24
BIL. 3 / 2013 • JULAI - SEPTEMBER EDARAN PERCUMA KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 10-11 INOVASI INOVASI APC & APC & 2012 2012

APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

  • Upload
    doquynh

  • View
    225

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

BIL. 3 / 2013 • JULAI - SEPTEMBEREDARAN PERCUMA

KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandarw w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 10-11

INOVASIINOVASIAPC &APC &

20122012

Page 2: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

2

BULE

TIN

KES

EDA

R

editorial

Aspek Keberkatan Dalam Amalan

Assalamualaikum...Dalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan diri kepada-Nya atau sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab kepada jabatan tempat membayar gaji, kita tidak dapat lari daripada aspek keberkatan dalam pekerjaan.

Seorang sahabat karib ada memberitahu mengenai prinsip hidup beliau iaitu “saya tidak takut melakukan kesalahan (kerana tidak berniat untuk melakukannya) tapi takut melakukan perkara yang betul dengan orang yang salah”. Beliau mempunyai kualiti peribadi di dalam menjalankan tugas serta amat mementingkan elemen keberkatan di dalam apa jua pekerjaan yang dibuat.

Mementingkan aspek keberkatan ujarnya, membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu di samping komitmen untuk memberikan hasil yang terbaik.

Apabila kita mengutamakan elemen keberkatan, kita bukan saja dapat memberikan sesuatu yang lebih daripada jangkaan pelanggan tetapi kita juga akan menerima keredhaan Allah s.w.t. Mengharapkan keberkatan tidak terhad kepada atau dalam urusniaga sahaja, malah ia patut diamalkan oleh sesiapa jua yang melakukan sesuatu tugas kerana sudah pasti ia menjanjikan masa depan yang gemilang.

Sekian, selamat membaca.

Inovasi Membentuk Budaya Kerja Cemerlang

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh & Salam Sejahtera

Antara perkara yang paling sukar diajar dan dipelajari adalah inovasi, iaitu kemampuan melakukan sesuatu dengan cara berbeza daripada kelaziman yang dilakukan bagi memperolehi hasil buat menafaatkan seseorang, sesebuah organisasi atau negara. Inovasi adalah keadaan minda, suatu sikap yang membangkitkan proses untuk menyelesaikan masalah daripada sudut berbeza dan mengambil pendekatan bukan konvensional, namun secara holistiknya efektif bagi menghasilkan perubahan yang diinginkan.

YAB Perdana Menteri telah memutuskan bahawa dalam usaha mentransformasi negara, kita perlu mempertingkatkan tahap inovasi di Malaysia. Walaupun berdepan cabaran beliau tetap mengarahkan ke arah penubuhan sebuah Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mempelopori tugas ini. Unit ini dinamakan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Semua program transformasi hanya berfungsi sebagi pemangkin ke arah matlamat sebenar iaitu mencapai status negara membangun menjelang 2020 dengan memperolehi pendapatan perkapita sebanyak AS $15,000 (RM49,103) sambil mengekalkan prinsip kemampanan dan keterangkuman.

AIM yang ditubuhkan pada 2010 di bawah Akta Parlimen bertanggungjawab untuk membantu memacu negara ke arah ekonomi yang berinovasi bagi merealisasikan aspirasi negara yang berpendapatan tinggi. Sedemikian, semua pihak iaitu kerajaan, rakyat, akademik dan industri akan saling membantu dalam sebuah sinergi dalam mendorong pembudayaan inovasi dalam kalangan rakyat dan memastikan idea yang berinovasi akan dikomersialkan.

Kita di pihak pekerja (sektor awam dan swasta) harus meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam membantu budaya kerja cemerlang bagi menyelesaikan masalah remeh yang menjadi penyebab produktiviti menurun. Pekerja perlu mengetahui cara kerja yang lebih efektif supaya masalah seperti kelewatan menguruskan kerja atau peningkatan kos operasi dapat dikurangkan. Kita mestilah mengambil contoh Jepun yang mengamalkan konsep cara kerja yang teratur dan sistematik hasil daripada kreativiti pekerjanya yang mencipta aplikasi atau idea yang dapat mengurangkan masalah dan kelewatan ketika bekerja.

Pihak pekerja seperti kita perlu berfikir di luar kotak iaitu tidak hanya mengharapkan untuk memperolehi gaji hasil daripada bekerja semata-mata. Kita perlu mencari jalan terbaik supaya dapat meminimumkan masalah yang menjadi faktor meningkatnya kos syarikat. Penyertaan-penyertaan di dalam sebarang seminar, latihan, kursus, simposium, bengkel dan seumpamanya adalah sekolah latihan bagi membentuk pemikiran kreatif supaya dapat membuka fikiran ke arah mewujudkan budaya kerja yang lebih cemerlang. Penglibatan diri di dalam sesi-sesi sedemikian juga adalah inisiatif terbaik dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang melalui perkongsian idea kreatif dan inovasif untuk menyelesaikan masalah bagi menambahkan kecekapan kerja.

Daya kreativiti dan inovasi yang dilaksanakan dapat memberi impak dalam memperbaiki prosedur dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Sekian, selamat menjalankan tugas. Wassalam.

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor NURHAYATI MAT RUSOK

AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

ABD. AZIZ AHMADMOHD RAMADHAN SULAIMAN

HASRI RIFDI HAMZAH @ MAMATHUSNIFAISAL RAMLI

HAJI OTHMAN SETAPAHAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI

AHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranROHANI MAT ZAIN

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR,

Bandar Baru Gua Musang18300 Gua Musang, KELANTAN

Tel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211www.KESEDAR.gov.my

https://www.facebook.com/pages/Lembaga-Kemajuan-Kelantan-Selatan-KESEDAR/171405426242605

http://twitter.com/Kesedarkklw

Diterbitkan oleh:Unit Perhubungan Awam KESEDAR

Page 3: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

3

BULETIN

KESEDA

R

19 Ogos 2013, bertempat di Dataran Q KESEDAR, Latihan Membina Sikap (LMS) telah diadakan pada jam 7.45 pagi.

Sebelum acara senamrobik dijalankan, Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR telah menyampaikan ucapan tentang kebersihan kawasan KESEDAR dan berpuas hati dengan Majlis Sambutan Hari Raya Idulfitri pada 25 Ogos 2013.

Selepas itu Pengurus Besar menyampaikan cenderahati kepada kakitangan KESEDAR yang bertugas Cemerlang bulan Ogos 2013.

Selesai acara senamrobik, acara gotong-royong membersihkan seluruh kawasan pejabat KESEDAR dimulakan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pembangunan).

LATIHAN MEMBINA SIKAP oleh: SIDANG EDITORIAL

3

BULETIN

KESEDA

R

Page 4: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Majlis Berbuka Puasa Peringkat KESEDAR15 Julai 2013 bersamaan dengan 6 Ramadhan 1434H, bertempat di Dewan Hikmah, Ibu Pejabat KESEDAR, telah diadadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat KESEDAR.

Majlis ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara pengurusan KESEDAR dan kakitangan serta masyarakat setempat. Majlis yang dihadiri hampir 250 orang ini berjalan dengan meriah dengan pelbagai juadah serta hidangan yang enak. Majlis bermula dengan majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat, sebelum diikuti dengan majlis berbuka puasa dan solat magrib berjemaah.

oleh: SIDANG EDITORIAL

4

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 5: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Dua Hala

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) KERJASAMA DUA HALA ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR DENGAN PIHAK SWASTA, INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT), AGENSI KERAJAAN, PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DALAM PENGANJURAN PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR BAGI NEGERI-NEGERI KELANTAN, PAHANG DAN TERENGGANU.

27 Ogos 2013, bertempat di Swiss Garden Resort & SPA, Kuantan telah berlangsungnya satu Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dua hala antara Jabatan Alam Sekitar dengan pihak Swasta, Institusi Pengajian

Tinggi (IPT), Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam penganjuran Program Kesedaran Alam Sekitar bagi negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Majlis bermula pada pukul 8.00 malam dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang turut dihadiri oleh YDH Dato’ Halimah binti Hassan, Ketua Pengarah Alam Sekitar. Seramai 16 orang yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan, agensi dan NGO yang terlibat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) itu. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah diwakili oleh Tuan Haji Fazam bin Md. Lazim. Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

oleh: NOHISYAM AFFENDI ABDULLAH

5

BULETIN

KESEDA

R

Page 6: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Menjelang fajar 1 Syawal 1434H, Takbir Raya Idulfitri 1413H mula bergema di Masjid Taman Wangi, penempatan majoriti warga kerja KESEDAR di Gua Musang, menandakan kemenangan umat menyusuri Rahmat, Keampunan dan Pembebasan. Lebih bermakna lagi buat julung kalinya penduduk Taman Wangi, muslimin dan muslimat, tua dan muda beramai-ramai mengunjungi dan memenuhi setiap ruang Masjid Taman Wangi untuk sama-sama menghayati khutbah serta mendirikan solat sunat Idilfitri 1434H. Khutbah disampaikan oleh Al – Fadhil Ustaz Md. Yunus bin Abu Bakar yang tidak asing bagi masyarakat setempat amnya dan warga kerja KESEDAR khususnya.

Mimbar Khutbah antara lain dengan memetik sepotong Ayat Qur’an Nur Karim yang membawa erti “ALLAH menghendaki kamu mendapatkan kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNYA dan supaya kamu bersyukur”.

Turut hadir Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), jemaah muslimin dan muslimat yang memenuhi setiap sudut masjid bermaaf-maafan serta menikmati juadah yang sama-sama dibawa dari rumah masing-masing bagi memeriahkan lagi suasana pagi 1 Syawal 1434H.

Salam Idulfitri

IdulFitri 1434HMIMBARoleh: USTAZ MD. YUNUS ABU BAKAR

IdulFitri 1434H

6

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 7: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Majlis Sambutan Hari RayaPeringkat KESEDAR Wilayah Jeli

Pada 28 Ogos 2013 bertempat di perkarangan Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Idulfitri Tahun 1434H. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari itu telah di hadiri oleh seramai hampir 2,000 orang tetamu termasuk Ketua-ketua Jabatan dan Kakitangan Awam, Pemimpin Masyarakat serta seluruh warga Jeli dan sebahagian Tanah Merah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Aziz bin Derashid, ADUN Kuala Balah dan isteri, Tuan Haji Ramli bin Mat Zin, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Pengurus-Pengurus Bahagian serta kakitangan dari Ibu Pejabat.

Selepas ucapan perasmian oleh YB Dato’ Aziz bin Derashid, semua tetamu mula disajikan dengan pelbagai juadah raya termasuk kuih-muih, nasi serta minuman. Seramai 50 orang anak yatim turut diraikan dengan penyampaian cenderahati dan duit raya oleh YB Dato Aziz bin Derashid bersama dengan Tuan Haji Ramli bin Mat Zin. Tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari penyanyi jemputan dan juga kakitangan. Majlis yang penuh meriah itu berakhir pada jam 3.30 petang.

oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI

7

BULETIN

KESEDA

R

Page 8: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Setitis DARAH Sejuta HARAPAN

Atas kesedaran tinggi pengurusan KESEDAR akan kempen menderma darah oleh kerajaan serta slogan Setitik Darah Sejuta Harapan, maka pengurusan dengan kerjasama Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KESEDAR dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menganjurkan kempen sempena Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 & Inovasi 2013 yang berlangsung dengan gilang gemilang pada 7 Julai di Dewan Puteri Sa’dung 1, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Mustapha bin Muhammad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).

Pasukan Unit Derma Darah Hospital Universiti Sains Malaysia diketuai oleh Dr. Aribah binti Ariffin telah mengendalikan proses dengan begitu professional. Para penderma dari pelbagai peringkat warga kerja KESEDAR juga telah menerima “Goodies” dari HUSM dan KESEDAR sebagai penghargaan ke atas keperihatinan mereka menyambut seruan kempen secara global tersebut. Kempen yang bermula dari pagi hingga lewat petang berjaya menarik seramai 25 orang warga kerja KESEDAR menderma darah.

Memandangkan kempen menderma darah kali ini mendapat sokongan yang amat menggalakkan, adalah diharapkan slot yang sama akan terus diadakan di masa-masa hadapan oleh pengurusan KESEDAR dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan dalaman KESEDAR.

oleh: MOHD. FAKRI HAMZAH

8

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 9: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Audit Dalaman

5S

Jawatankuasa Audit Dalaman Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S telah ditubuhkan setelah pelancaran Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S dibuat oleh YABrs Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR pada 3 Februari 2013 dan dipengerusikan oleh Puan Azlina binti Ghazali, Ketua Unit Audit Dalam KESEDAR.

Sepanjang tempoh Februari hingga November 2013, Jawatankuasa Audit Dalaman Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S KESEDAR telah mengadakan 4 siri pengauditan bagi memenuhi kriteria-kriteria dan syarat-syarat Pensijilan 5S yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysian Productivity Corporation (MPC).

Semasa auditan diadakan, pemerhatian akan dibuat dengan mengadakan lawatan pemeriksaan fizikal di zon-zon yang telah ditetapkan dengan memberi tumpuan kepada Sudut 5S Zon, Fail 5S Zon, Tempat Umum Zon, Sistem Fail, Kabinet Stor, kebersihan dan susunatur dan kawasan persekitaran pejabat yang telah

ditetapkan sebagai kawasan angkat kepada zon-zon. Laporan Audit akan dikeluarkan kepada semua zon-zon setiap kali auditan diadakan beserta dengan cadangan-cadangan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan.

Selain dari auditan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S, Lawatan Perundingan oleh pegawai dari MPC juga telah diadakan sepanjang tempoh tersebut. Auditan Persijilan telah diadakan pada 10 November 2013 yang akhirnya telah menjayakan KESEDAR untuk disijilkan dengan Sijil Amalan QE/5S.

oleh: HAJI MOHD AFFANDI AB GHANI

9

BULETIN

KESEDA

R

Page 10: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

2012INOVASI

APC &

Bertempat di Hotel Grand River View, Kota Bharu, Kelantan pada 07 Julai 2013 satu majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Inovasi KESEDAR 2013 telah diadakan.

Majlis yang gilang gemilang ini adalah antara lainnya untuk meraikan 40 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dari pelbagai jawatan. Selain itu juga, majlis ini turut menyampaikan Anugerah Khas Pengurus Besar dan Anugerah Kecemerlangan Sukan. Majlis ini merupakan pengiktirafan jabatan atas daya usaha dan komitmen pegawai-pegawai yang telah membuktikan kecemerlangan masing-masing dengan menghasilkan mutu kerja yang melebihi keperluan dan tanggungjawab dari tugas biasa.

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah merasmikan majlis pada kali ini. Dalam ucapan perasmiannya, beliau

2012INOVASI

APC &

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH @ MAMAT

10

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 11: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

2012INOVASI

APC &

menekankan betapa pentingnya daya saing antara kakitangan di peringkat agensi dan juga peringkat kementerian. Kakitangan seharusnya perlu sentiasa menanam sikap berdaya saing untuk terus maju bagi meletakkan organisasi di tahap terbaik, kecemerlangan ini hendaklah dipertahan, di pertingkat dan dikekalkan untuk tahun-tahun yang mendatang.

Majlis turut diserikan lagi dengan nyanyian dari Kumpulan Koir dan Kumpulan Dikir Barat KESEDAR.

2012INOVASI

APC &

11

BULETIN

KESEDA

R

Page 12: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Gotong Royong 5SIbu Pejabat KESEDAR

Majlis Hari Raya KKLW

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 19 Ogos 2013, bertempat di FELCRA Kuala Lumpur sungguh meriah.

Dengan kehadiran YB Dato’ Sri Mohd Shafie bin Afdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Dato’ Ibrahim bin Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertambah lagi seri pada majlis tersebut.

Pelbagai menu dan juadah disediakan. Semuanya sedap dan lazat belaka.

Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan turut hadir menyerikan majlis sambutan tersebut.

Semoga majlis Hari Raya ditahun depan akan disambut di KESEDAR pula.

oleh: SIDANG EDITORIAL

12

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 13: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Gotong Royong 5SIbu Pejabat KESEDAR

Selepas acara senamrobik pada pagi 29 Ogos

2013 semua warga KESEDAR dikerah bergotong-

royong mencuci kawasan KESEDAR.

Mengambil masa kira-kira sejam, seluruh

kawasan KESEDAR telah bersih daripada sampah

sarap seperti ranting kayu, daun-daun kering dan

putung-putung rokok.

Gotong royong kebersihan ini adalah sempena

lawatan Malaysian Productivity Corporation

(MPC) untuk mengiktiraf sijil 5S kepada

KESEDAR.

Di harap gotong-royong seperti ini akan selalu

diadakan walaupun setelah mendapat Sijil 5S.

oleh: SIDANG EDITORIAL

13

BULETIN

KESEDA

R

Page 14: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Hari RayaKESEDAR 2012

Majlis sambutan Hari Raya KESEDAR 2013 di raikan di perkarangan bangunan ibu pejabat KESEDAR pada 25 Ogos 2013. Sambutan sungguh meriah dengan dihadiri oleh lebih kurang 1,000 orang tetamu. Berbagai jenis kuih-muih dan juadah disediakan.

Dalam kemeriahan sambutan majlis tersebut KESEDAR tak lupa menghulur duit raya kepada ibu tunggal anak-anak yatim dan fakir miskin yang disampaikan oleh Dato’ Razali bin Isohak, Timbalan pengerusi KESEDAR.

14

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 15: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Hari RayaKESEDAR 2012

oleh: SIDANG EDITORIAL

15

BULETIN

KESEDA

R

Page 16: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Taman Ethnobotani Gua Musang, Rabu, 04 September 2013, Warga Kerja KESEDAR Pejabat Wilayah Gua Musang telah mengadakan sambutan Hari Raya Idulfitri 1434H secara sederhana tetapi meriah. Lokasi sambutan dalam taman dipilih mengekalkan kesinambungan hubungan manusia dengan alam semula jadi ciptaan Yang Maha Esa. Sebanyak 12 jenis juadah tradisional disediakan untuk 1,200 para tetamu yang hadir termasuk YB. Encik Abd. Aziz bin Yusoff, ADUN Galas, YB Dato’ Paduka Nozula bin Mat Diah, ADUN Paloh, YBrs. Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Ketua-ketua jabatan / agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pengurus-pengurus Institusi Kewangan, pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan serta orang awam disamping pegawai-pegawai kanan dan warga kerja KESEDAR. Tetamu disambut mesra dan dilayan oleh warga kerja Pejabat Wilayah Gua Musang diketuai oleh Encik Md. Asri bin Jusoh, Pengurus Wilayah Gua Musang disepanjang majlis berlangsung.

Majlis bermula dengan sama-sama berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan bacaan doa selamat dipimpin Al Fadhil Ustaz Md. Yunus bin Abu Bakar. Sate dan daging kambing golek dengan sos lada hitam amat menjadi perhatian para tetamu, tidak ketinggalan tapai, ketupat serta minuman air batu campur (ABC) dan air lai chi kang. Majlis yang bermula pada 11.00 pagi berakhir pada 3.30 petang.

Majlis Hari Raya Idulfitri Wilayah Gua Musang 1434H

oleh: AHMAD ABDULLAH

16

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 17: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Karnival SukanKelab Keluarga

KESEDAR (3K)Kelab Keluarga KESEDAR (3K) telah menganjurkan Karnival Sukan sehari yang telah diadakan di Pejabat Wilayah Kuala Krai pada 18 September 2013. Karnival ini melibatkan 4 sukan ‘indoor’ utama iaitu Pingpong, Dart, Karom dan juga congkak.

Seramai 60 orang kakitangan telah menyertai karnival sukan ini. Antara objektif utama penganjuran sukan ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara kakitangan ibu pejabat dengan kakitangan di pejabat wilayah. Penganjuran yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan KESEDAR. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Kelab Keluarga KESEDAR, Encik Fadhly bin Ab. Manaf.

Penganjuran karnival sukan yang seterusnya dirancang akan diadakan di Pejabat Wilayah Jeli.

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH @ MAMAT

17

BULETIN

KESEDA

R

Page 18: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Sambutan HariKEMERDEKAAN

oleh: SIDANG EDITORIAL

18

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 19: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

30 Ogos 2013, bertempat di Dataran KESEDAR PUTRA sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” telah diadakan.

Banyak acara yang diadakan seperti Tarian Kebudayaan, Nyanyian, Deklamasi Sajak Kemerdekaan dan kemuncaknya adalah pertunjukan bunga api.

Kira-kira 3 ribu orang hadir menyaksikan acara tersebut dan menunggu detik 12 malam. Perasmian disempurnakan oleh YB Abdul Aziz bin Yusof, ADUN Galas.

Turut hadir Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji Ramli bin Mohd Zain, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pembangunan), Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pengurusan), Pegawai kanan KESEDAR serta seluruh pegawai dan kakitangan KESEDAR.

19

BULETIN

KESEDA

R

Page 20: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Bil. Nama Jawatan & Gred1. En. Suhaimi bin Abdullah Pekerja Awam Gred R4 (KUP)2. En. Mat Nawi bin Taib Pembantu Am Pejabat Gred N4 (KUP)3. En. Nik Aidi bin Nik Musa Pemandu Kenderaan Gred R34. En. Che Mazlan bin Abdullah Pemandu Kenderaan Gred R35. En. Hassan bin Majid Pemandu Kenderaan Gred R6 (KUP)6. En. Wan Abdul Hamid bin Wan Berahim Pemandu Kenderaan Gred R6 (KUP)7. En. Ismail bin Hamid Pemandu Kenderaan Gred R6 (KUP)8. En. Muhammad Noor bin Harun Pemandu Kenderaan Gred R6 (KUP)9. En. Ghazali bin Kasim Pemandu Kenderaan Gred R6

10. Hajjah Hasnah binti Che Hasan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 (KUP)11. Puan Suraya binti Yusoff Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1712. Cik Siti Nurquratul Aida binti Abu Bakar Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1713. Puan Rospazilah binti Abdullah Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1714. Puan Rosmihaiza binti Razali Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1715. En. Mohd. Jeffry bin Che Musa Pembantu Pemb Masyarakat Gred S1716. En. Asmawi bin Abdul Samat Penyelia Rancangan Tanah Gred G1717. Hjjah Rosidah binti Derahman Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)18. En. Muhamad Nor bin Sulaiman Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)19. Puan Rohani binti Mohd. Zain Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)20. Puan Aina binti Zakaria Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred N22 (KUP)21. En. Kamarulzaman bin Hibadullah Pem. Pemb. Masyarakat Gred S22 (KUP)22. En. Rosli bin Kadir Pem. Pembangunan Masyarakat Gred S22 (KUP)23. En. Mohd. Salleh bin Mohd. Noor Pembantu Pemb. Masyarakat Gred S22 (KUP)24. En. Azmi bin Mat Salleh Penyelia Rancangan Tanah Gred G22 (KUP)25. Haji Ibrahim bin Yaacob Penyelia Rancangan Tanah Gred G22 (KUP)26. Haji Ismail bin Awang Hamat Penyelia Rancangan Tanah Gred G22 (KUP)27. En. Wan Azizuddin bin Wan Ali Penyelia Rancangan Tanah Gred G22 (KUP)28. En. Muhammed Alui bin Yusoff Juruteknik Perancang Bandar & Desa Gred J22 (KUP) 29. Haji Aminudin bin Ab Rahman Juruteknik Gred J22 (KUP)30. En. Azmi bin Wan Mohamed Penyelia Rancangan Tanah Gred G2231. Puan Wan Nah binti Wan Hanafi Pembantu Tadbir (P/O) Gred N2232. En. Zaini bin Mohamad Penyelia Rancangan Tanah Gred G2633. Haji Mat Deri bin Ayub Penyelia Rancangan Tanah Gred G2634. En. Mustary bin Md Zainal Abidin Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G2735. Puan Saruni binti Aziz Penolong Pegawai Pemb. Masyarakat Gred S2736. En. Mohamad Salleh bin Boniya Penolong Akauntan Gred W2737. En. Rusli bin Abdullah Penolong Juruaudit Gred W32 (KUP)38. Hajjah Noor Halida binti Haji Hassan Penolong Akauntan Gred W3239. En. Ahmad Kamal bin Ab. Kadir Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G3240. En. Mohd. Nohisam Efendee bin Abdullah Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J4141. Haji Othman bin Hj Ismail Pegawai Tadbir Gred N52

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG(APC) KESEDAR 2012

Sumber dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia

20

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 21: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Anugerah Inovasi KESEDARTahun 2013

Anugerah Pengurus Besar1. Wan Mazelam bin Wan Mohamad Khidmat Masyarakat2. Haji Ismail bin Haji Abdullah Pengurusan Sukan & Budaya 3. Bahagian Pembangunan Pertanian Bahagian Pembangunan Pertanian

Anugerah Kecemerlangan Sukan1. Rosnun bin Ibrahim Anugerah Kecemerlangan Sukan Individu2. Pasukan Futsal KESEDAR Anugerah Kecemerlangan Sukan Berpasukan

Anugerah Inovasi1. Pejabat Wilayah Gua Musang Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)2. Bahagian Pembangunan Masyarakat Khidmat Komuniti KESEDAR (3K)

3. Bahagian Teknologi Maklumat Laman Web 5 Bintang Malaysia Government Portals andWebsites Assessment (MGPWA)2012

4. Bahagian Kewangan Audit Bersih Tanpa Teguran5. Bahagian Perancangan & Penilaian Projek Agropolitan KESEDAR

21

BULETIN

KESEDA

R

Page 22: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

28 Julai 2013, bertempat di KESEDAR Inn, Gua Musang, Bahagian Pembangunan Pertanian KESEDAR telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan Pegawai-Pegawai Kanan KESEDAR.

Majlis ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara pengurusan KESEDAR dengan pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian serta Pejabat-pejabat Operasi RKT. Majlis yang dihadiri hampir 50 orang ini berjalan dengan meriah dengan pelbagai juadah serta hidangan yang disediakan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua-ketua Peneroka RKT KESEDAR.

M a j l i s B e r b u k a P u a s aB a h a g i a n Pe m b a n g u n a n Pe r t a n i a n

oleh: AZAHAN BIN MAHMOOD

22

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 23: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Sepanjang bulan Ramadhan 1434 Hijrah semua masjid dan surau dalam semua RKT KESEDAR telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk peneroka-peneroka dan penduduk-penduduk setempat. Majlis tersebut dianjurkan bersama jawatankuasa masjid dan Pejabat Operasi RKT

Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran ramai khariah masjid. Selain berbuka puasa, program ceramah turut diadakan dan selepas berbuka puasa, diteruskan pula dengan solat berjemaah.

Majlis Berbuka PuasaDi Semua RKT KESEDAR

oleh: AZAHAN BIN MAHMOOD

23

BULETIN

KESEDA

R

Page 24: APC & EDARAN PERCUMA INOVASI 2012 - … Bultn Bil 3.pdfDalam melaksanakan tugas seharian, samada sebagai hamba Allah yang perlu memperhambakan ... dengan Majlis Sambutan Hari Raya

Ada Kalanya Kita Perlu MenangisAgar Kita Tahu Hidup Ini Bukan Sekadar Ketawa

Adakalanya Kita Perlu Berada Di BawahAgar Kita Tahu Bersyukur Bila Berada Di Atas

Dan Adakalanya Kita Perlu KesakitanAgar Kita Perlu Tahu Nikmat Kesihatan

Berterima Kasihlah Kepada Orang Yang Menyakiti MuKerana Merekalah Membina Ketabahanmu

Berterima Kasih Juga Pada Orang Yang Menghina MuKerana Merekalah Yang Membina Kekuatan Mu

Bersangka Baiklah Pada Orang Yang Tidak Mengendahkan MuKerana Mereka Lah Yang Memperhebatkan Kemampuan Kamu

Hidup Tidak Mungkin Seperti Yang DirencanakanTapi Percayalah Percaturan Allah Adalah Yang Terbaik

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Kehidupan

24

BULE

TIN

KES

EDA

R