Upload
shuhadanasuha
View
294
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
1/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBHE2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
SEMESTER : SEPTEMBER 2010TUGASAN KURSUS (30%)
_____________________________________________________________________________________
TAJUK TUGASAN :
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )
Name : Zuraidah Binti OthmanNRIC : 750907-10-5218Telephone number : 0122109625E-mail : [email protected]
Nama Pensyarah :
DR. AZITA BIN HJ. AMRIN
PUSAT PEMBELAJARAN :PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM
Alasan mengapa assignment dihantar melalui email ini :Saya dan rakan sekuliah patuh pada arahan pensyarah yang hanya mengkehendaki
penghantaran menggunakan e hard copyf sahaja . Setelah saya menerima arahan daripadaoum untuk menghantar secara e onlinef , maka saya patuh pada arahan dan menggunakan
email in untuk penghantaran assignment ini . Maaf atas segala kesulitan .
KATA-KATA PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya dapatlah saya membuat dan
menyelesaikan tugasan yang telah diberikan dengan cukup sempurna.
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
2/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 2
Jutaan terima kasih juga saya berikan kepada pensyarah saya, Dr. Azita Bin Hj.Amrin
yang banyak memberikan panduan dan kerjasama sepanjang saya membuat tugasan ini tanpa mengira
masa dan waktu dengan penuh kesabaran tuan memberikan tunjuk ajar tanpa jemu . Segala jasa
baik tuan tidak akan dapat saya lupakan. Segala maklumat akan saya jadikan asas dan panduan
untuk meneruskan tugasan saya sebgai pendidik.
Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada seluruh ahli keluarga saya yang telah
banyak memberikan dorongan dalam saya melaksanakan tugasan yang telah diberikan.
Tanpa kerjasama dari semua pihak , tugasan ini tidak akan sempurna.
Semoga Allah akan memberkati usaha saya.Sekian , terima kasih .
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
Isi kandungan 1
Soalan PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 2-6
Soalan (a) 7
1.1. Pengenalan 7-8
1.2.Pentadbiran / Organisasi 8-10
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
3/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 3
1.3.Sumber kewangan diperoleh untuk program RMT 10-11
1.4. Kaedah dan kriteria pemilihan peserta RMT 11-12
1.5. Kaedah dan kriteria pemilihan tender untuk RMT 12-16
1.6. Kaedah pembayaran kepada pihak penyedian makanan 16-17
1.7. Kaedah pengagihan makanan kepada peserta 17
1.8. Pemilihan pekerja-pekerja yang terlibat RMT 17-18
1.9. Pemilihan bahan-bahan mentah 18-19
1.10. Menu makanan yang disediakan 19
1.11. Cara penyediaan makanan disediakan 19-20
Soalan (b) 21-23
2.1. Taraf sosio ekonomi 23
2.2. Kawasan tempat tinggal 24
2.3. Taraf pendidikan ibu bapa 25
2.4. Bilangan adik-beradik 26
2.5. Keberkesanan program RMT ini (sebelum dan selepas) 27-29
Soalan (c)
3.1. Berikan cadangan penambahbaikan program ini. 30-33
3.2.Hujah anda hendaklah meliputi cadangan yang relevan jika
program RMT ini kurang berkesan di sekolah anda. 33-34
3.3.Kesimpulan anda secara menyeluruh tentang program RMT ini 34
Rujukan 35
Lampiran 36
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBHE2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
SEMESTER : SEPTEMBER 2010
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
4/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 4
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama adamenggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 Times NewRoman dan langkau baris 1.5.
3. Tugasan ini menyumbang sebanyak30% kepada gred akhir kursus.4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.5. Anda perlu menghantar tugasan secara online melalui myVLE. Sila rujuk kepada arahan
dalam portal untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penghantaran tugasan secara
online.
6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 5. Serahan selepastarikh tidak akan diterima.
7. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan di dalamsoalan tugasan.
8. Tugasan ini terhad kepada 1000 1200 patah perkataan sahaja.9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Tugasan yang dihantar secara
automatik akan disemak untuk persamaan.
a. Tugasan bertindih antara 10-30% akan dikenakan 20% penolakan markah keseluruhan.b. Tugasan bertindih melebihi 30% akan diberikan markah sifar (0) keseluruhan. Dalam kes
tertentu, gred kursus akan ditentukan berdasarkan komponen lain dalam keseluruhan
penilaian.
SOALAN TUGASAN
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk membantu dan meningkatkan taraf pemakanan serta
kesihatan pelajar di sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberi makanan secara
percuma kepada pelajar sekolah rendah terutama di kawasan luar bandar dan golongan yang
berpendapatan rendah.
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
5/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N
a) Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) di sekolah anda.
(15 markah)
b) Kenal pasti beberapa orang pelajar yang terlibat dalam RMT sebagai sampel dalam kajiananda. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan RMT dalam
mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar yang terlibat.
(10 markah)
c) Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah anda lakukan, berikan pandangan anda secaraanalitikal sejauh mana keberkesanan dan kejayaan program RMT ini.
(5 markah)
(Jumlah: 30 markah)
PANDUAN PELAJAR
(a) Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) di sekolah anda.
Kajian anda mestilah mencakupi aspek berikut :- Pentadbiran/ organisasi- Sumber kewangan diperoleh untuk program RMT- Kaedah dan kriteria pemilihan peserta RMT- Kaedah dan kriteria pemilihan tender untuk RMT- Kaedah pembayaran kepada pihak penyedian makanan- Kaedah pengagihan makanan kepada peserta
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
6/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N
- Pemilihan pekerja-pekerja yang terlibat RMT- Pemilihan bahan-bahan mentah- Menu makanan yang disediakan- Cara penyediaan makanan disediakan
(b) Kenal pasti beberapa orang pelajar yang terlibat dalam RMT sebagai sampel dalam kajiananda. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan RMT dalam
mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar yang terlibat.
Pemilihan sampel berdasarkan kriteria berikut:
- Taraf sosio ekonomi- pendapatan kurang daripada RM 1000.00
- Kawasan tempat tinggal- kawasan setinggan, rumah kos rendah atau perkampungan
- Taraf pendidikan ibu bapa- tamat sekolah rendah dan menengah rendah
- Bilangan adik-beradik
- melebihi daripada 5 orang
Keberkesanan program RMT ini sebelum dan selepas
- Akademik- Kesihatan- Keyakinan kendiri pelajar
(c) Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah anda lakukan, berikan pandangan anda secaraanalitikal sejauh mana keberkesanan dan kejayaan program RMT ini.
- Berikan cadangan penambahbaikan program ini.
- Hujah anda hendaklah meliputi cadangan yang relevan jika program RMT ini kurangberkesan di sekolah anda.
- Kesimpulan anda secara menyeluruh tentang program RMT ini.
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
7/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 7
PANDUAN TUTOR
1. Tutor diminta agar membantu pelajar dalam penulisan tugasan.2. Tutor juga diminta untuk mencadangkan format yang sesuai bagi membantu pelajar
dalam penulisan tugasannya.
3. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah sertamemasukkan markah ke dalam OMES.
4. Mencadangkan jabatan atau agensi kerajaan yang terlibat dalam Program BersepaduSekolah Sihat.
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
8/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 8
5. Tutor perlu membimbing pelajar tentang teknik penulisan rujukan sama adamenggunakan buku atau laman sesawang dengan betul. Gunakan gaya penulisan APA.
JAWAPAN TUGASAN
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk membantu dan meningkatkan taraf pemakanan serta
kesihatan pelajar di sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberi makanan secara
percuma kepada pelajar sekolah rendah terutama di kawasan luar bandar dan golongan yang
berpendapatan rendah.
(a)Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) di sekolah anda.
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
9/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N
1.1 Pengenalan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah salah satu perkhidmatan yang terbaik
yang akan diberkati Allah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia di sekolah-sekolah rendah tidak kira samaada sekolah kebangsaan ataupun
sekolah jenis kebangsaan . Program ini dilaksanakan bagi tujuan membantu
seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang .RMT ini tidaklah
bermaksud untuk menggantikan sepenuhnya makanan yang berikan kepada penerima-
penerimanya oleh ibu bapa atau penjaga mereka .Ianya bermaksud untuk memberi
makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan
hariannya sahaja . Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras
dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid
tersebut.Melalui program ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berharap agar
usaha ini dapat mempertingkatkan bukan sahaja tahap kesihatan murid malahan juga
tahap pencapaian pendidikan negara keseluruhannya .Murid berstatus Warganegara
Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 1000.00 atau
pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.Melalui
talian online ekasih juga dapat membantu agar golongan tidak berkemampuan ini dan
layak menerimanya memperoleh hak masing-masing.
Antara objektif Rancangan Makanan Tambahan ialah :
i. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepadamurid-murid untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari
segi pertumbuhan dan kekurangan tenaga .
ii. Untuk menyelenggara pendidikan pendidikan kesihatan dan pemakanansecara langsung atau tidak .
iii. Untuk memupuk budaya sopan santun , disiplin , timbang rasa sertaamalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri ,
kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar .
iv. Untuk memperkasakan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanankerana program ini mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat .
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
10/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 10
v. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalamusaha-usaha sekolah , terutamanya Rancangan Makanan Tambahan .
vi. Program RMT ini juga diharap dapat menyebabkan kedatangan muridlebih memuaskan dan pencapaian akademik yang lebih baik terutama
daripada golongan berpendapatan rendah . Ini menunjukkan imej sistem
pendidikan kita bertambah cemerlang .
1.2.Pentadbiran / Organisasi
Bahagian Sekolah , Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah yang terlibat adalah
bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaraskan rancangan ini melalui unit atau
pegawai atau jawatankuasa yang tertentu . Pada masa sekarang tugas pengurusan dan
penyelarasan adalah dijalankan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) di peringkat
Kementerian Pendidikan , Penyelia Kesihatan Negeri di peringkat Jabatan Pendidikan
Negeri dan Guru Besar atau sebuat jawatankuasa di peringkat sekolah yang
dipengerusikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM ). Berikut adalah
jawatankuasa yang telah ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor untuk
memastikan Program Rancangan Makanan Tambahan ini berjalan dengan baik :
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SELANGOR
AHLIJAWATAN KUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2010
PENASIHAT
GURU BESAR
En.Nordin Bin Jali
PENGERUSI
GPK HEM
Pn.Hjh Siteh Hawa
SETIAUSAHA
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
11/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 11
Pn.Rosmedzawaty Bt Ahmad
AHLIJAWATANKUASA
Pn. Zahnita bt. Samingon
Pn. Norhamala bt. Ahmad
En. Mohd. Azizi b. Mohd. Aznan
Pn.Zuraidah Binti Othman
Pn.Norhamala Bt Ahmad
En.Mohamad Jasuri B. Istamar
Guru Besar atau Guru Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM) berperanan sebagai
penasihat RMT untuk memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak
menerima RMT mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh KPM.Guru Besar
dan GPK HEM mengurus dan mengadakan perjanjian dengan pengurus kantin
.Sementara setiausaha dan ahli jawatankuasa lain merekodkan penerimaan
makanan oleh murid-murid di hari-hari berkenaan.Selain itu , guru guru bertugas
mengawasi murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar akan budaya
makan yang sesuai sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan
secara tidak formal.Guru-guru kelas yang dipantau oleh GPK HEM akan
mencatat pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka
sekurang-kurangnya di awal dan akhir tahun. AJK juga perlu mengawasi
pengurusan penghidangan makanan yang diurus oleh pembekal yang dipersetujui
.Akhir sekali , hendaklah memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan
RMT disimpan secara kemaskini oleh pihak sekolah.daftar nama murid yang
menerima RMT ini hendaklah dicatat tiap-tiap hari oleh pihak sekolah . Semua
pengurusan kewangan dan stok-harian hendaklah diselenggara oleh pihak
sekolah . Guru Besar yang terlibat hendaklah memberi perhatian khas terhadap
perkembangan pelajaran , kesihatan dan lain-lain seumpamanya tentang murid-
murid yang menerima rancangan ini . Guru Besar yang terlibat juga hendaklah
menyediakan satu laporan khas ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing pada
setiap akhir tahun .
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
12/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 12
1.3.Sumber kewangan diperoleh untuk program RMT
Semenjak tahun 1976 sehingga 1978 , peruntukan wang bagi Rancangan Makanan
Tambahan di sekolah rendah telah disampaikan kepada Kementerian Pendidikan
Perdana Menteri di bawah Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanana . Pada
tahun 1979 pula , rancangan ini telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan .
Pada masa sekarang perintukan wang bagi Rancangan Makanan Kewangan di
sekolah rendah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia .
Kadar bayaran bagi setiap murid penerima RMT sehari bermula dengan kadar 10 sen
pada tahun 1976 , 15 sen pada tahun 1977 , 20 sen pada tahun 1978 hingga 1980 dan
mulai tahun 2001 kadar bagi setiap murid sehari ditambah kepada RM1.20 di
Semenanjung Malaysia dan RM1.35 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan . Mengikut kadar terkini 2010 , peruntukan untuk seorang penerimna RMT
adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05
bagi setiap penerima yang berkelayakan di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun. Jika tahun
berkenaan mempunyai bulan Ramadhan , pelaksanaan RMT adalah perlu mengikut
surat pekeliling yang akan diedarkan dari semasa ke semasa .
1.2.Kaedah dan kriteria pemilihan peserta RMT
Program RMT adalah merupakan salah satu program oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia supaya membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau
miskin tegar berdasarkan kelayakan seperti berikut:
i. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 yang bersekolah disemua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan
ii. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional(eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan
Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
13/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 13
Seperti tahun 2010 ini , Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor telah diarahkan oleh
Kementerian Palajaran Malaysia melalui surat siaran rujukan KP (BKEW/BT)
1910/RMT/A5 (17) bertarikh 29 Julai 2009 , pihak sekolah diminta meneruskan
program RMT ini pada bulan Ramadhan dengan menggunakan menu yang sesuai .
Bilangan murid yang diberi makanan tambahan berbeza antara satu sekolah dengan
satu sekolah yang lain berdasarkan kedudukan sekolah ,saiz sekolah / bilangan murid-
murid , taraf pemakanan penduduk dan pendapatan keluarga .
Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam data
eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sisitem eKASIH, mereka boleh
membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my/ Pihak
JPN/PPD/Sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sistem
eKASIH.Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau
perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT
mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.Pihak JPN dan PPD
akan melaksanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah
mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan dengan merujuk surat
Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT Di Sekolah danSurat Siaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
Bagi tahun 2010 , Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor mempunyai bilangan murid
layak RMT seperti butiran di bawah :
TAHUN BILANGAN
Tahun 1 17
Tahun 2 24
Tahun 3 28
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
14/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 14
Tahun 4 25
Tahun 5 21
Tahun 6 26
JUMLAH KESELURUHAN 141
1.3.Kaedah dan kriteria pemilihan tender untuk RMT
RMT 2010 bermula pada 3 Januari 2010 ,penyedia dan pengagihan makanan boleh
diuruskan oleh mana-mana pihak tersebut samada guru-guru sekolah , pekerja-pekerja sekolah , ibu bapa /guru-guru , pasukan-pasukan daripada badan sukarela ,
pekerja upahan ataupun pihak kontrak (kantin sekolah dan lain-lain).Untuk
memudahkan pengurusan penyedia makanan dan kemudahan tempat agihan
makanan yang boleh digunakan , maka pihak sekolah telah memilih tender RMT
pada tahun ini diberikan kepada pengusaha kantin seperti butiran perjanjian tersebut :
PERJANJIAN PEMBEKALAN
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )
BAGI TAHUN 2010
DI ANTARA
ZAITON BIN ABU ( 700920-08-6896 )
LOT 2439 JALAN MASJID
KAMPUNG SUNGAI YU
45500 TANJONG KARANG
( PIHAK PERTAMA )
DENGAN
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
15/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 1
NORDIN BIN JALI ( 550524-10-6145 )
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SELANGOR
SIMPANG EMPAT KAMPUNG PERMATANG
45000 KUALA SELANGOR
( PIHAK KEDUA )
TARIKH : 04 JANUARI 2010
HARI : ISNIN
TEMPAT : PEJABAT GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SELANGOR
SIMPANG EMPAT KAMPUNG PERMATANG
45000 KUALA SELANGOR
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SELANGOR
SIMPANG EMPAT KAMPUNG PERMATANG
45000 KUALA SELANGOR
SELANGOR DARUL EHSAN
PERJANJIAN PEMBEKALAN
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )
BAGI TAHUN 2010
________________________________________________________
Perjanjian ini dibuat pada 04 Januari 2010 di antara PUAN ZAITON BIN ABU
( kad pengenalan : 700920-08-6896 ) beralamat Lot 2439, Jalan Masjid,
Kampung Sungai Yu, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan,
kemudian daripada itu disebut Pembekal sebagai Pihak Pertama, dengan GURU
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
16/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 1
BESAR, SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SELANGOR, sebagai Pihak
Kedua.
Perjanjian mementerai persetujuan persetujuan berikut :
1. Pihak Pertama( Pembekal ) berjanji akan membekalkan makanan RMTkepada 98 orang peserta dengan kadar RM 1.80 seorang berkuatkuasa mulai
04 Januari 2010 selama 100 hari sebagaimana yang diluluskan oleh Jabatan
Pelajaran Selangor .
2. Pembekal dengan ini bersetuju mematuhi segala syarat mengikut menu-menuyang ditetapkan oleh pihak sekolah ( pihak kedua ) seperti yang dicadangkan.
3. Masa hidangan : Dari pukul 7.30 pagi hingga 7.45 pagi4. Hidangan yang tidak diambil oleh peserta dalam tempoh tersebut akan
diagihkan kepada pengganti yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa RMT
sekolah.
5. Pihak pembekal tidak boleh mengambil semula makanan RMT yangberlebihan kecuali diarahkan oleh Jawatankuasa RMT.
6. Pihak pembekal bersetuju akan menanggung segala perbelanjaan modalseperti peruntukan RMT diterima oleh pihak sekolah, kemudian
pembayaran akan dibuat mengikut kadar mingguan / bulanan selepas
selesai pembekalan mingguan /bulanan berkenaan .
7. Sekolah berhak membatalkan perjanjian ini dan menarik kontrak pembekalansekiranya pihak pembekal melanggar syarat perjanjian atau memberi makanan
tidak memuaskan pihak sekolah.
8. Pihak sekolah berhak untuk meminda atau mengubahsuai syarat-syarat yangtidak dipersetujui dengan pengetahuan pihak pembekal.
Ditandatangani oleh ,
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
17/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 17
NORDIN BIN JALI ZAITON BIN ABU
Kad Pengenalan : 550524-106145 Kad Pengenalan : 700920-08-6896
Guru Besar Lot 2439 Jalan Masjid
Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor Kampung Sungai Yu
Simpang Empat Kampung Permatang 45500 Tanjong Karang
45000 Kuala Selangor ( Pihak Pertama )
Selangor Darul Ehsan .
( Pihak Kedua )
Tarikh : Tarikh :
Disaksikan oleh ,
..
ADNAN BIN PONIN SITEH HAWA BINTI TALIB
Kad Pengenalan : 550428-10-5863 Kad Pengenalan : 540307-06-5106
Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor
Simpang Empat Kampung Permatang Simpang Empat Kampung Permatang
45000 Kuala Selangor. 45000 Kuala Selangor.
1.6. Kaedah pembayaran kepada pihak penyedia makanan
Pembayaran kepada pihak penyediaan makanan bagi Sekolah Kebangsaan Kuala
Selangor telah dilakukan sebanyak 2 kali iaitu pada 6 bulan pertama ( RM1.80 X
107 hari) dan pada 6 bulan kedua ( RM1.80 X 83 hari ) yang jumlah keseluruhannya
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
18/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 18
iaitu RM48222.00 Pihak pembekal/ penyedia makanan akan membuat tuntutan
melalui waran peruntukan Kerajaan Malaysia . Pihak mengeluar peruntukan tersebut
ialah Setiausaha Bahagian , Bahagian Kewangan , dan pihak menerima waran tersebut
bagi diserahkan kepada pihak penyedia makanan pula ialah Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri Selangor . Setelah waran tuntutan oleh penyedia makanan melalui
pihak sekolah diluluskan oleh Bahagian Kewangan , Kementerian Pelajaran Malaysia
, tuntutan tersebut akan dibayar melalui bank-bank konvensional seperti Malayan
Banking Berhad pilihan penyedia makanan itu sendiri.
1.7. Kaedah pengagihan makanan kepada peserta
Setiausaha perlu menyenaraikan lima jenis menu yang telah dipersetujui dalam
mesyuarat yang dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang telah ditubuhkan .Menu
tersebut boleh dipilih daripada 20 cadangan yang disediakan mengikut kesesuaian
bahan dan kegemaran murid-murid sekolah yang terlibat . Guru bertugas diminta
melengkapkan Buku Laporan RMT berdasarkan Jadual Tugasan RMT.
Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk dibuat penilaian.
Guru bertugas boleh mencatatkan laporan harian berkenaan kualiti dan kuantiti
berdasarkan hidangan contoh tersebut untuk memudahkan Guru Penolong Kanan
HEM memaklumkan kepada Pengusaha kantin sekiranya ada syor/
cadangan atau apa-apa yang berkaitan dengan menu RMT dan sebagainya yang
perlu diperbaiki . Guru bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada setiap
pagi berjalan dengan lancar. Guru bertugas diminta memastikan murid RMT
mengambil satu menu pada waktu yang ditetapkan. (7.15 7.40 pagi)
Guru bertugas diminta memastikan murid yang tidak berminat untuk makan RMT
untuk digantikan dengan murid lain atau setiap guru kelas menyenaraikan beberapa
orang murid bukan RMT sebagai pengganti tetap .Semasa makan , murid
diwajibkan membasuh tangan, berkelakuan baik dan bersopan-santun di meja
makan , membaca doa bersama-sama . Semasa makan pula murid dikehendaki
makan dengan sopan dan tertib. Selepas makan pula, murid diingatkan membasuh
serta menyimpan pinggan mangkuk dan sudu dengan cara yang betul dan menjaga
kebersihan sekeliling dengan betul .
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
19/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 1
1.8. Pemilihan pekerja-pekerja yang terlibat RMT
Semua pekerja yang mengendalikan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )
diwajibkan diperiksa dan disahkan sihat oleh doctor kerajaan . Pekerja yang tidak
mempunyai sijil kesihatan yang sah tidak dibenarkan bertugas atau membantu di
tempat makanan . Pemeriksaan berkala hendaklah diusahakan . Jangan benarkan
pekerja yang sakit , batuk , selesema danb mempunyai masalah kulit seperti kudis
bekerja di tempat masak / makanan.
Semua pekerja mestilah menjaga peratuaran tentang pekerja makanan tambahan dan
pengolahan makanan yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaranantaranya dari aspek pemakaian , kuku , kebersihan tangan rambut dancara
memegang bahan makanan yang tidak berbungkus .Dari aspek pemakaian , semua
pekerja mesti memakai pakaian yang bersih ,memakai apron ,menutup kepala dan
digalakkan menggunakan pakaian berwarna putih .Kuku tangan pekerja hendaklah
sentiasa pendek dan bersih .Sebelum memulakan tugas , setiap pekerja mesti
membasuh tangan mereka hingga ke siku .Tangan hendaklah dibasuh dengan sabun
setiap kali selepas membuang air kecil atau besar atau selepas memegang barabf-
barang yang kotor .Rambut pula hendaklah dijaga supaya tidak terjuntai semasa
membongkok sehingga tersentuh bahan makanan . Pekerja yang mempunyai
rambut yang panjang digalakkan memakai jarring rambut , topi yang sesuai atau
diikat kemas .Pekerja perlu mengelakkan menyentuh dengan tangan jika makanan
yang tidak berbungkus .Gunakan sudu , alat penyepit atau kertas yang dikhaskan
untuknya .
1.9. Pemilihan bahan-bahan mentah
Pemilihan bahan-bahan makanan adalah criteria uantuk bahan makanan
berdasarkan peraturan tentang bekalan makanan , penyediaan dan penyimpanan
barang-barang makanan yang telah disediakan oleh KPM.Bahan makanan yang
patut dihidang terdiri daripada makanan yang mengandungi zat makanan tertentu
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
20/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 20
untuk membina badan , member tenaga dan mencegah penyakit .Bahan-bahan
mentah itu perlulah segar , tidak basi ,tidak rosak , dan tidak busuk .Bahan makanan
itu juga mestilah mengenyangkan dan tidak mengandungi bahan kimia , pewarna
dan lain-lain yang boleh merosakkan kesihatan .Semua bahan makanan dan
minuman mestilah selamat daripada habuk , lalat , lipas , tikus , sentuhan tangan
yang kotor , bersin , batuk dan punca kecemaran yang lain . Penutup makanan dan
tempat menyimpan makanan yang sesuai hendaklah sentiasa digunakan .Bahan
makanan yang mudah rosak , jangan disimpan di dalamn peti sejuk kecuali semasa
menghidangnya .
Selain pemilihan bahan-bahan mentah yang diberi perhatian , beberapa bahan lain
juga perlu diberi perhatian seperti kebersihan pinggan mangkuk ,kemudahan
membasuh , kain pengelap dan kebersihan peti sejuk dan tempat menjual makanan
.Cawan , pinggan , mangkuk , gelas , sudu dan sebagainya perlu dibasuh setiap kali
ianya digunakan .Pinggan mangkuk itu perlu derendan dengan air panas sekurang-
kurangnya minit dan dicuci dengan menggunakan sabun dan dilap dengan kain
bersih .Kemudahan yang mencukupi untuk mencuci dang mengering semua perkakas
hendaklah disediakan dan kain pengelap yang bersih untuk mengelap perkakas
mahukan meja dan kerusi .Peti sejuk juga mestilah bersih . Bahan makanan yang
dijual hendaklah diletakkan di tempat khas yang teratur , terselamat dan mudah
diambil .
1.10. Menu makanan yang disediakan
MENU RMT 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SELANGOR
HARI MINGGU 1/3 MINGGU 2/4
MAKAN MINUM BUAH MAKAN MINUM BUAH
ISNIN
NasiLemak
Barli TembikaiSusu
NasiCampur
Ovaltine Limau
Bihun Horlick Limau Bihun Milo Belimbing
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
21/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 21
SELASA Siam Sup
RABU
RotiSardin
JusOren
Belimbing Burger Horlick Betik
KHAMIS
BuburNasi
Milo Tembikai BuburLambuk
Barli Tembikai
JUMAAT
KueTiaw/
Roti Canai Rozel /Ribena
Betik RotiTelur
Rozel /Ribena
TembikaiSusu
1.11. Cara penyediaan makanan disediakan
Cara penyediaan makanan yang disediakan terpulang kepada penyedia
makanan RMT tersebut . Namun , menurut panduan Rancangan Makanan
Tambahan di sekolah, terdapat lebih kurang 20 menu masakan yang sesuai untuk
murid RMT ini .Bagi menyediakan makanan , bahan-bahan yang dipilih pastikan
yang segar yang mengandungi zat yang banyak . Makanan yang berasaskan nasi
perlulah dimasak dengan sempurna . Ayam dan sayurnya pastikan dengan saiz yang
dicadangkan agar murid kenyang dan memperoleh zat yang sepatutnya . Makananberasaskan bihun ,mi goring atau kue tiau pula perlu disediakan mengikut menu
masakan yang dimahukan. Panaskan minyak , masukkan bahan-bahan ,kacau dan
masak sehingga sempurna . Hidang dalam mangkuk dan hiaskannya .Roti canai
pula perlu dicanai dengan setiap keeping lebih kurang 70-80 gram .Masak hingga
mendidih kuah dan hidangkan . Menu masakan yang disediakan adalah berdasarkan
selera kanak-kanak dan dapat membekalkan lebih kurang 350-400kcal tenaga.
Penyediaan air pula perlu disediakan dengan menggunakan cara yang betul .
Didihkan air untuk mematikan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan air
daripada air kosong itu . bagi penyediaan air panas ,selepas air mendidih , masukkan
air milo atau horlick .Kemudian campurkan susu untuk dapatkan rasa manis yang
sesuai. Sementara itu , air jus buah-buahan atau air barli hanya tambahkan gula.
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
22/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 22
Buah-buahan juga amat penting dalam pemakanan RMT .Setiap buah perlu dipotong
mengikut saiz yang sesuai .Contonya biji limau , biji epal , sepotong tembikai
(150 gram tanpa kulit ) , nanas sederhana potongannya ,pisang emas 2 biji
rambutan 3 biji dan buah-buahan lain mengikut saiz yang bersesuain yang di antara
80 150 gram beratnya .
Secara keseluruhannya , cara penyediaan makanan yang dijalankan oleh penyedia
RMT ini agak baik dan teratur . Seawal jam 7.15 makanan telah disediakan dan
disusun atur mengikut panduan yang ditetapkan .Murid yang membawa kad RMT
boleh mengambil makanan masing-masing dalan keadaan teratur dan sopan .Setelah
mengambil makanan , murid ini duduk , membaca doa dan makan dengan tertib .
Cuma keadaan kantin yang agak sempit menyebabkan keadaan kelihatan agak sesak
apabila murid-murid lain juga menggunakan tempat yang sama untukbersarapan pagi
di kantin .
(b)Kenal pasti beberapa orang pelajar yang terlibat dalam RMT sebagai sampel dalam kajiananda. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan RMT dalam
mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar yang terlibat.
Berikut adalah sampel kajian yang saya lakukan atas 30 orang penerima RMT daripada
141 orang di Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor :
Bil Nama Penerima Pendapatan
Keluarga
Kawasan
Tempat
Tinggal
Taraf
Pendidikan
Ibu bapa /
Penjaga
Bilangan
Adik-
beradik
TAHUN 1
1 MUHAMAD ZAINI BTAADILA
RM350.00 Kampung Sek.Ren 3 orang
2 NABIL NAQIEEUDIN B.KASRI
RM700.00 Rumah
Kos Murah
SRP 6 orang
3 NUR ALIYA BINTI RM350.00 Kampung Sek.Ren 4 orang
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
23/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 23
RAHMAT Nelayan
4 NURUL FAZLIYANA BTROHAIMI
RM500.00 Kampung Sek.Ren 5 orang
5 TUFAIL B. NASARUDIN RM500.00 Kampung Darjah 6 6 orang
TAHUN 2
6 NURUL HASLINDA BTMOHD AINI
RM400.00 Kampung Sek.Ren 5 orang
7 SITI HAWA BT RAMLEE RM500.00 Rumah
Kos Murah
Sek.Ren 4 orang
8 AIMUNI BT AHMAD
NASARUDIN
RM500.00 Kampung Sek.Ren 5 orang
9 INTAN NAJIHAH BTMOHD NAIN
RM500.00 Kampung SRP 6 orang
10 MOHAMAD MUHFIS B.MUSTAPA KAMAL RM600.00 Kampung SRP 7 orang
TAHUN 3
11 NUR SHAHIDATUL
AKMA BT YAAKOB
RM400.00 Kampung Darjah 6 5 orang
12 NURUL ASYEERA BT
SAPUWAN
RM500.00 Kampung Darjah 6 7 orang
13 NURUL ATHIRAHSYAZWANI BT MOHD
AINI
RM400.00 Kampung
Nelayan
Sek.Ren 6 orang
14 AHMAD RIDHO B.
MOHD RODZUAN
RM600.00 Kampung Sek.Ren 9 orang
15 INTAN NORMAYASARI
BT MUSTAPHA
RM400.00 Rumah
Kos Murah
SRP 6 orang
TAHUN 4
16 NURUL AFZAN B.
AHMAD KAMAL
RM500.00 Kampung SRP 6 orang
17 NURUL SYALMIMI BTRAZALI
RM500.00 RumahKos Murah
Sek.Ren 6 orang
18 QURUAIN BT AHMAD
NASARUDDIN
RM500.00 Rumah
Kos MurahSek.Ren 7 orang
19 ABDUL WAHIT B.RAHMAT
RM350.00 Kampung Darjah 6 7 orang
20 AZLIYA BT ABDUL
RASIB
RM600.00 Kampung SRP 8 orang
TAHUN 5
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
24/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 24
21 NURUL FATIHA BT
MOHD TAHIR
RM400.00 Kampung Sek.Ren 5 orang
22 SITI NUR AIN BT MOHD
RAZALI
RM600.00 Kampung Sek.Ren 6 orang
23 SITI NUR AISYAH BT
MOHD DAUD
RM600.00 Kampung Sek.Ren 7 orang
24 AINUL AMIR B.MOHAMED ARIS
RM500.00 Kampung SRP 5 orang
TAHUN 6
25 NORHAYATY BT MOHD
NORDIN
RM200.00 Kampung Darjah 6 2 orang
26 NURFATIN SAHIRA BT
ABD. SAMAD
RM600.00 Kampung
Nelayan
Sek.Ren 6 orang
27 NUR SHAHIRAH BT ABD
SAMAD
RM400.00 Kampung SRP 5 orang
28 NURFAZLINDA BT MAT
ANUAR
RM700.00 Rumah
Kos Murah
Sek.Ren 6 orang
29 SITI ROGAYAHNADHIRAH BT MOHD
TAKRIM
RM700.00 Kampung SRP 7 orang
30 ZAMFITRI B OTHMAN RM650.00 Kampung
Nelayan
Darjah 6 6 orang
2.1.Taraf sosio ekonomi
Taraf sosio ekonomi Kekerapan Peratus
RM200.00 ke bawah 1 3.3%
RM201.00 RM300.00 0 0%
RM301.00 - RM400.00 9 30.0%
RM401.00 - RM500.00 10 33.3%
RM501.00 - RM600.00 6 20.0%
RM601.00 - RM700.00 4 13.3%
RM700.00 ke atas 0 0%
JUMLAH 30 100%
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
25/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 2
2.2. Kawasan tempat tinggal
Kawasan Tempat Tinggal Kekerapan Peratus
Kawasan Perkampungan 20 67.0%
Kawasan Perkampungan Nelayan 4 13.0%
Kawawan Rumah Kos Rendah 6 20.0%
JUMLAH 30 100%
3.30% 0%
30%
33.30%
20.00%
13.30%
0%
TARAF SOSIO EKONOMI
RM200 KE BAWAH
RM201 - RM300
RM301-RM400
RM401-RM500
RM501-RM600
RM601-RM700
RM700 KE ATAS
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
26/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 2
2.3. Taraf pendidikan ibu bapa
Taraf Pendidikan Ibu bapa Kekerapan Peratus
Tamat Sekolah Rendah 21 70%
Tamat Menengah Rendah 9 30%
JUMLAH 30 100%
67%
13%
20%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
KAWASAN TEMPAT TINGGAL
PERKAMPUNGAN
PERKAMPUNGAN NELAYAN
RUMAH KOS RENDAH
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
27/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 27
2.4. Bilangan Adik-beradik
Bilangan Adik beradik Kekerapan Peratus
1 orang 2 orang 1 3.3%
3 orang 4 orang 4 13.3%5 orang 6 orang 18 60%
7 orang ke atas 7 23.3%
JUMLAH 30 100%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
Taraf Pendidikan Ibu bapa / Penjaga
70%
30%
Tamat Sekolah Rendah
Tamat Menengah Rendah
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
28/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 28
2.5. Keberkesanan program RMT ini (sebelum dan selepas)
Berikut adalah data yang menjelaskan keberkesanan RMT sebelum dan selepas atau
pada awal tahun dan akhir tahun berdasarkan sampel yang telah dianalisis :
Bil Nama Penerima Prestasi Akademik Kesihatan (Berat) Keyakinan
Kendiri
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
1 MUHAMAD ZAINIBT AADILA
58.2% 62.00% 24 kg 24 kg Tidak Yakin
2 NABILNAQIEEUDIN B.
KASRI
46.28% 46.00% 23 kg 24 kg Tidak Yakin
3.30%
13.30%
60%
23.30%
BILANGAN ADIK-BERADIK
1 orang-2 orang
3 orang-4 orang
5 orang - 6 orang
7 orang ke atas
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
29/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 2
3 NUR ALIYA BINTIRAHMAT
45.00% 51.20% 19kg 19 kg Tidak Yakin
4 NURULFAZLIYANA BT
ROHAIMI
30.50% 40.60% 22kg 24 kg Tidak Yakin
5 TUFAIL B.
NASARUDIN
45.00% 48.90% 23kg 25 kg Tidak Yakin
6 NURUL HASLINDABT MOHD AINI
72.00% 76.50% 24kg 24 kg Tidak Yakin
7 SITI HAWA BTRAMLEE
48.00% 53.80% 25 kg 26 kg Tidak Yakin
8 AIMUNI BTAHMAD
NASARUDIN
67.90% 67.00% 23 kg 23 kg Tidak Yakin
9 INTAN NAJIHAH BTMOHD NAIN
78.00% 82.30% 26 kg 26 kg Yakin Yakin
10 MOHAMADMUHFIS B.
MUSTAPA KAMAL
32.90% 30.00% 21 kg 22 kg Tidak Yakin
11 NUR SHAHIDATULAKMA BT YAAKOB 40.60% 42.80% 25 kg 26 kg Tidak Yakin
12 NURUL ASYEERABT SAPUWAN
50.70% 55.60% 22 kg 24 kg Tidak Yakin
13 NURUL ATHIRAHSYAZWANI BTMOHD AINI
69.00% 71.90% 24 kg 25 kg Tidak Yakin
14 AHMAD RIDHO B.MOHD RODZUAN
78.00% 82.00% 19 kg 19 kg Tidak Yakin
15 INTANNORMAYASARI BTMUSTAPHA
68.00% 69.00% 23 kg 24 kg Tidak Yakin
16 NURUL AFZAN B.AHMAD KAMAL
76.90% 80.12% 30 kg 32 kg Yakin Yakin
17 NURUL SYALMIMIBT RAZALI
43.00% 42.00% 28 kg 29 kg Tidak Yakin
18 QURUAIN BTAHMAD
NASARUDDIN
45.00% 48.80% 26 kg 26 kg Tidak Yakin
19 ABDUL WAHIT B.RAHMAT
38.00% 42.00% 23 kg 23 kg Tidak Yakin
20 AZLIYA BT ABDULRASIB
56.90% 66.00% 40 kg 45 kg Tidak Yakin
21 NURUL FATIHA BTMOHD TAHIR
67.90% 78.60% 38 kg 40 kg Tidak Yakin
22 SITI NUR AIN BTMOHD RAZALI
51.00% 58.90% 58 kg 60 kg Tidak Yakin
23 SITI NUR AISYAHBT MOHD DAUD
56.90% 58.00% 40 kg 40 kg Tidak Yakin
24 AINUL AMIR B.MOHAMED ARIS
45.30% 50.40% 39 kg 40 kg Tidak Yakin
25 NORHAYATY BTMOHD NORDIN
50.60% 57.80% 40 kg 40 kg Tidak Yakin
26 NURFATIN SAHIRABT ABD. SAMAD
49.00% 52.00% 52 kg 53 kg Tidak Yakin
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
30/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 30
27 NUR SHAHIRAH BTABD SAMAD
60.00% 61.90% 48 kg 51 kg Tidak Yakin
28 NURFAZLINDA BTMAT ANUAR
63.90% 65.70% 38 kg 38 kg Tidak Yakin
29 SITI ROGAYAHNADHIRAH BT
MOHD TAKRIM
69.90% 78.00% 39 kg 39 kg Tidak Yakin
30 ZAMFITRI BOTHMAN
58.00% 69.70% 63 kg 65 kg Tidak Yakin
Bil Perkara
Tahap Murid Secara Keseluruhan Selepas RMT
Tiada perubahan Meningkat Menurun
1 Prestasi Akademik - 26 orang 87% 4 orang -13 %
2 Kesihatan (Berat) 10 orang -33% 20 orang 67% -
3 Keyakinan Kendiri 2 orang 7% 28 orang 93% -
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap 30 orang sampel penerima RMT
di Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor ini , dari aspek prestasi akademik, ia telah
menunjukkan 26 orang daripada 30 penerima RMT atau 87% pada akhir tahun
berbanding pada awal tahun .Data yang ditunjukkan ini berkemungkinan besar boleh
memberi gambaran yang jelas bahawa Rancangan Makanan Tambahan ini amat
berkesan dalam membantu peningkatan prestasi akademik murid . Khasiat dan zat
makanan yang seimbang secara berterusan dan berkala , sedikit sebanyak dapat
membantu membina kecergasan fizikal dan kecerdasan minda dalam jangka masa yang
lama . Namun , faktor-faktor lain juga perlu diambil perhatian sebagai pembantu
peningkatan prestasi akademik murid seperti perubahan sikap positif murid , bimbingan
guru , galakan ibu bapa dan faktor-faktor lain .
Dari aspek kesihatan pula , analisis saya hanya lebih berfokus kepada penambahan
berat badan penerima RMT itu sahaja . Seramai 20 orang atau 67 % menunjukkan
penambahan berat badan yang positif dalam pertumbuhan kanak-kanak sejak dari awal
tahun sehingga pada akhir tahun .10 orang atau 33 % pula tidak menunjukkan
sebarang perubahan peningkatan berat badan kerana berkemungkinan mempunyai
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
31/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 31
rangka tubuh yang kecil dan tidak berselera terhadap makanan .
Dari aspek keyakinan kendiri , sebelum dan selepas RMT , sejumlah 93% telah
menunjukkan keyakinan yang tinggi pada akhir tahun . Hanya 2 orang atau 7 % pula
tidak menunjukkan sebarang perubahan .2 orang murid ini memang sentiasa
menunjukkan keyakinan dari awal tahun kerana mereka ini sentiasa memperoleh
prestasi akademik yang tinggi . Ini bermakna RMT ini lebih membantu semua murid ini
lebih yakin dengan diri mereka sendiri .
(c)Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah anda lakukan, berikan pandangan anda secaraanalitikal sejauh mana keberkesanan dan kejayaan program RMT ini.
3.1. Berikan cadangan penambahbaikan program ini.
Berdasarkan pengalaman mengelolakan Rancangan Makanan Tambahan ini
sendiri di sekolah dan setelah merujuk kepada beberapa bahan rujukan seperti
buku panduan dan internet , saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk
penambahbaikan program ini terutama di Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor.
Penambahbaikan ini bertujuan agar Program RMT ini lebih berkesan untuk murid
dan boleh mencapai objektif sebenar kerajaan .
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
32/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 32
i. Pemantauan oleh Pegawai Kesihatan atau Pemakanan .Pemantauan oleh Pegawai Kesihatan pada waktu hanya berfokus kepada
penyediaan makanan oleh pengusaha kantin kepada semua murid , tidak
berfokus kepada Program RMT ini . Usahasama antara Kementerian
Kesihatan dan Kementerian Pelajaran ini sudah pasti memberi impak yang
besar kepada penyedia makanan agar lebih memastikan kuantiti dan
kualiti makanan yang disediakan sama atau lebih standard yang telah
digariskan . Kepakaran yang ada pada Pegawai Kesihatan atau pakar
pemakanan ini akan lebih memberi kepekaan dan sensitiviti pembekal
makanan , pekerja dan segala aspek kebersihan dan keselamatan agar
dapat memastikan makan tersebut lebih baik , berkhasiat dan berzat .
ii. Sudut RMT/Sistem KadBerdasarkan beberapa bahan rujukan internet yang telah saya lakukan ,
terdapat satu idea pengelolaan RMT yang efisyen dan saya rasakan
sangat baik jika cara tersebut dapat dilaksanakan di sekolah saya dan
sekolah sekolah rendah yang lain di Malaysia .Pihak penyedia makanan
yang terdiri daripada pengusaha kantin dan AJK RMT yang terdiri di
kalangan wakil-wakil guru bolehlah membuat satu sudut RMT khas . Di
sudut itu kad kehadiran penerima RMT diletakkan supaya pengagihan
makanan lebih teratur , mudah dan adil untuk seliaan guru pada setiap pagi
.Di bawah ini terdapat gambar contoh sudut tersebut /sistem kad :
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
33/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 33
iii. Tempat Penyediaan Makanan Khas Untuk RMTBerdasarkan pengalaman mengawasi Program RMT ini ,tempat
pengelolaan makanan RMT ini saya cadangkan agar berasingan dengan
murid lain yang ingin membeli makanan daripada pengusaha kantin pada
waktu pagi . Tempat yang berasingan ini bukan sahaja kebid memudahkan
guru menyelia kehadiran dan kualiti makanan yang tersedia , malahan ia
juga memudahkan pihak penyelia makanan menguruskan samada melayanmurid RMT atau murid lain yang hendak membeli makanan lain . Displin
murid RMT juga boleh diawasi bermula dengan pengambilan makanan ,
bacaan doa bersama-sama , makan dengan tertib dan menguruskan
pinggan mangkuk yang telah digunakan dengan lebid berkesan sambil
mengajar sikap berdikari seperti contoh di bawah :
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
34/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 34
iv. Pekerja Khas Program RMT
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
35/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 3
Sekarang ini kebanyakan penyedia makanan adalah merupakan pekerja
yang sama bagi pengusaha kantin . Pengurusannya agak sedikit terganggu
dan sulit untuk melaksanakan dua tugasan serentak . Bagi sekolah kecil
seperti Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor , biasanya pekerja kantin
hanya sejumlah 3 4 orang sahaja yang bertugas di kaunter , memasak ,
dan membasuh pinggan mangkuk . Jadi jika beberapa pekerja kantin ini
juga bertugas sebagai petugas RMT , sudah tentulah pelaksanaannya
kurang memuaskan . Biasanya pekerja RMT hanya meletakkan makanan
manakala guru-guru bertugas mengawasi murid-murid ini ketika makan .
Guru bertugas sering tidak dapat bertugas dengan baik kerana terpaksa
bertugas di tapak perhimpunan , kursus dan sebagainya . Jadi , saya
mencadangkan agar pembantu RMT perlu di khaskan untuk RMT sahaja
kerana ia lebih efisyen , mudah dan lebih bertanggungjawab . Peruntukan
yang ada tidak akan menjejaskan pendapatan penyelia makanan . Gaji
yang berpatutan dengan masa hanya 1 jam dan boleh dibuat secara
sambilan , kelihatan boleh membantu mengagihan dan pengawasan murid
RMT ini lebih berkesan .
3.2. Hujah anda hendaklah meliputi cadangan yang relevan jika program RMT
ini kurang berkesan di sekolah anda.
Program Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor
dilihat amat berkesan berlandaskan objektif sebenar KPM agar dapat memberi
makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah. Terutama daripada luar
bandar dan dan daripada golongan berpendapatan rendah , secara imbuhan untuk
sementara waktu , bagi memperbaiki keadaan kesihatan , sebagai suatu usaha ,
selaras dengan Dasar Ekonomi Baru .Berdasarkan data-data analisis daripada
sampel yang telah dibuat , dapat dirumuskan bahawa Program RMT merupakan
salah satu faktor peningkatan akademik , pertambahan peningkatan kesihatan
murid dan peningkatan keyakinan kendiri murid . Cuma apa yang perlu diperbaiki
untuk menambahbaik program ini terutama dari aspek pelaksanaannya . Antara
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
36/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 3
penambahbaikan yang boleh dibuat adalah seperti cadangan pada fakta 3.1 iaitu
perlu diawasi atau dipantau oleh Pegawai Kesihatan atau pakar pemakanan
,menyediakan sudut RMT oleh penyedia makanan atau sistem kad yang
memudahkan sistem pengagihan makanan kepada murid ,tempat yang berasingan
dengan murid lain untuk lebih mudah dan mengambil pembantu khas RMT
supaya kawalan agihan RMT lebih telus dan berdisplin .
3.3. Kesimpulan anda secara menyeluruh tentang program RMT ini
Secara keseluruhannya , Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) di sekolah
adalah merupakan satu daripada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mempertingkatkan tahap pencapaian pendidikan negara dan meningkatkan taraf
pemakanan serta kesihatan pelajar di sekolah rendah .Berdasarkan analisis sampel
yang telah dilaksanakan melalui tugasan kali ini , RMT ini adalah merupakan satu
program kerajaan yang amat berkesan untuk membantu golongan yang
berpendapatan rendah terutama di kawasan luar Bandar . Keberkesanan program
ini perlulah melibatkan kerjasama pelbagai pihak samada di peringkat KPM
sendiri , Jabatan Pendidikan Negeri , Pejabat Pelajaran Daerah dan di peringkat
sekolah itu sendiri . Berkat kerjasama yang pada de semua peringkat , insya-Allah
menjadikan hasrat murni ini akan menjadi kenyataan .Perkhidmatan yang terbaik
akan diberkati Allah dan ianya akan membuahkan hasil yang cemerlang dan
gemilang .
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
37/38
P R O G R A M S A R J A N A M U D A P E N G A J A R A N 37
RUJUKAN
Panduan Rancangan Makanan Tambahan .Kuala Lumpur : KPM
Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) dimuat turun daripada
http://www.blogspot.com/.../rancangan-makanan.... pada 19 November 2010
RMT: Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah (untuk 2011) dimuat turun daripada
http://www.blogspot.com/.../rmt-rancangan-makanan.... pada 19 November
2010
8/7/2019 ASSIGNMENT PENDIDIKAN KESIHATAN SEM 4
38/38
.