26
Tuesday, 27 November 2012 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem entaksiran yang dierkenalkan dalam trans!ormasi endidikan" SPPK meruakan trans!ormasi dariada sistem yang menumukan keada u#ian en$aaian dan eeriksaan (berorientasi eeriksaan)keada sistem yang lebih holistik" Tu#uannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai otensi murid dan kesediaan unt bela#ar, selain mengu#i enguasaan dan en$aaian" Pentaksiran adalah komonen enting dalam endidikan kerana ia memberi maklumat mengenai erkembangan murid keada guru, ibubaa dan murid itu sendiri" %asil entaksiran boleh membantu guru menilai kaedah enga#aran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam roses enga#aran dan embela#aran. Kementerian rihatin terhada dak&aan baha&a sistem endidikan Negara terlalu beraksikan eeriksaan" 'usteru, esyuarat 'emaah enteri bertarikh 17 isember 20 telah bersetu#u suaya Pentaksiran *erasaskan Sekolah (P*S) dilaksanakan sebagai sebahagian dariada Program Trans!ormasi Pendidikan. P*S meruakan satu usaha untuk membangunkan modal insan se$ara holistik melalui enekanan terhada enguasaan ilmu engetahuan, modal intelektual, embudayaan sika rogresi! dan engamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seerti ter$atat di dalam P +nduk Pembangunan Pendidikan (P+PP), Pelan +ntegriti Nasional (P+N) dan seerti dihasratkan dalam isi Nasional" P*S mula dilaksanakan di Sekolah endah ada tahun 2011 dan dierkenalkan di eringkat Sekolah enengah ada tahun 2012" 'usteru ada tahun 201- murid.murid sekolah rendah akan menduduki /PS yang telahditambahbaik" Pada tahun 201 ula P akan dilaksanakan seenuhnya dalam bentuk P*S" 1 APAKAH PBS?

bahas separuh akhir- pbs.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Bottom of FormTuesday, 27 November 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)adalah satusistem pentaksiran yang diperkenalkan dalamtransformasi pendidikan. SPPK merupakantransformasi daripada sistemyang menumpukankepadaujian pencapaian dan peperiksaan(berorientasi peperiksaan) kepadasistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi muriddankesediaan untuk belajar, selainmenguji penguasaan dan pencapaian.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru,Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

1APAKAH PBS?

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:Pentaksiran SekolahPentaksiran PusatPentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan KokurikulumPentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialahlembaran kerja,pemerhatian,kuiz,senarai semak,laporan tugasan,tugasan rumahdan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan,sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate abilityandacquired ability) semulajadimurid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

2.APAKAH OBJEKTIF PBS?

Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individumemantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individumembuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara mencapaitaraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan..3SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?

Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.

4BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.

Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.

Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka.

5APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakanStandard Prestasiuntuk melihat kemajuan dan pertumbuhan(growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan(growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

6APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti81% atau pun gred A,B,C,D.

BANDSTANDARD

6Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4Tahu, Faham dan Boleh Buatdengan Beradab

3Tahu, Faham dan Boleh Buat

2Tahu dan Faham

1Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkankefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah sa.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali,di Band 6,muridmampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakalmewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.

7ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.

Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan.

8BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaanPBS dapatdicapai melalui:a.Pementoranb.Penyelarasanc.Pemantauand.Pengesanan

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai.

Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang,Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran MalaysiamemastikanPBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang.Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.

9ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang diajar.

10PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumattentang prestasi muridbagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARANPosted byKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAat09:39ARKIB : 30/06/2014Ibu bapa yakin anak mereka lebih cemerlangOleh ANGELINA SINYANG, ROKIAHABDULLAH, ABDUL RAZAK IDRIS,MOHD. SAHRUL MOHD. dan AZIZI MAJID

SITI Nur Zakirah Mohd. Zaki, pelajar SMK Perempuan Bandaraya (kanan), Chia Jun Hang, pelajar SMK Maxwell (tengah) dan Y. Vindhini dari SMK (P) Taman Petaling antara yang terlibat dengan pelaksanaan PT3.KUALA LUMPUR 29 Jun - Golongan ibu bapa rata-ratanya teruja dengan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai esok, kerana meyakini sistem penilaian pelajar yang baru diperkenalkan itu mampu membantu anak-anak mereka lebih berminat dengan pembelajaran.DI ALOR SETAR, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sri Gunung, Zubair Hussain, 50, yakin pelaksanaan sistem pentaksiran baharu itu akan turut membangkitkan minat para pelajar yang lemah dalam bidang akademik untuk ke sekolah menuntut ilmu."Daripada apa yang saya faham, para pelajar akan dinilai mengikut kemampuan mereka dalam bidang tertentu dan bukannya akademik semata-mata."Sudah tentu mereka akan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang yang mereka minati untuk mendapat markah yang baik."Setidak-tidaknya mereka yang lemah dalam akademik tidak bosan untuk ke sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.Beliau seperti ibu bapa lain bagaimanapun berharap sesi penerangan mengenai konsep ini diperbanyakkan bagi menghilangkan keraguan terhadap kebaikan PBS.Bagi kebanyakan generasi lama katanya, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan PBS kerana beranggapan sistem penilaian pelajar berasaskan peperiksaan berpusat yang diamalkan selama ini merupakan cara terbaik untuk menilai pelajar."Namun kita perlu akur dengan peredaran masa. Apabila kementerian sudah buat keputusan begini yang tentunya dinilai oleh para pakar, saya fikir mereka perlu diberi peluang untuk membuktikannya," ujarnya.Sementara itu, seorang bapa, Loganathan Rajendra, 44, turut bersetuju PT3 yang merupakan salah satu segmen pentaksiran di bawah Pentaksiran Bersepadu Sekolah (PBS) mampu mendidik individu menjadi lebih berkemahiran dalam menjalani kehidupan."Tidak guna kita melahirkan individu yang cemerlang di atas kertas peperiksaan tetapi akhirnya gagal berkomunikasi dengan baik. Saya fikir PBS dan PT3 mampu memberi jawapan kepada masalah itu selain mendidik anak-anak supaya kerap berfikir bagi menyelesaikan masalah dan isu."Namun cara bagaimana ia diimplementasi perlu diperjelaskan," katanya.Di SARAWAK, seorang bapa, Abdul Aziz Harun, 49, berkata, dia memang teruja dengan pelaksanaan PBS dan PT3 setelah dimaklumkan sistem penilaian terbaru itu memberi banyak kebaikan kepada pelajar."Saya mempunyai seorang anak yang akan memasuki tingkatan tiga tahun depan dan menjadi antara kumpulan pelajar terawal di negara ini bakal menggunakan PBS dan PT3."Memandangkan saya sebagai ibu bapa belum memahami sepenuhnya sistem itu, saya berharap pihak sekolah dapat memberikan taklimat dan penerangan kepada ibu bapa agar lebih memahami PBS dan PT3," katanya.Seorang ibu, Teo Siok Cheng, 36, turut menyokong penuh sistem penilaian baharu diperkenalkan itu kerana yakin mampu memberi kebaikan kepada anaknya dalam pembelajaran."Anak perempuan saya, Celine Chang Li Xin akan memasuki Tingkatan 3 tahun depan dan pasti dia berasa gembira kerana tidak perlu lagi berasa terbeban untuk menduduki PMR," katanya.Di IPOH, pekerja swasta, Mardiati Rahim, 40, berkata, dia dimaklumkan oleh anaknya yang PT3 ini lebih baik bukan sahaja kerana tidak lagi berorentasikan peperiksaan tetapi corak penilaiannya lebih mudah kerana memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah menilai sendiri pelajar mereka."Pada saya ia amat baik kerana sebelum ini ibu bapa memberi penekanan berlebihan terhadap peperiksaan menyebabkan aktiviti kokurikulum anak mereka terabai sedangkan sudah terbukti aktiviti tersebut dapat membentuk dan membina keupayaan pelajar selain mengembangkan bakat kepimpinan, membina sahsiah dan keperibadian mereka," katanya.Pengurus Jualan, Nur Airini Norzid, 40, pula berkata, selain guru dan pelajar, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan seseorang pelajar tersebut.Justeru, dia berharap ibu bapa didedahkan dengan setiap program yang diikuti pelajar di sekolah termasuk sistem baru yang ingin dilaksanakan kerajaan supaya golongan itu tahu peranan yang patut mereka laksanakan.Di SHAH ALAM, seorang bapa yang mempunyai anak di Sekolah Menengah Seksyen 24 (2), Shah Alam, Dr. Faizal Md. Aris berkata, PT3 perlu diterima oleh semua ibu bapa kerana sistem pendidikan berubah selaras dengan perkembangan semasa.Jelasnya, sebagai ibu bapa atau penjaga, mereka perlu benar-benar memahami bagaimana perubahan sistem pendidikan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan mengikut keperluan dan tuntutan masa depan."Ada pihak yang masih keliru dengan perubahan dalam sistem penilaian pelajar tanpa peperiksaan berpusat seperti PMR kerana mereka sudah terbiasa dengannya."Di bawah PT3, bukan pemeriksa kertas peperiksaan PMR yang menilai prestasi pelajar Tingkatan 3 tetapi guru-guru mereka sendiri meliputi semua subjek termasuk Sivik dan Pendidikan Seni," ujarnya.Tambahnya, ibu bapa harus memahami bahawa PT3 adalah peperiksaan di bawah PBS yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai penilaian untuk memilih pelajar ke sekolah berasrama penuh selepas tingkatan tiga.Di PULAU PINANG pula, peniaga kecil, Abdul Aziz Man, 54, yakin matlamat pelaksanaan PBS dan PT3 adalah untuk membantu meningkatkan mutu pendidikan negara.Bapa kepada seorang anak yang bakal menduduki PT3 tahun hadapan ini berkata, sebagai rakyat, dia meletakkan kepercayaan penuh kepada Kementerian Pendidikan dalam usaha mencorak dan memajukan taraf pembelajaran anak-anak generasi akan datang.Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Azizi Jasa, 43, menyokong usaha kerajaan melakukan perubahan dalam sistem pendidikan yang disifatkan perlu ke arah mencapai negara maju pada 2020.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140630/pe_07/Ibu-bapa-yakin-anak-mereka-lebih-cemerlang#ixzz3TGePmdy6 Utusan Melayu (M) Bhd

TEKS UCAPAN< PreviousTopNext >TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 PADA 29 APRIL 201202 May 2012

TEKS UCAPANYAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSINTIMBALAN PERDANA MENTERIMERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIADI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012PADA 29 APRIL 2012; PUKUL 10.30 PAGIBERTEMPAT DI DEWAN PICCBismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.YBhg. Dato Dr Rosli MohamedKetua Setiausaha Kementerian Pelajaran MalaysiaYBhg.Dato Sri Abd. Ghafar MahmudKetua Pengarah Pelajaran MalaysiaYBhg. Tan Sri Dato Dr Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd NoordinPengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan NegaraYBhg. Tan Sri Dato Dzulkifli bin Abdul RazakPengerusi Panel Penilai Bebas Kajian Semula PendidikanTan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat sama-sama berhimpun pada pagi yang berbahagia ini untuk menyempurnakan majlis Pelancaran Dialog Nasional Pendidikan Negara. Kehadiran saudara dan saudari pada hari ini amat bermakna bagi diri saya, yang tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata. Kesanggupan mengorbankan cuti hujung minggu sudah cukup menggambarkan betapa saudara dan saudari begitu mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan masa depan negara kita.2. Sesungguhnya, siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dimulakan pada hari ini dan berterusan untuk tempoh tiga bulan akan datang menawarkan peluang yang terbaik untuk saudara dan saudari serta seluruh rakyat Malaysia menyumbangkan buah fikiran dan saranan bagi meningkatkan taraf dan kualiti sistem pendidikan di negara kita. Kita mulakan usaha ini kerana kita tahu tidak ada apa yang lebih bermakna untuk kita wariskan kepada generasi masa hadapan negara melainkan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Saya bagi pihak kerajaan amat berbesar hati untuk mendengar segala pandangan anda, mendengar harapan anda, aspirasi anda dan gerak hati anda untuk membolehkan kita mencari formula terbaik dalam menjayakan agenda transformasi pendidikan negara.PENCAPAIAN PENDIDIKAN NEGARASaudara dan saudari yang saya hormati sekalian,3. Bidang pendidikan di negara kita telah melalui beberapa fasa transformasi sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Transformasi yang pertama bermula dengan penggubalan Penyata Razak 1956 yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara kaum dan memupuk perpaduan nasional melalui penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah kebangsaan. Pelbagai peristiwa yang melatari hubungan kaum di negara kita pada zaman awal selepas merdeka telah menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan dijadikan wahana utama dalam usaha untuk memupuk perpaduan kaum dan membina negara bangsa yang bersatu padu. Justeru, teras perpaduan nasional dalam sistem pendidikan kita telah diperkukuhkan lagi oleh Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 dan 1979. Jelasnya, pelaksanaan pelbagai perakuan dalam laporan-laporan ini telah memberi sumbangan besar kepada usaha memupuk dan memperkukuhkan perpaduan nasional di negara kita.4. Transformasi yang kedua tercetus apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan pada tahun 1988. Buat julung kali dalam sejarah, pendidikan di negara kita diberikan satu hala tuju yang jelas untuk memupuk nilai-nilai murni melalui pembinaan sahsiah yang seimbang. Di bawah lembayung Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di negara kita menjadi wahana utama untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.5. Dalam konteks ini, pendidikan di negara kita berperanan untuk melahirkan rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, tetapi juga berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berketrampilan. Inilah prinsip asas yang menjadi panduan kepada segala usaha pembangunan pendidikan di negara kita selama ini. Dalam menempuhi pelbagai cabaran di pentas dunia global hari ini, kita berharap agar insan seimbang yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita berupaya bukan sahaja untuk mencapai kesejahteraan diri tetapi juga memiliki kekuatan moral untuk meberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara. Matlamat pendidikan yang murni ini akan terus kita pertahankan dalam merencana halatuju pendidikan negara pada masa hadapan.6. Seterusnya, transformasi ketiga dalam sistem pendidikan negara kita tercetus apabila hasrat untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 menjadi agenda utama negara. Sejak dari itu, sektor pendidikan di negara kita memberi tumpuan kepada usaha melahirkan sumber manusia yang berilmu dan berkemahiran untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar. Tanpa mengkesampingkan pendidikan yang holistik dan bersepadu, keutamaan diberikan kepada penguasaan ilmu sains dan teknologi yang merupakan nadi kepada pembangunan dan kemajuan negara. Fasa ketiga transformasi pendidikan ini menjadi lebih penting apabila negara kita pada awal dekad 1990-an mula menghadapi cabaran besar arus globalisasi.7. Sesungguhnya, ketiga-tiga fasa transformasi yang dilalui oleh sektor pendidikan di negara kita telah membuahkan hasil yang membanggakan. Sepanjang tempoh ini, kita telah mencatat beberapa kejayaan penting. Antaranya ialah kejayaan memperluaskan akses kepada pendidikan untuk semua rakyat. Pada tahun 1970, lebih satu pertiga daripada kanak-kanak di negara kita tidak berpeluang untuk mengikuti persekolahan. Tetapi hari ini jumlah kanak-kanak yang mengikuti sekurang-kurangnya pendidikan asas telah meningkat kepada 95 peratus.8. Begitu juga dengan kadar literasi. Jika kita menoleh ke belakang, kita dapati pada tahun 1970 hanya 75 peratus rakyat Malaysia yang boleh membaca dan menulis. Namun hari ini, kadar literasi di negara kita telah meningkat kepada lebih 90 peratus. Demikian juga halnya dengan taraf sosio-ekonomi rakyat. Dengan menyediakan pendidikan yang berkualiti, kita telah berjaya mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan. Kadar kemiskinan isi rumah di negara kita telah berjaya dikurangkan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada kurang 4 peratus sekarang. Pada masa yang sama, pendapatan per kapita rakyat telah meningkat daripada hanya RM1,159 pada tahun 1970 kepada RM28,000 pada tahun 2011.CABARAN SISTEM PENDIDIKANSaudara dan saudari yang saya hormati sekalian,9. Banyak lagi kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita hasil daripada transformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan negara sepanjang 55 tahun kita merdeka. Meskipun begitu, kita tidak boleh leka dan lalai dengan kejayaan ini. Dalam perlumbaan menuju negara maju, kita perlu sentiasa meningkatkan kualiti pendidikan negara supaya kita tidak ketinggalan dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit. Untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia perlu terus membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi melalui pendidikan yang berkualiti.10. Maka, pada hemat saya sudah tiba masanya kita melalui satu lagi fasa tranformasi pendidikan untuk menganjak kedudukan negara kita daripada sebuah negara membangun berpendapatan sederhana kepada negara maju berpendapatan tinggi. Untuk meralisasikan hasrat ini, kita perlu melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif serta berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kita sedar bahawa modal insan yang mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa hanya akan lahir melalui sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Justeru, kita mensasarkan dalam tempoh 15 tahun akan datang, Malaysia bakal meraih kejayaan seperti negara Korea, Finland, Jepun, New Zealand dan Singapura yang berada pada kedudukan teratas dalam pencapaian pentaksiran di peringkat antarabangsa.11. Untuk tujuan itu, Kementerian Pelajaran kini sedang berusaha untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang menyeluruh berdasarkan satu kajian semula pendidikan negara yang melibatkan pandangan semua pihak berkepentingan dan masyarakat awam. Kajian ini akan membolehkan kita memahami pencapaian dan cabaran pendidikan di peringkat rendah dan menengah, yang kemudiannya boleh dijadikan asas untuk menentukan dasar dan halatuju pendidikan di peringkat pengajian tinggi pula.SEMBILAN BIDANG UTAMA KAJIAN SEMULA PENDIDIKAN12. Dalam kajian semula pendidikan ini, sembilan bidang utama yang dianggap kritikal untuk mentranformasi pendidikan negara akan diberikan perhatian oleh kerajaan.13. Pertama, ialah memartabatkan profesion keguruan. Sebagaimana kita tahu, kecemerlangan pendidikan hanya dapat dicapai melalui kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian antarabangsa menunjukkan bahawa guru yang berkualiti mampu meningkatkan pencapaian pelajar sebanyak 50 peratus dalam tempoh 3 tahun berbanding guru-guru lain. Untuk itu, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti guru melalui pengambilan calon-calon guru yang memiliki keputusan akademik yang cemerlang serta meningkatkan kualiti latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru-guru. Di samping itu, untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, kementerian telah menambah bilangan guru dengan ratio 1 guru bagi setiap 13 orang murid, iaitu melebihi purata antarabangsa 1 guru bagi setiap 16 orang murid. Selaras dengan usaha untuk meningkatkan kualiti guru, kerajaan juga akan memastikan peluang perkembangan kerjaya guru di negara kita adalah setanding dengan apa yang dinikmati oleh guru-guru di negara-negara maju.14. Keduanya ialah meningkat kualiti kepimpinan sekolah. Sepertimana guru, pemimpin sekolah juga menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan. Kajian menunjukkan bahawa pemimpin sekolah yang berwibawa berupaya meningkatkan pencapaian pelajar sebanyak 20% berbanding pemimpin sekolah yang lain. Dalam usaha untuk memantapkan kualiti kepimpinan sekolah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Baiah atau tawaran baru dengan memberikan ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam meningkatkan prestasi sekolah. Namun begitu, saya percaya masih terdapat ruang-ruang untuk memantapkan kualiti kepimpinan sekolah melalui pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan merit dan pelan peralihan kepimpinan sekolah yang berkesan. Saya berharap agar aspek-aspek ini dapat diberikan perhatian utama dalam proses kajian semula pendidikan yang sedang dilaksanakan.15. Ketiganya ialah meningkatkan kualiti sekolah yang merupakan elemen penting dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dalam era teknologi maklumat hari ini, sekolah yang berkualiti perlu mempunyai prasarana ICT yang lengkap untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih berkesan. Untuk tujuan ini, kerajaan membekalkan kemudahan ICT kepada sekolah termasuk kemudahan jalur lebar dan internet berkelajuan tinggi bagi memudahkan murid mengakses maklumat di dunia maya. Pelbagai bahan ilmiah yang diperolehi melalui pembelajaran maya pastinya dapat meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan pelajar dan seterusnya merapatkan jurang pengetahuan antara sekolah.16. Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran untuk menyediakan modal insan abad ke-21. Sesungguhnya, asas kepada kejayaan sistem pendidikan terletak pada kualiti kurikulum sekolah yang akan menentukan kualiti modal insan yang dilahirkan. Justeru, keutamaan Kementerian Pelajaran dalam proses kajian semula pendidikan ini adalah untuk membina satu kurikulum yang memenuhi piawai antarabangsa dengan menekankan aspek kemahiran kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi yang merupakan ramuan utama untuk melahirkan modal insan yang mampu untuk bersaing di peringkat global.17. Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa di kalangan murid. Kita sedar akan kepentingan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara kita. Kementerian pelajaran sentiasa berusaha untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kedua-dua bahasa ini. Namun, adalah lebih baik sekiranya murid di negara kita dapat menguasai satu lagi bahasa seperti Mandarin, Tamil, Arab, Iban dan bahasa-bahasa antarabangsa. Apatah lagi dengan kemunculan kuasa baru ekonomi dunia yang sebahagiannya bertumpu di negara-negara Asia , penguasaan satu lagi bahasa selain bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sudah tentu dapat meningkatkan daya saing negara kita di persada antarabangsa.18. Keenam ialah penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum, proses pembelajaran tidak hanya berlaku sewaktu murid berada di sekolah. Jika kita ingin memperluaskan sistem pembelajaran, bermakna kita perlu memperluaskan persekitaran dan peluang pembelajaran melangkaui sempadan sekolah. Justeru, satu aspek yang ingin diberikan penekanan dalam kajian semula pendidikan ini ialah peranan pihak berkepentingan di luar lingkungan sekolah untuk berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian murid.19. Ketujuh ialah meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja. Terbukti, murid yang berjaya melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi akan memperolehi peluang kerjaya yang lebih baik, dan dengan itu mengecap kehidupan yang lebih selesa. Untuk itu, sistem pendidikan kita perlu dipastikan dapat menyediakan peluang lepasan menengah yang lebih baik untuk murid-murid kita. Kita perlu melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran yang akan membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dalam sektor yang berdaya saing. Untuk tujuan ini, di samping menguasai literasi dan numerasi, murid-murid kita juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 seperti kualiti kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran aturan tinggi (higher order thinking) dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.20. Kelapan ialah memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber. Bagi tahun 2012, sebanyak 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran, iaitu peratusan yang terbesar berbanding kementerian-kementerian lain. Dengan jumlah peruntukan yang besar ini, pihak kementerian tekad untuk melaksanakan program yang berimpak tinggi bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Cabaran Kementerian adalah untuk mengurus sumber dengan cekap bagi mengelakkan ketirisan dan pembaziran serta memastikan sumber diagih secara optima agar pulangan yang maksimum terhasil daripada setiap ringgit yang dibelanjakan untuk pendidikan.21. Dan yang kesembilan ialah membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan. Pada masa ini, terdapat kira-kira 10,000 orang pegawai di peringkat kementerian, 6,000 di peringkat negeri, 4,000 di peringkat daerah dan 420,000 orang guru di sekolah. Inilah pasukan yang menggerakkan sistem penyampaian pendidikan di negara kita. Kejayaan sistem pendidikan kita bergantung pada sejauh mana sistem penyampaian di setiap peringkat berupaya untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan. Oleh itu, kajian semula pendidikan ini akan melihat bagaimana aspek kecekapan penyampaian pendidikan dapat ditingkatkan untuk memantapkan lagi kualiti pendidikan di negara kita. Dalam konteks ini, kualiti kepimpinan dan susunan urustadbir kementerian akan diberikan perhatian yang utama dalam usaha untuk meningkatkan kecekekapan dan keberkesanan fungsi pegawai di setiap peringkat.DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARASaudara dan saudari yang saya hormati sekalian,22. Dalam merangka hala tuju pendidikan negara, kerajaan berhasrat untuk mendengar pandangan pelbagai lapisan masyarakat mengenai pencapaian dan cabaran masa depan sistem pendidikan kita. Walaupun pihak Kementerian menetapkan sembilan bidang utama kajian semula pendidikan, atas semangat musyawarah dan keterbukaan dalam memberi dan menerima pandangan, pihak Kementerian mengalu-alukan sebarang bentuk pandangan dan saranan berkaitan dengan soal pendidikan. Berilah pandangan yang konstruktif, rasional dan bertanggungjawab dengan niat yang ikhlas untuk meningkatkan kualiti dan martabat pendidikan di negara kita.23. Untuk itu, kerajaan mempelawa semua lapisan masyarakat untuk menyampaikan pandangan dan suara hati kepada kerajaan melalui siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang bermula pada hari ini. Selepas perhimpunan ini, beberapa siri dialog akan diadakan di seluruh negara sehingga pertengahan bulan Julai nanti. Selain daripada siri dialog, pandangan juga boleh disampaikan melalui twitter, facebook dan laman sawang kajian semula pendidikan. Setelah kajian ini selesai, satu laporan awal akan disediakan dan rakyat sekali lagi dipelawa untuk memberikan pandangan sebelum dokumen Pelan Hala Tuju Pendidikan Negara dimuktamadkan.24. Siri dialog ini adalah satu inisiatif yang bersejarah kerana buat pertama kali kerajaan mempelawa pandangan masyarakat umum dalam skala yang besar untuk bersama-sama merangka pelan pembangunan pendidikan negara ketika kita sedang melangkah memasuki fasa baru transformasi. Oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini untuk kita bersama-sama mencorak masa depan pendidikan negara yang melambangkan aspirasi rakyat seluruhnya.25. Namun begitu, harus diingatkan bahawa siri dialog ini bukanlah medan untuk mengutarakan tuntutan-tuntutan melampau yang bercanggah dengan perkara-perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan, undang-undang dan Rukunegara. Tumpukan perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan peningkatan kualiti pendidikan yang akan memanfaatkan semua pihak. Saya juga ingin menegaskan bahawa kajian semula pendidikan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan dan ini termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolah jenis kebangsaan tamil, sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan. Jangan ada pihak yang merasakan hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja yang akan menerima manfaat daripada kajian semula pendidikan ini, manakala sekolah-sekolah yang lain pula terabai. Untuk memastikan mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan secara keseluruhannya, maka kualiti semua sekolah mesti kita tingkatkan.26. Selanjutnya, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kelestarian kemajuan dan kemakmuran negara kita terletak pada keupayaan kita semua untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum yang berkekalan. Oleh yang demikian, fungsi sistem pendidikan kita sebagai wadah pembina negara bangsa dan perpaduan nasional berlandaskan prinsip-prinsip Rukunegara mesti terus disemarakkan. Sehubungan itu, saya amat mengalu-alukan pandangan saudara dan saudari sekalian mengenai cara bagaimana untuk kita tingkatkan lagi peranan sistem pendidikan kita sebagai wadah perpaduan nasional.27. Akhir kata, saya mengajak saudara dan saudari sekalian untuk turut serta dalam satu proses bersejarah yang akan mengangkat martabat sistem pendidikan kita dan menentukan kedudukan negara kita di peta dunia pada masa hadapan. Sesungguhnya, kelestarian pendidikan yang berkualiti bukan setakat menyediakan rakyat untuk menempa taraf negara maju, tetapi lebih dari itu untuk kekal maju dan berdaya saing. Untuk itu, sertailah Dialog Nasional Pendidikan Negara dan berilah sokongan padu anda kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan pendidikan berkualiti yang lestari dan seterusnya mengangkat sistem pendidikan negara kita ke satu tahap yang disegani di peringkat antarabangsa. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya melancarkan Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012.Wabillahi al-taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

Harian MetroSelasa,03 Mac 2015

UTAMASETEMPATMUTAKHIRBISNESARENAGLOBALRAPFOTOVIDEOHatiEkstraBestariAgroIT@MetroSantaiNuansaDekotamanGen YSelebritiMajalah MBestariMembahayakan perkembangan pelajar00Google +000CetakOleh Ruhaiza RusminSukar untuk menafikan hakikat bahawa sebahagian besar ibu bapa masih menganggap keputusan peperiksaan adalah aspek terpenting dalam menentukan kejayaan masa depan pelajar.Meskipun, transformasi dunia pendidikan negara sudah dipelbagaikan dalam mekanisme tertentu termasuk menggabungkan nilai kemahiran sebagai antara prasyarat penilaian pembangunan pelajar, kejayaan akademik masih dijadikan penanda aras utama.Malah, ketaasuban pada keputusan peperiksaan biarpun pada aspek lain ada kelebihannya, namun masih dikhuatiri mampu meninggalkan impak sampingan, sekali gus melahirkan golongan pelajar seperti robot yang diprogramkan dengan kecemerlangan menerima arahan, tetapi gagal berfikir sendiri.

Justeru, sejauh manakah keberkesanan usaha untuk membantu pelajar, masyarakat dan ibu bapa agar menerima hakikat bahawa keputusan peperiksaan hanya sebahagian proses menjana kecemerlangan?

BIARKAN pelajar menikmati pembangunan diri dengan cara tersendiri dan tidak membebankan mereka dengan paksaan untuk cemerlang dalam peperiksaan. - Gambar hiasan.

Bagaimana mahu meyakinkan bahawa masih banyak lagi aspek lain boleh dijadikan penanda aras bagi mengukur erti kejayaan dan bukan sekadar bergantung harap pada akademik semata-mata?

Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merangkap Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata ketaasuban ibu bapa terhadap peperiksaan sebagai penentu utama masa depan pelajar sukar diubah melainkan mereka memahami bahawa aspek itu boleh membahayakan perkembangan diri.

Menurutnya, tidak salah meletakkan peperiksaan sebagai pengukur kejayaan, namun sikap itu boleh memberi tekanan hingga membantutkan perkembangan normal lain yang seharusnya dinikmati pelajar.

Adakalanya ibu bapa tidak sedar tindakan itu satu penyeksaan kepada anak (pelajar) kerana mereka dinafikan hak untuk menikmati perkara lain dalam hidup.

Memang tidak salah ibu bapa menzahirkan hasrat untuk melihat kecemerlangan, namun mesti tahu cara atau batasnya.

Jangan berterusan memberikan tekanan atau meletakkan sasaran untuk anak, kerana dikhuatiri timbul pula masalah lain, katanya.

Katanya, kebiasaannya pelajar turut meletakkan sasaran untuk meraih keputusan cemerlang, malah ada desakan lebih daripada ibu bapa.

Dalam aspek ini, ibu bapa adalah pihak yang lebih mendesak dan ternyata ia memang tidak baik untuk perkembangan emosi anak.

Ibu bapa diminta memberi peluang anak meniti kedewasaan dan kematangan. Kejayaan bukan hanya melalui peperiksaan atau akademik saja, tapi juga boleh digilap berdasarkan kelebihan diri dalam aspek lain, katanya.

Beliau turut mengakui ibu bapa di negara ini masih melihat akademik sebagai kewajaran utama berbanding kemahiran lain.

Itulah masalah atau dilema sektor pendidikan negara kita kerana ibu bapa masih kuat dibelenggu mentaliti sedemikian, sedangkan aspek kemahiran juga ada peranannya dalam sistem pendidikan negara.

Cuma kita kurang mengiktirafnya berbanding negara lain di dunia. Namun, Kementerian Pelajaran tetap berusaha mengubah persepsi itu seperti menaikkan taraf sekolah teknik dan vokasional kepada kolej supaya ibu bapa nampak ada nilai lain yang boleh membentuk kejayaan, katanya.

Ditanya sama ada mentaliti sedemikian boleh diubah, sedangkan masyarakat sudah tepu dengan pemikiran itu, beliau berkata perubahan boleh dibuat, tetapi mengambil masa lama.

Budaya peperiksaan akuinya, sudah sebati dalam sistem pendidikan negara dan sudah menggantikan budaya ilmu.

Bagaimanapun, usaha mengubahnya sudah dilakukan sedikit demi sedikit seperti perubahan yang dibuat pada sistem pentaksiran negara.

Sebagai contoh, di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sudah ada elemen sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang bukan saja menilai pelajar menerusi peperiksaan bertulis tapi kerja projek, kajian luar dan amali.

Pengenalan ini selari hasrat kementerian untuk membangunkan modal insan seimbang serta memperluaskan pendidikan lebih holistik, katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa sistem peperiksaan masih relevan bagi menilai keupayaan pencapaian pelajar terutama dari segi pemahaman terhadap proses pembelajaran dan pengajaran.

Peperiksaan masih relevan kerana di situlah kita boleh menilai sejauh mana hasil pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Cuma pengubahsuaian dan penambahbaikan dalam sistem atau format peperiksaan perlu dilakukan bagi melahirkan pelajar yang mampu menjana kecemerlangan dalam seluruh aspek global, katanya mengakui antara impak negatif yang ketara menerusi sistem peperiksaan ialah budaya menghafal untuk peperiksaan.

Pelajar memang giat belajar, tapi bukan untuk memahami, sebaliknya menghafal demi menjawab dalam peperiksaan selain melupakan perkara yang gigih dipelajari sebaik tamat peperiksaan.

Dengan kata lain, sistem pendidikan kita hanya menggalakkan budaya menghafal bukannya pemikiran menyebabkan pelajar lebih cenderung bergantung kepada jawapan contoh, hafalan dan soalan ramalan berbanding memahami konsep dan teori.

Ini yang kebanyakannya berlaku menyebabkan peperiksaan tidak boleh dijadikan penanda aras kepada keupayaan pelajar sebaliknya budaya ilmu perlu diterapkan, katanya.

Beliau menekankan bahawa konsep peperiksaan adalah untuk mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh mengenai prestasi mereka dalam mencapai sasaran pembelajaran, untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran dari semasa ke semasa, mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, memantau kemajuan serta merangsang pencapaian lebih tinggi, selain mengetahui pencapaian objektif pembelajaran.

Konsep peperiksaan boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu penilaian untuk pembelajaran, penilaian sebagai pembelajaran dan penilaian pembelajaran.

Sebab itu, banyak pembaharuan sudah dibuat supaya golongan sasaran celik mata dan minda bahawa sistem pendidikan kita sudah tidak lagi terlalu berfokus pada peperiksaan tapi budaya mendapatkan ilmu, katanya.- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013091605561020130916055610/Article/index_html#sthash.fkT7Z8Qm.dpuf

Isu 2 : Aplikasi Pendidikan Holistik

Aplikasi Pendidikan Holistik Dapat Menyumbang Kepada Pembangunan Negara.

Pendidikan ialah proses pembangunan insan sepanjang hayat.Pendidikan adalah salah satu bentuk perwujudan kebudayaan manusia yang dinamis dan sarat dengan perkembangan. Perubahan atau perkembangan pendidikan adalah perkara yang seharusnya dilakukan seiring dengan perubahan budaya kehidupan manusia yang sentiasa berubah-ubah. Perubahan pendidikan yang menuju kearah pendidikan yang jitu, padu dan sempurna pada semua peringkat perlu terus menerus dilakukan sebagai intipati kepentingan masa depan negara. Maka ia tidak boleh diserahkan kepada satu ajensi sahaja. Pendidikan tidak formal dalam masyarakat melalui berbagai saluran dan pendidikan formal disekolah semuanya mempunyai saham tertentu dalam pembangunan modal insan( Kamal Hassan, 1988).

Pendidikan yang mampu mendukung pembangunan di masa hadapan adalah pendidikan yang mampu mengembangkan potensi individu seseorang pelajar dan bukannya menilai individu berasaskan keputusan gred semata-mata, sehinggalah individu tersebutmampu menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah kehidupan yang bakal dihadapinya. Pendidikan harus menyentuh potensi rohani mahupun potensi kompetensi seseorang pelajar. Mengikut teori Dr. Howard Gardner, beliau menyatakan setiap individu mempunyai kecerdasan dan potensi yang berbeza-beza yang berkaitan dengan berbagai fungsi. Semua kecerdasan tersebut dipergunakan tetapi pada kadar-kadar yang berlainan dan mestilah berada dalam keadaan yang aktif untuk membolehkan proses penjanaan idea-idea baru. Maka teori kecerdasan Gardner ini telah merevolusikan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini serta boleh dijadikan panduan untuk perubahan ke arah perkembangan pendidikan negara.

Justeru, konsep pendidikan haruslah mengalami perubahan seiring dengan perubahan budaya kehidupan manusia.Apa yang berlaku pada masa kini adalah,masyarakat terlalu berkehendakkan pendidikan yang mampu mengikuti kehendak mereka dimana pendidikan tidak lagi dipandang sebagai suatu wadah yang mampu membina keutuhan masyarakat,kerana Semua ini berlaku akibat sentimen kebendaan yang semakin menular akibat daripada pengaruh sekularisma dan arus perubahan globalisasi ( Edupres Jurnal, 2011). Bertitik tolak dari inilah terasa semakin penting apabila seseorang pelajar yang akan membesar memasuki kehidupan bermasyarakat dan berkerjaya, kerana mereka harus mampu menerapkan apa yang dipelajari di sekolah untuk menghadapi masalah dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan sehari-hari mereka mahupun yang akan datang.

Pendidikan merupakan proses sistematik untuk meningkatkan martabat manusia secara holistik. Justeru itu, kerajaan haruslah mengambil satu langkah baru sebagai inisiatif untuk melakukan perubahan dalam bidang pendidikan. Ditambah pula dengan sejarah menunjukkan sistem pendidikan negara kita sudah lama tidak dirombak iaitu sejak 1979 lagi. Rombakan menyeluruh dasar pendidikan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini memberi seribu satu makna kepada sistem pendidikan negara pada masa akan datang. Pada asasnya, sistem pendidikan negara tidak boleh sesekali statik, sebaliknya perlu sentiasa dinamik mengikut keperluan pada masa kini dan hadapan. Untuk merealisasikan dasar pendidikan yang baru ini, satu langkah harus dibuat iaitu dengan menerapkan pendidikan secara holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia ada bagi mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran seharian dan masa hadapan mereka.

Kajian yang dilakukan oleh Tonia T. Lennox dalam tesis beliau yang bertajuk Education Towards Integration: An Alternative Programme,2009 menyatakan, sistem pendidikan yang lama haruslah mengalami perubahan dalam menghadapi cabaran globalisasi pada masa kini. Beliau berpendapat pendidikan secara holistik amat membantu dimana pendidikan ini menekankan aspek matlamat seseorang individu, pembelajaran melalui pengalaman serta, nilai sensitiviti perhubungan sesama manusia dan alam sekitar. Manakala berbeza dengan Kaedah pendidikan tradisional, digambarkan sebagai yang dikawal oleh kalendar dan jadual waktu, di mana peluang kepada pelajar adalah terhad serta menggalakkan kaedah pembelajaran hafalan buku teks atau lembaran kerja berjilid dan berpusatkan guru.

Ini amat bertepatan dengan pendapat berdasarkan daripada satu rencana yang penulis baca dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac 2012, bertajuk Kearah sistem pendidikan Holistik yang dikarang oleh Rohami Shafie, Pensyarah Kanan di Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Beliau menyatakanbahawa masih terdapat kelemahan dalam sistem pendidikan negara. Paling ketara sistem pendidikan negara terlalu menumpukan aspek kejayaan meritokrasi melalui penilaian berasaskan peperiksaan semata-mata dengan meminggirkan aspek akhlak mulia para pelajar. Beliau berpendapat perkara inilah yang perlu dikaji sedalam-dalamnya dan bukan sekadar melahirkan generasi muda yang dikatakan amat berjaya mengikut acuan sistem meritokrasi sedia ada. Beliau mengesyorkan agar sistem meritokrasi ini dikaji secara menyeluruh kerana tidak mustahil ia boleh membawa bahana kepada negara. Dengan menerapkan sistem pendidikan yang lebih holistik dan menyeluruh kelemahan sistem pendidikan negara yang ada sekarang dapat dikurangkan dan diatasi secara tidak langsung. Ini kerana pendidikan holistik merupakan suatu konsep yang memastikan setiap individu merasai dan menikmati kehidupan mereka serta menghargai dan menilai semula pembelajaran, potensi dalaman seperti kecerdikan, kreativiti dan nilai-nilai kerohanian.

Pendidikan holistik adalah satu bidang pendidikan yang sangat mendalam untuk dikaji. Terdapat ramai tokoh-tokoh pendidikan yang membahaskan dan mencetuskan pendapat dalam konsep pembelajaran secara holistik ini. Antaranya ialah Ron Miller (2005), beliau berpendapat pendidikan holistik merupakan suatu falsafah pendidikan yang terwujud daripada pemikiran bahawa pada dasarnya seorang individu dapat menemukan identiti, makna dan tujuan hidup melalui hubungannya dengan masyarakat, lingkungan alam, dan nilai-nilai spiritual. Jelas beliau juga pendidikan holistik ini berkeupayaan menanam kecintaan terhadap pembelajaran. Secara historis, pendidikan holistik sebenarnya bukan perkara yang baru.Pendidikan holistik berkembang sekitar tahun 1960-1970 akibat daripada keprihatinan terhadap krisis ekologi,pencemaran nuklear, kimia dan radiasi, serta kehancuran keluarga dimana hilang dan hancurnya nilai-nilai tradisional serta institusinya.

Tujuan pendidikan holistik adalah membantu mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan menggairahkan, demoktarik dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan melalui pengalaman dalam berinteraksi dengan persekitarannya. Melalui pendidikan holistik juga, pelajar diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri dalam erti kata lain dapat memperolehi kebebasan psikologi, mengambil keputusan yang baik, belajar melalui cara yang sesuai dengan dirinya, memperoleh kecekapan sosial, serta dapat mengembangkan karakter dan emosionalnya (Basil Bernstein, 2000).Pendidikan holistik sebenarnya membabitkan pelbagai aspek seperti proses pembelajaran, cara berfikir, kemahiran berkomunikasi, proses pengajaran lebih menarik seperti menerusi permainan dan pengendalian aktiviti luar, disiplin diri, keyakinan diri, tanggungjawab, pemikiran kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah.Hasil pembacaan dan pengamatan penulis, boleh dirumuskan bahawa terdapat elemen-elemen yang terkandung dalam pendidikan holistik di mana pendidikan ini menitikberatkan kepada potensi setiap individu dari aspek kepandaian, emosi, sosial, fizikal, kesenian, kreatif dan keupayaan rohani. Jelas menunjukkan bahawa, pendidikan holistik ini masih sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang mana pendidik perlu berusaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Hujahan ini dapat disokong lagi dengan laporan yang penulis baca daripada laporan berita pendidikan Berita Harian, bertajuk Pendidikan Holistik yang diberitakan oleh wartawan Noor Azlina Zainudin.Rangkuman maklumat berita tersebut beliau perolehi di Perbincangan Meja Bulat Mengenai Pendidikan Holistik anjuran Institusi Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja, WynKids di Kota Damansara. Panel-panel yang terlibat di dalam perbincangan ini rata-rata berpendapat bahawa sistem pendidikan negara sekarang adalah berasaskan peperiksaan dan perlu diperbaiki. Situasi yang berlaku mengakibatkan pelajar diarah mendengar penerangan guru dalam kelas, bukan bertanya apabila tidak faham. Keadaan ini menyebabkan pelajar berasakan bertanya soalan adalah satu kesalahan dan mereka cuma perlu mendengar, mengumpul seberapa banyak pengetahuan termasuk menunggu maklumat. Apabila berada di institusi pengajian tinggi, mereka terpaksa bekerja keras mencari maklumat sendiri, tanpa bantuan guru. Justeru, sebahagian besar pelajar tidak mampu berdikari dan akhirnya menemui kegagalan.

Justeru, menurut mereka, hanya pelaksanaan pendidikan holistik pada peringkat awal mampu melahirkan generasi muda serba boleh dan membantu perkembangan keseluruhan pelajar dalam pelbagai aspek dan bukan sekadar kecemerlangan akademik. Pelaksanaan pendidikan secara holistik perlu membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuk pelajar, guru, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan sebagai usaha memastikan generasi muda memperoleh manfaat sepenuhnya. Ini kerana pendidikan holistik atau menyeluruh bukan menekankan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi membabitkan perkembangan dan peningkatan potensi lain dalam diri setiap pelajar.

Selaras dengan dasar pendidikan yang baru diumumkan kerajaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional. satu langkah yang boleh dibuat ialah dengan menerapkan pendidikan secara holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia ada.Penulis amat bersetuju dengan langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. Ini kerana Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. PBS merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang dianggap berkemampuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Selaian daripada itu, Untuk mengubah sistem pendidikan sedia ada kepada pendidikan holistik, metodologi pengajaran sangat penting dan guru perlu dilatih melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran membabitkan penyertaan pelajar secara aktif, bukan sekadar pendengar dan menghafal apa yang diajar. Justeru, kurikulum yang dirancang juga harus diarahkan untuk mencapai tujuan pembentukan manusia secara holistik. Pendidikan holistik dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran dengan beberapa cara, diantaranya dengan menerapkanIntegrated Learningatau pembelajaran terintergrasi atau terpadu iaitu suatu pembelajaran yang menggabungkan berbagai elemen yang berkaitan holistik dalam satu bidang pembelajaran. Tujuan pembelajaran ini adalah agar pelajar memahami kaitan di antara satu elemen dengan elemen lainnya, iaitu antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dengan pengalaman hidup mereka.

Dalam pendidikan holistik, guru juga harus memainkan peranan utama mereka dengan mengubah sifat yang hanya memimpin dan mengawal, tetapi harus menunjukkan sikap sebagai kawan, mentor, fasilitator, atau seorang teman yang berpengalaman kepada pelajar mereka (Forbes, 1996). Kesinambungannya, guru juga harus mengajar mengikut metodologi pembelajaran yang berbeza dan berpusatkan murid. Kerana cara pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Dengan itu, metodologi pengajaran juga perlulah bersesuaian dengan keupayaan setiap individu bagi membantu mereka memperolehi pengalaman, kebijaksanaan dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran di masa hadapan. Tambahan pula, sektor pekerjaan juga memerlukan warga mahir yang bukan saja memiliki pengetahuan tetapi individu bersifat holistik yang mampu menyelesaikan permasalahan selain boleh berinteraksi dengan baik dan bekerjasama dalam satu kumpulan. Walaubagaimanapun, Sekolah ataupun institusi pendidikan juga hendaklah menjadi tempat pelajar dan guru bekerja secara kondusif agar mencapai tujuan yang saling menguntungkan. Di mana, dapat mewujudkan suasana komunikasi yang terbuka dan jujur, serta menghargai perbezaan individu yang wujud dan mengutamakan sifat kerjasama berbanding sifat untuk bersaing.

Pendidikan holistik juga menganjurkan beberapa strategi yang boleh dijadikan panduan untuk menangani persoalan bagaimana untuk mengajar seseorang dan bagaimana seseorang itu belajar. Idea holistik itu sendiri menyokong kepada pendidikan yang dilaksanakan secara transformasi bukannya melihat pendidikan sebagai satu proses penghantaran ilmudan penerimaan ilmu semata-mata. Pembelajaran transformasi melibatkan perubahan yang dapat dijana oleh pemikiran pelajar itu sendiri. Perubahan ini dipengaruhi oleh pandangan mata , tabiat minda, dan persepsi mereka terhadap dunia. Dengan erti kata mudah, pelajar dapat menjana ilmu, nilai-nilai murni dan pengalaman pembelajaran yang mereka terima dan mengaplikasikan dengan kehidupan harian mereka.Dengan itu dapat disenaraikan beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan dalam mengembangkan strategi pembelajaran holistik, antaranya ialah menggunakan pendekatan pembelajaran transformatif, prosedur kurikulum pembelajaran yang fleksibel, penyelesaian masalah melalui lintas disiplin ilmu, pembelajaran yang bermakna dan, pembelajaran yang melibatkan persekitaran individu itu berada.

Secara keseluruhannya, perubahan haruslah dilakukan untuk mencapai satu sistem pendidikan yang dapat melahirkan insan yang tabah menghadapi cabaran, bertamadun, serta mampu mendukung pembangunan di masa hadapan, berakhlak mulia, mempunyai sifat kerohanian yang tinggi dan nilai-nilai moral masyarakat. Justeru itu, untuk melestarikan sistem pendidikan yang sedia ada, tindakan harus diambil dengan mewujudkan pembelajaran yang mampu mengembangkan potensi indidivu berbanding akademik semata-mata. Pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh dan holistik yang diterapkan di dalam sistem pendidikan negara secara tidak langsung dapat membantu mengatasi kebejatan sosial masyarakat Malaysia. Selain itu, pendidikan holistik yang dilaksanakan secara bersepadu membantu negara melahirkan golongan yang bukan terpelajar, tetapi juga mempunyai pakej lengkap sekali gus penyumbang ke arah pembangunan negara.