27

BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Embed Size (px)

DESCRIPTION

isu isu

Citation preview

Page 1: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim
Page 2: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

MAKSUDNYA:- Orang-orang yang mempunyai kesesatan di hati mereka akan menurut sesuatu yang mengeliru dengan tujuan menimbulkan fitnah dan dengan tujuan menyelewengkan pentafsirannya.

Surah Ali-Imran: 7

Page 3: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Islam adalah agama yang sempurna. Ajarannya melengkapi seluruh kehidupan manusia.

Proses penyebaran Islam bermula selepas Nabi Muhammad s.a.w. mula diangkat menjadi Rasul.

Bermula dengan cara sir kemudian secara terang-terangan.

Penyebaran Islam terus berlaku sehingga hari ini.

Tetapi, dunia kini sudah sampai kepada akhir zaman, Islam kembali menjadi dagang.

Page 4: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Sabda Nabi s.a.w.:-“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali menjadi dagang (asing), maka beruntunglah orang-orang yang asing.”

Page 5: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Ad-din Islam sering disalahtafsirkan bukan sahaja

oleh orang bukan Islam bahkan orang Islam itu

sendiri. Salah faham serta salah tafsir terhadap Islam

menjadi punca Islam semakin dikecam dan turut

menyekat dari menjadi tarikan kepada orang

bukan Islam untuk mendekati Islam. Justeru itu, pada bab ini akan dibincangan secara

serius berkaitan salah faham terhadap Islam.

Page 6: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Tugas umat Islam bukan sahaja untuk memulihkan imej Islam pada pandangan bukan Islam, tetapi juga mengembalikan keyakinan di dalam diri umat Islam sendiri.

Islam adalah agama yang indah dari segi teori dan praktikal (amaliah) dalam kehidupan.

Tetapi realitinya, keunggulan Islam tidak berlaku secara ilmiah dan amaliah, kerohanian dan material – menghadapi krisis spt gejala sosial, rasuah, jenayah, ditindas dan diserang dari pelbagai sudut – budaya, ekonomi, ketenteraan dll.

Seorang sarjana Barat yang memeluk Islam pernah menyebut: “Subhanallah yang mengenalkan aku Islam sebelum aku mengenal orang Islam”.

Page 7: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Muhammad Qutub menggariskan antara punca salah faham umat Islam terhadap ajaran Islam ialah: Pemikiran umat Islam telah dijajah oleh

idealisme barat sehingga mengabaikan ajaran al-Quran dan al-Sunnah

Mengekalkan sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan barat melalui pejajahan

Wujud golongan yang beranggapan Islam adalah ajaran berbentuk ritual dan pentingkan akhirat sahaja.

Page 8: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Isu-isu salah faham:- Ajaran Islam dianggap tidak sesuai

dengan dunia moden yang inginkan kebebasan dan keseronokan

Islam dituduh menindas wanita seperti soal poligami, menutup aurat dsb

Hukum Islam dianggap zalim Ajaran Islam dianggap kolot dan

tertutup.

Page 9: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

◦ Melakukan amalan-amalan yang salah: Bidaah Ajaran sesat Amalan khurafat Menolak peranan hadisa dan sunnah Fahaman sempit seperti tidak

memahami maksud jihad

Page 10: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”

Page 11: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan

yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam

yang asli lagi tulen.

Page 12: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Merupakan satu penyakit kanser pemikiran yang secara senyap boleh menghancurkan aqidah dan membunuh iman seseorang intelektual muslim.

Seseorang yang telah menghidap penyakit kanser liberalisme ini kebiasaan pemikirannya telah dijangkiti oleh EMPAT jenis virus yang boleh membunuh benih-benih iman dan Islam dalam pegangan hidupnya, iaitu:

Page 13: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Virus liberal yang memandang semua kebenaran adalah relatif (tidak pasti), sehingga tidak ada kebenaran mutlak, termasuk kebenaran agama.

Virus ini akhirnya akan menimbulkan penyakit PLURALISME yang memandang semua agama sama dan benar, sehingga tidak boleh suatu umat beragama di dunia ini mendakwa hanya agamanya saja yang paling benar, sebaliknya perlu mengakui kebenaran agama lain.

Page 14: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Virus Liberal yang meragukan kebenaran agama dan menolak  keuniversalan dan komprehensifnya agama yang mencakupi semua sektor kehidupan, sehingga agama hanya mengatur urusan ritual ibadah saja dan bukannya agama itu sebagai 'Addin' ataupun sebagai 'Nizamul Hayat'. 

Virus ini menimbulkan penyakit SEKULARISME yang memisahkan urusan agama dari semua urusan Negara, baik yang bersangkutan dengan politik dan siasah, ekonomi, sosial dan budaya, pendidikan, industri maupun sains dan teknologi.

Page 15: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Virus Liberal yang melepaskan diri dari kebenaran agama dan bersikap tidak tahu menahu tentang kebenaran agama, sehingga agama tidak lagi menjadi sukatan dan rujukan dalam mengukur sesuatu kebenaran dan haq.

Virus ini menimbulkan penyakit  MATERIALISME yang mengukur segala sesuatu dengan kebendaan (materialistik), termasuk dalam soal mengamalkan sesuatu perkara yang  bersangkutan dengan agama dengan sentiasa menghitung keuntungan dan rugi di dunia.

Page 16: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Virus Liberal yang menolak semua kebenaran, khususnya kebenaran agama dan memandang Tuhan hanya sebagai 'Faith Identity' (Identiti Kepercayaan) yang menjadi mitos (Tahyul). Berfikiran bahawa agama itu harus dirumus dan dipegangi keyakinannya berdasarkan kepada rasional akal semata-mata.

Virus ini menimbulkan penyakit RASIONALISME iaitu segala sesuatu hanya diukur dengan akal semata-mata, sehingga akal dijadikan Tuhan dalam semua perkara yang difikirkan rasional.

Page 17: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Bererti di luar; pada tingkat atau kadar yang paling maksimum; terletak di tempat yang paling jauh dari utama, melampaui kadar biasa ; dan keadaan yang berlebih-lebihan.

Dari sudut istilah, ekstremisme bermaksud sikap  fikiran atau tindakan yang berlebih-lebihan dan melampaui batas yang terkeluar dari kebenaran agama dan akal yang sihat.

Page 18: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Fahaman singkat merupakan fahaman yang mengambil sesuatu secara dasar sahaja.

Seperti juga orang yang berfikiran singkat, fahaman singkat adalah fahaman yang tidak mengambil sesuatu perkara itu dengan mendalam.

Bahkan mereka ini memegang perkara yang basic. Sedangkan setiap sesuatu perkara itu diperlukan untuk mengetahui secara mendalam.

Page 19: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Kesalah fahaman terhadap Islam adalah berpunca dari didikan dan usaha Barat.

Mereka ini berusaha sehabis mungkin untuk menjauhkan manusia daripada kehidupan Islam. Bahkan mereka teramat menyukai jika manusia yang mengaku Islam, tetapi tidak mengikuti apa yang Islam ajari.

Page 20: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Kekurangan Ilmu berkaitan Islam secara mendalam- Tidak diajari berkaitan ajaran Islam sejak kecil. - Hanya mengamalkan ajaran Islam yang disebut sebagai “ikut-ikutan” sahaja.

Terpengaruh dengan fahaman (isme) Barat – Sekularisme, komunisme, liberalisme, pluralisme dsb dan menganggapnya sebagai yang terbaik. Inilah agenda Barat untuk memesongkan umat daripada Al-Quran dan al-Sunnah.

Page 21: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Menerima bentuk sistem pendidikan sekular yang diperkenal oleh negara-negara penjajah dahulu iaitu memisahkan ilmu agama dengan ilmu-ilmu keduniaan atau tidak mencampuradukkan hal agama dengan hal keduniaan. Maka lahirlah generasi Islam yang ragu dan salah faham terhadap agamanya – Liberalisme

Page 22: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Penyelewengan terhadap ajaran al-Quran dan al-Sunnah dengan melakukan tafsiran salah terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah

Terpengaruh dengan kepentingan dunia (harta, kekuasaan)

Menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagiannya berdasarkan kehendak dan kesesuaian

Taksub dengan pemimpin yang jahil dan sesat.

Page 23: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Memantapkan ilmu pengetahuan – Fardhu Ain dan fardhu Kifayah.

Meningkatkan amal ibadat untuk ketahanan rohani dan jati diri muslim.

Menilai sebarang maklumat dan pembaharuan yang datang dari pihak bukan Islam atau Barat dari sudut kesesuaiannya dengan ajaran Islam.

Page 24: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Mempraktiskan cara hidup Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan al-sunnah

Menyebarluaskan maklumat yang benar tentang ajaran Islam menerusi pelbagai saluran

Page 25: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, sudah tentulah penduduk yang mendiaminya mejoriti beragama Islam.

Atas dasar bilangan orang Islam terbanyak di Malaysia menyebabkan Malaysia tersenarai sebagai negara yang bersama dalam OIC.

Page 26: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim

Peranan Malaysia diperingkat global adalah bersama-sama dengan negara-negara Islam yang lain untuk memastikan ketinggian Islam itu sentiasa terpelihara.

Selain itu juga, menyebarkan kehebatan serta keistimewaan Islam supaya salah faham yang dibawa oleh Barat dapat dibendung.

Page 27: BAB 3 Isu-Isu Kontemporari Muslim