Assgmen jmk 221

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    1/16

    1

    Pendahuluan

    Apa itu cerpen

    Cerpen, akronim dari cerita pendek, merupakan jenis prosa yang baru berkembang pada

    masa moden ini. Ia bolehlah digolongkan sebagai sebahagian dari genre karya kreatif. Cerpen

    dapat dibezakan dari jenis prosa yang lain, seperti hikayat dan novel, kerana plotnya yang tidak

    rumit, watak yang terbatas, persoalan yang tidak banyak dan bentuk karangannya yang pendek.

    Sebenarnya, tidak ada rumusan yang jitu mengenai apa itu cerpen. Kalangan sasterawan

    memiliki rumusan yang tidak sama. H.B. Jassin Sang Paus Sastra Indonesia- mengatakan

    bahwa yang disebut cerita pendek harus memiliki bahagian perkenalan, pertikaian, dan

    penyelesaian. A.Bakar Hamid dalam tulisan Pengertian Cerpen berpendapat bahwa yang

    disebut cerita pendek itu harus dilihat dari kuantiti, yaitu banyaknya perkataan yang dipakai

    antara 500-20.000 patah perkataan, adanya satu plot, adanya satu watak, dan adanya satu kesan.

    Sesebuah cerpen memiliki tema, pesanan moral dan gaya penulisan tersendiri, sesuai

    dengan kecenderungan dan kemampuan pengarangnya. Proses penulisan sebuah cerpen lebih

    mudah dibanding penulisan sebuah novel, oleh sebab itu genre ini lebih banyak dimanfaatkan

    oleh para penulis untuk menyampaikan idea dan gagasan mereka kepada khalayak. Sifat cerpen

    juga sangat elastis dan cepat mengakomodasi persoalan yang sedang berkembang di

    masyarakat. Dengan kedudukannya seperti itu, cerpen bolehlah dijadikan sebagai gambaran dan

    cermin sosial mengenai kedudukan sosial budaya suatu tempat semasa cerpen itu ditulis.

    Sebagai karya sastra yang pendek, biasanya cerpen yang baik memiliki kata dan kalimat yang

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    2/16

    2

    tepat, kuat dan enerjik, sehingga pesanan dan maksud pengarang akan terasa lebih merasuk di

    hati para pembaca.

    Di Negara kita, mengikut kajian Hashim Awang membuktikan bahawa penulisan cerpen

    bermula pada tahun 1920 iaitu apabila majalanpengasuh keluaran 4 Februari 1920 menyiarka

    cerpen Kecelakaan Pemalas yang dihasilkan oleh Nor Ibrahim Madrasi. Abdul Rahim kajai

    dikenali sebagai seorang bapa cerpen malaysia kerana beliau seoang pengiat yang aktif dalam

    penghasilan cerpen sezamannya. Bagaimanapun cerpen telah muncul lebih awal berbanding

    novel kerana novel melayu terawal hanya muncul lima tahun terkemudian iaitu pada tahun

    1925. Suatu hakikat yang perlu ditegaskan di sini ialah cerpen sebagai satu ragam kesusasteraan

    belum keseluruhannya memancar atau mengandungi unsur pembaruan. Konsep cerpen seperti

    yang dikenali pada waktu kini, sama ada yang bersifat konvensional apalagi yang bukan

    konvensional, belum terlihat secara jelas dan konkrit. In berbeza dengan perkembangan cerpen

    di Barat dan Eropah pada abad ke sembilan belas , dengan tokoh-tokohnya yang penting dan

    berwibawa sepertiEdgar Allan Poe, OHenry,Nokolai Gogol belum hadir dan tidak

    mempengaruhi pengarang-pengarang tempatan.

    Temadalam cerpen

    Tema

    Mengikut Rahman Shaari, tema ialah

    persoalan pusat atau persoalan pokok dalam sesebuah novel.

    Persoalan pusat ini menjadi inti kepada keseluruhan idea yangditerapkan di dalam keseluruhan perjalanan cerita, di dalam tema ini

    wujudnya semua cita-cita pengarang di dalam novel dan ia juga menjadi

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    3/16

    3

    konsep abstrak yang disampaikan melalui watak-watak dan imej-imejatau simbol.

    Rahman Shaari (1985:99)

    Tema merupakan persoalan utama dalam sesebuah karya seperti cerpen atau novel.

    Tema diolah berdasarkan sesuatu motif. Tema dapat dikesan melalui perwatakan watak-watak;

    peristiwa, kisah, suasana, nilai-nilai kemanusian dan kemasyarakat; plot cerita.Sesuatu tema itu

    lazimnya dihidupkan dengan memasukkan beberapa persoalan lain yang ada hubungannya

    dengan tema utama. Wujudnya persoalan yang pelbagai dalam karya bertujuan menghidupkan

    dan memperkukuhkan tema.

    Persoalan dalam cerpen

    Persoalan pula ialah isu-isu atau persoalan-persoalan kecil yang ditimbulkan oleh

    pengarang untuk mengembangkan cerita. Persoalan-persoalan ini mempunyai kaitan dengan

    tema hingga sesebuah cerita itu kelihatan menjadi lebih mantap dan berkesan serta

    menimbulkan kesan yang mendalam di hati para pembaca. Pancaran emosi sama ada gembira,

    sedih, marah, dan sinis yang ditonjolkan oleh pengarang akan menimbulkan suatu fikiran

    khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan. Peristiwa atau persoalan dalam cerpen

    dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-

    unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya

    hal-hal yang positif.

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    4/16

    4

    Novel-Novel Pilihan

    Tiga daripada lima cerpen yang dipilih akan dikupas terlebih dahulu iaitu, Lambaian

    kasih ( Dewan Sastera , September 2007 ), Monolog Diari Tujuh Hari ( Dewan Sastera, Ogos

    2007 ), dan Mawar Tidak Berduri ( Dewan Sastera, Oktober 2007 ) adalah tiga cerpen yang

    dipilih berdasarkan tema yang sama dan ketiga-tiga novel ini membicarakan persoalan

    kemasyarakatan yang hampir sama tetapi telah diolah pada sudut pandang yang

    berbeza.Keberhasilan karya mereka bergantung kepada kekuatan dalam menjalin peristiwa dan

    pemikiran yang matang melalui bahasa kreatif yang imaginatif dan segar.

    Ketiga-tiga cerpen ini membawa tema penderitaan akibat daripada penyakit yang

    ditanggung oleh pembawa watak sama ada oleh watak utama atau watak sampingan.

    Sehubungan dengan itu, kita dapat merasakan bahawa cerpen yang dapat memikat pembaca

    bukanlah sekadar susunan peristiwa atau cerita yang tidak berasaskan pemikiran yang matang.

    Kematangan pengarang dapat dikesan melalui teknik penulisan yang digarapnya, dengan

    dukungan gaya bahasa yang indah dan bermakna. Keindahan pada gaya bahasa bukanlah kerana

    kepuitisannya, tetapi pada makna yang tepat dan dapat ditafsirkan dalam pengertian yang

    berbeza.

    Persoalan yang ingin diutarakan dalam cerpen Lambaian Kasih

    Dalam cerpen Lambaian Kasih , persoalan yang dikemukakan oleh pengarang ialah

    kesedihan dalam menjalani liku-liku kehidupan dan perasaan kasih sayang terhadap keluarga.

    Dalam membincangkan persoalan kesedihan dalam menjalani liku-liku kehidupan dapat dikesan

    daripada perasaan seorang suami yang dipaparkan oleh pengarang terhadap isterinya yang

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    5/16

    5

    menderita kerana penyakit barah, dan berakhir dengan kematian isterinya itu. Suami yang sibuk

    menguruskan perniagaan di luar negara, menerima berita isterinya menghidap penyakit barah

    dengan perasaan amat berdukacita. Mahligai yang dibina bersama selama tiga puluh tahun kini

    tinggal dalam kenangan. Pengarang telah mengukirkan perasaan kesedihan aku pada

    perenggan tiga puluh empat dan perenggan empat:

    Aku semakin sayu, sedih sebak, tetapi aku usahakan supaya

    tidakterhambur air mataku, agar tidak menambah beban pada isteriku1

    Dalam keadaan aku menyorong troli itu, air mataku semakin mengalir,

    semakin deras menitik. Nafasku sesak melihat betapa isteriku semakin

    berwajar muram.2

    Di sini kita dapat melihat pengarang telah dapat mengarap keindahan pada gaya bahasanya

    sehingga menimbulkan kesan yang mendalam pada hati pembaca. Kisah yang diceritakan dalam

    cerpen ini bukanlah cerita luar biasa. Fenomena penyakit barah, terutama di kalangan kaum

    wanita sudah menjadi lumrah, dan jarang-jarang dapat disembuhkan. Bersesuaian dengan masa

    cerpen ini dikarang, masyarakat sering memperkatakan tentang penyakit barah. Pengarang cuba

    menyelami perasaan seorang suami yang berhadapan dengan kematian isterinya untuk dikongsi

    bersama. Emosi seorang suami ketika berhadapan dengan saat-saat yang mencemaskan telah

    berjaya diungkaikan dengan berkesan sehingga penbaca menrasakan diri mereka sebenar yang

    mengalami peristiwa itu. Inilah kejayaan bagi sesebuah karya.

    1Mad Sakirah Sulaiman. 2007. Lambaian Kasih dalam Dewan Sastera, Sept, hlm. 122.

    2Ibid. hlm. 119

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    6/16

    6

    Dalam membincangkan persoalan kedua, perasaan kasih sayang, pengarang dapat

    melukiskan kehidupan berumahtangga yang penuh kasih sayang. Sering kali pembaca

    dipaparkan dengan masalah suami yang tidak bertanggunjawab apabila sibuk dengan

    perniagaan apalagi yang bergerak di dunia antarabangsa. Keadaan menjadi lebih gawat apabila

    si suami terlibat pula dengan perempuan lain. Seandainya suami bersikap demikian dan si isteri

    pula menghidapi pemyakit barah yang sudah berada pada tahap kronik tentulah konflik yang

    dihadapi oleh watak-watak dalam cerpen ini begitu hebat. Kesannya kepada emosi pembaca

    akan menghiris. Namun begitu, dalam cerpen ini pengarang lebih memilih untuk melukiskan

    watak-watak yang baik. Perasaan kasih sayang terhadap isteri seterusnya dapat dikesan apabila

    aku begitu bertanggungjawab menjaga isterinya sehingga mengakibatkan perniagaannya

    merosot kerana tidak teratur dari segi pengurusan masa sejak isterinya sakit. Persoalan yang

    ditonjolkan dalam hasil karya ini ialah kehidupan bersuami isteri memerlukan perasaan kasih

    sayang, pengorbanan, kesabaran dan saling faham memahami agar dunia rumah tangga harmoni

    sehingga ke akhir hayat. Persoalan inilah yang digarap oleh Mad Sakiran Hj. Suliaman dalam

    cerpennya yang berjudul Lambaian Kasih.Ini boleh dilihat daripada petikan di bawah :

    Aku sendiri berasa sebak meluahkan kata-kata itu sambil sesekali

    melihat wajah Rima yang semakin pucat kekuningan itu. Daya

    ingatannya semakin berkurangan, tenaganya semakin lemah. Bibitnya

    pecah-pecah akibat kekurangan air. Melihat keadaan itu aku semakin

    panik, resah dan bingung tidak tahu bagaimana jadinya nanti jika

    Rima....air mataku mendesak keluar. Berkaca-kaca airmataku

    memecahkan empangan mataku.3

    3Ibid. hlm 122

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    7/16

    7

    Persoalan yang ingin diutarakan dalam cerpen Mawar TidakBerduri

    Dalam cerpen Mawar Tidak Berduri,karya Sasjira mengungkapkan secara kreatif nilai

    keikhlasan dan amanah yang menjadi teras perjuangan watak seorang wartawan bernama Wan

    Azam yang menggunakan media tulisannya sebagai wartawan untuk menampilkan pelbagai

    masalah suka duka kehidupan menerusi kolumnya di akhbar. Persoalan yang dapat diungkaikan

    dalam cerpen ini masih berkisar pada kesedihan atau penderitaan akibat penyakit kronik oleh

    watak utama dan sampingan. Ini dapat dikesan melalui tulisan-tulisan Wan Azam menerusi

    kolumnya di akhbar.

    Kisah-kisah penderitaan yang sering ditulis oleh Wan Azam dalam kolumnya telah

    benar-benar menyentuh hati peminat setia tulisannya iaitu Mawar Sofia yang juga pernah

    mengalami trauma dan penderitaan. Ahli falsafah sering menyebutkan orang yang pernah

    mengalami penderitaan akan lebih memahami penderitaan orang lain berbanding orang tidak

    pernah mengalami sama sekali.Dalam membincangkan persoalan ini pengarang telah berjaya

    menawan hati pembaca melalui kisah-kisah sedih yang dialami oleh watak Wan Azam dan

    Mawar Sofia. Persoalan ini telah dijalin begitu kemas dengan dialog dan ungkai kata yang

    begitu indah. Dapat dilihat nilai-nilai estitikanya di sini. Ini terbukti dengan petikan dialog yang

    boleh diutarakan, seperti di bawah :

    Kenapa ada derita kalau bahagi juga yang didampar? Kenapa

    ada dosa kalau pahala juga yang membawa ke syuarga? Lalu

    kematian... bagaimana pula?

    Derita buat kita nikmati hidup dan hargai hidup seadanya. Ada

    lagi yang lebih derita. Sedang dosa dan pahala itu urusan Tuhan.

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    8/16

    8

    Kita tidak berhak menentukannya. Kematian adalah sesuatu yang

    pasti kerana itu kita harus selalu bersedia untuknya.4

    Melalui kreativiti pengarang perasaan pembaca tersentuh dan turun merasai penderitaan

    yang dialami oleh watak.Demikianlah perasaan kita jika karya yang kita baca itu dihasilkan oleh

    penulis berdaya kreativiti tinggi. Persoalan dalam cerpen ini digarap dengan tersusun dibantu

    dengan gaya bahasa yang indah, bermadah, memilukan dan kreatif telah berjaya

    memperkukuhankan temanya sekali gus mengangkat karya cerpen ini ada ummpp. Persoalan

    yang dikemukankan juga penuh dengan nilai-nilai murni yang semakin tandus dewasa ini. Ini

    dapat dikesan melalui sifat Mawar Berduri yang sanggup berkorban menyerahkan wang tunai

    sebanyak 30 ribu kepada Wan Azam walaupun hanya mengenalinya melalui tulisannya di dada

    akhbar sahaja. Walaupun menderita dengan penyakit yang dihadapinya, Mawar Berduri masih

    mampu untuk berfikir secara positif dalam tindak tanduknya. Ini dapat dibuktikan dengan

    tulisannya dalam sepucuk surat yang ditulisnya kepada Wan Azam :

    Saya membesar bersama-sama soalan kenapa ada derita dan

    segala macam kesengsaraan, sedangkan kebahagiaan itulah yang

    menjadi keutamaan hidup, bukan? Saya membesar bersama- sama

    persoalan dan pertanyaan tentang derita. Kenapa begitu dan

    begini? Sering saya menangis pada tengah malam kerana

    berkecil hati kepada kehidupannyang saya harungi.5

    Jelas kelihatan bahawa persoalan tentang derita dan kesedihan telah mengisi ruang kehidupan

    Mawar Sofia. Pengarang telah berjaya menimbulkan rasa keinfsanan di hati pembaca melalui

    gaya bahasa yang dimilikinya.

    4Sasjira. 2007 . Mawar tidak Berburi .Dewan Sastera, Okt, hlm 118

    5Ibid. hlm 119

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    9/16

    9

    Di akhir cerpen ini, pengarang telah mewarnakan kehidupan Mawar Sofia menghidapi

    HIV yang diwarisinya daripada suaminya yang bekerja sebagai pelaut dan akhirnya pergi buat

    selama lamanya. Pengarang melalui cerpen ini telah berjaya merobek hati pembaca melalui

    keindahan bahasanya yang mendalam pengertiannya sekaligus memperkukuhkan persoalan

    yang dibawanya.

    Persoalan kedua yang dapat dikesan dalam cerpen ini masih lagi berkisar tentang kasih

    sayang terhadap keluarga. Dalam cerpen ini lebih tertumpu kasih sayang terhadap isteri kerana

    watak untuk anak tidak dinyatakan. Watak utama iaitu Wan Azam telah digambarkan sebagai

    seorang suami yang setia, bertanggungjawab dan prihatin terhadap penderitaan yang ditangguh

    oleh isterinya. Biasanya bagi kebanyakkan lelaki, apabila menghadapi situasi sebegini pasti

    akan mencari alasan untuk tidak bertanggungjawab tetapi pengarang lebih suka untuk

    melukiskan watak Wan Azam sebaliknya. Ini pasti menambahkan lagi kesahduan di hati

    pembaca. Dalam cerpen ini pengarang telah berjaya mencuri hati pembaca melalui ungkapan

    dialog yang amat berkesan dan mempunyai maksud yang mendalam. Ia boleh dilihat melalui

    petikan di bawah :

    Mawar Sofia. Suara Wan Azam bergetar. Inilah isteriku Shuhada.

    Wanita yang sangat kucintai. Tapi, dia cuba menguji cintaku dengan

    kesakitannya. Sedangkan dia tahu, cinta yang ditanam pada

    kewajipan luhur akan terus tumbuh, walaupun kejelitanan telah

    berganti tua dan kekuatan menjadi lemah. 6

    Segolong tahniah harus diucapkan kepada Sasjira.

    6Ibid. hlm 121

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    10/16

    10

    Persoalan yang ingin diutarakan dalam cerpen Monolog Diari Tujuh Hari

    Dalam cerpen Monolog Diari Tujuh Hari, karya Norziati Mohd Rosman mengangkat

    persoalan keinsafan serta kesedaran pada watak utama iaitu aku. Cerpen ini masih lagi

    bertemakan penderitaan akibat menghidapi penyakit. Dalam membincangkan persoalan yang

    telah dipilih, Aku digambarkan sebagai seorang yang telah berjaya dalam kehidupan, seorang

    suami dan bapa yang bertangungjawab, seorang pekerja yang cemerlang tetapi gagal untuk

    menjaga kebersihan persekitaraan rumahnya. Akibatnya aku telah diserang penyakit akibat

    hanya dari gigitan seekor serangga yang sangat kecil dan menyebabkan aku terlantar selama

    tujuh hari di hospital. Penderitaan yang dialaminya amat dirasainya kerana selama ini ia hidup

    penuh dengan kesenangan dan kebahagian. Justeru itu, apabila sesekali ditimpa musibah amat

    dirasainya. Penderitaan yang dialaminya boleh dilihat melalui petikan di bawah :

    Aku menjadi tidak bermaya dengan suasana hampar dsn hampa.

    Tubuhku panas hingga tidak mampu beerfikir apa-apa.tetapi saat

    ini, selepas tujuh hari keadaanku begitu sahaja, aku semakin

    gelisah.Berbaring resah bagaikan berada di nereka.7

    Bermula dari sini timbul berbagai rasa keinsafan dan kesedaran yang menerjah fikiran aku. Di

    antaranya keinsafan dalam mengenali tuhan dalam erti kata yang sebenar. Di sini pengarang

    telah berjaya membawa pembaca kepada rasa kekurangan yang ada pada setiap insan

    seandainya kita alpa dan lebih mementingkan kehidupan duniawisemata-mata.

    7Norziati Md. Rosman. 2007. Monolog Diari Tujuh Hari.Dewan sastera, Ogos, hlm 50

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    11/16

    11

    Persoalan kedua masih tidak lari daripada perasaan kasih sayang tetapi kali ini ada

    kelainan kerana perasan itu bukan saja ditujukan kepadamanusia (keluarga) tetapi juga kepada

    Yang Maha Esa, haiwan dan alam sekitar. Dalam membicarakan persoalan ini, dapat dilihat

    bahawa aku sering bermain main dengan perasaan dan emosinya sendiri sewaktu tinggal

    bersedirian di hospital. Pengarang seolah-olah mengajak pembaca berkongsi bersama segala

    pengalaman watak utama yang digambarkan sebagai aku selama tujuh hari, tujuh malam di

    hospital. Banyak nilai-nilai murni yang ini diterapkan oleh pengarang dalam cerpen ini.

    Diantaranya yang dapat dilihat nilai murni berbuat baik terhadap haiwan, pentingnya menjaga

    kebersihan dan sifat takwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa.

    Persoalan yang ingin diutarakan dalam cerpen Si Laknat

    Dua lagi cerpen yang akan diutarakan bertema penindasan iaitu golongan kerdil yang

    suara mereka sering dipendamkan di bawah arus naratif besar. Golongan ini juga dikenali

    sebagai subaltern. Si Laknat dan Merempuh Jalan Berliku adalah cerpen pilihan untuk

    diperbincangkan persoalannya. Golongan subaltern yang cuba menuntut haknyaadalah

    menjadi persoalan yang cuba ditonjolkan oleh pengarang. Dalam cerpen Si Laknat, persoalan ini

    dapat dilihat apabila kejadian pembunuhan ngeri semakin menjadi-jadi di kawasan kediaman

    mereka. Mangsa pembunuhan dicungkil kedua-dua bola matanya. Kejadian ini mendapat

    liputan yang meluas melalui media massa dan cetak. Tuduh menuduh berlaku sehingga pada

    satu masa mereka berkumpul di hadapan pintu pejabat Tokoh Terhormat untuk melahirkan rasa

    kegelisahan mereka. Tiada sebarang tindakan yang diambil oleh tokoh terhormat terhadap

    penjenayah itu sehingga pada suatu masa mereka mengatakan si penjenayah itu telah dapat

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    12/16

    12

    ditangkap. Walhal itu hanya untuk mengkaburi mata masyarakat terhadap kes yang sedang

    hangat diperkatakan.

    Persoalan ini sebenarnya mengungkaikan kejadian semasa yang sering berlaku pada

    masyarakat kini, seperti kes pembunuhan berprofil tinggi Norita Samsudin pada akhir 2003 dan

    berlanjutan sehingga 2004.Sehingga kini tidak ketahuan siapakah pembunuh yang sebenar.

    Adakah Tokoh Terhormat terlibat dalam kes ini? Atau ada sesuatu yang ingin disembunyikan

    oleh yang berkuasa? Walau apa pun yang berlaku golongan subalternyang menjadi mangsa

    keadaan. Dalam sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh kebanyakan negara di

    dunia sekarang, rakyat berhak mengetahui kedudukan sebenar apa yang berlaku di dalam negara

    mereka. Perkara ini termasuklah dalam hal-hal politik dan ekonomi. Perkembangan politik

    semasa, misalnya, perlukan ketelusan dari pemerintah dan ini amat penting untuk kestabilan

    sesebuah negara. Seandainya ini tidak berlaku bermakna hak rakyat telah dinafikan. Ini akan

    menimbulakan ketidakpuas hatiaan di kalangan mereka. Inilah yang ingin diketengahkan oleh

    pengarang dalam karyanya. Perkataan Si Laknat ini, sebenarnya merupakan suara rakyat yang

    terlalu lama ditekan dan dipinggirkan. Namun begitu, suara itu tidak didengar oleh pemerintah

    atau Tokoh Terhormat kerana mereka telah dilalaikan dengan pelbagai kelazatan duniawi.

    Penipuan atau tidak bertanggungjawab adalah persoalan seterusnya. Dalam cerpen ini

    golongan subalternadalah mangsa kepada Tokoh Terhormat atau pemerintah. Ia dapat dikesan

    diakhir cerpen ini, dikisahkan bahawa Si Laknat itu sebenarnya ialah tokoh-tokoh terhormat

    yang tampil di anjung pejabat Penguasa Kota tempoh hari. Ini dapat dilihat dalam perenggan

    kedua terahkir dalam cerpen ini. Masyarakat tidak mengetahui sama ada penjenayah itu telah

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    13/16

    13

    dihukum atau tidak. Mereka telah dicandu dengan hiburan murahan selama empat puluh hari

    empat puluh malam sehinggan lupa masalah sebenar.

    Mesej yang ini disampaikan oleh pengarang ialah rakyat mudah digelapkan matanya

    hanya dengan memberi gula-gula murahan sahaja. Fenomena ini sering berlaku dimana mana

    sahaja, dimana pemerintah mengabaikan tanggungjawab yang perlu dipikulnya terhadap rakyat.

    Rakyatlah yang berhak didahulukan kerana Tokoh Terhormat dipilih oleh rakyat tetapi

    sebaliknya yang berlaku. Telah menjadi lumrah, pemerintah bijak berselindung disebalik

    kepura-puraan mereka. Ini akan mematikan sistem pemerintahan berparlimen dimana hak rakyat

    dinafikan. Pengarang juga ingin menyedarkan pembaca bahawa, mereka harus menjadi rakyat

    yang berpengetahuan, mengetahui hak-hak mereka dan berani menuntut apa yang seharusnya

    menjadi hak mereka. Pengarang juga telah berjaya menonjolkan sikap sebenar siapakah

    sebenarnya tokoh tokoh terhormat itu.

    Persoalan yang ingin diutarakan dalm cerpen Merempuh Jalan Berliku

    Cerpen ini menpunyai plot yang mudah difahami. Bahasanya bersahaja. Tema yang

    diungkai masih lagi mengenai golongan subaltern yang dinafikan haknya. Cuma kali ini

    golongan subaltern hanya melibatkan sebuah keluarga sahaja. Penipuan telah menjadi

    persoalan dalam karya cerpen ini. Ia mula dapat dikesan dipertengahan cerpen ini apabila watak

    Norsham tidak dapat menahan perasaan sabar terhadap adiknya tentang pembahagian harta

    pusaka ( sila lihat lampiran, ayat yang diwarnakan ).Si adik telah digambarkan sebagai pihak

    yang berkuasa telah memanipulasikan harta pusaka keluarga tersebut untuk hanya kepentingan

    peribadinya. Sifat sombong, bongkak, walaupun mempunyai ilmu yang dipunyai oleh watak

    Jamil telah membuatkan abang sulung berusaha untuk menuntut hak ahli keluarganya yang lain.

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    14/16

    14

    Di sini pengarang cuba menonjolkan masalah keluarga yang sering berlaku pada realitinya.

    Dalam cerpen ini pengarang telah berjaya menimbulkan persoalan orang yang berkedudukan

    dan berilmu serta dipandang mulia oleh masyarakat begitu senang melakukan penipuan

    terhadap golongan subaltern. Di akhir cerpen ini golongan subalternakan berusaha untuk

    menuntut haknya walau dengan apa sekalipun.

    Sikap tidak bertanggungjawab yang menjadi persoalan seterusnya dalam cerpen ini,

    telah memperkukuhkan temanya. Persoalan-persoalan yang diungkaikan dan diadun dengan

    berkesan walaupun nampak simpletelah mengangkat bahawa golongan subalternsering

    dinafikan haknya. Di sini dapat dikesan beberapa watak yang digambarkan tidak

    bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Selain daripada watak Jamil, watak

    penghulu juga digambarkan sedemikian ( sila lihat lampiran, ayat yang diwarnakan ).Golongan

    yang berkuasa telah digambarkan hanya mementingkan peribadi sendiri di samping

    memberikan komen yang positif kepada pihak atasan walaupun perkara yang sebaliknya berlaku

    berkaiatan dengan segala permasalahan di kawasan mereka. Ini sememangnya berlaku pada

    realitinya.Ini juga menyebabkan suasana aman damai yang menjadi tonggak kebahagian ikatan

    sesebuah keluarga akan terlerai. Sifat mementingkan diri, memandang kepada material akan

    menghancurkan nilai-nilai murni sesebuah masyarakat. Inilah yang diketengahan oleh

    pengarang dalam cerpen ini.

    Kesimpulan

    Dalam mengulas perbincangkan persoalan yang diketengahan oleh pengarang dalam

    sesebuah karya cerpen seseorang itu haruslah menjadi seorang pengkritik. Sikap berat sebelah

    semasa mengulas sesuatu karya perlu dielakkan bahkan pengkritik perlu menyelami

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    15/16

    15

    permasalahan yang diutarakan dengan sebaik-baiknya. Ini kerana cerpen termasuk dalam salah

    satu cabang kesusasteraanyamg merupakan satu disiplin ilmiah yang ada cakupannya sendiri.

    Ia bersifat global, tidak terasing dari bidang-bidang lain. Ini boleh dilihat dalam karya-karya

    sastera yang tidak saja dimuatkan dengan unsur imaginasi, hiburan, serta kesan estetika semata-

    mata tetapi turut digabungjalinkan dengan fakta, pengetahuan, pengalaman hidup, dan

    realiti.Jika ditinjau dari sudut pendekatan psikologi kesusasteraan adalah ilmu geraklaku

    manusia. Dalam setiap karya sastera, terutama fiksyen, terdapat berbagai watak yang

    menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Watak watak itu sebenarnya mewakili watak-watak

    realiti dalam masyarakat kerana karya-karya sastera itu mencerminkan pergolakan dalam

    masyarakat itu sendiri. Ternyata pergolakan jiwa pengarang dan watak-watak itu mewakili

    pergolakan jiwa ahli masyarakat. Untuk memudahkan kajian dilakukan, maka seseorang

    pengkritik itu hendaklah benar-benar menghayati watak berkenaan dan seterusnya berada dalam

    diri watak itu. Ini kerana daripada pergerakkan watak itulah, persoalan dalam cerpen

    ditimbulkan. Inilah yang dapat kita lihat semasa mengupas setiap persoalan dalam karya cerpen

    yang dikemukakan.

    Sekian, terima kasih

    ( 2,903 patah perkataan tidak termasuk petikan )

  • 8/6/2019 Assgmen jmk 221

    16/16

    16