17
BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA SULTAN ABDUL SAMAD Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara. Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B. Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.

Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIASULTAN ABDUL SAMAD

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi

bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni

bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap

lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi

ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun

Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan

negara.

Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B.

Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun

1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir

Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun

1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.

Page 2: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

SEJARAH BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di

Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian

rekabentuknya. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama

bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu,

iaitu dalam tahun 1896. Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan

Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang

strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut

adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini

dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik

kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid

Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka,

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas

kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,

Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad

ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-

mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik seni binanya dan merupakan diantara

bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang

berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya

Page 3: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang

cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked.Bangunan ini

juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting

dalam rekabentuk bangunan ini.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina

Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan

ini membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang

dicat warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga.

Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan

bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Page 4: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

PELAN BANGUNAN

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu

dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman

ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja

Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga

berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik

Mahkamah Agung.

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana

memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak

mempunyai pendingin udara. Kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan 4

juta buta-bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi,

keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Bangunan ini siap pada tahun 1897 dan dirasmikan

dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah

pembinaan bangunan tersebut. Teks lengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris boleh

didapati dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M.

Gillick. Bangunan ini pernah menempatkan beberapa buah Kementerian dan Jabatan

Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya, bangunan ini

telah menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebahagian daripadanya

menempatkan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Page 5: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

PELAN TINGKAT BAWAH

PELAN TINGKAT 1

Page 6: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

PELAN TINGKAT 2

PELAN TINGKAT MEZANIN

Page 7: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

TUJUAN PEMBINAAN

Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan

semua Jabatan pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu

Bangunan pentadbiran berpusat:

1. Menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O);

2. Bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber);

3. Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board);

4. Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner);

5. Public Works Department (PWD);

6. Audit dan Perbendaharaan;

7. Pejabat Tanah;

8. Jabatan Galian;

9. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

Page 8: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

REKABENTUK SENI BINA

Pemilihan stail senibina Islam ‘Moorish’ atau ‘Mahometan Style’ pengaruh bangunan

awam di India menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad.

Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand

proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan

bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri “the Raj style”

mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini. Bangunan dua tingkat ini

mempunyai keunikan struktur yang menonjol berupa Menara Jam setinggi 41.5m di

tengah – tengah binaan berbentuk huruf ‘F’ penampilan identiti dan mercu tanda

tersendiri.

Ia juga merupakan Bangunan awam pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk segi

tiga terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang

melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang serta menghadap

(Clarke St), Jalan Mahkamah Tinggi. Sebagai Bangunan yang menjadi ‘pemula’ dalam

waktu pembinaanya 1894 – 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri – ciri

keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan

unsur – unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong

bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina

Masjid. Kesemua elemen – elemen tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan

kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan

bangunan awam (civic building).

Page 9: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB

Antara pegawai–pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthur Charles Alfred

Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan

Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan lukisan,

sehingga membolehkan Bangunan ini di rasmikan oleh Sir Frank Swettenham K.C.M.G.

(Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897.

Page 10: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

DIAGRAM BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Pandangan dekat Bangunan Sultan Abdul Samad (1)

Page 11: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

Pandangan dekat Bangunan Sultan Abdul Samad (2)

Panorama Bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam

Page 12: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

Pandangan hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

Bahagian dalam Bangunan Sultan Abdul Samad

Page 13: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya

Peta bumi Bangunan Sultan Abdul Samad

Page 14: Bangunan Bersejarah Di Malaysia Emmy Suraya