27
TEMA HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1992 "GURU TERAS KEUNGGULAN NEGARA DAN BANGSA." Kita perlu memandang kehadapan untuk kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat. Sebuah negara yang unggul berhasil mengwujudkan satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Untuk mencapai pembentukkan ketamadunan memerlukan kesegaran budaya berfikirkearah mengwujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta pengukuhan akidah. Mentradisikan budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara. Pendidikan adalah wadah bagi pembentukkan manusia dan ilmu. la seharusnya mendokong hasrat pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. llmu bukan sekadar maklumat. Malah prasyarat llmu ialah kebenaran maklumat disampmg membawa makna kepada pemiliknya. Kecemerlangan akademik belum bererti bermakna kecemedangan kehidupan. Semata kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada Sifat-sifat kehaiwanan. llmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pin tar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah. lhsan yang diharap mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepenthgan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman. Untuk mengwujudkan dan menjamin kesepaduan llmu, amal dan iman maka adalah pedu dia dun secara berterusan satu teras yang kukoh dikalangan manusia. Dalam proses ini para pendidik mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk kearah jalan yang benar dan sebagai pemmdahcara proses pembelajaran. Sejauh mana teras ini mampu dikukuh dan disepadukan maka sejauh itulahjuga kesan nya keatas keunggulan negara. TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1993 "GURU DEDIKASI NEGARA TERPUJI" Kegemilangan negara bergantung kepada kualiti sumber manusia serta tahap pendidikan sebagai teras kepada pembangunan serta kemajuan negara yang landasannya dimulakan oleh guru-guru. Peranan para guru paling strategik dalam menentukan masa depan negara dan bangsa. Sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan itu dibentuk, ia tidak akan mencapai tujuannya jika guru-guru merupakan agen dan penggerak utama dalam proses pendidikan tidak memiliki sikap dedikasi dan komitmen terhadap profesion perguruan yang merupakan tugas dan sekaligus amanah yang wajib ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Perasaan tanggungjawab lahir dari hati yang luhur dan ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala kerana dedikasi dan komitmen ada hubungannya dengan iman.

BAHAN - TEMA HARI GURU BRUNEI 1992-1999 & PELBAGAI ARTIKEL TENTANG HARI GURU

  • Upload
    sszma

  • View
    1.624

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

TEMA HARI GURU

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1992"GURU TERAS KEUNGGULAN NEGARA DAN BANGSA."

Kita perlu memandang kehadapan untuk kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat. Sebuah negara yang unggul berhasil mengwujudkan satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Untuk mencapai pembentukkan ketamadunan memerlukan kesegaran budaya berfikirkearah mengwujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta pengukuhan akidah. Mentradisikan budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara.Pendidikan adalah wadah bagi pembentukkan manusia dan ilmu. la seharusnya mendokong hasrat pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. llmu bukan sekadar maklumat.  Malah prasyarat llmu ialah kebenaran maklumat disampmg membawa makna kepada pemiliknya.Kecemerlangan akademik belum bererti bermakna kecemedangan kehidupan. Semata kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada Sifat-sifat kehaiwanan. llmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pin tar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah. lhsan yang diharap mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepenthgan manusia sejagat.  Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.Untuk mengwujudkan dan menjamin kesepaduan llmu, amal dan iman maka adalah pedu dia dun secara berterusan satu teras yang kukoh dikalangan manusia. Dalam proses ini para pendidik mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk kearah jalan yang benar dan sebagai pemmdahcara proses pembelajaran.Sejauh mana teras ini mampu dikukuh dan disepadukan maka sejauh itulahjuga kesan nya keatas keunggulan negara.

TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1993"GURU DEDIKASI NEGARA TERPUJI"

Kegemilangan negara bergantung kepada kualiti sumber manusia serta tahap pendidikan sebagai teras kepada pembangunan serta kemajuan negara yang landasannya dimulakan oleh guru-guru. Peranan para guru paling strategik dalam menentukan masa depan negara dan bangsa.Sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan itu dibentuk, ia tidak akan mencapai tujuannya jika guru-guru merupakan agen dan penggerak utama dalam proses pendidikan tidak memiliki sikap dedikasi dan komitmen terhadap profesion perguruan yang merupakan tugas dan sekaligus amanah yang wajib ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Perasaan tanggungjawab lahir dari hati yang luhur dan ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala kerana dedikasi dan komitmen ada hubungannya dengan iman.Guru-guru jelas memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu, bertakwa dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi membawa negara ini ke hadapan pada tahap pencapaian yang setanding dengan bangsa-bangsa yang maju. Pendidik yang dedikasi bukan sahaja menjalankan tugasnya dengan berkesan malah sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapan

dalam pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesionnya di samping tidak mengabaikan tugas sosial terhadap masyarakat.Oleh itu, hanya guru-guru dedikasi yang mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya dapat memberikan sumbangan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang terpuji yang terkenal dengan tradisi intelek, cemerlang dalam bidang sosioekonomi dan budaya serta mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi.

TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1994"KETAQWAAN GURU ASAS KESEMPURNAAN PENDIDIKAN"

Guru merupakan kumpulan pendidik yang diamanatkan serangkai aktiviti mengajar, mengawas, membimbing, melatih, menilai dan lain-lain. Dengan niat dan hasrat untuk menuju kepada matlamat untuk membina warga muda sehingga menjadi insan dewasa yang mampu memenuhi aspirasi bangsa. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, matlamat yang mesti dicapai ialah penghasilan insan Melayu Islam Beraja, inilah aspirasi negara yang telah memasyhurkan Melayu Islam Beraja sebagai falsafahnya.Sesuai dengan kedudukannya sebagai komponen teras kepada MIB, Islam menjadi titik awal dan titik akhir. Keunggulan Islam itu terletak di dalam beberapa perkara, satu daripadanya ialah ihsan, iaitu melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh kesedaran bahawa Allah ada di hadapannya, sentiasa memerhatikan segala tindak-tanduknya walaupun tidak dapat dilihat dengan mata. Tidak sahaja perbuatan lahiriah, bahkan pemikiran yang masih herada di dalam lipatan hati pun Allah Maha Mengetahui. Kesedaran ihsan inilah yang melahirkan Taqwa, iaitu kesungguhan mentaati suruhan dan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta ketakutan pada azab Allah.Dengan itu guru yang bertaqwa pasti bertindak dengan sewajarnya tanpa perlu diawasi atau diselia. Dalam menjalankan tugas menyebarkan ilmu, setentunya dia mempunyai inisiatif dan sentiasa berusaha mencari kebenaran dan mengenal kebatilan lalu menunjukkan kepada anak muridnya mana hak dan mana yang batil. Kesedarannya terhadap perintah, galakan, amaran, dan larangan Allah, akan menjadikan dia seorang yang peka terhadap hasil pergolakan dunia yang begini pesat serta berwaspada terhadap peresapan anasir-anasir yang tidak dingini di sebalik kemodenan dan kemajuan dunia.Seterusnya dia akan mempunyai peribadi yang seimbang dalam pemikiran dan tindakan. Ketakutannya kepada azab Allah pasti menjadikan mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan progresif. Dia tidak sahaja menyebarkan ilmu bahkan menjadi model peribadi yang akan diteladani oleh para pelajar serta orang sekelilingnya, di samping itu kepimpinan mereka kejalan yang diredai tidak perlu dipertikaikan lagi walau dalam lapangan apa sekalipun.Inilah antara ciri guru yang sempurna, yang kita yakin dapat membentuk warga muda kita hingga dewasanya nanti menjadi warganegara yang dicita-citakan. Guru yang sedemikian sifatnya tidak akan terjelma dan kalangan guru yang tidak bertaqwa. Dengan itu jelaslah bahawa ketaqwaan guru asas kesempurnaan pendidikan.Tidak dapat dinafikan hahawa taqwa adalah satu konsep Islam, iaitu sebuah ugama tauhid, yang bertuhankan Allah semata-mata. Namun demikian, amalan bekerja yang berdasarkan sifat taqwa boleh dilakukan oleh sesiapa saja, sifat taqwa yang ada dalam diri guru-guru, akan menjamin mereka itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, kerana keinsafan berasaskan taqwa itu merupakan satu daya penggerak utama kepada kesempurnaan pendidikan.

TAPSIRAN TEMA HARI QURU 1995"KE ARAH PENGLAHIRAN GURU AHLUT-TAQWA"

Ahlut-Taqwa bermaksud orang yang kepercayaan, pemikiran, sikap, pegangan dan tindakannya sentiasa berpandukan perintah dan larangan Allah, dengan iltizam untuk mentaati perintah dan menghindari larangan itu, sekali gus mengikut sunnah rasul-

Nya. Orang yang bertaqwa tidak hanya mempunyai kesediaan untuk mempercayai sesuatu yang nyata, yang dapat dikesan oleh panca indera serta dapat dibuktikan secara emfirikal; bahkan ia semestinya mempunyai kesediaan untuk mempercayai kewujudan hal-hal yang tersembunyi, yakni yang ghaib dan tidak dapat dikesan oleh panca indera. Antaranya, yang sama sekali tidak dapat dinafikan ialah kuasa teragung atau maha kuasa, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dengan penjelasan di atas maka Guru Ahlut-Taqwa bermaksud pengamal profesyen keguruan yang mempunyai sekurang-kurangnya empat ciri sahsiah yang utama:     1. Ia mempunyai iltizam atau keazaman yang kental untuk meletakkan Allah di atas segala yang lain.    2. Ia mempunyai kegigihan untuk terus-menerus mempelajari segala perintah dan larangan Allah, serta mencari hikmah dan mengambil iktibar dan apa sahaja peristiwa alamiah, yakni yang berlaku di alammi, dan peristiwa insaniah, yakni yang melibatkan manusia, untuk dijadikan landasan pemikiran dan tindakan dalam kerjayanya.  3. Ia mempunyai kefahaman yang jitu tentang matlamat pendidikan dalam setiap

pengajaran dan sentiasa berusaha mencapainya hingga ke tahap maksimum.   4. Dalam melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat pendidikan, ia mempunyai

kebijaksanaan untuk memilih strategi yang terbaik.Penglahiran guru ahlut-taqwa bermaksud usaha menjadi setiap pengamal profesyen keguruan menghayati sifat-sifat ahlut-taqwa dengan menanamkan dan rnenyuburkan keempat-empat ciri yang dinyatakan di atas tadi. Usaha mi perlu melibatkan banyak pihak. Di satu pihak, wajib ada kumpulan yang sentiasa memperingatkan, menyeru dan meniupkan semangat sehingga para guru dapat memenuhi ciri pertama. Di pihak yang lain wajib ada kumpulan yang membimbing dan menunjukkan kepada para pendidik sehingga mereka dapat memenuhi ciri kedua. Satu pihak lagi, khususnya institusi-institusi pengajian, wajib mengikhtiarkan supaya ciri ketiga dan keempat di atas tadi dapat ditanam dan disuburkan di dalam din setiap guru, baik yang sedang di dalam latihan mahupun yang sudah terlatih.Pihak kerajaan sudah memberikan pelbagai kemudahan, baik fizikal mahupun personnel dan akan terus berbuat demikian bagi memenuhi keperluan negara Maka pihak guru sendiri wajib bersikap lapang dada dan bersedia untuk meningkatkan kefahaman masing-masing dengan sepenuh keikhlasan, tanpa mengharapkan imbalan keduniaan atau material, lalu menjadikannya pegangan selama mereka bergelar guru.Hanya dengan penglibatan semua pihak serta dengan izin Allah tema Hari Guru tahun ini dapat dijadikan suatu kenyataan, insya-Allah.

TEMA HARI GURU 1996KE ARAH PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA

Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial timbul selari dengan perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia. Bermula dari masalah disiplin di peringkat persekolahan seperti ponteng, merokok, penghiduan bahan-bahan inhalan dan penyalahgunaan dadah hinggalah kepada jenayah kolar putih di kalangan golongan yang berpendidikan, seperti skandal pecah amanah, rasuah dan penipuan. Fenomena negatif seumpama ini menjadi suatu kepincangan yang perlu dibendung dari peringkat awal lagi.Dengan demikian, akhlak mulia dalam kehidupan perlu diwujudkan dalam rangka membentuk Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang benar-benar unggul dan maju dalam segenap bidang terutamanya melalui pendidikan dengan mengutamakan kecemerlangan ilmu dan akhlak. Perilaku buruk dan perlakuan jenayah adalah sifat yang lahir dari akhlak tercela. Masalah ini dapat ditangani dengan adanya kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalam diri pelajar-pelajar. Dengan adanya kesepaduan ini maka tujuan hidup

akan dapat dicapai dengan sebaik-baiknya, sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Imran ayat 110 yang berrnaksud: "Kamu adalah umat yang terbaik untuk manusia, menuju kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah".Kegagalan dalarn membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini, seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Rumi ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleb tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merosakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".Dalam hubungan ini, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika mula membina masyarakat Islam selepas peristiwa hijrah, iaitu dengan membentuk Al-Akhlak Al-Karimah atau akhlak yang mulia. Seperti mana yang dijelaskan oleh Baginda:Ertinya:"Sesungguunya Aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia". (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim).Dan penjelasan Baginda dalam hadis yang lain:Ertinya:"Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik". (Riwayat Abu Daud dan Turmuzi).'Akhlak' berasal dan kata jama' Bahasa Arab 'Akhlaq' dan kata mufradnya ialah 'Khulqu' yang bererti perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak terbahagi kepada dua iaitu Akhlak Yang Mulia atau Akhlak Yang Terpuji (Al-Akhlak Mahmudah) dan Akhlak Yang Buruk atau Akhlak Yang Tercela (Al-Akhlak Mazmumah). Jadi, manusia dengan segala sifat azalinya, yang sering terlupa dan tidak lekang dan dosa, akan memiliki sama ada akhlak mulia atau akhlak tercela.Akhlak yang mulia, mengikut Imam Ghazali ada 4 perkara; iaitu bijaksana, memelihara din dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat adil. Jelasnya, ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup bermasyarakat dan bersilaturahim, berani mempertahankan maruah agama, sentiasa bersyukur dan berterima kasih, reda dengan kesengsaraan, bercakap benar dan sebagainya. Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan kejayaan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala. Seperti kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei: "Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu".Salah satu cara yang terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan "Qudwah Hasanah" atau contoh tauladan yang baik. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajar-pelajar. Antara aspek terpenting yang harus diambil perhatian ialah penampilan dan sikap guru itu sendiri terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya. Bagaimanapun, tanggungjawab dalam menjayakan misi "Ke arah Pembentukan Akhlak Mulia" bukanlah terhad kepada para guru sahaja malah melibatkan kerjasama daripada semua pihak terutama para ibu bapa. 

TAFSIRAN TEMA HARI GURU KALI KETUJUH 1997"GURUKU MASA DEPANKU"

Umpama kain putih yang memerlukan pemiharaan untuk menjamin keputihannya, begitulah juga fitrah kanak-kanak perlu dipelihara kemurniannya melalui proses pendidikan yang mantap. Setiap murid mempunyai daya penguasaan dan pembelajaran yang berbeza. Guru haruslah bijak dalam mengambil kira kecerdasan

anak-anak didikannya. Seseorang murid yang ditunjuk ajar dengan kaedah yang sesuai dengan kemampuannya akan cerdas belajar sejajar dengan peringkat penguasaannya.Begitulah juga dengan kebijaksanaan menyampaikan isi-isi pengajaran yang menjurus kepada penyuburan nilai-nilai mulia kemanusiaan bagi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Untuk ini adalah perlu kaum pendidik sentiasa berusaha meningkatkan kecerdasan mereka seluas-luasnya baik dalam bidang ilmu pengkhususan masing-masing mahupun lain-lain bidang yang berkaitan dengan proses mentarbiah anak-anak didikan.Pendidikan awal akan banyak mempengaruhi masa depan murid. Di peringkat inilah yang paling berkesan untuk membimbing kanak-kanak kerana mereka berada dalam keadaan lembut dan terang hati untuk menerima bimbingan.Sebagai seorang pembimbing seseorang pendidik sayugia berusaha menjadikan dirinya sebagai seorang insan contoh yang berilmu, berhemah tinggi, digalati dan mempunyai integriti kerana tingkah laku dan pembawaannya sentiasa terdedah kepada pengamatan murid-murid yang diajar.Peranan mendidik seharusnya disedari sebagai tanggungjawab bersama. Pendidikan awal bermula di peringkat keluarga, dan selepas waktu persekolahan pelajar-pelajar kembali kepada suasana keluarga. Dan itu adalah mustahak pihak ibu bapa/penjaga khususnya, institusi-institusi sosial, media massa, dan lain-lain agensi secara kumpulan sentiasa peka dengan keperluan menanamkan nilai-nilai pendidikan yang menyumbang kepada kesuburan kelangsungan pendidikan kanak-kanak   remaja.Dalam era globalisasi, negara ini turut menerima kesan-kesan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain. Pengukuhan kemantapan kewibawaan rakyat lebih tercabar disebabkan kesan-kesan negatif yang timbul hasil dan dapatan I kemajuan luaran yang menghakis kemurnian nilai-nilai kemanusiaan yang diredai. Persekitaran yang lebih islamik perlu diwujudkan kerana ianya memberikan pengaruh yang besar kepada kanak-kanak I remaja. Ini perlu untuk menjamin kesinambungan kesejahteraan masa depan kanak-kanak yang dicatat oleh guru-guru mereka. 

HURAIAN TEMA HARI GURU 1998MENDIDIK DENGAN IRINGAN DOA

Mendidik bermaksud menjaga, memelihara, melatih dan mengajar. Orang yang diamanahkan untuk tujuan tersebut di inStituSi-institusi pendidikan formal adalah guru-guru atau pendidik. Peranan pendidik ialah member atau menyampaikan ilmu; membentuk peribadi dan akhlak; menjadi contoh dan teladan; mengawas: melatih; menilai dan memperbaiki pelajar. Tugas menyampaikan ilmu ba9i para pendidik merupakan tugas dan tanggun9jawab yaflg san9at besar kerana menunaikan amanah Allah seperti maksud hadis ~asulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: 'Setiap oran9 dan kamu ada tan99£In9an di bawahnya, dan se flap yan9 ada tan99un9an bePtan99un9jawab terhadap oran~ di bawahnya". Guru sebaga pendidik adalah 'role model' terbaik dalam pembentukan mutu insan mengikut calak 8runei yang berlandaskan falsafah negara Melayu Islam Beraja. 3usteru, sebagai cermin dan pembangun masyarakat, setiap individu guru sewajarnya meningkatkan kecekapan din dengan sahsiah yang terpuji di samping memiliki kesepaduan ilmu dunia dan akhirat. mi adalah kerana semua gerak geri, tutur kata dan tingkah laku guru akan sentiasa menjadi ikutan para pelajar khasnya dan masyarakat sekeliling amnya. bi samping membimbing para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kehidupan akhirat, guru juga adalah tunjang pembina insan yang berakhlak mulia, mencinta ilmu, prihatin, berdaya saing, bertanggungjawab, berbudaya, berugama, beriman dan bertakwa sepanjang hayat.

 Walau apapun bentuk usaha yang dilakukan yang menentukan kejayaan itu sebenarnya adalah Allah 5ubhanahu Wataala. balam hubungan in peranan doa adalah sangat besar. boa adalah ibadah dan merupakan senjata orang mukmin. boa guru untuk pelajar-pelajor adalah sangat utama dalam usaha pembinaan inson. Pendidikan merupakan medan jihad dalam pembentukan manusia. ~erdoo kepada Allah hendaklah dengan sepenuh hat seperti maksud hadis:  "B~ia kamu mohon sesuatu kepada Allah Subhanahu ~ataa/a, maka mohon/ah den9an penuh keyakrnan bahawa doamu akan terkabul Allah tidak akan rflen9abu/kan doa oran~ yan9 ha tin ya /a/ai dan /en~ah". Terdopat bonyak kelebihan doa dan menurut ~asululloh 5allallahu Alaihi Wasallam:"Tidak ada yang' /ebih utarna (mu/ia) di sisi Allah daripada doa". "Sesiapa tidak (pernah) berdoa kepada Allah maka Allah murka kepadanya". "Sesung'g'uhnya Allah Alaha Pema/u dan ~aha Muran kati. Allah ma/u bila ada hamba-Nya yang' menadahkan tang'an (memohon kepada-Nya) Ia/u dibiarkan koson9

dan kecewa". Apabilo segala usoha yang menggunakon pelbago pendekatan pengojaran yang bersesualan telah dilakukan, maka guru-guru sewajornya bertawakal dan berdoa kepada Allah Subhanohu Wotoalo supaya pendidikan yang diberikan itu mendapat keberkatan don keredaan-Nya. 

TAFSIRAN TEMA HARI GURU TAHUN 1999"GURU CEMERLANG NEGARA GEMILANG"

 Kegemilangan negara bukan hanya disukat don neraca ekonomi seperti per kapita penduduknya atau Pengeluaran Negara Kasar, (GNP) yang tinggi, akan tetapi ciri-ciri yang lebih menonjol dan 'significant' perlu juga diambil kira. bi antara ciri-ciri negara gemilang ialah ianya mempunyai tamadun dan kebudayaon yang tinggi; ekonomi yang stabil; kemakmuran yang berkat; pusat ilmu yang cemerlang; rakyat yang berdisipi in, berilmu, bersatu padu dan tahan menghadapi cabaran; negaro yang oman sejahtera serta sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah. Untuk mencapa kegemilangan sesebuah negara memerlukan kepada kesungguhan dan ketekunan yang tinggi. Sebuah negara tidak akan dapat mencapai kegemilangan tanpa rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi bagi memangkin dan menggerakmajukannya. 5ejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan rakyatnya. ~agi mewujudkan kegemilangan tersebut, orang yang paling berperanan besar untuk mendidik rakyat menjadi cemerlang ialah guru. Seorang guru akan dapat membentuk peribadi insan yang sempurna sekiranya dia mengambil contoh tauladan dan metode dan cara penyampaian ilmu oleh Rasul"llah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Penyampaian ilmu pengetahuan melalui hikmat kebijaksanaan dan contoh tauladan melalui keperibadian telah menjadikan Nabi 5allallahu 'Alaihi Wasallam sebagai seorang Rasul, pemimpin negara, ketua keluarga

dan guru yang cemerlang dalam kehidupan. Oleh sebab itu, baginda telah dapat mewujudkan suasana yang stabil dan kukuh bukan sahaja dalam rumahtangga bahkan juga agama dan negara. Rahsia kecemerlangan tersebut banyak dipancarkan melalui kewibawaan peribodi dan akhlak baginda dalam segenap lapangan. Walaupun bukan mudah untuk mencapa kegemilangan kerana perjuangan baginda penuh dengan rintangan, tapi akhirnya baginda telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa baginda mampu memimpin umat Islam, yang kesannya tidak akan hilang hingga akhir zaman. Untuk menjadi guru yang cemerlang seseorang itu hendaklah berilmu tinggi, sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajarannya. Ciri-ciri kecemerlangan itu juga menuntut seseorang itu peka akan kemajuan sains, teknologi dan perkembangan dalam bidang pengkhususannya supaya dapat dimanfaatkannya dalam proses pengajarannya. Walau bagaimanapun kecemerlangan bukan hanya disukat dan segi keilmuan dan kemahiran seseorang tetapi meliputi aspek-aspek keperibadian yang mulia dan suci di sisi Allah Subhanahu Watoala seperti berakhlak mulia, jujur, ikhlas, amanah, bertimbang rosa dan dedikasi dalam perkhidmatannya kepada bangsa dan negara. balam pada itu sumbangan para pendidik yang terdahulu adalah 0505 yang penting dalam pencapaian kecemerlangan negara masa kini dan masa hadapan. 5emangat perjuangan dan pengorbanan mereka barang setentunya menjadi sumber inspirasi yang berterusan kepada para pendidik menuju ke arah kecemerlangan. Antara lain ganjaran yang diperolehi oleh seorang guru ialah sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, bermaksud "5esiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka ia mendapat pahala orang yang mengamalkan ilmu tersebut, pahalanya tidak kurang sedikitpun dan pahala orang tersebut." boom hadis yang lain riwoyat al-Imam at-Tirmizi, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengojarkan kebaikan kepada manusia." 

Guru Berkualiti Pemangkin KegemilanganTEMA HARI GURU 2004

Northcote Parkinson dalam tulisannya mengatakan bahawa kecemerlangan akan terhasil jika kita sanggup membuat sesuatu yang berlainan daripada biasa. Saya berpendirian seperti beliau tetapi saya mengistilahkannya sebagai MAD atau “Make A Different”. Jika dengan menurut jejak-jejak yang lalu tidak memungkinkan kita cemerlang, maka kita perlu menyimpang untuk mencari alternatif lain yang lebih praktikal. Itulah intipati MAD yang saya maksudkan. Namun, dalam keghairahan membuat kelainan semata-semata

untuk menyahut seruan, jangan pula kita semua mengenepikan norma komuniti, agama dan peraturan organisasi. Dengan lain perkataan, jangan sampai menimbulkan implikasi-implikasi yang memudaratkan imej dan kredibiliti kepemimpinan serta imej pendidikan.

Namun untuk berjaya, kita semua perlu berubah dan untuk memulakan perubahan itu pula, kita mestilah meneroka dalam diri dan organisasi kita untuk mencari kekuatan, kelemahan dan ancaman yang ada. Dengan kata lain, perlu ada unsur-unsur "SELF-RENEWAL" (pemugara kendiri). Janganlah hendaknya kita mengajar diri kita menilai sesuatu keputusan untuk berubah itu menerusi dimensi yang sempit tetapi semestinya perlu bersikap imiginatif dan praktikal. Jika kita berjaya melihat daripada perspektif yang lebih global dan positif maka aspirasi pihak pengurusan berupaya diterjemahkan dalam tindakan yang lebih bermakna. Tuan-tuan dan puan-puan perlu ingat bahawa tuntutan semasa memerlukan kita berubah.

Keengganan dan kelewatan kita membuat "self-renewal" menyebabkan fenomena "academic deficit", "leadership deficit", "mental deficit' dan "intellectual deficit" akan berterusan sambil melenyapkan impian menggemilangkan negeri Perak. Fenomena ini amat merugikan diri dan organisasi kerana bila tiba ketika untuk berubah, masanya sudah agak terlambat. Janganlah menjadi seperti apa yang digambarkan dalam peribahasa, "kita baru mencapai pengayuh, orang sudah sampai ke seberang sana". Jadi, berubahlah sekarang, jika perubahan itu memperlihatkan kemungkinan untuk berjaya. Terma-terma seperti "re-invent", "re-focus","re-engineering","re-bulding" dan "sharpen your saw" perlu dijadikan satu keutamaan dalam mengubah paradigma kita, supaya kita semua mempunyai satu landasan baru yang lebih terarah dan memberi peluang untuk gemilang.

Warga pendidikan yang dihormati,

Perubahan yang dilaungkan bukannya merupakan sesuatu yang menyimpangkan kita daripada norma-norma sosial, tapi adalah untuk mencari serta memiliki startegi dan taktik terbaik untuk berjaya tanpa mengorbankan maruah. Dengan kata lain, kita hanya perlu lari daripada norma-norma kebiasaan dalam organisasi yang terlalu menyelesakan kita. Kita merasa terlalu selesa sehingga kita tidak memperdulikan soal kualiti dan keupayaan sebenar kita.

Walaupun saya melaungkan supaya perubahan dilakukan, tetapi kita semua perlu berhati-hati supaya kita tidak memesongkan terus kepercayaan dan matlamat sosial. Perlu ada satu ketegasan dalam prinsip apabila kita memutuskan untuk melakukan perubahan. Saya ingin berkongsi satu prinsip dengan semua warga pendidikan, yang saya namakannya sebagai PRINSIP 6T iaitu:

Telus (perubahan yang boleh dilihat dan diketahui) Tulus (perubahan yang ikhlas) Teguh (idea perubahan dan perlaksanaan yang mantap) Tegah (perubahan ke arah pencegahan) Telah (keapayaan menjangkakan akibat) Tulah (akibat jika tidak berubah)

GURU BERKUALITI ASPIRASI NEGARABersyukur    kita    ke    hadrat     Allah Subhanahuwata'la kerana dengan hidayahNya dapat kita  berada di  sini  bagi meraikan sambutan Hari Guru peringkat  negeri Terengganu.    Kehadiran kita semua  pada  hari  ini  adalah penting  sebagai  tanda penghormatan  dan  penghargaan  kita terhadap kaum guru dan para pendidik di seluruh tanah air.

Pada  kesempatan  ini, saya ingin mengucapkan  Selamat  Hari Guru  kepada semua warga pendidik.   Kita sedia maklum, Hari Guru diadakan bagi memperingati  peranan yang dimainkan oleh guru  dan  pendidik  dalam membentuk  budaya,  tamadun  dan keilmuan bangsa kita.  Sama ada bangsa kita maju atau mundur banyak  bergantung  kepada masyarakat guru.    Walaupun  ibu bapa   juga   memainkan  peranan,  tetapi pengalaman   dan pengetahuan  mereka dalam membentuk peribadi dan sifat-sifat anak  adalah terhad.   Akhirnya gurulah yang akan menentukan karektor dan kebolehan anak yang bakal menjadi warga negara,bahkan bangsa keseluruhannya.

Tidak  akan  berjaya  sesiapa memindahkan  budaya  dan  ilmu kepada   orang  lain  jika  ianya  sendiri  tidak   memiliki keupayaan  yang  diperlukan. Mungkin  ada  guru-guru  yang dilahirkan  dengan sifat-sifat keguruan.   Tetapi  di  zaman ini  di  mana  permintaan  untuk mendapat pendidikan begitu besar,  kita  tidak boleh berharap semata-mata kepada  bakat keguruan yang semula jadi.     Kita perlu mengadakan latihan yang  tersusun untuk mewujudkan jumlah guru yang  mencukupi.Seperti  dengan keperluan mengadakan guru untuk murid,  kitajuga memerlukan guru untuk melatih guru.   Jika kaliber guru yang  melatih guru, iaitu pensyarah-pensyarah dan  profesor- profesor  dalam institusi-institusi perguruan  rendah,  maka bukan  sahaja budaya dan keilmuan  guru rendah,  murid-murid juga  rendah tetapi warga negara yang kita bentuk juga akan berkualiti  rendah.    Justeru itu, ternampak  jelas  kaitan yang  rapat  di antara kemajuan bangsa dengan maktab-maktab perguruan.    Jika kualiti maktab kita rendah  maka  kualiti bangsa kita juga akan menjadi rendah.

Guru   bukan  sahaja  bertanggungjawab   menyampaikan   ilmu pengetahuan kepada murid tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan  peribadi  murid iaitu  nilai-nilai  hidup  yang dipegang olehnya dan budaya yang diterima olehnya.

Murid-murid  yang diserahkan kepada guru berada  dalam  umur yang mudah  menerima  ajaran dan mudah  dibentuk  pemikiran mereka.     Telah

diperhatikan jika disemai  sesuatu  nilai atau keprcayaan kepada murid-murid ini, maka nilai ini tidak akan mudah dipisahkan daripada mereka atau ditukarkan dengan yang   lain  sepanjang  hayat  mereka.    Demikian   apabila seseorang murid di ajar menolak sesuatu, walaupun tidak  ada sebab yang  diberikan  kepadanya,  penolakan  olehnya  akan diteruskan  sehingga ia  membesar  dan  sehingga  meninggal dunia.     Sudah  tentu jika nilai-nilai yang mulia  disemai oleh guru semasa di sekolah, maka murid akan berpegang teguh kepada nilai-nilai ini juga sepanjang hayatnya.    Jika guru- guru  di seluruh negara menyemai nilai-nilai dan budaya yang sesuai  dengan masyarakat yang bermaruah, yang yakin  kepada diri  sendiri, yang suka mengejar kejayaan, maka sudah tentu bangsa  berkenaan  akan  mencapai kemajuan  dan  mendirikan tamaddun yang tinggi.

Bangsa  kita  telah  dijajah beratus  tahun  lamanya,  dalam tempoh  itu kita telah hilang eyakinan akan kebolehan  diri sendiri.  Kita benar-benar percaya bahawa kita adalah bangsa yang  lemah pemikiran dan kecekapan.   Guru-guru  kita  pada zaman  penjajah juga mpunyai pendapat yang  sama.   Ole hitu prestasi kita amatlah rendah di zaman penjajah.

Sekarang  kita  telah  bebas dan guru  serta  pendidik  kitamempunyai peluang keemasan untuk menukar budaya  lama  yangterbentuk di zaman penjajahan dengan budaya baru yang  boleh mengangkat  martabat bangsa setanding dengan  bangsa-bangsalain  yang maju di dunia. Tentulah merugikan bangsa  jika kita  tidak  mengambil peluang ini, tetapi  sebaliknya kita semai nilai hidup yang buruk dan membentuk budaya yang  akan melemahkan dan merugikan kita.Saya  percaya  guru-guru semua sedar akan  pengaruh  mereka,pengaruh yang boleh enentukan masa depan negara dan  bangsa kita.   Saya juga percaya "guru kepada guru" yang berada  di maktab-maktab  juga sedar akan pengaruh ini.   Sebagai warga yang  cintakan bangsa dan negara, saya percaya peluang untuk membentuk  peribadi yang mampu berjaya di kalangan   rakyat malaysia akan datang, tidak dilepaskan oleh guru atau "guru kepada guru".

Maju  mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada nilai-nilai hidup  dan budaya bangsa itu.  Kita tahu  ada  bangsa  yang berjaya  dan sebaliknya yang dahulu berjaya tetapi  sekarang prestasi  mereka  sudah merosot sehingga luput  hilang  sama sekali  dari  muka  bumi ini.   Semua  yang berlaku  kepada bangsa-bangsa di dunia ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan  pertukaran budaya dan nilai hidup yang bertukar  dan berubah.    Warna  kulit, tinggi rendah,  asal  etnik  tidak menentukan berjaya atau tidaknya sesuatu bangsa. Mengetahui   semua  ini   dan menyedari bahawa  nilai-nilai hidup   dan   budaya  boleh  disemai  dan  dibentuk   secara terancang,  maka  tidak ada sebab kenapa bangsa  kita  tidakboleh  dijaya  atau dimajukan dengan penyemaian  nilai-nilai hidup dan budaya yang sesuai untuk mencapai matlamat kita. Seperti  juga  dengan pihak-pihak lain,  guru-guru  tentulah mempunyai  pendapat dan pendirian tertentu terhadap  keadaan dalam  negara.  Mungkin pendirian ini berasas kepada sesuatu yang  menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan atau   terhadap  mana-mana  pihak.  Mungkin   perasaan   ini

disebabkan  oleh  salah  faham atau mungkin  kerana  asasnya memang benar.    Kita semua perlu memiliki  pendirian  yang terbuka,    sanggup   mengejar   dan   menerima   kebenaran, kesanggupan  ini penting tetapi sama ada benar  atau  tidak, tanggungjawab  masyarakat  guru kepada bangsa   dan  negara tidak  boleh   diketepikan.   Hanya kerana kita  tidak suka kepada  mana-mana  pihak  tidak  seharusnya  mendorong  kita supaya meggagal  dan menghancurkan masa  depan  bangsa  dan negara  kita dengan menyemai nilai-nilai buruk di  kalangan murid  kita yang akan menyebabkan bangsa kita berpecah-belah dan  lemah di kemudian hari. Sebenarnya yang menjadi mangsa budaya   yang  buruk  yang  dibangunkan oleh  kita  melalui pendidikan  di sekolah bukanlah orang yang kita salahkan di masa  ini,  tetapi  anak dan cucu kita sendiri.    Merekalah yang  akan menjadi mangsa budaya buruk yang diterapkan  oleh mereka semasa di sekolah.

Pada  Hari Guru ini masyarakat guru perlu memperingati  diri bahawa terdapat dua tanggungjawab guru yang  besar.    Yang selalu  dikaitkan dengan guru ialah menyampaikan  berbagai- bagai ilmu supaya rakyat negara ini menjadi orang terpelajar dan  dapat  bukan sahaja membiayai kehidupan  yang  sempurna tetapi juga menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Di  zaman  ini.  Ilmu  yang diperlukan tidak  begitu terhad seperti  dahulu dan penyampaiannya juga berbeza.   Peralatan yang digunakan untuk mengajar sekarang amat canggih sehingga guru  terpaksa mempelajari cara  penggunaannya  yang  tidak termasuk dalam kurikulum latihan perguruannya dahulu.   Yang lebih  aneh  ialah kerap kali murid lebih cekap  dan  lebih mengetahui cara menggunakan alat-alat baru ini.    Oleh itu, perlunya  diadakan  latihan  semula  guru-guru  tidak  dapat dielakkan.    Tetapi  guru  yang  sedar  akan  tanggungjawab mereka  tentu tidak akan teragak-agak mempelajari  cara-cara dan  teknik pendidikan yang terkini.   Suatu yang perlu kita ingat  ialah apa juga yang kita sanggup belajar  akan mudahdikuasai  jika  kita tekun dan mengulangi  berkali-kali  apa yang  dipelajari. Penggunaan internet  terutamanya  sukar dikuasai  dan  mudah dilupai jika kita tidak mengamalkannya tiap-tiap hari untuk dibiasakan.   Sebenarnya jika komputer dan  internet  digunakan tiap-tiap hari, ia  menjadi  begitu mudah   sehingga  kita  akan  hairan  kenapa   dahulu   kita berpendapat  ianya begitu susah untuk di  kuasai.   Demikian juga  kita  akan  hairan kenapa masih ada orang  yang  tidak cekap menggunakan komputer dan internet.

Kerajaan  sudah  mewujudkan beberapa  sekolah  bestari  yang memerlukan penggunaan komputer dan internet dengan  meluas. Amatlah  malang  jika kita membelanjakan  wang  yang  banyak untuk  menubuhkan  sekolah bestari  ini  tetapi  kita  tidak mendapat  manfaat  kerana kekurangan  guru bestari.    Saya berharap semua guru akan bersiap sedia untuk mengajar dalam sekolah  bestari kerana kerajaan berhasrat menjadikan  semua sekolah  di  negara ini sekolah bestari.   Insya-allah  kita akan  berjaya  dalam melaksanakan program  ini  dan  rakyatnegara  ini akan dilengkapi dengan kecekapan yang diperlukan untuk zaman-k atau zaman pengetahuan.

Marilah  kita  menggemblengkan seluruh tenaga dan  usaha  ke arah   melahirkan  ramai  pelajar  cemerlang  dan  mempunyai kualiti sebagai fokus kita.  Kerajaan telah meletakkan  asas yang  kukuh  untuk  membangunkan pendidikan  dan  guru  pula sebagai  orang  yang secara langsung memainkan  peranan  ini hendaklah  bersama-sama  menyuluh jalan  dan mencari  jalan terbaik bagaimana untuk melahirkan pelajar serba boleh dalam bidang  pendidikan  yang dapat memenuhi tuntutan  kerjayanya kelak. Saya  berpendapat,  memberi  fokus  kepada   aspek kecemerlangan dan kualiti di kalangan pelajar buat masa  ini lebih  penting berbanding perkara-perkara lain.   Kita tidak mahu   apabila  masalah  timbul  di  kemudian  hari   akibat perancangan  yang  tidak  betul dan  kesemuanya  tidak  akanmembawa apa-apa maknanya lagi.  Kita sepatutnya belajar dari kesilapan bukannya terus menerus melakukan kesilapan  kerana silap  sekali boleh membawa banyak kemusnahan apalagi  kalau kita   tidak  berhati-hati mengelakkan  ia  daripada  terus berulang.

Jika  fokusnya  telah jelas adalah mudah kepada  kita  untuk menyusun   keutamaan-keutamaan  dan  menggariskan  strategi- strategi berkesan dalam mengatur apa juga perancangan  untuk mencapai sasaran melahirkan pelajar berdaya saing.   Pelajar melayu khususnya tidak harus dipertikaikan daya saing mereka jika   dari   awal  lagi  mereka  telah  diberi   pendedahanpembelajaran secukupnya.

Kita  telah  dihadapkan dengan berbagai isu  pendidikan  dan kerajaan  juga dalam masa yang sama turut mendapat  berbagai reaksi serta kritikan. Ada yang menyokong langkah-langkah yang  kita ketengahkan dan tidak kurang juga yang memberikan pandangan berbeza.   Kerajaan menyambut baik setiap cadangan yang  dikemukakan kerana pendapat-pendapat awam  tetap akan diambil  kira  dalam setiap keputusan  penting yang  diambil demi kebaikan  semua  pihak dan ia mesti  ditangani  dengan penuh  teliti  dan berhati-hati.   Hasrat kerajaan  melaluipendidikan adalah semata-mata mahu menjadikan rakyat  negaraini menjadi satu bangsa yang kuat dan berdaulat. Kita mestibangkit menjadi bangsa yang kuat.   Segala keistimewaan yangkita nikmati dalam apa bidang  sekalipun termasuk pendidikansebenarnya  tidak  mendatangkan apa-apa  kesan  selagi  kitatidak mahu menukar sikap.   Jangan sampai hidup kita ditekan baru  sedar  mahu berubah  sebab  mungkin  pada  masa   itu segalanya  telah  terlewat.    Jadikanlah setiap  kesusahan,dugaan  serta  cabaran yang kita lalui  dalam hidup  sebagaisatu  pelajaran  berharga  yang dapat  membentuk  diri  kita menjadi  manusia yang lebih kuat dengan daya tahan dan  dayasaing  yang tinggi.     Dunia  pendidikan  terbuka  seluas-luasnya untuk semua.

Tidak  dapat dinafikan bahawa peranan guru dalam menyediakan warganegara  yang  mampu menangani zaman teknologi  maklumat atau  IT amatlah besar dan penting.  Tanpa kecekapan  dalam bidang  IT  dengan segala  alat dan  caranya,  bangsa  kitamungkin  ketinggalan zaman dan dikuasai  oleh  bangsa-bangsa yang  cekap menggunakan teknologi maklumat untuk  menguasai berbagai cabang disiplin ilmu.

Suasana  persekitaran yang berubah dengan  cepat  dalam  era maklumat tanpa sempadan, adalah antara realiti yang menuntut guru-guru     memainkan   peranan   mereka   dengan    lebih bertanggungjawab.   Hakikat ini  tidak  dapat  tidak  perlu diterima  oleh  semua  kita.     Keadaan  yang sama  sekali berbeza  dengan  zaman sebelumnya memerlukan  komitmen yang tinggi dari tuan-tuan dan puan-puan untuk melengkapkan  diri dan seterusnya nyampaikannya kepada anak bangsa.

Ambillah kesempatan dalam kita menyambut Hari Guru ini, sama-sama   kita menguatkan  azam  dan  tekad   untuk   memberiperkhidmatan  yang terbaik dan cemerlang kerana  ganjarannya adalah besar bukan sahaja di sisi masyarakat bahkan juga  di sisi  allah.  Tugas ini sememangnya berat, tetapi saya yakinjika kita semua bekerjasama termasuk anak-anak, ibu bapa dan seluruh   masyarakat,  hasrat  kita  akan  terhasil   dengan kejayaan  dalam pendidikan.   Hari ini  jelas  kepada  kitabahawa  usaha mencapai kejayaan menuntut mentaliti  baru  dikalangan  bangsa  kita.  Adalah  menjadi sandaran  kerajaankepada   semua   warga  pendidik  dalam  mewujudkan   sebuahmasyarakat  berjaya  dan  disegani masyarakat  antarabangsa.Saya ingin  memetik  kata seorang pujangga  -  "jika  suatubangsa  dapat menyediakan  bakal  insan  yang  berilmu  dan berkemahiran,   bangsa  itu akan  dapat  melahirkan   suatugenerasi yang penuh keunggulan".ntuk memastikan  kualiti  hidup  terus  meningkat, tentunya  kita memerlukan daya kepimpinan yang  berkualiti di  kalangan  guru-guru.   Kita perlu menghasilkan   warga pendidik  yang berwibawa. Ini bererti guru perlu mempunyai azam  dan  iltizam yang kuat untuk membangunkan pendidikan yang  berkualiti melalui usaha kecemerlangan akademik dan sahsiah  murid. Selain  daripada kecemerlangan  akademik, ukuran  gagal  jayanya  sesuatu sistem  pendidikan   juga bergantung kepada sejauh manakah kita berjaya menghasilkan generasi  yang mantap peribadi, bersikap positif  terhadapkehidupan,  mengamalkan pembelajaran sepanjang  hayat  dan tidak  jemu mengejar kecemerlangan dalam apa sahaja  yang dilakukan.  Inilah juga aspek yang perlu diberi perhatian oleh  guru-guru  dan para pemimpin pendidikan di peringkat rendah.

  Tema   "guru berkualiti aspirasi negara",  mempunyaipengertian  yang amat meluas. Guru yang berkualiti  ialahguru   yang  dapat  menunaikan tanggungjawab enyediakan sumber  manusia  terlatih  dan berpengetahuan, berperanan membentuk  identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan   membina   perpaduan  nasional  di  kalangan   warga. Pemahaman terhadap perkara  yang saya sebutkan ini  adalah penting  kerana guru perlu menyedari bahawa mereka  adalahpaksi  kepada  segala  usaha dan  harapan untuk  mencapaiwawasan negara, wawasan 2020.

13.   Untuk itu, kepimpinan di peringkat sekolah, termasukguru   bertanggungjawab  bagi  menentukan  wawasan  negaratercapai sepenuhnya.  Matlamat, visi dan misi  organisasidi  peringkat sekolah hendaklah selari dan sehaluan dengan wawasan besar negara.   Pemahaman terhadap visi organisasiini adalah penting kerana   ia adalah "guiding force" yangmenentukan  hala tuju sekolah.   Sebagai  guru,  apa  yanglebih penting

ialah kemampuan menterjemahkan tanggungjawabdan peranan dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualitiserta   bersemangat  tinggi  untuk memberi  khidmat  yangterbaik.  Guru mesti mempunyai satu  matlamat yang  jelasyang  hendak  dituju. Ini kerana pendidikan itu  merupakanalat untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika terdapat motifsampingan  di peringkat  sekolah  yang  berbeza  daripadawawasan  besar  negara,  maka akan pincanglah  pelaksanaandasar   dan   manah  serta  tanggungjawab    yang   telahdiberikan. Dalam situasi sedemikian, sumber tenaga manusiamenjadi   kurang   produktif.   Murid  yang   mengharapkanbimbingan   dan   panduan   guru   akan   menjadi   mangsapersekitaran pendidikan yang tidak bermutu.14.   Tanggungjawab serta tugas seorang guru  adalah  satuibadah.  Konsep ibadah  yang tersirat  dalam  tugas  guruinilah   yang   menjadikan seseorang  guru  itu   diakui,dihormati, disegani serta disanjungi oleh masyarakat. Guru mesti  mempunyai  tekad  dan komitmen  yang  tinggi untukmendidik  anak bangsa, memberi khidmat yang terbaik  sertasanggup mempertahankan  keagungan  profesionnya,   selainterus  berusaha untuk meninggikan mutu, taraf dan imejnya.Oleh yang demikian, imej profesion perguruan ini hendaklahdipelihara  supaya tidak dicemari dengan unsur-unsur  yangnegatif.  Yang boleh memburukkannya. Elakkanlah melakukanperkara-perkara  yang  bercanggah dengan  etika profesionperguruan.   Jagalah nama baik guru supaya guru senantiasadihormat.   Kita  tentu tidak mahu pelajar menjadi  mangsakepada salah laku guru. Haruslah diingat bahawa guru telahdiamanahkan oleh rakyat untuk mendidik anak-anak. Oleh itujanganlah amanah ini dikhianati dan diabaikan.

15.   Rekod cemerlang sistem pendidikan kita dan  semangatberkhidmat   yang  tulen  di  kalangan  para  guru   dalammelaksanakan   amanah  dan tanggungjawab  telah   berjayamenyediakan  sumber tenaga mahir dan berpengetahuan  untukmengisi  keperluan  negara.  Memang  kita  terhutang budikepada khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru.Kita  sendiri telah melihat hasilnya dengan jumlah  cerdikpandai  dan tenaga ikhtisas yang dihasilkan yang hari  inimerupakan   penggerak  utama  kepada  program  pembangunannegara.

16.   Dalam  tempoh  45  tahun kita  merdeka,  kita  telahmelihat  kemajuan dan pencapaian yang sungguh membanggakandi  bidang pendidikan. Akan tetapi kita tidak boleh  hanyaberpuas  hati  dan bermegah dengan kejayaan-kejayaan  ini.Kita  kini sedang berhadapan dengan cabaran-cabaran  baru,terutama   cabaran   kemajuan   teknologi   maklumat   dankomunikasi,  dunia  tanpa sempadan dan ekonomi  berasaskanpengetahuan.  Cabaran  baru, abad  21 ini,  membawa  kitakepada  alam  baru  yang  tidak terbatas  kepada sempadannegara  kita  sahaja.  Cabaran baru  ini  memerlukan kitamenyediakan masyarakat yang berdaya saing bagi menghadapipersaingan global yang lebih mencabar lagi. Oleh itu, kitaadalah  dituntut  untuk  melakukan   pengubahsuaian    danpenghijrahan minda untuk memastikan kita  terus  berupayamelonjak dan mara ke hadapan.

17.   Untuk  terus berdaya saing adalah menjadi  keperluankita membangunkan enaga manusia yang akan menjadi  worldclass  atau berkaliber  dunia. Tenaga  manusia  merupakansumber utama kekayaan sesuatu ekonomi. Cabaran ini menjadikian mendesak ketika ini kerana sistem ekonomi dan pasaranmenjadi  semakin berunsur lobal akibat arus globalisasi.Tenaga  kerja Malaysia harus mampu bersaing dengan tenagakerja  dari  lain-lain negara di dunia tanpa  batas  untukmenjamin keunggulan ekonomi negara. Ini  bermakna  rakyatMalaysia perlu dilengkapkan dengan ilmu dan kepakaran yangcanggih,  terkini dan secukupnya.  Rakyat  Malaysia  perludisemai   dengan  nilai  dahagakan ilmu,  supaya   merekasentiasa  didorong  memperbaiki diri  dan  mampu menerokabidang  kepakaran  baru  menurut  kehendak  pasaran   yangberubah.

18.   Misalnya,  pengalaman pahit   krisis  kewangan  yangmelanda negara pada tahun 1997 dan 1998, yang tidak pernahkita  alami  sebelum  ini membuktikan  betapa  kita  harusmenentukan  mereka yang dihasilkan oleh sistem  pendidikankita mempunyai kemampuan yang boleh mengatasi cabaran  danmampu  terus  menyumbang kepada pembangunan negara. Dalamkata lain, sistem pendidikan kita mesti berkemampuan untukmenghasilkan tenaga pekerja yang kreatif, inovatif,  yakindan mempunyai daya saing yang kental untuk mengurus negaradan menjana ekonomi.

19.  Dalam hubungan inilah relevannya tema Hari Guru iaitu"guru  berkualiti aspirasi negara" amat bersesuaian dengancabaran  yang dihadapi dunia pendidikan.  Oleh  itu   guruharus  mempunyai sikap untuk memperbaiki  diri dari  segiikhtisas,  akademik    serta  perlu  pula  berusaha untukmendapatkan  kelulusan  yang  lebih  tinggi.   Kita   jugaberharap supaya  guru-guru meningkatkan kepakaran  merekamenerusi kursus-kursus baru dalam bidang seperti teknologimaklumat  dan  komunikasi, kaunseling, kemahiran  hubungansesama individu dan pendidikan alam sekitar.  Peluang yangdisediakan   oleh  kerajaan   untuk  guru  menaik    tarafkelulusan masing-masing hendaklah direbut sebaik  mungkin.Program-program   Pendidikan Jarak  Jauh   (PJJ)  tidakmemerlukan   mereka   meninggalkan   bilik   darjah   demimenggenggam segulung ijazah. Gunakanlah sepenuhnya peluangini untuk menjadi endidik yang berilmu.

20.   Banyak pihak yang menyuarakan sokongan dan tentanganmereka mengenai cadangan untuk mewujudkan semula  sekolahaliran  inggeris.     Perlu  saya  jelaskan  bahawa   kitamenolak  sebarang langkah mewujudkan semula sistem sekolahaliran  Bahasa Inggeris bukan sahaja kerana tidak  secocokdengan  dasar pendidikan kebangsaan malah  akan   dilihatsebagai  langkah  ke belakang. Tetapi sesuatu  perlu  kitalakukan  untuk  meningkatkan kecekapan   mereka menguasaiBahasa Inggeris.  Apa yang kita putuskan ialah penggunaanBahasa  Inggeris dalam subjek sains dan matematik

bermulapada  peringkat tahun satu rendah serta pengenalan  subjekkesusasteraan  inggeris  kontemporari  untuk   mendedahkanmurid kepada bahasa  berkenaan.

21.   Kerajaan  akan  pastikan  bahawa  kedudukan   bahasamelayu   terus   dipelihara  selaras   dengan   peruntukanperlembagaan  demi membina bangsa bersatu  yang  mempunyaiidentitinya  sendiri.  Namun kita harus menerima  hakikatbahawa  di  dalam  era  globalisasi  penguasaan  sekurang-kurangnya  satu  bahasa asing yang  utama  sangat  bergunauntok meningkatkan  meupayaan  menimba  ilmu  pengetahuandalam  pelbagai bidang sains teknologi termasuk  ICT,  danmeningkatkan  peranan yang lebih luas dan  berkesan  dalamhubungan antara bangsa.  Kita tidak mempunyai banyak  masauntuk  mencapai status negara maju pada tahun 2020. Hanyamereka   yang   bergerak  dengan  kekuatan   ilmunya   danberkemampuan menguasainya dapat berdaya saing ketika itu.

22. Oleh kerana ilmu itu adalah kunci kemajuan ekonomi dan penguasaan Bahasa Inggeris adalah kunci yang membuka pintu kepada  lebih  luas ilmu, maka banyak manfaat  yang  boleh diperolehi  oleh  murid  dan  masyarakat sekiranya   kitamenguasai  bahasa tersebut. Misalnya, 80 peratus kandunganinternet  adalah dalam Bahasa Inggeris. Sama  juga  halnyadalam bidang   teknologi,  kejuruteraan  dan   ilmu-ilmusaintifik  moden,   dan sekiranya  kita  lemah  menguasaibahasa berkenaan maka sukar bagi murid-murid menerap  ilmutersebut.   Elok  juga pihak sekolah  mengadakan   programmembudayakan penggunaan  Bahasa  Inggeris   bagi   tujuanmemberi  kesedaran  di kalangan murid tentang  kepentinganmenguasai  bahasa  tersebut. Dan guru  sendiri  sepatutnyamengambil iltizam untuk berusaha meningkatkan  penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

23.Kita tidak mempunyai banyak masa lagi untuk mencapaistatus  negara maju pada tahun 2020.  Hanya  mereka  yangbergerak   dengan   kekuatan ilmunya   dan   berkemampuanmenguasainya  dapat  berdaya  saing  ketika   itu.   Dasarpendidikan  negara  sedia  akur  mengenai  hal   ini   danmenetapkan matlamat yang jelas untuk menguatkan sains  danteknologi dalam sistem pendidikan.     Di  sini eranansaudara-saudari sebagai guru sangat kritikal.  Kita  perlumenggalakkan  minat  kepada  mata  pelajaran sains    danteknologi   di   kalangan   penuntut,   dan   kita   perlumeningkatkan  prestasi mereka dalam bidang ini.   Kejayaandalam mendorong  perubahan ini banyak  bergantung  kepadakepintaran  saudara-saudari membangunkan minat  dikalanganmurid,  menyalurkan ilmu kepada mereka dan mendidik merekacara menimba ilmu tersebut dengan lebih berkesan.

24.   Tidak dapat dinafikan pendidikan di negara ini telahberjaya  melahirkan barisan pemimpin, pentadbir,  pendidikdan  golongan profesional dalam pelbagai bidang. Ramai  diantara  mereka  telah berjaya mencipta nama  di peringkatantarabangsa   dan   kejayaan   mereka   ini    diiktiraf.Masyarakat dan negara menaruh harapan yang tinggi terhadapwarga  pendidik untuk merealisasikan wawasan dan  aspirasi

negara.   Banyak    cabaran  yang perlu  diberi  perhatiandalam sektor pendidikan. Sama-samalah kita fikir berkenaancabaran-cabaran  yang sedang  melanda  kita.   Insyaallahdengan   usaha   gigih  semua  pihak   kita akan   dapatmenanganinya.

25.   Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya  inginmengucapkan tahniah kepada mereka yang dianugerahkan tokohguru 2002 ini. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sayadengan  sukacitanya merasmikan Majlis Sambutan  Hari  Guru

Warga pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri berkualiti bagi membawa tahap pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan seterusnya menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Ciri positif yang perlu dimiliki guru berkualiti untuk memenuhi aspirasi negara ialah cergas, beriman, berilmu, berkemahiran, berdisiplin dan berakhlak mulia, selain mempunyai daya fikiran kreatif, kritis serta inovatif.

Pendidik berkualiti juga dituntut mempunyai sahsiah baik, pengetahuan terkini, yakni mengamalkan pendidikan sepanjang hayat dan budaya kerja positif. Bagi melengkapkan diri dengan ciri berkenaan, guru perlu mempunyai jati diri yang mantap, lebih komited dalam profesion keguruan serta bersemangat untuk menghadapi cabaran pendidikan yang kian mencabar.

Tema ini tepat dan sesuai dengan peranan guru kini dalam menyempurnakan hasrat serta cita-cita negara untuk melahirkan pelajar yang bakal menjadi warga negara berkualiti. Ia mencakupi kepelbagaian disiplin ilmu, penampilan akhlak mulia, mahir menyesuaikan tingkah laku dalam pelbagai keadaan (skillful behaviour), bertoleransi, berkomunikasi secara berkesan dan jati diri terhadap negara, sejajar arus perdana Malaysia untuk mencapai matlamat negara maju siber. Sebelum seseorang pelajar atau warga negara dilahirkan sebegini rupa, langkah pertama bermula daripada kualiti guru itu sendiri.

Tema berkenaan tidak bermakna guru sebelum ini tidak berkualiti tetapi kita berpegang kepada konsep kualiti yang merangkumi penambahbaikan berterusan. Kualiti juga merujuk kepada satu piawai tinggi yang perlu dicapai selaras kesesuaian serta keperluan masyarakat dan negara.

Tema Hari Guru tahun ini menunjukkan kepada masyarakat betapa penting dan kritikal peranan guru dalam memenuhi hasrat serta harapan negara ke arah persediaan pendidikan dalam abad ke-21 ini serta membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia di Malaysia. Kita perlu ingat bahawa kemakmuran negara yang kita nikmati hari ini adalah sebahagian daripada kejayaan dicanai dan dibentuk oleh guru bermula dari bilik darjah sehinggalah di luar sekolah.

Lebih ramai guru akan berpeluang mempertingkat tahap kelayakan akademik dan profesionalisme melalui pelbagai program latihan, termasuk Program Pensiswazahan dan Program Pembangunan Staf bagi guru yang berminat

menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Tahun ini saja, sebanyak RM 98.7 juta akan dibelanjakan bagi program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang mensasarkan seramai 150,000 guru mengikuti kursus jangka pendek dan panjang. Jumlah peruntukan bagi LDP ini bertambah hampir 64 peratus berbanding tahun lalu (RM 60.1 juta)

Kementerian juga mempergiat lagi pelaksanaan kursus pendek di bawah kelolaan jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) bagi tujuan:

i) membiasakan guru dengan pelbagai perubahan yang berlaku, baik dari segi perubahan kurikulum, perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), mahupun pengurusan tingkah laku pelajar.

ii) meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran di bilik darjah, khususnya dalam pengajaran Sains dan Matematik serta Bahasa Inggeris

Untuk menjayakan program latihan, khidmat guru cemerlang, jurulatih utama yang dilatih di bawah program `Malaysian Trainer Development Programme' seperti Bahasa Inggeris, dan kakitangan sumber yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing diperlukan. Seramai 63,542 guru dari seluruh negara dijangka mendapat latihan melalui kaedah ini.

Usaha kementerian dalam konteks meningkatkan kualiti guru juga dapat dilihat apabila latihan guru dinaikkan taraf sijil kepada diploma dan meletakkan syarat lulus Bahasa Inggeris dan Matematik, selain kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia dengan lima kepujian untuk program LDP supaya guru lebih bersedia menghadapi era globalisasi.

S: Apakah masalah yang dikenal pasti masih melingkungi profesion keguruan negara?

J: Usaha penambahbaikan perkhidmatan pendidikan adalah usaha semua pihak yang dilakukan secara berterusan. Ia memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak dari dalam dan luar sistem pendidikan itu sendiri.

Dengan jumlah kakitangan yang besar, iaitu 300,000 daripada satu juta kakitangan kerajaan, sudah tentu ia memerlukan satu pendekatan bijak serta berhikmah dalam menangani apa juga isu dan masalah. Dengan bilangan ramai ini, kementerian sentiasa menambah dan mencari ruang dan peluang bagi meningkatkan kebajikan guru.

Sebarang perubahan membabitkan profesion ini sudah tentu turut membabitkan perubahan pelbagai aspek lain yang kemungkinan menimbulkan kesan kepada perkara lain. Namun, ini tidak bermakna kita berhenti dan tidak melaksanakan usaha menjadikan profesion ini lebih dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Dengan kepimpinan dan kewibawaan Menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen serta pengurusan kementerian, kita yakin sistem pendidikan negara akan lebih berkesan, mantap dan berfokus.

S: Kebelakangan ini, pelbagai isu melanda profesion keguruan tanah air, termasuk pengasingan pelajar yang kini sudah selesai. Adakah senario sedemikian menjejaskan imej dan kredibiliti keguruan?

J: Saya percaya semua pihak sudah menerima keputusan dan pendapat jawatankuasa bebas. Saya yakin dengan penjelasan yang diberi oleh jawatankuasa itu, imej dan kredibiliti keguruan tidak terjejas, malah bertambah kukuh. Semua pihak sekarang bertanggungjawab untuk menterjemahkan saranan jawatankuasa bebas yang dikemukakan dalam laporannya kepada bentuk tindakan dan pelaksanaan.

S: Apakah pendapat Datuk mengenai pandangan pihak tertentu bahawa golongan guru kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai pendidik dan secara langsung menyebabkan mereka semakin kurang dihormati masyarakat?

J: Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa golongan guru kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai pendidik. Saya katakan demikian kerana prestasi sekolah secara keseluruhannya tahun demi tahun semakin baik sama ada dari segi akademik mahupun bidang lain. Pencapaian kita dalam bidang seperti Sains dan Matematik dengan negara maju, tidak jauh ketinggalan.

Bidang perguruan sebenarnya sudah menjadi profesion diminati berdasarkan bilangan permohonan berbanding tempat ditawarkan. Guru semakin berminat untuk meningkatkan kelayakan, khususnya dalam bidang akademik sehinggalah ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Mereka menggunakan peluang mengikuti pelbagai program pensiswazahan dan latihan disediakan oleh kementerian.

Kementerian Pendidikan melalui BPG memang menyediakan latihan praperkhidmatan kepada bakal guru bagi memastikan mereka layak dan profesional dalam tugas. Ketika berkhidmat pula, kementerian melalui pelbagai saluran seperti JPN, PPD dan juga sekolah, menyediakan kursus dan latihan, sama ada berbentuk pedagogi mahupun pengurusan. Latihan dan pembangunan staf kepada guru adalah antara tumpuan diberi untuk mengekal dan meningkatkan motivasi serta komitmen guru terhadap tugas.

Pendidikan mempunyai `pemegang amanah’ yang ramai dan sudah pasti setiap ahli masyarakat memberi perhatian kepada apa saja isu ditimbulkan berkaitan pendidikan. Menyedari hakikat ini, kita mengalu-alukan maklum balas daripada `pemegang amanah’ bagi mempertingkatkan kebajikan guru dan kualiti pendidikan.

Dalam konteks ini, kementerian sudah, sedang dan akan terus memperhebat usaha meningkatkan kebajikan guru, sekali gus turut membabitkan pelajar. Sebagai contoh dalam reka bentuk sekolah baru, kementerian memastikan ruang kerja lebih luas dan selesa disediakan untuk guru. Kemudahan lain seperti komputer dan hawa dingin disediakan di tempat kerja atau bilik guru untuk meningkatkan komitmen guru bekerja. Di samping itu, sekolah sedia ada juga dinaikkan taraf supaya kemudahan, khususnya keselesaan tempat kerja, dapat ditingkatkan.

S: Bagaimanakah guru harus bersedia menghadapi cabaran globalisasi?

J: Arus globalisasi adalah gelombang besar dan hebat pada hari ini. Perkembangan ICT dalam arus globalisasi memberi tuntutan baru terhadap sistem pendidikan seperti k-ekonomi, iaitu satu sistem ekonomi berpaksikan ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, sudah tentulah kita tidak boleh tertinggal, malah wajar memanfaatkannya. Arus perubahan menuntut pendidik mempunyai `competitive edge’. Ini bermaksud semua pihak di pelbagai peringkat pemimpin, pengurus pendidikan dan guru di bilik darjah mesti mempunyai `critical competency’.

Seperti disarankan Perdana Menteri, guru harus menjadi fasilitator berkesan. Menjadi fasilitator bermaksud mereka perlu mempunyai ilmu, berketrampilan, bermaklumat dan mengamalkan nilai tinggi dan mulia. Mereka menjadi fasilitator ilmu pengetahuan dan penyebar nilai murni. Untuk ini, mereka perlu menguasai bahasa yang menjadi medium kepada ilmu berkenaan. Dalam konteks ini, guru harus menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa - bilingual. Selain bahasa Melayu, mereka harus menguasai bahasa antarabangsa lain seperti bahasa Inggeris.

Guru perlu menguasai kemahiran dalam bidang ICT serta menggunakan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Untuk membolehkan penguasaan ICT, guru harus menguasai bahasa perhubungan dalam penyaluran ilmu. Seorang guru yang `bilingual’ akan memudahkan proses P&P di bilik darjah, di samping diri sendiri dapat meraih ilmu dengan lebih mendalam melalui bahan bacaan yang lebih intensif serta ektensif.

Saya sudah nyatakan bahawa peranan guru dalam era globalisasi ini juga perlu bersifat global, sebagaimana tema Hari Guru tahun ini `Guru Berkualiti Aspirasi Negara’. Tema ini dipilih kerana melalui guru berkualiti saja kita dapat merealisasikan aspirasi negara, khususnya dalam era globalisasi ini. Guru berkualiti diperlukan untuk menghadapi era globalisasi dan ledakan maklumat ini.

Penguasaan ilmu akan menjadi teras penting dalam menghadapi cabaran globalisasi ini. Negara amat mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidik sentiasa digalakkan untuk menambah ilmu selaras perkembangan semasa. Anak didik di bilik darjah semakin matang serta cerdik dan untuk itu, guru perlu lebih ke depan dari segi penguasaan ilmu, baik secara teori mahupun amali.

Dalam hal ini, guru harus terus menjadikan budaya ilmu sebagai asas kecemerlangan.

Pada masa sama, nilai dan budaya ketrampilan pendidikan harus diambil pertimbangan. Selaku seorang profesional dalam bidangnya, kemahiran perlu diperbaharui dan dipertingkatkan. Guru harus peka dengan perkembangan semasa, terutama perubahan budaya dan keperluan pendidikan.

Dalam era ini juga, kita harus bersedia untuk melakukan `benchmarking' atau belajar daripada yang terbaik bagi mendapatkan amalan terbaik. Kita percaya ini akan menyebabkan kita sentiasa cemerlang dan ke depan daripada orang lain.

S: Akhir sekali, apakah pesanan khusus daripada Datuk kepada guru sempena Hari Guru 2002?

J: Guru harus merebut peluang yang ada bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri supaya menjadi guru berkesan dan dihormati. Latihan yang diterima sebelum menjadi guru seharusnya memenuhi piawai kualiti profesion keguruan dari segi akademik, pedagogi, ketrampilan, sikap dan sahsiah.

Ketika berkhidmat sebagai guru pula, sama ada di bandar ataupun pedalaman, usaha untuk menguasai ilmu tidak seharusnya terhenti. Kementerian sudah menyediakan ruang serta peluang di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian untuk memenuhi hasrat ini. Pelbagai kursus dalam perkhidmatan jangka pendek dan panjang disediakan. Semuanya merangkumi aspek peningkatan akademik, profesionalisme dan pembangunan staf.

Saya menyeru supaya guru merebut peluang untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik masing-masing kerana ini sekali gus akan memberi kekuatan dan kelebihan sama ada akademik, ketrampilan diri mahupun material. Dalam hal ini, kementerian menyediakan saluran khas seperti Program Pensiswazahan Khas Pendidikan Guru, program berkembar dengan institusi pengajian tinggi luar negara dan Program Pensiswazahan Sepenuh Masa (dengan separuh gaji). Kementerian juga sudah menetapkan sasaran guru di semua sekolah menengah siswazah menjelang 2005 dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah menjelang 2010. Sebagai guru, kita sudah berikrar dan berjanji untuk menjadi guru yang baik dan profesional. Janji, ikrar dan iltizam ini kita perbaharui setiap tahun, khususnya pada Hari Guru ini. Kita juga sudah berjanji, antara lain untuk sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab, sebagaimana yang tercatat dalam Aku Janji yang kita tandatangani.

Kita sama-sama bertanggungjawab untuk merealisasikan tema Hari Guru tahun ini. Semua pihak perlu bermuafakat, saling membantu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membina negara dan bangsa yang maju, bersatu

padu serta mempunyai jati diri mantap. Aspirasi negara dapat dicapai jika semua pihak -guru, ibu bapa dan masyarakat - sanggup berkorban dan memberikan komitmen masing-masing.

Kepercayaan dan sokongan padu perlu diberi kepada kementerian dan kerajaan untuk terus mempelbagai dan meningkatkan usaha bagi mencapai kemajuan serta kemakmuran negara. Saya percaya usaha ini akan dapat melahirkan guru berkualiti, sekali gus memenuhi aspirasi negara.

Usaha memperkasa sistem pendidikan kita bermula dari peringkat prasekolah, rendah sehingga menengah, perubahan sikap dan minda seluruh komuniti pendidikan. Sokongan dan keprihatinan masyarakat serta ibu bapa akan membantu usaha ini.

Saya percaya dengan sokongan dan komitmen semua pihak bagi menjayakan agenda pendidikan negara seperti dalam Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan 2020, kita akan dapat meraih hasilnya pada hari muka.

Teruskanlah budaya kerja kuat dan cemerlang semoga anak didik kita hari ini akan menjadi pemimpin masa depan dalam usaha meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa dan negara.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan al-Quran dan berdasarkan aspirasi Negara dalam bidang pendidikan, tugas seorang guru tidak semudah yang disangkakan, kewujudan warga guru yang berupaya melaksanakan tugas-tugasnya adalah satu kemestian dalam menjana ketamadunan ummah, kerana ketamadunan sesuatu bangsa itu diukur dari ketinggian ilmu dan keperibadian bangsa itu sendiri.

Allah berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 9 yang bermaksud:

“Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”.

Peredaran masa menuntut pengorbanan yang lebih besar dari para guru untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di luar sekolah, untuk memandu masyarakat kearah kebaikan dalam agenda amar makruf dan Nahi mungkar. Dan sebagai seorang guru yang memikul amanah besar dalam agenda pendidikan dan pembangunan insan, maka kualiti guru mesti ditingkatkan melalui latihan yang berterusan, kemahiran dalam bidang-bidang yang berkaitan perlu diterokai, kekuatan jati diri perlu dimantapkan untuk menjadikan guru sebagai qudwah dan role model yang disegani oleh anak-anak didik.

Dan kita tidak dapat menafikan segala bakti dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh guru-guru, apa yang kita kecapi dan nikmati hari ini adalah sebahagian dari hasil perjuangan dan pengorbanan guru-guru terdahulu, Negara kini diterajui oleh pemimpin-pemimpin berwibawa yang diasuh oleh guru-guru yang berkualiti, dan pengorbanan mereka wajar kita sanjungi dan

hargai. Allah S.W.T. mengangkat darjat orang-orang beriman dan berilmu seperti yangb ditegaskan dalam surah al-Mujadalah ayat 11 :

Ertinya :

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di-antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)”.

Seterusnya sama-samalah kita berdoa agar kita semua diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah Allah dalam agenda pendidikan, membangun insan kerana semua kita adalah murabbi sekurang-kurang sebagai pendidik kepada diri sendiri agar tidak alpa dan melupakan Allah S.W.T. Doa kita untuk para guru yang telah kembali kerahmatullah semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dan menempatkan mereka bersama para anbiya, syuhada dan solehin.