36
CHAPTER 1: INTRODUCTION TO DATABASE BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

Bab 1 Pengenalan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

Pengenalan Kepada Pangkalan Data

CHAPTER 1: INTRODUCTION TO DATABASEBab 1 : Pengenalan Kepada Pangkalan DataData merupakan satu aset yang penting sama ada bagi individu atau organisasi

Data yang betul dan mencukupi perlu agar keputusan dan tindakan yang tepat dapat diambil

Data perlu diurus dengan baik, kaedah yang paling biasa digunakan untuk mengurus data secara berkomputer ialah menggunakan pangkalan datapengenalanHIERARKI DATAKecil ke besarPembelian di supermarketPenggunaan kad kreditMenempah percutian di ejen pelancongan Mencari buku di perpustakaanMenyewa videoMenggunakan internet Menyambung pelajaran ke universiti

Contoh Aplikasi Pangkalan DataSistem pangkalan data wujud hasil daripada pemahaman sistem fail tradisional

Sistem fail tradisional dianggap kuno dan ketinggalan

Memahami sistem fail tradisional perlu agar :dapat menghindari dari melakukan kesilapan yang sama dalam sistem pangkalan datasangat berguna jika beralih dari sistem fail tradisional kepada sistem pangkalan dataSistem Fail Tradisional (Traditional File-Based System)Definisi Pendekatan Berasaskan Fail:

Koleksi program aplikasi yang menyediakan perkhidmatan kepada pengguna akhir di mana setiap program menakrif dan mengurus datanya sendiriPendekatan Berasaskan Fail(File Based Approach)Pendekatan fail biasa merupakan percubaan untuk menukar sistem pemfailan manual kepada sistem berkomputer.

Sistem pemfailan manual sesuai untuk :1) penyimpanan data dalam jumlah yang kecil 2) penyimpanan jumlah data yang besar di mana data tersebut hanya untuk disimpan dan dicapai semula.

Sistem pemfailan manual gagal apabila rujukan bersilang (cross reference) ingin dilakukan

Pendekatan Berasaskan Fail(File Based Approach)Kemasukkan Data dan LaporanKemasukkan Data dan LaporanAplikasi Program JualanAplikasi Program KontrakFail JualanRutin Pengurusan Fail

JualanKontrakFail KontrakRutin Pengurusan FailPendefinisian FailPendefinisian FailIlustrasi Pendekatan Berasaskan FailKelemahan Pendekatan Berasaskan FailPengulangan data menyebabkan :1) pembaziran masa dan kos perlu memasukkan data lebih dari sekali2) penambahan ruang simpanan dan kos3) kemerosotan keutuhan data (data integrity) data tidak lagi konsisten

Definisi Pengulangan Data: Data sama yang direkod dalam dua atau lebih fail.Pengulangan DataKaedah penyimpanan fail secara berasingan menyukarkan proses mendapatkan maklumat apabila ia memerlukan gabungan dua atau lebih fail

Menyebabkan data dikemas kini di satu jabatan tetapi jabatan lain tidak mengemas kini data tersebut pada fail-fail yang berkaitanPengasingan DataMasalah sering timbul apabila berlaku perubahan dalam format fail atau kehendak output.

Keadaan ini dikenali sebagai program-data dependence

Jika format fail diubah, aturcara penggunaan turut perlu diubah atau ditulis semula.

Proses ini mengambil masa yang lama kerana pengaturcara perlu mengenalpasti program yang terlibat, mengubah dan menguji semula program tersebut.Kebersandaran DataFormat fail yang diproses oleh satu bahasa pengaturcaraan adalah berbeza daripada format fail yang diproses oleh satu bahasa pengaturcaraan yang lain

Fail yang disimpan di dalam format yang berlainan menyebabkan ia tidak serasi dan sukar untuk dikemas kini dan diprosesKetakserasian Format FailKesukaran mewakilkan data bagi menggambarkan organisasi yang sebenar lantaran daripada kurang kerjasama, penyelarasan dan piawaian di antara jabatan dalam organisasi itu sendiri

Sukar untuk membuat hubungan antara rekod-rekod yang tersimpan dalam setiap jabatan

Oleh itu, operasi organisasi sukar digambarkan secara menyeluruh dan tepatKesukaran Mewakilkan Data OrganisasiPangkalan Data merupakan sebuah gudang data yang besar yang boleh digunakan serentak oleh pelbagai jabatan dan penggunaDefinisi Pangkalan Data: koleksi data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sebuah organisasi.Pendekatan Pangkalan Data (Database Approach)DBMS juga dikenali sebagai SPPD (Sistem Pengurusan Pangkalan Data) di dalam versi bahasa Melayu

DBMS adalah perisian yang berinteraksi dengan pengguna program aplikasi dan pangkalan data

Definisi DBMS :Perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengemaskini, mengurus dan menyelenggara pangkalan dataDBMS (Database Management System)Membenarkan Pengguna Mentakrif Pangkalan Data Menggunakan Ddl (Data Definition Language)

Membenarkan Pengguna Memasukkan, Mengemaskini, Menghapus Dan Mencapai Data Dari Pangkalan Data Menggunakan Dml (Data Manipulation Language)

Menyediakan Kawalan Capaian Di Dalam Pangkalan Data Seperti Sistem Keselamatan, Perkongsian Capaian Data, Recovery System Dan SebagainyaKemudahan DBMSPengguna menggunakan program aplikasi untuk mencipta dan menyelenggara pangkalan data dan menjana maklumat

Program aplikasi ditulis menggunakan bahasa pengaturcaraan

Definisi Program Aplikasi :Perisian komputer yang berinteraksi dengan pangkalan data dengan menerbitkan beberapa permintaan yang sesuai (biasanya menggunakan SQL) dengan pangkalan data. Program Aplikasi (Application Program)Kemasukkan Data dan LaporanKemasukkan Data dan LaporanAplikasi Program JualanAplikasi Program KontrakPangkalan DataDBMS

Sistem Pangkalan DataJualanKontrakIlustrasi Pendekatan Pangkalan DataPerkakasan (Hardware)Perisian(Software)Prosedur (Procedures)Manusia (People)DataKomponen Persekitaran DBMSDBMS memerlukan perkakasan untuk beroperasi seperti komputer, kerangka utama (mainframes), rangkaian dan lain-lain.

Perkakasan bergantung kepada keperluan organisasi dan DBMS yang digunakan.Perkakasan (Hardware)Melibatkan koleksi aturcara yang digunakan oleh komputer dalam Sistem Pangkalan Data, sistem pengoperasian, program aplikasi dan perisian rangkaian

Biasanya program aplikasi bahasa ditulis menggunakan bahasa generasi ketiga seperti C,C++,C#, Java, VB,COBOL atau Pascal

Bahasa generasi keempat seperti SQL diselit ke dalam bahasa generasi ketigaPerisian(software)Data merupakan data mentah yang disimpan di dalam fail dan hasil daripada analisis terhadap organisasi yang terdiri daripada entiti, atribut dan perhubungannya.

Data merupakan komponen paling penting di dalam DBMS dan menjadi jambatan di antara komponen mesin dan komponen manusiadataProsedur ialah arahan dan peraturan yang mengawal rekabentuk dan kegunaan pangkalan data

Pengguna sistem dan staf yang mengurus pangkalan data memerlukan dokumentasi prosedur mengenai bagaimana untuk mengoperasi dan menggunakan pangkalan data

Contoh :1) cara log masuk ke dalam DBMS2) memulakan dan memberhentikan DBMS3)melakukan backup dan sebagainya.Prosedur (Procedures)Komponen manusia berkaitan dengan pengguna yang terlibat di dalam sistem pangkalan data.

Terdapat empat jenis pengguna yang terlibat di dalam persekitaran DBMS:

Manusia (People)Pentadbir Data bertanggungjawab pengurusan sumber data termasuk perancangan data, piawai pembangunan dan penyelenggaraan, polisi dan prosedur dan rekabentuk logik pangkalan data

DA memastikan pembangunan pangkalan data menyokong objektif korporatPentadbir Data (Data Administrator @ DA ) DBA bertanggungjawab dalam rekabentuk dan pembangunan fizikal pangkalan data, kawalan keselamatan dan integriti, penyelenggaraan OS dan memastikan kemudahan pangkalan data yang diminta menepati keperluan pengguna

DBA perlu tahu secara terperinci pangkalan data dan persekitarannya

Pentadbir Pangkalan Data (Database Administrator @ DBA)Terbahagi kepada dua iaitu perekabentuk pangkalan data logikal dan perekabentuk pangkalan data fizikalPerekabentuk Pangkalan DataPerekabentuk Pangkalan DataApabila pangkalan data telah ditetapkan, fungsi program aplikasi yang diperlukan oleh pengguna akhir perlu dibangunkan

Pembangun Aplikasi bertanggungjawab membangunkan program aplikasi tersebut berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh juruanalisa sistem (system analyst)

Setiap program mengandungi pernyataan yang meminta DBMS melakukan sesuatu operasi terhadap pangkalan data seperti memasukkan data, mengemaskini data, membuang data dan mencapai data

Pembangun AplikasiPengguna akhir merupakan pelanggan pangkalan dataPengguna akhir terbahagi dua:

Pengguna Akhir (End User)Pengguna Akhir (End User)Kawalan terhadap pengulangan data dapat dilakukan kerana data disimpan di dalam satu lokasi

Keselarasan data lebih tinggi apabila kawalan terhadap pengulangan data dilakukan. Contohnya apabila pengemaskinian sebuah data dilakukan, maklumat terbaru data tersebut dapat dicapai oleh semua pengguna DBMS

Lebih maklumat dapat dijana daripada jumlah data yang samaKebaikan DBMSPerkongsian data di antara individu atau jabatan lain dapat dilakukan kerana data dipunyai oleh organisasi, bukannya individu atau jabatan tertentu

Integriti data, baik pulih (recovery) dan keselamatan lebih baik

Ekonomikal dari segi tenaga manusia, storan dan kos

Penyediaan data lebih baik kerana DBMS menyediakan kemudahan pertanyaan (query) dan penjanaan laporan yang mudah

Produktiviti organisasi dapat dipertingkatkanKebaikan DBMSDBMS sebuah perisian yang kompleks dan kegagalan untuk memahami DBMS akan memberi kesan kepada organisasi apabila keputusan yang buruk diambil.

Saiz DBMS yang besar melibatkan saiz storan yang banyak dan memerlukan ruang ingatan yang besar untuk beroperasi secara efisyen

Kos pembangunan DBMS yang tinggi, bergantung kepada persekitaran dan fungsi yang disediakan.Keburukan DBMSPerlu membeli perkakasan yang lebih besar seperti kerangka utama untuk membenarkan pelbagai pengguna menggunakan DBMS dalam masa serentak

Kos peralihan dari aplikasi yang dipakai oleh organisasi kepada sistem baru DBMS adalah tinggi seperti kos melatih staf menggunakan sistem baru atau melantik staf pakar untuk membantu mengoperasi sistem tersebut.

Kesan kegagalan lebih tinggi lantaran pemusatan sumber menyebabkan pengguna amat bergantung kepada DBMS. Satu komponen tidak berfungsi akan menyebabkan operasi tergendalaKeburukan DBMS