Upload
others
View
17
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ATURCARA
8.30 pagi : Ketibaan & Pendaftaran Peserta
8.45 pagi : Perasmian
9.00 pagi : Modul 1 : Menerokai Sumber Maklumat
10.30 pagi : Sesi Bergambar & Kudapan
11.00 pagi : Modul 2 : Panduan Penulisan Ilmiah
12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM
1.00 petang : Makan Tengahari / Solat
2.15 petang : Modul 3 : Aplikasi Web 2.0
3.15 petang : Soal Jawab & Penyampaian Sijil
4.30 petang : Minum Petang & Bersurai
OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, Insya Allah peserta dapat:
Mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran pencarian maklumat
dengan lebih berkesan.
Mengetahui pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh dimanfaatkan
di dalam membuat penyelidikan.
Mengaplikasikan maklumat yang diperolehi dan berkongsi ilmu dengan
para pelajar di sekolah.
Keistimewaan bengkel
Penceramah yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang
pencarian maklumat penyelidikan.
Mendedahkan peserta kepada maklumat yang relevan dengan
keperluan penyelidikan.
Sesi amali bagi setiap peserta dan nota bengkel dibekalkan.
Berpeluang mengenali Perpustakaan Tun Seri Lanang dengan lebih dekat.
Sijil Penyertaan dan hadiah misteri disediakan.
Yuran Bengkel
Yuran penyertaan hanya RM50.00 seorang. Yuran termasuk makan dan minum sepanjang bengkel,
nota bengkel dan sijil penyertaan.
PENGENALAN
Pencarian maklumat merupakan perkara asas yang paling penting di dalam penyelidikan. Pengetahuan dan
kemahiran dalam penyelidikan pendidikan perlu dikuasai bagi meningkatkan kualiti penulisan ilmiah. Menye-
dari hakikat ini, Perpustakaan UKM telah mengambil langkah mengadakan bengkel ini bagi membantu me-
nyediakan para pelajar yang berkemahiran dalam pencarian maklumat penyelidikan.
Para peserta akan diberi pendedahan dan latihan secara praktikal mengenai teknik pencarian maklumat serta
nilai-nilai penting di dalam penyelidikan. Bengkel ini juga dapat memberi manfaat kepada penghasilan karya
berteraskan penyelidikan di kalangan para pelajar.
MENEROKAI SUMBER MAKLUMAT
Peserta akan didedahkan kepada definisi, kategori-kategori sumber maklumat, ben-
tuk-bentuk sumber maklumat dan strategi pencarian maklumat yang berkesan.
Pendedahan ini akan menjadi input yang bermanfaat kepada peserta dalam
menghasilkan satu penulisan penyelidikan berkualiti. Kepelbagaian sumber maklumat
yang diterokai dan strategi pencarian maklumat yang berkesan, bukan sahaja mem-
beri peluang kepada peserta menerokai dunia maklumat tanpa sempadan tetapi akan
membawa kepada pembentukan individu bermaklumat yang cekap.
PANDUAN PENULISAN ILMIAH
Peserta akan didedahkan kepada pengetahuan asas di dalam menyediakan penulisan
ilmiah. Perkara-perkara asas seperti format, struktur penulisan yang mempunyai elemen-
elemen penting seperti sorotan literatur, kaedah kajian, dapatan kajian dan lain-lain akan
dibincangkan. Turut dikongsi adalah mengenai kepentingan dan keperluan sorotan litera-
tur yang lazimnya menjadi nadi kepada sesuatu kajian. Peserta juga akan berpeluang
mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan penyediaan senarai rujukan seperti
istilah-istilah yang sering digunapakai dan pemilihan Gaya Penulisan.
APLIKASI WEB 2.0
Membantu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran para pelajar tentang integrasi Web
2.0 yang lebih bersifat dinamik, kolaboratif dan menekankan integrasi rangkaian sosial sebagai media
komunikasi primer terutamanya dalam konteks pendidikan. Aplikasi ini boleh digunakan peserta untuk
berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi maklumat serta kreativiti. Ianya juga dapat menggalakkan
peserta lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Pelajar juga dapat mengaplikasi teknologi web 2.0 dan di-
jadikan medium sewaktu membuat persembahan tugasan agar ianya lebih menarik, interaktif dan dina-
mik. Skop topik adalah merangkumi pembangunan, penerbitan serta perkongsian Sumber Pendidikan
Terbuka atau OER (Open Educational Resources) dalam bentuk e-buku, persembahan PowerPoint dan
video animasii berkaitan pelbagai alatan Web 2.0.
PENCERAMAH
Shaizimah Badzri
Jawatan : Pustakawan
Tempat Bertugas :
Bahagian Perkhidmatan Maklumat
Kelulusan Ikhtisas:
Sarjana Sains Perpustakaan & Maklumat (UM)
Sm.Sains Pengajian Maklumat (UiTM)
Bidang Kepakaran :
Perkhidmatan Maklumat
e-Pembelajaran
Nor Asiah Mohamad
Jawatan : Pustakawan
Tempat Bertugas :
Bahagian Perkhidmatan Maklumat
Kelulusan Ikhtisas:
Sarjana Sains Perpustakaan & Maklumat (UM)
Sm.Sains Pengajian Maklumat (UiTM)
Bidang Kepakaran :
Perkhidmatan Maklumat
e-Pembelajaran
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Puan Shaizimah Badzri
Tel : 03-89215575 / 019-2523250
Puan Nor Asiah Mohamad
Tel : 03-89215818 / 012-6225158
Puan Wan A’sah Wan Abdul Aziz
Tel : 03-89214428 / 012-6374908
Design by: harie