Bahasa Melayu Kertas 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahasa malaysia kertas 2 upsr.. nak tahu bacalah sendiri..

Citation preview

  • BAHASA MELAYU KERTAS 2Panduan Menjawab(BIL 638) 25 Jun - 1 Julai 2007Didik Online

  • Bahagian A (Gambar Tunggal)Gambar tunggal terdiri daripada satu gambar sahaja.Calon mesti meneliti keseluruhan gambar dan meneliti maklumat yang terdapat dalam gambar.Bina lima ayat sahaja dengan menggunakan nombor.Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 15 minit.

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.

  • LANGKAH 1 Memahami & MenelitiMemahami dan meneliti gambarTeliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar.Rangka idea seperti siapa / di mana / bila / mengapa.

  • Langkah 2 Baca dan cari kunciBaca dan cari kunci soalanBaca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan.Kunci bagi soalan perbincangan ini ialah situasi. Oleh itu, calon mesti membina ayat tentang keadaan atau suasana yang terdapat dalam gambar. Jika boleh, ada kata adjektif.

  • LANGKAH 3 BINA AYAT RANGKA

    Beberapa orang kanak-kanak - bermain dengan gembiraDua orang budak lelaki - bermain jongkang-jongkitSeorang lelaki - mengawasi anaknyaSeorang budak - mengejar kakaknyaSuasana - agak riuh

  • Langkah 4 Bina ayatBina lima ayat lengkapTulis lima ayat saja berdasarkan rangka ayat.Pastikan setiap ayat mempunyai nombor.

  • CONTOH JAWAPAN1. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain buaian di taman permainan dengan gembira. 2. Dua orang kanak-kanak lelaki bermain jongkang-jongkit di taman permainan itu dengan penuh girang. 3. Seorang lelaki mengawasi anaknya yang bermain di papan gelungsur di taman permainan itu. 4. Seorang budak perempuan sedang mengejar kakaknya mengelilingi padang permainan itu dengan gembira. 5. Suasana di taman itu riuh dengan suara kanak-kanak yang sedang bermain.

  • Langkah 5 - Menyemak MenyemakSelepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan.Pastikan ayat yang dibina berkaitan gambar dan pastikan ayat gramatis yang dibina.

  • MAKLUMAT PENTING !!!Jangan tulis maklumat yang tidak terdapat di dalam gambar walaupun betul.Jangan beri pandangan sendiri terhadap situasi, sebaliknya nyatakan situasi yang dipaparkan sahaja.Jangan guna kata ganti diri pertama :- saya, aku, kami, kita, beta, patik, hamba.

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdalam gambar di bawah.

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.

  • BAHAGIAN C Pengenalan:Calon diminta membuat ulasan berdasarkan bahan rangsangan.Ulasan yang dibuat mestilah dalam satu perenggan.Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 20 minit.Markah yang diperuntukkan ialah 20 markah.

  • Soalan PerbincanganTulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

  • Nisa segera masuk ke rumah menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Nisa tidak menyimpan beg sekolahnya dan tidak menukar pakaian sekolah. Ibu memanggil Nisa menolongnya menyiapkan makanan di dapur dan menasihati Nisa agar menukar pakaian serta meletakkan beg sekolah di dalam bilik tetapi Nisa tidak menghiraukannya. Dia tetap menonton televisyen. Tekaknya terasa haus. Nisa segera ke dapur dan membancuh air. Setelah selesai membancuh air, Nisa membawa minumannya ke ruang tamu untuk menonton televisyen semula. Nisa pergi ke ruang tamu dan tidak membersihkan dapur. Tiba-tiba, Nisa terjatuh kerana terlanggar beg sekolahnya sendiri. Airnya tumpah dan gelas pecah berderai di atas lantai. Ibunya menolong Nisa membersihkan gelas yang pecah itu. Nisa menyesal dan meminta maaf kerana tidak mengendahkan nasihat ibunya sebelum itu. Nisa juga mengucapkan terima kasih pada ibunya kerana menolongnya.

  • LANGKAH 1 Baca SoalanBaca dan fahami soalanBaca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan.Berdasarkan soalan di atas, kunci soalan ialah nilai murni.

  • LANGKAH 2 Baca PetikanBaca dan fahami petikanBaca petikan dengan teliti dan fahami kandungannya.Semasa membaca kenal pasti dan garis nilai murni yang terdapat dalam petikan.Senaraikan nilai murni yang dikesan.

  • Senaraikan Nilai Murnimendengar nasihat menasihati berhati-hati menjaga kebersihan menolonginsaf

  • LANGKAH 3 Rangka Ulasan Membuat rangka ulasan Membuat rangka ulasan agar mudah membuat teks ulasan. Contoh: Mengapakah mesti mendengar nasihat?Mengapakah mesti menasihati? Mengapakah mesti berhati-hati? Mengapakah mesti menjaga kebersihan? Mengapakah mesti menolong? Mengapakah mesti insaf? Mengapakah mesti menghargai?

  • Langkah 4 Membuat UlasanMembuat ulasanBuat ulasan berdasarkan rangka ulasan.Jawapan contoh:

    Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah mendengar nasihat, terutama daripada orang yang lebih tua daripada kita seperti kedua-dua ibu bapa. Nilai murni yang kedua ialah memberi nasihat, iaitu kepada orang yang melakukan kesilapan, contohnya ibu menasihati Nisa. Seterusnya, nilai murni ketiga ialah berhati-hati, terutamanya apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya Nisa tidak berhati-hati ketika membawa air minuman. Nilai murni yang keempat ialah menolong, contohnya ibu menolong Nisa membersihkan air minuman yang tumpah. Nilai murni yang akhir sekali ialah insaf, iaitu sedar atas kesilapan yang dilakukan. Contohnya Nisa menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya.

  • Langkah 5 - MenyemakMenyemakSelepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan.Pastikan ulasan yang dibina berkaitan dengan petikan.

  • LATIHANSabri ialah anak yatim piatu kerana ibu dan ayahnya telah meninggal dunia ketika Sabri berusia 4 tahun. Sejak kecil lagi Sabri tinggal bersama neneknya. Sabri sayang akan nenek walaupun kehidupannya miskin. Sejak kecil lagi Sabri berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran. Untuk membantu neneknya, Sabri bekerja sambilan di sebuah restoran. Selepas pulang dari sekolah, Sabri akan mula bekerja di Restoran Puteri sehingga pukul 6.00 petang. Pada sebelah malam pula, Sabri akan mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah. Sabri tidak pernah gagal menyiapkan kerja sekolahnya. Sikap Sabri yang rajin membuatkan semua guru di sekolah sayang kepadanya. Pada suatu petang semasa Sabri bekerja di Restoran Puteri, Sabri lihat ada dompet tertinggal di atas meja. Sabri segera mengambil dompet tersebut dan menyerahkannya kepada Pak Amin, tuan punya restoran. Rupa-rupanya dompet itu kepunyaan Pak Amin. Pak Amin mengucapkan terima kasih kepada Sabri.

  • INGAT !!!Semak semula penulisan anda.Semak penggunaan tanda baca dan ejaan.Semak, semak dan semak.

  • Selamat Menghadapi Ujian Progresif 2