5
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MATU BERCERITA LELAKI HIJRAH RASULLAH ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH…. Yang dihormati pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru seterusnya sidang hadirin dan kawan-kawan sekalian. Salam sejahtera pembuka bicara Izinkan saya memulakan cerita Hijrah rasullah demikian tajuknya Untuk tauladan kita semua Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir yang diutuskan kepada umat manusia. Setelah mendapat tentangan yang hebat daripada pembesar Quraisy di Mekkah. Rasullah berdakwah pula kepada penduduk luar Mekkah. Hasil pertemuan Rasullah dengan orang- orang yathrib, maka terjadilah perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua. Maka mereka mengajak Rasullah berhijrah ke Yathrib. Ya kawan-kawan, Usaha yang dilakukan oleh NGO Islam Malaysia yang membantu penduduk gaza harus diberikan pujian. Firman Allah di dalam Surah Al-Maidah ayat 3.

Bercerita Lelaki Sk Kuala Matu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cerita

Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MATU

BERCERITA LELAKI

HIJRAH RASULLAH

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

Yang dihormati pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru seterusnya sidang hadirin dan kawan-kawan sekalian.

Salam sejahtera pembuka bicara Izinkan saya memulakan cerita

Hijrah rasullah demikian tajuknya

Untuk tauladan kita semua

Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir yang diutuskan kepada umat manusia. Setelah mendapat tentangan yang hebat daripada pembesar Quraisy di Mekkah. Rasullah berdakwah pula kepada penduduk luar Mekkah. Hasil pertemuan Rasullah dengan orang-orang yathrib, maka terjadilah perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua. Maka mereka mengajak Rasullah berhijrah ke Yathrib.Ya kawan-kawan,

Usaha yang dilakukan oleh NGO Islam Malaysia yang membantu penduduk gaza harus diberikan pujian.

Firman Allah di dalam Surah Al-Maidah ayat 3.

Maksudnya : Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dank aku telah cukupkan nikmat kepada kamu.Kesungguhan dalam melakukan sesuatu kebaikan akan mendapat pertolongan Allah.

Musyrikin Mekkah mangatur rancangan

Untuk membunuh Rasul junjungan

Dipilih pemuda setiap qabilah

Mengepong nabi keliling rumah

Rancangan jahat disedari nabi

Tempat tidur diganti Ali

Bersama Abu Bakar sebagai teman

Mereka menuju kearah selatan

Jalan keutara penuh sekatan

Gua Thur tempat persembunyian

Ingatlah kawan-kawan,

Saiyyidina Ali yang masih muda remaja sanggup berkorban dan mempertaruhkan nyawa demi kerana Islam. Tidak seperti budak-budak sekarang yang menyalahgunakan keberanian mereka dengan membuli kawan sendiri.

Firman Allah : Surah Yassin Ayat 9

Maksudnya : Dan kami jadikan sifat tamak dan gila kepada harta dan pangkat itu sebagai penghalang dari memandang keburukan dunia yang ada dihadapan mereka dan menghalang dari memikirkan azab yang ada dibelakang mereka pada hari kiamat.Ya kawan-kawan,

Kita hendaklah sabar menempuh rintangan. Marilah berkasih sayang serta yakin akan kekuasaan Allah.

Didalam Gua Thur mereka bersembunyi

Mengatur langkah menyusun strategi

Musuh durjana tak jemu mencari

Allah selamatkan nabi dilindungi

Ada sarang labah-labah dipintu gua

Burung bersarang dan mengeram telurnya

Demikianlah kuasa Allah maha esa

Nabi tidak dijumpai oleh musuhnya

Ya kawan-kawan,

Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar peristiwa banjir di sungai Bertam Cameron Highland tidak berulang lagi.Firman Allah : Surah Al-anfal ayat 30

Maksudny : Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka kerana Allah adalah sebaik-baik menggagalkan tipu daya. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing dan para warga pendidik, ibu bapa, para pelajar sama-sama berperanan membangunkan modal insan.

Ya kawan-kawan,

Dengan bantuan Allah, rasullah dan Abu Bakar Berjaya keluar dari Mekkah. Setibanya di Quba Rasullah dan beberapa orang sahabat telah membina masjid yang pertama dalam sejarah Islam.

Masjid Quba telah dibina

Syiar Islam semakin nyata

Lambang keteguhan Islam tercinta

Berkat pengorbanan sabar dan usaha

Pembinaan masjid cina di Tasek Jaya Ipoh, menarik minat orang ramai beribadah didalamnya. Masjid merupakan tempat yang penting bagi umat Islam. Disamping beribadah kita boleh melakukan pelbagai aktiviti berfaedah.

Akhirnya Rasullah dan sahabatnya sampai ke Yathrib dengan selamat. Rombongan baginda disambut meriah oleh penduduk Yathrib yang sudah lama menanti kedatangan Rasullah tercinta.

Maka bermulalah taqwim baru dalam Islam. Baginda akhirnya dilantik menjadi pemimpin di yathrib yang akhirnya bertukar nama kepada Madinnah Al-Munawaarah.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalmualaikum warahmatullahiwabaraktuh.