12
8/14/2019 asei turki.. http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 1/12 ENGENALAN Negara Turki moden ialah sebuah republik ber perlembagaan yang demokratik dan sekular . Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas kejatuhan Empayar Otoman, akibat Perang Dunia I . Republik Turki secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara EurAsia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia . Keluasan wilayah Turki adalah 567.536km yang mana 23.585km adalah terletak di Eropah dan selebihnya di Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di Barat laut; Greece di Barat; Georgia , Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara.Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di Barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia . Turki merupakan sebuah negara rentas benua . APA ITU SEKULARISME? Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik , pentadbiran dan undang- undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan . Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.

asei turki

  • Upload
    mrszaki

  • View
    234

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 1/12

ENGENALAN

Negara Turki moden ialah sebuah republik ber perlembagaan yang demokratik dan

sekular . Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk

selepas kejatuhan Empayar Otoman, akibat Perang Dunia I .

Republik Turki secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara EurAsia di Timur

Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia . Keluasan wilayah Turki adalah

567.536km yang mana 23.585km adalah terletak di Eropah dan selebihnya di Asia.

Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil

wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8

negara, iaitu Bulgaria di Barat laut; Greece di Barat; Georgia , Armenia dan Azerbaijan di timur

laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara.Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di

utara, Laut Aegea di Barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut

Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara

Eropah dan Asia . Turki merupakan sebuah negara rentas benua .

APA ITU SEKULARISME?

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik , pentadbiran dan undang-

undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan . Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman

yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang

berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.

Page 2: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 2/12

Page 3: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 3/12

Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat

sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil

'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang regim

autokratik Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.

Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat

dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. Setelah kekalahan Empayar

Uthmaniyyah di tangan Tentara Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk

memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki

dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang

pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali

sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar

bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Konsep

Kemalisme :

- Republikanisme --- pemerintahan tidak beraja

- Nasionalisme --- berdasarkan bangsa Turki

- Revolusionisme --- berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan

- Sekularisme --- memisahkan agama dengan kehidupan

- Etatisme --- ekonomi bebas/ pemilikan bebas

Page 4: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 4/12

- Populisme --- pemilikan berdasarkan kuasa rakyat

Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan

negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun

1934. Kemal Atatürk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara .

SEKULARISME DI TURKI

Pada majlis kebangsaan yang diadakan pada bulan oktober 1923, di Ankara telah diputuskan

bahawa Turki adalah sebuah negara republik dan mengangkat Kemal Atatürk sebagai presiden

Turki. Ankara pula dijadikan ibu kota Turki yang mengantikan konstantinopel. Sekularisme di

Turki diperkenalkan melalui Perlembagaan Turki 1924 dan kemudian oleh pembaharuan Kemal

Atatürk yang menggubal satu set syarat-syarat pengurusan dan politik untuk mencipta satu negara

yang moden, demokratik dan sekular sejajar dengan ideologi Kemalist.

Setelah 13 tahun pengenalannya, (5 Februari 1937) dinyatakan dengan jelas dalam Artikel

Kedua Perlembagaan Turki. Perlembagaan Turki semasa tidak mengiktiraf agama rasmi ataupun

mempromosi mana-mana agama termasuk Islam walau pun sekurang-kurangnya lebih daripada

95% warganegara Turki adalah orang Islam .

LANGKAH MEWUJUDKAN REPUBLIK TURKI MODEN

Page 5: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 5/12

1. Menghapuskan sistem kalifah yang dianggap tidak sesuai digunakn lagi dan dianggap

jawatan kalifah akan mencabar jawatan presiden.

2. Pada 1924, jabatan khalifah dan jabatan menteri syari’at dan wakaf dihapuskan.

Menghapuskan seluruh atau hampir semua institusi keagamaan yang ada dalam

pemerintahan. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-

terangannya mengatakan “bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan

perlu dihapuskan untuk kemajuan”.

3. Menghapuskan mahkamah syariah dan digantikan dengan mahkamah sivil

4. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

5. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam

6. Lembaga pendidikan dan sekolah-sekolah agama dihapuskan

7. Mengahapuskan syari’at islam dan digantikan dengan syari’at atiqat (hukum adat), dan

kemudianya digunakan undang-undang miden swiss.

8. Hari cuti digantikan daripada hari ahad kepada hari jumaat

9. Kelender hijrah digantikan kepada kelendar masihi

10. Kesamarataan hak antara perempuan dan lelaki.

11. Jumlah masjid dikurangkan dan dihadkan luas halaman masjid tidak lebih dari lima ratus

meter.

12. Merubah kegunaan masjid sebagai tempat ibadat. masjid dijadikan muziam dan gudang

contohnya masjid aya sophia dan masjid raja al-fatih.

Page 6: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 6/12

13. Melarang poligami yang disesuaikan daripada undang-undang swiss

14. Larangan memakai jubah, tudung dll kepada pemakaian ala Barat seperti topi dll. Beliau

pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung

kepada pakaian moden".

15. Mengeluarkan undang-undang yang mewajibkan warganera menggunakan nama belakang

(nama keluarga)

16. Larangan mengadakan upacara spirituan seperti tariqat dan menutup tempat-tempat

tersebut.

17. Para wanita dibolehkan bekerja

18. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari

dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

19. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

20. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang

unsur-unsur Arab dan Parsi.

21. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya

mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

22. Huruf Arab dihapuskan dan digantikan dengan huruf latin . didirikan sekolah-sekolah

untuk mengajar huruf latin yang dianggap bersifat nasional.

23. Fakulti-fakulti pendidikan bahasa Arab dan parsi dihapuskan.

24. Pencetakan buku dikawal dan hanya dibenarkan mencetak hurup latin sahaja.

Page 7: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 7/12

25. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Ini dapat dilihat melalui satu peristiwa

apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh

kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum

dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

REAKSI MASYARAKAT

Pemberontakan suku kurdi (1925), yang dipimpin oleh syekh sa’id asyaikh al masyayikh.

Gerakan ini tidak senangkan dasar yang dipekenalkan oleh Kemal Atatürk. Seterusnya Kemal

Atatürk telah menangkap, membunuh dan membuang keluar negeri mereka yang menyokong

pemberontakan ini. Guru –guru tareqat yang memperjuangkan agama islam dan menyokong

pemberontakan Kurdis telah di tangkap dan digantung dikhalayak ramai iaitu dihadapan masjid

diyarbekir.

Pada 23 disember 1930, syeikh mehmed dan pengikutnya telah bersyarah dibandar manema

yang mana telah mengajak umat islam kembali menutup aurat, berkopiah dan berbahasa Arab.

Ajen Kemal Atatürk telah menembak orang-orang dalam perhimpunan terbabit. Ajen tersebut

akhirnya ditangkap. Kemal Atatürk telah menghantar tentera dan menghukum gantung pengikut-

pengikut tersebut. Bandar tersebut dibakar dan kemudianya dibina semula.

Kumpulan-kumpulan sufi yang mengadakan majlis-majlis zikrullah tareqat sufiah telah

disekat melalui akta-akta di parlimen. Pusat-pusat aktiviti mereka ditutup dan harta benda

dirampas. Majlis maulidur dan tahlil diharamkan. Mereka memperjuangkan kebebasan beragama

dan mengembalikan kebebasan beragama dalam masyarakat

Page 8: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 8/12

Parti bebas ditubuhkan pada tahun 1930, oleh Fethi Okyar. Beliau bertindak menubuhkan

parti tersebut kerana menentang dasar autokratik yang diamalkan oleh pemerintahan kemal

atatuk. Namun akhirnya parti ini diharamkan kerana mengancam populariti CHP (Parti Republik

Rakyat) yang ditubuhkan oleh Kemal Atartuk.

Sekumpulan ahli CHP dan beberapa orang panglima perang pembebasan turki seperti Rauf

Orbay, Kazim Karabekir, dan Ali Fuat Cebesoy bertindak keluar pasti dan menubuhkan Parti

Republik Progresif (Terakiperver Cumhuriyet Firkasi)

Golongan yang berfahaman islam dan liberal tidak berpuas hati dengan dasar sekular yang

diamalkan oleh pemerintahan kamal atartuk. Mereka mahukan suasana politik yang liberal, bebas

dan setiap individu diberi kebebasan kepercayaan dan pegangan politik. Gerakan Nurcu ini

dipimpin oleh Bediuzzaman Said Nursi (1876/7-1960).

Kumpulan yang lebih liberal dalam politik adalah Parti Demokrat yang dipimpin oleh Cecal

Bayar dan Adnan Menderes. Pada tahun 1950, parti ini telah mengambil kuasa dari CHP dan

memberikan kesan yang besar terhadap pelaksanaan islam dalam kehidupan harian di Turki. Pada1960, tentera merampas kuasa kerana idea dari parti demokrat telah mencabar idea sekularisme

dan pengaruhnya semakin merosot.

KESAN-KESAN DASAR SEKULARISME

Pembaharuan yang dilakukan oleh Kemal Atatürk daripada sebuah negara Turki islam kepada

dasar sekular yang condong kepada Barat telah memberikan beberapa kesan terhadap negara,

rakyat, ekonomi dan sosial. Cita-cita dan hasrat Kemal Atatürk untuk memajukan Turki setaraf

dengan negara Barat seperti yang diimpikan tidak pernah berjaya.

Page 9: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 9/12

1. Turki tidak dikenali dunia

Daripada sebuah bangsa kuat dan pernah mempunyai empayar yang luas yang merangkumi

Eropah, timur tengah dan Asia tengah kini sudah berkecai dan menjadi bangsa yang lemah.

Semasa empayar Uthmaniah masih memerintah, dunia islam sangat menghormati Turki hingga di

negara-negara Asia tenggara. Sultan-sultanya di doakan di dalam khutbah-khutbah jumaat, tetapi

kini dunia islam sudah melupakanya.

2. Kemunduran pembangunan material dan fizikal

Pembangunan material pada zaman Kemal Atatürk dijangka lebih canggih dan hebat, namun

tidak terjadi malah hanya berlaku dari segi teori sahaja bukanya praktikal. Pembangunana pada

zaman Turki Uthmaniah lebih hebat dan agung yang tidak dapat ditandingi era pemerintahan

selepasnya. Contonya masjid Biru, masjid Sultan Sulaiman yang lebih kukuh binaanya, indah dan

besar. Begitu juga dengan pembinaan istana, istana Topkapi dan Dolmabahce di Istambul, adalah

sebuah istana yang serba lengkap dengan kemudahan. Kini Istana Dolmabahce telah dijadikan

sebuah hotel terkemuka. Pembinaan bandar yang berlaku juga memperlihatkan kegagalanAtatürk. Ankara dibina sebagai model pembangunan bandar yang canggih tidak berjaya dan kini

hanya menjadi kawasan sosial untuk berpeleseran dan maksiat. Senibina bangunan Ankara juga

masih ketinggalan untuk bersaing dengan negara Barat dan tidak dapat menandingi kegemilangan

senibina era Turki Uthmaniah.

3. Ekonomi Turki semakin merosot

Pada tahun 1929, Turki ditimpa kemelesetan ekonomi. Para petani mengeluh dan kesal

kerana tanaman mereka tidak menjadi. Pada hari barangan Turki tidak dapat di pasarkan di

Eropah dan menembusi negara-negara yang lain. Tindakan Barat pula melonggarkan barangan

Page 10: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 10/12

mereka kepasaran Turki. Bantuan daripada Barat tidak diperolehi dan menyebabkan Turki

mengalami masalah penganguran dan inflasi yang tinggi.

4. Hubungan dengan negara Arab rengang

Sesetengah negara Arab renggang kerana masih ada sentimen yang menganggap negara Turki

penjajah yang mana pada era pemerintahan Turki Uthmaniah kawasan seperti hijaz, iraq, mesir,

dll adalah dibawah empayar Turki Uthmaniah. Turki juga telah memutuskan hubungan dengan

islam dan timur sejak dasar sekular diamalkan.

5. Sekatan dari sudut ketenteraan

Di paksa Barat menganggotai NATO (pakatan atlantik utara) yang mana menyekat kuasa

ketenteraan Turki. Turki tidak boleh menambah jumlah tenteranya dan memodenkan

kelengkapan ketenteraan tampa keizinan NATO.

6. Kehilangan tenaga profesional

Oleh kerana pendidikan sekular yang mana memburu kehidupan dunia dengan melupakan

akhirat, ramai cerdik pandai dan golongan profesional Turki telah berhijrah dan bekerja di

negara yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak dengan tawaran gaji yang tinggi.

Mereka ini juga turut menukar kewarganegaraan dan ini menyebabkan tenaga mahir tiada untuk

memajukan Turki. Perpindahan cerdik pandai Turki ke nagara Barat telah menguntungkan Barat

untuk memajukan negara mereka dengan perpindahan kemahiran dan profesional Turki kenegara

mereka.

7. Pemberontakan minoriti Kurdis di sempadan

Page 11: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 11/12

Oleh kerana dasar Turki yang menghala keBarat, ini telah menambah kebencian bangsa

Kurdis yang tinggal di pinggir negara Turki. Mereka memusuhi pemerintahan Turki dan

menuntut membebasan dan kemerdekaan. Mereka ingin menubuhkan sebuah negara yang

merdekan dan tidak mahu terpengaruh dengan Barat. Jumlah bangsa Kurdis dianggap minoritinamun jumlah bangsa mereka 12 juta orang daripada 60 juta penduduk Turki. Pemberontakan

daripada bangsa ini sering berlaku. Askar Turki di sempadan kerap di serang. Pada tahun 1992,

kira-kira 2000 orang terbunuh yang dicetuskan oleh gerila Kurdis yang menggelarkan diri mereka

Parti Buruh.

8. Yahudi kuasai ekonomi Turki

Yahudi sudah lama bertapak di Turki dan menguasai ekonomi Turki. Gerakan freemason

(yahudi dunnama@donmeh) telah menjadikan bidang ekonomi, politik, kebudayaan sebagai

target perjuangan mereka. Yahudi bukan hanya mahukan keuntungan ekonomi malah turut

merosakkan sosial dan budaya masyarakat Turki. Projek–projek kemaksiatan seperti pelacuran di

perbesarkan hingga cukai yang tinggi di perolehi daripada aktiviti pelacuran.

PENUTUP

Usaha dan langkah yang dilakukan oleh Kemal Atatürk ini telah memutuskan Turki

dengan masa lalunya (islam) dan telah memutuskan Turki dengan saudara seagamanya iaitu

seluruh dunia islam. Pada 1940 islam mula marak kembali di Turki, setelah Kemal Atatürk

meninggal dunia. Pemenrintakan ditaktur Kemal Atatürk terhadap keagamaan mulai berubah dan

kalangan islamis Turki mulai mendapat kembali peluang membina kehidupan beragama

dikalangan bangsa Turki.

Page 12: asei turki

8/14/2019 asei turki..

http://slidepdf.com/reader/full/asei-turki 12/12