Upload
ahmad-ibrahim
View
4.202
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
Jentera pentadbiran negara iaitu kabinet dan kementerian memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara.
Kewujudan sistem kabinet, kementerian, badan-badan berkanun dan suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara.
Latarbelakang Sejarah Sistem Kabinet Pada tahun 1951, Sistem Ahli (Member System) telah
diperkenalkan di Tanah Melayu. Melalui sistem ini , seseorang ahli akan dilantik sama seperti tugas seorang menteri.
Beberapa buah jabatan kerajaan akan diletak dibawah kawalan seorang ahli. Seseorang ahli yang dilantik bertanggungjawab secara langsung kpd Pesuruhjaya Tinggi British. Sistem berakhir pada pilihanraya tahun 1955.
Parti perikatan memenangi 51 kerusi drpd 52 kerusi melalui P/raya Umum 1955. Parti perikatan terdiri drpd UMNO. MCA dan MIC. Tunku menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.
Selepas kemerdekaan 31 Ogos 1957, Tunku Abd Rahman dilantik Perdana Menteri Pertama.
Jemaah Menteri mengadakan mesyuarat pertama di majlis undangan Persekutuan KL pada 10 Sept 1957.
Sistem dan Kuasa Kabinet Sistem Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan
dan diasaskan oleh British. Kabinet sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi akan membincang dan memutuskan sesuatu dasar atau perkara penting dalam mesyuarat kabinet.
Sesebuah kabinet akan dibubarkan sekiranya ia kurang mendapat sokongan dan ahli-ahlinya meletak jawatan.
Menurut Perkara 43 (1) , Perlembagaan Persekutuan memperuntukan ahli-ahli jemaah Menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya. YDPA dikehendaki melantik seorang PM yang menang dlm pilihanraya umum dan biasanya menjadi Ketua Pemerintah untuk ketuai kabinet
Kabinet merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa Eksekutif atas nma YDPA. Terdiri dari seorang PM, Tim PM dan Menteri2 yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing.
Seseorang PM secara tidak langsung berperanan sbg Ketua Jemaah Menteri. Beliau mempunyai kuasa melantik sesiapa sahaja kpd YDPA untuk menyertai kabinetnya.
Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 43 (a) memperuntukan kuasa untuk YDPA melantik menteri2 yang lain atas nasihat PM.
Bagi melaksanakan tugas jemaah menteri , seorang Setiausaha Parlimen dilantik oleh PM. Tugas Setiausaha Parlimen ialah membantu menteri dan timbalan menteri.
Bagi membantu PM menjalankan tugas menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 (c) membenarkan PM lantik seorang setiausaha politik.
Kabinet biasanya mengadakan mesyuarat sekali dlm seminggu (setiap rabu). Semua keputusan dlm mesyuarat kabinet dibuat melalui rundingan secara kolektif.
Peranan PM PM bertindak sbg pengerusi dalam mesyuarat
jemaah menteri yg diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari Rabu
PM berperanan sbg Ketua Pentadbir Utama Negara.
PM berperanan memperkenalkan dan menjalankan sesuatu Dasar.Contoh Dasar Penswastaan (Tun Mahathir)
Dasar Ekonomi Baru (Tun Abd Razak) Menjalinkan hubungan diperingkat antarabangsa Ketua Parti politik yang menang majoriti dlm
pilihanraya.Menteri Jumlah menteri dalam sesebuah kabinet tidak menentu
antara 18 hingga 23 orang menteri. Kebiasaanya, setiap kementerian mempunyai
Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
Perdana Menteri Malaysia1. Tunku Abd Rahman(selepas 31 Ogos 1957)
2. Tun Abd Razak ( dilantik 22 September 1970)
3. Tun Hussein Onn (dilantik 15 Januari 1976)
4. Tun Mahathir (dilantik pada 16 Julai 1981)
5. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (31 Okt 2003)
Badan EksekutifPeringkat Persekutuan Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh
pentadbiran peringkatKerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
Tugas utama kabinet ialah menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara. Ia diketuai oleh Perdana Menteri dan diikuti oleh menteri-menteri lain.
PM dilantik oleh YDPA dan menteri2 dilantik oleh YDPA atas nasihat PM.
Peringkat Negeri Kuasa Eksekutif - Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri. Semua perlembagaan negeri mengandungi syarat
seksyen 1(2) bertindak mengikut kuasa budi bicara berikut :a) Melantik Menteri Besarb) Tidak setuju permintaan bubarkan DUN
YANG DI PERTUAN AGONG
PERDANA MENTERI
MENTERI
KEMENTERIAN
JABATAN
Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri
Majlis Mesyuarat KerajaanNegeri
Dewan Undangan Negeri
Pengenalan Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam jentera
pentadbiran Persekutuan Malaysia. Portfolio seorang PM pula akan dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri
Sesuatu kementerian yang besar dan mempunyai tugas penting kebiasaannya seorang menteri akan dibantu oleh seorang timbalan menteri . Perkara 43 (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa kpd YDPA untuk melantik timbalan menteri atas nasihat PM.
Terdapat 26 buah kementerian dan ia mengikut keperluan negara sama ada ditambah atau dikurangkan. Misalnya Kementerian Pelajaran terbahagi kpd dua secara berasingan iaitu:a) Kementerian Pelajaranb) Kementerian Pengajian Tinggi
Ketua Setiausaha Negara (KSN) ialah. Beliau merupakan penjawat jawatan awam.
Setiap kementerian akan diketuai oleh Ketua Setiausaha . Beliau menjadi penasihat utama kpd menteri.
Timbalan Menteri dan setiausaha Parlimen dilantik oleh YDPA atas nasihat PM drpd kalangan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Setiausaha Parlimen ditugaskan membantu Menteri untuk menjawab pertanyaan lisan dalam sidang Parlimen , menerangkan dasar-dasar kementerian dan mengusulkan rang undang2 atas nama menteri.
Pada umumnya, terdapat dua jenis kementerian iaitu :a) kementerian yg beroperasi diperingkat persekutuan
(kementerian Hal-ehwal Luar, Pertahanan dan Kewangan
B) kementerian yg beroperasi diperingkat persekutuan dan negeri
(kementerian Pelajaran, Kesihatan dan Kerja Raya)
Contoh ahli utama dalam KementerianKementerian Pengangkutan (2008)Menteri - Datuk Ong Tee KeatTim. Menteri - Datuk Anifah Aman
JENIS-JENIS KEMENTERIAN DI MALAYSIA Kementerian Jabatan Perdana Menteri
PertahananPerusahaan Perladangan dan KomoditiDalam NegeriSains, Teknologi dan InovasiBelia dan SukanKesihatanPerumahan dan Kerajaan TempatanPerpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan WarisanKewanganKemajuan Luar Bandar dan WilayahPeneranganPembangunan Wanita, Keluarga dan
MasyarakatPengangkutanSumber Manusia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniPerdagangan Dlm Negeri dan Hal-Ehwal
PenggunaKerja RayaTenaga, Air dan KomunikasiPembangunan Usahawan dan KoperasiPelanconganPelajaran Luar NegaraPerdagangan Antarabangsa dan
IndustriSumber Asli dan Alam SekitarWilayah PersekutuanPengajian Tinggi
Kementerian Jabatan Perdana Menteri Okjektif Jabatan Perdana Menteri
- merancang , merumus dan menyelaras segala dasar dan maklumat negara untuk pelaksanaan dan pencapaian matlamat dasar-dasar kerajaan- menentukan hal pentadbiran, penyelarasan projek, pembangunan , istiadat dan protokol, agama Islam.
Fungsi- mengawas dan menyelaras semua polisi kerajaan serta implementasinya.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Objektif- Mempertingkatkan sumbangan industri berasaskan komoditi kpd Keluaran Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing.- pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Fungsi- pembangunan sektor komoditi utama meliputi R&D spt kelapa sawit, getah, koko, lada hitam, kayu-kayan
Contoh agensi- Lembaga Getah Malaysia- Lembaga Koko Malaysia
Kementerian Dalam NegeriObjektif Bertanggungjawab ke atas keselamatan dalam
negeri Mengawasi perjalanan urusan jabatan polis,
pertahanan, RELA , unit-unit percetakan,penerbitan, agensi rasional Anti –Narkotikdan Suruhanjaya Polis
Jabatan di bawah kementerian : PDRM Jabatan Pertahanan Awam Jabatan Penjara Malaysia RELA Fungsi mesin cetak dan penerbitan Percetakan Nasional Malaysia Agensi Dadah kebangsaan Surunjaya Pasukan Polis
Kementerian Belia dan Sukan- khusus dalam pembangunan belia dan sukanPeranan- membentuk masyarakat yg aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti sukan- mewujud dan membentuk belia Malaysia yang mempunyai peribadi yang positif
Agensi - MOM (Majlis Olimpik Malaysia) - MSN (Majlis Sukan Negara) - KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia)
Kementerian Kesihatan Objektif
- membantu seseorang individu supaya dapat mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan - menyediakan perkhimatan kesihatan asas
Fungsi - merancang , menggubal , melaksana dan menilai dasar kesihatan negara sama ada dr segi promosi, pencegahan, rawatan dan sbgnya- mengadakan kemudahan perkhidmatan asas
- memperluaskan skop dan mutu perkhidmatan
Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Objektif- memupuk kebudayaan negara berteraskan Dasar Kebudayaan Nasional - memelihara bangunan2 bersejarah dan segala bentuk warisan bangsa dan negara
Agensi- Jabatan Muzium dan Antikuiti- Jabatan Arkib Negara- FINAS
Kementerian Penerangan Objektif
memastikan sistem penyaluran maklumat kerajaan melalui media elektroniik , komunikasi bersemuka dan perfileman bgi mewujudkan masyarakat bermaklumat
Tugas utama kementerian ini ialah menyalurkan maklumat kerajaan kpd rakyat bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat.
Jabatanpenyiaranpeneranganfilem negaraHal-ehwal khas
Agensi seperti RTM (Radio dan Televisyen Malaysia)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Visi menjadi peneraju utama untuk mencapai
kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang.
Bertanggungjawab untuk mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat ke arus pembangunan negara dan memperkukuhkan institusi negara.
Tugas utama untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyayang.
Contoh agensiLPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Objektif Mewujud dan melaksanakan perancangan yang
setara utk seluruh negara dengan memperkukuhkan dan mempergiatkan sistem fizikal , sosial dan ekonomi di kwsn bandar dan l/bandar.
Membimbing pihak Berkuasa Tempatan sediakan perkhidmatan bandaran bermutu tinggi
Kemajuan perumahan yg sempurna Keselamatan nyawa dan harta benda Perkhidmatan pembentungan Pembangunan lanskap, taman dan rekreasi yg
berkualiti
Antara fungsi: Merancang dan melaksanakan dasar dan program
kementerian Mewujudkan pihak berkuasa tempatan Memperkukuh dan melaksanakan sistem
perancangan fizikal, sosial , ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Antara Pihak Berkuasa Tempatan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)
Kementerian PengangkutanAntara objektif : Penyediaan rangkaian prasarana pengangkutan bersepadu
(supply driven) Sistem pengangkutan berteknologi tinggi, moden dan cekap Persekitaran industri pengangkutan berdaya saingAntara fungsi : Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar
pengangkutan bagi rel, maritim, pelabuhan dan penerbangan awam
Menyediakan perlesenan :- lesen atau permit operasi pembekal servis dan pemegang konsesi- lesen kenderaan persendirian atau perdagangan- pendaftaran semua mod kenderaan
Contoh agensi - JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)- LPKP (Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
Kementerian Pertanian dan Asas Tani Tugas utama kementerian ialah memajukan sektor
pertanian dan memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara
Objektif sbg teraju transformasi dalam sektor pertanian secara terancang , bersepadu dan menyeluruh ke arah pencapaian matlamat Dasar Pertanian Negara ke 3
Antara fungsi kementerian ialah mengubal dan merancang dasar, strategi dan program pembangunan pertanian dan melaksanakan projek pembangunan Pertanian Bersepadu
Jabatan seperti Pertanian, Perikanan dan Veterinar Agensi – LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia )
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) Lembaga Padi Dan Beras Negara (LPN) /
BERNAS
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDN&HEP) Tugas utama – menjaga kebajikan pengguna dan pada masa
yg sama memberi kesedaran kpd pengguna agar menjadi pengguna bijak
Objektif – menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri dan meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna.
Antara fungsi :- menggubal dan mengkaji dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan negeri dan perlindungan pengguna dan kepenggunaan- pemantuan harga barang, perlesenan.- pelaksanaan peraturan timbang dan sukat
Badan Berkanun – SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) PHIM (Perbadanan Harta Intelek
Malaysia)
Kementerian Kerja Raya Nama dulu Kementerian Kerja Raya, Pos dan
Telekom. Objektif – membangun dan memajukan
insfrastruktur , industri pembinaan dan poerkhidmatan profesional yg berkualiti.
Fungsi – memastikan dasar kerajaan dilaksanakan oleh kementerian dan semua agensinya dan merancang dan menyelaras projek insfrastruktur dan kemudahan awam negara serta mengendali dan mengawal selia operasi dan penyelenggaraan lebuhraya
Jabatan – Jabatan Kerja Raya Badan berkanun – Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia
Visi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Objektif : menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan.
Bertanggungjawab :- menggubal dasar pembangunan usahawan
- mewujud dan melaksanakan program pembangunan
usahawan - menggalakkan pembangunan usahawan dalaman
oleh agensi-agensi kementerian Agensi : MARA, Bank Pembangunan
Kementerian PelajaranObjektif - melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatu-padu- Melahirkan insan yg beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketrampilan dan sejahtera- Sediakan sumber tenaga manusia utk penuhi keperluan
negara- Beri peluang pendidikan kpd semua warga MalaysiaAgensi :- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)- Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Bertanggungjawab menguruskan sumber asli
negara seperti tanah, marin, alam sekitar, perhilitan, galian dan hutan.
Tugas utama ialah menguruskan sumber asli negara ke tahap yg maksimun.
Agensi kementerian◦ Jabatan Mineral dan Geosains◦ Jabatan Alam Sekitar (JAS)◦ PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
dan Taman Negara)◦ FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia)◦ Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)◦ Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM)
Badan-Badan Berkanun Badan –badan berkanun ialah agensi separuh kerajaan
yang ditubuhkan melalui undang-undang tertentu. Badan ini berperanan untuk melicinkan pentadbiran dan
pelaksanaan program pembangunan negara, terutama rancangan pembangunan lima tahun kerajaan
Badan-badan berkanun memiliki peruntukan kewangan tersendiri dan kuasa autonomi tertentu tetapi bertanggungjawab kpd menteri yg berkenaan.
Terdapat 74 buah badan berkanun Persekutuan Antara contoh badan-badan berkanun :
- MARA (Majlis Amanah Rakyat)- DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)- FELDA (Federal Land Development Authority)- MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institude)- Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH)- PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial)
Contoh Badan-badan berkanun di Malaysia
FELDA MARA DBP
MARDI PERKESO LUTH
Latihan1. Namakan menteri berdasarkan kemterian di bawah :
a) Kementerian Penerangan____________________________________________
b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna ____________________________________________c) Kementerian Pengajian Tinggi
____________________________________________d) Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan
Masyarakat. ____________________________________________
2. Kawalan terhadap penyakit berjangkit adalah terletak di bawah kementerian _____________________ .
3. Perkara berkenaan pemantauan harga, lesen perniagaan dan pengedaran barangan keperluan merujuk kepada Kementerian ________________________________________.
4. Namakan dua agensi di bawah Kem Sumber Asli dan Alam Sekitar