Ayat penawar

  • Upload
    whazman

  • View
    252

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    1/42

    Ayat-ayat Al-

    Quran sebagai

    penawar

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    2/42

    Al-Fatihah

    [1] Dengan nama Allah, Yang MahaPemurah, lagi Maha Mengasihani.

    [2] Segala puji tertentu bagi Allah,

    Tuhan yang Memelihara dan

    Mentadbirkan sekalian alam.

    [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha

    Mengasihani.

    [4] Yang Menguasai pemerintahanhari Pembalasan (hari akhirat).

    [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang

    Kami sembah dan kepada Engkaulah

    sahaja kami memohon pertolongan.

    [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

    [7] Iaitu jalan orang-orang yang

    Engkau telah kurniakan nikmatkepada mereka, bukan (jalan) orang-

    orang yang Engkau telah murkai dan

    bukan pula (jalan) orang-orang yang

    sesat.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    3/42

    Al-Baqarah

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,

    lagi Maha Mengasihani.[1] Alif, Laam, Miim.

    [2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang

    syak padanya (tentang datangnya dari

    Allah dan tentang sempurnanya); ia pula

    menjadi petunjuk bagi orang-orang yang

    (hendak) bertakwa;

    [3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada

    perkara-perkara yang ghaib dan

    mendirikan (mengerjakan) sembahyang

    serta membelanjakan (mendermakan)

    sebahagian dari rezeki yang Kami berikan

    kepada mereka.

    [4] Dan juga orang-orang yang beriman

    kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan

    kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-

    kitab yang diturunkan dahulu daripadamu,

    serta mereka yakin akan (adanya) hari

    akhirat (dengan sepenuhnya).

    [5] Mereka itulah yang tetap mendapat

    petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah

    orang-orang yang berjaya.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    4/42

    Al-Baqarah 102

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    5/42

    Al-Baqarah

    [102] Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihiryang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi

    Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan

    kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan

    sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang

    diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),

    sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka

    menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk

    menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan

    mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari

    mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan

    isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau

    membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan

    sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan

    tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum

    Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu

    tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat

    buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    6/42

    Al-Baqarah 163 - 164

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    7/42

    Al-Baqarah

    [163]D

    an Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yangberhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha

    Mengasihani

    [164] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran

    malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan

    membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga(pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan

    dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia

    biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada)

    peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-

    apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu)ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,

    kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu)

    menggunakan akal fikiran.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    8/42

    Al-Baqarah

    [255] Allah, tiada Tuhan (yang

    berhak disembah) melainkan Dia,

    Yang Tetap hidup, Yang Kekal

    selama-lamanya mentadbirkan(sekalian makhlukNya). Yang tidak

    mengantuk usahkan tidur. Yang

    memiliki segala yang ada di langit

    dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa

    yang dapat memberi syafaat

    (pertolongan) di sisiNya melainkan

    dengan izinNya. Yang Mengetahuiapa yang ada di hadapan mereka dan

    apa yang ada di belakang mereka,

    sedang mereka tidak mengetahui

    sesuatu pun dari (kandungan) ilmu

    Allah melainkan apa yang Allah

    kehendaki (memberitahu kepadanya).

    Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan

    kekuasaanNya) meliputi langit dan

    bumi dan tiadalah menjadi keberatan

    kepada Allah menjaga serta

    memelihara keduanya. Dan Dialah

    Yang Maha Tinggi (darjat

    kemuliaanNya), lagi Maha Besar

    (kekuasaanNya).

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    9/42

    Al-Baqarah 285 - 286

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    10/42

    Al-Baqarah

    [285] Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari

    Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan

    Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:)

    Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulNya. Mereka

    berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai

    Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.

    [286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia

    mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa

    kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami!

    Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai

    Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat

    sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu

    daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apayang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta

    ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami;

    oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang

    kafir.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    11/42

    Al-i-Imran

    [18] Allah menerangkan (kepada sekalian

    makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti),

    bahawasanya tiada Tuhan (yang berhakdisembah) melainkan Dia, Yang sentiasa

    mentadbirkan (seluruh alam) dengan

    keadilan dan malaikat-malaikat serta

    orang-orang yang berilmu (mengakui dan

    menegaskan juga yang demikian); tiada

    Tuhan (yang berhak disembah) melainkan

    Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha

    Bijaksana.

    [19] Sesungguhnya agama (yang benar dan

    diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-

    orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan

    Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama

    Islam dan enggan menerimanya)

    melainkan setelah sampai kepada mereka

    pengetahuan yang sah tentangkebenarannya; (perselisihan itu pula)

    semata-mata kerana hasad dengki yang ada

    dalam kalangan mereka dan (ingatlah),

    sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat

    keterangan Allah, maka sesungguhnya

    Allah Amat segera hitungan hisabNya.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    12/42

    Al-Araf 54 - 56

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    13/42

    Al-Araf

    [54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan

    bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungimalam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan

    (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang,

    (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah

    tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.

    Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam.

    [55] Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan

    suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang

    yang melampaui batas.

    [56] Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allahmenyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah

    kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga

    dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya

    rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    14/42

    Yunus

    [[57] Wahai umat manusia!

    Sesungguhnya telah datang

    kepada kamu Al-Quran yang

    menjadi nasihat pengajaran dariTuhan kamu dan yang menjadi

    penawar bagi penyakit-penyakit

    batin yang ada di dalam dada

    kamu dan juga menjadi hidayat

    petunjuk untuk keselamatan,

    serta membawa rahmat bagiorang-orang yang beriman.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    15/42

    Yunus

    [81] Setelah mereka campakkan

    (benda-benda itu), Nabi Musaberkata: Apa yang kamu

    datangkan itu, itulah sihir;

    sesungguhnya Allah akan

    mendedahkan kepalsuannya

    (dengan mukjizat yang

    dikurniakanNya kepadaku);sesungguhnya Allah tidak akan

    menjayakan perbuatan orang-

    orang yang melakukan

    kerosakan.

    [82]D

    an Allah juga sentiasamenetapkan perkara yang benar

    dengan kalimah-kalimah

    perintahNya, walaupun yang

    demikian dibenci oleh orang-

    orang yang melakukan dosa.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    16/42

    Yunus 85 - 88

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    17/42

    Yunus

    85] Lalu mereka berkata: Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami!

    Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim

    ganas.

    [86] Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir.

    [87] Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi

    Harun): Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk

    menempatkan kaum kamu dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang,serta dirikanlah sembahyang di dalamnya dan sampaikanlah berita gembira kepada

    orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun

    dan kaumnya).

    88] Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami!

    Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnyabarang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini.

    Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya

    menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan

    kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga

    menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman

    sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    18/42

    Al-Israa

    82]D

    an Kami turunkandengan beransur-ansur

    dari Al-Quran Ayat-ayat

    Suci yang menjadi ubat

    penawar dan rahmat bagi

    orang-orang yangberiman kepadanya dan

    (sebaliknya) Al-Quran

    tidak menambahkan

    orang-orang yang zalim

    (disebabkan keingkaran

    mereka) melainkan

    kerugian jua.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    19/42

    Al-kahf 107 - 110

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    20/42

    Al-kahf

    [107] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,

    disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yangserba mewah).

    [108] Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

    [109] Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjaditinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis

    kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami

    tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.

    [110] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang

    manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalahTuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan

    pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh

    dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada

    Tuhannya.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    21/42

    Ta-Ha

    [69]D

    an campakkanlahapa yang ada di tangan

    kananmu, nescaya ia

    menelan segala (benda-

    benda sihir) yang mereka

    lakukan, keranasesungguhnya apa yang

    mereka lakukan itu

    hanyalah tipu daya ahli

    sihir; sedang ahli sihir

    itu tidak akan beroleh

    kejayaan, di mana sahaja

    dia berada

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    22/42

    Al-Muminun

    [115] Maka adakah patut kamu menyangka

    bahawa Kami hanya menciptakan kamu

    (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada

    sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dankamu (menyangka pula) tidak akan

    dikembalikan kepada Kami?

    [116] Maka (dengan yang demikian) Maha

    Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh

    alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan

    melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai

    Arasy yang mulia.

    [117] Dan sesiapa yang menyembah tuhan

    yang lain bersama-sama Allah, dengan

    tidak berdasarkan sebarang keterangan

    mengenainya, maka sesungguhnya

    hitungannya (dan balasan amalnya yang

    jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya.

    Sesungguhnya orang-orang yang kafir

    tidak akan berjaya.

    [118] Dan berdoalah (wahai Muhammad

    dengan berkata): Wahai Tuhanku,

    berikanlah ampun dan kurniakan rahmat

    dan sememangnya Engkaulah sahaja

    sebaik-baik Pemberi rahmat!

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    23/42

    As-Saffat 1 - 10

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    24/42

    As-Saffat

    [1] Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret.

    [2] (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya.

    [3] (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci.

    [4] (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu.

    [5] Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada

    di antara keduanya dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.

    [6] Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatanpenduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.

    [7] Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk

    campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka.

    [8] (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan

    malaikat) penduduk langit dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan

    penjuru.[9] Untuk mengusir mereka dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-

    putus.

    [10] Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana

    percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang

    menjulang lagi menembusi.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    25/42

    Al-Ahqaf 29 - 32

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    26/42

    Al-Ahqaf

    [29] Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin

    datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah merekamenghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu

    dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan

    itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan)

    memberi peringatan dan amaran.

    [30] Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab

    (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskankebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada

    kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (agama Islam)

    [31] Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak

    ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan

    sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang

    tidak terperi sakitnya.

    [32] Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah,

    maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja

    dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari

    Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian

    sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    27/42

    Al-fath 26 - 28

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    28/42

    Al-fath

    [26] (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu

    menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran

    Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati danterharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada

    orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap

    berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang

    sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah

    Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

    [27] Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benarRasulNya dalam perkara mimpi itudengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil

    Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan

    ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit

    rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar

    balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui

    (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia

    menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masaberlakunya).

    [28] (Allah yang menyatakan itu) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w)

    dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia

    memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah

    Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    29/42

    Ar-Rahman 1 - 18

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    30/42

    Ar-Rahman

    [[1] (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

    [2] Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.

    [3] Dialah yang telah menciptakan manusia.

    [4]D

    ialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.[5] Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.

    [6] Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk

    menurut peraturanNya.

    [7] Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan

    peraturan neraca keadilan.

    [8] Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.

    [9]D

    an betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barangyang ditimbang.

    [10] Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang

    lain.

    [11] Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-

    kelopak mayang.

    [12] Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-

    bungaan yang harum.[13] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

    (wahai umat manusia dan jin)?

    [14] Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar.

    [15] Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.

    [16] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

    [17] (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

    [18] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    31/42

    Ar-Rahman

    [33] Wahai sekalian jin dan manusia!

    Kalau kamu dapat menembus keluar dari

    kawasan-kawasan langit dan bumi (untukmelarikan diri dari kekuasaan dan balasan

    Kami), maka cubalah kamu menembus

    keluar. Kamu tidak akan menembus keluar

    melainkan dengan satu kekuasaan (yang

    mengatasi kekuasaan Kami; masakan

    dapat)!

    [34] Maka yang mana satu di antaranikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu

    hendak dustakan?

    [35] Kamu (wahai golongan yang kufur

    ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan

    ditimpakan dengan api yang menjulang-

    julang dan leburan tembaga cair (yang

    membakar); dengan yang demikian, kamu

    tidak akan dapat mempertahankan diri

    (dari azab seksa itu).

    [36] Maka yang mana satu di antara

    nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu

    hendak dustakan?

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    32/42

    Al-Hashr 21 - 24

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    33/42

    Al-Hashr

    [21] Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkaumelihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan

    (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,

    supaya mereka memikirkannya.

    [22] Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara

    yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    [23]D

    ialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkanD

    ia; Yang Menguasai (sekalianalam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);

    Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang

    Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi

    segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan

    denganNya.

    [24] Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari

    tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang

    dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-

    mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah

    Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    34/42

    Al-Jinn 1 - 9

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    35/42

    Al-Jinn

    [1] Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa

    sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan),

    lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnyakami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan

    kandungannya sungguh menakjubkan!

    [2] Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya,

    dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan

    kami.

    [3] Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: Tertinggilah

    kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

    [4] Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (Ketua) yang

    kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allahkata-kata yang melampaui kebenaran;

    [5] Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa

    manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta

    terhadap Allah.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    36/42

    Al-Jinn

    6] Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang darimanusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada

    ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan

    golongan jin bertambah sombong dan jahat.

    [7] Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana

    yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul(atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).

    [8] Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami

    dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya,

    dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

    [9] Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian)

    di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang

    cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    37/42

    Al-Kafirun

    [1] Katakanlah (wahai

    Muhammad): Wahai orang-orang

    kafir!

    [2] Aku tidak akan menyembah

    apa yang kamu sembah.

    [3] Dan kamu tidak mahumenyembah (Allah) yang aku

    sembah.

    [4] Dan aku tidak akan beribadat

    secara kamu beribadat.

    [5] Dan kamu pula tidak mahu

    beribadat secara aku beribadat.

    [6] Bagi kamu agama kamu dan

    bagiku agamaku.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    38/42

    An-Nasr

    1] Apabila datang pertolongan

    Allah dan kemenangan (semasa

    engkau wahai Muhammad berjaya

    menguasai negeri Mekah);

    [2] Dan engkau melihat manusiamasuk dalam agama Allah

    beramai-ramai;

    [3] Maka ucapkanlah tasbih

    dengan memuji Tuhanmu dan

    mintalah ampun kepadaNya,

    sesungguhnya Dia amat menerima

    taubat.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    39/42

    Al-Masad

    [1] Binasalah kedua-dua tangan

    Abu Lahab dan binasalah dia

    bersama;

    [2] Hartanya dan segala yang

    diusahakannya, tidak dapat

    menolongnya.

    [3] Dia akan menderita bakaran

    api Neraka yang marak

    menjulang.

    [4] Dan juga isterinya, seorang

    perempuan pemunggah kayu api.[5] Di lehernya sejenis tali, dari

    tali-tali yang dipintal.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    40/42

    Al-Ikhlas

    [1] Katakanlah (wahai

    Muhammad): (Tuhanku)

    ialah Allah Yang Maha Esa.

    [2] Allah Yang menjadi

    tumpuan sekalian makhluk

    untuk memohon sebarang

    hajat.

    [3] Dia tiada beranak dan

    Dia pula tidak diperanakkan[4] Dan tidak ada sesiapapun

    yang serupa denganNya.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    41/42

    Al-Falaq

    [1] Katakanlah (wahaiMuhammad): Aku berlindung

    kepada (Allah) Tuhan yang

    menciptakan sekalian makhluk.

    [2] Dari bencana makhluk-

    makhluk yang Dia ciptakan.

    [3] Dari bahaya gelap apabila ia

    masuk.

    [4] Dari kejahatan makhluk-

    makhluk yang menghembus-

    hembus pada simpulan-simpulan

    (dan ikatan-ikatan).[5] Serta dari kejahatan orang

    yang dengki apabila dia

    melakukan dengkinya.

  • 8/7/2019 Ayat penawar

    42/42

    An-Nas

    [[1] Katakanlah (wahaiMuhammad): Aku berlindung

    kepada (Allah) Pemelihara

    sekalian manusia.

    [2] Yang Menguasai sekalian

    manusia.[3] Tuhan yang berhak disembah

    oleh sekalian manusia.

    [4] Dari kejahatan pembisik

    penghasut yang timbul tenggelam.

    [5] Yang melemparkan bisikan dan

    hasutannya ke dalam hati manusia.[6] (Iaitu pembisik dan penghasut)

    dari kalangan jin dan manusia.