14
Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________ 021/031 Bahasa Melayu JUSA 2009 Set 5 50 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________ MODUL JUSA 2009 BAHASA MELAYU SJK SET 5 Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak. 021/031 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

021/031 Bahasa Melayu JUSA 2009 Set 5 50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

_____________________________________________

MODUL JUSA 2009

BAHASA MELAYU SJK SET 5

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

021/031 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

Page 2: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

2

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 - 24 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Hafizi dan Hafiza sering bersiar-siar pada waktu petang. Mereka mendayung_______________ mengelilingi taman tasik.

A Sampan

B Kayak

C Rakit

D Motorbot Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. � _______________ boleh masuk ke bilik Guru Besar ,� kata pembantu pejabat kepada lelaki itu.

A Cik

B Puan

C Encik

D Kamu

Page 3: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

3

3. Saya tidak pasti _______________ yang menelefon tadi.

A apa

B mana

C siapa

D mengapa

4. Kehadiran Dato� Johan adalah untuk _______________ mesyuarat agung persatuan itu.

A meraikan

B merasmikan

C memeriahkan

D mempengerusikan Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Azmi menyertai acara _______________ peluru dalam sukan tahunan sekolahnya.

A melontar

B membaling

C membuang

D menyambut Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Page 4: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

4

6. Aminah sedang _______________ beberapa kuntum bunga untuk diletakkan di

ruang tamu rumahnya.

A digubah

B menggubah

C pengubah

D gubahan

7. Salim dan rakan-rakannya berasa _______________ dengan kata-kata pemuda yang tidak dikenali itu.

A ngeri

B takut

C Yakin

D curiga

8. Selepas hujan, air sungai akan mengalir _______________ .

A laju

B cepat

C deras

D pantas Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 8

9. Cengkerang pada badan kura-kura berfungsi _______________ melindungi diri daripada ancaman musuh.

A untuk

B agar

C demi

D supaya

Page 5: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

5

10. Peragawati itu berjaya menguruskan badannya _______________ lansing.

A sejak

B semakin

C akan

D sehingga Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Lukisan yang baru dibelinya itu digantung _______________ dinding.

A di

B ke

C pada

D kepada

12. Harta yang diwarisi oleh ayah adalah pusaka _______________ .

A saudara-mara

B turun-temurun

C suku-sakat

D anak-beranak

13. Hari telah lewat malam namun Susan _______________ mengulang kaji pelajaran di biliknya.

A akan

B pernah

C masih

D sudah

Page 6: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

6

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. _______________ budak itu lari bertempiaran apabila hujan lebat turun tiba-tiba.

A Ketiga-tiga

B Ketiga

C Bertiga

D Tiga

15. Orang Melayu memang kaya dengan _______________ sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

A timbang rasa

B tunjuk ajar

C susur galur

D pantang larang

16. Mesyuarat itu telah _______________ pada pukul 3.30 petang.

A tangguh

B bertangguh

C ditangguhkan

D penangguhan Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

Page 7: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

7

17. Cikgu Chan _____________ suaranya memarahi murid yang menconteng dinding tandas.

A meninggikan

B ketinggian

C ditinggikan

D tertinggi

18. Ayah memasukkan beberapa _______________ duit syiling ke dalam mesin itu untuk membeli minuman.

A biji

B keping

C helai

D buah Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19. Ah Kuan _______________ untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

A memerah keringat

B membanting tulang

C membuta tuli

D memerah otak Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah. Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

Page 8: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

8

20. Penyanyi yang bersuara merdu itu telah meraih anugerah bintang popular tahun ini.

A lantang

B lunak

C serak

D parau

Soalan 21

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

21. Barang-barang tiruan rendah kualitinya.

A benar

B asal

C betul

D asli

22. Kerajaan memberikan tumpuan kepada golongan pelajar dalam usaha mencegah gejala sosial.

A Tumpuan diberikan kepada semua golongan termasuk pelajar bagi mencegah gejala sosial.

B Golongan pelajar perlu diberikan tumpuan dalam usaha menolong mencegah gejala sosial.

C Golongan pelajar diberikan tumpuan oleh kerajaan dalam usaha mencegah gejala sosial.

D Usaha untuk mencegah gejala sosial oleh golongan pelajar diberikan tumpuan oleh kerajaan.

23. �Jangan berbual-bual di perpustakaan,� kata Cikgu Amin kepada murid-muridnya.

A Cikgu Amin menyuruh pelajar-pelajarnya supaya tidak berbuat bising di perpustakaan.

B Semasa berada di perpustakaan, Cikgu Amin memarahi pelajar-pelajarnya yang berbuat bising.

C Cikgu Amin mengarahkan pelajar-pelajarnya supaya tidak berbual-bual dengannya di perpustakaan.

D Cikgu Amin sentiasa menasihati pelajar-pelajarnya supaya berbuat bising di perpustakaan.

Page 9: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

9

Soalan 24 - 25 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

24. Berapakah harga perabot yang dibuat daripada kayu jati itu?

A Murah sahaja, puan.

B Puan hendak yang ini ya!

C Kami memberi potongan sebanyak 20 peratus.

D Lebih kurang dua ribu ringgit, puan.

25. �Kerja sekolah kamu sudah siap?� tanya ibu.

A Esok cuti.

B Buku saya tertinggal di sekolah.

C Ada dua lagi soalan yang belum dijawab.

D Buku itu sudah dihantar kepada cikgu.

Soalan 26 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

26. Pengaruh budaya barat menjadi punca keruntuhan moral anak-anak muda hari ini.

A Mengapakah anak-anak muda hari ini mudah terpengaruh?

B Apakah punca yang menyebabkan keruntuhan moral anak-anak muda hari ini?

C Bagaimanakah anak-anak muda hari ini mempengaruhi budaya barat?

D Benarkah moral anak-anak muda hari ini sudah runtuh?

Soalan 27 - 28 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27. I. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya.

II. Buah-buahan yang baru dipetik itu segar sekali.

III. Pakaian baru itu kurang segar untuk adik.

IV. Senyuman gadis itu sentiasa segar .

A I dan II

B I dan Ill

C Il dan IV

D IIl dan IV

Page 10: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

10

28. I Aiman dimarahi oleh ibunya kerana kasar kawannya.

II Perabot itu kasar buatannya tetapi harganya sangat mahal.

III Bapa sedang mengetam permukaan papan yang kasar itu.

IV Sikap kasar kedua-dua pelajar itu tidak menyenangkan hatinya.

A I dan II

B II dan IV

C II dan III

D II, III, dan IV

Soalan 29 - 30

Pilih ayat yang betul.

29. I Pelbagai jenis kuih terhidang di atas meja untuk hidangan para-para tetamu.

II Setiap orang murid mesti mematuhi peraturan sekolah.

III Dua ekor kambing akan disembelih untuk majlis kenduri itu.

IV Mesyuarat PIBG itu akan diadakan pada waktu petang.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

30. I Masalah disiplin murid perlu ditangani oleh semua pihak.

II Cikgu Lim menyemak buku latihan murid-muridnya dari masa ke semasa.

III Kasim menyayuh sejauh tiga kilometer basikal sehari untuk ke sekolah.

IV Mak Cik Minah memerlukan putih telur untuk membuat kuih itu.

A IV

B I dan IV

C I, II dan III

D II, III dan IV

Page 11: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

11

Soalan 31 - 35

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan berikut.

777, Jalan SS17/7,

Taman Sutera,

464000 Petaling Jaya,

18 Februari 2008.

Menemui sahabatku Yi Ling yang berada di Pulau Ketam dengan selamatnya.

Saudari,

Sudah dua minggu saya berpindah ke Petaling Jaya bersama keluarga saya. Saya mula belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling sejak minggu lepas. Oleh sebab kedudukan sekolah tidak jauh dari rumah saya, setiap hari saya berjalan kaki ke sekolah. Perjalanan dari rumah saya ke sekolah tersebut mengambil masa sepuluh minit sahaja. Keadaan jalan raya di sini sangat sibuk kerana terlalu banyak kereta. Mula-mula saya berasa agak kesunyian kerana belum mengenali sesiapapun. Walau bagaimanapun lama-kelamaan saya telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah ini.

Sekolah baharu saya sangat besar dan tinggi-tinggi bangunannya. Murid-murid dan guru-guru jauh lebih ramai daripada sekolah kita di Pulau Ketam. Sekarang, saya bersekolah pada sebelah petang sehinggalah saya masuk ke sekolah menengah tahun depan. Walaupun sekolah di sini cantik tetapi saya masih tidak dapat melupakan guru-guru dan rakan-rakan di Pulau Ketam. Saya berasa agak sedih meninggalkan semuanya kerana di situlah saya dilahirkan, dibesarkan dan mula bersekolah. Sekolah di Pulau Ketam yang terletak di tepi pantai itu sentiasa terbayang di mata saya. Saya juga sentiasa merindui saudari dan rakan-rakan yang lain.

Jika saudari berpeluang ke Kuala Lumpur, silalah singgah ke rumah saya. Saya ingin benar mendengar cerita-cerita tentang Pulau Ketam daripada saudari nanti. Saya juga akan cuba memujuk ayah supaya membawa saya melawat ke Pulau Ketam jika ada masa lapang suatu hari nanti. Saya berharap dapat bertemu saudari dan rakan-rakan yang lain.

Sekian dahulu buat sementara waktu, sehingga kita berjumpa lagi. Kalau tidak keberatan, saya harap saudari dapat menyampaikan salam saya kepada guru-guru dan rakan-rakan di sana.

Sahabatmu,

Jia Jie

Page 12: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

12

31. Surat ini ditujukan kepada siapa?

A Rakan-rakan di Pulau Ketam

B Guru-guru di Pulau Ketam

C Jia Jie

D Yi Ling

32. Berapakah usia penulis surat ini?

A 10 tahun

B 11 tahun

C 12 tahun

D 13 tahun

33. Di manakah tempat asal penulis surat ini?

A Pulau Ketam

B Petaling Jaya

C Sri Petaling

D Kuala Lumpur

34. Semua pernyataan berikut betul, kecuali...

A Penulis lebih suka akan Pulau Ketam daripada Petaling Jaya.

B Penulis dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baharunya.

C Yi Ling masih bersekolah di Pulau Ketam.

D S.K. Sri Petaling berhampiran dengan pantai.

35. Perkataan memujuk dalam petikan sama maksud dengan...

A merayu

B meminta

C menyuruh

D menunggu

Page 13: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

13

Soalan 36 - 40. Baca jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Hari dan Masa Tuisyen Kelas Komputer

Isnin

Cikgu Wong

9.00 � 11.00

pagi

Cikgu Ahmad

9.00 � 12.00

tengah hari

Selasa

Cikgu Saraswati

10.00 � 12.00

tengah hari

Cikgu Jamal

9.00 � 10.00

pagi

Rabu

Cikgu Mawar

9.00 � 12.00

tengah hari

Cikgu Wong

10.00 � 11.30

pagi

Khamis

Cikgu Ahmad

9.30 � 12.00

tengah hari

Cikgu Jamal

12.00 � 4.00

petang

Jumaat

Cikgu Mawar

4.00 � 6.00

petang

Cikgu Yeoh

2.00 � 4.30

petang

Sabtu

Cikgu Saraswati

10.00 � 12.00

tengah hari

Cikgu Lim

9.00 � 11.00

pagi

GURU BERTUGAS DAN SUBJEK YANG DIAJAR

Cikgu Wong - Matematik Tahun 6 / Word Perfect

Cikgu Saraswati - Bahasa Inggeris Tahun 6

Cikgu Ahmad - Bahasa Melayu 1 Tahun 6 / Photoshop 6.0

Cikgu Mawar - Bahasa Melayu 2 Tahun 6

Cikgu Yeoh - Programming

Cikgu Jamal - Perisian Window XP

36. Berapa lamakah masa yang digunakan untuk kelas programming dalam seminggu?

A 2 jam

B 2 jam 30 minit

C 3 jam

D 3 jam 30 minit

Page 14: Bahasa Melayu Kertas 1 Upsr

Modul JUSA Set 5

14

37. Siapakah yang paling lama bertugas dalam seminggu?

A Cikgu Wong

B Cikgu Mawar

C Cikgu Ahmad

D Cikgu Saraswati

38. Apakah pelajaran komputer yang paling lama diajar dalam sehari?

A Perisian Window XP

B Photoshop 6.0

C Word Perfect 6.0

D Programming

39. Berikut adalah benar tentang Tuisyen Bahasa Melayu 1 kecuali

A diajar oleh Cikgu Ahmad

B diajar pada hari Rabu dan Jumaat

C kelas dimulakan pada waktu pagi

D jumlah jam yang diajar seminggu selama dua jam setengah

40. Tujuan jadual disediakan adalah

A mengagihkan masa yang sama rata kepada guru-guru

B untuk memudahkah pelajar mengikut kelas

C untuk menentukan jumlah murid yang mengikuti kelas

D supaya murid-murid datang awal ke sekolah

KERTAS SOALAN TAMAT