Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)

  • Published on
    07-Dec-2014

  • View
    14.670

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Menengah satu Ekspres (ayat polar dasar fn+fn dan fn+fk)

Transcript

  • 1. Ayat Pola FN+FN dan FN+FK Menengah Satu Ekspres Minggu 9 Pelajaran 3 Khamis, 8.30 pagi 9.30 pagi
  • 2. Cuba imbas kembali apa yang telah kita pelajari dalam pelajaran yang lepas
  • 3. Apa yang akan kita pelajari hari ini? Ayat (Pola FN+FN dan FN+FK )
  • 4.
    • Di akhir pelajaran, pelajar akan dapat:
    • mengingat kembali dan menyatakan apakah Frasa Nama (FN) dan Frasa Kerja (FK).
    • mengenal pasti sama ada predikat dalam ayat merupakan Frasa Nama (FN) atau Frasa Kerja (FK).
    • melengkapkan subjek dalam ayat dengan Frasa Nama (FN) yang sesuai.
    • melengkapkan predikat dalam ayat dengan Frasa Nama (FN) dan Frasa Kerja (FK) yang sesuai.
    Objektif
  • 5. 4 Pola ayat dasar dalam bahasa Melayu 1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) 2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK) 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)
  • 6. Frasa Nama & Frasa Kerja
    • Boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan .
    • - Kata _______ sebagai unsur intinya.
    Frasa Nama Frasa Kerja Apakah contoh-contoh KN?
    • Boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih .
    • - Kata intinya adalah kata ________.
    nama kerja Apakah contoh-contoh KK?
  • 7. Lihat ayat-ayat ini:
    • Ahmad guru.
    • Encik Mokhtar pemain golf negara tersohor.
    • Bangunan itu Muzium Negara.
    Apakah subjek dan predikatnya? Subjeknya FN atau FK? Predikatnya FN atau FK?
  • 8. Subjek (FN) + Predikat (FN) Subjek (FN) Predikat (FN) Ahmad guru. Murid itu ketua darjah. Bapa Ismail kerani.
  • 9. Subjek (FN) + Predikat (FN) Subjek (FN) Predikat (FN) Ayah Ali peguam bela terkenal. Encik Mokhtar pemain golf negara tersohor.
  • 10. Subjek (FN) + Predikat (FN) Subjek (FN) Predikat (FN) Binatang itu monyet. Bangunan itu Muzium Negara. Sekolah itu Sekolah Menengah Compassvale.
  • 11. Lihat ayat-ayat ini:
    • Kumpulan koir menyanyikan lagu-lagu patriotik
    • Murid itu mendengar nasihat gurunya.
    Apakah subjek dan predikatnya? Subjeknya FN atau FK? Predikatnya FN atau FK?
  • 12. Subjek (FN) + Predikat (FK) Subjek (FN) Predikat (FK) Pegawai polis menjaga keamanan dalam negeri. Kumpulan koir menyanyikan lagu-lagu patriotik. Pasukan tentera mempertahankan keselamatan negara.
  • 13. Subjek (FN) + Predikat (FK) Subjek (FN) Predikat (FK) Dia mengarang sebuah cerita jenaka. Murid itu mendengar nasihat gurunya. Pelajar universiti tersebut bertolak ke Ipoh.
  • 14. MARI MENCUBA Hmmmm FN+FN atau FN+FK? Pekerja-pekerja tersebut berkumpul di dewan itu. Keretanya terbalik di tepi jalan. Tegurannya suatu pengajaran.
  • 15. MARI MENCUBA Hmmmm FN+FN atau FN+FK? Ceritanya alasan sahaja . Tindakan itu penganiayaan semata-mata. Beliau Pengarah Pendidikan Negara.
  • 16.
    • Rujuk Buku Teks halaman 41.
    • Di dalam perenggan yang terdapat dalam bahagian akhir halaman tersebut, awak dikehendaki untuk mengenal pasti:
      • (a) Subjek dan predikat
      • (b) Pola ayat dasar FN+FN dan FN+FK.
    Aktiviti Individu Aktiviti 5 minit
  • 17.
    • Lengkapkan Buku Aktiviti halaman 32 dan 33.
    Aktiviti Individu Aktiviti 10 minit
  • 18. Apa yang telah awak pelajari dalam pelajaran ini?
  • 19. Selesai sudah pelajaran hari ini Semoga dapat meraih manfaat daripadanya Terima kasih!