25
Penentangan Terhadap British

Bab 3 Sebab Dan Bentuk Penentangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Penentangan Terhadap

British

Page 2: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Sebab-sebab penentangan Bentuk-bentuk penentangan

› Berdarah› Karya (Lisan)

Page 3: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Sebab sebab Penentangan

(a) Dasar penaklukan British 1. British menakluki daerah mereka seperti Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. 2. Tujuan penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu adalah untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka. 3. Penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. 4. Setelah menduduki Melaka British memaksa Naning menjadi jajahan takluknya dan dikehendaki membayar ufti. 5. Dol Said, Penghulu Naning menentang kehendak British dan hal itu menyebabkan peperangan.

Page 4: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

(b) Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan 1. British berhasrat untuk menguasai ekonomi tempatan. 2. Ia dilaksanakan melalui perjanjian-perjanjian yang dimeterai oleh mereka dengan pemimpin tempatan. 3. Melalui perjanjian tersebut, saudagar-saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah. 4. Penduduk tempatan marah terhadap British.

Page 5: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

(c) Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan 1. British memaksakan pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. 2. British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. 3. Di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan British dan dikenakan cukai tanah. 4. Peraturan tersebut bertentangan dengan amalan tradisi yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan tanpa perlu membayar cukai.

Page 6: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

(d) Campur tangan British dalam adat resam tempatan 1. British memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. 2. Di Perak, Residen British iaitu J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam Melayu iaitu amalan menggunakan orang suruhan dalam kalangan pembesar Melayu. 3. Tindakan tersebut ditentang oleh pemimpin dan pembesar tempatan.

Page 7: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

(e) Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh 1. Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan tersebut. 2. Sebelum kedatangan British para pembesar tersebut dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. 3. Para pembesar bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. 4. Para pembesar tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak British yang telah menyebabkan mereka hilang kuasa.

(f) Kesulitan penduduk tempatan 1. Pelaksanaan undang-undang Barat oleh British telah menyulitkan penduduk tempatan.

Page 8: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

MelakaPenentangan Di Naning (1831-1832) Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu

bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British.

Cadangan british ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning).

Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831. Naning diisytiharkan sebagai sebahagian

wilayah Melaka. Feb 1834 Dol Said menyerah diri.

Page 9: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

SelangorPerang Kelang Perang Kelang tercetus disebabkan

pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.

1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Klang.

British campurtangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi. Walaupun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan.

Page 10: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

PerakPenentangan di Perak Sebab penentangan British di Perak :

a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu.b) Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875.c) Pembaharuan oleh J.W.W Birch:

- hapus sistem perhambaan- beri perlindungan kepada hamba- campurtangan dalam adat resam orang Melayu

d) Sikap peribadi Birch- buat pembaharuan secara tergesa-gesa- tidak boleh berbahasa Melayu

Page 11: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Dato Maharaja Lela , Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum tentang British dan bunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak.

Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles iaitu sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi.

Page 12: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

PahangPenentangan di Pahang Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger

sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret.

British memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan),cukai tanah dan sistem kerah.

Pembesar Melayu kehilangan kuasa dan mata pencarian lalu bangun tentang British. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan Pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.

Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.

Page 13: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

KelantanPenentangan di Kelantan Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan

kepada British dan James Scott Mason –penasihat British Julai 1909.

Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).

Punca penentangan :a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeramb) Sistem Tanah Baru 1915c) Pengenalan cukai hasil pertaniand) Sikap pegawai British

- Sikap Peg Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.

Page 14: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

TerengganuPenentangan Di Terengganu Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Hj Abd

Rahman Hj Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai Pemberontakan Tani pada 1928.

Faktor pemberontakan Tani :a) Pungutan cukai – tanah, hasil tanah dan cukai kepala.b) perkenalkan sistem pendidikan Baratc) perkenalkan pas kebenaran untuk buka tanah, bercucuk tanam dan pungut hasil hutan.

Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.

Page 15: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

SarawakPenentangan Di Sarawak Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak

ditadbir oleh Dinasti Brooke. Beberapa pemberontakan:

› Rentap 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala

manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke - Alan Lee.

1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok.

Page 16: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

› Banting ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan

akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan

1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.› Sharif Masahor

Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sg. Rejang.

Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sg. Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859.

Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.

Page 17: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

› Asun Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920

orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sg. Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun.

1932, asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.

Page 18: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

SabahPenentangan di Sabah Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan tercetus iaitu :

a) pemberontrakan Mat Saleh Berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai,

pembangunan secara besarbesaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.

Siri penentangan tercetus di Sg.Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897).

Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada 1900. b) Kebangkitan Rundum

diketuai oleh Antanum pada 1915. faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan

dan kerah rakyat membina jalan2 kecil di hutan. Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.

Page 19: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Karya (Lisan) Perjuangan kemerdekaan kemudian

bangkit secara menyeluruh setelah bangkitnya nasionalisme di dalam rakyat.

Semangat nasionalisme dan perjuangan mereka ditunjukkan melalui akhbar-akhbar tempatan dan pendirian persatuan-persatuan yang ditubuhkan.

Page 20: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Akhbar Tahun Penerbitan Pengasas Fokus

Al-Imam 22 Julai 1906 Syed Syeikh Al-Hadi di Singapura

Menyampaikan idea Kaum Muda berhubung pembaharuan dan memberi bimbingan kepada orang Melayu untuk bangkit daripada kemunduran.

Al-Ikhwan 16 September 1926 Syed Sheikh Al-Hadi di Pulau Pinang

Bercorak Islah Islamiah dan memuatkan tentang isu-isu kemunduran bangsa dan kebebasan kaum wanita. Juga digerakkan oleh Kaum Muda.

Page 21: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Akhbar Tahun Penerbitan

Pengasas Fokus

Saudara 29 September 1928

Syed Sheikh Al-Hadi di Pulau Pinang

Sambungan kepada Al-Imam dan banyak menyentuh persoalan agama dan usaha-usaha menggalakkan rakyat, terutama orang Melayu agar memajukan diri mereka.

Neracha 15 Februari 1911

Haji Abas Mohd Taha di Singapura

Bercorak agama, memuatkan berita Timur Tengah

Page 22: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Akhbar Tahun Penerbitan

Pengasas Fokus

Majlis 17 Disember 1931

Abdul Rahim Kajai di Kuala Lumpur

Membolehkan orang ramai menulis tentang masalah politik, ekonomi, dan sosial.

Warta Malaya 1 Januari 1930 Dato’ Onn Jaafar di Singapura

Memberi kesedaran kepada orang Melayu dan mengecam dasar-dasar Inggeris yang tidak sesuai.

Page 23: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Akhbar Tahun Penerbitan

Pengasas Fokus

Utusan Melayu November1907-192229 Mei 1930(Akhbar Harian)

Abdul Rahim Kajai di Singapura

Dianggap sebagai lambang perpaduan orang Melayu kerana banyak membela kepentingan orang Melayu dan menentang penjajahan . Juga digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah.

Chenderamata Selepas Perang Dunia Ke-Dua

Guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris (contoh Za’ba)

Mencetuskan semangat kebangsaan pembaca

Page 24: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Akhbar Tahun Penerbitan

Pengasas Fokus

Fajar Sarawak Pramerdeka Komuniti Melayu Sarawak

Membangkitkan kesedaran dan semangat kebangsaan masyarakat Melayu Sarawak

Lembaga Melayu

31 Disember 1931

Mohd Abdullah di Singapura

Media perbicaraan kepentingan orang Melayu

Panduan Guru Julai 1992 Mohammad Hussin Rashid

Majalah terbitan Persekutuan Guru-guru Melayu Pulau Pinang.

Page 25: Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan

Terima Kasih