28
SOALAN 1

artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

artikel ini merupakan asimen pengajaran bahasa melayu berbantukan komputer semester 3.

Citation preview

Page 1: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

SOALAN 1

Page 2: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

1.0 PENGENALAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dalam Bahasa Inggerisnya iaitu Information and

Communication Technology (ICT) merupakan elemen penting dalam membantu pencapaian

matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) dalam usaha ke arah pembestarian sekolah menekankan inisiatif kerajaan

dalam pembangunan ICT dalam pendidikan. Persediaan dan pelaksanaan PIPP yang

disenaraikan meliputi aspek infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia untuk menghasilkan

pendidikan berkualiti untuk semua. Antara pelaksanaan KPM adalah literasi ICT untuk semua

murid memperoleh kemahiran menggunakan ICT, mengutamakan peranan dan fungsi sebagai

alat pengajaran dan pembelajaran, dan menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan

produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan (KPM 2007).

Dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT

telah diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah. Pelbagai

pendekatan, strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan kebolehan kanak-kanak

digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran dalam kurikulum pendidikan prasekolah.

Pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan membentuk satu asas

pembelajaran yang kukuh dan mantap bagi membantu mereka untuk meneruskan

pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi (Sharifah Nor 2002; PPK 2003a). Penggunaan ICT

dalam pendidikan mestilah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan

menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan.

Komputer sesuaiuntuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran keranaia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga

membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika

digunakan dengansistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini

akan dapatmenambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu,

jikakomputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, sebarang masalah

pengajaran dan pembelajaranmampumenyelesaikan.

Page 3: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

Hal ini selaras dengan pandanganHeinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer

dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin

memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh

disampaikan menerusi peralataninput seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad,

joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).Heinich (1996) menyatakan

komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak.

Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar

menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah sertamenarik.

Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam

tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada

hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikandalam sistem

pendidikan negara. Hal ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalandata, dapat

memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaankonsep Sekolah

Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor RayaMultimedia adalah usaha

kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yangmempunyai daya saing dalam

era teknologi maklumat dan komunikasi.Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia

masa kini ialah berlakunya ledakanteknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam

telekomunikasi, komputer yangdihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan

banyak maklumat diperolehidengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat

menyebarkan segala maklumatkepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996).

Menyedari hakikat ini, kerajaanMalaysia telah mengambil inisiatif untuk terus

memperkembangkan teknologi komunikasidan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya

Multimedia (MSC).

Tujuh aplikasiutama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan,

sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan

pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan

telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah negara maju dan

makmur (MDC,2000).Melalui MSC, internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui

aktiviti-aktiviti sama ada dalam tugasanharian atau yang melibatkan proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Menurut Majlis Teknologi Maklumat KebangsaanMalaysia (MTMK) melaporkan

Page 4: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun2003. Terdapat pertambahan empat

kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta

pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002). Hal ini menunjukkan penggunaan internet ini

diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan di Malaysia.

Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran.

Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru

termasuk internettelah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah

(a) menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), (b)

menyokonguntuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and

McNaught,1997), (c) menyediakan peluang untuk belajr dengan luas dalam konteks sumber asli

(Lafley,Tupper and Musser, 1998), dan (d) menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih

meningkatkan kuasa dan proses kognitif (Jonassen and Reevers, 1996). Charp (2000)

pulamenyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru

mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain.

Revolusi internet bukan sahajamencari maklumat secara global malah menjalin dan

merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi. Sejajar dengan perkembangan teknologi

ICT, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telahmemperlihatkan kesungguhan

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia

abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumatmalah berupaya merealisasikan

Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkannegara khususnya dalam

meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui

penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk

merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi,

menstrukturkanorganisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih

kuat di antarasekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep

ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

Page 5: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

i.ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang

boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

ii.Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat

pengajarandan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan

sebagaisesuatu subjek tersendiri.

iii.Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan

keberkesanansesuatu sistem pengurusan.

Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi

kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan

pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam

proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan

dipergiatuntuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara

meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam

semua aspek kehidupan.

Page 6: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

2.0 Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Dapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara

berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Sikap terhadap komputer ialah satu daripada tiga

faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer.

Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mendapati bahawa sikap guru yang positif adalah penting

untuk mendorong seseorang pelajar bagi mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, sikap dan

kesedaran merupakan cara yang terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap

penggunaan komputer. Sikap dan keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantu

memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT ketika proses pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan

pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. SitiFatimah

(2001) mendefinisikan Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer atauPPBK sebagai

perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan

(programming language), pengarangan dan pengaturcaraanmultimedia (multimedia authoring

and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.Alensi dan Trollip (1985) juga

mengaitkan PPBK dengan penggunaankomputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan

menilai prestasi pelajar.

PBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri

perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisianPPBK

dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. PPBK adalah berbeza darifungsi

perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah

melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra

pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna, kreatif,

mempunyai unsur-unsur peneguhan supayaobjektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan

lasak, tiada ralat dan menghiburkan. Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian

pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak

Page 7: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan

pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan

melancarkan rekabentuk antaramuka perisian.

Antara Istilah-istilah yang selari dengan PPBK dalam bahasa asing ialah

seperti"computer-assisted instruction", "computer-aided instruction", "computer-

assistedlearning" dan "computer-aided learning".Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi

nama. Apa yang penting ialah fungsinyatetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran

dan pembelajaran. Berikutadalah antara istilah-istilah yang lazim digunakan apabila berbincang

tentang soal PPBK :

a) Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI)

CAI adalah medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajarandisampaikan

oleh komputer. Pengguna belajar dengan berinteraksi dengan komputer.Maklumbalas dari

komputer akan dikeluarkan berdasarkan respon yang diberi oleh pengguna. Dalam proses

pengajaran ini, komputer berperanan sebagai pemudahcarayang lazimnya dilakukan oleh

seorang guru. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk digunakan

dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera

liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan

komputer atau CAI.

b) Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL)

Pembelajaran Bantuan Komputer atau CAL ialah satu bentuk pembelajaran untuk

menggalakkan pelajar mencari pengetahuan dengan kadar kendiri. CAL berbeza dengancara

CAI yang berdasarkan kepada respond pelajar dan maklum balas.

Page 8: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

c) Courseware / Perisian Kursus

Menurut sumber dari laman web Smart Learning System oleh MIMOS, perisiankursus merujuk

kepada kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungandan teknik yang yang

digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Perisian kursus merujuk kepada isi

kandungan pengajaran yang direncanakan dimasukkan kedalam alat pengarangan seperti

ComIL untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. Dengankata lain perisian kursus adalah

PPBK seperti yang telah diterangkan terlebih dahulusebelum ini.

D) Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning)

Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yangdisampaikan

melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi,urusan ujian dan lain-lain

adalah berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001), sistem pembelajaran berasaskan web

merupakan sistem pembelajaran yang terbukadan fleksibel. Sesungguhnya potensi web dalam

pendidikan ini amat luas sekali. Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sistem

pembelajaran berasaskan web ini akan meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka untuk

meneroka pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari sebuah

kelastradisional. Contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk bertukar-tukar

maklumat dalam suasana yang tiada batasan.

Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pentingnya merangka

danmemantau pertukaran maklumat ini untuk memastikan pembelajaran yang bermakna

sebenarnya berlaku. Oleh itu, dalam kesungguhan dan keghairahan untuk menggunakan web

sebagai media pengajaran, para pendidik perlu juga menekankantentang keperluan untuk

pembelajaran. Bagi Duchastel (1997) sumber maklumat,tahap interaktiviti, pembelajaran

berstruktur dan komunikasi adalah empat ciri yangsepatutnya ada dalam tetapan keperluan

pengajaran dan pembelajaran. Memperolehimaklumat baru adalah sebab utama pelajar belajar.

Interaktiviti pula adalah apa yang berlaku antara pelajar dan sumber pembelajaran sama ada

melalui penelahan buku, simulasi, perbincangan mahupun program multimedia. Disini proses

peningkatan dan pemurnian pengetahuan pelajar akan berlangsung.

Page 9: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

Struktur pula memastikan fokus pembelajaran adalah selari dengan objektif atau hasil

pembelajaran yang mahudicapai. Sebagai tambahan, komunikasi pula memberikan seting

sosial supaya pertukaran maklumat, bantuan peribadi dan motivasi berlaku.Sebagai

kesimpulannya, pembelajaran berasaskan web ini menggunakan corak pembelajaran secara

penerokaan. Sungguhpun capaian maklumat amat senangdidapati dengan menerokai dan

melayari internet, maklumat tersebut tidak semestinya berilmu atau berguna. Oleh kerana inilah

Duchastel menekankan kepentingankeempat-empat keperluan tersebut semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku.

2.1 Faktor Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Dapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasi komputer

dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai mata

pelajaran Bahasa Melayu. Antara faktor yang dilihat paling utama ialah faktor sikap guru itu

sendiri. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin

Badusah yang telah diterbitkan di dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 59-65,

mendapati sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran

adalah positif.

Namun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu masih berada

pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran berdasarkan jenis aliran

sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru-guru

Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru-guru Bahasa Melayu yang

tidak pernah menghadiri kursus ICT.

Kajian ini melibatkan 105 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan atau purposive sampling bagi mendapatkan

maklumat kajian yang dikehendaki. Oleh itu, pemilihan 58 orang guru dari sekolah kebangsaan

(SK) dan 47 orang guru pula dari sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Bintulu. Pengalaman

Page 10: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

mengikuti kursus didapati mengubah sikap guru-guru terhadap penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru-guru mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan ICT dan ingin

menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun peluang

mengikuti kursus agak terbatas menyebabkan mereka merasakan tertinggal dari aspek

pengaplikasian ICT. Guru-guru juga didapati bersikap kurang pasti terhadap penggunaan ICT

untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui analisis yang

telah dilakukan menunjukkan bahawa responden bersikap positif terhadap penggunaan ICT

dalam pengajaran di sekolah.

Secara keseluruhannya, analisis dapatan kajian ini telah menunjukkan guru-guru

Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak bersikap positif

terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini menyamai

dan disokong oleh beberapa kajian terdahulu tentang sikap guru terhadap penggunaan ICT

sama ada dalam pengajaran Bahasa Melayu ataupun mata pelajaran lain. Antara kajian

penyelidikan yang telah dijalankan terhadap guru Bahasa Melayu adalah seperti kajian Hamzah

(2003), Mohd. Khairuddin (2005), Suwarnee (2006), Nor’aini (2007) dan Fairose (2007).

Hasil kajian ini turut mendapat sokongan daripada penyelidikan dalam mata pelajaran

lain, termasuk kajian Abdul Malek (2002) yang meninjau terhadap penggunaan ICT dalam mata

pelajaran aliran kemanusiaan dan aliran teknik dan vokasional, manakala kajian M. Nadarajah

(2002) melihat kepada penggunaan ICT bagi mata pelajaran Ekonomi, sementara Mohd.

Jasmy, Mohd. Arif dan Norsiati (2003) telah melakukan kajian ke atas mata pelajaran Sains dan

Matematik. Dalam pada itu, kajian-kajian juga pernah dilakukan ke atas oleh guru-guru

terhadap penggunaan ICT secara umum tanpa memfokuskan mata pelajaran yang tertentu

seperti kajian Roslina (1999) dan Abdul Manan (2005).

Hasil kajian tersebut juga mendapati guru-guru mempunyai sikap yang positif terhadap

penggunaan ICT dalam pengajaran mereka. Suwarnee (2006) telah juga melihat kesediaan

Page 11: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

guru-guru terhadap penggunaan ICT. Hasil kajiannya mendapati sikap guru Bahasa Melayu

terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi.

Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu bersikap positif terhadap

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Satu lagi kajian iaitu mengenai sikap guru bahasa melayu yang pernah menghadiri

kursus ict dengan tidak pernah menghadiri kursus ict terhadap penggunaan ICT dalam

pengajaran. Hasil analisis ujian-t ke atas sikap guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri

kursus ICT dengan guru Bahasa Melayu tidak pernah menghadiri kursus ICT telah

menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru-guru Bahasa

Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif dan

berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT kerana mereka tidak

mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk mengendalikan komputer dan

mengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat menjelaskan

bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikap

negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Dapatan kajian ini disokong oleh hasil kajian Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati

guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai

sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Hal ini sejajar

dengan pendapat Summer (1990) dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada sebab

utama guru bersikap negatif terhadap komputer disebabkan kurangnya pengetahuan dan

pengalaman dalam bidang berkenaan. Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Russel dan

Bradley (1997) dalam Alexandra et al. (2006) melaporkan bahawa ramai guru yang tidak

menggunakan komputer disebabkan mereka kekurangan keyakinan diri ataupun berasa takut

akan komputer. Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996) mendapati kewujudan sikap negatif

guru disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat

penyesuaian dengan teknologi instruksional. Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong oleh

Norin (2004) yang menyatakan kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai mind-

set tentang kaedah pengajaran yang disukai mereka.

Page 12: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

Selain itu, faktor lain yang dilihat mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasi

komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah beban tugas guru. Secara tradisinya kita

mengetahui bahawa tugas seorang guru ialah mengajar dan mendidik manusia, iaitu muridnya

untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan berdasarkan

sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Sebaliknya tugas guru kini lebih pelbagai. Selain

daripada tugas mengajar, guru juga dibebani dengan tugas-tugas perkeranian, fasilitator,

motivator, perancang, penasihat kokurikulum, pemimpin kelab, persatuan, unit beruniform,

jurulatih sukan, guru data dan banyak lagi.

Mengikut Che Yaakob (199I), para guru kini telah dibebankan dengan tugas-tugas

sampingan yang banyak sehingga mengurangkan tumpuan mereka kepada tugas yang utama,

iaitu mengajar. Penyataan Che Yaakob itu disokong melalui kajian yang telah dilakukan oleh

Abdul Shukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan Mohamad Yazi Kerya (2006) yang menyatakan

selain daripada tugas akademik, guru juga terpaksa memegang pelbagai jenis jawatan lain

sama ada dalam bidang bukan akademik seperti ketua panitia dan jawatankuasa panitia, hal

ehwal murid seperti disiplin, kebajikan, kesihatan, rancangan makanan tambahan dan lain-lain

lagi yang berkaitan dengannya.Tugas akademik terbahagi kepada dua kategori, iaitu tugas rutin

(harian) dan tugas bermusim (berkala). Antara yang termasuk dalam tugas rutin (harian) ialah

mengajar subjek. Sekaligus, perkara ini menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

akan turut terjejas. Oleh itu, mereka menjadi kurang berminat untuk mempelajari dan

menguasai komputer kerana terlalu sibuk dengan tugasan lain.

Shahbudin (1986), dalam kajian terhadap beban tugas guru mendapati seorang guru

menggunakan purata 44.28 jam seminggu untuk menyelesaikan tugas mereka di sekolah dan

rata-rata guru terpaksa menggunakan masa di luar waktu rasmi persekolahan untuk

menyelesaikan tugas, terutamanya bagi membuat persediaan mengajar serta memeriksa kerja-

kerja pelajar. Mohd Saudi (1998) pula mendapati bahawa guru menggunakan sebanyak 37.02

jam seminggu bagi tugas bermusim. Hal ini telah menjadikan jumlah masa untuk tugas

akademik bagi seseorang guru ialah 39.59 jam. Manakala, bagi tugas bukan akademik secara

rutin ialah 21.59 jam dan 3.17 jam seminggu bagi tugas bermusim dan menjadikan jumlah

keseluruhan bagi tugas bukan akademik ialah sebanyak 24.62 jam seminggu. Jumlah masa

keseluruhan seorang guru dalam seminggu ialah 64.21 jam dengan 61.3% (39.58 jam)

Page 13: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

digunakan untuk tugas akademik dan 38.7% (24.62 jam) untuk tugas bukan akademik. Jumlah

ini sebenarnya melebihi masa rasmi sekolah, malah melebihi masa kerja bagi penjawat awam

yang lainnya.

Faktor berikutnya yang dikaitkan dengan mempengaruhi penguasaan guru terhadap

aplikasi komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran asas ICT seseorang guru.

Keputusan analisis Abdul Razak Idris & Norazlina Binti Adam dari Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa purata peratusan sebanyak 83.5

peratus daripada 132 orang guru menguasai pengetahuan asas terhadap penggunaan Internet.

Ini memberi memberikan gambaran bahawa guru-guru mempunyai pengetahuan asas dalam

penggunaan Internet. Walau bagaimanapun hasil kajian penyelidikan ini dan hasil dapatan

kajian Rozaidi Che Mahmood (2000) bertentangan.

Hasil kajian yang diperolehi oleh Rozaidi Che Mahmood ke atas empat buah Sekolah

Menengah di Johor Bahru mencatatkan pengetahuan asas yang kurang tentang penggunaan

internet dengan purata peratusan sebanyak 22.4 peratus. Hal ini menunjukkan peningkatan

yang besar berlaku dalam pengetahuan asas terhadap penggunaan Internet dalam kalangan

guru-guru sepanjang lapan tahun. Dapatan ini berkemungkinan dari kesan latihan atau kursus

yang dihadiri oleh guru-guru sepanjang perkhidmatan mereka. Dari kajian lepas oleh Md. Musa

bin Ahmad (2003) mendapati guru-guru berminat mendekati dunia internet setelah memiliki

pengetahuan asas yang diperolehi daripada usaha mereka dan kursus yang diikuti sepanjang

perkhidmatan.

Menurut Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 1 terbitan Mac 2011,

terdapat lima kateogri aplikasi ICT antaranya ialah pengoperasian komputer, pemprosesan

perkataan, hamparan elektronik, persembahan elektronik dan internet. Dalam jurnal ini, terdapat

jadual berkenaan tahap kemahiran asas ICT berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 197

orang guru terlatih yang berkhidmat di tiga buah sekolah bestari kategori asrama penuh. Kajian

terebut telah dijalankan oleh Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim di

mana dapatan kajian mereka menunjukkan guru sangat mahir dalam mengendalikan

Page 14: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

pengoperasian asas komputer seperti menggunakan perkakasan, mengurus fail, mencetak

dokumen serta mengimbas (scan) virus.

Bagi aplikasi pemprosesan perkataan didapati guru berada pada tahap tinggi

menggunakan perisian Word. Mereka boleh menggunakan perisian tersebut termasuk mengedit

teks, mengimport grafik dan jadual. Guru-guru ini juga didapati mahir menggunakan aplikasi

hamparan elektronik seperti memasuk dan mengedit data, membina jadual, mengguna formula

serta menganalisis data. Selain itu, guru didapati mahir menggunakan perisian PowerPoint di

mana mereka boleh menghasilkan slaid serta memasukkan elemen multimedia (audio, grafik,

animasi, teks & video) dan hyperlink. Bagi aplikasi Internet, guru didapati mahir menggunakan

emel, melayari laman web, muat naik dan turun bahan serta berkomunikasi secara sinkronis.

Apa yang saya dapat rumuskan ialah guru didapati mempunyai kemahiran asas ICT

pada tahap tinggi. Pengoperasian asas komputer serta penggunaan pemprosesan perkataan

didapati sudah menjadi satu budaya dalam kalangan guru yang dikaji. Dapatan kajian ini

menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati majoriti guru mempunyai kemahiran yang

tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan. Hasil kajian ini juga tidak jauh berbeza

dengan kajian Halimahtun dan Nor Azilah (2002), Pang (2000), Norizan dan Salleh-Huddin

(1997), Jaber (1997) serta Sheingold dan Hadley (1990).

Kesemua kajian ini mendapati aplikasi pemprosesan perkataan begitu popular dalam

kalangan guru dan mereka sangat mahir menggunakannya. Menurut Rogers (2003) antara

faktor yang menyebabkan individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta

kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, dan

sesuai dengan keperluan individu tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah sering menggunakan

aplikasi ini bagi kerja perkeranian dan pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan

pengajaran dan pembelajaran seperti kertas ujian, peperiksaan dan nota pelajaran.

Kebanyakan guru juga didapati mahir menggunakan aplikasi lain khususnya hamparan

elektronik, persembahan elektronik dan juga Internet. Mereka boleh menggunakan aplikasi

Page 15: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

tersebut tanpa bantuan daripada orang lain. Namun, masih terdapat guru yang masih tidak

mahir menggunakan aplikasi ini. Keadaan ini adalah satu kerugian kepada guru tersebut

kerana semua aplikasi ini dapat membantu guru menjadikan pengajaran mereka bertambah

menarik dan berkesan. Penggunaan aplikasi hamparan elektronik sememangnya memudahkan

guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran (Lehmann, 2002; Drier, 2001).

Aplikasi persembahan elektronik bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik

dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan

perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan.

Aktiviti sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang

menyemai nilai pendidikan yang positif seperti kreatif dan inovatif, bersikap bertanggung jawab

dan bekerjasama antara satu sama lain, di samping meningkatkan kemahiran koloberasi

dengan rakan. Guru turut didapati mahir menggunakan aplikasi Internet terutamanya berkaitan

dengan penggunaan emel, mengakses maklumat dan melayari laman web. Dapatan ini

menunjukkan senario yang agak berbeza daripada kajian Rosnaini (2006) dan Norizan (2003)

yang mendapati guru masih kurang mahir menggunakan aplikasi Internet. Hal ini

berkemungkinan kerana penggunaan Internet serta komunikasi berperantara komputer sudah

semakin menjadi kelaziman kepada sebahagian besar guru terutamanya golongan muda.

Namun begitu, guru kurang kemahiran daripada segi berkomunikasi atas talian secara sinkronis

seperti telesidang video dan chat.

Faktor yang seterusnya yang dapat dikaitkan dengan penguasaan guru terhadap

aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk

menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu ialah pengintegrasian internet dalam pembelajaran.

Pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian melalui Jurnal Pendidikan 1

menunjukkan majoriti guru menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya

sekali dalam seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta

lembaran kerja. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi. Aplikasi hamparan

elektronik turut digunakan oleh majoriti guru sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap

sederhana.

Page 16: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

Selain itu, majoriti guru turut didapati menggunakan aplikasi persembahan elektronik

dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk

menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana.

Kebanyakan guru juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana. Namun

begitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti guru

didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru,

pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah. Majoriti guru didapati merujuk kepada

World Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang diajar.

Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana. Daripada segi perkongsian

maklumat menggunakan rangkaian Intranet, kurang daripada separuh guru yang

menggunakannya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Pengintegrasian aplikasi ini

berada pada tahap rendah.

Dapatan kajian ini berbeza pula dengan kajian oleh Cuban (2001) dan Ashinida et al.

(2004) pengintegrasian ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru

didapati pada tahap sederhana. Ramai guru didapati mengguna aplikasi ICT untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran pada kekerapan yang lebih tinggi berbanding sedekad lalu.

Namun, tahap penggunaan masih perlu dipertingkatkan agar selaras dengan kemahiran

teknologi yang ada pada guru serta memaksimakan kelebihan teknologi bagi menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan. Selaras itu juga, guru perlu

diberikan latihan dalam pelbagai bentuk kursus dan bengkel bagi memberi peluang kepada

mereka untuk sentiasa mempertingkat pengetahuan dan kemahiran ICT agar sejajar dengan

perkembangan ICT semasa.

Faktor galakan pihak pentadbir mempengaruhi denganpenguasaan guru terhadap

aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk

menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan oleh

Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd Aiman Abdullah @ Sigan Ak Isa dari Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia kajian mendapati bahawa Purata Min keseluruhan bagi persoalan

Page 17: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

kajian ini berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor

keyakinan guru tidak mempunyai pengaruh yang besar dalam penggunaan komputer dalam

kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Bintulu Sarawak.

Jadi, apa yang saya dapat simpulkan ialah pihak pentadbir sendiri hendaklah mengambil

berat dan memberi sokongan seperti mengadakan kursus komputer atau seminar berhubung

dengan teknologi maklumat, ini akan memberi satu rangsangan kepada guru-guru untuk

menggunakan komputer dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Dapatan

kajian ini diperkukuhkan lagi oleh beberapa dapatan kajian lalu. Menurut Sherry (1990) tanpa

sokongan pihak pentadbir secukupnya, keberkesanan penggunaan komputer di sekolah

menjadi sangat terhad. Kajian Bakhtiar (1995) juga menunjukkan kepentingan peranan

pengetua di peringkat sekolah untuk menjayakan apa jua program pendidikan. Tegasnya,

inisiatif penggunaan teknologi maklumat boleh diambil alih oleh seseorang yang mengawal dan

mencorakkan sesebuah organisasi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan komputer di sekolah memainkan

peranan berhubung dengan penggunaan komputer. Jika segala kemudahan yang berkaitan

dengan komputer memuaskan dan mencukupi, ini akan memberi satu rangsangan kepada

guru-guru untuk menggunakan komputer dalam melaksanakan tugas pengajaran dan

pembelajaran. Dapatan kajian ini banyak disokong oleh dapatan kajian-kajian lalu. Menurut

Becker (1991), kekurangan perkakasan yang terkini merupakan salah satu daripada masalah

utama yang dihadapi dalam penggunaan komputer di sekolah.

Begitu juga dengan kajian oleh Hasselbring (1991) mendapati komputer yang ada di

kebanyakan sekolah terdiri daripada perkakasan teknologi lama, rendah kualiti dan tidak

berupaya menjalankan program pengajaran yang terkini. Dua komponen utama untuk

menggunakan komputer secara berkesan ialah perkakasan dan perisian. Jika kualiti

perisiannya baik tetapi menggunakan perkakasan lama dan rendah keupayaannya, adalah tidak

berguna dan begitulah sebaliknya.

Page 18: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

Walaupun begitu, situasi itu sama sekali berbeza di Malaysia. Kenyataan ini

berdasarkan satu artikel di dalam akhbar Berita Harian terbitan 23 Ogos 2012 menyatakan

kebayakkan alatan ICT yang dibekalkan ke sekolah tidak dapat dimanfaatkan untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, kira-kira 25 hingga 50 peratus daripada peralatan

bernilai lebih RM 500 juta untuk projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) antara 2003 dan 2008 tidak dapat digunakan lagi. Apa yang

dinyatakan di atas, sudah jelas untuk memberitahu kita bahawa alatan ICT seperti komputer,

LCD dan sebagainya yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak

digunakan dengan sebaiknya dan hanya menjadi gajah putih. Hal ini bukan sahaja disebabkan

oleh kualiti alatan yang telah dibekalkan tetapi turut dipengaruhi sikap, cara penggunaan dan

ilmu serta kemahiran yang ada pada guru itu sendiri.

Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah utama penggunaan

internetdaam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet seupaya proses

pengajarandan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru

memerlukankemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai tahap

Page 19: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

penggunaan yangoptima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah.

MengikutMcKenzie (1996) yang menyatakan guru memerlukan 6 sehingga 8 unit komputer di

sekolahrendah dan 10 sehingga 15 unit komputer di sekolah menengah untuk membolehkan

program berasaskan teknologi dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Namun

demikian,kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan

akses internetuntuk satu atau sua komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal

komputer sahaja.Penyusunan demikian akan menyebabkan tahap penggunaan internet masih

rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet menjadi sukar kerana tidak

terdapatkomputer dalam kelas. Hal ini adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan

untuk membelikomputer dan membuat penyelenggaraan komputer.

3.0 Kesimpulan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang

baru,malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak

awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan

berasaskankomputer ini. Dalam konteks pendidikan, komputer bukan hanya mampu membantu

tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi

persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya

internetdianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian

seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar

banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan

pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar,

ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata sertamembolehkan

pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkankolaboratif dan

perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dandisebarkan

dengan mudah.

Page 20: artikel mengenai aplikasi guru dalam pengajaran

Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan

pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupun

terdapatmasalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan

telahmembuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia

Kesembilan 2006-2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program

yangdilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di

peringkatsekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai

bidangseperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga

kelonggaran prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dan

keperluan industri.Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan

aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi

internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.