15
BAB KONSEP PENYELIDIKAN PENGENALAN Peranan guru sebagai seorang pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Guru digesa melibatkan diri dalam penilaian ke atas muridnya, penggubalan kurikulum serta penyelidikan untk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah. Kini konsep kurikulum berasaskan sekolah dan penilaian berasaskan sekolah sedang dikembangkan dalam reformasi pendidikan. Konsep guru sebagai penyelidik juga sedang dimajukan untuk menggalakkan guru memberikan lebih perhatian dalam membuat keputusan pendidikan di sekolah. Guru dikehendaki memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengguna kepada hasil penyelidikan tetapi juga sebagai pengeluar hasil penyelidikan untuk mengenali masalah profesional yang mereka hadapi. Guru harus lebih peka dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan. 2

Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penyelidikan

Citation preview

Page 1: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

BAB

KONSEP PENYELIDIKAN

PENGENALAN Peranan guru sebagai seorang pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran telah

berubah. Guru digesa melibatkan diri dalam penilaian ke atas muridnya,

penggubalan kurikulum serta penyelidikan untk menyelesaikan masalah dalam bilik

darjah.

Kini konsep kurikulum berasaskan sekolah dan penilaian berasaskan sekolah

sedang dikembangkan dalam reformasi pendidikan. Konsep guru sebagai penyelidik

juga sedang dimajukan untuk menggalakkan guru memberikan lebih perhatian

dalam membuat keputusan pendidikan di sekolah.

Guru dikehendaki memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengguna kepada hasil

penyelidikan tetapi juga sebagai pengeluar hasil penyelidikan untuk mengenali

masalah profesional yang mereka hadapi. Guru harus lebih peka dan sentiasa

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan.

2

Page 2: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

14 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

KONSEP PENYELIDIKAN

Penyelidikan dibuat untuk menguji idea mengenai ciri dan operasi beberapa aspek

alam mini. Tanpa bukti kita tidak dapat menyatakan sesuatu kaedah itu lebih baik

atau buruk daripada kaedah lain. Begitu juga kita memerlukan bukti untuk

menyokong sama ada sesuatu program itu dapat menambah motivasi, minat atau

pencapaian pelajar. Satu jalan keluar untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah

adalah melalui penyelidikan. Untuk membuat penyelidikan, guru perlu memahami

proses menjalankan kajian. Langkah utama dalam proses penyelidikan adalah

mengenal pasti satu masalah yang boleh diselidik. Bagi meneruskan proses itu,

seseorang itu harus mempunyai idea yang jelas mengenai apa maksud penyelidikan.

DEFINISI PENYELIDIKAN

Beberapa penulis telah memberi takrifan konsep penyelidikan bagi menjelaskan

proses penyelidikan. Sesetengah penulis telah menakrifkan penyelidikan dengan

ringkas sebagai satu proses yang sistematik untuk memberi jawapan kepada

sesuatu soalan. Jawapan yang diberi kepada maksud penyelidikan mungkin abstrak.

Penyelidikan tindakan ditakrif sebagai inkuiri yang sistematik dijalankan oleh

penyelidik guru, ketua jabatan, kaunselor atau stakeholder lain dalam persekitaran

pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul maklumat mengenai bagaimana

sesuatu institusi bertindak atau beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan

bagaimana pelajar mereka belajar.

Maklumat ini adalah untuk mendapat ‘insight’, membina amalan reflektif,

mengenakan perubahan positif dalam persekitaran institusi (atau amalan

pendidikan) dan menambah baik hasil pelajar atau kehidupan orang yang terlibat.

Penyelidikan tindakan adalah penyelidikan yang dijalankan oleh pengajar untuk

Page 3: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

Konsep Penyelidikan 15

mereka, bukan dipaksa ke atasnya oleh orang lain. Terdapat empat langkah-langkah

dalam proses penyelidikan tindakan seperti berikut:

1. Kenal pasti bidang fokus

2. Pengumpulan data

3. Analisis dan interpretasi data

4. Bangunkan pelan tindakan

Menurut Richards dan Lockhart (1994), penyelidikan tindakan merupakan kajian

bilik darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman

pengetahuan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah serta untuk mengubah

keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Penyelidikan tindakan biasanya melibatkan

projek-projek kajian secara kecil-kecilan oleh guru bilik darjah. Sementara itu,

menurut kajian Cohen dan Manion (1994) pula, beliau berpendapat bahawa

penyelidikan tindakan bersifat situasinal iaitu pengenalpastian dan penyelesaian

masalah dalam suatu konteks yang spesifik.

Penyelidikan tindakan ialah inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan secara

kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi sosial untuk tujuan mempertingkatkan

rasional dan keadilan sosial atau pendidikan yang mereka lakukan, serta

mempertingkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi

atau persekitaran di dalam amalan tersebut dijalankan (McTaggart, 1988).

Gage (1975) pula mengatakan bahawa penyelidikan adalah suatu kajian yang

sistematik terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah untuk menentukan jika dan/

atau bagaimana pemboleh ubah berkait antara satu sama lain. Mouly (1963) pula

menegaskan penyelidikan sebagai suatu proses untuk mendapat penyelesaian yang

boleh dipercayai kepada masalah melalui pungutan data, penganalisaan dan

interpretasi yang terancang dan sistematik. Kedua-dua definisi di atas menerangkan

penyelidikan sebagai satu proses. Dua lagi contoh takrifan dapat meneguhkan ciri

Page 4: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

16 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

proses penyelidikan, jika merujuk kepada definisi yang diberi Kerlinger (1990) dan

Best (1991) seperti berikut:

1. Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisis dan pemerhatian yang terkawal

secara sistematik dan objektif yang membawa kepada pembentukan

generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian.

2. Penyelidikan saintifik adalah kajian yang sistematik, terkawal, empirikal dan

kritikal mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipotesis

mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipoteis

mengenai hubungan yang dijangkakan di antara fenomena.

Merujuk kepada definisi di atas, dapat diturunkan beberapa ciri proses penyelidikan

seperti berikut:

1. Bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenal pasti dalam situasi yang

spesifik atau bagi memperbaiki keadaan amalan-amalan tertentu.

2. Sebagai satu alat latihan dalam perkhidmatan yang mampu memberikan guru-

guru kemahiran dan pendekatan baru serta meningkatkan kesedaran kendiri

mereka.

3. Sebagai satu alat untuk menyerapkan pendekatan-pendekatan inovatif atau

tambahan ke dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam sistem

yang biasanya menghalang inovasi dan perubahan.

4. Sebagai satu wadah bagi memperbaiki komunikasi yang biasanya kurang baik

di antara para pendidik dan ahli akademik.

5. Sebagai satu pendekatan alternatif kepada penyelesaian masalah dalam bilik

darjah.

Madzniyah et al. (1995: 7) telah merumuskan bahawa ciri-ciri Penelitian

tindakan kelas boleh dilihat pada dua aspek iaitu:

Aspek pendekatan kajian, Penelitian tindakan kelas:

1. Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui

perubahan guru dalam p&p

Page 5: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

Konsep Penyelidikan 17

2. Melibatkan proses p&p dan perkembangan ikhtisas guru yang sistematik

melalui kritikan yang membina

3. Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar

4. Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri

Aspek alam persekitaran kajian, penelitian tindakan kelas

1. Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di bilik darjah atau sekolah

2. Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif

3. Memberi fokus pada sesuatu isu atau masalah di persekitaran sekolah

4. Melibatkan tindakan intervensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan

jangkaan

Berdasarkan ciri-ciri penelitian tindakan kelas yang telah dikemukakan,

maka dapatlah dirumuskan antara ciri penting penelitian tindakan kelas adalah

dilakukan oleh guru dalam situasi sebenar di bilik darjah; dilakukan secara

kolaborasi yang bersifat inkuiri kolaboratif kritikal; untuk memperbaiki amalan

melalui perubahan dalam p&p; melibatkan langkah-langkah dalam kitaran dan

dilakukan secara sistematik.

Walau bagaimanapun, penelitian tindakan kelas mempunyai beberapa ciri

yang sama dengan penyelidikan konvensional yang lain iaitu ia menuju ke arah ilmu

pengetahuan; ia menyediakan bukti bagi menyokong ilmu pengetahuan tersebut; ia

menunjukkan proses inkuiri secara eksplisit yang membawa kepada munculnya

ilmu pengetahuan dan ia menghubungkan ilmu pengetahuan baru dengan ilmu

pengetahuan yang sedia ada.

Page 6: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

18 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYELIDIKAN

Proses penyelidikan dalam modul ini merujuk secara amnya kepada kaedah

saintifik. Aktiviti penyelidikan itu merangkumi proses pengenalpastian masalah

untuk diselesaikan, pembinaan satu hipotesis atau jawapan tentatif kepada masalah

itu, menguji hipotesis, pengumpulan data dengan instrumen yang sah dan boleh

dipercayai di samping penganalisaan serta interpretasi data. Langkah-langkah

penyelidikan dapat dilihat seperti dalam rajah 1.

Rajah 1: Urutan Lineardalam Penyelidikan

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN Kandungan dalam sesuatu laporan lengkap kajian adalah sinopsis atau abstrak iaitu

ringkasan menerangkan kajian yang dibuat, jenis kajian, pembabitan subjek di mana

instrumen yang digunakan dan dapatan yang diperolehi. Daftar jadual, daftar rajah

serta senarai singkatan perlu diberi dalam laporan bagi memudahkan kefahaman

pembaca. Bibliografi pula berfungsi sebagai sumber rujukan dalam menyiapkan

kajian ini.

Takrif Penyelidikan

Terbitkan Hipotesis

Buat Definisi Operasional

Reka Satu Instrumen

Pngutan Data

Buat Data Analisis Data Pungutan Data

LANGKAH 3 LANGKAH 2

LANGKAH 1 LANGKAH 4

LANGKAH 8 LANGKAH 7 LANGKAH 6 LANGKAH 5

Page 7: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

Konsep Penyelidikan 19

Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk

sebagai satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada

penyelidikan pendidikan ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena

baru pada masa akan datang.

AKTIVITI PENYELIDIKAN

Mencari dan Mengenal Pasti Masalah

Peringkat pertama dalam sesuatu penyelidikan ialah mengenal pasti masalah

penyelidikan. Penyelidik perlu mengenal pasti satu masalah penyelidikan yang

genting yang mampu dikaji. Proses penyelidikan bermula di peringkat tinjauan

dengan menyiasat dan mengenal pasti isu-isu dan idea-idea untuk menentukan tajuk

kajian. Masalah biasa seorang penyelidik guru merupakan masalah yang sering

dihadapi dalam kehidupan sehariaannya di dalam atau di luar bilik darjah.

Penyelidik perlu berupaya mengenal pasti dan memfokus kepada persoalan

masalah. Masalah merupakan gagasan umum yang merangkumi persoalan-

persoalan dan isu-isu tersirat. Pengenalpastian masalah melibatkan penentuan

dengan tepat persoalan dan isu-isu penting yang genting dalam bidang pendidikan.

Penyelidik perlu membaca dan menggunakan analisis yang kritikal bagi menentukan

masalah dan persoalannya. Masalah penyelidikan yang baik adalah masalah yang

mengandungi persoalan dan isu yang penting dan boleh dijawab serta diselesaikan

melalui penyelidikan. Terdapat beberapa prosedur semasa memilih masalah

penyelidikan. Pertama, ialah mengenal pasti tajuk yang diminati. Kedua, membentuk

pelbagai soalan kecil. Ketiga, meninjau sejauh mana tajuk tersebut boleh diselidiki

dan keempat, menyatakan hipotesis supaya pilihan tajuk boleh dikhususkan kepada

satu masalah penyelidikan. Masalah penyelidikan yang besar dan rumit hendaklah

dianalisis, dikupas dan dipecahkan kepada beberapa persoalan yang jelas dan

khusus.

Page 8: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

20 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Pemecahan persoalan kepada unsure-unsur dan pemboleh ubah perlu dilakukan

sehinggan penyelidik berupaya untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah

pemboleh ubah yang dapat membentuk masalah penyelidikan.

Menilai dan Membentuk Masalah Penyelidikan

Penilaian terhadap sesuatu masalah membolehkan penyelidik mengetahui sejauh

mana sesuatu masalah penyelidikan boleh membantu dan memberi kebaikan

kepada proses membuat keputusan dalam pendidikan. Pertimangan mengenai nilai

kepentingan masalah penyelidikan adalah berdasarkan kepada nilai-nilai individu

dan pendapat penyelidik. Secara ringkasnya, terdapat beberapa kriteria untuk

memantapkan sesuatu masalah penyelidikan:

1. Masalah hendaklah sesuai untuk diselidiki. Masalah haruslah tergolong dalam

bidang kepakaran penyelidik. Penyelidik perlu memastikan masalah tersebut

boleh dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh dan had kewangan

diperuntukkan.

2. Penyelidik perlu menjalankan secara sistematik dan perlu menghindarkan

masalah yang mempunyai pertimbangan nilai dan kepercayaan.

3. Matlamat penyelidikan haruslah mempunyai penyelesaian dan dapat

meningkat pengetahuan serta berfaedah kepada amalan pendidikan

4. Penyelidikan hendaklah dapat meneguhkan dan menambahkan lagi

pengetahuan sedia ada serta dapat memandu penyelidik kepada masalah-

masalah baru.

Pembentukan Objektif dan Hipotesis

Objektif nerupakan sasaran sebenar penyelidik. Objektif adalah bersifat lebih khusus

dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat. Penyelidik perlu menyatakan

objektif penyelidikan dengan jelas untuk memandu penyelidik menjalankan

penyelidikan. Penyelidik perlu membuat jangkaan hasil penyelidikan yang dapat

membantu menjelas tujuan kajian melalui hipotesis yang sesuai.

Page 9: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

Konsep Penyelidikan 21

Hipotesis merupakan kenyataan yang menunjukkan kaitan antara dua atau lebih

pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan. Ia juga adalah saranan sementara bagi

penyelesaian maslaah berasaskan teori atau hasil penyelidikan yang lepas.

Berikut dirumuskan tujuan-tujuan hipotesis:

1. Hipotesis memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang

dikaji

2. Hipotesis memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung

3. Hipotesis dapat memberi panduan kepada penyelidikan kerana hipotesis

mewakili satu objektif tertentu. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah

penyelidikan, mencadangkan analisis statistik yang berkaitan dengan

pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji.

4. Hipotesis member rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian. Ia juga

member panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disearkan.

Ciri-ciri Hipotesis

Antara ciri-ciri hipotesis tertentu adalah seperti berikut:

1. Hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat supaya

penyelidikan boleh dilakukan dengan sempurna

2. Hipotesis mestilah sepadan dengan pengetahuan yang ada, tidak bertentangan

dengan teori hokum yang ada

3. Hipotesis mestilah mempunyai kuasa penjelasan iaitu keupayaan

menerangkan fenomena dengan logik, tepat dan jelas

4. Hipotesis hendaklah mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah

5. Hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian

dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak hipotesis yang

bersifat sementara. Inferen dibuat setelah hipotesis diuji

Page 10: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

22 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Definisi Istilah Secara Operasional

Istilah yang terdapat dalam bidang kajian hendaklah didefinisikan dengan jelas

dalam konteks skop kajian yang dibuat. Definisi ini bukan merujuk kepada kamus

bahasa tetapi melibatkan bidang kajian terbabit dan rumusan daripada beberapa

definisi oleh beberapa penyelidik terdahulu. Ini membantu menjelaskan dan

memahami masalah dan konteks bidang yang dikaji. Ia juga menerangkan konsep

khusus dalam bidang berkaitan. Definisi istilah ini juga boleh dilakukan dengan

menggunakan definisi bercontoh, definisi berbeza dan definisi penentuan.

TINJAUAN LITERATUR

Dengan membaca kajian lepas yang berkaitan atau tinjauan literature penyelidik

akan mengetahui dengan jelas latar belakang sesuatu masalah dan mengenal pasti

sejauh mana sesuatu bidang masalah yang wujud telah dikaji. Ini membolehkan

pengkaji menggunakan dapatan awal seperti teori konsep, instrument dan

sebagainya untuk membentuk satu strategi dan kaedah yang berkesan bagi

menyelesaikan masalahnya.

Penyelidik boleh menggunakan beberapa cara untuk mencari karya-karya yang

berkaitan dengan sesuatu penyelidikan dengan membuat kajian perpustakaan yang

meliputi penggunaan abstrak, indeks, penggunaan kamus perkara, ensiklopedia,

katalog dan penyelidikan melalui carian computer seperti Educational Review

Resourses Center (ERIC) dan internet. Penyelidikan juga boleh menggunakan cara

lain untuk mencari bahan yang relevan termasuk disertasi penulisan profesional

yang tidak diterbitkan, buku panduan dan lain-lain.

Page 11: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

Konsep Penyelidikan 23

POPULASI DAN PERSAMPELAN

Mengenal pasti populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi

menentukan bentuk dan keadaan pada mana masalah yang dikaji wujud secara

langsung sejauh mana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan

Dianalisis. Pentaksiran dan inferens tentang data dan maklumat yang dikumpul juga

dipengaruhi dan terbatas kepada populasi yang dikaji. Bagi menjayakan

penyelidikan yang berkesan, penyelidik perlu mengenal pasti populasi dengan tepat

dan jelas.

Sample

Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah dan dengan itu,

penyelidik harus melibatkan keseluruhan individu dalam populasi. Bagaimanapun

kita jarang berpeluang dan berupaya untuk mengkaji semua ahli populasi. Apa yang

biasa kita mampu lakkan ialah menggunakan sebahagian kecil ahli populasi yang

dinamakan sampel dan menggunakan maklumat sample bagi menganggar maklumat

untuk mendapatkan sampel. Beberapa kaedah untuk mendapatkan sampel yang

mewakili populasi adalah seperti berikut:

1. Persampelan berasaskan teori kebarangkalian

Persampelan merupakan satu langkah yang penting dalam membuat

penyelidikan. Ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Sungguhpun

demikian, kita tidaklah boleh memilih sampel kerana pemilihan sampel

bersandarkan teori kebarangkalian.

2. Persampelan tidak berasaskan teori kebarangkalian

Kadangkala penyelidik merasakan lebih sesuai memilih sampel berdasarkan

kesesuaian penyelidik seperti persampelan kelompok dan persampelan

bertujuan.

Page 12: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

24 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

KAEDAH PENYELIDIKAN

Penyelidik harus menggunakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan

jawapan bagi menyelesai sesuatu masalah penyelidikan pendidikan. Kaedah yang

berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu penyelidikan.

Oleh itu, penyelidik perlu mengenal pasti objektif dan jenis penyelidikan yang akan

dijalankan. Terdapat beberapa kaedah penyelidikan yang sering digunakan dalam

penyelidikan pendidikan ialah kaedah sejarah, deskriptif, eksperimen, ex post facto,

penyelidikan kualitatif dan penyelidikan penilaian.

INSTRUMEN

Dalam peringkat merancang dan menentukan strategi penyelidikan, perkara-

perkara utama yang harus dipertimbangkan dalam kaedah penyelidikan ialah cara-

cara mengumpul data. Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang

berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kaur dan tidak berkesan

serta boleh menyebabkan beban menginterpretasi maklumat dan hasil kajian.

Kegagalan menyempurnakan sesuatu penyelidikan mungkin berlaku disebabkan

alat pengumpulan data yang tidak berkesan.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang

subjek. Penyelidikan perlu menyediakan alat ukur yang sesuai dengan objektif

sesuatu kajian. Pengkaji juga harus mengambil instrument daripada kajian-kajian

lepas dengan mengubah suai selaras dengan objektif dan matlamat sesuatu kajian

penyelidikan.

Ujian rintis perlu dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu

alat ukur dan bagi merangsang subjek untuk bertindak secara positif atau negatif

terhadap olahan dan seterusnya terhadap pasca ujian. Pembentukan alat ukur dan

mengambil perhatian yang teliti semasa membentuk dan mentadbir instrumen

Page 13: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

Konsep Penyelidikan 25

supaya dapat memberi gambaran sebenar kepada subjek yang dikaji. Instrumen

atau alat kajian yang digunakan hendaklah dapat diterangkan dengan jelas dari

mana sumber alat tersebut diperolehi, bentuk alat tersebut, item-item yang ada dan

skala jawapan yang digunakan. Instrumen yang diambil dari luar hendaklah

diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia mengikut kesesuaian budaya tempatan dan

ayat-ayat yang mudah difahami.

Kesahan alat dengan soalan-soalan yang digunakan hendakla dinyatakan dari hasil

ujian rintis atau pra ujian yang dijalankan terhadap sampel rawak terpilih dalam

tempoh tertentu dan kebolehpercayaan hasil ujian tersebut.Item-item yang

mempunyai kesahan rendah perlu ditukar atau diubah suai dan diuji semula

sebelum dijalankan pungutan data sebenar.

Memproses dan Menganalisis Data

Membuat analisis dan interpretasi merupakan peringkat yang penting sekali dalam

sesuatu aktiviti penyelidikan. Ini adalah kerana hasil dapatan dan kesimpulan ini

akan menjadi pertimbangan asas untuk membuat cadangan dan tindakan yang

selanjutnya untuk membaiki situasi dan amalan yang kurang memuaskan atau

menjadi asas untuk mengubah suai pelan tindakan dalam kajian yang kedua.

Proses menganalisis, menginterpretasi dan memuat keputusan hanya boleh

dilakukan selepas data telah dikumpulkan daripada instrument soal selidik,

pemerhatian atau temu bual. Data yang dikumpul akan mudah dihalkan dengan

menggunakan statistik. Perwakilan data sebagai contoh, histogram, graf garisan,

carta palang dan sebagainya boleh membantu. Pentafsiran dibantu dengan merujuk

kepada jadual atau perwakilan data itu. Kemudian kesimpulan akan dibuat

berdasarkan pentafsiran.

Page 14: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

26 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

MEMBUAT KESIMPULAN

Sesuatu penyelidikan seharusnya menghasilkan jawapan kepada masalah yang

dikaji. Kupasan yang jelas dan mendalam dilakukan berdasarkan kepada tafsiran

yang tepat dan berkesan terhadap akta-fakta yang diperolehi untuk memberi

jawapan yang dikaji. Penyelidik seharusnya memperolehi fakta sebaik mungkin dan

tafsiran mengambil kira batasan penyelidikan.

Pada kebiasaannya terdapat dua kemungkinan keputusan yang diperolehi daripada

pengumpulan dan pemprosesan data dan maklumat. Pertama ialah keputusan sepeti

yang dijangka. Kedua ialah kemungkinan keputusan pertentangan dengan hipotesis

penyelidik. Hanya datu daripada dua kemungkinan tersebut boleh berlaku.

Penyelidikan harus dan mesti dirancang agar penyelidik bersedia untuk mentafsir

keputusan negatif atau sebaliknya.

MEMBUAT LAPORAN

Sesudah menjalankan kajian dan mendapatkan hasil jawapan kepada masalah

penyelidikan, penyelidik perlu menyebar di dalam bentuk penulisan hasil agar

penyelidikannya boleh dikongsi oleh pihak lain. Membuat laporan merupakan

peringkat akhir dalam segala proses penyelidikan. Laporan penyelidikan ini

biasanya mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

1. Pengenalan

2. Penyataan masalah penyelidikan

3. Objektif dan tujuan penyelidikan

4. Tinjauan Literatur

5. Kaedah penyelidikan yang digunakan

6. Keputusan kajian

7. Rumusan dan cadangan

Page 15: Bab 2 Konsep Penyelidikan 13 28

Konsep Penyelidikan 27

Penemuan penyelidikan perlu dilaporkan dan disebarkan untuk faedah bersama.

Laporan mesti dibuat dengan jujur, jelas dan boleh difahami. Penemuan

penyelidikan harus didedahkan kepada perbincangan umum, khususnya dalam

kalangan masyarakat berbudaya penyelidikan agar kegunaanya lebih mantap dan

meluas.

RUMUSAN

Secara normalnya, kita dan kehidupan sekeliling sedikit sebanyak bersifat saintifik.

Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin meneroka. Penerokaan dan

penyelidikan memerlukan pengetahuan dan asas-asas bukti yang kukuh serta

saintifik. Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan yang mana ia bersifat

global, penyelidikan seharusnya melibatkan perancangan yang sistematik dan

teratur supaya kerja-kerja penyelidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan.

Ini disebabkan penyelidikan pendidikan adalah aktiviti untuk memahami sesuatu

fenomena dan mencari jawapan kepada sebab dan akibat. Penyelidikan

mengandungi masalah yang hendak diselidiki, bukti yang mengandungi fakta-fakta

analisis dan klasifikasi yang logik dan diuji penggunaanya kea rah penyelesaian

masalah serta akhirnya kesimpulan kepada masalah. Proses aktiviti tersebut

membabitkan beberapa prosedur secara saintifik dan sistematik.

Penelitian setiap proses sedemikian akan menghasilkan sesuatu yang bernilai dan

dapat menyumbangkan kea rah memperbaiki sesuatu fenomena, juga sebagai

panduan kepada penyelidikan pada masa akan datang bagi menghadapi kajian dan

penyelidikan fenomena yang sama dalam perkembangan tamadun manusia.