Upload
ledien
View
270
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
41
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
BAHAGIAN 4
PENCAPAIAN 2010
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
42
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
‘CONNECTING THE DOTS’
Ensuring policies and practices that preserve
an integrated and unified civil service;
Improved quality service through innovation
and responsiveness to users, and delivery of
services in an integrated, efficient way;
Development of a creative and innovative
work culture;
Collaboration across organisational
boundaries; and
Utilising the best and most modern
techniques, including the best of private
sector practices.
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
43
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
Prestasi Projek Rancangan
Malaysia Kesembilan
(RMKe-9)
Pemantauan dalam pembangunan dan
pelaksanaan projek yang telah menjadi
komitmen KKR adalah sebahagian daripada
agenda utama KKR sebelum projek-projek di
bawah RMKe-10 dapat diteruskan. Secara
umumnya, pelaksanaan projek-projek di
bawah RMKe-9 pada tahun 2010 adalah
menggalakkan seperti yang ditunjukkan di
Gambar Rajah 1.
Prestasi Projek Pakej
Rangsangan Ekonomi
Kedua (PRE)
Sektor industri pembinaan berkembang positif
dengan pelaksanaan projek-projek di bawah
PRE Kedua. Pelaksanaan projek-projek ini
adalah mengikut strategi yang telah
ditetapkan dan berjaya mencapai tahap
yang memberangsangkan seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar Rajah 2.
Kajian Highway Network
Development Plan (HNDP)
bagi Sabah dan Sarawak
Pelan Strategik Pembangunan Jalan Raya
(HNDP) Sabah dan Sarawak telah siap
disediakan pada November 2010 untuk
digunakan sebagai sumber rujukan utama
dalam perancangan pembangunan jalan
raya di Sabah dan Sarawak
Pembukaan Lebuh Raya
Lebuh raya yang telah dibuka pada tahun
2010 adalah seperti berikut:
Lebuh Raya Kemuning – Shah Alam
(LKSA), 18 Mei 2010
Lebuh Raya Lembah Kelang Selatan
(SKVE), Seksyen 1B, 29 Jun 2010
Lebuh Raya Kajang – Seremban
(LEKAS) Pakej 3, 9 Ogos 2010
PENCAPAIAN UTAMA KKR 2010
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
44
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
Pemberian Diskaun Tol
Lebuh Raya
Diskaun tol dan tol percuma diberikan
kepada pengguna lebuh raya semasa musim
perayaan utama iaitu pada Tahun Baru Cina,
Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Hari Krismas
dan Hari Kebangsaan dalam program
Corporate Social Responsibility (CSR)
bersama-sama syarikat konsesi lebuh raya.
Kos yang terlibat dalam program ini adalah
ditanggung oleh syarikat konsesi di lebuh
raya-lebuh raya yang terlibat. Jumlah
keseluruhan diskaun tol yang diberikan pada
tahun 2010 ialah bernilai RM5.77 juta.
Pengurangan Kadar
Kemalangan Disebabkan
Faktor Kejuruteraan
Sebanyak 37 kawasan blackspot di jalan
persekutuan dan 10 kawasan blackspot di
lebuh raya telah dikenal pasti dan dibaik
pulih untuk mengurangkan kadar
kemalangan.
Menaik Taraf Jalan-Jalan
Strategik
KKR telah memperuntukkan RM30.5 juta untuk
menaik taraf empat laluan strategik yang
memberi impak besar kepada pertumbuhan
ekonomi negara dan berkepadatan trafik
tinggi iaitu:
Pelabuhan Klang (Lebuh Raya Pulau
Indah, Jalan Pelabuhan Barat, Jalan
Perindustrian Pandamaran, Jalan
Pelabuhan Utara dan Jalan Meru.
Lebuhraya Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Jalan Kulim Hi-Tech
Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2)
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
45
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
Pemasangan Papan Iklan
Dalam Rizab Lebuh Raya/
Jalan Persekutuan
Melalui Seksyen 85A Akta Pengangkutan
Jalan 1987 (Akta 333), Kementerian telah
memperuntukkan kaedah pengenaan caj
untuk mendirikan struktur paparan iklan
dalam rizab Jalan Persekutuan serta fi
pemrposesan permohonan iaitu kaedah-
kaedah pengangkutan jalan (fi dan caj bagi
mendirikan struktur bagi paparan iklan di
Jalan Persekutuan) 2010 (P.U. (A) 405/2010).
Prosedur pengenaan fi pemprosesan dan
prosedur pengenaan caj mendirikan struktur
paparan iklan adalah mengikut Akta
Tatacara Kewangan 1957, Penubuhan dan
Arahan Akaun Amanah di bawah Seksyen 9,
iaitu Akaun Amanah Peningkatan
Perkhidmatan Jalan Raya. Akaun tersebut
ditubuhkan dengan tujuan untuk
mengakaunkan 50 peratus daripada kutipan
bayaran sewaan paparan iklan di Right Of
Way (ROW) Jalan Persekutuan untuk
menampung perbelanjaan aset kerajaan,
tindakan penguatkuasaan ke atas
pelaksanaan dan penyenggaraan ROW serta
pengindahan bagi tujuan peningkatan
perkhidmatan jalan raya.
Pelarasan Gaji Penyelia
Tapak
Penyelia tapak bagi projek-projek Kerajaan
telah menikmati kenaikan gaji baru sehingga
112 peratus apabila pelarasan gaji dibuat
pada September 2010 bagi mengatasi
masalah mendapatkan penyelia tapak
akibat gaji yang terlalu rendah sebelum ini.
Pengurangan Pemberian
Lanjutan Masa (EOT)
Sasaran Kementerian untuk mengurangkan
pemberian lanjutan masa (EOT) di bawah 50
peratus bagi projek-projek kerajaan yang
dilaksanakan oleh JKR telah berjaya dicapai
dengan hanya 44.89 peratus sahaja projek
yang diberi lanjutan masa pada tahun 2010.
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
46
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
Penggunaan Polymer
Modified Asphalt (PMA) dan
Concrete Pavement Dalam
Pembinaan Jalan
Penggunaan PMA dan Concrete Pavement
talah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Kerja
Raya, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor pada
21 Jun 2010 untuk mengurangkan kerosakan
jalan dan menjimatkan kos penyelenggaraan
sebanyak 20 peratus. KKR telah merancang
untuk mengunakan sekurang-kurangnya lima
peratus kaedah ini dalam turapan jalan baru
dan juga menggunakan kaedah ini dalam
penyelenggaraan jalan pada tahun 2011.
National e-Tendering
Initiatives (NeTI)
NeTI (National e-Tendering Initiative) adalah
sistem bagi mengautomasikan keseluruhan
proses perolehan tender kerja daripada
pengiklanan tender hingga ke peringkat
tutup dan penilaian tender secara online.
NeTI adalah salah satu aktiviti di dalam Teras
Strategik Pelan Induk Industri Pembinaan
(CIMP) 2006 – 2015. Pelan Induk ini telah
diluluskan oleh Kabinet pada 2006. Tujuan
NeTI adalah untuk membudayakan
penggunaan ICT dalam industri pembinaan
dan sebagai alat yang dapat memberikan
impak yang segera dan output maksima
pada hasil keluaran semasa industri
pembinaan.
Procurement Information
Management System (PIMS)
PIMS (Procurement Information Management
System) menyediakan kemudahan untuk
proses penyediaan, penyimpanan dan
capaian dokumen tender kerja secara
elektronik dan berpusat. PIMS merupakan
pelengkap kepada Sistem NeTI iaitu sebagai
sumber bagi pengurusan dokumen tender
kerja yang terlindung dan selamat.
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
47
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
Memorandum
Persefahaman (MoU) India
dan Malaysia
MoU pembangunan dan pengurusan lebuh
raya telah termetrai antara Malaysia dan
India pada 21 Disember 2010 yang
melibatkan peluang kontraktor Malaysia
dalam pembangunan dan pengurusan lebuh
raya sepanjang 1000km bernilai RM17.5 bilion
di India.
Program Bekerja Dari Rumah
Selaras dengan Program Transformasi
Kerajaan, Program Bekerja Dari Rumah yang
diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri telah
mula dilaksanakan oleh KKR pada 4 Januari
2010. KKR adalah perintis kepada program ini
yang melibatkan bidang kerja tertentu dan
penjawat awam yang terpilih seperti pelukis
pelan, juruteknik dan penolong juruukur
bahan.
Sehingga Disember 2010, prestasi kerja
peserta yang terlibat dalam program ini
adalah secara purata melebihi 163 peratus
daripada norma pencapaian waktu bekerja
di pejabat.
Prospek Rancangan
Malaysia Kesepuluh
(RMKe-10)
Agihan peruntukan bagi KKR pada tahun
2011 dan 2012 dalam Rolling Plan yang
pertama (RP1) dianggarkan berjumlah
RM5.72 bilion. KKR akan mengkaji dan
memantau Rolling Plan ini supaya projek-
projek yang kritikal dan tertangguh dapat
dilaksanakan. Jumlah projek dan anggaran
kos projek bagi RMKe-10 ditunjukkan dalam
Jadual 1.
“…. cara bekerja dan kualiti pembinaan
di Malaysia perlulah meningkat
setara dengan perkembangan
teknologi binaan yang pada hari ini
mengutamakan teknologi terkini,
kecekapan tenaga, bahan mesra
alam, mudah diselenggara serta user
friendly. Perkara ini sangat penting
bagi memastikan semua projek yang
dilaksanakan memberi nilai tambah
atau value for money’
YB Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
13 Januari 2011
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
48
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
Memorandum
Penyelesaian Isu Kebocoran Trafik Di Plaza
Tol Batu 11 E7: Lebuh Raya Cheras-Kajang
(GRAND SAGA)
Kelulusan Mengenakan Tol Di E8:
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
Persidangan & Pameran Lebuh Raya
Antarabangsa PLUS 2010 (PIECE 2010)
Perjanjian Konsesi Tambahan antara
Kerajaan dengan Syarikat konsesi Lebuh
Raya Sungai Besi Sdn. Bhd. (BESRAYA)
MoU Kerjasama Pengukuhan Institusi
Antara Kerajaan Malaysia Dengan
Kerajaan India
Kajian Semula Perjanjian Penswastaan
Penyenggaraan Jalan Persekutuan
Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan
Labuan
Semakan Kadar Caj Perkhidmatan
Penswastaan, Pengurusan &
Penyelenggaraan Bangunan Gunasama/
Persekutuan Zon Timur
Cadangan Pelebaran Lorong Keempat Di
Antara Seksyen Seremban – Nilai (U) &
Seksyen Shah Alam/Rawang – Jalan Duta
Cadangan Lawatan Kerja Y.B. Timbalan
Menteri Kerja Raya Bagi Mengetuai
Delegasi Kontraktor Tempatan Untuk
Meneroka & Mengenalpasti Peluang
Pelaburan Dalam Sektor Pembinaan Di
Republik Rakyat China, 4 – 8 Ogos 2010
Cadangan Pelaksanaan Projek Perintis
Lampu Jalan Menggunakan Teknologi
Light Emitting Diode (LED) Di Jalan
Persekutuan Iaitu Jalan Lingkaran Tengah
Ii Atau Middle Ring Road Ii (MRR2),
Lebuhraya Persekutuan & Jalan Ke
Lapangan Terbang Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah (SSAAS)
Lawatan Kerja Y.B. Menteri Kerja Raya Ke
Australia, 19-22 September 2010
MoU Antara LLM & Korea Expresway
Corporation Mengenai Kerjasama
MEMORANDUM &
NOTA JEMAAH MENTERI 2010
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
49
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
Pertukaran Maklumat & teknikal Bagi
Bidang Pengurusan & pembangunan
Lebuhraya
Laporan Tahunan & Penyata Kewangan
CIDB Malaysia Tahun 2009 (Telah Diaudit)
Laporan Tahunan & Penyata Kewangan
LLM Tahun 2009 (Telah Diaudit)
Penamatan Pengurangan Kadar Tol Bagi
Bas
Cadangan Pembinaan Persimpangan
Bertingkat Sungai Buaya Di E1: Lebuhraya
Utara Selatan
Cadangan Penyelesaian Isu Keluar/Masuk
Ke Kampung Medan & Kampung Dato’
Harun Melalui Lebuhraya Baru Pantai
Cadangan Baik Pulih & Naik Taraf
Bangunan Parlimen Malaysia
Nota
Laporan Program Bekerja Dari Rumah
Pertandingan Reka Bentuk Hospital
Kerajaan
Status Kemajuan Pelaksanaan Projek-
Projek Pembangunan RMKe-9 & Pakej
Rangsangan Ekonomi Yang Dilaksanakan
oleh Jabatan Kerja Malaysia (*Status
Bulanan)
Pembukaan E21: Lebuhraya Kajang-
Seremban (LEKAS)
Status Projek Sakit & Projek Yang
Menimbulkan Keresahan Rakyat
Sehingga 30 November 2009
Hasil Lawatan Kerja Y.B. Menteri Ke New
Delhi, India Dari 13 Hingga 14 Disember
2009
Status Kemajuan Penyiasatan Keruntuhan
Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal
Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu
Darul Iman (Laporan Akhir)
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
50
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
Laporan Kajian Baikpulih & Naiktaraf
Bangunan Parlimen Malaysia
Pembukaan E13: Lebuhraya Kemuning-
Shah Alam (LKSA)
Pembukaan E26: Lebuhraya Lembah
Klang Selatan (SKVE)
Cadangan Perlaksanaan Perintah
Pengangkutan Jalan (Larangan
Penggunaan Jalan) Di Lebuhraya Baru
Lembah Kelang (NKVE) & Lebuhraya
Persekutuan Laluan 2 (FHR2)
Pelaksanaan Kaedah Sistem Binaan
Berindustri Berasaskan Standardisasi
Komponen (IBS Standardization)
Kajian Semula Perjanjian Penswastaan
Penyenggaraan Jalan Persekutuan
Sabah, Sarawak & WP Labuan
Tajuk baru:
Penyenggaraan Jalan Persekutuan di
Malaysia
Cadangan Pembukaan Bahagian
Terakhir Pakej 3 Dari Persimpangan
Bertingkat Jelebu Ke Persimpangan
Lampu Isyarat Paroi, Lebuhraya Kajang –
Seremban (LEKAS)
Misi Galakan Pelaburan Dalam Sektor
Pembinaan Di Republik Rakyat China, 4-8
Ogos 2010
Laporan Pelaksanaan Pertandingan
Rekabentuk Hospital Kerajaan
Laporan Lawatan Kerja Y.B. Menteri Kerja
Raya Ke Australia, 26-29 September 2010
Pameran Pertandingan Rekabentuk Baru
Hospital Kerajaan
Laporan Keutamaan Pembaikan Cerun Di
Jalan-jalan Persekutuan Di Sabah &
Sarawak
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
51
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A
KKR MELANGKAH KE DEKAD BARU
Sifar Projek Sakit
Proses Perolehan
Baru
Penggunaan
Sepenuhnya LCC
dan VM
Integrasi Data
CIPAA
Akta LLM
Akta CIDB
Akta Lembaga -
LJM, LAM, LJBM
Projek RMKe-10 -
Impak Ke Atas
Rakyat
Jalan Raya –
Standard Baru
dan Kos Lebih
Rendah
Istana Negara
Mobilisasi Tenaga
Kerja Teknikal
yang Efektif
Teknologi Hijau
Menerajui Industri
Binaan Malaysia
Tenaga Kerja
Berkemahiran
Tinggi –
Pendapatan
Tinggi
Pendaftaran
Tenaga Kerja
Industri Binaan
Reabentuk & Kos
Yang Lebih
Ekonomikal –
Hospital dan
Sekolah
Pengurusan
Paparan Iklan
Pusat Latihan
Teknikal
Cabaran IBS
dalam Sektor
Swasta
Pengurangan
EOT dan
Kawalan VOP
Penyenggaraan
Jalan – Strategi
yang lebih efektif
Bangunan
Parlimen Baru
LPT II
Pembangunan
Tenaga Kerja
Pembinaan
Penalti Atas
Kontraktor/
Perunding/ SO
Bermasalah
R&D :
Penggunaan
Teknologi Baru
Kesediaan Untuk
Liberalisasi
ECER
Daya Saing
Kontraktor
p e la n s t r a t eg ik k e m e n t e r i a n k e r j a r a y a 2 0 1 1 - 2 0 2 0
52
p e l a n s t r a t e g i k 2 0 1 1 - 2 0 1 2 K E M E N T E R I A N K E R J A R A Y A M A L A Y S I A