis dan fanologi. Kedudukan bahasa Melayu semakin unggul semasa zaman Kerajaan Melayu Melaka. Pada zaman inilah pelbagai kosa kata telah diambil khususnya dari barat seperti Arab, Portugis, Belanda dan Inggeris untuk diasimilasikan dengan situasi tempatan. Ini secara tidak langsung telah menambah kosa kata termasuk juga hasil-hasil kesusasteraan Melayu. Selain itu bahasa Melayu Klasik juga digunakan sebagai linguafranca, juga sebagai bahasa kesusasteraan, kebudayaan, bahasa rasmi di istana dan bahasa untuk menyebarkan agama Islam. Tegasnya bahasa Melayu Klasik pada masa itu berperanan sebagai bahasa intelektual

BibliografiAsmah Hj.Omar. (1993).Susur galur bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaIsmail Hussein. (1966).Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKamus Dewan. (1986).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim, Faris M Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2006). Tatabahasa Dewan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Raminah Hj Sabran. (1984).Kajian bahasa untuk pelatih maktab perguruan.Petaling Jaya Selangor : Fajar Bakti.W.G Shellabear.(1981).Sejarah Melayu. Petaling Jaya Selangor : Fajar Bakti.

1. Perbezaanantarakesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan pertama dapat dilihat pada alat penyampaiaan. Kesusasteraan klasikbanyak disampaikan melalui lisan. Kesusateraan moden sebaliknya, adalahkeseluruhannya disampaikan dalam bentuk tulisan dan pencetakan.Perbezaan kedua berhubungan dengan soal hak cipta. Kesusasteraan klasik adalahpancaran masyarakat lama yang padu. Tiap karya yang terhasil adalah dianggap hakcipta bersama. Kesusasteraan moden, tiap karya tercipta adalah berupa penyataanperasaan pengarang sebagai seorang individu.Perbezaan seterusnya dapat dilihat pada isinya. Kesusasteraan klasikmengutamakan penceritaan hal yang lebih banyak mengandungi khayalan daripadakenyataan. Hampir keseluhuran kesusasteraan moden menceritakan perkara-perkara yang didasarkan kepada pengalaman atau kebenaran iaitu perkara yangbiasa ditemui dalam kehidupan manusia.Perbezaan terakhir dapat dilihat pada cara penyebarannya. Kesusasteraan klasikmengalami penyebaran yang terbatas manakala kesusasteraan moden pulakebanyakan hasil kesusasteran itu tercetak dalam bilangan naskah yang agak besar.Maka penyebarannya agak mudah dan rata. 2.Perbezaan genre puisi dan prosa 1. Bentuk 2. Nada 3. Cara penyampaiaan