12
Bab 9: Harga 9.1 definisi harga 9.2 faktor- faktor penentuan harga -faktor dalaman -faktor luaran 9.3 strategi penentuan harga produk baru

Bab 9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bab 9 asas pemasaran: harga

Citation preview

Page 1: Bab 9

Bab 9: Harga

9.1 definisi harga9.2 faktor- faktor penentuan harga

-faktor dalaman-faktor luaran

9.3 strategi penentuan harga produk baru

Page 2: Bab 9

Harga merupakan sejumlah wang yang dikenakan

untuk sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang diberikan.

Harga adalah jumlah kesemua nilai yang pengguna tukarkan bagi mendapatkan faedah memiliki atau menggunakan produk atau perkhidmatan.

Harga merupakan satu- satunya elemen campuran pemasaran yang mengeluarkan hasil, sementara kesemua elemen lain merupakan kos.

Harga juga adalah salah satu elemn yang paling fleksible dalam campuran pemasaran, kerana ianya mudah diubah mengikut kesesuaian pasaran.

Definisi harga

Page 3: Bab 9

Faktor- faktor dalaman Faktor- faktor luaran

Objektif dan pemasaran -untuk terus hidup (survival) -memaksimumkan untung semasa -kepimpinan syer pasaran -Kepimpinan kualiti keluaran

Pasaran dan permintaan-penentuan harga dalam pasaran yang terbeza-tanggapan pengguna terhadap harga dan nilai-hubungan harga dengan permintaan

Strategi campuran dan pemasaran Persaingan

kos Faktor- faktor luaran lain

Pertimbangan organisasi

Faktor- faktor yang mempengaruhi penentuan

harga

Page 4: Bab 9

Faktor- faktor dalaman

Penerangan

1) Objektif dan pemasaran

Syarikat perlu menentukan strategi mereka terlebih dahulu sebelum mereka menentukan harga. Strategi yang ingin dilaksanakan perlu mengikut objektif yang telah ditetapkan.

i) Untuk terus hidup (survival)

Objektif firma adalah untuk meneruskan perniagaan. Perletakan harga yang rendah adalah untuk meningkatkan permintaan dan pada masa ini untung kurang diutamakan.

ii) Memaksimumkan untung semasa

Perletakan harga bagi tujuan memaksimumkan keuntungan semasa syarikat. Kebiasannya harga tinggi diletakkan.

iii) Kepimpinan syer pasaran

Objektif= mendapatkan syer pasaran yang besar. Jika syer pasaran besar ia akan mencapai kos yang paling minimum dan keuntungan yang paling maksima.

iv) Kepimpinan kualiti keluaran

Firma akan mengeluarkan keluaran yang paling bermutu dipasaran. Harga yang tinggi diletakkan bertujuan untuk menanggung kos R&D dan kos pengeluaran satu produk yang berkualiti.

Faktor- faktor dalaman

Page 5: Bab 9

Faktor- faktor dalaman

Penerangan

2) Kos Meletakkan harga meliputi kos pengeluaran, pengagihan, penjualan dan pada masa yang sama akan menghasilkan pulangan yang setimpal dengan usaha dan risiko yang ditanggung. Firma yang mempunyai kos yang terendah dapat menetapkan harga yang rendah dan akan menghasilkan jualan dan keuntungan yang lebih. Kos terbahagi kepada kos tetap dan kos berubah. Kos tetap- kos yang tidak akan berubah walaupun berapa banyak jumlah pengeluaran atau jualan yang dibuat. Cth; sewa dan gaji pekerja.Kos berubah- kos yang akan berbeza pada peringkat pengeluaran yang berbeza. Cth; kos bahan mentah yang diperlukan adalah berbeza mengikut peringkat pengeluaran.

3) Strategi campuran dan pemasaran

Harga merupakan salah satu elemen di dalam campuran pemasaran. Keputusan berkenaan harga perlu dikoordinasikan dengan keputusan merekabentuk produk, pengagihan dan promosi untuk menghasilkan program pemasaran yang berkesan. Keputusan dibuat keatas campuran pemasaran yang lain akan mempengaruhi keputusan penentuan harga. Misalnya sebuah syarikat yang ingin membentuk produk yang berkualiti perlu meletakkan harga yang tinggi untuk meliputi kos yang lebih tinggi.

Page 6: Bab 9

Faktor- faktor dalaman

Penerangan

4) Pertimbangan organisasi

Pihak pengurusan perlu menentukan siapa di dalam organisasi yang patut menetapkan harga. Dalam syarikat kecil harga selalunya ditetapkan oleh pengurus atasan dan bukan jabatan pemasaran dan jualan. Dalam syarikat yang besar penentuan harga biasanya dikendalikan oleh pengurusan bahagian atau pengurus lini produk. Dalam pasaran industri, jurujual mungkin dibenarkan berunding dengan pelanggan dalam jeda harga tertentu.

Namun demikian pengurusan atasan menetapkan harga objektif dan polisi penentuan harga dan ia seiring meluluskan harga- harga yang divadangkan oleh pengurusan tahap bawahan atau jurujual. Pihak lain yang turut terlibat didalam penentuan harga seperti pengurus jualan, pengurus produk, pengurus kewangan dan akauntan.

Page 7: Bab 9

Faktor- faktor luaran

Penerangan

1) Persaingan Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat. Apabila pengguna ingin membeli sesuatu produk, mereka akan mempertimbangkan produk tersebut dengan produk- produk pesaing. Selain itu, syarikat yang mempunyai strategi harga tinggi dan margin tinggi akan menggalakkan ramai pesaing memasuki pasaran. Syarikat perlu mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh pesaing.

2) Faktor- faktor luaran lain

Seperti keadaan ekonomi, kesan harga kepada ahli pemasaran dan juga kerajaan.Keadaan ekonomi yang meleset mempengaruhi keputusan penentuan harga kerana ia mempengaruhi kedua- dua kos pengeluaran produk dan tanggapan pengguna ke atas harga dan nilai sesuatu produk.

Faktor- faktor luaran

Page 8: Bab 9

3) pasaran dan permintaan Sebelum penetapan harga dibuat berasaskan pasaran dan

permintaan, ahli- ahli pasaran mesti terlebih dahulu memahami hubungan di antara dua faktor tersebut.

i) Penentuan harga dalam pasaran yang terbeza

Penerangan

-persaingan tulen Terdiri daripada ramai pembeli dan penjual yang berdagang dalam barangan komoditi yang serupa seperti beras, timah dan getah. Tidak ada seorang pembeli atau penjual boleh mempengaruhi harga. Penjual tidak boleh menaikkan harga kerana pembeli akan membeli dari penjual lain pada harga yang rendah.

-persaingan monopolistik

Pasaran yang mengandungi ramai pembeli dan penjual yang berdagang di bawah harga yang berbeza. Harga yang berbeza ini berlaku kerana penjual dapat membezakan tawaran mereka kepada pembeli.

Page 9: Bab 9

i) Penentuan harga dalam pasaran yang terbeza

Penerangan

Persaingan oligopolistic

Segelintir penjual yang sangat peka kepada strategi penentuan harga dan starategi pemasaran antara mereka. Produk yang ditawarkan adalah produk yang seragam seperti besi dan timah atau produk yang tidak seragan seperti kereta dan komputer. Bilangan penjual sedikit kerana penjual baru sukar untuk memasuki pasaran.

Monopoli tulen Hanya mengandungi seorang penjual. Penjual biasanya terdiri daripada kerajaan (bekalan air) atau syarikat yang dikawal oleh kerajaan (elektrik dan telefon).Monopili kerajaan mungkin menetapkan pelbagai objektif penentuan harga. Ia akan menetapkan harga di bawah kos kerana produk sangat penting kepada pengguna dan pengguna mungkin tidak berkemampuan untuk membayar kos penuh .

Page 10: Bab 9

ii)Tanggapan pengguna terhadap harga dan nilai

Penentuan harga yang berkesan dan berorentasikan pembeli melibatkan pemahaman tentang berapa banyak nilai yang pengguna letakkan ke atas faedah yang mereka akan terima dari produk dan kemudian menetapkan harga yang bersesuaian dengan nilai itu. Faedah itu termasuk faedah sebenar dan faedah tertanggap. Strategi penentuan harga yang baik mengenalpasti keperluan pengguna dan tanggapan mereka terhadap harga. Harga mesti dipertimbangkan selari dengan elemen- elemen campuran pemasaran yang lain sebelum program pemasaran dapat ditetapkan.

iii) Hubungan harga dengan permintaan

Harga sangat berhubung rapat dengan permintaan di pasaran

Page 11: Bab 9

Penentuan harga berasaskan kos Penentuan harga berasaskan pembeli Penentuan harga berasaskan pembeli Penentuan harga berdasarkan persaingan Penentuan harga kadar kini- kini Penentuan harga bida- bida tertinggi

Kaedah penentuan harga

Page 12: Bab 9

Penentuan harga produk inovasi Penentuan harga penarahan pasaran Penentuan harga penembusan pasaran Penentuan harga produk imitasi

Kaedah penentuan harga produk baru