18
Pengenalan Menurut kajian psikologi, setiap individu sentiasa menghantar maklumat tentang dirinya melalui riak air mukanya, pergerakan tubuh badannya dan cara dia menjarakkan dirinya daripada orang lain. Kita juga sering mendengar utusan tentang diri seperti perasaan, fikiran dan reaksi kita terhadap orang lain dan situasi-situasi tertentu dengan tidak perlu mengeluarkan kata-kata. Menurut Kvreceus, W. C. (1945) mengatakan bahawa sesorang individu mempunyai pelbagai tingkah laku yang hasilnya adalah daripada masalah psikologi. Faktor yang membawa kepada masalah ini ialah apabila wujudnya emosi yang tidak gembira. Oleh yang demikian, tingkah laku bukan lisan memainkan peranan penting dalam proses komunikasi. Lazimnya, makna yang diperoleh daripada bahasa bukan lisan ini adalah lebih tepat daripada apa yang diucapkan. Contohnya, seseorang individu itu mungkin boleh membuat helah dengan kata-katanya, tetapi dari riak air mukanya yang menyimpan rasa sedih atau tidak puas hati itu akan mula terukir dan tergambar apabila seseorang itu mula mengasingkan diri daripada kelompok rakan yang lain. Khusus kepada skop tugasan ini iaitu tingkah laku bukan lisan yang membawa masalah kepada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah membawa maksud tingkah laku yang tidak normal. Ianya boleh ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, tingkah laku bermasalah yang ditimbulkan oleh murid ialah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan

bahagian a (Autosaved).docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: bahagian a (Autosaved).docx

Pengenalan

Menurut kajian psikologi, setiap individu sentiasa menghantar maklumat tentang dirinya

melalui riak air mukanya, pergerakan tubuh badannya dan cara dia menjarakkan dirinya

daripada orang lain. Kita juga sering mendengar utusan tentang diri seperti perasaan, fikiran

dan reaksi kita terhadap orang lain dan situasi-situasi tertentu dengan tidak perlu mengeluarkan

kata-kata. Menurut Kvreceus, W. C. (1945) mengatakan bahawa sesorang individu mempunyai

pelbagai tingkah laku yang hasilnya adalah daripada masalah psikologi. Faktor yang membawa

kepada masalah ini ialah apabila wujudnya emosi yang tidak gembira. Oleh yang demikian,

tingkah laku bukan lisan memainkan peranan penting dalam proses komunikasi. Lazimnya,

makna yang diperoleh daripada bahasa bukan lisan ini adalah lebih tepat daripada apa yang

diucapkan. Contohnya, seseorang individu itu mungkin boleh membuat helah dengan kata-

katanya, tetapi dari riak air mukanya yang menyimpan rasa sedih atau tidak puas hati itu akan

mula terukir dan tergambar apabila seseorang itu mula mengasingkan diri daripada kelompok

rakan yang lain.

Khusus kepada skop tugasan ini iaitu tingkah laku bukan lisan yang membawa masalah

kepada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah membawa

maksud tingkah laku yang tidak normal. Ianya boleh ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma

sosial masyarakat termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal

yang lazimnya dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, tingkah laku

bermasalah yang ditimbulkan oleh murid ialah kerana kekurangan keupayaan individu dalam

proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam

persekitaran. Kesan daripada itu, ianya mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang

terlibat dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses

interaksi. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang

individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalan kehidupannya.

Page 2: bahagian a (Autosaved).docx

Tugasan A : Mengenal pasti 3 orang murid bertingkah laku bukan lisan yang memberi

kesan kepada proses pembelajaran

Saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Serian. Murid pemulihan saya kali ini

ialah seramai 11 orang. Selama 3 minggu menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Serian,

saya telah mengenal pasti beberapa tingkah laku bukan lisan yang dilakukan oleh murid-murid

pemulihan. Tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh sebilangan daripada mereka telah

menyebabkan mereka mengalami masalah dalam proses pembelajaran. Terdapat 3 orang

murid yang telah saya kenal pasti mengalami tingkah laku bermasalah iaitu Rehan, Effifa dan

Ain (bukan nama sebenar).

Rehan Effifa Ain

Tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh Rehan ialah tingkah laku disruptif iaitu

suka mengganggu rakan. Pada pemerhatian saya, murid ini sering mengganggu rakan

sepanjang proses pengejaran dan pembelaran tetapi bukan jenis yang membuat bising.

Berdasarkan video (rujuk video 3 dalam folder sebelum), kita boleh lihat Rehan jenis yang ingin

mendominasi sesuatu perkara atau aktiviti. Dalam video tersebut, Rehan antara yang terawal

memadankan kad suku kata menjadi perkataan manakala rakan yang lain pula agak lambat.

Setelah rakan yang selesai melekat, Rehan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan hasil

kerja rakannya lalu mencabut semula kad suku kata mereka dan melekatkannya semula. Kesan

daripada itu, timbul konflik antara mereka. (rujuk video 3 dalam folder sebelum, minit ke 06:40)

Rakan yang lain berasa kurang senang dengan tindakan Rehan tetapi Rehan menafikan

bahawa dia yang melakukannya apabila disoal oleh saya. Walaupun telah diberi arahan banyak

kali, tetapi dia masih menunjukkan tingkah laku yang sama.

Page 3: bahagian a (Autosaved).docx

Seterusnya kita juga dapat melihat bahawa Rehan merupakan seorang murid yang agak

agresif secara fizikal iaitu tergolong dalam tingkah laku distruktif (rujuk video 3 dalam folder

sebelum, minit ke 00:50). Dalam rakaman video tersebut kita boleh melihat Rehan menolak

muka rakannya dengan tangan semasa rakannya itu membuat kerja. Dalam kata lain, Rehan

jenis yang suka mencari gaduh dengan rakan yang lain dengan mengganggu rakan yang lain.

(rujuk video 4 dalam folder sebelum).

Selain itu, murid yang lain tahu mereka sedang dirakam tetapi respon Rehan pula ialah

“ada ku kisah?”. Mimik muka klien menunjukkan dia seorang yang tidak peduli dengan

rakannya hingga mengeluarkan uajaran sedemikian. (rujuk video 3 dalam folder sebelum, minit

ke 01:30). Selain itu, saya juga berjaya merakam Rehan menggulung sehelai kertas dan

menggulungkannya menjadi sebatang rokok (rujuk video 3 dalam folder sebelum, minit ke

1:40). Pada pendapat saya, murid ini berkemungkinan terpengaruh dengan persekitarannya di

rumah atau pun media massa.

Selain itu, saya juga sempat mengambil gambar Rehan ketika waktu rehat. Apa yang

saya lihat ialah murid ini jenis yang suka mengasingkan diri daripada rakan-rakan yang lain.

Rujuk rajah 1, Rehan sedang duduk makan keseorangan di depan makmal komputer.

Rajah 1

Pada pendapat saya, murid ini mengasingkan diri kerana murid yang lain tidak suka berkawan

dengannya. Perkara ini disebabkan sikapya yang tidak disenangi oleh murid yang lain. Akibat

daripada tingkah laku yang suka mengasingkan diri atau dalam erti lain diasingkan oleh rakan

yang lain, Rehan jenis yang tidak suka bekerjasama dengan murid yang lain semasa membuat

Page 4: bahagian a (Autosaved).docx

aktiviti kumpulan di dalam kelas. Hal ini menyebabkan proses pembelajarannya terganggu dan

agak ketinggalan berbanding rakan yang lain.

Seterusya beralih kepada murid yang bernama Effifa pula. Sepanjang 4 minggu

bersama murid pemulihan, saya mendapati Effifa jenis yang mudah berputus asa dan

mengeluh. Dalam gambar 2 menunjukkan Effifa sedang mendagu semasa interaksi pengajaran

dan pembelajaran berlangsung. Murid ini sering mendagu apabila dia ada melakukan kesilapan.

Gambar tersebut diambil semasa pengajaran menulis nombor 12 hingga 19. Effifa cenderung

untuk menulis nombor secara terbalik iaitu 12 menjadi 21, 13 menjadi 31 dan seterusnya. Pada

hari peristiwa tersebut berlaku, murid-murid diminta menulis nombor yang disebut guru dan

nombor yang ditulis oleh Effifa terbalik lalu dia menunjukkan tingkah laku sedemikian.

Rajah 2

Di samping itu, murid ini juga sering meniru hasil kerja rakannya. Hal ini berlaku kerana

dia kurang yakin dengan hasil jawapan yang dia buat. Berdasarkan rakaman video (rujuk video

6 dalam folder sebelum), ada menunjukkan tingkah laku tersebut berlaku. Kesannya kepada

proses pembelajaran ialah, murid menulis jawapan bukan atas hasil usaha diri sendiri. Bagi

guru yang terlepas pandang sudah tentu akan mengganggap hasil kerja tersebut merupakan

jawapan yang benar-benar dibuat oleh murid itu sendiri padahal bukan.

Selain daripada itu, murid ini juga mudah mengeluh apabila dia tidak berupaya mengeja

sesuatu perkataan yang disebut oleh guru. Saya mendapati murid ini kurang motivasi untuk

belajar kerana sering melakukan kesilapan lalu menyebabkan dia mengalami masalah

pembelajaran. Dari kontak mata murid tersebut semasa diminta mengeja perkataan, saya dapat

menilai bahawa dia seorang yang kurang keyakinan diri. Walaupun murid ini jenis yang mudah

berputus asa tetapi dia jenis yang mudah melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Page 5: bahagian a (Autosaved).docx

Murid yang bernama Ain pula seorang murid yang suka mendiamkan diri. Murid ini

jarang bertanya kepada guru apabila mengalami kesukaran menjalani sesuatu aktiviti

pengajaran dam pembelajaran. Contohnya semasa melengkapkan lembaran kerja yang

diberikan oleh guru, dia tetap berdiam diri dan tidak bertanya kepada guru apabila mengalami

masalah dalam latihan tersebut. Kesan daripada itu, dia telah melakukan banyak kesalahan

ejaan dan bermacam lagi. Pada hakikatnya, murid ini seorang yang berkebolehan. Saya

berkata sedemikian kerana apabila saya meminta dia untuk menilai dan meminta dia mengeja

semula perkataan yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut, dia dapat mengeja dengan

agak baik. Saya berpendapat murid ini melakukan kesilapan semasa melengkapkan lembaran

kerja adalah kerana kurang yakin dengan diri sendiri. Dia beranggapan bahawa perkataan yang

diejanya adalah salah padahal betul lalu dia menulis jawapan dengan sesuka hati.

Di samping itu, Ain juga sering memencilkan diri dan pemalu apabila sesuatu aktiviti

dijalankan (rujuk video 8 dalam folder sebelum). Berdasarkan rakaman video tersebut, murid

lain kelihatan seronok dan ketawa dengan kuat semasa permainan sedang berlangsung tetapi

Ain pula agak kurang sedikit. Walaupun murid ini tidak mengalami masalah pembelajaran yang

berat jika dibandingkan dengan murid yang lain, tetapi jika tingkah laku tersebut berlarutan akan

menyebabkan dia mengalami masalah apabila beralih kepada kemahiran yang sukar di mana

memerlukan dia untuk berinteraksi dengan rakan yang lain.

tingkah laku bukan

lisan Rehan

disruptif

distruktifpengasingan diri

Page 6: bahagian a (Autosaved).docx

tingkah laku bukan lisan Effifa

mendagu

tiada kontak mata

dengan guru

nada suara yang

perlahan

mengeluh

tingkah laku bukan

lisan Ain

pengunduran diri

air muka yang sentiasa kelihatan

gelisah

jarang bertanya

Page 7: bahagian a (Autosaved).docx

Tugasan A: Cara Menangani Tingkah Laku Bukan Lisan

Berdasarkan tingkah bukan lisan yang telah dibincangkan, terdapat beberapa cara yang

boleh digunakan oleh guru untuk menangani tingkah laku tersebut. Cara yang pertama ialah

mendisiplinkan murid seperti yang diperkenalkan oleh Lee Canter (1976). Dalam kes Rehan,

pengurusan disiplin adalah sangat penting memandangkan dia jenis yang suka menimbulkan

masalah atau konflik dengan murid yang lain. Model disiplin asertif yang dipelopori oleh Lee

Canter bertujuan melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model

ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri. Prinsip yang pertama ialah guru harus memberi

pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif

dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka

sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang

baik dan buruk.

Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah guru

asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk

murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru

dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah

laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan

musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal

kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap

dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil.

Cara yang kedua ialah memperkenalkan murid dengan konsep peneguhan. Petikan dari

buku Ibrahim Ahmad (2002), B.F Skinner (1953) menegaskan konsep peneguhan merupakan

salah satu keberkesanan yang boleh diperolehi semasa pengajaran dan pembelajaran dalam

aspek bilik darjah. Teori tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali

sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah

laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid

yang melakukan tingkah laku yang diingini. Contohnya, jika Rehan tidak membuat sebarang

gangguan pada rakan-rakannya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh

memberikan ganjaran berbentuk token dan juga boleh dalam bentuk lisan seperti kata-kata

pujian. Begitu juga dengan Effifa dan Ain, sekiranya mereka melibatkan diri secara aktif atau

menunjukkan sikap suka berusaha maka ganjaran sedemikian boleh diberikan. Manakala,

pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid

menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Page 8: bahagian a (Autosaved).docx

Cara yang ketiga ialah guru boleh menjalankan intervensi untuk membantu mengurangi

atau mengatasi secara terus tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga murid

tersebut. Menurut Mok Soon Sang (2010), intervensi boleh dibahagikan kepada intervensi

secara langsung dan intervensi secara tidak langsung. Intervensi secara langsung

menggunakan teknik kaunseling individu atau kumpulan, manakala intervensi secara tidak

langsung melibatkan kerjasama keluarga klien untuk menggalakkan mereka membantu klien

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sorotan daripada kes ketiga-tiga murid yang telah

dikenal pasti, intervensi secara langsung adalah yang paling sesuai kerana pada pemerhatian

saya tingkah laku mereka bukan pada tahap yang kritikal.

Intervensi merupakan suatu teknik kaunseling yang digunakan dalam sesi terapi.

Menurut Mok Soon Sang (2010), terdapat 5 jenis terapi dalam kaunseling kanak-kanak iaitu

terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik, dan terapi bibliografi. Pada pendapat

saya, terapi yang sesuai dijalankan untuk Rehan, Effifa dan Ain ialah terapi bermain, terapi

bercerita, terapi seni dan terapi muzik.

Dipetik dari buku Mok Soon Sang (2010), terapi bermain merupakan suatu pendekatan

yang berstruktur dan teoritikal kepada terapi berasaskan komunikasi normal dan proses

pembelajaran kanak-kanak (Carmichael, 2006). Kanak-kanak dibantu oleh ahli terapis dengan

mengguankan terapi bermain untuk kanak-kanak tersebut menggambarkan apa masalah yang

dihadapi oleh mereka dan bukan melalui bahasa verbal untuk menyatakan fikiran dan perasaan

mereka. Objek mainan (toys) dan main merupakan perkataan kanak-kanak dan bahasa

mereka. Melalui aktiviti bermain, terapis dapat membantu kanak-kanak belajar tingkah laku

positif apabila mengalami deficit kemahiran emosi-sosial. Perkara yang paling penting ialah

hubungan positif dijalinkan antara terapis dengan kanak-kanak semasa sesi terapi bermain

membawa pengalaman emosi positif yang perlu untuk pemulihan. Tambahan pula, terapi ini

boleh digunakan untuk memperkembang kognitif dan memberikan persepsi untuk

menyelesaikan konflik dalaman pemikiran negatif kanak-kanak.

Jenis main Huraian

Main sosial Terdapat 4 jenis permainan dalam main sosial:

- Main diri sendiri

Merupakan sesuatu aktiviti fizikal, atau psikologikal,

atau kedua-duanya yang dilaksanakn oleh seorang

kanak-kanak bersendirian tanpa peserta yang lain.

Mereka masing-masing menyertai diri dalam main yang

Page 9: bahagian a (Autosaved).docx

serupa hilang diri dalam dunia imaginasi, tanpa

sebarang kesedaran kanak-kanak yang lain di

kelilingnya.

- Main selari

Merupakan aktiviti main yang berlaku apabila dua atau

lebih dua orang kanak-kanak bermain sendirian secara

berasingan dalam aktiviti main yang sama, di tempat

yang sama dan pada masa yang sama. Main selari ini

kadangkala menarik minat kanak-kanak yang tertentu

untuk turut serta aktiviti kanak-kanak lain. Hal ini

seterusnya akan membawa peluang meningkatkan

interaksi dan komunikasi di antara mereka yang terlibat

dalam main selari.

- Main asosiatif

Merupakan sejenis pola main yang mana dua atau

sekumpulan kanak-kanak yang melibatkan dir mereka

dalam aktiviti main secara berasingan, tetapi berbeza

dengan main selari, main asosiatif melibatkan

kerjasama dan komunikasi di antara satu sama lain.

- Main koperatif

Merupakan tahap yang tertinggi dalam aktiviti main

sosial. Sekumpulan murid akan melibatkan diri mereka

dalam aktiviti permainan yang mempunyai matlamat

tertentu.

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1, pada pendapat saya aktiviti permainan yang sesuai dijalankan

terhadap Rehan ialah perlu bermula dengan aktiviti main selari barulah beralih kepada aktiviti

main yang lebih kompleks. Rehan merupakan seorang yang suka mendominasikan sesuatu

aktiviti maka eloklah jika dia didedahkan dengan aktivti main yang mudah dahulu bagi

memupuk interaksi dan komunikasi bersama dengan murid yang lain. Selain itu, Rehan juga

perlu dibiasakan untuk mematuhi peraturan semasa bermain. Caranya ialah, guru perlu

memastikan peraturan diterangkan terlebih dahulu sebelum sesuatu aktiviti dijalankan dan

amaran tegas diberikan setiap kali Rehan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.

Page 10: bahagian a (Autosaved).docx

Bagi Efffa dan Ain pula, kedua-dua murid tersebut tiada masalah jika diminta untuk

membuat aktivit dalam satu kumpulan yang besar kerana mereka berdua bukan jenis yang

tamak. Cumanya di sini ialah mereka berdua mempunyai beberapa persamaan dari aspek

tingkah laku iaitu kurang keyakinan diri. Oleh yang demikian, pada pendapat saya kedua-dua

murid ini boleh diteruskan dengan aktiviti main yang lebih besar seperti main koperatif.

Contohnya, mereka dan murid-murid yang lain bekerjasama membina sebuah bangunan

dikelilingi oleh dinding dengan pasir di pantai. Dua orang murid dalam kalangan mereka

mungkin ditugaskan membina bangunan, seorang kanak-kanak lain mungkin ditugaskan

mencari dan menyediakan bahan-bahan membina, manakala seorang kanak-kanak mungkin

ditugaskan untuk membina dinding mengelilingi bangunan.

Terapi yang kedua ialah terapi bercerita. Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang

digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen

penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai

murni. Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai

motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang

paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.

Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman. Cerita

merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan

untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Dengan

mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi

masalah harian.

Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka

secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang

berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui

oleh murid tersebut.Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita

yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid

mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan

atau masalah yang dihadapi secara tidak langsung.

Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor,

guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan

pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini supaya murid dapat membuat keputusan atau

menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh guru. Tujuan

Page 11: bahagian a (Autosaved).docx

bercerita yang lain juga ialah untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan unsur-unsur

teladan yang baik kepada murid. Oleh itu, seorang pencerita hendaklah bijak membuat

pemilihan jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang positif. Jalan

cerita yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang ringkas, mudah difahami, menarik,

menggunakan bahasa yang sesuai dan mempunyai nilai moral yang tinggi supaya murid dapat

menghayati pengajaran yang ingin disampaikan pada akhir sesi bercerita.

Selain itu, nilai-nilai murni boleh diserapkan secara langsung dan juga tidak langsung.

Penyerapan nilai murni secara langsung selalunya dilaksanakan oleh pencerita semasa akhir

sesi penceritaan. Manakala penyerapan secara tidak langsung dapat diselitkan semasa

penceritaan tersebut berlangsung. Terapi bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling

berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak (Amla Mohd Salleh et.

Al, 2003). Tugas seorang guru atau kaunseling bukan sahaja mendidik dan mengajar bagi

memenuhi bidang akademik sahaja. Namun aspek sosial seperti yang termaktub dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah dititikberatkan oleh guru supaya murid dapat menjadi

seorang modal insan yang seimbang, harmonis, berdikari,fleksibel dan cemerlang dalam

pelbagai bidang.

Terapi yang seterusnya ialah terapi seni. Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan

emosi yang boleh sama-sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan,

bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme

pemulihan. Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan

pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.

Dipetik dari buku Ee Ah Meng et. Al (2011), Menurut American Art Association, terapi

seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan

untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua

peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang

menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi

psikoterapiutik dan teknik proses kreatif.

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan

dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan

seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam

memartabatkan lagi dunia seni melalui reka bentuk “seni luar”. (JudithPeck, 2001 : Petikan dari

buku Ramlan Hamzah et. al, 2006)

Page 12: bahagian a (Autosaved).docx

Dipetik dari buku Mok Soon Sang (2010), menurut Margaret Naumburg (1890-1983)

adik kepada pelopor Florence Cane, dikenali sebagai ibu terapi seni pernah belajar terapi

psikoanilisis Freud dan Jung. Beliau menyimpulkan psikoterapi seni sama malah lebih berkesan

daripada penggunaan terapi verbal dalam kebolehan melepaskan represi. Proses terapi seni

adalah berasaskan percayaan bahawa fikiran dan perasaan individu yang utama adalah

diperolehi daripada peringkat tidaka sedar. Hipotesis beliau ialah kandungan tidak sedar

diperoleh merupakan imej ekspresif yang sempurna sekali daripada penggunaan perkataan.

maka, kandungan simbolik merupakan pusat pendekatan terapi seni Naumburg.

Dalam kes ketiga-tiga murid yang telah saya kenal pasti, terapi seni merupakan terapi

yang sesuai digunakan untuk mengkaji punca yang membawa kepada tingkah laku bukan lisan

di mana ianya memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dengan terapi seni, murid akan

dapat meluahkan perasaan dan emosi dalam bentuk lukisan, garisan, warna, corak dan

bermacam lagi. Seperti yang kita tahu, kebanyakan kanak-kanak agak sukar untuk berkongsi

masalah secara verbal dengan orang dewasa kerana sikap malu lebih-lebih lagi dengan orang

yang mereka baru kenal. Oleh yang demikian, dengan terapi seni, mereka dapat menzahirkan

emosi dan perasaan mereka dalam bentuk lukisan tanpa dikongkong dengan rasa malu.

Terapi yang keempat ialah terapi muzik. Terapi muzik merupakan suatu profesion

penjagaan kesihatan yang menggunakan muzik untuk menjaga keperluan individu dari aspek

fizikal, emosi kognitif, dan sosial (Mok Soon Sang, 2010).

Berdasarkan definisi American Music Theraphy Association, terapi muzik ialah intervensi

muzik klinikal untuk mencapai matlamat individu di bawah hubungan terapeutik yang

dilaksanakn oleh terapis yang telah dilatih dan berjaya dalam program terapi muzik yang diakui.

Selain itu, terapi muzik juga merupakan intervensi terapeutik berbentuk bukan verbal di mana

ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam komunikasi dan

didapi sukar mengekspresikan perasaan atau emosi secara verbal.

Dipetik dari buku Mok Soon Sang (2010), baru-baru ini terapi muzik dintegrasikan

dengan pendekatan terapi bercerita sebagai intervensi kanak-kanak autistik. Cerita sosial

diadaptasikan dalam terapi muzik menolong kanak-kanak autistik memahami situasi sosial atau

peristiwa, dan dengan ini membangkitkan semangatnya untuk berusaha belajar kemahiran

sosial secara formal.

Ahli terapis menyatakan terapi muzik kebanyakannya untuk kanak-kanak autistic, tetapi

dalam kajian kes saya, tidak salah jika dijalankan kepada Rehan, Effifa dan Ain. Dalam dunia

Page 13: bahagian a (Autosaved).docx

moden masa kini, kanak-kanak sangat suka akan muzik yang rancak seperti K-pop yang sangat

sangat popular dalam kalangan generasi Y. Oleh yang demikian, dalam langkah intervensi

saya, muzik boleh diselitkan bagi meningkatkan keberkesanan intervensi yang bakal saya

jalankan untuk membantu mengatasi masalah mereka.

Berdasarkan langkah-langkah yang telah dinyatakan, bukan semuanya boleh secara

total membantu mengatasi tingkah laku negatif. Ianya bergantung kepada ciri-ciri murid tersebut

kerana setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Di samping itu, guru juga

perlu memikirkan strategi yang fleksibel supaya dalam mana-mana proses kaunseling, guru

boleh menggunakan teknik yang pelbagai dalam usaha memastikan strategi terbsebut

mencapai kejayaan. Contohnya dalam terapi seni, guru mungkin juga boleh menyelitkan terapi

muzik dalam perlaksanaan terapi tersebut.