asigment ergonomik

Embed Size (px)

Citation preview

ERGONOMIK

disediakan oleh : SITI NADHIRAH BT. ZOLKIFLI

Ergonomik merupakan satu kajian saintifik yang mengkaji hubungan antara persekitaran tempat kerja dengan manusia untuk mengatasi pelbagai jenis risiko bahaya terhadap para pekerja. Ianya meliputi aspek interaksi manusia dengan penggunaan peralatan, keperluan dalam melakukan kerja dan juga faktor persekitaran di tempat kerja.

Mekanik badan ialah penggunaan dan koordinasi bahagian badan dan posisi badan semasa menjalankan aktiviti. Mekanik badan yang tepat adalah penting bagi setiap pekerja bagi menjamin keselamatan dan kesihatan setiap pekerja

Meningkatkan moral pekerja Meningkatkan produktiviti & kualiti Mengurangkan kesilapan manusia / Kemalangan semasa kerja / Keletihan / Tekanan Mengoptimakan penggunaan masa

Selaraskan lumbar support lengkuk backrest mestilah menyokong lengkuk semulajadi tulang belakang. Gunakan bantal atau gulungan tuala untuk menyesuaikan belakang anda dengan backrest.

Selaraskan armrests . Ketinggian armrests hendaklah menyamai. Ketinggian siku dalam keadaan rehat.

Kekalkan postur baik semasa bekerja. -Duduk sehingga belakang anda bersandar pada kerusi (backrest). -Pastikan lutut anda searas atau lebih rendah dari pinggul anda dan pastikan kaki anda disokong. -Pastikan siku anda dalam keadaan sudut terbuka (100to 110) dengan pergelangan tangan anda dalam keadaan lurus.

Personal kan setting komputer anda. Letakkan komputer anda jauh dari tingkap atau lampu yang terang. Rehatkan mata anda dengan memandang objek jauh sekalisekala. Lakukan kerja pada kadar yang sesuai. Rehat 1-2 minit setiap 30 minit bekerja atau 5 minit setiap sejam. Setiap 2-3 jam cuba bangun dan bergerak di sekeliling. Jika anda mengalami tanda-tanda awal, dapatkan rawatan. Tindakan awal boleh mengelakkan masalah dimasa depan.

Tindakan Bengkok dengan menggunakan lutut, elakkan bengkokan pada pinggang. Pegang beban dekat pada bahagian badan.

Rasional Menyediakan daya yang besar semasa mengangkat barang.

Postur ketika berdiri Kepala dan kaki berada di dalam garisan yang lurus. Seseorang yang mempunyai bahagian - bahagian badannya yang disejajarkan dengan sempurna dikatakan mempunyai postur berdiri yang terbaik. -Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur yang tidak betul. Ini menandakan bahawa postur tegak badan itu adalah buruk. Semua lengkok tulang belakang adalah berlebihan. Apabila lengkok ke hadapan seperti lengkok leher bertambah, lengkok ke belakang yang berikutnya, iaitu lengkok belakang akan semakin bertambah ke hala yang bertentangan untuk mengimbangkannya.

Tindakan Pastikan kaki berada dalam keadaan yang kukuh dan buat bukaan semasa berdiri.

Rasional Bagi memastikan kestabilan semasa berdiri.

Postur ketika duduk Gambarajah di bawah menunjukkan kesejajaran yang betul bagi bahagian - bahagian badan ketika duduk. Kepala dan punggung berada pada garisan lurus. Ini menunjukkan postur duduk yang betul. Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur duduk yang tidak betul. Kepala dan punggung tidak berada pada garisan yang lurus. Apabila ini berlaku badan akan melengkok ke depan. Berat badan juga tidak disokong sepenuhnya oleh punggung.

Sleep on a thin pillow - head leveling with your spine. Avoid pushing your head forward or arching your neck with your chin jutting forward. Place a soft pillow under your lower legs to take pressure off your spine due to an accentuated lower back.

1. Menguatkan otot-otot dan daya

ketahanan fizikal

3. Mengurangkan risiko sakit pinggang

Pegang palang dengan kedua-dua tangan. Depakan tangan dan luruskan badan ke belakang. Rebahkan diri dengan keadaan badan yang lurus ke belakang dan lakukan tekan tubi. Ulangi mengikut kemampuan.

Baringkan badan anda. Biarkan tangan anda disisi anda. Anda boleh melakukan senaman ini di lantai. Angkat kaki kanan. Sementara itu regangkan kaki kiri sejauh mana yang boleh. Lakukan senama ini secara maksimum dan pastikan jari kaki anda tidak menyentuh lantai.

Baringkan badan anda (lihat gambar) dan renggangkan badan anda. Angkatkan kaki kanan anda setinggi mana yang anda boleh, tarik nafas melalui hidung. Renggangkan kaki anda selama yang boleh. Lepaskan nafas perlaha-lahan sambil menurukan kaki anda. Lakukan untu kaki kiri pula.

Posisi berdiri, Kaki dirapatkan. Tangan pada pinggang. Tundukkan kepala kedepan. Tarik nafas sedalam-dalamnya melalui mulut. Kekalkan posisi ini selama 3 saat. Kebali ke posisi yang sebenar sambil melepaskan nafas perlahanlahan.

Baring dipermukaan rata. Regangkan badan dan kaki semaksimum mungkin. Letakkan tangan di tepi kepala anda. Sentuh kaki kanan anda dengan tangan kiri anda (rujuk gambar). Kekalkan untuk beberapa ketika. Lakukan latihan ini berulang kali dan pastikan kaki anda dalam keadaan lurus.