bab 1

  • Upload
    shahrul

  • View
    1.023

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Pendidikan Islam Sekolah Rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan,

kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah :

i. ii. iii.

Pendidikan asas tilawah al-Quran Pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardhu Ain Pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam

iv.

Penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat

bidang

ini

hendaklah

disampaikan

dengan

berkesan.

Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk muridmurid agar mempunyai cita- cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.1

Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan alSunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Menurut Hasan Langgulung (1995 : 125) Pendidikan Islam merupakan dua istilah yang berbeza yang seringkali dicampuradukkan penggunaannya. Pertama, Pendidikan Islam yang bersifat umum dan meliputi segala aspek pendidikan iaitu jasmani, rohani, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains dan lain-lain. Pendeknya, ia merangkumi seluruh kehidupan manusia daripada buaian hingga liang lahad.

Manakala yang kedua pula, Pendidikan Islam dalam pengertian terhad, iaitu merangkumi pengajaran pelbagai mata pelajaran yang bersangkut paut dengan ilmu-ilmu yang lazim dipanggil ilmu pengetahuan agama seperti fekah, tauhid, faraid dan lain-lain terutamanya yang bersangkut paut dengan perkara-perkara yang bersifat fardhu ain dan fardhu kifayah. Selain itu, menurut Ahmad Haji Mohd. Salleh (1984:59), Pendidikan Islam adalah satu usaha memimpin atau membimbing kepada kehidupan muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah sehingga membentuk keperibadian yang sejati.

Manakala pendidikan pula ialah proses membentuk keperibadian manusia, melahirkan manusia yang dapat berinteraksi dengan lebih baik dengan Pencipta alam dan alam itu sendiri. Oleh itu, murid-murid tidak rugi menguasai kesemua mata pelajaran tersebut kerana bukan hanya belajar di sekolah tetapi hingga ke peringkat tinggi sekali pun masih diperlukan. Pendidikan agama dapat membantu murid-murid ataupun masyarakat dalam proses membentuk kehidupan yang sempurna di samping dapat meningkatkan pengetahuan agama dengan lebih mendalam untuk diaplikasi dalam kehidupan.

Salah satu komponen pembelajaran Pendidikan Islam adalah mempelajari ibadat solat. Ibadat solat terangkum di dalam bahagian amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang diletakkan dalam bab khas iaitu Bab Asas Ulum Syariah. Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syarak, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataanperkataan di dalam solat dikenali sebagai rukun qauli. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam solat dikenali sebagai rukun fili dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbi. Ia juga merupakan satu daripada rukun Islam yang lima dan menjadi kewajipan pada setiap individu yang telah mencapai usia baligh. Solat yang difardhukan ke atas umat Islam adalah lima waktu sehari semalam.

Solat telah disyariatkan pada malam Israk setahun sebelum Hijrah. Fiman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa ayat 103 :

3

s*s

OFs% #Yq%ur

no4qn=9$# 4n?tur

(#r2$$s N6/qZ_ 4

!$##

$VJu%

#s*s

NGYtR'yJ$# (#qJ%r's no4qn=9$# 4 b) no4qn=9$# MtR%x. n?t ZBsJ9$# $Y7tF. $Y?q%qB maksudnya : Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Selain itu, solat juga dapat melahirkan perasaan seorang hamba bahawa diri mereka sentiasa diperhatikan oleh Allah. Oleh itu, solat dapat melahirkan seseorang yang berakhlak mulia sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Ankabut ayat 45 :

@?$# !$tB zrr& y7s9) B =tG39$# O%r&ur no4qn=9$# ( c) no4qn=9$# 4sSZs? t !$tsx9$# s3ZJ9$#ur 3 .%s!ur !$# t92r& 3 !$#ur On=t $tB tbqoYs? maksudnya : Bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari kitab Quran ini dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan

mungkar, sedangkan mengingati Allah lebih besar. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan.

Melihat kepada kepentingan solat, maka aspek amali solat terdapat di dalam Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang wajib dilaksanakan di sekolahsekolah. PAFA ialah : Beberapa perkara yang terpenting daripada Fardhu Ain, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh Syarak. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994, ruj : Kp5206/8/70 Jld.13/(14) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H).

Dalam aspek penilaian, murid dinilai dari segi kefahaman yang betul tentang perlakuan serta pengamalan solat dan boleh mengamalkannya sekira-kira sah pada tahap yang paling asas dan minimum. PAFA dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PAFA mula dilaksanakan pada Sesi 1994/1995.

Ujian Amali Solat Fardhu dinilai ketika murid-murid di Tahun 5 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 2 bagi sekolah menengah. Perlaksanaan penilaian PAFA ini berdasarkan peraturan berikut : i. ii. Penilaian dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah. Soalan penilaian telah ditetapkan, dan calon diberitahu lebih awal, dan tidak ada5

kerahsiaan. iii. iv. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali. Tempoh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan. v. Murid diberikan masa, peluang, dan bimbingan yang secukupnya untuk memperbetul dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan, sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan betul dan sempurna. vi. Calon adalah diakui lulus PAFA apabila berjaya memahami dan mengamalkan semua soalan yang ditetapkan.

Kementerian Pelajaran akan melaporkan pernyataan LULUS atau GAGAL : PERKARA ASAS FARDHU AIN dalam keputusan dan sijil peperiksaan. Walau bagaimanapun, pernyataan tersebut tidak mengubah atau memberikan kesan terhadap status quo dalam sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang diambil oleh murid.

1.2

Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Taman Maluri bagi zon Pudu, Kuala Lumpur dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan ujian bacaan amali solat. Kajian Zaib bin Ngah (2002) merumuskan bahawa persepsi murid ada kaitan terhadap pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA. Persepsi murid dibahagikan kepada 6 aspek utama iaitu minat, kefahaman, pengamalan, penghayatan, pelaksanaan dan juga motivasi.

Umumnya dapatan kajian mendapati persepsi murid terhadap pelaksanaan PAFA di sekolah adalah positif. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa jantina, aliran sekolah, tahap pencapaian Pendidikan Islam dalam PMR, tahap pencapaian al-Quran dan tahap pencapaian jawi tidak memberi kesan kepada persepsi murid terhadap pelaksanaan PAFA di sekolah. Walaupun terdapat perbezaan min di antara pembolehubah-pembolehubah yang dinyatakan itu, namun secara statistik, perbezaanperbezaan tersebut tidak signifikan.

Hafidzah bte Md Shah (2004) pula berpendapat faktor diri, faktor keluarga, faktor masyarakat persekitaran, faktor rakan dan faktor sekolah memberi kesan kepada pelaksanaan ujian bacaan amali murid-murid. Kebolehan menguasai bacaan amali solat memerlukan dorongan daripada faktor-faktor tersebut. Sekiranya rangsangan negatif yang diterima, maka kemungkinan besar murid tidak mampu untuk menguasai sepenuhnya bacaan amali solat yang terkandung dalam ujian PAFA apatah lagi untuk melaksanakannya dengan baik.

7

Shairozi bin Hashim (2006) berpendapat faktor jantina, lokasi tempat tinggal dan aliran sekolah ada kaitan dengan perbezaan tahap kefahaman perkara asas fardhu ain yang merangkumi aspek akidah, ibadah dan akhlak serta amalannya di kalangan murid. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman perkara asas fardhu ain dan amalannya di kalangan murid berdasarkan faktor jantina, lokasi tempat tinggal dan jenis aliran sekolah. Hasil kajian beliau juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman perkara asas fardhu ain dengan amalannya di kalangan murid.

Menurut Siti Rokiah Binti Abdul Ghani (2007), tahap amalan solat dan tahap akhlak murid sebenarnya saling berhubung kait antara satu sama lain. Sekiranya murid menekankan aspek pengamalan solat dalam kehidupan seharian, kemungkinan besar tahap penguasaan bacaan amali juga akan bertambah baik. Hasil kajian beliau, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan pencapaian dalam Pendidikan Islam untuk SPM. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam akhlak murid berdasarkan jantina dan pencapaian dalam Pendidikan Islam untuk SPM. Dapatan kajian ini juga mendapati wujud hubungan di antara amalan solat dengan akhlak murid-murid.

Berdasarkan kajian-kajian ini, jelaslah bahawa pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak bagi membantu murid-murid menghadapi ujian amali PAFA seterusnya mempraktikkan di dalam kehidupan seharian mereka. Ia memerlukan usaha

semua pihak bagi mewujudkan penambahbaikan strategi untuk murid dan guru.

1.3

Pernyataan Masalah

Terdapat murid Islam Tahun 5 mengambil masa terlalu lama untuk membuat persediaan setiap kali mereka diuji dalam PAFA terutama ketika ujian amali solat. Masalah ini menjadi lebih ketara ketika dijalankan ujian bacaan dalam amali solat fardhu. Kajian Mohd. Abd. Halim (2000) mendapati bahawa, tahap penghayatan solat bagi murid aliran agama adalah amat memuaskan (100.0 %) berbanding murid bukan aliran agama (75.0 %). Manakala dapatan kajian yang dilakukan oleh Rasid et al. (1999) mendapati hanya 52.7 peratus pelajar di Institusi Pengajian Tinggi mendirikan solat dengan lengkap lima waktu sehari semalam. Pelbagai langkah dan kaedah telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini, misalnya mengambil kedatangan murid ke surau dan guru sentiasa memerhati amalan murid.

Sekiranya murid-murid mengamalkan solat fardhu lima kali sehari secara berterusan, sewajarnya mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk membuat persediaan hafazan bacaan amali solat. Sekurang-kurangnya mereka hanya mengambil masa yang singkat untuk melancarkan hafazan bacaan solat mereka sebagai persediaan. Sekiranya masalah ini masih berlarutan, dikhuatiri pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 5 akan terganggu. Antara sebab berlaku hal ini kerana tajuktajuk yang perlu dipelajari dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5 agak banyak untuk dipelajari. Kebiasaannya guru Pendidikan Islam akan melaksanakan ujian PAFA di luar waktu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru terpaksa mencari9

waktu alternatif lain yang difikirkan sesuai untuk aktiviti pengujian tersebut sedangkan mereka terpaksa juga memikirkan bagaimana untuk menghabiskan topik dalam sukatan Pendidikan Islam Tahun 5.

Begitu juga murid yang belum menyelesaikan ujian PAFA akan sentiasa diminta untuk menghadiri masa pengujian luar waktu pembelajaran sedangkan mereka juga terbeban dengan aktiviti lain persekolahan termasuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran lain. Tambahan pula, sekiranya ujian PAFA bagi Tahun 5 tidak dapat diselesaikan ketika murid-murid masih di Tahun 5, ujian PAFA tersebut akan ditangguhkan ke Tahun 6. Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru Pendidikan Islam Tahun 6 akan terbeban kerana terpaksa menguji kod Ujian PAFA Tahun 5 yang belum diselesaikan serta Ujian PAFA Tahun 6 yang perlu dijalankan.

Selain itu, penangguhan ujian PAFA Tahun 5 ke Tahun 6 turut menjadi beban kepada murid-murid tersebut ketika mereka Tahun 6. Bebanan ini terjadi kerana muridmurid Tahun 6 akan berhadapan dengan dua peperiksaan besar iaitu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi yang bersekolah rendah agama di sebelah petang. Keadaan ini akan membuatkan tumpuan terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) terganggu serta boleh mengakibatkan mereka akan memperolehi keputusan yang rendah.

Kesemua faktor yang dinyatakan di atas menyebabkan pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA murid kurang keberkesanannya dalam memupuk penguasaan murid

terhadap amali solat. Justeru itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA dan seterusnya mengesan masalah yang dihadapi.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi :

i.

mengenal pasti amalan guru dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA.

ii.

mengenal pasti sikap murid terhadap pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA.

iii.

mengesan masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA.

1.5

Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan berikut :

11

i.

Apakah amalan guru dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA ?

ii.

Bagaimanakah sikap murid terhadap pendidikan ibadah solat dalam program PAFA ?

iii.

Sejauh manakah pencapaian murid dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA ?

iv.

Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA ?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran sebenar tentang peratus murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Taman Maluri yang bermasalah dalam menguasai bacaan amali solat Ujian Perkara Asas Fardhu Ain. Dapatan ini memberi gambaran bagaimana murid dan beberapa faktor yang lain memberi kesan kepada pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi maklumat kepada guru besar, penolong kanan Tadbir dan Kurikulum (TK), penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru Pendidikan Islam. Diharapkan pengetahuan ini akan dapat membantu tindakan susulan yang perlu dilakukan dalam meningkatkan tahap penguasaan bacaan amali solat PAFA murid. Kajian ini juga diharap dapat membantu guru Pendidikan Islam merancang aktiviti yang sesuai bagi menangani murid yang bemasalah dalam penilaian PAFA serta mengurangkan masalah-masalah yang sering timbul dalam

kalangan murid.

Manakala ibu bapa dan penjaga murid dapat menggunakan pengetahuan yang didapati hasil dari kajian ini untuk membimbing dan membantu murid dalam meningkatkan tahap penguasaan bacaan amali solat PAFA. Ini secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kadar murid yang dapat menguasai bacaan amali solat PAFA.

Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi sumber rujukan dan memberikan maklumat kepada penyelidik-penyelidik yang berminat dengan isu ini. Kajian-kajian lanjutan boleh diteruskan dengan menggunakan informasi yang terdapat dalam kajian ini.

Bahagian Pendidikan Islam dan Kementerian Pelajaran Malaysia juga dapat menggunakan kajian ini sebagai platfom untuk merangka, merancang program lanjutan dan strategi untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini terhad bagi mengenal pasti amalan guru, sikap murid dan masalah yang mempengaruhi pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA oleh murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur. Sekolah ini dipilih kerana lokasinya13

yang berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur.

Selain itu, walaupun isu tahap penguasaan bacaan amali solat PAFA merupakan kes kecil di sekolah ini serta tidak menjadi masalah besar, ia tetap menjadi minat pengkaji untuk mengenal pasti perkara yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan murid. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada masalah pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA yang mungkin berlaku pada lain-lain sekolah di Kuala Lumpur malah di sekolah-sekolah dalam Malaysia juga atau dalam erti kata yang lain ianya tidak boleh digunakan untuk menerangkan bahawa keadaan yang sama berlaku di semua sekolah di Malaysia.

1.8

Definisi Operasional

Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini diperjelaskan bagi menerangkan dengan lebih terperinci maksud dan kehendak penyelidik berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

1.8.1

Amalan Guru

Amalan ialah perihal perbuatan yang baik atau buruk, perbuatan yang biasa dilakukan atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan (Kamus Dewan Edisi Empat). Amalan guru merujuk kepada kebiasaan perbuatan guru dalam melaksanakan sesuatu

aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau luar kelas.

1.8.2

Sikap Murid

Sikap ialah perihal perbuatan, pandangan atau keyakinan

yang berdasarkan

sesuatu pendapat. Sikap murid ialah perbuatan atau pendapat murid yang mungkin ditunjukkan melalui perkataan atau dilahirkan melalui perbuatan terhadap sesuatu perkara.

1.8.3

Penguasaan

Penguasaan ialah perihal seseorang yang menjadi mahir serta mengetahui dengan mendalam tentang sesuatu perkara. Dalam konteks kajian ini, penguasaan yang dikehendaki ialah daripada sudut kemampuan murid menghafaz bacaan ayat-ayat amali solat dalam ujian PAFA. Tahap penguasaan murid ini akan diukur dengan menggunakan instrumen soal selidik yang disediakan oleh pengkaji.

1.8.4

Bacaan

Bacaan pula dapat didefinisikan sebagai cara untuk mendapatkan maklumat dari bahan bertulis. Dalam konteks kajian ini, bacaan yang dihafaz oleh murid adalah maklumat yang terdapat di dalam buku ujian PAFA Sekolah Rendah.15

1.8.5

Amali Solat

Amali Solat pula dapat didefinisikan sebagai berkaitan dengan kemahiran yang terdapat dalam sembahyang orang Islam. Dalam konteks kajian ini, amali solat adalah perkara yang diuji dalam ujian PAFA Sekolah Rendah.

1.8.6

Ujian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)

Ujian PAFA dapat didefinisikan sebagai Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain yang wajib dilaksanakan di sekolah-sekolah. Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah : Beberapa perkara yang terpenting daripada Fardhu Ain, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.