4
BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA. BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA. (hlm. 243) Pengenalan. Tanah Melayu awalnya dikenali sebagai Suvarnabhumi ( Bumi Emas ). Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah seperti Perancis, Britain dan Jerman bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan kuasa-kuasa ini telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial. British mulai bertapak di Tanah Melayu pada 1786 di Pulau Pinang, 1819 di Singapura dan 1824 di Melaka. EKONOMI TRADISIONAL. PENGERTIAN • Dikenali sebagai ekonomi sara diri • Merujuk aktiviti ekonomi yang tidak menghasilkan lebihan lebihan produk untuk tujuan pemasaran. • Ekonomi untuk memenuhi keperluan sendiri CIRI-CIRI • kegiatan: melombong bijih timah, menanam padi ,memungut hasil hutan, menternak binatang, menangkap ikan • berskala kecil • teknologi mudah • kegunaan keluarga • lebihan untuk tukaran barangan lain • dilakukan bersama ahli keluarga EKONOMI DAGANGAN. PENGERTIAN Merujuk kepada kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran. Pengeluaran o dalam skala besar

BAB 10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM

Citation preview

Page 1: BAB 10

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA. (hlm. 243)

Pengenalan. Tanah Melayu awalnya dikenali sebagai Suvarnabhumi ( Bumi Emas ). Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah seperti Perancis, Britain dan Jerman bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan kuasa-kuasa ini telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial. British mulai bertapak di Tanah Melayu pada 1786 di Pulau Pinang, 1819 di Singapura dan 1824 di Melaka.

EKONOMI TRADISIONAL.

PENGERTIAN• Dikenali sebagai ekonomi sara diri• Merujuk aktiviti ekonomi yang tidak menghasilkan lebihan lebihan produk untuk tujuan pemasaran.• Ekonomi untuk memenuhi keperluan sendiri

CIRI-CIRI• kegiatan: melombong bijih timah, menanam padi ,memungut hasil hutan, menternak binatang, menangkap ikan• berskala kecil• teknologi mudah• kegunaan keluarga• lebihan untuk tukaran barangan lain• dilakukan bersama ahli keluarga

EKONOMI DAGANGAN.

PENGERTIAN

Merujuk kepada kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran. Pengeluaran o dalam skala besaro tenaga buruh yang banyako modal besaro teknologi tinggi o pemasaran yang luas. Sebelum kedatangan British, orang Melayu telah pasarkan hasil bijih ke China, India dan Jepun. Bijih juga digunakan oleh orang Melayu untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alat muzik seperti gong. Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh pembesar Melayu seperti Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan dikerjakan oleh buruh tempatan.

Page 2: BAB 10

Kaedah perlombongan : mendulang. Kedatangan British menyebabkan terbentuknya dwiekonomi iaitu dua bentuk ekonomi serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan ( komersial ). Penumpuan aktiviti ekonomi di pantai barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri pantai timur. Kewujudan permintaan biojih timah yang besar menyebabkan keuntungan hasil perlombongan dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan. Buruh dari China dibawa untuk memenuhi keperluan perlombongan dan pertanian yang berkembang pada abad ke 19.

SISTEM PERTANIAN KOMERSIAL.

British menekankan sektor pertanian berasaskan eksport kerana pertanian komersial merupakan penyumbang utama sumber pendapatan British di Tanah Melayu. Tanaman komersial yang digalakkan ialah :o Ubi kayuo Tebuo Lada hitamo Gambiro Tembakauo Kopi Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman lada hitam dan gambir di Johor dilaksanakan melalui Sistem Kangcu. Pemodal Eropah dan China banyak menumpukan kepada pertanian komersial. Mereka dapat menguasai pertanian komersial ini kerana :o Mempunyai modalo Mempunyai teknologi tinggio Mendapat konsesi tanah yang luaso Mendapat tempoh pajakan yang lama. Masyarakat Melayu sebaliknya masih terikat dengan pertanian sara diri. Pada abad ke 19, British hanya menumpukan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal China mengusahakan lada hitam, gambir dan ubi kayu. Abad ke 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

PERUSAHAAN GETAH.

Revolusi Industri telah meningkatkan permintaan getah terutamanya untuk perusahaan automobil. Bagi memenuhi permintaan getah, British memperkenalkan tanaman getah sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu. Usaha memperkembangkan perusahaan getah dijalankan oleh H.N.Ridley. Ridley selain mengagihkan benih getah secara percuma telah menemui cara menoreh secara sistem ibidem ( tulang ikan ) yang tidak merosakkan pokok. Perkembangan industri pembuatan barangan penggunaan seperti kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah. Kesannya, harga getah melambung tinggi dan perusahaan ini menjadi perusahaan terpenting di Tanah Melayu. Kemasukan modal asing melalui syarikat perwakilan di Tanah Melayu juga membantu perkembangan perusahaan

Page 3: BAB 10

ini dan pembukaan ladang-ladang baru. Perluasan kawasan tanaman juga ada kaitan dengan dasar British yang memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing. Antara dasar British :o Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.o Membina infrastruktur seperti jalan raya dan jalan keretapi untuk menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.o Untuk mengatasui kekurangan buruh, British membawa masuk pekerja asing terutamanya dari Selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah. Industri Getah mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia. Rancangan Stevenson telah diperkenalkan untuk mengatasi kejatuhan harga getah secara berterusan. Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar dan dikuatkuasakan antara November 1922 hingga Oktober 1928.

INDUSTRI PERLOMBONGAN

Tanah Melayu sangat kaya dengan bahan galian sehingga di gelar Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas oleh pedagang India. Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah melayu sejak abad ke 9 lagi. Perusahaan bijih timah mendapat perhatian dari British kerana ia mendatangkan keuntungan lantaran permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Penglibatan pengusaha dari China berlaku secara nyata mulai abad ke 19. Pada peringkat awal kedatangan mereka, pembesar Melayu mengawal dan memantau sepenuhnya kegiatan mereka. Penguasaan pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui aspek :o Pengusaha dari China mesti mendapatkan kebenaran pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongano Pembesar Melayu akan memastikan bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka .o Harga timah akan ditentukan oleh pembesar Melayu sendiri. Penguasaan orang Melayu terhadap perlombongan bijih timah berubah apabila pemodal Eropah mulai menguasai sektor ini. Awal abad ke 20, industri perlombongan mulai dikuasai pelombong dari Eropah. Pemodal Eropah dapat menyaingi pengusaha Cina kerana : o Kemampuan menyediakan modal untuk teknologi tinggi iaitu kapal koreko Perlombongan secara besar-besar menggunakan kapal korek.o Perlombongan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.o Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan kolonial di semua peringkat sektor ini. Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari Negeri Selat kerana kekurangan modal. Faktor penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah pada abad ke 20 merosot adalah akibat pengenalan kapal korek.

Page 4: BAB 10