Upload
hoangnguyet
View
231
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
4/19/2017
1
BBM 3104 Kuliah 11
A.Munsyi
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
Jabatan Bahasa Melayu, FBMK,
UPM
Biodata
Peranakan keling dan Arab
Dilahirkan di Melaka pada tahun 1796
Dididik oleh bapanya untuk membaca dan
menulis
Menguasai bahasa Arab, Tamil, Melayu dan
Inggeris
Dibesarkan di bawah pemerintahan Inggeris di
Melaka
Biodata Menjadi jurutulis Raffles
Persahabatan AM dengan Rev.William Milne
dan paderi C.H. Thomson membolehkan
Abdullah mempelajari bahasa Inggeris dan
orang Inggeris mempelajari bahasa Melayu.
Membantu menterjemah kitab-kitab agama
Kristian.
AM dikecam oleh sesetengah gol Melayu
Biodata dan Karya AM.doc
Pengalaman AM
Pengalaman hidup dan bergaul dengan Inggeris, AM
berasa terhutang budi dengan kerajaan Inggeris.
Mengkritik keburukan dan kekejaman golongan
bangsawan Melayu yang menyebabkan kejatuhan
bangsa Melayu keseluruhannya
Keberanian AM mengkritik golongan bangsawan
disebabkan oleh
AM bukan Melayu tulen
Tidak duduk di bawah kuasa raja
4/19/2017
2
Pendapat C.Hooykaas tentang AM
“ bukanlah suatu mata dalam rangkaian
rantai tetapi seorang yang tinggal sendiri
dalam masa kebudayaan Melayu roboh dan
kesusasteraan layu. Meskipun karangannya
yang pertama sekali dicetak, tetapi tidak ada
yang meneladan”
Karya-karya AM
Syair Singapura Terbakar (1830)
Dawa‟i „I-Kulud (1838)
Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul kadir Munshi
dari Singapura ke Kelantan (1838)
Syair Kampung Gelam Terbakar (1847)
Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1849)
Kisah Pelayaran Abdullah Ke Negeri Jeddah (tidak
tamat kerana AM meninggal dunia di Jeddah dalam
bulan Oktober 1854)
Gaya bahasa AM
Melanjutkan gaya bahasa Melayu klasik
Hanya mengenali bentuk syair dan pantun
Menggambarkan sesuatu perkara dengan jelas
menjadikan gambaran peristiwa itu lebih topikal
Mengekalkan perkataan „hikayat‟ kerana AM tidak
mengenali istilah memoir atau autobiografi
Kebiasaan mengakhiri perkataan dengan „adanya‟
Bahasa sehari-hari, ayat pendek dan tepat serta
perengan moden
Contoh
“ Maka semenjak ia sampai ke Melaka itu, maka pada tiap-tiap petang ia berjalan kereta. Pada sehari ia pergi melihat mesjid, dan sehari ia pergi melihat tempat berhala China, dan sehari ia pergi melihat tempat berhala Hindu dan Nasrani, ia berkeliling-keliling negeri Melaka itu. Maka barang di mana orang bertemu keretanya, baik orang kaya atau orang hina pun, berhentilah untuk memberi tabik akan dia; maka dengan segeranya ia membalas tabik; maka terkadang kebanyakan orang memberi tabik pada sepanjang lorong, maka dipegangnya saja cepiaunya tidak dipakainya, melainkan digoncang-goncangnya sahaja cepiau itu dengan muka yan gmanis dan kelakuan yang tertib….” (Hik. Abdullah Bk 1)
4/19/2017
3
Sikap AM
Tidak melawan tradisi nenek moyang lalu
tidak membawa isterinya berpindah ke
Singapura. Setelah isterinya meninggal dunia,
barulah AM membawa anak-anaknya
berpindah
Mengkritik kejatuhan bangsa Melayu kerana
tiada pelajaran, miskin, dibiarkan oleh raja-raja
malah raja adalah perosak rakyat
Sikap AM
Menganggap gaya bahasa Sejarah Melayu itu murni lalumengusaha penerbitan Sejarah Melayu tetapi hanyamementingkan bahasanya.
Menasihat orang-orang Melayu mempelajari bahasanyaterlebih dahulu sebelum menguasai bahasa lain
Mengesyor kanak-kanak diberi pelajaran memahamikandungan Al-Quran bukan sekadar membacanya.
Tidak setuju dengan pendidikan secara paksaan dan pukul-bantai seperti yang pernah dilaluinya.
Mencadangkan pendidikan secara lemah lembut sambilmemberi contoh yang baik kepada kanak-kanak sepertihormat, amanah, bersungguh-sungguh, tekun, tidak membuangmasa, bertimbang rasa dsb.
Semangat Kebangsaan
Membela kemurnian bahasa Melayu tetapi tidak mengaku bahawa beliau orang Melayu. Terbukti beliau hanya membela orang Melaka tetapi bukan atas nama orang Melayu
Ekoran daripada itu, hikayat beliau hanya dijadikan buku bacaan biasa. Selepas PD II baharu HA dijadikan bahan kajian utama dalam pengkajian sastera lama dan catatannya dianggap sebagai dokumen penting.
Ekonomi
Kezaliman raja-raja Melayu menyebabkan
kejatuhan bangsa Melayu.
Bangsa lain mengaut keuntungan.
4/19/2017
4
Kegiatan Lanun
Berleluasa semenjak kedatangan bangsa
Eropah
Penjajahan dan penindasan bangsa asinglah
menjadikan orang Melayu bertindak
berlawanan dengan adat resam hidup
Brunei menjadi sasaran rompakan lanun kerana kaum bangsawannya sendiri membeli hamba daripada lanun. Lanun-lanun Sulu berkata,
“Lebih susah menangkap ikan daripada menawan orang-orang Brunei”
George Windsor, Earl berkata,
“Lanun-lanun Melayu bermaharajalela di-sekeliling Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengan-nya, iaitu tempat-tempat di-mana mereka dapat berlindong dan berundor dengan selamatnya…….
Apabila lanun-lanun itu dapat merompak pedagang-pedagang dari sa-tiap bangsa, maka tidak-lah hairan kalau kuasa ketua-ketuanya bertambah kuat seperti angin bertiup.”
15
Hikayat Abdullah
Kandungan HA
Merupakan catatan peristiwa yang ditempuhi
Abdullah.
Terdapat unsur asing
Gaya bahasa menunjukkan peralihan daripada
bahasa Melayu klasik kepada gaya bahasa
moden.
16
Hikayat Abdullah
Pengarang mendahului zamannya. Perintis
kepada pengarang angkatan baru awal abad ke-
19
Mengarang tanpa menyediakan ringkasannya
terlebih dahulu.
Mencampuradukkan beberapa kejadian dalam
satu cerita
Mencatat kejadian yang dialaminya secara
terperinci dan jelas
4/19/2017
5
17
Aspek kepengarangannya
Lantang mengkritik
Bersifat kewartawanan
Mengagungkan sesuatu yang datang dari barat
Mendapat pendedahan tentang kemajuan barat
18
Kepengarangan Abdullah
Menggunakan bahasa sehari-hari, ayat pendek, tepat sertaperenggan kata seperti karya moden
Kurang mementingkan tarikh
Membuat catatan yang serta merta
Mengkritik kejatuhan orang Melayu kerana tiada pelajaran, miskin dan dibiarkan oleh raja-raja.
Menasihatkan orang Melayu mempelajari bahasa sendiriterlebih dahulu sebelum menguasai bahasa asing.
Tidak setuju dengan pendidikan secara paksaan
Tidak menunjukkan semangat kebangsaan yang jelas.
19
Karya Abdullah
Syair Singapura Terbakar
Kisah Pelayaran Abdullah.
Catatan Abdullah di dalam hikayatnya merupakan
satu dokumen yang sangat berharga dan beliau
seorang tokoh bahasa dan sastera yang teragung pada
zamannya.
Contoh teks ..\..\..\020000323.pdf Hikayat
Abdullah.pdf20
Kesimpulan
Abdullah memaparkan sesuatu secara jelas, namun kejatuhan ekonomi orang Melayu tidak dinyatakan dengan jelas oleh Abdullah.
Berpendapat penjajahan dan penindasan bangsa asinglah yang menyebabkan bangsa Melayu menjadi lanun.
Kegiatan membasmi lanun tidak berjaya kerana,
“..apabila lanun-lanun itu dapat merompak pedagang-pedagang dari sa-tiap bangsa, maka tidak-lah hairan kalau kuasa ketua-ketuanya bertambah kuat seperti angin bertiup”
4/19/2017
6
Sekian, terima kasih