12
1 BAB 3 KETURUNAN DAN VARIASI 3.1 Pembahagian Sel 1. Semua organism hidup terdiri daripada sel. 2. Setiap sel mempunyai nucleus yang mengandungi bahan genetic, iaitu DNA yang mengawal aktiviti aktiviti sel. 3. Bahan genetic dipindahkan kepada sel anak apabila sel induk membahagi. Kromosom, Gen dan DNA. 1. Dua proses penting dalam kitar hidup sesuatu organism ialah pertumbuhan dan pembiakan seks. 2. Pertumbuhan berlaku melalui mitosis manakala pembiakan seks melibatkan penghasilan gamet melalui meiosis.

Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fr

Citation preview

Page 1: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

1

BAB 3 KETURUNAN DAN VARIASI

3.1 Pembahagian Sel

1. Semua organism hidup terdiri daripada sel.

2. Setiap sel mempunyai nucleus yang mengandungi bahan genetic, iaitu DNA yang mengawal

aktiviti aktiviti sel.

3. Bahan genetic dipindahkan kepada sel anak apabila sel induk membahagi.

Kromosom, Gen dan DNA.

1. Dua proses penting dalam kitar hidup sesuatu organism ialah pertumbuhan dan pembiakan

seks.

2. Pertumbuhan berlaku melalui mitosis manakala pembiakan seks melibatkan penghasilan

gamet melalui meiosis.

Page 2: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

2

Mitosis

1. Proses pembahagian sel di mana sel induk membahagikan kepada dua sel anak yang serupa.

2. Setiap sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama seperti sel induk.

3. Mitosis berlaku di dalam sel soma di seluruh bahagian badan manusia dan haiwan.

4. Mitosis dalam tumbuhan berlaku di dalam tisu meristem seperti di hujung akar dan pucuk.

5. Rajah di bawah menunjukkan proses mitosis.

Page 3: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

3

Kepentingan mitosis

Meiosis

1. Proses pembahagian nukleus satu sel induk menjadi empat nuklues melalui dua peringkat

pembahagian. Setiap nukleus sel anak mempunyai separuh daripada bilangan kromosom sel

induknya.

2. Sel induk adalah diploid (2n) manakala sel anak adalah haploid (n).

3. Meiosis berlaku dalam organ pembiakan seks.

4. Meiosis dalam manusia berlaku di dalam testis lelaki dan ovary perempuan.

5. Meiosis dalam tumbuhan berlaku di dalam anter dan ovary.

6. Semasa meiosis, sel yang mengandungi pasangan kromosom homolog membahagi untuk

menghasikan gamet yang haploid dengan genetic yang berbeza daripada sel induk dan juga

gamet lain.

7. Meiosis dibahagikan kepada dua peringkat Meiosis I dan Meiosis II seperti dalam rajah di

bawah.

Page 4: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

4

Page 5: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

5

Kepentingan meiosis

1. Meiosis penting dalam penghasilan gamet yang mempunyai separuh daripada bilangan

kromosom sel induk. Apabila gamet jantan (n) bersenyawa dengan gamet betina (n), anak

yang terbentuk mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan induk, iaitu 2n.

2. Meiosis menghasilkan variasi genetic melalui pindah silang dan penyusunan rawak

kromosom homolog.

Page 6: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

6

Perbandingan antara Mitosis dengan Meiosis

Page 7: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

7

3.2 Prinsip dan Mekanisme Pewarisan.

Gen Dominan dan Gen Resesif

1. Gen dominan ialah gen yang dapat menonjolkan sifat yang dikawalnya apabila berpasangan

dengan satu gen dominan atau gen resesif.

2. Gen resesif ialah gen yang dapat menonjolkan sifat yang dikawalnya apabila berpasangan

dengan gen resesif sahaja, tanpa kehadiran gen dominan.

3. Sifat yang dikawal oleh gen dominan dikenal sebagai sifat dominan.

4. Sifat yang dikawal oleh gen resesif dikenal sebagai gen resesif.

5. Rajah di bawah menunjukkan contoh sifat dominan dan sifat resesif pada manusia.

Mekanisme Pewarisan Sifat

1. Gregor Mendel (1822 - 1884), ialah orang pertama yang menemui mekanisme pewarisan.

2. Mendel menggunakan pokok kacang pea berbakan tulen dalam eksperimen beliau tentang

perwarisan monohibrid.

3. Pewarisan monohibrid melibatkan kajian tentang satu sifat sahaja.

4. Mendel melakukan kacukan antara satu pokok kacang pea tinggi yang berbaka tulen dengan

satu pokok kacang pea kerdil yang berbaka tulen. Pokok tinggi berbaka tulen ialah pokok yang

mempunyai genotip TT dalam beberaa generasi sebelumnya. Pokok kerdil berbaka tulen ialah

pokok yang mempunyai genotip tt dalam beberapa generasi yang sebelumnya.

5. Genotip ialah maklumat genetic sesuatu organisma.

Page 8: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

8

6. Anak anak dari kacukan monohibrid bersifat tinggi. Anak anak ini ialah generasi F1 (generasi

filial pertama).

7. Mendel membenarkan anak generasi F1 menjalani pendebungan sendiri dan biji benih yang

diperoleh bercambah untuk menghasilkan generasi F2 (generasi filial kedua).

8. Nisbah bilangan pokok tinggi kepada pokok kerdil dalam generasi F2 ialah 3:1.

9. Nisbah fenotip F2 dikenal sebagai nisbah monohibrid.

10. Fenotip ialah sifat sifat fizikal sesuatu organism.

11. ‘T’ mewakili gen dominan untuk tinggi dan ‘t’ mewakili gen resesif untuk kerdil

12. Terdapat tiga genotip dan dua fenotip untuk ketinggian pokok.

Fenotip Genotip

Tinggi (baka tulen) Tinggi (hybrid)

Kerdil (baka tulen)

TT (homozoigot dominan) Tt (heterozoigot dominan)

Tt (homozoigot resesif)

13. Genotip menentukan fenotip sesuatu organisma.

14. Individu yang mempunyai dua gen yang serupa (TT atau tt) untuk sifat tertentu dikatakan

mempunyai baka homozigot, manakala individu yang mempunyai dua gen yang berlainan (Tt)

dikatakan mempunyai baka heterozigot.

Page 9: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

9

Latihan

1. 2.

Page 10: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

10

3.3 Penentuan Seks Anak dan Kejadian Kembar dalam Manusia

Kromosom Seks

1. Manusia mempunyai 23 pasang kromosom atau 46 kromosom.

2. 22 pasang daripadanya dikenal sebagai autosom manakala sepasang lagi dikenal sebagai

kromosom seks.

3. Kromosom seks menentukan seks seseorang.

4. Seorang lelaki mempunyai 22 pasang autosom dan sepasang kromosom seks, XY

(44 + XY). Kromosom Y adalah lebih kecil berbanding dengan kromosom X.

5. Seorang perempuan mempunyai 22 pasang autosom dan sepasang kromosom seks, XX (44 +

XX)

6. Rajah di bawah menunjukkan pasangan kromosom dalam seorang perempuan dan seorang

lelaki.

Penentuan Seks

1. Seks anak ditentukan oleh sperma bapa yang mungkin mengandungi kromosom X atau

kromosom Y.

2. Seorang ibu menghasilkan ovum yang mempunyai kromosom X sahaja.

3. Jika sperma yang mengadungi kromosom X bersenyawa dengan ovum, anak perempuan akan

dilahirkan.

4. Jika sperma yang mengandungi kromosom Y bersenyawa dengan ovum, anak lelaki akan

dilahirkan.

Page 11: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

11

Kejadian Kembar Seiras dan Kembar Tak Seiras

Perbandingan antara Kembar Seiras dengan Kembar Tak Seiras.

Page 12: Bab 3 Keturunan Dan Variasi

12

Kembar Siam

1. Kembar siam ialah kembar seiras yang melekat pada bahagian badan yang tertentu.

2. Kembar siam terbentuk apabila zigot gagal membahagi dua dengan lengkap semasa

pembentukan kembar seiras.

3. Mereka mempunyai seks yang sama dan kandungan genetic yang sama.

4. Mereka mungkin berkongsi organ tertentu dan boleh dipisahkan melalui pembedahan

sekiranya tidak berkongsi organ organ penting seperti otak atau jantung.